11 January 2010

delima seorang isteri di dapur

Hari Sabtu adalah hari gi pasar, hari memenuhkan stok peti ais. Ohhh, harga ikan, udang,sotong semua adalah sgt melambung ye skrg. Udang halus je pun dah RM13/kilo. Selalu yang besar2 pun baru RM10/kilo. Tapi beli tetap beli gak... nak murah, gi tangkap sendiri.

Ada jual lala kat pasar borong. Sekilo RM7.. aku yang tak tahu rege dia, terus amik sekilo. Pastu tanya suami 'nak masak pe lala ni yang??' Tanya kena dalam nada confident, konon yakin aku tahu byk style nak masak lala tu. Hakikatnya... dah siap sedia nak meng'google. Sekali kantoi beb, suami aku dah cukup kenal bini dia ni. Bila dia kata 'awak reti masak pe??' Terus aku sengih-sengih 'google je lah nanti'

Dan bila start mengeledah di alam maya, dan teringat masa makan kat Bagan Lalang dulu. Teringin la nak mencuba Lala Sos Tiram. Tapi bila tengok kena ada serai, terus cancel. Dalam peti ais takde serai. Ok, jgn putus asa. Carik lain. Lala Masak Serai... ohhh harus lah lagi kuar dari pencalonan. Kalau halia tu boleh jadik berubah rasa jadik serai. Ye, sekarang gak aku masak serai lala tu. Lala Masak Pattaya.. sedap ni. Kalau dah namanya pattaya, harus ada serai dan juga daun limau purut. Arrgghh!! Tekanan aku jadiknya. Rasa nak gi tanam serai sekarang jugak!!! Akhirnya, aku redha... Lala Masak Pedas je lah. Tu pun ikut resipi asal, kena ada daun limau purut.. aku pejam mata je lah. Buat tak nampak ada daun limau dlm list bahan-bahan tu.

Dan aku macam rindu memasak di kampung. Yang mana, kalau aku nak serai, nak daun kunyit ke.. daun limau purut ke.. aku keluar je, gi tepi umah, petik je. Semua ada. Nak lengkuas, suruh je adik aku korek. So bila tiba-tiba rasa nak masak rendang.. no problemo..tak lah kerana ketiadaan bahan2 tadi, aku trus tukar menu.. terus jadik masak kicap je. Dan sebab stok daun kesum gemuk yang melambak-lambak, asam pedas mmg jadik santapan wajib setiap minggu. Kat sini... hhmmm, bila suami kata 'dah lama ayang tak buat asam pedas kan' barulah aku terhegeh-hegeh mintak dia gi beli daun kesum. Dah lah tak byk kedai yang jual, maka kalau takde.. ikan kerisi tu aku masak sambal je lah..

Ohhh, tanah di kampung sgt dimanfaatkan...

Dan aku tiba-tiba terbayangkan, camne lah kalau aku terpaksa hidup di luar negara. Tanpa sambal belacan, tanpa tempoyak..takde pucuk ubi.. ohhh, mesti aku boleh termimpi-mimpi agaknya. Mengigau sampai meleleh air liur konon makan ikan pari bakar cicah air asam. Peergghhh!!! Camne lah akak ipar aku kat Melbourne tu?? Angah, stok rempah kari banyak lagi tak?? Ke nak kitaorg poskan?? Ohhh..

Sebab suami tiada, dan dia dah kata tak makan tengahari kat umah. Bila perut dah betul2 lapar baru aku gi masak. Dan masak secara pantas sebab perut dah main lagu keroncong dan baby kat dalam dah meronta-ronta mintak makan.

Lala Masak Pedas yang memang pedas. Cili kering kat umah aku tu mmg stok yang pendek2, yang kalau dah blender, letak sesudu je pun dia punya pedas boleh buat telinga berasap. pedas pedas pun, separuh kuali laki aku ratah lala tu.

sayur goreng campur... dengan harapan kepedasan lala tu dpt diatasi.

*lala tu sila bersihkan ye, jgn biarkan pasir mencemari makanan anda

13 comments:

  1. sedapnyer lala sambal nih.... :):)

    ReplyDelete
  2. sedapnye lala tu!! i ingat u buat entry pasal buah delima..rupanya tersilap 'delima' dengan 'dilema..hiksss

    ReplyDelete
  3. betul!
    kami yg hidup di perantauan ni sentiasa redha..

    tp dok di nz ni ok la jgk..boleh lg buat sambal belacan, tempoyak..cume pucuk ubi je takde..:(

    tp tula..mcm durian sume frozen..so tak brape nak fresh la..daun kesum tanam sdri..tak pon mtk tanaman kawan je..hehehe...daun limau purut payah sekali nak jumpe...haisshhh..nak buat paprik agak payah laaaa

    so tak sabar nak back 4 good ujung thn ni...waaaaaa

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap arr lala tu...nnti kite pn nk masak gak la weekend nie...*yelah tuuu :p*

    ReplyDelete
  5. lala mmg sedap
    yg fresh lagilah sedap..gi beli, pastu trus masak
    jgn simpan dlm fridge lama2
    dan beli serai sekali
    biar tidak berada dalam 'delima'
    hahahaha..mmg patut nyer 'dilema' tp biarlah..malas nak tuakr tajuk...

    ReplyDelete
  6. kalau tnya zuris harga bahan2 mentah tu,memang tak tau
    nampak sangat jarang beli benda2 tu.huhuu...

    sedapnye!
    suka gak makan lala.
    1st time masak sendiri sebab mr sharil nak
    last2 tepon mak mentua tnya resepi
    malu aiii ;P
    tp lala sos tiram yg zuris buat takde letak serai pun,dayu.

    ReplyDelete
  7. alahai..bikin kecur air liur roy saja dayu ni..dah la tengah lapar..

    skrg harga mknn laut mmg sedang melambung2 memandangkan cuaca yg x menentu kan sekarang ni..

    ReplyDelete
  8. huhu....skrang brg basah semua mahai...

    seram nak ambik bebanyak...

    ReplyDelete
  9. erm samer ar kite dayu..kadang2 kepala ni berputar2 nk pkir masak apa..nasib dpt laki yg on jer bab makan..stok serai mmg sentiasa ada dlm fridge yana sbb yana mmg suka masak bende yg menggunakan serai

    ReplyDelete
  10. tibe-tiba teringin nk mkn lala masak pedas. nak suh my mom masak esok lah.. huhu..

    ReplyDelete
  11. mintak maaf kalau ada yg terkecur air liur..mintak ampun
    resipi2 kat internet tu kan lain2, tp mostly smua yg masak soso tiram mesti kena ada serai..
    yg nyampah, bila ada beli buat stok
    tak pulak dtg idea nak guna
    kalau takde tu,time tu la nak pakai

    ReplyDelete
  12. nampak menyelerakan je masakan puan dayu kiter nih.emm susah gak dok area umah dayu tu ye.xde kedai runcit ke?

    ReplyDelete