31 October 2011

Custard Cream Puff

Waktu ini, iaitu 2,3 minggu ini hobi saya adalah menambah bil eletrik kat rumah. Kalau selalu dalam RM30+ je, tapi bulan ni tak tahu la berapa banyak TNB nak caj kami. Ngan air-cond.. anak aku dah la kalau tak buka aircond, nak tido tergolek sana, tergolek sini. Tapi kalau dapat aircond.. statik je dia tido, ngan tangan terdepang. Kaki terkangkang.. lena sungguh gayanya... Aku rasa bil elektrik akan bertambah 2 kali ganda kot, sekali ganda sebab aircond, seklali ganda lagi disebabkan penggunaan oven yang kerap.

Definisi kerap itu adalah: Digunakan 3,4 kali seminggu. Sekali guna dalam sejam. Okay, aku malas na kira bape watt dah aku guna.. tak rajin, tunggu je bil sampai, pastu bayar. Rasa banyak sangat, bayar 2 kali (:

Ye..ye.. hampir setiap hujung minggu aku mem'baking. Suka sungguh.. suka sebab dapat resipi-resepi yang simple dan mudah. Resipi yang kebanyakannya kawan-kawan dah cuba buat, dan hasilnya sungguh membanggakan. Dan jadik makin rajin nak cuba sebab mostly semua bahan dah ada, kos pun murah. Tu yang makin rajin tu. Lagi satu sebab sangat rajin nak membakar, sebab nak makan puas-puas. Kalau beli, dapat sikit je.. harga dah sama mcm kos beli brg..

Lagipun tak tahu mana nak beli pavlova. Pastu katanya, satu slice sampai RM16.. peerrrghh.. memang patut buat sendiri lah.

Tapi pavlova adalah aktiviti minggu lepas.. minggu ni giliran Custard Cream Puff  pulak. Last week dah cuba buat jugak tapi macam tak puas hati sebab guna plastik je picit adunan puff tu. Terus aku gi beli nozzle, dan hasilnya 'bolehlah' Aku macam masih tak puas hati dengan final output dia. Rupa masih tak mengiurkan. Tapi rasa adalah sangat mantop. Tapi bila aku google rupa cream puff ni.. takde lah lawa mana pun.. mengerutu je pun smua. Maka, aku terus meletak tepikan faktor rupa dalam penilaian hasil cream puff aku. Utamakan rasa.

Don't judge a puff from it's skin.. get it in your mouth first!!!

Rasa nak cuba? Nah resipi.

PUFF
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

- Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
- Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
- Tepung gandum di ayak
-Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
 -  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
 - Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cmPipe kan ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
- Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar
selama 25 minit. Kalau
nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
6.                              -  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


1 adunan untuk puff ni dapat dalam belas-belas bijik je. Maka, aku cadangkan buat 2/3 bancuhan terus. Sebab custard tu akan jadik banyak jugak. Boleh buat untuk 2 adunan.

Memang patut cubalah, pastu kasik mahir. Nanti boleh buat as desert masa birthday party anak. Nak tempah mahal wehhh.. buat sendiri baru bape ringgit je modal dia.

*waktu aku draft entry ni, bau cheese cake adalah menusuk hidung.. tak sabar nak bedal. ye, achik membakar cream puff dan cheese cake weekend ni


28 October 2011

ratu air

Eisya memang ratu air.. Pantang dapat masuk dalam kolam, memang tak nak keluar. Sekarang mandi pun nak main air lama-lama. Dapat masuk badan dalam baldi pun boleh bertepik gembira macam dapat apa ntah. Dan menangis setiap kali kena angkat bawak keluar bilik air adalah normal. Ohh..sekarang nak mandi guna shower.. tak main la jirus air guna gayung. Tapi ada masa dia takut pulak.. pelik itu budak.

Tapi masa kat Cherengin Hills, itu kolam dia yang punya..

muka teruja dapat masuk kolam, siap terjelir lidah. suka sangat punya pasal
kalau tak asyik lah bertenggek tepi tingkap pandang kolam

mula-mula malu. takut-takut lagi nak ke tengah. main la tepuk-tepuk air je

okay, dia nak naik syiok dah.


abah dia semangat ajar anak berenang. seronok budak sorang ni, kecoh betul mulut dia dalam air.

Kalau air sungai nganair terjun yang sejuk pun dia boleh bertahan. Inikan pulak air kolam renang yang ala-ala suam ni. Jari dah kecut, bibir dah biru pun marah bila orang bawak naik. Menggigil tp tangan sibuk tunjuk-tunjuk kolam, mintak nak masuk lagi. Bila orang tak layan, dia tanggalkan tuala.. terkedek-kedek jalan nak masuk kolam tu sendiri.. menjerit-jerit ibu dia...

Nak tak nak, kenalah abah layankan dia main air lagi. Terpaksa lah lupakan keinginan sendiri nak berenang kat kolam sebelah. Duduklah main air dalam kolam cetek ni ngan anak.

*org pertama masuk kolam, dan org terakhir kuar..pun menjerit-jerit, meronta-ronta tak puas lagi berendam.. cha..cha..



Cermin

Kala ini item kegemaran saya adalah: Cermin

Saya sangat suka kalau dapat tengok muka saya dalam cermin. Tak kira lah cermin apa pun. Cermin kat dalam kereta ke, cermin bilik air ke.. asal saya boleh sengih depan cermin tu dan tayang gigi.. saya sangat gembira..

bila ibu sibuk test baju, abah lak sibuk belek baju. saya capai lah handbag ni. macam lawa je.. pastu kecik molek, padan la ngan saya. terus bawak depan cermin nak tgk lawa tak.. 

Tapi frust sebab lepas tu abah amik letak smula kat rak tu.. bukan nak belikan. Takpelah, tunggu ibu pass handbag dia lah.. 2nd hand pun, 2nd hand lah.. asal boleh bergaya (:

27 October 2011

Cherengin Hills

Sape nak buat kursus/seminar atau team building.. boleh try Cherengi Hills kat Janda Baik ni. Aku memang puas hati lah. Rasa nak je suruh next seminar pun buat kat sini je. Tapi dengar kata kat PD.. alahai.. baru 3 tahun aku keje, aku dah muak kalau pape events kat PD. Banyak lagi tempat menarik okay.. ni baru 3 tahun, kalau kena keje sampai 60 tahun.. dapat surat suruh attend kursus pun achik mengeluh agaknya..

Anyway, aku memang puas hati ngan Cherengin ni. Bilik pun ok.. maybe tempat baru kan. Semua best lagi. TV LCD 32', ngan Astro.. bilik je takde wifi. Tapi kat lobby free. Dengan swimming pool..siap boleh BBQ tepi pool. View dari bilik pun sangat menarik walaupun kau dikelilingi hutan. Paling aku suka, dia sediakan private area kalau nak BBQ kalau tak dapat kat poolside.

belakang achik tu BBQ area tepi kolam. malam-malam memang lawa.
*korang ada gambar gini ngan KPPK??sporting boss-boss kami ni*

cha siap sedia nak ikut ibu abah gi BBQ.. dan siap sedia nak kotorkan baju. ibu dia pun satu, nak bawak anak makan pakaikan baju putih.. pastu sendiri nak mengomel

tak dpt poolside.. sini pun jadik la. lagi best. hujan lebat ngan guruh berdentum pun kita boleh karaoke sepuas hati. 
Fasiliti bilik seminar pun bagi aku okay. Tapi kena bawak projector ngan laptop sendiri lah ye. Derang ada sediakan jugak, tapi macam tak berbaloi je nak amik. Baik gunakan duit tu kat tempat lain. BBQ ke, karaoke ke.. guna untuk outdoor activities pun lagi berbaloi.

ball room yang kami guna. 3 bilik seminar lain dah penuh
*tekun achik dengar presentation orang*

achik kusyuk tunggu soalan dari audiences

seronok cha main air ngan abah. siap menjerit-jerit, meronta-ronta bila ajak balik naik bilik. nasib baik abah rajin, bawak masuk kolam balik. tp mana reti puas dia ni. 

Makanan dia memang sedap!! Desert dia terbaik!! Makanan jugak seuper variasi. Memang rasa nak duduk je lah kat cafe tu. Tapi sebab jadual bengkel padat, ngan aku jadik pengacara majlis. Jadik peserta lagi. Apa kes nak masuk dewan lambat kan..

Suasana sekitar ni pun tenang je. Malam-malam tu memang sunyi je. Dah la bilik aku kat belakang-belakang. Berlari-lari gak aku nak sampai ke bilik, tapi sampai depan pintu, ketuk 10 kali pun laki aku tak bukak2 pintu. Tahu lah sejuk, sedap tido bawah comforter tebal.. boleh tak sedar bini ketuk pintu berkali-kali. Tapi siyes, malam-malam memang sejuk.. tak yah pasang air-cond la.

Aku memang sangat recommend la kalau nak buat pape event kat sini. Gi bodek bahagian latihan masing-masing sekarang jugak

best ohhh ikut ibu datang sini. tak puas mandi kolam.. harap-harap ibu bawak dtg sini lagi. takpe, kali ni kita balik dulu.. PEACE YO!!!

25 October 2011

Cream Puff

Hari tu kan.. hari yang aku kena tinggal berdua ngan Cha.. aku ada buat Cream Puff. Apa kena entah, Sabtu Pavlova, Ahad cream puff. Nasib baik tak buag tabiat, malam buat apam polkadot.. tapi rasa nak buat lah malam ni, sebab custard isi cream puff tu masih banyak. Boleh sumbat dalam apam dot-dot tu.. (:

Tapi Cream Puff achik rupa dia tak gah mana.. macam malu pun ada nak tayang. Tak lawa.. tapi rasa.. hah, rasa dia memang cukup untuk buat hidangan sepinggan cream puff habis sekelip mata. Pergi dapur nak bancuh air, datang balik tengok pinggan dah kosong. Pastu tak menyabar tunggu yg dalam oven masak dalam kadar segera. Tu yang makin tak menyabar nak dapat oven size 40liter ni..

Seperti biasa, resepi dapat dari MekNa..

Sangat mudah dan cepat okay nak disediakan. Hasil pun lazat. Senang kata memang patut cuba lah.

cream puff achik kurang menarik rupanya sebab achik guna plastik je nak picit adunan tu. takpe, nanti achik dah beli piping bag, achik buat lagi eh..

Mamutik.. Manukan...

Kalau achik nak buat entry pasal Kota Kinabalu Sabah, boleh?? Achik tak sempat dulu nak citer pasal aktiviti bermain air masa achik sekeluarga gi sabah bulan 7 dulu.. boleh lah eh achik cerita sekarang. Sape-sape dah tempah tiket AirAsia nak ke Kota Kinabalu di masa hadapan, boleh lah kiranya sudi gunapakai entry achik ni untuk buat rujukan *kalau rasa boleh pakai la..

Meh kita mula meh..

Achik laki bini memang suka aktiviti air ni. Gi mana-mana, kalau ada laut memang kena snorkelling. Biar orang kata 'alah.. laut dia tak best pun.. air keruh..ikan biasa-biasa je' Tapi kami tak peduli. Tetap gak nak gi berendam main kejar-kejar dengan ikan. So bila sampai KK, haruslah lagi macam teruja. Nak merasa air laut kat Malaysia Barat tu. Dah la selama ni asyik mendengar je pasal Pulau Manukan, Mamutik tu semua. Haruslah bila dah berada berdekatan nak merasa sendiri kan. Tu yang beriya, masukkan jugak aktiviti snorkelling dalam jadual 3 hari kat Kota Kinbalu tu.

Aktiviti ke pulau dilakukan pada hari ke-2. Pagi-pagi lagi dah tercegat kat Jesellton Point, jeti nak ke pulau kat KK tu. Tapi tak la awal mana, 8.30 gak kot baru sampai. Biasalah family trip ni, ngan anak kecik.. beginilah gayanya. Kat situ banyak kaunter tiket, boleh la survey-survey. Tapi smuanya lebih kurang sama je  rasanya. Kebanyakan, pakej untuk 3 pulau dalam RM24++ (kalau achik tak silap, lama sgt dah kan). Tapi dari jeti nak sampai ke pulau, habis gak la sorang RM50. Ni untuk 2 pulau ye, kami pergi Mamutik ngan Manukan je. Kenapa habis RM50? Kata murah sewa bot.. ye, tapi nanti kena bayar cukai jeti RM7.20, sewa goggle ngan life jacket RM10. Sampai kat marine park, kena bayar RM3 lak.


muka ceria nak main air laut

ni gambar tradisi kot. wajib ada. 

Bagi toddler, life jacket khas disediakan. Size dia kecik skit la. So tak perlu risau, tak payah la pening-pening nak gi beli siap-siap. Bot tu ada sediakan. Ohhh, Cha sangat suka okay muka kena tiup angin kuat-kuat. Siap tak nak duduk, nak berdiri. Time balik lagi lah, siap sibuk tertongeng-tonggeng nak pegang air. Ibu dia yang terjerit-jerit.. tp dia makin syiok hulur tangan. Cha.. Cha..

Kami bawak bekalan makanan yang sangat banyak, dengan roti. Tuna, biskut segalam macam la. Maggi dalam cup.. sebab risau kat pulau takde orang jual makanan. Tapi tak perlu risau, kat pulau tu ada orang niaga. Restoran lagi, harga pun tak lah mahal sangat. Boleh tahan la.. tapi kitaorang tak makan pun sebab stok makanan banyak kan.

Selamat datang ke Pulau Mamutik. Selamat ber'snorkelling sampai lebam. Eh tak..tak.. sejam je. Lepas sejam, sila siap sedia tunggu kat jeti. Jom gi Pulau Manukan pulak.

Biarpun pegi ber-3 ngan Cha yang waktu itu berusia 1 tahun 2 bulan, snorkelling tetap.. bergilir pun bergilir la. Tak kesah.. yang penting dapat bagi ikan makan roti sambil-sambil cuba nak pegang badan ikan tu tapi memang jangan haraplah kan. Sementara Ekwan cuba ngorat ikan, aku temankan Cha main air guna pelampung. Tapi anak aku seperti biasa, eksen.. tak nak guna pelampung. Nak gak suruh ibu kerah tenaga dukung dia dalam air.. layan kan je lah. Cha bertahan kat Mamutik je, sampai Manukan dia tertido. Tido beralaskan tuala je lah anak aku.

Tak mustahil okay nak bawak anak kecik gi pulau, tak semestinya nak gi pulau terpaksa tinggalkan anak. Just prepare segala apa yang patut.. boleh je. Macam untuk Cha.. kat pulau ni dia aku bagi roti ngan puree dalam botol tu. Selalu dia tak bape gemar, tapi masa kat KK dia boleh habiskan sebotol kejap je. Sun block pun untuk Cha yang aku beli dulu.. untuk aku ngan Ekwan?? Balun je Cha punya...hahahaha...

Hah.. kat pulau-pulau ni network coverage sangat baik. Rileks je main FB sementara tunggu giliran nak masuk air jumpa ikan (:

Catatan: Panduan Jalan-jalan ke Kota Kinabalu, Sabah

24 October 2011

berdua tak berapa baik. bertiga baru lagi best

Last week aku dan Cha ditinggalkan berdua. Suami ada team building. Kat sekitar KL je.. aku pun malas nak ikut sama, sebab baru balik dari Janda Baik kan. Muak gak nak dok bilik hotel sampai 5 hari seminggu. Dengan kain baju yang melambak-lambak nak kena didobi, maka aku dengan senang hati biarkan dia ber'team building dan tinggal lah aku berdua ngan Cha..

Pagi Sabtu, tiba-tiba terasa nak gi Sunway Pyramid. Nak bayar bil sebenarnya. Pastu kononnya nak beli sweater Cha dan nak tonton wayang lepas tu. Tapi sudahnya, aku berjaya bayar bil je. Pastu plan lain semua terpaksa cancelled. Jom kita balik Cha..

Cha tak memberi kerjasama. Mulanya dia tak nak aku dukung, nak jalan sendiri. Tapi tak larat okay nak layan, semua tempat dia nak berhenti. Nampak patung stop, asal nampak benda yang dia berkenan dia akan stop dan belek. Pastu kalau aku ajak jalan, dia tak nak. Kang kalau amik dukung dia, dia ngamuk.. Sudahnya, aku biarkan je lah. Sebab masih awal, aku try gunakan tactic teruskan berjalan, tinggalkan je dia.
2 kali je berjaya okay.. yang lain-lain dia buat tak tahu je. Orang yang tengok gelagat dia memang lah rasa macam comel, siap datang tegur, cuit pipi, usap rambut dia semua. Tapi aku ni, tak larat wehh nak tunggu dia.

ibu suruh jalan la Cha bukan dok sengih-sengih kat situ.. cepat la Cha

Sudahnya, aku dukung gak lah. Dukung bawak balik terus.. Dalam kete lagi haru la.. nasib baik Sunway Pyramid ngan rumah 10min je. Merasa la aku dengar dia menjerit-jerit nak duduk kat aku. Dia mengantuk sebenarnya. Tu yang makin sakan mengamuk. Tapi bila sampai rumah, segar pulak dia. Tak nak pulak tido. Saja tau dia tu.

Dia tido je, terus aku masuk dapur. Buat apa?? Buat pavlova..hehehe..

pavlova lagi (:

Sekian cerita pagi ini.

*memang failed la aku kuar berdua je ngan Cha..

mengidam

Dulu achik ada pasang niat nak beli mesin jahit, siap dah nyaris-nyaris nak beli dah. Tapi akhirnya tak jadik. Terpaksa dulukan tuntutan yang lain. Sudahnya, batalkan saja keinginan tu sebab tiba-tiba minat menjahit macam berlalu di bawa angin. Walaupun keinginan tu masih ada.. tapi keinginan nak memiliki oven berkapasiti tinggi adalah lebih membuak-buak..

Achik nak oven size 40 liter!!! *sekurang-kurangnya

Semua dalam range RM300++ Nampak gayanya achik dah tau ke mana habisnya duit bonus achik bulan 12 ni nanti..

Bukan apa, oven sedia ada ni comel loteh sangat. Alah, beli zaman bujang dulu. Beli lah yang murah-murah, tak terpikir pun nak beli yang besar trus. RM100++ je kot, size pun tak pasti 18liter ke 23liter.. senang citer, kecik bebenor. Kalau nak buat cupcakes tu bleh masuk 6 biji je kot sekali bakar. Larat aku nak hadap oven lama-lama. Electric pun membazir..

Nak bakar kek pun kadang kena buat 2 kali.. nyampah okay..

Walaupun hasrat hati nak oven besar bagak mcm ni.. takpe, takpe.. jangan tamak. yang ni tunggu duit bonus laki den.. tapi kalau dah dpt yang 40liter ni, cukup dah kot...

dapat oven 65 liter gini memang aku keje membakar je lah jawabnya

*boleh start survey harga oven mulai sekarang. dan kumpul resipi juga... barulah nanti rasa berbaloi-baloi kuar duit beli oven (:
*semalam tgk oven Elba kat SenHeng.. rm399.. 

22 October 2011

Tips: Meringue

*perrrgghhh... kuarkan entry tips macam dah cukup handal

Hakikatnya masa 1st time buat meringue, failed. Pukul punyalah lama, tapi tak jugak kembang putih telur ngan gula aku. Sudanhya buang saja 6 biji telur putih itu. Bila meringue dah gagal, haruslah kek pun gagal. Tapi hasil tunjuk ajar dari sifu-sifu, aku kini yakin nak buat segala jenis kek atau desert yang guna meringue ni. Bermula dengan Pavlova dan semalam aku buat Karamel Kek.. Hasilnya sangat memuaskan hati.

Apa itu MERINGUE?? *nak tau jawapan sila google (:

Kalau orang tanya 'meringue tu apa dayu?' aku akan jawab gini je kot 'meringue tu putih telur ngan gula, pukul guna high speed sampai dia kembang dan gebu yang bila kita tonggeng kan mangkuk dia tak tumpah' Dan seperti biasa, penerangan beserta gambar adalah lebih jelas dan mudah untuk difahami.

meringue adalah bersifat fluffy *betul ke ni?* dia kelihatan padat tapi gebu sebenarnya

ciri penting meringue: tak kan meleleh, tak tumpah bila mangkuk adunan diterbalikkan

Meringue ni akan terhasil dalam masa maksimum 15min.. tapi kalau 5min pertama, putih telur ngan gula tu macam tak mengembang.. okay, boleh amik tisu dan redha je bahawasanya meringue anda adalah gagal. Atas dasar pengalaman sendiri yang tak seberapa dan hasil pembacaan aku nak share sikit tips camne nak pastikan meringue tidak akan gagal.


  • Gunakan telur yang telah disejukkan dalam peti sejuk. Telur yang dah disejukkan lagi senang kita nak asingkan. Bila asingkan putih telur dari kuning telur, pastikan takde setitik pun kuning telur tercampur. Langkah keselamatan yang aku selalu amik, aku akan pecahkan telur dalam bekas asing-asing. Tak sanggup aku kalau tiba-tiba telur yang last tu mensabotaj.. nangis achik..
  • Biarkan putih telur yang telah diasingkan pada suhu bilik. Biar senang nak pukul, putih telur suhu bilik akan lebih mudah gebu.
  • Pastikan mangkuk adunan dan perkakas mixer betul-betul kering. Takde minyak, takde air.
  • Penggunaan mangkuk besi adalah lebih afdal
  • Gunakan gula superfine macam gula kastor atau gula icing
  • Jangan pukul putih telur dan gula sekaligus.
  • Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan 2 sudu gula setiap satu masa.
  • Jangan matikan mixer separuh jalan, nanti meringue mudah melekat dan melekit masa bakar
Meringue kena bakar guna api sederhana dan agak lama, nak pastikan dia rangup. Lagi satu, kalau nak potong kek/biskut/desert yang guna meringue, sila gunakan pisau yang telah dicelup dalam air sejuk. 


*serius, sampai ke sudah tak reti nak sebut 'meringue' ni
* makcik aku kata kalau nak meringue yang lagi tip top, kena guna telur segar dr ladang.. mana nak dapat??

19 October 2011

Cha kat School

Sejak bulan lepas, nursery Cha mengamalkan konsep Taska Mesra Ibu Bapa. Aku suka.. Ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan taska tanpa sebarang larangan. Tapi ada waktu-waktu tertentu laj.. takde la sesuka hati aku muncul pukul 11,derang nak bagi masuk suka-suka. Tapi kalau petang dari 4.30pm, memang boleh masuk.. boleh masuk bilik anak, boleh amik sendiri anak dalam bilik. Tak lah setakat tunggu depan pintu je. Maka, boleh la tengok keadaan dalam taska tu smua macam mana.

Dan lagi aku suka, sekarang cikgu yang jaga Cha ada dalam list FB aku. Budak tu pulak, rajinlah jugak upload gambar2 kat Cha masa kat taska. Dapat la jugak aku pantau aktiviti Cha..

gambar 2 bulan lepas

cikgu kesayangan Cha.. pagi-pagi kena cikgu suzy yang sambut kedatangan Cha. kalau tak nanti dia tak nak masuk bilik. kalau cikgu suzy kena jaga bilik infant, Cha tetap nak mengekor. Kalau tak nanti dia menangis kuat-kuat kat depan pintu kaca tu.

latest pic tengahari ni.. sayu je tgk gmbar anak tido

Sedar tak sedar, dah 10 bulan Cha duduk kat nursery ni. Alhamdullilah, semuanya semakin baik. Aku puas hati. Memang awal-awal dulu sedikit bermasalah..tapi bila dah makin seras ni, aku pun senang hati nak tinggalkan dia setiap hari. Sekarang pun dah jarang dia menangis bila aku tinggalkan pagi-pagi hari. Kalau lepas cuti lama tu, normal lah. Ada masanya Cha selamba bye-bye kat aku, berlari masuk bilik nak jumpa 'friends' sampai lupa nak salam ibu.. takpe.. ibu suka bila tahu awak seronok duduk kat school..

*jom cha gi jalan tar carikkan tudung baru untuk cikgu suzy

Karamel Kek

Dulu waktu semua orang tengah gian buat karamel kek ni, aku pun join lah gak. Nak la cuba gak buat. Macam skrg ni, smua dok pulun buat pavlova kan.. Lepas ni apa geng? Red Velvet kah?? Tapi orang lain semua dok tayang kek berlapiskan karamel derang, tapi aku diam je. Sebab apa?? Sebab karamel kek aku adalah gagal. Terus merundum mood nak membakar aku time tu, terus simpan oven. Puasa hari tu baru carik balik..

Karamel kek aku gagal sebab kegagalan aku membuat meringue. Tapi bila berjaya menghasilkan pavlova yang elemen asasnya adalah meringue, aku terus berkobar-kobar nak buat karamel kek ni lagi sekali. Tu yang malam semalam, beriya tidokan Cha awal-awal dan terus aku main telur, tepung kat dapur. Kebetulan semua bahan ada dalam stok kan, makin pantas aku beroperasi.

Dan dipersembahkan Karamel Kek saya (:

Loyang pertama. Karamel adalah sangat tebal.

Loyang ke-2

Mungkin karamel kek ni kelihatan leceh nak buat, nak kena buat karamel. Ngan gula hangus, bancuhan karamel. Adunan untuk lapisan kek, ngan meringue. Tapi bila tengah semangat, semua tu tak penting, tengah teruja nak tengok hasil air tangan katakan. Tapi aku rasa kalau dah selalu buat, mesti alah bisa tegal biasa. Chap chap soi je... (: *ada yang rasa nak lepuk aku?

Takde lah leceh mana, nah amik resipi. Ni pun aku dapat dari Puan NaNo, dia ni kira sifu aku lah ni. Banyak jasa dia kat aku ni. Bila agak ragu-ragu, terus sms, tak pun call je dia terus tanya. Pantas dia menjawab segala keraguan. Love you la Na...

Bahan (A) - step 1
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus) 
- tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur & wrna tukar jd perang

Bahan (B) - step 2 
1/2 tin susu cair FN
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
- kacau adunan B perlahan jgn smpai berbuih, lepas tu tapiskan masuk adunan ni ke dlm loyang yg dah ade gula hangus td,

Bahan (C) - step 3 : Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder 
45ml minyak msk
- pukul semua bahan ni..ketepikan,

Bahan (D) - step 4 : Meringue
6 bj putih telur
70gm gula kastor
- pukul dengan kelajuan yg plg tinggi, smpai la kembang & jd meringue ( yg mana bila diterbalikkan mangkuk, adunan xjatuh, xbergerak, itu meringue yer )


 - campurkan adunan C & D ini, gaul dengan cara kaup balik smpai sebati
- bahagikan pada 3 bahagian & letak pewarna
- masukkan adunan yg berkaler ni ke dlm loyang yg dah ada karamel td, 
- bakar dlm masa sejam, suhu 150c dengan menggunakan kaedah double boiling
- bila dah masak, sejukkan 10minit baru terbalikkan kek td, biarkan karamel duk kt atas plak, simpan dlm peti, sejuk2 bru sedap makan


Amacam?? Tak susah mana pun kan.. malam kang cubalah..

18 October 2011

Supplement untuk Eisya

Bila dah memegang status 'ibu' ni, macam-macam kena pikir. Banyak benda, biar orang lain rasa remeh tapi tetap boleh buat kita jadik stress. Boleh tak lena tido dibuatnya. Lagi-lagi kalau hal anak. Segala benda berkaitan anak adalah boleh mengundang kerunsingan berpanjangan. Terutamanya hal pengurusan pengisian perut anak. Bila anak tak nak makan, pastu orang sekeliling mula mengajukan soalan-soalan berbunyi 'kenapa anak kau ni kurus je aku tengok' Kalau tadi stress baru nak mula muncul, terus jadik kronik kau..

Aku pernah lalui fasa tersebut, bila berat Eisya hanya bertambah 200gm je dalam masa 2,3 bulan. Stress mak dia tengok jarum weight scale tu tiap kali check-up kat klinik kesihatan. Nasib baik nurse kat KK Tanglin tu berbudi bahasa, kalau dia pun jenis sound tak reti jaga hati ibu-ibu, memang makin haru biru la hidup aku.

Selepas berusia setahun, Eisya memang makan segala benda. Manis, masin semua benda dia bedal selagi tak pedas. Tapi kuantiti dia makan sangat sedikit. Sedikit yang memang sedikit.. kalau nasik tu 2,3 sudu je kot. Pastu puas lah aku paksa dia bukak mulut.. tapi tetap dia katup rapat-rapat. Sudahnya nai berterabur atas lantai je lebih. Lauk pun dia tak berapa nak layan. Eisya tidak aku kategorikan picky eater, dia makan je smua yang orang bagi. Tapi dia tak nak makan banyak..kalau bai nugget.. 1/4 je kot dia makan. Sehingga umur dia 16bulan, dia lebih banyak bergantung kepada susu. Paling dia berselera pun, buah. Anggur je pulak tu *kelas anak kau dayu..

Latest weight Eisya adalah 9kg, mas check-up setahun 4 bulan. 

Start bulan lepas aku rasa macam kena lakukan sesuatu. Tak daya aku nak bergaduh dengan dia setiap kali nak kasik dia makan. Dan solution yang aku terfikir time tu hanyalah dengan memberi dia makanan tambahan. Nak bagi dia supplement yang boleh buat selera makan dia bertambah. Masa tu yang terbayang Appeton with lysine je. Terus aku terjah farmasi nak beli. Tapi bila sampai farmasi, melambak-lambak la pulak multivitamin dengan pelbagai fungsi. Harga pun semua lebih kurang.

Bila pharmacist tu tengok aku dok belek-belek botol vitamin tu, dia pun datang approach tanya aku nak beli vitamin untuk apa.. apa tujuan aku nak bagi anak vitamin.. Aku terus terang je lah, aku nak tambah selera makan yang penting. Yang lain-lain tu.. aku tak kesah sangat. Vitamin A ke, B ke.. aku tak peduli. Aku nak dia jadik pemakan je. Pharmacist tu senyum je okay bila aku jawab gitu. Dan dia cadangkan beberapa vitamin kat aku. Antaranya Robovites dari Vitahealth ni.


Selamba aku tanya 'appeton ni tak elok ke?' Dia kata boleh je kalau aku nak amik appeton, tapi dalam robovites ni ada zinc, dalam appeton takde. Harga robovites lebih kurang je, murah sikit kot dari appeton. Aku tanya lagi 'yang ni boleh tambah selera makan ke??' Terus dia bagi aku flyer vitamin ni *ntah mana aku letak dah* Dan ia, dia juga ada fungsi yang sama. Maka, bawaklah aku balik botol vitamin ni, Dan mula bagi Cha makan sehari sebijik. Budak tu mana reti cukup sebijik, menangis-nangis depan fridge mintak botol vitamin. Tapi sorry lah ye anak.. terlebih vitamin dalam badan pun buruk jugak akibatnya.

Alhamdullilah, dalam masa seminggu aku boleh nampak perubahan selera makan Cha. Dia mula makan dengan banyak. Sebelum ni tak pernah nasi bertambah, selalu membuang. Tapi lepas makan vitamin ni, merasa lah aku tengok dia marah bila nasi dalam mangkuk dah habis. Gembira sungguh aku tengok dia makan banyak. Dan pernah satu tahap aku ngan Ekwan naik takut bila dah habiskan nasik semangkuk, pastu ibu abah makan, minta lagi nasik. Sebelum tu dah balun anggur 7-8 biji. Pastu habiskan pulak susu 7oz.. perut dah bulat dah. Tapi bila hulur koko krunch, pun dia sebat gak..

Tapi sila bagi dia suap makanan dia sendiri.. kita boleh tolong pegang tangan dia bawak sudu ke mulut saja. Sila jangan pegang sudu dia, nanti dia marah.

abaikan keseksian anak dara saya makan

abaikan juga tilam itu. tu port kami anak beranak nak berguling-guling petang hari

Bila dia dah makin berselera makan, aku pun kenalah rajin sediakan makanan untuk dia. Paling crucial, untuk makan malam dia lah. Balik keje, sampai je rumah. Letak bag terus bukak peti ais.  Terus masak nasik dan masak lauk. Seboleh-bolehnya aku tak nak bagi dia susu dulu, nanti kalau dah susu dia kurang makan. Selalu tunggu laun nasik masak, aku bagi dia buah je dulu. Paling tahap pemalas, aku akan masak lauk makan malam siap-siap untuk esok. Sorry la ye Cha, tak larat ibu nak sediakan fresh meals setiap hari.

Tapi takpe.. Cha selera makan, ibu sanggup terkocoh-kocoh masak..


bila tengok pipi anak makin bulat, makin tak larat nak dukung lama-lama. puas rasa hati

Lelong..Lelong: Mesin Jahit Brother NV50

Ini adalah request dari kawan saya. Dia mintak untuk dibuat hebahan umum mengenai perkara ini. Dia ada benda nak kasik jual, dia nak jual sebab dia nak beli something new. Yang lebih berkuasa tinggi. Maka, yang sedia ada ni dia nak jual. Kang simpan je, buat kumpul habuk je. Baik kasik let go. Kalau berminat meh la tengok apa dia nak jual..barang baik ni..

Dia nak jual MESIN JAHIT BROTHER NV50

Barang baik Punya!!!
Dia dah guna mesin ni selama setahun, dan mesin ni masih ada warranty setahun. Dengan mesin jahit ni lah dia belajar menjahit, kiranya sangat sesuai lah untuk beginner. Untuk yang baru nak belajar menjahit. Ini antara review dari kawan saya itu:


- mesin ni sesuai untuk yang baru belajar menjahit, time amik mesin ni dulu pun saya baru belajar, sungguh mudah, sekang dah terer dah, tu yang nak tukar mesin
- mesin sangat mudah digunakan, automatik pun boleh, ade kelajuan 1 hingga 3, manual pun boleh juga, hanya tekan motor je,
- pasang koci dan jarum pun mudah sebab kat mesin tu ade tulis step by step, orang rabun pun tak payah nak nak raba-raba masukkan benang
- beza antara NV 30 ngan NV 50 sebab NV ada huruf, so if nak jahit nama ke batch ke, mmg boleh, set je kat mesin tu,
- mesin ni banyak corak yang kite boleh pilih, nak combine pun boleh, boleh combine sehingga 40++ corak
- saya juga gunakan mesin ni untuk jahit tepi sebab kekadang saya malas nak gi kedai jahit tepi, hehe
- sesiapa yang suke singgah kat kinokuniya, buku-buku jahitan dari jepun (tak faham pun bahasa diorang, tengok gambar je cara-cara dan apply kat mesin ni) kat situ kebanyakkan menggunakan mesin brother


Untuk review teknikal mengenai NV50 ni, nak baca bawah ni: (achik copy paste je)

Innov-IS 50 atau lebih dikenali sebagai NV50 menawarkan corak dan penyelesaian jahitan sempurna. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti 135 jenis jahitan termasuk 10 jenis lubang butang dengan hanya menekan nombor di touchpad yang disediakan. Selain itu, mesin ini boleh menjahit tulisan ABC dan segala jenis jahitan yang anda edit boleh disimpan di dalam memori sehingga 35 corak jahitan yang berlainan. Ianya sesuai untuk membuat label atau monogrammes.



Specification

Model Number
Brother NV50
Type of Machine
Computerised
Built in Stitches
135
Sound Level
Super Silent
Buttonhole System
1-step Auto
Buttonhole Styles
10
Automatic Needle Threading
Fully-Auto Lever
Quick Set Bobbin
Yes
Accessory Compartment
Yes
Light System
LED Light
Presser Foot Levelling Button
Yes
Feed Dog
7 points
Needle Stop Position
Yes
Automatic Reinforcement/ Backstitch
Yes
LCD Display Screen
Yes
Error Message
Yes
Stitch Pattern Selection
Key Pad
Handy Central Controls
Yes
Case/ Cover Type
Hard Case
Footers Included
7
Slide Speed Control
Yes
Stitch Reference Panel
Yes
Twin Needle Mode Selection Key
Yes
Initial Needle Position Function
Yes
Lettering
Yes
Combining patterns
Yes
Stitch Width Control by Speed Lever
Yes
Mirror Imaging
Yes
Repeated Single Sewing
Yes
Vertical Pattern Adjustment
Yes

Andai kata, ada yang berminat.. boleh lah hubungi kawan saya tu, nama dia AWIN. Boleh call dia di talian 012-6324343. Harga boleh runding.. no hal punya. Tapi harga dia bukak RM1300 ye. Pandai-pandailah korang bodek dia minta kurang harga.

*aku pun macam nak beli mesin jahit, tp rasa macam nak beli oven 40liter dulu la (:. kata sekarang dok asyik sangat membakar kan

17 October 2011

Yummylicious Pavlova

Sabtu Ahad lepas, keje aku adalah pukul telur ngan gula buat meringue, pastu ulang alik hadap oven.. Hahahaha.. ye, achik sakan buat PAVLOVA.. Rasanya seminggu ni mem'pavlova je lah. Selagi stok whipping cream masih ada, makin galak la aku buat pavlova.

Benda senang nak buat, pastu lazat. Lagilah bersemangat jadiknya kan. Bahan pun mudah dan murah. Whipping cream la kot mahal skit.

Pape kita tayang hasil tangan hari sabtu aritu eh..

rupa tak berapa menarik. rasa pun manis terlebih sebab salah baca resipi. so hasil percubaan pertama tak berapa mendapat sambutan. memang kena letak buah kaler merah + kuning la atas pavlova ni, baru lagi mengancam

dan ini hasil percubaan kedua. jamu mak, Pak Ngah ngan Mak Ngah Cha semalam. Yang ni dalam masa 5min selesai (:

Camne nak buat?? Sangat mudah okay.. Terima kasih kepada Puan NaNo yang sudi kongsikan resipi ni dengan aku, dia dah lama buat. Siap dah meniaga dah, aku baru nak cuba. Patut dari dulu lagi cuba..mudah sangat. Sungguh.. Ini dia resipi Pavlova, pastikan korang cuba. Mesti lepas tu kemaruk gak macam aku, nak buat lagi dan lagi.

PAVLOVA

Bahan-bahan Meringue:
3 biji putih telur
1 cawan gula icing
3,4 titik esen vanilla
3,4 titik cuka
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan topping Cream
250ml whipping cream  (boleh jugak nak tambah gula ke, madu ke, nak bagi manis skit. tp meringue tu sendiri dah manis.. so tak perlu kot)

Cara-caranya: (sangat mudah)

1. Untuk buat meringue: Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.

3. Kemudian alas loyang guna baking paper.Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150.

Meringue siap sedia nak masuk oven.

4. Bakar selama 50min. Guna api bawah je. Suhu 120. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu petanda molek. Tak perlu menangis depan oven. Selepas 50min, bakar pulak guna api atas bawah selama 10min.

Hasil selepas sejam duduk dalam oven. Rangup diluar dan bertekstur marshmallow di dalam.

ni gambar meringue yang 1st attempted. 
5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.

6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrapped dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan. Tak sempat nak tunggu sejuk daslam fridge, selesai.

salut meringue dengan whipping cream secara meriah.

ini lah rupa pavlova tu bila dipotong. meringue tu seharusnya rangup diluar dan lembut mcm marshmallow kat dalam. as semua yang makan semalam kata sedap, aku berpuas hati lah.

Perrghh, kalau korang google image pavlova ni, memang semua buat terliur.. Garnish dia memang terbaik!! Dengan syrup dia.. Tapi achik punyer, walau rupa tak seberapa.. bila dah makan mesti nak tambah lagi, tapi kesian bila datang nak mintak lagi, dah habis.. hehehe..sian laki aku semalam, beriya hulur pinggan, sekali dah licin.. Malam ni orang buat lagi eh...makan la puas-puas

Rasa nak try buat mini pavlova lah.. boleh buat untuk desert birthday party ke, open house ke.. *jemput 5org mampu la nak buat.. 50 orang, merasa aku tido depan oven.. tapi kalau dapat oven 40liter boleh kot..



*peerghhh, aku bagi resipi mcm sgt profesional je kan.. hakikatnya...

14 October 2011

anak ibu

Mak ayah mana yang tak mengharapkan anak menjadi seorang yang cerdas, yang bijak. Masing-masing mesti ada pasang niat, menaruh harapan kat anak. Tak payah nak tipu lah.. harus sebelum anak pandai berjalan lagi korang dah berharap macam-macam kat anak. Aku sendiri berangan, sejak Cha infant lagi, beriya konan nak bentuk Cha jadik seorang arkitek bila besar nanti. Pastu tiba-tiba teringin nak suruh Cha jadik doktor... pernah gak terfikir nak dia jadik pembaca berita, dengan harapan nanti boleh tatap muka anak setiap hari dalam tv..

Tapi aku tak nak menaruh harapan terlalu tinggi, lagi-lagi dengan usaha aku yang tak seberapa ni.

Adakalanya jeles jugak bila orang lain rajin+gigih didik anak. Setiap hari akan luangkan masa bacakan buku kat anak. Ajar anak itu ini.. Pastu geram jugak bila semua kata anak derang memberi kerjasama yang sangat baik. Aku bukanlah malas nak hadap Cha, bukanlah aku tak rajin nak bacakan dia buku. Tapi Cha sangat tak boleh memberi tumpuan. Bila bukak buku citer fairy tales tu, dia bukan nak dengar aku bacakan. Puas okay pelbagai kan intonasi, konon nak bagi dia terpikat. Sudahnya dia tengok muka aku, pastu dia tarik buku tunjuk-tunjuk gambar. Dia tak berminat nak dengar cerita. Dia nak tengok gambar je lebih.

Terniat juga nak belikan iPad ke Galaxy tab ke untuk Eisya. Macam sangat best je rasanya kalau ajar Cha ABC guna iPad. Sangat stylo rasanya. Tapi bila mengenangkan Cha yang setiap petang bila balik dari nursery, masuk je rumah terus hadap kad ABC yang tertampal kat dinding rumah tu. Sibuk tunjuk gambar-gambar binatang kat kad tu, terus aku lupakan hasrat nak beli iPad. Anak aku lagi berminat dengan kad harga RM6.90 beli kat Mydin tu. Dan makin rasa tak perlu nak berhabis duit belikan anak gadget canggih sebab ngan kad harga tak sampai sepuluh ringgit tu pun bila tanya 'Cha, mana bear??' Laju je jari dia tunjuk gambar binatang kat huruf 'B' tu, pastu dia sendiri bawak jari dia tunjuk gambar binatang kat huruf 'F' dan sebut 'fishhhh'

Mak mana tak suka bila setiap hari ada je benda baru yang anak belajar.

Sekarang Cha semakin mudah ikut apa yang kita cakap, sebutan dia pun makin jelas. Teruja okay aku laki bini petang semalam bila tunjuk Cha 'tiger' kat animal planet, dia boleh sebut 'tiger' dengan jelas dan betul. Berkali-kali pulak tu. Pastu tunjuk pulak 'snake' dan sekali lagi dia buat ibu tersenyum..

Ni makin ibu tak sabar nak bawak awak gi zoo ni Cha..

Anak-anak kecil memang sangat bijak kan.. semua terserah kat kita macam mana nak rangsang diaorang. Nak tengok anak membesar jadik cerdas, bijak.. tak boleh malas, kena rajin dan gigih ajar anak. Dan aku nak pasang azam, aku tak nak bagi anak aku terlalu banyak entertainment. Nak main game komputer boleh, tapi sejam je sehari. Maka, nak bentuk anak, aku kena bentuk abah dia dulu. Nak hadap PS, sila jangan melebihi had. Sila bagi contoh yang baik kat anak-anak ye. Kang kalau anak jawab 'abah boleh.. nape Cha tak boleh??' Sila jangan bagi ajaran yang salah kat anak.. rasa nak bungkus lah PS tu, dia pun macam dah lama tak hadap benda tu. Lupa dah kot (:

Ohhh.. perkara yang paling menggembirakan kini dan aku sebagai ibu rasa berbunga-bunga je. Bila ditanya 'Cha, mana telinga?' Dia akan pegang telinga dia, pastu goyang-goyangkan telinga dia. Sebut je tak reti lagi, patut aku ajar 'ears', mesti senang dia nak dapat. Setakat ni dia dah kenal 'eyes', nose, tangan, kaki dan gigi.. Dan satu lagi.. 'perut' Bila tanya perut mana, dia akan selak baju dia pastu tepuk-tepuk perut.. hahahahah.. Cha.. Cha..

I love you so much sayang!!!

Setiap hari Eisya sentiasa buat ibu bertuah, bertuah dapat anak macam Eisya. Walaupun kadang-kadang Cha suka carik gaduh ngan ibu, sibuk nak teman ibu masak kat dapur. Selalu tarik ibu suruh turun dari katil, tak kasik ibu baring-baring jap penat balik keje.. Selalu buat ibu mejerit *agaknya satu blok boleh dengar* bila punyalah seronok awak sepahkan baju yang ibu dah lipat.. Biar macam-macam kerenah awak ibu kena hadap, tapi setiap malam bila awak dah tido *kaki terkangkang, tangan terdepa* Ibu rasa macam sayu pun iye.. rasa tak puas je Cha..

Anak ibu dah makin besar.. nak masuk setahun 6 bulan dah minggu depan..
*ibu dah plan birthday party awak.. kali ni mesti jadik. ibu simpan duit dari sekarang..


12 October 2011

Eisya Elyssa & Khalisya Husna

Sebenar sejak derang ni infant lagi aku selalu terasa muka diaorang berdua ni agak mirip. Bila tengok gambar Husna, aku rasa macam pandang Cha. Dah la perangai, progress derang lebih kurang je. Tarikh lahir pun dekat-dekat. Tu yang lebih kurang je. Cha lahir 20 April, seminggu lepas tu Husna lahir. Nasib baik tak bersalin kat hospital yang sama.

 Bila Fashya citer hal gelagat Husna, aku mesti akan komen 'Cha pun sama' Bila dah besar ni, makin mirip pulak aku tengok. Cuma Cha rambut lurus, Husna kerinting comel (:

Bila ada beberapa orang mula kata 'muka Cha macam Husna' tak pun sebaliknya. Maka mata aku memang betul lah tu.

mirip kan mereka berdua. gigi pun sama je size. tapi gigi Husna lagi cantik, gigi Cha yang 2 batang kat bawah tu boleh lah V-shape

Kadang bukan setakat ngan Husna je aku tengok Eisya serupa, kadang-kadang tengok entah anak sape2 pun rasa 'eh mcm muka Cha la' Hahaha.. rindu bebenor kat anak gayanya, macam berminggu tak jumpa. Sedangkan tiap hari bergaduh ngan anak.

gambar terkini ketika berdua

Husna, apa aktiviti favorite masa kini?? Selongkar beg mekap ibu ke?? Cha itu la keje dia kalau aunty leka je skit, tengok-tengok dia tengah syiok je conteng kaki dia guna eyeliner aunty.. Husna ada buat gitu?

11 October 2011

Pra-review: Cheringin Hilss Convention & Spa Resort, Janda Baik

Achik baru balik dari buat lawatan muhibbah ke Cheringin Hilss Convention & Spa Resort kat Janda Baik sana. Perrrgghhh nama dia, nasib baik rupa sehebat nama. Hebat setakat penilaian pertama tadi lah. Kita tengok review achik 2 minggu akan datang. Adakah masih lagi kata dia hebat dari segi nama dan facility..

Minggu depan achik nak menetap 3 hari 2 malam kat sana..

Nasib baik boleh angkut En Ekwan ngan Pn Sri Eisya Elyssa sekali.. kalau tak silakan la hadap komen-komen meroyan achik kat wall FB tu setiap sejam minggu depan (:

Cheringin Hilss Convention & Spa Resort ni boleh achik kategorikan sebagai accomodation paling modern+best kot sekitar Janda Baik tu.. Yelah compared to other resort/chalet, dia yang paling baru. Paling besar, duduk atas bukit pulak tu. Apa tak gah.. siap ada 2 swimmimg pool.. Ada 3 bilik seminar, ada ballroom besar punya. Mestilah dia paling hebat kan..

di kawasan lobi menunggu in-charge person bawak tour ini resort

pandangan dari kawasan parking

Kami dibawa melihat setiap jenis bilik.. lupa pulak nak amik gambar sebab sibuk tanya itu, tanya ini. Biasalah, gitu gayalah kalau jadik urusetia. Nak kena pastikan semua lengkap, kalau boleh nak program yang diuruskan berjalan lancar. Tak nak ada cacat cela. Tak nak ada orang balik je bengkel, komen macam-macam. Berusaha puaskan hati semua orang..

Itulah urusetia.. achik memang suka buat keje-keje mcm ni.. Setakat ni alhamdullilah.. 


view dari kawasan lobi ke bilik kediaman nanti

Room Rates kat Cheringin Janda Baik ni, boleh lah.. Kalau aku bayar sendiri memang tak duduk la kot. Sebab ni ditaja oleh kerajaan Malaysia, achik berbesar hati je. Harga bermula dari RM 220  hingga RM 550 semalam ye. Tapi sebab ini adalah program anjuran jabatan kerajaan, dapat lah pakej RM190 semalam  dengan bekalan makana sebanyak 6 kali sehari. Camne tak membesar dengan gemilang.. 

Sape-sape yang dilantik jadik urusetia, nak buat pape kursus/bengkel/seminar.. gi lah Cheringin Hilss Convention & Spa Resort Janda Baik ni.

*nasib baik bengkel ni ramai J48 ke atas yang join, merasa la J41 dok superior king.. kalau tak harus sharing



Followers

+ Tajaan Bulan Ini +