31 March 2008

Splendid Weekend- suNdaY


Sunday Yang Joli Sakan

That Sunday i joined Aziah's family for wedding at Meru, Klang -sekali lagi menempuh perjalanan yg amat jauh- Tapi nasib baik lauk kat rumah pengantin tu sedap. Banyak sungguh lauk-pauk dia, ngan rojak buah -sedap sgt!!-, bubur kacang, agar2 semua..issskk mmg style org jawa kat situ macam ni agaknya.

dua makhluk -tgh drive pun nak amik gmbar- pipiku semakin kembang -wargghhh!!-

Abis kenduri terus balik Sentul. Reached home by 2pm. Terus called Ekwan -dia br bgn tido, tak senonoh- Semalam i takde dia ber'sosial' ngan kawan2 dia sampai kul 3am -tak suka sebenarnya..adakah nanti selepas kawin dia akan terus begini?-

Dia nak jumpa. I ok je..lagipun Rindu lah kat dia!! Walaupun hakikatnya terasa nak je melelepkan diri waktu tu, tapi demi rasa rindu tu..tahan je lah mata -geli siot-

Then terus ke OU, nak main bowling. Semalam Din ada sama, budak ni dtg dr Banting sebab dah sangap sgt duduk kat sana. Sian dia, selalunya weekend pun kena stand-by on call.

muka kerek Ekwan sebab baru lepas dpt strike

dua makhluk tuhan

i'm the loser of the day. ikut derang satu strike RM 1.. Tak kuasa nak layan..

Lepas 3 frame main bowling, bdk2 ni main pool lak..

satu game rm 1..agak2 baper game derang main?

tertonggeng2 nak tonjol bola tu.. tak larat lah nak tunggu derang habis main. i gi lah minum2 kat cafe tu..sorang2..kejam sungguh bf ku itu

Ingat lepas pool siap dah. I pun dah beriya ajak derang gi carik makan -lapar dah- pastu nak carik kasut. Chiaatt!! Rupanya tak siap lagi. Derang nak gi main game lak. Payah budak 2 org ni tau..

tengok...main game tak ingat kat kita langsung...

Ikut hati nak je tinggal 2 org tu tau, baik i gi carik kasut -sorang2 pun takpe lah- Entah bape banyak derang main pun i tak ingat dah. Bila token habis, sibuk nak gi tukar lagi, jgn harap i nak kasik. Terus i tarik keluar dr situ. Nasib baik kali ni dgr kata, kalau tak mmg harus i blah je...

Dah lama sgt asyik main je, tau pun lapar. Terus gi Big Apple.


Makan-makan..borak2 kemudian kami pun balik. Din parked his car kat Hartamas, so kena la hantar dia ke Hartamas dulu. Kemudian Ekwan sent me home. Sebelum tu singgah Tasik Titiwangsa jap, dia nak borak2.

I ngantuk sgt time tu. Tak larat dah nak duduk lama2 ngan dia. So i suruh lah dian hantar i balik. Lgaipun nak tgk ABP la..

~ Mawi menang lagi .. Hmmm.. takde makhluk lain ke? ~

sPlendid WeeKenD - saTurDay

Saturday In Kalumpang

This weekend i spent my time in Aziah's place in Kalumpang. Kali ni betul2 jadik kut Aziah balik umah dia -setelah berkali2 kata nak ikut tp tak jadik- Ikut dia balik sebenarnya sebab nak gi iron rambut -dah 5 bulan tak iron..dah mengerbang semacam je-

So, malam Jumaat tu, balik je keje terus kemas2 barang. Nak gi 2 hari je, tapi beg macam nak balik seminggu -itu la perempuan kan, macam2 nak kena bawak- Aduuhhh!!! Bapak jauh rumah minah tu, macam ne lah dia larat drive every week balik umah.. Kul 8 kitaorg gerak, dekat kul 10 gak baru sampai, ngan jammed lagi kat Rawang. Dah la ngantuk..

Bila sampai makcik Miah tengah buat kek untuk hantaran. Borak2 jap pastu makan. Adooiii..lemah rasa badan.. tak makan kang, terasa hati lak tuan rumah. Maka, nak tak nak makan la nasik goreng tu..sekali sedap la pulak.. akhirnya...2,3 kali i tambah tau. Arrrgghhh!! Rosak diet!! Benci!!

Lepas tu terus tido - Lagi lah cepat buncit ko Dayu-

Malam tu tido tak berapa nenyak, tempat baru lah katakan. Dah lah sejuk semacam, tgh2 malam tu teraba-raba carik selimut. Dan... i telah berjaya membangun kan diri seawal pukul 9am. Tahniah!! Bukan senang ok nak buka mata pagi2 Sabtu. Kata tido rumah orang kan, kenal lah cover2 sikit perangai tu. Aziah siap sound lagi 'cepat ko bangun..macam tak caya je aku'

Chiiaattt!! Saja la tu..

Then breakfast.. Aziah dah beli Keow Teow untuk i. Makan la i sorang2 sebab mak+ayah aziah dah makan. Lagipun derang nak gi Teluk Intan. Pagi itu sekali lagi sesi makan tak sedar diri berlaku. Dah makan keow teow, boleh lak sambung ngan nasi goreng semalam -yang amat sedap itu- Then makan2 kuih, pastu muffin lak -Hohoho...berapa banyak ko makan hah?-

Lepas parent Aziah keluar, minah tu start karaoke. Pepagi buta dah melalak. I layan kan je lah.

Lepas tu terus mandi2, nak gi buat rambut. Nak rebonding je paling kurang pn 5 jam lah i bertapa kat kedai tu.

We reached the salon by 12pm. There's no customer masa tu, tapi baru je cina tu nak work on my hair, dtg lak sekumpulan manusia ramai2 nak set rambut. Terbengkalai la sekajap rambut ku. Nasib baik dah letak ubat.

Hampir 5 jam gak i dok kat kedai tu. Penat yang amat...Tak suka sebenarnya luruskan rambut ni, lama sgt -tapi sebab rambut asal dh tak lawa kan, kena la berkorban masa + duit-

my new haircut -tak suka la cina tu buat my fringe..macam terpendek sgt-

Balik dr buat rambut, Aziah ajak gi Tanjung Malim, pergi pasar malam. 5 min je dr rumah dia ke Tg Malim, maka terbukti la Kalumpang tu jauh dr KL - dia seboleh2 kata..'tak la jauh sgt'-

Dan malam itu, sekali lagi i makan tak ingat dunia. Aziah masak banyak sangat lauk, kena la rasa semua kan..kang membazir je dia penat2 masak -alasan nak cover..huhu-

Kemudian, aktiviti wajib waktu ini di malam Sabtu. Konsert AF. Sambil tergolek2 tgk tv tu..kami makan lagi. Aarrrgghh!! Memang jahanam la diet duduk rumah dia ni. Tapi i suka..mak dia so friendly -suka..suka..suka-

~ menyampah la ngan fringe ni..~

28 March 2008

Friday & ~la la la la~

Yay!! The meeting is over!! Sometime i did wondered, why the meeting has to be so long. Yeah, there a lots issues + matters to be discuss, lagi2 we are the HOPT kan(Head of Project Team). We have to supervise so many people. It hard actually to be a program manager, we're responsible for everything. Project delay, it'll appear on our performance.

Apa kan lagi i yang hanya ber'gred J41 ni, i sometimes i just don't know how to communicate with senior2 ber'gred J54 -dah lah mereka itu semua at my dad's age, lagi tua pun ada-

Whatever... I did my best -ye ke? :) - I buat apa yang i mampu untuk capai KPI JKR. Maybe some people rasa macam kami ni macam rileks je. Even org2 yang di bawah our supervision pun ada gak question our function in the projects..-tak puas hati sebab kitaorg asyik keje push derang je- tapi hakikatnya kami yang kena jawab nanti kalau Pengarah JKR panggil -mmg lah it won't be me, tapi pasti lower officer pun terasa kesannya-

Enough...cukup lah mengeluh tu.. Ni lunch hour lah.. Rileks la

Okay..semua org gi Sogo -tiap2 hari sale kat situ tau- I tak terasa nak join them, gaji tak dpt lagi -saya pegawai kontrak, gaji lambat lah- Kang ada ter'swipe' credit card lak. I can't shopping anymore. Mmg lah tak smpai limit lagi, tp cukup2 lah. Giler ko..kalau sampai limit lama dah i campak kad tu dlm Sg. Gombak.. :>

Bought mom a present for her B'day. A new purse should be fine -rasanya last year pun bagi purse gak..hahahahaha- Harus kah beli kan ayah something, even his Bday is on May? -kang jeles lak dia...hmmm, akan difikirkan-

Yeah.. this weekend i'm gonna not seeing Ekwan. I'm going to Aziah's home. I need to visit salon at her place -kat sana murah sikit charge dia..Dayu agak kedekut ye- I need new hairstyle la. Patut kah i curl my hair? Or go for rebonding?

~Ekwan tak suka i curl my hair~

27 March 2008

Bape duit Hantaran anda?

Hahahahhaah.. di waktu2 petang ni, bila hangin malas datang melanda..kejenya apa lagi..Check inbox email la.. Bermula ngan email JKR dulu..-banyak pulak email nak kena respond- Takpe, tu jap2 lagi boleh buat.. heheeheheh...

Email ni gak yang menarik perhatian, tajuk dia tu 'Duit Hantaran' Dia suruh kira bape duit hantaran lah, bape yang layak kita dapat sebenarnya. So, dh boring kan, cubalah that link.

Tak tau lah dia sediakan formula pakai rate apa kan, berdasarkan apa..tapi suka je nak try. Bila dah try tu..harga hantaran i dia kata RM.... Hahahahahah...tak nak reveal kat sini. You all cuba lah.

~sape yg belum kahwin boleh la kira duit hantaran you all, yg dah kawin..heheheh gi claim kat husband masing2~

Kejadian Semalam

What happened?

Semalam kami ke OU -lagi dan lagi- Nak gi carik cincin risik. Ikut hati macam malas sebab mesti tak banyak masa kan nak belek2 cincin tu, tapi dah Ekwan ajak, ikut je lah. Maka, i ajak la dia pakai couple tee A Famosa tu.

Hahahaha..kat dlm kedai pun boleh amik gambar -tiba2 rasa malu-

Macam nyampah je ngan rambut semalam..kembang semacam je.. sebab baru basuh rambut petang tu. Time ni pun tak kering lagi. Hmmm..maybe i kena gi rebonding la rambut ku itu.

Sempat lak gi menyinggah Jusco, belek2 kasut kat Vincci..sedangkan time tu dh 9pm -hahaha saje buat2 lupa OU tutup kul 11- Around 9.30pm baru masuk Poh Kong.. duduk belek2 cincin tiba2 terasa macam tak payah la beli cincin risik..baik gunakan peruntukan tu untuk beli satu je cincin..boleh lah beli cincin tunang yang 'grand' sikit -grand ke?- Ekwan pun suggest macam tu -mahal kan harga mas sekarang-

Tak beli pun cincin semalam, sebab i macam nak tgk2 kat tempat lain dulu. Jgn la cina tu kutuk2 i dlm hati sudah, yelah i dah cuba2 bagai kan. I tak nak pun, dia yang suruh..cuba je lah.. Alah, biasalah..customer always right kan.. :)

Kemudian perut masing2 dah start lapar, mula2 ingat nak makan kat Old Town tapi tak jadik sebab mcm dh lambat, mesti kedai tu dah nak tutup. Maka, decide makan kat Uptown Damansara je. Bila sampai kat kete, dh masuk dlm kete, Ekwan kata 'yang, tak tutup lampu td' Hah!! Sudah..

Harus lah tak boleh nak start enjin kan. Cuba mcm mana pun mmg tak boleh, battery dh weak, bape jam kami kat atas td.

En. Ekwan tengah boring, pikir mana nak carik jumper battery.

luckily kami park dekat ngan Eneos, boleh la minta tolong derang kan..
'Terima ksih ye tolong kami yg pelupa ini'

Akhirnya enjin Kelisa tu boleh la di start. Nak gi makan kat Uptown Damansara, Ekwan kata tak boleh sebab tak sempat lagi battery tu nak re-charge. So, lastly makan kat Hartamas je. Dia kata senang kalau nanti tak boleh start lagi, boleh jalan kaki je amik Myvi. Pape lah..i time tu dh lapar yang amat...

Sebab lapar sgt, i makan macam byk je.. Dah makan Keow Teow Tomyam -sambil kacau2 roti pisang Ekwan- pastu makan ice-cream lak -failed!!-

Balik umah around 11.30pm, tanpa basuh muka i terus selubung di bawah comforter tapi sempat la tukar jeans kan.. Ngantuk tiba2 time tu.

~pagi ni breakfat spagheti, Aziah masak..Sedap!!~

*editing:

lupa lak nak tulis td.. Hahahahaha.. Masa on the way nak gi OU tu kan, mesti la dgr radio dlm kete kan.. pastu masa lagu Ezlynn, 'Jikalau Aku', i saja lah nyanyi2, mana lah ingat sgt lirik dia..sekali Ekwan boleh nyanyi dgn lancarnya. Huhh?? Terkejut nya saya!! Laki i hafal lagu Ezlynn... Hhahahaah..pastu dia cover2 malu sebab dh terhafal lagu tu...

~dia jugak minat sama Elyana~

laptop ku tenat

Huhuu..sedihnya rasa hati.. Laptop kesayangan kini tenat.. Jangan processor rosak sudah

waktu ni tgh giler keje download Prison break, laptop on 24hr..sampai rosak kipas

Maka sebagai langkah berjaga-jaga, selamat kan la dulu segala document dlm hard disk.

nak save gambar2 je sebenarnya, yelah segala kenangan di UiTM (dr diploma smpai degree) semua ada kat dlm ni...

~memang tak boleh pasang niat nk beli baru..terus dia buat perangai.. :( Barang pun pandai merajuk kan~

26 March 2008

Couple Tee

the couple tee

I got this yesterday!! It's a gift from En. Izan that he bought for Ekwan and me from Melaka. Last weekend he has family trip to Melaka -heheheeh..dah dia pakai Myvi kami kan, kena la beli souvenir..kang kami merajuk kang..dia gak yg susah-

I love the design.. Comel je -agak2 Ekwan nak tak pakai erk baju ni-

Bila nak pakai erk? Terasa macam malu la nak pakai. Kami ni nak pakai baju sama colour pun malu..-adakah kami ngada2..hahahahaha-

~malam ni nak gi carik cincin risik.. can't wait for it~

there goes my day

Fuhhhh!!! I'm free at last!! But it only 4pm now, i'm still in working hour, so i still can be calling anytime for another task... -tak nak dah keje lagi, it's enough for today- Actually it's not so busy but it tiring me...

I was a bit late this morning, i reached office by 9am. Went to the post and rushingly joined the meeting -bukan meeting penting pun tapi kena gak masuk- I spent my whole morning in the meeting room, it was absolutely boring, luckily there was a free breakfast for everyone -kuih pun jadik la kan- And i was having Nescafe, if only Ekwan knew this pasti i kena marah -dia tak kasik i minum Nescafe lagi sebab i macam nak kena migrain je..kata dia- Tapi i just love Nesacfe ;)

Lepas abis meeting ingat nak siapkan urgent letter ke UIAM & Treasury tapi Ekwan asked me to join him for lunch. Maka nak tak nak teman la dia lunch -dia ni kalau takde kawan nak lunch, snaggup dtg dr Menara Citibank tu ke Maju Junction ni tau..kalau tak jual mahal semacam je- Quickly had the lunch and masuk office semula. Kena gak siapkan the letter as by 2.30pm i nak ke LHDN, nak matikan setem contract agreement.

Dayu kan masuk kategori professional nak jawab2 surat ni, so i manage to prepare the letter before 2pm. Then stop jap kat bilik boss, bagi surat dan bgtau dia i nak gi LHDN jap. Dia okay je...-tak ke seronok keje kat sini- Pastu terus ke LHDN. Amat suka berurusan di sana hari ni.. Punya la kecut kalau2 kena denda sebab agreement tu dah lambat setahun tapi 'puan2' dan 'akak2' di kaunter tu semua ptg2 ni dh macam malas je nak keje kan, so derang tak check lah agreement tu, main cop je mati kan setem. Ye...Saya amat suka!!

Dan kini i am here.. sitting comfortly in my seat, in front my lovely pc... -i have ignored fews phone call, malas nak jawab..hahahaha...Dayu tak beretika- Tapi i tetap tak boleh lari..Hp lak menjerit2 .. Boss di site telefon.. Kena lah jawab kan...-huhu..terasa nak bercuti lah-

Just now, my technician merangkap PA boss dtg bagi surat2 tadi..En. Shahidan dah initial and he asked me to do some editing.. Pengarah kena sign that letter.. Hmmm..esok je lah ye saya mintak sign pengarah ye.. Boleh eh...

~lif rosak la hari ni, malas nak turun naik, nak berulang dr 29 ke 23~

25 March 2008

Best ke jadik Engineer?

Soalan apakah itu? Semua nya berpunca dari komen yang Husniyyah bagi kat i semalam on my entry bertajuk 'Dia' - i cerita pasal En. Ekwan tapi dia tanya 'best ke jadik engineer?' - Tu yang terasa nak post something on that issue -sampai jadik isu ke? ;)-

So, how to answer that question erk? Best ke? Selalunya nak jawab soalan soalan2 macam ni, kenalah identify dulu apa makna 'best' tu kan.. Benda 'best' bagi i adalah:

1. Benda yang i suka+seronok+dan tak terpaksa nak buat
2. 'Best' maknanya tak membosankan
3. 'Best' juga bermaksud i bersemangat bagai nak buat benda tu

Dan adakah menjadi engineer 'best' untuk i? Ye..i seronok + suka + tak terpaksa jadik engineer, tapi yang menjadi masalahnya di sini.. Bukan engineer di CPT ini, bukan di unit pengurusan projek ini. Memang ada seronoknya tapi macam tak terbina lah kerjaya seorang engineer di sini, tak banyak boleh belajar sebab semua kerja orang yang buat, kami pantau kerja orang je -macam lah diri tu terror sgt, sedangkan....-

I manage to survive a life as CPT engineer for a year..-lama gak tu- Sebab apa? Sebab gaji pegawai kerajaan lebih tinggi dari kat private -dulu la, masa 1st year graduate- Tapi sekarang ni, dah lebih kurang je.. Kawan2 yang dulu basic kurang dari i skrg dah sama dah, siap ada yang dah lagi byk dr i -ni baru setahun, 2,3 tahun nanti...ada gaji derang dh RM3-4k, mine is still the same..sedih :( - Best kah itu? Sila lah jawab..

Tapi bila mengenangkan workload mereka, cuti tahun yang hanya 7 hari -mine is 30 hari ...hahah sila la jeles-, Nak cuti susah, overtime kadang2 tak boleh claim -peg J41 mmg takde OT pun- kadang2 kena berkampung kat office... Itu semua buat i syukur sangat jadik seorang Pegawai Kerajaan walaupun berstatus kontrak.

Kesimpulannya di sini : Dayu seronok jadik Engineer. I do love my Job!!

ye..bos saya juga amat baik + sporting + prihatin
tu yang buat i 'best' bergelar Penolong Pengarah (Awam) di sini

Do enjoy your job!!!

Kari Ayam

Resipi untuk Puan Rafidah... -Pid, ko suka eh makan kari ayam..jgn makan byk2 weii..nanti bertambah kembang ..huhu-

Senang je sebenarnya nak masak kari ni, tak leceh, semua bahan yang diperlukan pasti ada kat dapur tu -kecuali mmg tak pernah shopping on grocery lah kan- So, let's get start...


Bahan-bahan + Cara memasak Kari Ayam : - ceh..beriya.. :) -

1. Bawang besar -sebijik cukup kot untuk seekor ayam-
2. Bawang Putih 2-3 ulas
3. Halia dihirs -ada org dia blend sekali tapi i hiris2 je-
4. Serbuk kari ayam
5. Santan -kalau boleh jgn pakai yg dlm kotak..kurang sedap lah-
6. Kentang
7. Sedikit air asam jawa
8. And of course.. Ayam

1. Blend bawang2 tu. Pastu tumis lah sekali ngan halia..bagi sampai kekuningan. Time ni boleh lah tambah cili kering (yang dh blend) sekali kalau nak lebih pedas. Masuk kan sikit serbuk kunyit -kalau tak boleh je blend sekali kunyit ngan bawang awal2 td- Gaulkan dan goreng lagi, pastu masuk kan la serbuk kari ayam. Time ni boleh la masuk kan kentang.

2. Gaulkan lama sikit pastu masuk kan la ayam...Gaul lagi bagi rempah tadi rata kat ayam, pastu masuk kan la santan. Tambahkan sikit air asam jawa.

3. Pastu jangan lupa gaul, kang pecah minyak -ke pecah lemak hah? ntah la tak sure apa term dia- lak santan tu. Letak la garam dan perasa pape yg korang suka.

Masak la sehingga ayam tu masak.. Bila ayam dah masak, kentang dah empuk.. Maka siap la Kari Ayam itu
Senang je kan.. Boleh lah cuba nanti ye..

Sekian..Terima kasih.

Mudah...

Hari ni semangat nak carik design untuk gubahan hantaran kembali membuak-buak.. Iyelah, next week dah nak gi beli barang2, so kenalah decide nak buat apa dan macam mana kan. Maka, gunalah kan lah kemudahan yang ada, lepas siapkan keje pagi ni terus google on 'gubahan hantaran' dan tersampai la kat web ni mudah.com.my

Lagi satu tempat membeli-belah secara online. Kan this lately i macam suka sangat berurusan di alam maya. Dah namanya pun mudah kan.. So you boleh beli macam-macam kat situ, property -rumah pun orang jual online jugak skrg ni kan-, kereta, handphone, computer, accesories, jam, baju, termasuk la macam2 services. Nak tempah baju kurung ke, langsir ke..everyhting are there.

antara senarai services untuk gubahan hantaran yang available there

macam suka je ngan design sirih junjung ni

Barang-barang kat mudah.com ni bukan setakat kat K.L je, satu Malaysia, so senang la sikit nak browse barang kat Johor. Hah..nak beli pets pun ada tau -my persian, mimi baru je beranak semalam, so now i have 2 little kitten-

Comel sungguh binatang ni lah.. -saya memang teramat suka kat kucing- Munchkin Cat, badan dia panjang tapi kaki dia macam pendek sikit la. Tapi itu yang comel + cute tu..-terasa rindu nak balik JB,nak main2 ngan Miki & Mimi..and of course the 2 newborn- Hmm..boleh tahan mahal harga kucing ni.. RM 2k..perlaburan yang menguntungkan ni. Nanti kalau anak Mimi dah banyak boleh i advertise kat mudah.com

kucing bernilai rm 2.2k -huhu..boleh buat kawin duit tu..huhu..-


This review is brought to you by Advertlets.com and Mudah.com.my!

24 March 2008

Dia

Hmmm..Suddenly terasa rindu yang amat kat Ekwan -alah gediknya kamu Dayu, you spent your whole weekend with him ok and still u r missing him..ngada2 sungguh-

Nak buat macam mana..dah rasa tu dtg, nak buat camne kan..Dan tiba-tiba teringin nak post something about him.. Something about En. Ekwan, that i knew for almost 6 years, ye we did broke up and be on our own for half and year, tapi dalam tempoh tu we did contact each others. It just too hard to totally get him out of my life -ye!! Saya amat sayang kat dia!!-

Enough!! Get back to the main topic. Here..introducing my dear En. Ekwan -dia cinta hati saya-

1. Ekwan tak reti langsung nak membodek. He just said whatever he had in his mind. Tak pandai langsung nak amik hati. Konon2 tak hipokrit la. Chiiaatt!! Dulu2 terasa hati juga kalau dia komen/kutuk pape pasal my haircut ke, baju ke tapi sekarang dah immune, dah tak heran dah...

2. Dia tak suka makan petai, belacan, tempoyak dan segala macam cicah2 tu. Ulam pun dia tak reti makan..tak kampung sungguh sedangkan duduk kat Kg. Luit, Maran, Pahang. Sanggup dia tak makan kalau i kacau nasi dia ngan tangan/sudu i yang dah bersentuh belacan. Gedik tak? Dah lah i ni giler makan tempoyak semua tu. Hmmm..mana lah nak simpan tempoyak/belacan lepas kawin nanti? Kena beli 2 fridge ke?

3. En Ekwan tak boleh minum ais. Dia lelah but never think of to quit smoking. Tak insaf2..

4. Dia adalah tempat rujukan i for anything that IT related. Sejak dia belajar kat ITM Kedah berbakat lak dia pasal benda2 IT ni -ke i yang buta It? ;)-

5. Dia juga paling tak suka i pakai hair scraf, dia kata muka i tembam macam singa betina baru bangun tido bila pakai cekak rambut -kejam kan dia-

6. Yg ni amat penting to be revealed. He failed to be punctual. Amat seksa kalau berurusan ngan dia berkaitan masa. Dia tak boleh nak tepati masa, janji pukul 2, kul 3 lah baru muncul. Lambat sungguh!! Dari zaman bercinta kat ITM sampai la sekarang, he never change!! Dah bape kali dah gaduh, siap perang2 dunia pasal ni. Boleh tak bagi any tips on this...

What else erkkk..hmmm,rasanya byk lagi perangai dia -yang senonoh dan terpuji..ahakss..tak kan nak kutuk je,kena la mengampu skit- Tiba-tiba macam tak ingat lak. Akan ditambahbaik kemudian..mungkin...

~hahahah..mampus kalau En. Ekwan baca ni..tapi dia tak tahu kewujudan blog ni ;) -dia pun tak bgtau i his url kan, harus i pun sembunyi dari dia-~

sekian sahaja sesi perkenalan untuk En. Ekwan B. Wook

In your Dream...

Hahahahaha.. Amat kejam kenyataan di atas itu. Namun itulah yang i katakan kat Ekwan bila dia sibuk nak tambah2 aksesori, tukar2 rims Myvi kami tu, jangan harap i nak bagi -walaupun duit i tak kuar sesen pun-

sila tengok je ye En. Ekwan

tengok lah selagi boleh..

iye..lawa rims tu..ngidam je la ye

Adakah kejam i buat dia macam tu? Pastinya tidak.. Alah, macam membazir je, tak tukar pape pun Myvi tu boleh gak bergerak.. Biar lah Standard pun..asal function sudah..

Penat sungguh layan dia merayau kat Eneos ni, time dia kata nak gi Eneos tu, rasa macam lemah satu badan sebab i tau pasti kami akan spent paling kurang pun sejam kat situ.

~nape laki suka sgt hah benda2 macam ni...~ i pernah tanya kat dia, dan ini yang dia jawab 'awak nak org suka main keta ke main pompuan' Chiiaattt!!!

Kari Ayam + Sambal Goreng

I took about an hour to prepare this..-apa yang lambat sgt pun tak tau lah, adakah i yang lembab? Lantak lah..asal siap...-

So here i'm presenting my Sambal Goreng and Chicken Curry

Bahan-bahan yang diperlukan -prepare those things kot yg lambat amik masa skit-

tak tau nape lauk ni dipanggil sambal goreng sedangkan takde sambal langsung, nape tak panggil sayur goreng campur ke...pape lah...

Hasil air tangan Dayu di hari Sabtu : Kari Ayam dan Sambal Goreng

Seperti biasa Ekwan jadik tukang rasa dan pengkritik tetap. Dia kata kari i ok je-walaupun i rasa macam terlebih masam skit- Sambal goreng tu pun dia tak komen banyak sgt, tapi mungkin sebab dia macam tak suka sgt makan. Iyelah, org jawa je suka -saya kan jawa-

Macam terbanyak la pulak i masak hari tu, housemates pun semua takde. Maka nak tak nak dinner pun kena lah makan lauk yang sama -tak elok kan membazir-

~sampai habis gas kat rumah sebab selalu sangat masak-masak~

22 March 2008

NST Sudoke Tournament

Hhahahaha..just before i log out, sempat singgah blog kawan2 yang lain jap. Sambil2 tu browse online news, sedangkan dah beli NST pun. Sekali terjumpa ini, NST Sudoku Tournament.. Ye saya amat suka main sudoku, selagi tak solve, i tak kan stop. So jap lagi kena masak dulu baru main, kang ada tak jenguk dapur terus. Minggu ni punya last entry for March, harus susah semacam minggu ni nyer, last week pun about 2 hour i amik siapkan sudoku tu.

~nyaris2 terlupa nak pergi bayar bil air...every month i yang kena bayar tau -ingat i rajin sgt ke bgn pagi Sabtu hah? kena reschedule balik ni giliran bayar bil...~


ok..enough..i have to start cook.. lagipun i sendiri dah lapar. goreng jemput2 pisang lah, tepung nyer i dh prepare semalam -sambil tgk berita- ingat nak buat breakfast, ni dh tengahari..tapi tak kesah lah kan..

later people..have nice weekend..

Hari Sabtu Dayu

I woke so early today..around 5.40am aziah dah kejut -ye..subuh2 saya dah bangun- Aziah outstation ke Kelantan, maka it's only me who available to send she to KL Sentral -lagipun dia macam caya kat i sorang je unt drive her Myvi tu- Nak tak nak bangun lah i memandu di pagi buta ke KL Sentral.

Bila sampai umah semula, susah lak nak tido lagi. Baca-baca majalah Wanita Aziah tu, dan ternampak resepi Sambal Goreng dan tiba-tiba teringin nak cuba. Lagipun memang hari ni nak masak kari ayam. Lama dah tak masak-masak. Nanti dah siap hasilnya, i post eh kat sini. Kalau macam sedap, i post resepinya...-ada ke org nak resepi ko dayu?-

Ekwan was working today, office dia berpindah ke mana erk, lupa lak..so system setup masih tak selesai. Kena la bekerja di hari Sabtu pakcik tu, tu yang dia suruh i masak2, dia kata balik keje lapar2 boleh terus makan. Chiiaatt!! Ingat i ni dah jadik bini dia ke -tapi i suka sebenarnya ..hikhikhik-

Last night, i was watched the Buletin Utama kat TV3, biasalah sekarang ni, menteri2 baru semua sibuk kuar TV, menghebohkan segala macam apa derang nak buat kan. Dan tadi malam, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kata dia nak dekati penulis blog.

Dia kata nak dengar pendapat dan pandangan blogger secara terbuka, akhirnya our top management mengakui kuasa penulisan di alam maya dalam mempengaruhi rakyat membuat keputusan. Menteri kita kata takde niat langsung nak halang kebebasan blogger menulis, tapi benarkah itu? Setelah media cetak dan elektronik dikuasai, adakah kini derang nak control internet dan blog pulak? Hmm... kita lihat je lah nanti..

just this for now...nak beli barang, nak masak2...

~hmm..this lately, selalu sakit kepala yang sgt sakit tau..Ekwan kata mungkin tanda2 migrain, ye ke? tak mau!! tak suke!! sakit tau~

21 March 2008

end of my weekdays

~saya baru balik dari HQ, ada sambutan maulidur rasul~ Ye..saya warga KKR yang prihatin dan rajin. hahahahaah...saja je sebenarnya, dari duduk office tak buat pe, baik gi dengar ceramah agama (walau tersengguk2 mengantuk) -hehehehehe..-

En. Shahidan on leave, so bila bdk2 ni ajak gi HQ, join je lah. Lagipun tahun ni takde aktivit lagi, nanti kosong SKT, ujung tahun tak tau nak isi apa -hmmm..gini la gaya pegawai kerajaan, SKT penting yang amat- Kata gi Maulidur Rasul kan, kena la bersopan santun, menutup aurat -majlis agama tu-

saja tak nak betul kan orientation gambar tu -terserlah ketembaman ku-

harus kah i bertudung every Friday? hmmm..boleh gak dijadikan langkah permulaan.. Mak Ekwan pun dah siap pesan kat Ekwan 'dah lepas tunang nanti, awak ajar2 lah Ayu tu pakai tudung Wan'
'saya akan cuba makcik...selagi tak sampai seru, begini la saya' -nak je jawab gini, boleh ke?-

Nasi Ayam Percubaan Pertama Farhah

Di kala semua warga pekerja bercuti sempena Maulidur Rasul, kami (S&B) telah berkeumpul di rumah Pa'a, mencuba rasa -sambil komen pape yang patut- nasi ayam si Farhah tu. Hmmm... Sedap je, boleh minta resepi ni.

Konon2 nak datang awal, tapi biasalah, hari cuti kan -ngan Ekwan lagi- pukul 12.30 baru i sampai. Have to fetch Umi first as Wak have to work yesterday. Huhuuu..perut umi semakin besar, sama macam pa'a. Budak 2 org ni expected to deliver on Julai. Tengah2 sarat pun vogue lagi kawan i sorang tu.

Min..orang yang nak diraikan, masih belum sampai. Bila call dia masih kat Shah Alam. Chhiiiaatt!! Kami ni semua dah kelaparan. Maka, kami makan lah dulu. Nasib korang lah, sape suruh lambat kan.

yummmy...sedap tau nasi ayam pa'a ni -berbakat rupanya budak tu memasak-

Then, pilih2 Satin untuk alas dulang yang i nak sewa from Salwa. Tetiba ternampak kotak2 hantaran pa'a dulu. Warna pun mengikut tema yang i pilih. Hajat di hati nak pinjam je, pa'a pun tak kisah tapi suddenly Hana kata;

Hana: tak payah lah Dayu, tak kan nanti ko nak mintak semula..tak malu ke?
Dayu: Hmmm..takpe lah, lepas tu aku suruh la Ekwan pulang semula
Hana: Beli lain lah Dayu, kang apa lak derang kata..ni baru tunang, dah berkira macam ni, kang dah kawin lagi la..

Mengenangkan kata-kata Hana tu, i pun tak jadik. Bila tanya pendapat Ekwan, dia pun think of the same thing. Bulan 4 nanti ke Jalan TAR lah saya...

Min, Helmi and Ahmad arrived around 4pm. Makan2 -sambil berborak- Pastu acara memotong kek, penat i tahan Min dari pergi dapur sementara Sal ngan Hana prepare the cake. Another session makan2 and borak2, I have to make my way. Ekwan kena ke Subang ngan abang dia. I lak dah rasa penat + mengantuk yang amat. So tak dapat lah kami menunggu kedatangan Pijan -lama dah tak jumpa dia ni-

Dari rumah pa'a, we straight go home. Sampai je atas baru terperasan Wallet Ekwan ada dalam my bag. Kenalah dia patah balik, nasib baik tak jauh lagi. Sempat pulak borak2 lagi ngan dia depan pintu rumah -hahahaha...tadi punya la nak cepat, ni dia lak yang melekat-

And yesterday, i tido awal yang amat. Pukul 8.30pm i dah bawah comforter. Ekwan call+msg pun malas je nak layan. Ngantuk sungguh, tak tau nape. Tapi terjaga pukul 1am, nak tido semula tak boleh...Dan itu la sebabnya waktu ceramah tadi mata ku terasa amat nak terkatup.

~boleh tak balik awal arini? Boleh kot kan...Boss takde, pengarah puntakde~

19 March 2008

Wednesday evening in the office

This lately i was actively involved in online shopping -hahahaha..aktiviti perhabis duit-

And this morning, sekali lagi org Pos Laju mengunjungi office ku di tingkat 29 ini. Siap call dulu budak tu sebab dia carik2 i tak jumpa, org lak takde untuk dia bertanya. Cepat jugak je Pos Laju delivered barang, the seller posted the items yesterday, and i got it today, dari Perak lak tu. Bagus!!!

the one i got on last thursday -yg konon2 tak nak diupload gambarnya di sini-

and this the one i got this morning

Harus kedua-dua handbag itu is 'replica' -tidak mampu diriku nak memiliki the orignal one-

It's raining heavily outside, i can't see anything thru my window. Dah 2,3 hari hujan je petang and i just don't know where did i put my umbrella. Diriku terasa amat lapar di tika ini.

Kuala Lumpur yang kelam - about 10min before the rain-

pengisian perut yang kosong. malam ni harus tak boleh makan -jgn lah Ekwan ajak teman dia makan, kalau tidak failed lah niat ku itu-

~ye besok ada another gathering kat umah pa'a..celebrate Min's bday before she once again fly to UK for her pHd~ kami nak masak nasi ayam, masa nak kongsi resepi~

Already bought a present for Min, tapi macam tersuka dgn that thing (got it from Ikano) -selalu i berperangai tak senonoh macam ni- Should i find other for her? Kadang2 bila beli barang for mom pun, i boleh jadik tersuka, dan akan beli yg lain unt mom -anak tak beretika..hahahaha-

*tiba-tiba teringin nak further master..harus kah?*

Kursus Anjuran IKRAM

Got the email from my dear mr. boss, En. Shahidan -harus ditonjolkan mukanya di sini-

Kursus anjuran swasta, IKRAM. Hmmm..macam dah lama tak pergi kursus, last course which i attend rasanya in Nov 2007, the one kat Kajang on Scorecard Management. Lepas tu takde gi kursus lagi, sebab malas dan terasa dah banyak sgt gi kursus 2007 tu. Lagipun macam tak sampai hati nak tinggalkan office lama-lama -hahahaha...terserlah sifat pekerja mulia ku-

Kursus JKR Performance Based Standardized Project Management Training Workshop (Basic - L1M1) Sesi P1/2008
Tarikh : 31 Mac - 11 Apr 2008
Tempat : Hotel Quality, Shah Alam

That the details. Tang tarikh tu yang amat menarik itu dan tempatnya. 12 hari penginapan di Quality Hotel, itu bermakna makan minum ku akan ditanggung untuk 12 hari -bersamaan bape kilo lemak kah itu?-

Seronok!! Ye memang seronok. Dan dalam waktu yang sama, i'll leave office for 12 days, projects without monitoring for 12 days -ye, masih ada Dol di UPP7- dan kepulangan ku nanti akan disambut dengan ke'blur'an, bila orang tanya pape pasal that 11 projects, i pasti akan ternganga -betapa tidak professionalnya diri di kala itu-

Dan tarikh itu juga macam tidak berapa bersesuaian. I nak balik JB la awal April. Nak discuss in person ngan my parent pasal my engagement. Tak kan nak postponed jadual pulang ke kampung?

And my other half juga amat nak pergi kursus sebenarnya -nak tulis apa dlm SKT nanti kalau tak attend kursus- Camne ni? Kalau nak, kena apply awal.. Setiap cawangan 1 org je wakil J41, dan CPT kena antar nama before 21/3/08. That means i have to apply today!!

~Jumaat ada sambutan Maulidur Rasul kat HQ...harus i bertudung that day~

Dayu yang Semakin Berat & Besar

Bila di fikir-fikir kan.. Macam kelakar pulak En. Ekwan tu..

This lately dia amat sibuk suruh i buat sit-up every morning -at least 10 kali dia kata- Dia pulak yang risau semacam dengan my weight -gemuk sgt ke diri ku ini?- Hmmm..Iye, mungkin benar. Saya semakin membesar kini. Currently my weight is 58kg -banyaknye!!!-

Teringin nak badan masa zaman sekolah dulu. Dulu baru dalam 50kg, bila masuk UiTM, that first year memang i berjaya membulatkan muka -gara2 makan nasik lemak sek2 tiap2 malam- Then, i manage melupuskan lemak2 terlebih itu dan maintain dengan berat around 52kg. Paling terlebih pun, 56kg lah, tu pun Ekwan dah bising bagai.

i'm the one in black..keding sungguh i waktu tu kan -ni waktu raya ni, lepas tu gi Planet Hollywood tgk show Anuar Zain-

I berjaya mengekalkan dan maintain jarum kat weight scale tu, tak lebih dari 54kg sepanjang diploma tapi bila time degree... Ya Ampun!! Tak tahu nape, selera makan melampau2. Dan i kekal dengan 56kg -keje banyak makan pun banyak budak ni-

ye..terdapat pertambahan lemak2 di lengan dan peha ku..muka juga bertambah bulat. tahniah ye cik hidayu. Warrrgghh!!! This was taken at the end of my journey as UiTM student -meraikan kejayaan mendapat segulung ijazah dan lemak2 tepu di badan-

Dan setelah meninggalkan UiTM dan bergelar penganggur terhormat selama sebulan -yang mana aktiviti ku hanyalah pegang remote astro sepanjang hari- i successly gained another 2 kg. Dan apabila bergelar pegawai kontrak di JKR, the first 2 months i gain 2kg more. Do your math, i was 60kg that time. Betapa besarnya diriku waktu itu -tapi buat2 macam tak perasan-

Apabila sudah tak kuasa mendengar org2 sekeliling bising -aku gemuk derang lak risau- I berusaha -ye ke?- untuk turunkan berat i. Setelah hampir 2 bulan, i only lost 2kg.. Susah amat nak turunkan berat badan. Harus kah i melawat SLIMMING WORLD? Mungkin ya...

currently me

Any tips out there? Actually i pun nyampah dengan my body sekarang, banyak baju2 dah tak boleh pakai tau. Dan apabila nak bertunang ni, harus la -mungkin boleh jadik wajib- untuk i lost a weight. Paling kurang pun 55kg la -desperate sungguh nampaknya-

~ nak kurus!! nak kurus!! nak kurus!! ~

18 March 2008

What i'm doing today?

Nothing -hahahahaa..gelak jahat- Takde la tak buat pape, makan gaji buta namanya tu, pagi tadi meeting -en shahidan semakin lemak, dia malas nak gi meeting skrg ni, semua suruh i tau-

Lepas meeting siapkan keje semalam, pastu kena isu kan kos dan skop baru projek UTM -pening yang amat monitor ini project- Kemudian, tunjuk muka jap kat boss -adakah ini namanya membodek?..sesungguhnya tidak- Then dia brief sikit pasal UMP dan suruh call UMP maklum pasal isu project Fasa 1A -apa ko sibuk cite project2 ko ni dayu-

Kemudian, time lunch hour start picture cutting, nak masuk dalam frame -frame baru nak beli malam ni- Dan kemudian... SAYA MENGULAR-huhuhu- Edit2 layout blog ni, tambah macam2, pastu tak berkenan delete, masuk kan yang lain -hahahaha..Dayu yang dah takde keje lain-

Dan kini i'm waiting for 5.30pm. Nak balik...

~i need new hairdo la...~

*semalam kena hujan time balik, anjing lak bersepah-sepah -takut-*

kabinet baru

Baru je tgk Pak Lah umumkan barisan menteri untuk kabinet baru kat Putrajaya -tgk kat tv je-

Yeah..menteri lama kami kalah di Sg. Siput, dan kini Dato Ir. Mohd Zin adalah menteri baru Kementerian Kerja Raya -baru lah betul engineer jadi menteri KKR-

Tahniah Dato' Hidup Engineer!! -tapi jangan lah lepas ni priority projek berubah pulak ye- Jangan semua projek ke Sepang sudah.

Beberapa kementerian juga dah digabungkan -tak terbukti ke'efisien'an buat byk2 ni, makin susah adalah, banyak isu bertindih, dah menteri2 ni kena dok 'bergaduh' nak dapatkan kata putus'- I tak bape sure kementerian mana tapi kalau tak silap Kem. Luar Negeri ngan Kem. Hal Ehwal Dalam Negeri -menteri tak ingat la-

Secara keseluruhan banyak muka baru -yang tak bertanding pun ada gak yang masuk list, boleh ke macam ni actually?- As i ni tak bape kenal menteri2 ni -tak tahu sangat perangai dan kerenak derang- i tak lah komen pape, tapi bos-bos i tadi, lepas je Pak Lah umum menteri setiap kementerian, diorang dok mengomel macam2 -org lama kan, banyak lah isu derang tau-

Tapi as tak bape kisah sebenarnya, asalkan Malaysia tetap aman damai, takde rusuhan pape, selagi tu i tak kisah sape nak mentadbir kerajaan ni. Tapi jangan lah sampai hak-hak kita sebagai bumiputera diketepikan pulak -harus i yang mengamuk-

~jom pindah dok Selangor, air free untuk RM 11 yang pertama-manifesto PKR~

17 March 2008

kul bape sebenarnye ni?

Arghhhh!!! Isskkk...rase hangin je tau. Mana satu i nak ikut ni. My mom suruh buat kul 2, family Ekwan nak buat awal, kul 11. Pastu nak pilih time mana? Kul 12?

Isskkk..pasal waktu pun susah lah. My mom tak nak buat kul 11 sebab macam awal sgt, dia tak nak nanti kelam-kabut, takut tak sempat nak prepare everything. Family Ekwan lak dok fikir tak nak gerak balik ke kl dari JB lambat sangat. Macam mana nak puaskan hati kedua belah pihak ni? Nak dengar sangat cakap my mom, kena gak fikir family En. Ekwan. Kang ikutkan sangat kehendak derang, apa lak my mom kata.

Warrggghhhh!! Ingat kan semalam dapat dah kata putus, tak jugak lagi. Hmmm..nampak gayanya kena lah tangguhkan dulu keputusan. Lagipun, masih banyak masa kan. Rasanya kena lah jugak buat pukul 11 kot.

~ ikut kome lah..teman ngikut je ~

kehidupan di hari minggu

Weekend yang sarat dengan aktiviti menghabiskan duit -warrgghh!! lambat lagi lah gaji-

Saturday

As that evening Ekwan has to attend meeting tergempar at her sister's place, dia janji ngan i nak gi Jalan TAR around 11 -masa dia ckp tu, i macam tak caya je, ntah bangun ke tidak dia tu tapi setuju je lah- I woke up quite early that Saturday, siap buat jemput-jemput pisang lagi for breakfast. While menggoreng kat dapur, i gave Ekwan a call. Suara dia segar semacam je, siap bunyi2 bising lagi. Bila i tanya dia kat mana, dia kata dia kat Subang, kat workshop ngan abang dia. Macam hangin je tau. Masa tu dah around 9 lebih, harus dia tak kan sampai kat i by 11.

Tapi sebab malas nak marah2, terima je lah bila dia postponed ke pukul 2 -tak nak lah rosak kan mood nak keluar beli barang tunang kan- Maka, i pun layan la diri kat rumah, main sudoku NST -berangan boleh menang RM1000- Disebabkan leka nak solve sudoku tu, i tak sedar dah nak pukul 2 pun -susah ok level 3 sudoku tu, tapi i manage to solve the puzzle-

Tengok Ekwan tak sms@call. I gak yang kena call dia. Chiiaatt!! Dia kat Subang lagi, tak boleh harap punya bf. I dah buat suara tak puas hati -atau lebih tepat merajuk- Dia lak selamba badak, 'petang sikit la yang,nanti kita gi terus rumah Kak Ngah' I terus malas nak cakap and end the call. Pastu antar sms kat dia 'tak yah lah awak dtg, orang i sendiri je lah'

No replied. Bagus. Paham pun i tengah marah. Masa tu 2,3 msg i draft tapi tak hantar pun, tengah2 marah pun i boleh lagi fikir panjang, implikasinya kalau i sent the messages. Tengah i draft2 msg tu, sms from Ekwan came in. 'awak siap lah, 2.30 org sampai' Hahahaha... Petanda kemenangan!! Masa tu dah around 2.10pm, i boleh pulak main2 sudoku lagi -tanda protes kat Ekwan, biar dia lak tunggu i jap lagi- Around 2.20pm baru i bersiap.

Kali ni, Ekwan punctual. Dia sampai tepat on 2.30pm. I lak baru keluar bilik air. Maka kena la dia menunggu i bersiap jap. Masuk kereta, tersengih2 dia tengok muka i -sengaja i buat muka kelat-

Ekwan: Kita nak gi mana dulu ni yang?
Dayu: Gi carik kain dulu la..pastu baru gi sogo.

Dengan secara tiba-tiba, i sejuk hati. Tak kuasa dah nak merajuk2. Buat rosak mood je. So terus la kami ke Jalan TAR, penuh sungguh itu tempat. Yelah, ada pasar malam kan hari Sabtu. Parking pun susah amat nak carik. Kena la parking jauh sikit.

First, carik kain untuk baju i. I pilih kain batik lepas colour hitam motif coklat. Then masuk kedai barang hantaran, nak survey harga satin&lace alas dulang. But before tu, Salwa already sms me bout harga alas dulang yang dia sewakan. Harga kawan2 RM10 je satu set, selalu dia sewakan RM18 kat org lain -luv u sal!!- So, maybe untuk Ekwan je kami beli, tu pun kalau kakak2 dia takde lah alas dulang.

alas dulang -nak gak upload, sebab terasa macam tak seronok je post takde gambar-

Then, gi Sogo. Ingat nak beli tuala ngan kemeja untuk Ekwan. Tapi sebelum tu kami serbu foodcourt dulu, lapar yang amat. Lepas makan2, terus turun. Waktu dah pukul 4 lebih, Ekwan nak gi kat akak dia pukul 5.30pm. On the way nak ke gents dept tu tersinggah la pulak kat households. Nampak lak comforter set ngan tag 70% off bergayut2an -hahaaha...tiap2 hari tag tu ada kat sogo- Lastly, konon2 nak beli tuala ngan kemeja, tapi terbeli comforter set.

Konon nak quickly Turun bawah, beli kemeja. Tapi tiba2 terserempak ngan kawan Ekwan. Diaorg dok berborak lak. Sambil tu, i belek2 lah tuala kat situ. Bila Ekwan dah selesai berborak, abang dia dah call tanya nak pergi umah angah kul bape. So tak jadik la carik kemeja. Kena sambung esok.

So dia pun hantar i balik. Hujan punya la lebat masa tu, nak keluar kete pun leceh. Sempat lak kitaorg discuss briefly pasal hal2 nak bertunang tu, yelah, jap lagi kan dia nak kena clear out everything ngan family dia. I pun kena call mom nak sah kan fews things.

Naik je rumah, i terus call mom. Sebelum terus cakap pasal hal2 tunang, kena la bertanya macam dulu kan -tak la nampak gedik sgt..huhu-

Dayu: Mak, ni hah nak tanya?
Mak: Apa nya?
Dayu: Petang ni Ekwan ada meeting ngan family dia. Mak dia suruh tanya, duit hantaran nak kena bagi separuh ke masa tunang tu?
Mak: Tak payah la, kalau bagi pun mak tak nak amik.

Kemudian i dah gelak2 je dgr mak ckp gitu -sebenarnya tarik nafas lega- Kemudian mak cakap dia nak tukar tarikh, tak nak buat 31 Mei sebab Pak Man, my uncle yang nak jadik tukang cakap tak cuti hari tu. So, mak suruh tukar ke 7 Jun. Terus lah i msg Ekwan suruh dia bagitau mak dia.

Then lepas dah bincang2 semua, it now decided to be on 1 Jun 2008, pukul 2pm. Mula2 nak buat pukul 11, tapi my mom kata awal sgt, takut kelam-kabut. Isskkk...leceh tul, baru nak bertunang.. So, i ada 2 bulan lebih lagi nak prepare everything.

SUNDAY

Sabtu tu Ekwan tido umah kak ngah. So around 6 baru dia dtg amik i untuk sambung sesi membeli-belah kami. Hari ni, nak selesaikan semua barang yang i kena bagi kat dia. Nak carik kemeja, sejadah ngan tuala.

On the way tu, i tanya la apa keputusan mesyuarat semalam. Ekwan dengan bangga je cakap i macam ni 'orang sediakan cincin je, yang lain2 semua sponsor' Amboi!!! Bertuah nya badan. Siap dengan gubahan hantaran semua, akan diuruskan oleh kakak2 + mak dia.

Petang tu masuk la lagi Sogo tu, jadik regular customer sogo lak kami ni. Carik tuala,pastu baru carik kemeja. Tak tau lah sejak bila Ekwan ni cerewet pilih baju. Berkali-kali pusing gents dept tu. Last2 baju ni gak yang dipilihnya.

penat tau ikut dia ni pilih baju

sempat lak dia suruh i pose amik gambar -gedik la dia-

Selesai di Sogo, kembali ke Jalan TAR, carik sejadah. Perut dh lapar, i lak tetiba mengidam nak makan steamboat. So ke Wangsa Maju la kami. Nak makan kat Kak Eita, Sup tulang steamboat. Saja je kosong kan perut sebab malam tu nak melantak buffet steamboat -hahaha, entah bila nak diet ko tu dayu-

Malam tu rasa Ekwan ngan i la yang paling banyak makan. Orang kat sekeliling meja kitaorg dah bertukar ganti, i ngan dia tak gak bangun2, tak sudah2 lagi makan -kena maksimum kan harga buffet tu, tak la rugi nanti..heheheh-

orang makan rojak lepas dah siap makan main dish, ni tak, i sampai2 je terus gi amik rojak buah ni

Kemudian, sementara nak tunggu udang dan ketam tu masak, ngadap lah kerang rebus ni pulak. Panas betul terasa bahang api dapur steamboat tu.

dan ini la yang penuh dalam perut kami semalam

Ntah bape ekor Ekwan makan udang semalam, ngan ketam lagi

syok sangat makan sampai tak perasan Ekwan snap my picture

dan kemudian ngadap ice-crealm lak -2 mangkuk je kami makan ye-

Hhahaaha, bila balik je masing-masing kekenyangan. Nak duduk bersandar dalam kereta pun tak boleh -buruk lantak korang ni lah- Tapi puas hati la, seafood dia semua fresh, udang ngan ketam dia pun besar2, puas sikit makan. Kat Nelayan, Titiwangsa tu tak sedap compare to Kak Eita ni.

Dan begitu la berakhirnya weekend ku...dan jumlah di akaun simpanan tetap Maybank juga semakin berkurang -redha je..ko yang belanja kan-

~kini diriku di pejabat mengharung hari Isnin yang busy..lunch hour is over.. Back to work!!!~


14 March 2008

Pos Laju man -the one i'm keep waiting-

Just now i got my parcel from Pos Laju. Amat Gembira dan rasa lega!! Beli barang online kan, gitu la rasanya. I pun tak tau nape i boleh terlibat dalam urusniaga di alam maya ni. Actually tak berapa yakin tapi tercebur gak. Dol lah yang introduce all these kat i.

Actually i just register and become a member of Lelong.com.my -kena bayar RM2 tau..hahaha- So, bila dah browse auction list dia tu, banyak lah pulak barang yang berkenan. Pastu saja2, gatal tangan place a bid, dalam sehari tu fews item gak i bid. Main-main je, letak bid pun murah2.. Then, esoknya masuk je office, banyak pulak email dari lelong. Macam terkejut je tau bila baca email2 tu, i'm the winning bidder for 3 items in a row. Warrrgghhh!!! Rasa macam nak nangis lak rasa, yelah bila di kira-kira dekat RM 100+ jugak barang2 tu semua.

Nak tak nak, just deposit lah duit kat seller2 tu, update payment ngan derang and waiting the items to be delivery. So, i just got one this evening.

bungkusan yang dinanti-nanti kan akhirnya kunjung tiba.

Actually seller tu baru pos barang ni semalam, dan i baru je bayar pagi semalam. Takde lah lama mana menunggu sebenarnya, i je yang tak reti nak bersabar -hahahaha...- Tak sempat amik gambar barang tu, nanti lah kalau i dah guna later boleh lah upload gambar nya -tak nak bagitau apa i beli..heheehe-

5.40pm..dah boleh balik. Malam ni final Raja Lawak tapi tak boleh tengok -hmmm..apa kata menyibuk2 di rumah En. Izan malam ni, tumpang tgk Astro- Tengok la nanti. Esok nak beraktiviti melenguhkan kaki di Sogo dan Jln TAR dan menghabiskan duit, itu yang sebenarnya -ko gak yang sibuk nak bertunang kan: kata ibu ku...huhu-

yeah, esok Ekwan ada mesyuarat tergempar di rumah Kak Ngah dia. Harus nak discuss on our engagement.

~ di kala ini..hati ku berbunga riang ~

Free Printing

Hari ni i berada dalam mood yang amat senang hati. Walaupun meeting pagi tadi agak 'panas' i rasa i sorang je yang tersengih-sengih, tersenyum girang dlm meeting room tu -hahahaha dayu sakit jiwa dah- Tidak!! Diriku masih normal. I sendiri pun tak tahu kenapa i macam happy semacam je.

Maka petang ni i pun terasa nak tukar gambar2 kat frame dalam bilik i kat JB. Dah pilih-pilih gambar, then do some editing. Kemudian klik lah option kat tepi tu 'print pictures' Hahahaha.. pastu dengan segera bergegas ke sharing printer tu kutip 'hasil kerja kreatif' -sebelum org lain jumpa..tau pun takut-

kertas free, ink free...laser jet lagi... siap print size A3 lak tu..

Bukan amik kesempatan tapi guna kemudahan yang ada..-mesti sakit hati je org lain baca- Alah, semua tu dah termasuk dalam harga kontrak, kontraktor dah dapat pun payment. Maka gunalah, kang tak guna membazir je -boleh ke kata gini?-

Bukan selalu pun buat macam ni, sebulan 2-3 kali je..huhu.. Bukan semua orang buat macam ni ke? Print resume, photostat sijil nak mintak keje kat tempat lain pakai copier office.. Ngaku je lah, jangan segan2..-nak gak kata org lain sama perangai macam i-

~ la la la la la ~ diriku tersengih riang pulang dari printer itu~

Got it!!

Yayy!! Selesai satu isu!! -hahaha, macam dlm meeting lak rase- One list to do boleh dikeluarkan dari senarai. Dah dapat dah baju nak pakai on 31/5 ni. Quick grab it from one of kedai at Jalan TAR yesterday. Balik keje, jalan2 jap. Dah nampak, pastu macam berkenan kan, pastu dah cuba2 bagai, budak salesgirl tu harus geram kalau i kata tak nak -nasib lah dik, kata keje- Maka, i bulatkan hati, amik baju tu.

Kebaja in light brown. I nak amik the one in orange, tapi dia punya sulam macam tak naik lah pulak, pastu jatuh hati gak with the green, tapi tak mengikut tema kan. So, take that light brown. Terasa nak display la baju tu kat sini, harus kah?

haha..teragak-agak nak upload ke tidak, tapi upload gak

Zek, Aziah & Ita suruh tambah labuci@manik kat sulam baju tu, tapi terasa macam tak nak..rasa dah cukup penuh baju tu ngan sulam, kang crowded sgt baju tu. So, sekarang kena carik kain dia pulak. Memang baju tu dijual sekali ngan kain tapi i tak suka kain dia semalam, kain corak batik yang macam dull je colour dia. Think of to use plain brown satin or batik jawa. Will think it later. Maybe esok boleh carik kat Jalan TAR.

Semalam masa dok borak2 ngan Aziah + Zek + Nurul on hantaran decoration, suddenly we came out with idea to make bunga dip by our 0wn, masing-masing confident je -ntah apa jadik rupa bunga dip tu nanti- Mungkin idea yang tak berapa logik ni boleh dimansuhkan kemudian. Hahaha!!!

Salwa just emailed me alas dulang yang dia ada untuk i sewa. Cantik dan i berkenan. Sewa ngan Sal je lah senang sikit urus niaga. Another things can be put out from list to do! Sukanya hati!! Currently i tengah decide on hantaran decoration, so maybe next week/month -bulan ni budget burst la- boleh beli barang untuk buat gubahan tu, with Aziah's help. Mak dia kan selalu buat gubahan, haruslah dia berbakat kan. Gembiranya hati ku ini!!

~ terasa over excited lah ~

12 March 2008

The Date

As usual, had dinner with Ekwan. Actually, nak ajak dia gi Little Black Book Hartamas dan kemudian ke The Curve, nak pegi stalls kat luar tu..tapi macam dah lambat, tak pergi la. Lepas makan, ajak dia pergi Danau Kota sebab i really need a scarf, tak tau nak beli kat mana. Yang tahu, kat situ je.

On the way ke sana, i tanya Ekwan whether dia dah call mak dia ke belum pasal tarikh tunang. Dia cakap tak lagi. Dia kata jap lagi. Sampai Danau Kota, lepas parking. Dia terus call mak dia. I dengar je lah sambil tersengih-sengih -hatiku berbunga riang- Gembira sungguh rasa hati, semua berjalan seperti yang dikehendaki. So, it's decided! Kami akan bertunang pada 31 Mei 08, cuti sekolah kan time tu, senang sikit rombongan Ekwan nak datang dari Pahang.

Then this morning, after a long hour in meeting room, i gave mom a call - bill goes to JKR, tq- Bagitau mak the details, and she agreed. Ayah pasti akan hanya bersetuju, kenal sungguh my dad tu. I suruh derang discuss pasal wang hantaran, before merisik-mak Ekwan suruh- Lepas tu mak mula cakap benda2 yang i rasa tak perlu lagi. So quickly, end the call before mak jadik lagi melalut - hahahaha..anak derhaka ko dayu-

So what i'm doing today is browsing for hantaran decoration, alas dulang semua. I nak buat orange-brown theme-berkenan sgt ngan warna ni- Ekwan not decided yet. I suruh dia buat purple, dia tak nak lagipun macam tak match ngan my theme kan. Later la, biar mak+akak dia uruskan. Officemates i dah sibuk2 suruh i prepare on hantaran. Isskkk..apa je yang nak kena prepare dari sekarang, setakat nak bertunang, lagi sebulan pun sempat kan -yelah tu, kang aku gak yg kelam kabut-

Maybe will work on attire for that day dulu. This saturday bleh lah merayap2 ke Jalan TAR. -habis duit gaji kami-

~after almost 6 years together, the day finally come over~

11 March 2008

Dinner Bersama Izan's Family

Just terasa nak post on last night dinner with Izan's family. Entah nape, tetiba semalam En Izan bersemangat bagai memasak, dan suruh i datang makan sekali ngan derang. I pulak semalam terasa malas je nak 'bersosial', terasa nak baring+memalaskan diri je lepas balik keje. Ekwan pulak beriya suruh i datang. Maka nak tak nak, i join lah the dinner.

By 8pm Ekwan datang amik i. Bila sampai Hartamas, Kak Fatin is working on her Siakap 3 Rasa. Sawi goreng sotong pun dah siap. Ikan pari tengah bakar dalam oven. Bawaknya lauk. Saja je nak gemuk kan i tau Izan ni. I tanya ada ke pape i boleh tolong tapi Kak Fatin kata, tak payah. So i layan la Faris ngan Faiq. Budak 2 org tu pun dh hulur2 honeystar suruh i bukak. Termakan la sekali ngan derang -Arrgghhh!!!-

faris asyik suruh i amik gambar dia,pantang nampak i pegang hp.

2 beradik tengah berebut honeystar. gitu lah gaya si faris kalau amik gmbr. faiq muka sedih honeystar kena rembat ngan abang long dia

Around 9pm gak baru kitaorg makan, Kak Fatin dengan sengaja isi nasi banyak2 dalam pinggan i tau, saja je tau dia tu. Tak sempat nak amik2 gambar lauk yang meriah bagai semalam-segan sebenarnya- Dah makan banyak pun,lauk masih banyak. Masa tu En. Izan dah bangun basuh tangan. Kak Fatin pun dah siap. Nak tak nak, i ngan Ekwan la kena meratah habiskan siakap ngan pari tu -banyak ko makan dayu-

Then, basuh2 pinggan dan buat teh'o panas. Ekwan requested, dia kan tak boleh minum ais. Kemudian masing2 melepek depan tv tgk Slam Dunk. I yang memang tak layan citer tu, main2 ngan budak 2 tu.

layan kan faris ngan faiq yang tunjuk2 i mainan baru derang. i lak yang excited main game tu-ekwan gelak je tgk i-

concentrate je masing2 tgk tv. time ni kak fatin ngan faiq dah masuk bilik.

tinggal la kami berdua main2 hide & seek bawah comforter. i sejuk sebenarnya, tu yang duduk bawah comforter. faris ajak i main 'chak chak'. sempat lagi dia peace time Ekwan amik gambar.

By 10.30pm Ekwan sent me home. Ikut kan dia, malas je dia nak hantar i balik, syok layan tv. Nasib baik esok keje, kalau semalam tu Jumaat, dan i'm not working today, harus dia suruh i tido sana je.

Sampai rumah, my 'sleep partner' masih berjaga. Borak2 lah ngan dia jap, mendengar lipur lara kisah dia tu. Complicated kisah hidup dia tu, as friend i beri pendapat yang betul2 ikhlas dan i rasa yang terbaik untuk dia. I tak cakap apa yang dia nak dengar, tapi apa yang i rasa patut dia buat. Tak nak lah sekadar menyedapkan hati dia tapi tak membantu dia langsung.

~hahaha..sudah lah, siapa lah saya nak nasihat hidup org kan~

Asleep...and being lazy to wake up for work... I need something to motivate me!!

More Pay? Maybe...