30 May 2008

the map

Fews of my frens whos is not from JB asking for the map to my house -dh beriya mcm ni kalau tak dtg gak..siap lah korang...hehhehe-

Map yang i sediakan untuk Kak Iza masa nak dtg merisik Sabtu lepas. Walaupun Ekwan kata tak accurate, tak kesah la

~haha...mcm tak jelas je, pepandai la korang click at the pic~

huhu ~tetiba mcm berdebar lak~

I'm nervous..suddenly...

I'm off until Monday(2 Jun 08)..tu yang lama menyepi... Being home quit early make me busy, semalam seharian packed kerepek, sweets and chocs for guest's favor. Luckily, ada cousin i dtg tolong.

I tak fitting baju lagi, budak tu busy semacam, pasang pelamin je tiap2 hari -musim org kawin kan. takpe lah, i pun busy sebenarnya...ke sana, ke sini ikut my mom menjemput org. Belum lagi ngan hal tepak sirih... I kena prepare tepak sirih untuk Ekwan, luckily neighbour i ada tepak sirih tu. So esok kena la gi carik kapur, gambir ngan pinang sekali.

Abang Izan(Ekwan Bro's) & Family will be in JB by saturday. Derang dtg dulu. Dan malam ni, lepas je keje Ekwan akan ke Pahang, dan bertolak ke JB ngan 2 org adik dia pagi Sabtu, sekali ngan family Kak Era -semoga semua nya selamat smpai-

And my family have to prepare their dinner for that Saturday.. -our pleasure..kata my mom-

Huhu..malam ni nak kena siapkan backdrop tempat nak sarung cincin -ntah pape je jadiknya nanti-

Another 2 days...tiba2 rasa macam berdebar-debar. Camne lah nanti rasanya bila rombongan ekwan smpai kan, mesti lagi berdebar...

~yeah...i got a call from KPKT, i got the job tapi tak tahu nak terima ke tak sebab kontrak gak!

27 May 2008

Another 4 days

Last Saturday (24/5/08) Kak Iza and his husband dtg JB, jumpa my parent. Saya nak kenal-kenal, sebab 1 Jun nanti Kak Iza tak dapat datang. My mom punya la beriya nak sambut kedatangan derang sampai masak macam-macam.

They passed the ring (risik) kat my parent. My mom bleh lak tanya kat i 'nape macam kecik je, ko nak pakai kat jari mana ni?'

Chaaaiitt!! Dia ingat jari i ni gemuk sangat ke? Pape la mak....

Last Sunday i visited my aunty, Busu at Shah Alam. Lagipun nak amik buffet tray kan. Then Busu tanya nak buat cupcake camne, nak decoration camne..the cake smua.. Semangat terlebih lak makcik i tu. Tapi i just leave everything to her, dah dia nak buat kan free kan, tak kan i nak demand lebih-lebih.

Bulan 6 ni banyak betul wedding nak kena attend. Setiap minggu ada kenduri -pagi ni pun baru dpt satu lagi kad- Semua berpusu-pusu nak kawin tahun ni...

23 May 2008

kucing-kucing kesayangan

Kiki and Bibi at 1 month : sudah pandai kejar2, dh pandai main, dh reti gigit2 tangan org -kuku derang amat panjang- dah bleh makan biskut sendiri -tak sabar nak tgk Mimi (mak derang) gemuk semula, tapi selagi derang menyusu mmg kurus kering la Mimi tu.

Kiki : dia mcm bapak dia gak, pandai bergambar

habis jahanam my bedsheet 2 ekor ni keje kan

Bibi : muka dia amat tembam. geram!!

Hari tu, Miki terlepas keluar umah -kitaorg tak perasan bila dia keluar- Dah macam pe je kitaorg carik dia tgh2 malam. Rupa-rupanya dia tgh tunjuk hero ngan kucing org atas...-my mom syg kucing mcm over je i tgk-

22 May 2008

my TQ tag


:woooh:

My TQ tag is ready!! Dah print and dah tampal pun.
Dayu suka!!


Thank you kepada Pn. Zaleha yang sedekah kan kertas untuk print tag-tag itu -baki print kad kawin dia...huhu-

~hari sabtu ni kak iza nak dtg jumpa my parent~

21 May 2008

the decoration

Semalam Ekwan pergi umah Kak Ngah dia kat Bukit Mahkota before fetched me at Palm Garden, nak bagi cincin risik as this Saturday Kak Ngah nak dtg jumpa my parent.

Hantaran pihak Ekwan dah siap!! Berbakat rupanya bakal akak-akak ipar ku itu mengubah hantaran. Lawa!! Dayu suka sangat!! Thank Kak Iza, Kak Ira... Nanti hantaran kawin buat lawa-lawa lagi eh... :inlove:

sebahagian dari gubahan. kotak untuk kain pasang dan bekas cincin ada pada Ekwan

suka i tgk bunga-bunga ngan riben2 tu

tapi dah mcm lebih kurang je color theme hantaran kami...huhu

Tiba-tiba terasa rendah diri, gubahan i mcm tak menarik je, mcm simple sgt compare to them. Terus terasa nak siapkan gubahan mlm ni gak, nak ikat2 riben kat tuala, sejadah semua. I need to buy another bakul untuk buah.

And this weekend nak kena beli coklat+cookies semua. Ye, kena gi Shah Alam, amik buffet tray kat umah Busu.

~1 jun nanti i will look yellowish~

me and the bridal

Baju confirm dah, and dah final fitting, tapi rasanya 2/3 days before tu i nak gi try balik la, mana tau dah mengembang lagi badan ni -semalam makan terbanyak la pulak kat Palm Garden Hotel..

Failed diet ku!!! :tsk:

Tapi macam rasa tertipu je tau, dulu budak Ida tu kata nak bagi i that certain price, sekali hari tu masa nak confirm everything, and paid the deposit, tiba2 harga jadik lain. Banyak lak pertambahannya tu. :ayokona: Geram je tau, nasib baik i ni malas dah nak gi bridal2 lain (harga pun lebih kurang je) Setuju je lah, then bayar deposit. Bukan pe, dulu dia gak yang kata bleh bagi harga mcm tu, kita ni suka la sebab mmg murah pun -boleh lah save kan- kalau tahu harga dia mcm tu, baik i carik bridal lain awal2. :inis:

Mungkin inilah namanya dugaan kan...huhu..ni baru nak tunang, kang nak kawin, ntah apa kes i ngan bridal... Jangan lah nanti timbul pape problem...penat la nak layan semua tu.:puppyeyes:

17 May 2008

me in JB

huhu..what i'm doing is only EAT, EAT, EAT and EAT!!!
-mmg makin kembang lah badan ni 4 hari duduk kat umah-

Bibi & Kiki sudah besar. Sukanya!! Derang dh reti mai kejar2, gigit, panjat2 cage derang, i amat suka. Rasa nak tido depan cage je ngan the kittens.
-i lupa bawak balik my hp's and digicam cabel, so tak boleh nak upload any pics-

And currently i tgh menGERAM kat orang tu, Nyampah!!

Tak suka.. Benci tul berjanji+berurusan ngan org macam ni tau. Macam mana nak maju bisnes korang kalau gini gayanya.

Yeah, should be i had an appointment ngan bridal tu, nak confirm kan baju. Tapi semalam bila i call nak dtg, dia suruh dtg hari ni(saturday), and when i call to confirm it today, dia suruh dtg esok lak. Ni yang buat i HANGIN satu badan. Dah la kita ni bukan selalu ada kat JB, kang esok kalau dia postponed lagi mmg nak kena maki la tu. Menyusahkan orang tau!!!

Dan terus i terasa nak carik bridal lain -wargghhh!!! lagi 2 minggu je lagi tau- Mmg betul2 menyusahkan la. Kalau tau mmg tak boleh nak amik order lagi, cakap je la, boleh awal2 i carik bridal lain tau. BENCI!!!

~esok is Ima's wedding, nak beli pe erk nak bg present? dah tak tau nak bagi apa lah wedding membe~

14 May 2008

Nak balik kampung

Hari ni Rabu, esok Khamis, pastu Jumaat... Huhu..terasa nak amik cuti la, nak balik JB. Boleh tak? Tak apply pun lagi... Dah la Jumaat tu ada meeting ngan UTM.
'Saya tak pak yah masuk meeting la ye boss' :devilishgrin:

'Cuti saya banyak lagi ni Boss, baru cuti 6 hari, sape nak habiskan cuti saya yang melambak-lambak tu nanti'
:please:

Heheheh...dah la sepatutnya hari ni kena gi Kuantan, ada meeting lagi. Bila banyak projek dh launched mcm ni la. Lepas2 ni nanti selalu la gi Kuantan. Sekali pegi mesti duduk 2,3 hari kat sana. Yelah kat UIA je ada 9 projek... -lps ni tak lekat kat opis la jawabnya-

Cuti je lah.. kang tak habis cuti, membazir je. Ada 20+ hari lagi ni. So bleh duduk JB lama skit, Isnin kan Wesak. Nak attend wedding schoolmate, then kena gi bridal confirmkan baju.

~nak peluk cium Miku & Mimi~

13 May 2008


Akhirnya!!! Dengan tunjuk ajar
Cik Nano yang comel+kiut+baik ati+tak kedekut ilmu+penyabar
akhirnya Dayu berjaya install icon-icon ni!!:woooh:

Walaupun macam dh putus asa je awal2 tu, tapi jadik gak akhirnya:blush:

Thanks you Nano!!!


cikgu: Cik Nano yg comel :okay:
sumber: blog menjerit

Orang Baru yg Comel


Selamat Datang Raiyan Raessh -nama ko,kreatif sungguh mak bapak ko Raiyan-

Raiyan adalah baby pertama for Skirts & Boxers. Boy..sesuai la tu, nanti dia la jadik ketua anak-anak kami -sesi berangan di sini-Umi ngan Wak yang 1st kawin di kalangan kami, haruslah derang yang dapat baby dulu kan.

Raiyan bersama Ibu nya, Puan Umi Naziha

Raiyan lahir Rabu lepas, 7hb Mei 2008, secara normal. Umi dok citer pengalaman dia dalam labour room...huhu..takutnya nak bersalin. Tapi Umi kata, as Raiyan selamat kuar je, tak smpai sesaat terus semua rasa sakit tu hilang.

Comelnya dia..Raiyan kena tipu, dia asyik nak menyusu je, last2 Umi sumbat puting je

Wak asyik tersengih je 'Ayu, aku dah jadik bapak' Tak sudah2 dia kata gitu kat i. Hmmm...mesti perasaan gembira dia tu tak terkata kan. Wak's parent pun excited je i tengok, cucu pertama lah kata kan. Bertuah Raiyan ni. Bakal jadik cucu kesayangan la ni. Kat his mother's side pun, dia adalah cucu lelaki pertama.

~pa'a pun dah selamat lahirkan baby girl pagi tadi~

Skirt & Boxer akan meriah dengan baby tak lama lagi. Lepas ni bila ada gathering kena tolak stroller lah jawabnya.

12 May 2008

lagi 3 minggu

Lagi 3 minggu je lagi kami nak tunang..banyak pulak yang jadik. Pening tau... Tiba2 time ni lak nak tukar2 tarikh, susah la... Banyak benda nak kena tukar, nak kena confirm semula ngan sedara-mara semua, whether derang available tak kalau nak tukar2 tarikh ni.

Malas lah nak fikir!!! Kita f ixed je 1 Jun 2008 bleh tak?

Isskkk...mula2, nak awalkan sehari, pastu seminggu. Huhu...tak tau dah nak kata macam mana. Mak dia kata gini, mak i lak kata gitu. Belum canpur yang akak2 dia kata lak. Kitaorg jadik org tengah. I ngan Ekwan dah pening2 last weekend. Tepon berkali-kali top-up nak call semua org. Tak suka!!!

Last-last, setelah berbincang baik2 -bak kata my mom jgn ada yang berkecil hati- akhirnya, it final, no changes. It will be on Ist June!! Muktamad!! Sebarang pindaan Dayu tak sudi nak layan -hahahahaha...gelak puas2-

Dalam pening2 tu, ada gak berita best nya. My aunty, Busu (adik my mom) gave mom a called. She asked mom not to order any muffin/cupcakes sebab dia yang nak buat kan. And it FREE!!! Dayu suka!!! Busu gak nak buat kan fews kuih untuk majlis i tu. And it also Free!!! -sekali lagi Dayu sengih suka hati-

I just called Busu, i asked her to make a cake for me. That chocolate cake yang i suka sgt. And Busu kata nanti dia enhanced the decoration. Adakah kek itu jugak free? Lingkup bisnes makcik ko ni kalau semua free Llong wei!!! Kekekekekek...agaknya itu la Busu kata kalau i mintak free gak untuk kek tu. Tapi rasanya macam free je :) -sayang Busu-

~kena pass cincin risik kat Angah la~

09 May 2008

huhu..nak tukar ke?

This morning Ekwan texted me -as i remind him to asked his mom to call my parent this weekend pasal urusan merisik- Then he replied with 'yang, angah suruh awal kan seminggu la. tapi org mcm tak setuju'

Hoho...sudah..tak kan nak awal kan...leceh la. Nanti semua nak kena re-planned, fixed je lah tarikh 1hb Jun tu, tak payah susah2 nak plan pape semula.

Ye, weekend ni -yang adalah esok- kena gi umah Angah kat Bangi, mak Ekwan ada kat KL. So, kena la tunjuk muka kan. Lagipun nak gi amik alas dulang dari Salwa -umah dia pun kat Bangi- Kalau rajin bleh singgah Banting. Umi dah bersalin.

~mesti comel anak umi+wak, pa'a pun dh kat hospital~
seronok je...umur 25 dh dpt baby...kita ni...pape pn belum lagi

Berpanas Terik di K. T'ganu

Keropok Losong

Dalam terik-terik tengahari tu, kami ke Losong, memborong keropok pulak. Banyak nye kedai jual kepok lekor kat situ, best nye. Meriah je rasa. Aziah beriya sangat nak beli kat kedai ni gak. Tapi mmg sedap pun kepok dia.

kak yah keropok Losong..sedap...panas2 pun kitaorg telan

dan ini hasilnya (ni i ngan ekwan nyer je klau masuk Aziah punya sekali, menimbun la kepok)

*Ekwan suka sgt ngan pekataan Losong tu.. pastu dia sebut2 ngan mcm2 nada, pape je dia tu

Lawatan ke Taman Tamadun Islam

Kemudian kami melawat pulak Masjid Kristal yang amat glamer tu. Punya la panas Taman Tamadun Islam tu, yelah tempat tak fully completed lagi kan, pokok pun tak banyak.

memang lawa masjid ni, banyak kubah dia. ramai tul org yg dtg aritu.

sesi bergambar lak. panas sungguh tempat itu.
aziah yang teringin sgt nak dtg melawat masjid ni
sementara tunggu Ekwan sembahyang, ni la keje Aziah and me. kuat sungguh angin kat situ.
tepi sungai kan...-tapi amat panas-

Lepas siap sembahyang, Am, kak Iza, Ita pegi Pasar Payang. Kitaorg lak meneruskan aktiviti 'melancong' kami. Kekekekeek... kitaorg gi tengok2 replika masjid2 yang ada kat taman tu. Ada 21 semuanya tapi tak semua siap lagi.

antara replika masjid yang ada kat sana, tak larat la nak amik semua gmbar. panas sgt, tak larat nak lama-lama kat situ


Lepas tu ingat nak gi Seberang Takir makan seafood tapi tak jadik sebab pemandu pelancong kitaorg, si Ita tu tiba2 hilang. So, apa lagi. Balik hotel tido lagi baik, dah la penat, panas lak tu...

Sampai hotel, naik bilik, bukak air-cond semaximum yang boleh and terus tido tak ingat dunia...

~penat la tapi seronok sgt~
sambung esok la citer hari ke-2...

08 May 2008

1st Day at T'ganu -bhgn ke-2

Zaleha's Wedding

By the time kitaorg sampai Permai Inn, Am called and told me to get ready as Ita will come and guide us to Zek's place. Kitaorg ni, kelam-kabut lah bersiap, sekali minah tu lambat, melepak la kitaorg kat lobi hotel.

Dalam kul 12pm, baru Ita sampai dan terus ke rumah Zek, jauh gak dr K.T'ganu. Nasib baik ada Ita, kalau tak memang sesat barat lah nak gi sendiri.

Kitaorg smpai pengantin belum bersanding. So, terus gi jumpa Zek dulu, amik2 gambar, pastu serbu bilik pengantin. I suka, simple je tapi nampak lawa sangat.

bersama pengantin baru, Pn Zaleha. Zek tak mekap lagi time ni, ni pun pakai baju nikah

Ita, kak Iza, pengantin, Aziah and Dayu bergambar depan pelamin

lepas pelamin, serbu lak bilik pengantin

dah makan-makan, amik la gambar ramai-ramai bersama pengantin.
kami la rombongan wakil dr Kuala Lumpur

nak gak gedik2 amik gambar berdua. sekali Kak Iza menyelit kat blkg

tak cukup lagi berposing, sebelum balik tu sempat gak amik gmbr dpn pelamin lagi sekali.

Secara keseluruhan, majlis yang simple tapi best. Walaupun macam panas yang amat, i seronok. Suka tengok kawan-kawan bahagia. Lepas dari kenduri, kitaorg gi Losong, beli keropok. Kemudian, dalam panas2 terik itu, kami ke Taman Tamadun Islam pulak. Nak tengok Masjid Kristal, then sembahyang Zohor sekali.

Terengganu Panas!!!

Jalan sambil keje di Terengganu

1st Day -the first half-

Pagi hari di Kuala Terengganu

Ekwan, Aziah ngan I, bertolak pukul 12 malam Sabtu. Kitaorg estimate dlm 6hr akan smpai Terengganu.Tapi sebab drive malam kan, awal lah smpai nye. Kul 5.30am kitaorg dah ada kat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Ekwan drived from KL-Karak, then passed kat i smpai Kuantan -dayu mcm takut je drive kat LPT tu mlm2, kosong + gelap je- then Aziah lak smpai mana ntah. Pastu Ekwam sambung semula smpai Terengganu. Kena la i teman dia, wlaupn terasa nak je tido -dayu kan bakal tunang yg baik hati...ahakssss-

seronok je dpt tgk matahari terbit..dgn bunyi ombak..damai je rasa

Tido la kami dlm kete kejap, pastu pagi2 lagi dah serbu Pasar Payang, had our breakfast and terus gi shopping. Aziah nak beli semua pesanan dari officemates dia. I lak tak terasa nak membeli, tengok2 je dulu. I have another 3 days at Terengganu.

Pastu serbu kedai emas. Harga emas kat Terengganu murah la. Banyak lak kedai emas kat area Pasar Payang tu. Semua kedai kitaorg masuk. Dah puas membelek, akhirnya CINCIN RISIK ku dibeli di Terengganu.

Ekwan dah started rimas badan, i pun dah tak sabar nak check in. So around 11am, terus gi Permai Inn. Mandi2 dan terus bersiap nak gi wedding Zek kat Kg. Tok Dir.

~badan amat penat, ikut hati nak je tido, tapi semangat nk berjalan mengatasi segalanya~

Fuhhh...Dayu Penat

Finally I'm Home!!!!

Bila asyik out-station je memang penat, tak sempat nak curik2 masa berjalan2. Tapi kalau asyik duduk office je pun boring gak. Tapi kalau dah berturut-turut macam ni.. penat weeiii, badan pun macam tak larat je.

Luckily nak gi Kuantan tu, naik kete En. Shahidan, so i boleh lah duduk rileks-rileks kat belakang BMW dia tu. Tapi still tak boleh la nak tido kan, kena la teman dia berborak. Nasib baik Dol ada, bleh la i pejamkan mata kejap.

Sampai M.S Garden, dah pukul 5. Terus i golek atas katil. Sekali Ita ajak terjun pool la pulak. I pun jenguk2 pool tu. Macam seronok je. Tapi takde tight la pulak, so terus ke Kuantan Megamall, belakang M.S je. Jalan2 ngan Ita, sekali dah kul 7. En. Shahidan suruh siap nak kuar dinner.

Sekali baru teringat, boleh ke nak masuk pool malam2..Chaaaiittt!! Buat membazir je beli tight baru tau. Pandang2 je lah pool tu dari bilik.

kempunan tak dapat nak berendam.
nape hotel tak kasik kita berendam malam-malam erk?

tak dapat berendam, gi minum je lah kat cafe -free welcome drink td-
'muka dayu itam'

Then naik bilik, bukak TV, tapi tak smpai 10min i dah tertido. Nampak sgt badan dah penat melampau. Nasib baik bilik kat M.S ni best (iyelah, bape harga dia, goverment rate pun dah RM 180), lena je i tido.

~bila dh asyik out-station, baju tak basuh pn dh melambak2, mendobi la jawabnya~
~huhu...bape byk la claim bulan ni, tapi bulan 6 la baru dpt..byk la hutang ngan Maybank~

Next post lah citer pasal TERENGGANU -tak sbar nak citer-

07 May 2008

my out-station week

I'm home!! After spent 3 days 2 nites at Terengganu
(dan berjaya men'hitamkan kulit ku yang mmg sedia tak berapa cerah tu)

And this noon, i'm going for another out-station. I'm going to Kuantan for another meeting.
Dayu Penat!!! I'm going to stay at M.S Garden -keje tido hotel je la minggu ni-

Tak sempat la i nak upload gambar, dan cerita about my 'free vacation' kat Terengganu tu, Jumaat la nampak nya baru bleh update.

So frens... I'm really miss to blog tapi tak berkesempatan.
Bell, i tak lupa la penghuni2 blog ni, and Yun (and also other yg kena tag tu). jawab cepat jgn tak jawab. Nanti i semak ur assignment k...

until then frens... got something to do...
*hugs*

04 May 2008

L.O.V.E

What that meas to you? Everyone interpret it differently.. How you define love? Lain org, lain pendapatnya kan...


1. What does true love mean to you?
Cinta sejati kah itu? Bila kita betul2 ikhlas, tak berpura2 bila bersama dia, bila kita sanggup berubah demi kebaikan bersama, sanggup share susah senang bersama..

2. How do you know you're really in love?..
Bila siang malam asyik ingat kat dia je..tak nampak muka dia sehari..tak senang duduk. When i sanggup sacrifice macam2 untuk dia even sometime it make me look stupid.

3. How many times in your life have you fallen in love?
Hmmmm..3, ke 4 erk... -dulu2 dayu agak jahat- But my very 1st love is Ekwan ok.. We try to look for the perferction tapi hakikatnya apa yg kita dah miliki itu lah yang terbaik.

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
Hmmm...tak penah rasanya sebab i tak penah being MAD.. Ahakksss...kekekeekek

5. Do you feel love and physical attraction are the same thing?
Not agree with the above statement. Tapi sama2 penting..macam makan nasik, kalau ada tempoyak mesti lagi sedap kan..

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
Definitely... i will love him forever..no matter what. That is the TRUE LOVE.

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
No, it will only ME who will decide who deserve to be love by me.



8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
Yeah...it only they were not mean to be together forever...


9. Would you give up something you want for someone you love?
Mungkin..and it has happen to me. Diriku sanggup berkorban, demi DIA.


10. If you truly love someone do you feel it should be unconditional?
Yeah...Cinta ku tak bersyarat.. -jgn lah mak tau kenyataan ku ini-


Sempena ketiadaan ku beberapa hari ni, i nak tinggalkan assignment skit untuk semua. Terasa nak edarkan post ni sebagai tag untuk blogger sekalian. Apa salahnya kita bertukar2 fikiran kan.. So, i nak bagi kategori untuk mereka2 yang bakal menjawab tag ni.

1. Golongan yang masih bergelar Uda + Dara
- Cik Bell
- Cik Ida Yusof
- Cik Gyena

2. Mereka yang kini bergelar Tunangan orang
- Cik Yun

3. Mereka yang bergelar Isteri dan Suami
- En. Kuchalana
-Puan Elly


03 May 2008

terengganu is waiting

~Hahahah...perasan.. Tak kuasa Terengganu nak menunggu ko Dayu...lalalalala...~

It Saturday.. and maybe for now i sedang menyepahkan bilik, mesti tengah sibuk masuk kan baju2+barang2 nak gi Terengganu malam kang. -Ke tgh tido lagi?-

Malam ni -tak sure nak tolak dr KL kul baper- Ekwan, Aziah and me will driving to Kuala Terengganu. So, we will arrived Terengganu early in the morning. Then, carik la mana2 tempat (mungkin tumpang chalet Am, as dia already there), bersiap and gi lah umah Zek, si Pengantin baru itu. Mugkin kami akan jadik 1st guest of the day.

Then, boleh lah hantar barang2 ke hotel. I booked a room at Permai Park Inn as Primula is full booked. Nak duduk kat Primula boleh tapi tinggal deluxe room je, as my rate is not allow, kena lah carik hotel murah sikit. Tu pun 2 hari dah bape..takpe kerajaan bayar, tapi still i have to pay first...-pasti Maybank suka i buat hutang ngan derang lagi dan lagi-

Pastu bleh la jalan2 KT petang tu.. Esoknya nak kena gi meeting lak kan.. Meeting JKR satu Malaysia.. Keje..Keje..tapi sebab meeting ni gak lah i dpt jalan2 T'ganu 'berbayar'

~maybe i will not updating my blog until Wednesday~

02 May 2008

how careless i am

I forgot to write on this, tapi teringin nyer pasal..nak gak tulis pasal diri sendiri yang tak berapa senonoh ni. Semua bermula begini...

Kan hari Rabu hari tu dapat cek gaji di lewat petang, Dol lak cuti balik Johor. So, i lak ditanggungjawab kan amik dan gi cash kan cek dia, sebab kalau i cuti dia yg cash kan mine. Petang Rabu tu balik keje, gi Maybank Jalan Tunku..on the way balik, bila cek smula resit transaction tu..rasa nak pengsan je rasa..

No akaun yang i masuk kan tu salah lah!! Tersilap 2 last digit... Rasa nak je gi amik balik cek dlm deposit machine tu. Mampos!!! Terus rasa bersalah kat Dol... :(

Malam tu bila jumpa Ekwan pun dia pun geleng paler kat i.

Ekwan: Isskkk awak ni..benda macam tu pun tak boleh nak confirm betul-betul

I diam je. Mmg salah i kan. Nak buat camna. Tapi bila i fikir balik, i macam lega skit lah. Kan Khamis cuti, mesti derang akan collect check tu on Friday. So i ada masa nak gi Maybank tu dan mengadu nasib akibat kelalaian ku itu. Huhu.. Malu je rasa...

And i'm very lucky.. bila i gi Maybank, derang masih tak collect cek dlm machine tu lagi. I amat lega. So i tinggalkan no acc Dol, staff tu kata nanti dia masukkan smula dan i bleh dtg collect new transaction receipt.

Selesai dah masalah cek Dol..kalau tak harus tak tenang diri ini. Mesti tak tau camne nak bagitau kat Dol, yang gajinya akan tertangguh seminggu.

~nape la ko ni cuai sgt dayu..apa ko fikir hah?~

Desa Waterpark -best main air-

Yayy!! We spent whole day at there! Main air tak ingat dunia, sampai berbelang tangan. Tapi seronok sangat. Best!! -buat pape kalau Ekwan ada mmg i akan rasa seronok sgt2-

I woke up at 9am, terus ke dapur -dgn tak mandi- terus masak. Ingat nak buat mee goreng je tapi tiba2 terasa nanti mesti Ekwan nak makan nasik. So, masak nasik and buat sambal sotong.

santapan di waterpark dayu + ekwan

Plan nak gi pukul 10am, tapi biasa la En. Ekwan,mana reti be punctual. Dalam kul 11 baru dia dtg amik i. So sampai sana dah tengahari, harus la panas kan...dan lapar sangat. Tak sabar nak masuk dalam, nak makan. Tapi on the way nak beli tiket tu, ada lak staff kat situ kata tak bleh bawak makanan masuk. Chiaaattt!! Last2 kitaorg mkn dlm kete je.

kami lepas kenyang makan dlm kete, tak sabar nak berendam

Punya la ramai org kat sana semalam, namanya pun cuti kan. Nak carik tempat nak duduk pun susah. Nak beli pelampung pun punya la payah. Siap kena beratur panjang lagi. Penat sgt rasanya. Terus terasa baik gi mandi kat Ulu Yam, free..tak yah susah2 nak beratur beli tube.

Dah tak larat sgt nak tunggu tube, lama tau kitaorg queue tggu tube tapi takde pun org yang pulang pelampung derang. Last2 kitaorg decide beli je ngan org lain. So, i pun gi lah approach satu chinese family ni, i tgk derang macam dh siap2 nak balik and they have 3 double seater floats. Mmg derang nak balik dh pun...so derang jual lah float derang kat i.

I pun sengih2 gi kat Ekwan yg tengah beratur kat tube collection tu. Mesti org lain yg tgh queue tu pikir 'manala bdk ni dapat pelampung?' Jangan kata i curik org punya eh.. beli ok...

berhenti amik gambar jap -muka i kelihatan besar...tak suka-
so suruh ekwan lak yg snap, biar muka dia lak nmpak besar

ekwan tgh boring sebab ada org rembat tube kami

Then, terus main air macam budak2..Hahhaha..ni our first visit ke waterpark, seronok je rasa. Walaupun macam panas dan ramai sgt org, tapi puas hati.

ekwan kepenatan, dayu lak leh lagi sengih2 keseronokan

Pukul 6.15 kitaorg balik, tu pun sebab tempat tu dh tutup. Agaknya kalau bleh main smpai malam, smpai malam la kitaorg kat situ. Balik umah tak larat dah nak buat pape, baru la terasa sakit2 badan, yelah tadi main punya tak ingat kan.

I terus tido smpai pagi, bangun2 and mandi bersiap gi keje. Uiihhh..rambut ku keras semacam, mesti sebab banyak sgt klorin semalam kan. Nak tak nak, kena la basuh rambut dalam kesejukan.

~lengan berbelang...tak suka~