31 August 2008

Sehari di JB

Bertolak dari KL about 10pm, jalan agak penuh ngan kete tapi masih boleh speeding la. Boleh lah lagi nak tekan minyak smpai 140km/h tapi sendiri takut, slow lah sikit, 120 cukup la.

Ekwan drive smpai Pagoh,sementara tu Cik dayu tido *yang tak berapa nenyak* Time dia stop kat R&R tersedar, Ekwan kata nak tido jap. Tengok jam dah 12 lebih, so i decide biar i lak drive. Dalam setengah jam je dia teman, dia kata takut i ngantuk, tapi lepas tu smpai depan pintu rumah baru dia bangun *agaknya kalau bleh dia nak trus tido dlam kete*

Masuk rumah, lepas salam2 mak yang dari tadi menunggu ketibaan kami, terus lompat atas katil, pasang kipas, peluk bantal dan tido..

Dan esoknya, Ekwan kejut suruh i bangun. Dia lapar, dia suruh buat breakfast *manja sungguh manusia ini* Maka, bangun la Cik Dayu ke dapur. Buat jemput-jemput sudah, Dayu malas nak goreng nasik. Dan makan lah kami berdua, adik2 masih tido. Mak ayah lak keje Sabtu kan.

Kemudian tengah sedap layan astro, Ekwan ajak keluar carik kasut. Maka ke Tebrau City la kami *Jusco paling besar kat JB* En Ekwan memang cerewet ok kalau nak pilih barang. Penat tau ikut dia carik kasut. Dah la Jusco tu besar. Pastu bleh lak pakcik ni tak jadik nak membeli, dia kata kat KL je lah. Chhaaiitt!!!

mana uncit saya ye time ni..owh dia gi toilet :>
terus gi order Baskin Robbins yang mahal giler tu..nasib baik sedap

Tetiba Ekwan ajak gi gunting rambut. Dia kata rambut dia dah serabut. I tengok ok je.. tapi dah dia ajak gi je lah. Nak gunting kat salon-salon dalam Jusco ni macam tak mampu je. So, ingat nak carik kedai2 kat area Johor Jaya. Tapi tak jadik, gi je kat kawasan sebelah Jusco tu. Ntah...tak tau lak nama taman tu *aiyooo...org JB pun tak tau ke*

Tengok harga kat luar punya la murah, Wash & Cut RM8 je. Sekali student service la. Tak berani la nak suruh student yg potong, so Ekwan decide nak professional yg gunting rambut dia, RM20 ye..

org suruh pilih nak potong style camne, dia layan Motor Trader lak

mana bleh bagi uncit je gunting rambut. dayu pun nak gak. potong skit je and tune fringe yg dh panjang tu.

Mak dah call suruh balik sebab dia kata makcik bridal dah call tanya bila nak dtg. Ye..ye..sabar ye mak. Nak balik la ni...
*penat lak rasa badan...kita go esok bridal tu bleh mak??

29 August 2008

kami nak balik JB

Weekend ni kami *iaitu Dayu + Ekwan* akan menghabiskan masa di Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru. Dan itu adalah umah mak dan ayah Cik Dayu.
-turn uncit lak tersipu-sipu ngadap bakal mak dan ayah mertua-

Mungkin akan gerak around 10 pm malam ni, itu pun kalau Ekwan boleh siap lah. Dia nak basuh baju dulu katanya. Mak pun dah call tanya balik kul bape semua..*tak sabar ke tunggu kepulangan bakal menantu mak??*

-ekwan siap request mak masak special untuk dia lagi-

28 August 2008

beli dah ye uncit


Dengan ini saya, tunang kamu, Cik Dayu sesungguhnya telah menggunakan wang yang kamu beri semalam untuk membeli 'Monthly Travel Pass' sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan saya yang terdahulu.

Bersama-sama ini disertakan bahan bukti supaya kamu tak mempertikaikan kenyataan saya yang di atas.

Ini dia ye uncit, orang beli dah kad LRT untuk bulan depan.

*owwwhhh...saya sayang sangat sama kamu*

Dan yang selebihnya telah saya gunakan untuk bayar duit sewa rumah ye. Sebagai bahan bukti sila hubungi roomate saya ye En. Ekwan, kerana kami mmg tak kuarkan resit bayar2 sewa ni.

Catatan:
Sesungguhnya wang yang telah disalurkan tersebut adalah di bawah peruntukan wang sementara ye. Dimana pihak pemiutang iaitu Cik Dayu dikehendaki untuk segera membayar semula segala pinjaman yang telah dilakukan itu sebaik saja dia dapat gaji ujung bulan 9 nanti.
-tunang saya bukan millionnaire-

Maka dgn ini, there's no allocation untuk Cik Dayu bersuka-ria di Sogo atau Jusco. Dia hanya boleh shopping raya lepas dia dpt gaji bulan 9 nanti. Kesian kan dia...

rasanya i can be PR *iyo lah tu*

*saya memang berbakat tak berbakat langsung jadik PR company*

Tak suka sangat buat keje-keje call org ni tau. Tapi nak suruh TA yang call kang lagi derang blur tak reti nak explain camne. Dari nak terangkan smula, baik i call by myself.

Boss masih insist nak PKK yang keluarkan senarai kontraktor untuk the quotation. Sedangkan kami dah call pun kontraktor, yang kitaorg pilih sendiri dari website dia. Maka, i telah dipertanggungjawabkan untuk call smua PKK dan mintak derang send the list TODAY. Today ye..*macam mustahil je, pepaham la kan...*

Tapi berusaha la gak. Gunakan segala communication skills yang ada. Dan akhirnya hanya PKK Perak, Kedah dan Pahang je kata akan fax arini. Yang lain..macam2 alasan, pegawai kursus la, meeting la... Tak suka!! *boss saya dah asyik tanya2 ni*

muka pening lepas kuar bilik boss *nak kena dpt kan ptg ni gak*
dah la PKK Terengganu balik 3.30pm hari Khamis... :(

-air-cond ni buat org beku tau-

27 August 2008

where i can be found from 8 am until 5 pm: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) Tingkat M, UOA Pantai

*ye..sepatutnya i post this entry more earlier, tapi before ni mcm takde mood nak citer pasal tmpat keje baru, masih dalam tempoh penyesuaian lah katakan*

Kini saya bukan lagi Engineer kontrak di JKR tapi secara rasminya, saya kini jurutera kontrak di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA). Iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
*sedikit pengetahuan am untuk smua ye* -ucapkan TQ kat Cik Dayu-

My current office is located at Wisma Pantai UOA, sebelah Menara TM je. Malah everyday, lunch kat Menara TM sebab kat situ je ada sumber permakanan. Sebulan keje, dah tak tau nak makan apa, sebab tiap2 ari ngadap menu yg sama *nasib la*

Pejabat PPSPPA located from level Mezzaine, 2,3 dan 4. Sewa 4 level ni korang agak2 baper sebulan.. if i told you, it almost a million, caya tak??

Bahagian Teknikal (at mezzaine level), di mana semua staff dan pegawai ber'gred J berkubu setiap hari. Ni kat bahagian tengah, where almost TA is placed.

Segala ruang yang ada dimanfaatkan ok..kata sewa mahal. Tapi actually ada another wing kat sebelah. Tapi sementara ni, smua duduk kat satu wing je. Senang, takde la nanti maklumat tak sampai lak..nak discuss pape pun senang

yeah..finally..
Ni la workstation Cik Dayu..ni lah spesifikasi ruang kerja untuk professional 3 *kategori 3 je J41*
Tapi actually dah lebih dari luas ni.
Lihatlah..there nothing on the table..penuh bersepah ngan kertas semata *lakonan smua tu*

ni kena bawak tiap2 arini, kalau tak, tak masuk opis la jawabnya..
i pernah tak jumpa pass ni sekali *rupanya ada bawah seat kete* nak parking kete free harus lah tak dpt, nak masuk opis pakai pass pelawat *leceh..leceh*

dan dipersembahkan Cik Dayu yang dah lama tak tayang muka kat blog sendiri
*warrgghhh!!! pipi saya makin terserlah ketembamannya..mampos lah*
dan juga eye bag itu...semakin ketara!!! any tips on this??

-ptg tadi ujan lebat yang amat. maka paksa Ekwan amik kat opis walaupun tahu time tu dia kat Panasonic, Bangi..paksa gak dia dtg. saja nak manja2 ngan uncit saya-

Kemudian kami mengadap jammed ke OU. Ekwan dah tak larat nak tekan clutch *penat siot bawak manual kat KL ni* so switch ngan dia time kete stop tu *lawak je rasa, tukar2 seat mcm tu* Makan Mc'D dan carik barang2 keperluan bulanan. Masuk shopping complex takde gaji ni menyakitkan hati lah *tak suka..tak suka!!!*

-balik JB weekend ni buat loan ngan mom and dad bleh tak? :) -

nak cuti!!!

Warrgghhh!!! Jangan lah tak dapat cuti. Nangis kang!! Huhu!!

Susah siot nak apply cuti kat sini. Nak cuti kena ada pengganti. Sape nak ganti?? Smua nak cuti, dah smua engineer melayu, islam..harus la smua nak balik cuti raya.

Dari berhajat nak cuti panjang, terpaksa apply 2 hari je. Tu pun terpaksa hold dulu, sebab tak tahu nak isi nama sape kat ruangan pengganti tu. Jangan lah tak dapat cuti...menangis la saya!! *tetiba rasa nak balik JKR smula, sebab kat sana amat senang bercuti*

TA smua sibuk mintak sokong borang cuti derang *sbg engineer yg baik ati, sign je lah* Siap dah lulus lagi. Wargghhh!!! Tak kira, lulus tak lulus nak gak cuti!!

-mcm tak senonoh kan, puasa pn tak lagi tp sibuk dh nak apply cuti raya-

26 August 2008

suka dalam kecut

Pagi tadi meeting ngan boss *dia baru balik jumpa CEO, harus lah kami smua engineer dikumpulkan*

7 Sebutharga untuk renovation pejabat akan dikeluarkan next week. Nampak gaya tiap2 minggu akan ada sebutharga, dan tiap2 minggu kena buat lawatan tapak. Kosong lah bahagian teknikal tu nanti.

Disebabkan Cik Dayu takde gaji bulan 8 ni *sedihnya!!! ada sape2 nak bagi loan?* Harus lah dia cepat2 mintak gi site dekat2 je. I kena gi Cyberjaya, dalam daerah Sepang *selamat duit hamba*

Sebutharga ni untuk kontraktor kelas F. Mintak la PKK shortlisted list kontraktor2 kat Sepang untuk kitaorg paggil masuk quotation ni. Tapi PKK suruh pilih sendiri. Dia suruh pilih from the website. Bila check, tengok kat Sepang je ada 343 kontraktor. Hah!!! Amik ko..camne nak pilih..

Last-last i suruh je TA i random choose, pilih la mana ko suka. Sebab PKK kata, semua bagus, semua boleh buat keje. Pastu, bleh lak TA i ni pilih ikut nama company mana sedap. Suka ko lah...rezeki derang lah *kontraktor terpilih la konon*

Dan Cik Dayu plak sementara tu sibuk study skop kerja renovation tu. Seram lak rasa, sebab nanti time lawatan tapak tu, i yang kena bagi taklimat kat kontraktor *takut lak rasa* Dan i kena check item2 dalam quotation tu, kalau perlu buang/tambah skop, i'm the one who have to decide *takut owh, smua adalah tanggungan sendiri*

Dayu takut. Dulu kat JKR mana pernah kena buat keputusan sendiri. Semua boss yg buat. Kita ni mengikut arahan je. Dulu tahu bagi arahan kat consultants je. Dah lah tak paham sangat term2 M&E, takmo lah nanti kena gelak ngan kontraktor je.
*malu tau kalau kena main ngan kontraktor*

Tapi yang best nya, seronok la dapat buat keje2 gini. Rasa la mcm engineer. Kat JKR dulu setahun dah buat management project, dok keje arah2 org je.

Dan yang paling tak tahan, kita ni lah jadik wakil pegawai penguasa. J41 wakil S.O ko...tak ke giler tu...kat JKR dulu, J54 wakil S.O. *ke sebab ni keje klas F, JKR dulu smua klas A*

Macam dah lama tak post gambar kan kat sini..*dayu mcm malas amik gmbar lately ni* Takpe2, nanti ye.. Nak post pic my new workstation lah..tggu ye..

Sorry la kalau lama tak jenguk blog you all, i takde komputer kat opis. Malam je lah masa yg ada. Harap maklum ye semua..

25 August 2008

hari ku di Maran, Pahang

It great!! Saya suka!

Pagi tadi terlebih tido la. Seronok tido kat kg, sejuk je. Tu yang malas je rasa nak bangun. Mintak ampun.. I woke uo at 8.45 am, tengok nasi lemk dah tersedia dah atas meja. Huhu...tersengih-sengih la Cik Dayu ke bilik air..
*sorry ye mak, ayu terlebih tido lak, tilam empuk sgt*

Nasik lemak mak sedap sgt, sampai 3 pinggan i makan tau...*failed diet bila balik kg tau, asyik keje makan je*
-mak tak jadik nak gi pekan sehari kat Maran, katanya takde apa nak beli. Ke sebab kitaorg bangun lambat mak? sorry ye mak-

Pastu makan durian lak, Pak Long antar. Makan lagi.. Huhu, sebijik tu Dayu je ngadap sorang. Dah la ngadap durian sambil tengok mak bersihkan ayam. Tak senonoh betul ko dayu *huhu..* Takpe, lain kali tak buat lagi.

Kali ni i dah macam tak rasa kekok nak panggil mak ekwan 'mak' Dulu baru2 lepas tunang tu mcm tak reti je nak panggil gitu, sedangkan mak dah bahasakan diri 'mak' bila cakap ngan i. Tapi kali ni.. memang panggil mak la *kata kan mmg nak jadik mak kita tak lama lagi*
-hati ku gembira-

Haha..habis gambar2 lama uncit Ekwan saya carik. Pastu gelak puas2. Kelakar tau Ekwan zaman2 sekolah dulu. Kurus je..ngan cermin mata bulat dia. Memang seronok la ketawa kan dia. Ekwan cepat2 simpan semua gmbar tu, dia kata bahaya, nanti i amik and post it here *ingat orang kejam ke hah uncit?* tapi kalau dpt mmg i post, nanti bleh bagi anak2 tengok.

There's no pics taken while i was there. Macam tak sempat je. Lagipun byk masa kat dapur ngan mak kan *dayu rajin tau* Kang i tergedik2 asyik amik gambar, pelik lak mak tengok, lagipun malu la...

Masa petang tadi Ekwan bawak jalan2 kat Maran pun i tak amik gmbar. Seronok dengar dia bercerita. Jalan kat Maran ni asyik jumpa sedara mara je. Singgah kedai jumpa sepupu, singgah Shell jumpa sedara. Penuh Maran ni ngan kaum kerabat dia.

Next week nak balik JB. Mak suruh balik, nak gi bridal. *mak ku yang semangat bagai*

23 August 2008

i'm having good time here *almost lah*

*seb baik Maxis Broadband berfungsi di Kg Luit, and now i'm posting from his house*
-baru je balik dr Kuantan, bersama mak dan adik-

Bertolak dari KL pukul 12 tengah malam. Saje, Ekwan nak tggu harga minyak turun. Walaupun 15sen, tetap memberi kesan tau. So, sampai Kg Luit, Maran around 2 am. Sampai-sampai terus tido. Ngantik dah, lagipun smua dah tido time tu.

Yayy!! I berjaya bangun at 7 am. Terus join mak kat dapur prepare breakfast. Makan2, borak2 and sambung prepare lunch lak. Kitaorg berempat je kat umah. Lepas makan, Ekwan ajak jalan. Mak ajak gi tengok Kak De' kat UIAM, Kuantan.

Sampai UIAM dah 5.30, Kak De' ada class lagi pun. Then nak singgah sembahyang asar. Ekwan bawak la ke Masjid kat bandar Kuantan tu. Dah agak2 dah mesti i tak bleh masuk. Masjid besar2 ni selalu nak masuk kena pakai tudung. Mana la nak carik tudung dalam Vito tu..tapi cuba jaya je lah, mana tau lepas masuk.

Sekali ada org tegur, dia tak kasik masuk. Sudahhh... nak tak nak, patah balik lah. Tak suka lah. Malu saya tau...dari elok2 org nak semayang asar, dah terpaksa ponteng. Hmmm...tggu je lah dlam Vito sementara mak ngan adik2 Ekwan siap sembahyang..*time tu tak lah apa yg i rasa*
-ye, mmg la kena tutup aurat kan nak masuk masjid, tapi apa salahnya kalau disediakan tudung/selendang spare kat situ. Kalau dah mmg org takde tudung, bleh gak masuk..sekadar cadangan la-

Siap je sembahyang, mak ajak gi makan. Mak nak blanje * :)*

Ekwan bawak gi makan kat Satay Zul. Sedap satay dia. Tapi akhirnya Ekwan yang bayar, mak beriya nak bayar tapi Ekwan tak kasik *org nak gaji dah, apa kesah kan..lagipun bukan selalu blanje mak ngan adik-adik*

Antar smula Kak De ke UIAM, magrib kat sana dan straight home to Maran. Sampai umah, terus on V30, dan berebut ngan uncit Ekwan. Tapi skrg dia kuar dah, dan V30 milik Cik Dayu. Tapi Cik Dayu dan ngantuk giler...dia nak join mak ngan adik tido...

Nite my dear frens... have a happy weekend!!!

*esok mak ajak gi pasar pagi kat maran..kena bangun awal ni*

21 August 2008

sakitnya pinggang saya

Hari ni, 8 jam bekerja tanpa henti. Lunch pun lambat, siap bergilir-gilir lagi makan. Huhu..my workstation dah bertukar jadik procurement department. Dari pagi smpai ke petang kitaorg sediakan dokumen tender..*penat weh*

Dah la mesin photostat satu je...seb baik laju..

Sebelum ni, masa kat JKR tahu remind consultant je. Tahu-tahu dokumen dah ready, i tahu bila i nak jual everything is ready. Skrg rasa la buat sendiri.

Rasa lah jerih perih buat project in-house. Lepas ni kita buat Design & Build je la ye...penat lah weh.

Sakitnya pinggang. Balik petang tadi terus terlelap. Nikmatnya dapat baring!!

LRT tak meragam hari ni. Nasib baik, kalau tak memang i amik balik Vito. *Vito adalah kenderaan bertayar 4 Cik Dayu, yg tiap2 bln mintak duit, yg tiap2 ari kena kasik makan petrol*

Actually i tengah cuba nak naik LRT, kononnya nak berjimat la. Lagipun Ekwan have to use Vito. Maka, sebagai tunang yg baik hati, kena la berkorban. Bagi la dia pakai Vito. Dia lagi memerlukan.

-esok nak balik maran..ni 2nd time jejak kaki kat kg uncit ekwan ni. Lama nye...1st time dulu masa zaman2 diploma...excited lak rasa-

20 August 2008

1st day naik LRT

Huhu..macam2 jadik arini. Saja menguji Ketabahan diriku ini tau..

Awal2 pagi dah bangun sebab by 7am nak kena keluar umah. Dari Sentul naik Star smpai Masjid Jamek and transit ke Putra. Boleh pulak Putra tu buat hal di hari pertama i ke keje guna kan dia. Saja sabotaj aku tau kau ni!! Nyampah!!!

Sedangkan elok je smpai Masjid Jamek 7.15am, boleh lak dia stop, tak gerak2 kat situ smpai 15min. Dah la ramai-ramai dalam tu, air-cond pun tak baper nak rasa. Ikut hati nak je keluar tau, tapi sebab pintu dah tutup...berdiri je lah.
*pagi tadi main redah je beli2 tiket smua..tapi as long reti membaca, harus la selamat smpai kan*

Bila dah gerak, lega je rasa hati. Konon sempat la smpai opis before 8am. Sekali dia buat hal lagi kat stesen Abdullah Hukum, next is Kerinchi. Dia stop lagi lama2 kat situ..hangin je rasa. Nk je keluar jalan kaki je tau..*benci...benci!!*

Mmg sah lambat la pagi tadi. 8.20am baru sampai opis *buruk rekod*

Bila petang, boleh pulak ujan. Dah la takde payung, berbasah la jawabnya. Warrghhh..banyak betul dugaannya tau. Macam tak kasik je i nak naik LRT gi keje.

Tapi bila difikir2 kan balik, mungkin ni semua jadik sebab nak suruh i bersyukur dengan segala apa yang i ada. Yelah, sebelum ni ada Vito kan, nak ke mana2 senang. Bila sekali diuji macam ni dah merengek lebih-lebih *terasa insaf jap petang tadi*

~jangan lah esok LRT tu buat perangai lagi...*

17 August 2008

Platinum Movie Suites - Wall-E

*Merasa gak tgk wayang kat Paltinum Suites ni.. Mahal siot, seb baik org belanja*

Petang tadi, balik dr wedding, lepas singgah melepak kat umah Umi. Ingat nak balik umah tido je. Sekali tak sempat nak baring Ekwan dah call, ajak kuar smula sebab dia tak jadik gi training kat Sepang.

Apa lagi..terus la berdesup turun.. Cik Dayu mana reti duduk umah weekend. Tau nak merayap je dia ni *boring la dok umah sorang2...*

Masuk je kete, tengok Ekwan tengah makan jagung. Kuat makan tau dia ni. Pagi makan nasik goreng sampai 2 pinggan. Tahu la Nasi goreng i tu sedap, tapi agak2 lah makan tu uncit wehhh...Satu setengah cawan beras dia makan sorang. Pastu balun nasik kat kenduri kawin, kat umah umi makan, ni makan jagung lak...2 batang lak tu... Camne tak mengembang awak tu...

Jangan kawin nanti ada soalan2 gini sudah 'kau kawin ngan sape ni? tunang kau mana?' Naya je. Orang dah tak kenal sebab time tunang kurus, time kawin macam tong drum.

'yang, encik izan ajak tengok wayang' -ekwan

'tengok wayang ke? citer pe?' -dayu sambil ngecek jagung kat Ekwan

Tengah2 makan jagung, En Izan dah call suruh balik umah cepat. Derang dah tunggu nak gerak ke Cineleisure dah. Pantas tul...*bab mengenjoy mmg masing2 cepat*

Sampai Cineleisure semua tiket sold out dah. Tinggal show pukul 12 malam je. Tak kan nak tgk midnight, ada tertido Faris ngan Faiq. So, i berlegar2 la layan Faris ngan Faiq. Biarkan je lah derang discuss camne smua.

Ikut hati, tak yah la tengok. Beli je tiket untuk esok. Datang je tgk petang esok.

Pastu Ekwan panggil. Tengok Kak Fatin bawak platinum envelope. Time ni tak tau dalam tu ada tiket, ingat kan brochure.. sekali tiket kau. Huhu.. RM40 satu seat. Mahal siot!!! Macam tak berbaloi pun ada, kalau setakat RM20 okay la kot. Tapi best lah. Ada waiting room smua. Siap ngan complimentary drink.

uncit ekwan dan en izan ber'massage' ngan kerusi urut ogawa

the lounge -tp ni amik kat google

cik dayu bawak faris gi another wing, kitaorg pun nak massage

Tapi kitaorg masuk lambat, so sekejap je lah dapat lepak dalam ni. So, lain kali *huhu..ada ke lain kali?* amik tiket show kul 9, kul 7 masuk waiting room ni. Kat website kata ada x-box, tapi takde pun..

Platinum Hall mmg exclusive la. Ada 10 seats saja. Seat dia pun mmg syiok lah. Bleh adjust2..dah rasa macam tengok wayang dalam bilik lak.. Nak order pape, tekan je service button tu. Ada lah org dtg antar popcorn kat kita. Layanan VIP la. Kata dah bayar mahal-mahal kan...*makanan harga lain ye*

the hall -ni pun dari google, malu la nak snap amik gmbar dlm ni.
Ada kang org kata kita ni jakun *mmg terkesima pun*

Seat extra larga la. Boleh duduk 2 org satu seat tu. Siap boleh mintak selimut lagi. Rasa nak bilik tv macam ni lah kat umah..*berangan..berangan..*

Kitaorg tgk Wall-E. Best!!! Gi la tengok.. Tgk Platinum mesti lagi layan.

Sekali-sekala boleh arrr...kalau selalu, bankrap owwhhh. Yang kaya tokei cineplex tu..

Harus kah menyesal?

Nak menyesal pun tak guna, tak baik lagi pun. Biarlah.. Doakan je lah mereka akan terus kekal bahagia berdua.. *ikhlas ni..malas nak amik ati walaupun sebenarnya terasa*

Tak payah lah nak terasa ke apa kan, buat rugi je.

Pernah tak korang gi mana2 majlis kenduri kawin, tapi terasa macam sebenarnya org tu tak nak korang datang *pastu yang kau antar kad jemput aku dtg buat pe??*
-main pass-pass je pun, mana ada aku dpt pun kad kau, takde pejabat pos kot kan kat area umah kau-

Dahlah peta kat kad tak boleh pakai, mmg tak membantu langsung. Ke memang kau tak nak org dtg majlis kau?? Buat syarat je ko 'pass' kad tu..

Kan dah tak pasal-pasal aku marah!! Baik-baik aku dtg nak meriahkan majlis kau, dah rasa menyampah pulak. Takde makna dah la nak amik-amik gambar semua.. blah lagi bagus!!! Nasib baik nasi ngan lauk pengantin kau sedap.

Tapi sebagai kawan *tu pun kalau kau nak mengaku aku ni kawan lagi lah..* Aku doakan korang, suami isteri bahagia berdua dalam dunia korang. Dia suami, sebagai isteri kenalah taat, dengar kata suami semua..dah dia tak kasik kawan ngan kitaorg...nak buat camne. Kitaorg kan Comel, Sopan-Santun, Suka tolong orang.. tu yang dia tak kasik kau kawan ngan kitaorg kot...
*tak kasik sudah..aku tak heran*

Takpe lah..syurga isteri di bawah telapak kaki suami kan...

14 August 2008

Aktiviti balik keje Cik Dayu

*ptg tadi rasa nak lompat tinggi2 sebab ada arahan kata tak payah gi buat lawatan ke pejabat2 kat Kelantan tu...dayu suka!!!*
tapi kami tetap kena proceed dengan tugas2 mencari ruang pejabat untuk disewa di Kelantan. So, ada sape2 nak sewakan bangunan/shoplots kat Kelantan? Sila Hubungi Cik Dayu ye...keutamaan di kawasan Jeli *saya tak amik komisen..berkhidmat untuk negara*

Petang tadi,dalam kul 4 tu dah rasa malas nak buat keje2 call agent hartanah, penat weh..dah la asyik cakap ngan org Kelantan je. Tak lama lagi boleh kecek kelantan lah Cik Dayu kita ni *ye ke? rasa tak kot, org Johor mana reti loghat2 ni*

Tiba-tiba rasa nak potong rambut datang. Dari bulan lepas kata nak potong, tapi gini gak, panjang mengurai..bukan mengerbang ye *nak gak kata rambut sendiri cantik..sedangkan..* Ye, rambut saya sudah agak kering, sudah 2 minggu tak treatment. Sendiri yang pemalas, rasa la akibatnya..keras semacam je rambut tu.

Disebabkan kekeringan dan kekerasan rambut kesayangan ku ini, balik je keje terus drive straight ke salon kat belakang umah. Ada 3 salon, pilih je lah yang mana berkenan di hati. Mula2 nak gi yang tengah, hairstyler dia Nyah, last time buat kat sini. Tapi terasa nak cuba kedai yang hujung tu la pulak. Customer dia pun tak ramai..

get ready untuk steam..boring siot tggu rambut steam, dah la panas
*alamak..terserlah pipi tembam ku itu*

Tapi buat treatment kat sini kejap je, tak sampai sejam pun. Kat Nyah tu sampai kematu duduk kat kerusi tu, sampai 2 jenis ubat dia letak. Kat sini sekali je..*lagi mahal lak tu, lebih RM10 je* Memang lepas ni tak dtg sini lagi la...

Services ok, tapi Nyah tu buat lagi best la. Dia blow pun nak tak nak je. Memang la i nak balik umah pun jap lagi..tapi nak gak kuar salon dia bleh flip-flip rambut tu, buat iklan sikit. Ok pe..dah free2 i tolong promote kedai dia...

hasilnya.. nape tak kilat mcm iklan dlm tv hah?
-sebab ko buat treatment kat salon cikai...kat tv tu harga dia bayar separuh gaji ko-
*ye..saya sedar diri, saya tak mampu

~tiba2 terasa nak kerinting kan rambut..harus kah? ye..ye..kata la ye

sape selalu gi kelantan?

I need Help!! Bantuan diperlukan..nak minta panduan jalan nak ke Jeli, Kelantan..

Apa yang i dimaklumkan dan dibagitau dan setelah browse kat internet ni, kalau nak ke Jeli, laluan yg biasa digunakan adalah:

Karak-Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Dabong-Jeli

Betul ke ni? Boleh pakai ke? Kalau mmg betul, dh mmg cantik la tu, selesai keje dalam satu hala perjalanan. Dari Gua Musang terus ke Dabong, settle kan lawatan kat situ pastu straight ke Jeli.

Gerak dari KL ke Gua Musang malam Ahad,sampai sana pagi, pastu terus ke Dabong. Pastu gi Jeli terus. Arrgghhh!!! Mati la..bila nak tido, tak kan sampai Jeli baru nak tido..*mungkin kitaorg bleh tido jap kat mana2 rest house Dabong, mlm tu baru gerak ke Jeli*

Dabong ke Jeli ni bape jam lak? Warrrgghh!!! Huhu...nak nangis!!!

So, hari Selasa dah ada kat Jeli. Selesaikan keje kat Jeli secepat yang boleh *ada 2,3 premis nak dilawat ni..sempat ke??* Then boleh terus balik KL..

Balik nak kena siapkan report pulak, mati la Cik Dayu...

13 August 2008

saya dan dia = kami

*it's almost 11pm, patutnya go straight to bed, tapi tetap gigih bukak V30 and post this*

Baru je balik dari makan ngan Ekwan. Puas lah pusing2 ngabis kan minyak Vito tu semata-mata nak carik tempat makan. Nape susah sgt nak carik kedai makan melayu erk kat KL ni.. Dari Hartamas kami ke PJ, Ekwan tunjuk la office dia kat mana semua *dulu opis dia kat Plaza Sentral*
Dari PJ kami ke area office i pulak..

Perut dah lapar giler ni...

'kita nak makan kat mana ni yang, pusing-pusing2 je dr td. apa ke hal kita lalu area opis malam2 ni?' -dayu yg tgh kebulur

Pakcik tu sengih je. Nak carik tmpt makan mmg failed la kitaorg, nak makan kedai mamak mmg tak kena selera tetak masing2. Last2 kami ke TTDI. Nasib baik percubaan pertama kat situ ok, sedap la, harga pun okay.

Dan paling seronok, malam ni berbual macam best je. Memang tiap hari pun best, tapi kali ni lagi best la. Dia citer kisah zaman2 dia sekolah dulu, zaman terejal dia...huhu..byk lagi dia tak citer rupanya *huhu...dah 6 thn ngadap uncit ni pun byk lagi tak tau* Sedangkan selalu je dia citer smua..

Pastu borak la mcm2, hal-hal 1,2 tahun akan datang *ni yg lagi seronok ni...'bila nak gi kursus kawin ni?* Dengan citer angan-angan cita-cita dia *yang cik dayu tak berapa nak setuju* Huhu...dia nak buat hutang baru..harus kah disokong? Semestinya tidak....Tak kan dibenarkan sama sekali.

Tapi kan, nape dia seboleh-bolehnya tak nak declare his salary erk? Puas i tanya tau, tetap gak tak nak bgtau...bkn nak buat pe pun, nak tau je. Tapi tetap dia degil tak nak bgtau...

'takmo bagitau...ayang tak bleh tau' -ni lah yg dia asyik jawab

Rahsia sgt ke? Tapi td ada terbaca satu artikel kat majalah Eh!, antara benda yang lelaki tak nak perempuan tau adalah gaji derang. Tapi nape erk? Bukan nak buat pe pun..just nak tau. Lagipun boleh lah tolong kawal skit pengaliran keluar duit tu...*suci ok niat i*

*saya kena gi kelantan ahad ni...ada sape2 nak tggu kat Jeli??*mati la sesat barat aku

12 August 2008

Award dari Bdk Milo

-ni 1st award dapat ni, terharu saya-


Brillante?? Bahasa pe ni? Brilliant lah kot maknanya kan..

Bak kata adik MiloAis itu, entah tang mana yang brilliant nye blog ni. Tapi dah org memberi kita terima je lah dengan hati terbuka kan.

Maka tak mahu la jadik tamak, nak lah share award ni kat blogger2 lain. Nak layangkan award ni kat derang ni la.. Sila la amik ye..

Cik Chokilala
Khay
BiskutRajin

Sape-sape yang rasa nak gak award ni, amik je lah. Kongsi ramai-ramai kan lagi seronok. Baru meriah blogsphere ni.

It's been a while

Lama lak rasa tak update blog kesayangan ku ini *mintak ampun ye, V30 tak duduk ngan tuan nya weekend aritu*

Nak update tapi cable hp tak bawak lak, camne nak transfer gmbar smua. Tak best la takde gambar. Try mms ke email pun tak lepas..apsal ntah, selalu ok je. Ni yang buat malas nk update ni sedangkan banyak giler nak tulis.

Aritu balik JB, ajak mak gi carik durian. Balun makan sampai tak larat nak bangun. Masing-masing mak suruh bangun gi buang kulit durian ngan manggis tu, semua berat bontot je. Kekenyangan la katakan. *malam nanti la upload gmbr*

edited + uploading the pics:

isam yang tak sabar2 nak makan durian lak, sedangkan baru je abis kan 4kg manggis

adik ku akim pulak try bukak...konon isam tak cukup terror la bab kopek2 durian ni.
tapi akhirnya dia gak yg berjaya

sampai pejam2 mata hah mak makan durian

Dan sempat gak mak ajak ke bridal *survey pakej* Mula2 nak ke kedai kawan dia, sekali makcik tu busy la weekend aritu, kan semua orang sibuk nak kawin last week. So, ajak la mak ke Seri Delima, kat Taman Impian Emas. Huhu..amik ko. Pakej dia punya la mahal tak ingat. Surrender lah, saya tak mampu *saya bukan anak dato'*... sampai RM3750 ko... giler pe... Kalau setakat RM 2ribu tu larat la lagi..

Maka, lupa kan je lah nak pakai servis Seri Delima ni...

Dan sempat la mak brief segala perancangan dia untuk majlis i nanti. Sedangkan lambat lagi ok. Tarikh pun tak fixed lagi. Mak dah memikir2kan beberapa tarikh untuk diusulkan ke family Ekwan, dan i lupa nak inform Ekwan ttg ni...huhu..malam kang la..

Ye, uncit ku sedang kesakitan bahu..tido lagi merata..dah mcm org tua jap, bergerak sikit, mengerang sakit..uncit..uncit..

08 August 2008

Akhirnya...

Semalam punya lah mengeluh boring takde keje semua, rasa nak terjun bangunan lah sebab dah tak tau nak buat pe 8 jam kat opis kan..

Hah..hari ni amik ko...*sekarang rasa nak nangis lak*

Semalam seorang pegawai kanan lapor diri. Maka, En Zulkifli tu harus la menjalankan tanggungjawab dia kan. Dia pun baru naik pangkat, mestilah dia berkobar-kobar nak buat something kat sini. Lagipun semua masih baru dan dia pun still tak clear proses keje kat sini.

Maka, pagi tadi seawal 8.10 pagi, En. Zul panggil semua engineer meeting. Hah amik ko...4 jam duduk dlm bilik tu.. semua benda dibincangkan. Dapat la sikit gambaran pasal status dan operasi PPSPPA skrg ni, apa yang unit teknikal ni tengah working on.

Dan yang paling mcm tak best bila derang bagi assignment, bukan tak suka dapat keje.. tapi task nya adalah 'lawatan tapak pejabat baru di Kelantan'

Mati la saya kehabisan duit. Bukan 1 daerah kena gi, 4 ok. Dari Gua Musang, Kuala Krai, Jeli ngan Gadong. Hah...nama tempat pun mcm tak pernah dengar,inikan pulak jejak kaki. Mati la aku sesat barat nanti. Dan yang tak best lagi satu, kena drive kete sendiri... *sian vito asyik jalan jauh je*

Lagi yang tak best, haruslah semua perbelanjaan ditanggung sendiri dulu. Ye boleh claim...*tapi katanya claim lambat clear* Nasib baik boleh apply advance payment, boleh buat cover hotel dengan duit makan.

Arrrgghh!!! Dah la nampak gaya bulan ni mcm tak dapat gaji lagi, huhu..camne nak survive ni?? Dah la bulan 9 nanti la yang paling banyak nak guna duit. Ada sape2 nak sedekah duit ke?

*baru-baru masuk keje kena out-station, masak la*

07 August 2008

Begini lah...

Hari ni hari ke-4 Cik Dayu di tempat keje barunya *dan dia amat mengantuk..tu je dia tau*

Warrrgghhh!! Cepat lah pegawai kanan masuk. Boring tahap maksima ni takde keje. Biar penat buat keje dari penat berborak sepanjang hari *haru hidup gini wehhh..*

Melalui fasa seminggu pertama ni mcm seksa je rasa. Yelah, kita kan dah biasa, masuk2 opis pagi2 hari terus ada task nak buat. Bila termenung je mcm ni...mahu terjun bangunan ni kejap lagi. Huhu..boring yang amat ini.

Tahu nya setiap hari, bangun pagi-pagi, memandu dgn hemah semata-mata nak punch card, pastu dah mati kutu. Gi la partition org, borak. Kalau ada task org lain yg boleh tolong, tolong lah buat, kalau tak khatamkan lah majalah2 lama itu *mampos kalau idup gini*

Arrrgghhh!!! *rasa nak tarik-tarik rambut*

Malas la nak fikir. Disebabkan agak serabut memikirkan kehidupan diwaktu sian selama 3 hari ini. Semalam Ekwan telah dipaksa diminta untuk menemankan Cik Dayu menonton wayang. Dia setuju je, aktiviti wajib katanya lepas Cik Dayu dapat gaji *huhu...saya redha*

Be home around 12.30 am and went straight to my luvly bed. And now, i'm here in the morning.
*menghitung waktu untuk mkn tengahari*

Yeah..i'm also going home to JB this weekend. Balik naik bas je, sebab balik sorang kan. Uncit tak dapat ikut sebab, adik dia dtg dan dia kena antar adik dia gi jumpa mak dia. Takpe lah...balik sorang pun sorang la...tak kesah pun..

Hmmm...ok, enough for this entry. Sambung lagi kemudian..

04 August 2008

a new day in new place

It's my 1st day in PPSPPA...

Woke up at 6.30 am -huhu, lama sudah tak bangun seawal ini untuk gi keje- bertolak dari rumah about 7.15am and reach there around 7.4o am.

Dan as expected, biasalah 1st day in goverment department. There's nothing to do, too much relax. Dan saya amat mengantuk. There's no pc yet for all new staff. Maka i have to bring my own V30 tapi 2 hari ni Ekwan pakai V30, Rabu la baru leh bawak V30.

Parking is provided for free -i like!!!- Maka bulan ni bawak Vito ka ke keje. Tapi nanti2 kalau tetiba tak larat nak layan duit minyak, naik tren la saya. Jalan pagi2 ngan petang is okay, tak jammed pun.

*saya amat mengantuk dan rasa nak tido je skrg*

03 August 2008

I'm the best Baby Sitter and an evening at Sogo

Semalam kan melepak kat Mc'D sampai kul 3 pagi, maka pagi tadi rasa susah bebenor nak bangun. Sedangkan tahu, nak kena jaga Faris ngan Faiq. Tapi selagi Ekwan tak call, jangan harap lah i nak bangun cik dayu mmg suka tido

Akhirnya pukul 10.30 Ekwan kejut kan i bangun. Dengan mengeliat2 nya, paksa gak diri ni bangun tau. Seb baik mengingatkan yang uncit saya tu nak gi opis, nak buat keje... mandi la gak sambil mata tertutup duduk bawah shower

Boleh pulak tadi beriya suruh org siap cepat2, pastu bila call dia masih kat Hartamas. Ni saje nak suruh org tido balik ni. *tapi demi cinta ku layankan je*

Akhirnya dalam pukul 11.45 am baru sampai Hartamas. Bekalan makanan untuk lunch pun dah beli awal2. Sian budak2 tu, belum makan pape pun lagi. Sampai2 umah terus tak sabar nak makan. Makcik Yu nak kemas umah pun tak sempat.

Lepas makan, dua-dua sibuk minta susu. Huhu...walaupun pernah buat kan susu derang, dah lupa lah sukatan dia. Kena lah call Achik Wan tanya bape sudu susu nak guna semua. *ampun..saya lupa*

Baringkan depan tv, bagi susu terus tertido si Faiq. Tapi Faris tu still aktif. Makcik Yu nak join Faiq tido pun tak boleh.

Asyik ajak org berborak je keje nya.

And around 1.30 pm, Kak Fatin balik. Borak2 jap ngan Kak Fatin, sebelum membawa diri ke bilik melelapkan biji mata.

Uncit Ekwan masih lagi di opis, berkeje dengan gigihnya sehingga pukul 6. Sedar2 dia kejut kan i yang sedang sedap tido kat atas katil dia tu bangun sambil tersengih2.

Kak Fatin ajak makan dulu sebelum balik, tapi malas lah. Nak balik umah mandi. Kata baru bangun tido kan. Nak mandi kat sana, mana bawak baju.

And on the way ke Sentul, Ekwan tanya soalan bonus kat i.. *iye cek gaji dia sudah clear..dayu suka...*

'nak kuar tak yang? gi sogo jom' -ekwan

Walaupun mcm ngantuk dan tak puas tido. Harus la Cik Dayu bersetuju 100% kan. Lagipun harus la i yang kena teman kan En. Ekwan tu shopping, kang pape je dia beli. Dia tu kalau dibiarkan, smua benda dia nak.. *konon kata i shopping tak ingat dunia, dia sama je*

Dan hasilnya, dia telah menghabiskan duit membeli sling beg timberland tu. Nak bawak gi keje katanya. Objektif tak tercapai, misi gagal. Sebab niat awal gi Sogo nak beli kasut ngan baju..tapi beg yang dibelinya..


Tak ingat nak snap gmbar Ekwan bergaya sakan ngan beg tu. I mcm tak setuju sgt dia nak beli beg tu, baik dia beli kasut atau baju..tapi dah dia nak sgt, bagi je lah. Kang merengek, berguling2 hentak2 kaki kang...sape nak menjawab... lagipun duit dia kan, bagi je lah..

Tapi beg tu lawa..suka!! Yang, nak pinjam boleh??

*heheheh..and he treat me a girdle and corset...huhu..dayu gemuk*

02 August 2008

Mc'D late Supper

Tetiba terasa nak makan Mc'd, sedangkan baru 2 hari lepas makan Mc'D. Ekwan is online, saje try tegur. Selalu dia bukan nak layan sgt pun, sibuk ngan aktiviti investment dia tu.

Saje je menyatakan hasrat dan keinginan di hati tu *cuba2 nasib je*

Time tu dah 12 lebih. Ekwan kata jap. Dia nak kuar nanti dia bagitau. Tunggu punya tggu tak gak dia call@sms. Pastu try la call dia. Pakcik tu tak bersiap pun lagi. Syok lagi ngadap komputer. Ni yang rasa nak merajuk ni. Terus antar msg kat dia.

'takpe lah, tak yah lah gi Mc'D. nite...'

Ayat pasrah je bunyi, dgn harapan dia paham la kita ni nak merajuk. Tapi dia mcm buat tak tahu je. Tak reply pun msg tu. Bosan je..hilang mood nak merajuk. Last2 kita yang call dia.

'ayang ni..jahat la' -dayu

'awak tu, tak reti nak sabar. org kata org bgtau nak dtg, tunggu je lah' -ekwan

'org nak majuk, awak tak layan pun' -dayu

'malas la nak layan majuk awak tu..ngada2 je' -ekwan

Tak pasal2 kita dikata mengada. Terus tak jadik merajuk. Dia dah immune dah ngan taktik ni. Kena cari alternatif lain la. Setakat nak merajuk skit2 mcm ni mmg tak dilayan nye.

Tapi terus dia suruh siap. Dia terus dtg, dan kami ke Mc'D kat sebelah Hospital Tawakal tu, tu lah yang paling dekat ngan umah i ni. Punyalah jammed jalan lepas bulatan Pahang tu, dah pukul 1 pagi pun jammed mcm baru kul 8 *pelik aku*















macam pe je muka masing2 makan burger *ahahaha kutuk diri sendiri*
itu jam baru yang beli kat Maybank Treats Fairs semalam...

Bila ajak keluar tadi punya la susah uncit saya ni. Bila orang ajak balik, tak nak pulak. Isskk..dia ni pun. Maka melepak lah kami kat situ. Makin pagi, makin ramai lak pengunjung Mc'D ni. Masing2 dtg bawak laptop. Nak berinternet free la tu.

And we leaved around 3 am. Mata ku ngantuk sudah. Lagipun esok Ekwan nak ke opis, ada keje katanya. Baru seminggu pegang title engineer dah busy memanjang.

Dan esok (sabtu) Cik Dayu kena baby-sit Faris dan Faiq. Kak Fatin keje *selalu ekwan yg jaga ari sabtu* En Izan out-station ke Kedah. Maka Makcik Yu lah yang available.

So..have nice weekend people. Till then..

01 August 2008

Selamat Datang Ogos

Hari ni 1hb Ogos 2008, dan ini adalah hari terakhir i di sini, di CPT. Hari ni derang ada buat farewell untuk i, maka datang la opis arini. Semalam, i dah datang angkut barang. 2 kotak je pun
*gmbar ada tp tak transfer lagi, kemudian la*

edited: sekitar majlis meraikan pemergian dayu & niza dari CPT serta majlis sambutan hari jadi Ita, Zurina ngan Nadia.
This is what the great being with this kind of officemates,tak pernah missed sambut bday kawan2. Biar simple, tapi tetap diraikan. Merasa lah 2 kali dirai oleh mereka.. i'm gonna miss them!! Absolutely!! Pasti!!
Family day nanti jangan lupa jemput Dayu ye...



Hari ni sibuk transfer segala dokumen peribadi dari komputer ni, tapi tak tau la sama ada Cik dayu yang dah bengong atau cd tu yang bengap. Jahanam 3 keping cd tapi smua tak berjaya di copy. Nyampah nya!! Kena dtg smula,bawak V30 je lah nanti.

So, next Monday will be my 1st day at PPSPPA. Hopefully semua di sana akan just be fine. Mintak2 workstation semua dah sedia. Datang terus boleh buat kerja, kalau tak ngakut V30 je lah jawabnya tiap2 ari *dulu kat JKR ni sebulan lebih menangguk je takde keje*

Skrg Ekwan pun tengah busy training, tapi busy2 pun tetap kena kacau dengan tunang dia ni *kata cik dayu keboringan kat umah kan* Hari ni nak gi Cineleisure, nak gi tikam kereta. Mintak2 tuah Cik Dayu berulang lagi *hahahhaah..berangan nak dpt kete free*

*ye..ye esok nak gi jog ngan uncit*