29 September 2008

Ku Mohon Keampunan

Sempena Syawal yang bakal menjelma Rabu ni, di sini Cik Dayu nak mintak ampun dan maaf kalau ada salah silap selama berblogging.
Mana la tau ada tersalah+terover bagi komen ke.. Mintak ampun ye...
*marilah kita saling memaafi, bukan kah itu lebih mulia..tak gitu??*

Dan sempena hari raya ni, header juga kena la ditukar mengikut mood raya *ini lah akibatnya kalau dah bosan dan tak sabar menunggu waktu nak pulang ke kg berhari raya*

Pesanan buat semua *dan juga diri sendiri*
1. Bawak kete nak balik kg nanti leklok, jangan drive laju2 *jalan jammed lagipun,camne nak laju2*
2. Jangan makan banyak sgt raya ni, buat penat je ilang sampai 5kg, lepas raya jadik tambah 10kg
3. Dan jangan dgn sengaja nya tambah cuti, pandai2 lah balik masuk opis smula ye

Buat teman2 yang bagi kad raya, sorry la tak dpt nak publish kan kad korang smua kat sini *saya busy lah sblm cuti ni* Tapi terima kasih sangat2 diucapkan, dayu amat menghargainya.

Last word: Selamat Hari Raya!!!

*huhu..mintak ampun*

Takutnya.. Dah buat uncit marah..
Dah blocked account maybank2u dia..mesti hangin je pakcik tu..

Mintak ampun yang, org slah dgr password yg awak bagi tu. Sorry sangat2 ye..

*nak call pun takut, takpe la bagi dia 15min, jap lagi boleh call*

keasyikan membaca

Owh, leka membaca smpai tak sedar dah pukul 3 pagi *giler punya kusyuk layan blog dia ni,abis smua aku baca*

Macam ni kul bape nak bangun esok?? Hmm..takde la sesi membuat kuih nampak gayanya. Harus membalun tido smpai ke petang *kul 2 bangun la*
Esok kena jadik driver, pasti uncit saya itu akan tidak larat nak bawak kete ke JB.

*hmmm, nape kasut laki mahal2 erk?? sekali beli smpai beratus, kasut org pompuan rm50 pun dah cun tau*

28 September 2008

rajin la kononnya

*mmg rajin la, bukan konon2 tau*

Orang lain sibuk buat kuih, kita nak gak turut serta kan. Buat yang senang2 sudah *kata kat umah sewa ni takde oven, cmne nak buat kuih yg gempak2*

Cornflake madu sudah. *sedap lagi rangup pe, sambil ngadap tv mmg licin la sebalang nanti*

cornflake tu melambak2 lagi ni *chaiyookk dayu!!!*

Aktiviti ke Jalan TAR tetap dilaksanakan walaupun mood membuat kuih ditahap tertinggi. Gi sekali ngan en izan dan kak Fatin *aiyoyo!! manusia punyalah ramai..rimas!!!*

Dan disebab kan kelekaan menyopping smpai lupa nak reserved tmpat nak berbuka. Dan akibatnya, berbuka la kami dgn kepok lekor di depan Sogo *syok pe, meriah je spn sogo tu*

27 September 2008

mood raya di mana-mana

-mostly smua dah start cuti raya- smua org dah balik kg, tinggal dayu je kat umah. tak boleh balik JB lagi sebab kena tggu ekwan dulu.
Dia akan ke JB dulu, then baru ke Pahang *gigih lak dia, it's his idea k, not mine* Kita ni suka je lah,
:minimo_39:ikut plan awal, drive je lah sorang kan, layan mood syahdu kat highway tu. Tapi dah dia beriya nak antar, pe lagi..angguk je lah. Saya yang menurut perintah...*hahahahaah*

Semalam ada sesi bermaaf-maafan kat opis *owwhhh i start to love all these people* Dan agak melampau to say, tak kesah kalau JKR tak bagi i jawatan tetap, i rather to stay here *even keje mcm org giler* CEO kata bila PPSPPA dah dirasmikan (early next year), kemungkinan besar smua akan dpt post tetap...maybe i just should wait *harap2 bukan janji2 manis semata*
-apa ke hal ko dayu citer hal keje time2 ni..stopi it!!- *ye..ye..*

Ekwan fetched me *sbb dayu bawak balik kuih raya yg melambak2* and we went straight to One Utama *saya nak beli kasut raya, kasut kat Sogo tak begitu mengoda*
And bought a shirt for dad and adik. Sila kata suka ngan pilihan along ye, if not, takde la taun depan *haahahah, kejam sungguh kamu dayu*
Uncit saya juga pasti membeli. Dia mana bleh tgk i sorang je memborong. He bought a pair shirt from Dockers *kadang2 selera kamu ni pelik la uncit..tapi awak yg nak pakai kan, ikut suka mu lah*
-bila balik baru ekwan kata dia terpaksa cancel janji nak berbuka ngan membe2 ITM dia just for me...owwhhh..mintak maaf uncit..luv u!!!-
*org tau awak mmg selalu dulu kan org, dr zaman kita kat ITM lagi, sampai bdk2 kat 24 smua nyampah je ngan awak dulu..bertuah nya org kan*
:minimo_39:sayang bangat sama kamu!!!
-saya sayang sangat kat tunang saya-

Balik umah, susun2 kuih raya yang dah diborong. Huhu..mcm banyak pulak. Kang tambah yang mak beli, angah beli. Mau tak abis kuih2 ni. *tu pun ada ati nak carik kerepek lak kat Jalan TAR ptg nanti*
untuk bakal ibu mertua ku juga ada ye..*mana bleh tak bagi kan, kalau untuk mak sendiri ada, MIL pun kena la dapat sama kan*

kasut yang berjaya mengoda. lately ni suka sgt kasut2 ber'strap gini and also the color*

Tahun ni mcm tak shopping sakan, sayang lah nak membazir *huhu..nak kawin ni, byk kena sacrifice okay, nafsu membeli kena dikawal semaksima boleh*
-tapi ptg ni tetap nak gi Jalan TAR..tak kira..tak kira-

Ekwan tgh antar kete gi servis, and jap lagi saya nak buat kuih *oowwhhh, harap2 menjadi kalau tak tong sampah lah jawabnya*

26 September 2008

yay!! yay!! hari ni last keje

Dah nak ujung2 minggu ni, time2 org lain dah tak sabar nak tinggalkan opis, kami ni masih berkampung kat opis, nasib baik tak sampai kena tido kat workstation semalam.
Sadis je tau..:bofu_39:

Semua gara-gara nak siap kan dokumen tender tu tau. Mmg dah agak dah, tapi saje je tak nak terima hakikat, konon boleh la balik tepat kul 5 semalam. In ur dream lah!!! Ngan nak bukak sebutharga lagi....:bofu_20:

Dah lah Mc'D macam sengal je semalam. *bengong tahap maximum infinity la* Disebab kan order kitaorg melebihi RM100, they decline our order. Pe aku nak makan buka kang weh kalau ko tak nak amik order kitaorg??

Nak tak nak berbuka la ngan kurma yang menteri bagi airtu ngan air mineral. Sape2 yang ada kerepek raya, bukak lah sedekah kat kawan2 yang tgh kebulur ni. Nasib baik ramai2, tak lah terkilan sgt kan, kalau 2,3 org mau tinggal je keje tu.

*huhu..kalau lah semua jabatan kerajaan mcm kitaorg, mesti msia dah maju mcm amerika kan. bekerja tak kira masa..berkhidmat untuk negara...saya yang menurut perintah*

24 September 2008

*dah lama tak cuti tau*

Hahahaah!! Hri ni angin malas melanda satu badan. Elok2 je lepas mandi pagi tadi terasa malas nak gi keje. Perut lak meragam pagi2,makin menjadi la rasa malas nak keje pagi tadi.

Last2 selubung balik bawah comforter *huhu..mintak maaf ye mana2 pihak yang terbabit dgn kemalasan saya arini*

Bila sms uncit bgtau tak keje arini, dia reply ngan ayat2 dengki 'uncit ni, baru dapat gaji terus nak EL, pemalas tul la' Dengki la tu org dapat tido lama, bleh gi shopping jap lagi. Dah lama owwwhh tak cuti, 2 bulan keje straight, takde cuti pun. Dulu kat JKR, sebulan mesi wajib cuti *kata cuti melambak2 kan*

Pukul 8.30am, sms lah en boss bgtau ketidakhadiran arini. Dia reply 'ok, cepat2 sembuh, esok masuk semula' Ye boss, perut saya ni kul 9 nanti ok lah ni. Jgn risau, esok harus saya dtg. Dokumen tender saya tak print lagi mastercopy nyer. Jumaat kan nak jual..

-aarrghh!! uncit ekwan sesuka ati je panggil tunang dia ni 'kebuncitan'. isskk, bila lak dia terpikir nak tmbah imbuhan awal ngan akhir tu-

23 September 2008

yahuu!!! it's payday!!

Sukanya saya!!! *lompat tinggi2 smpai cecah siling*:bofu_18:

Sampai-sampai je opis payslip dah ada atas meja. Hoho..sukanya saya tengok angka-angka kat dalam tu. Dah lama tak tgk payslip yang complete gitu *dulu kan JKR bayar lump-sum*
-banyak nye potong KWSP wehhh-
:bofu_48:tak sabar nak gi shopping lah!!!

Uncit lagi la tiba2 antar sma 'tiba2 teringat fish manhattan lah yang'
Ye..ye..nanti lah ye kita gi melantak kat sana lak...

22 September 2008

lagi 30 min bleh balik...

Lagi 30 boleh balik, tapi ada setengah hari lagi untuk menunggu angka kat screen ATM CIMB tu berubah angka bila pilih option Pertanyaan Baki *nak cepat kan masa bleh??*

Tak sabarnya saya!!! Cepat la 23hb wehhh!!!

21 September 2008

KL sesak siot

Hari ni pasang niat nak beraktiviti menghabiskan duit sedangkan duit bukan banyak mana pun. Tapi sebab 23hb dah gaji kan..tu yang tak rasa bersalah nak habiskan sisa-sisa duit yang ada. Lagipun adik ku di Kedah itu telah dgn baik hatinya men'transfer rm300 ke akaun akaknya kan..makin menjadi-jadi la rasa tak bersalah tu...
:minimo_28:
nafsu shopping mengatasi segala-galanya *mintak ampun*

Sasaran pertama haruslah SOGO kan. Punyalah ramai manusia kat Sogo. Sesak. Tak selera nak shopping mcm ni tau. Dah la mcm takde yang menarik. Terus terbantut cita-cita *selamat duit den*

Arrgghh!!! Takde maknanya duit nak selamat kalau dah sampai Sogo. Bila takde mood nak shopping terus ajak uncit gi secret recipe. Reserved table untuk berbuka pose. Nak makan 2 orang je tapi order mcm nak makan 4 org *cemut kita ni sama je kan, kuat makan*
:bofu_12:kalau boleh semua yg ada dlm menu tu nak di order *kalau la mak tau kita membazir mcm ni uncit, mau kena ceramah 3 ari, tau tak*

Sementara nak tggu waktu berbuka, kami melintas jalan dan masuk ke Alinas, konon nak survey kain nak buat baju nikah. Sekali terus terbeli baju melayu uncit ekwan *taun ni baju dia kaler coklat, tak sama la theme color kita*
Arrgghhh!!! Kita yang nak shopping, sekali dia gak yang membeli. Selalu tau jadik gini.
Tak kira, next week kena gak memborong!!
:minimo_24:
nak kasut baru!! nak handbag baru!!

*owwhhh lace di Alinas sgt mengoda!! harga masih lagi di dalam kemampuan lah, wlaupun uncit kata 'walllaweehhh!!!*

iftar di Taman Bukit Mahkota *betul ke?*

Ni citer aktiviti semalam, Ekwan kata upacara family. Semalam kami berkumpul kat umah angah, buka pose sama2. Mak pun ada sekali *akhirnya dpt gak buka pose ngan mak, puas ajak ekwan gi jumpa mak*
-sblm ke umah angah, sempat uncit ajak gi Cineleisure beli jam-

Dalam kete tu, saja pakai selendang yg dah mmg ada dlm handbag. Kan Jumaat tu ada tahlil kat opis. *saje gedik2*

ekwan nyampah tgk i pakai selendang mcm tu *bukan dia sorang je nyampah ok, tuan punya badan pun meluat. mcm artis baru keluar mahkamah je, tak kes cerai, kes kena tangkap basah*
-bila tiba masanya nanti, pasti dayu akan bertudung dgn seriusnya..Insya Allah-

Sampai umah angah dalam 6.30pm. angah buat nasi ayam. Banyak dia masak, sedangkan bape org je nak makan. Ngan puding jagung lagi. Nasi dagang pun ada. Memang makan banyak tak ingat la semalam.

Lepas makan, terawih sama. As Cik Dayu sedang dalam tempoh percutian, dia jadik penjaga bdk2 je lah. Owhh..lama tak nmpak uncit saya berkain pelekat.

sebab terasa boring

Bangun tengahari Ahad terus on V30 *oowwhh rupanya tak shut down semalam*
:minimo_41:bagus nya kamu dayu

Login blog, terasa meluat lak tgk layout lama. Nak raya ni kan, kena la renovate umah skit. Baru la tetamu dtg rasa ceria je *ceeewwwahh ayat!!!*

Maka, google la segala tutorial yang ada. Ingatkan nak amik je mana2 free template, tapi macam tak berkenan, maka nak tak nak kena lah gigihkan diri mengedit HTML code tu *saya amat amatur ok*:minimo_40:

Tapi disebabkan bakat programmer semulajadi yang ada dalam diri ni. Akhirnya berjaya gak ok create 2nd sidebar tu. Maka kena la masukkan semula element2 tu *ada cara yg lebih mudah ke??*

-yay!! baju raya siap dah. baru je dpt ni-

20 September 2008

bila nak 25hb ni??

Arini baru 20hb ni *aiyyyaa lambat lagi la 25hb* :bofu_14:Tak sabar sudah ini!!!

Dari minggu lepas menghitung ari tau. Lambatnya la masa berlalu. Isskkk, tertekan lak rasa. Semua orang dah sibuk2 melawat Jalan TAR, Sogo, Jusco menyopping. Kita ni boleh dengar je lah. Nak shopping gak!!!

Cepat la dapat gaji!!! :bofu_25:Tak sabar ni!!! Banyak dah benda ngidam ni!! Nak balun kad kredit dulu, rasa mcm tak sampai ati lak. *hutang sudah banyak actually*

Tapikan, dengar citer nye *uncit kata dah siap kuar dlm paper lagi, tak tau la betul ke tak* Gaji gomen dapat awal, dalam 22/23hb.. kalau betul melompat keriangan lah Cik Dayu :bofu_48:*mintak2 bukan sekadar gossip semata kabar itu*

-heheeheh, 2 bulan gaji ngan bonus..meriahnya raya taun ni-:bofu_23:

19 September 2008

*lapar la* ngantuk lak tu

-semalam berjaya keluar opis sebaik je pukul 5.15pm, sebelum kena tahan, baik cabut awal2. sian kan, nak balik pun takut-takut-

Dan hari ni, ngadap dokumen tender ni. Ngantuk la wehhh, TA tengah berhempas pulas siapkan lukisan *cik engineer dia suruh siap ptg ni gak* Dan cik engineer juga telah menyerahkan V30 dia untuk digunakan oleh TAnya itu *lembab lak autocad tu kat V30*
-dan cik engineer tak berkomputer minggu ni dan minggu2 akan dtg-

Ptg ni ada majlis bacaan yasin dan tahlil kat opis. Balik lambat la kami semua arini, tapi takpe, ada makan2 free. Lagipun mmg kena stay pun, nak keluar quotation kan isnin depan.

-lampu kelip2 kat kaunter depan tu lawa la, nak mengedik la jap lagi kat situ-

Dan terasa nak makan kek secret recipe la *saya dpt kebenaran untuk ponteng pose ye*

*dan uncit saya telah fax surat terima offer SPA itu. mana nak carik rm6k uncit weh??*

18 September 2008

lagi bebelan

Semalam pukul 10.50pm baru keluar meninggalkan opis. Huhu..1st time ni berkampung kat opis -jakun lah ko dayu, org lain dah ramai yg siap tido2 kat opis, ko baru kena kerja 11 jam dah bising-
ramai gak yang tak balik semalam :(

Nak tak nak kena buka pose kat opis, sedangkan semalam Ekwan dah tunggu kat bawah, nak buka pose sama kat umah En. Izan. Dia dah masak semua -sedih je tau-

Keje banyak tapi asyik keje meeting je..bila nak siap keje mcm tu *nyampah+meluat*

Pagi ni ada lak perhimpunan bulanan, KPI punya la nak kena capai. *tension la kena rushing2 mcm ni, tak suka..tak suka*

16 September 2008

saya tak buat2 busy ye

Owwhhh tak sempat nak update pasal aktiviti buka pose kat umah lisa Ahad aritu *rasa mcm amat terkilan* nak buat skrg, cable phone takde lak, tak best la takde gmbar kan *tak bleh nak tunjuk makanan yg banyak giler gaban tu*

Aktiviti terlalu padat, schedule penuh..tiap2 ari ada je keje *arrgghh!!! tender dan sebutharga melambak-lambak!!*

Siap ngan bukak tender, kena buat penilaian lak. Pastu nak kena prepare dokumen tender lain lak. Mampos la TA nak kena prepare drawing *sian dia* Yang kita ni nak kena semak smua item-item dlm dokumen tu *lagi la mampos* dah lah kena responsible ngan segala item yang dipotong/tambah *saya mcm tak berani lah tapi kena gak*

Dan yang paling geram, nak tender 26/9/08 ni tapi agreement nak sewa bangunan tak settle lagi. Camne nak masuk buat keje kalau agreement tak settle lagi?? Menceroboh tu namanya wehh...

*dan ptg ni gak kena siapkan report 7 tender*

13 September 2008

saturday???

Yeahh!! Weekend is great!! and Saturday is awesome!!!

Sabtu adalah hari untuk tido sepuas-puasnya!! Nak bangun pukul bape pun takde sape nak kesah. Tak payah nak setting alarm a day before tu. Nak tido pukul bape pun, suka ati lah.. Owhh!! How much i love SATURDAY!!! *can i have 36hr for saturday??*

Sabtu jugak adalag hari untuk bermalas-malasan. It's 5.30 pm now *lagi 2 jam nak buka puasa* dan sepanjang hari, i was only laying down, layan dvd *nikmatnya idup gini*

owwhhh...hari ini amat teringin nak makan grill chicken!! *asyik ngidam je siot puasa2 ni*

and terasa nak makan ikan patin masak tempoyak lagi, even dah makan semalam.

org memberi, kita menerima

Bak kata pepatah, kecil tapak tangan, stadium hamba tadahkan *perosak bahasa ko dayu*

'akak ni BINTANG pe kat ko Milo??' terima kasih ye milo, anyway smpai bila akak nak panggil ko milo ni?? nape tak nak reveal kan skit identiti tu?? *alah glamer skit2 apa salahnya kan* pape pun, akak seronok dapat kenal ko. blaja rajin2, nanti dah jadik doktor, ada klinik sendiri, akak nak mintak free consultation *dan juga ubat-ubatan* dan juga Sijil Cuti Sakit percuma ye

and this one is from Honeylemon:

sweet kah saya?? owwhh kamu buat i tersipu2 sendirian tau. dan biasalah dayu kan, tak sah kalau tak rosak kan gmbar *dan burukkan muka sendiri dan dah sedia tak berapa comel tu*

kata award untuk dayu kan, kena la letak muka dayu
*hasil tak berapa kemas, malas nak liquify size muka tu, tu yg nampak mcm cacat je. cukup la sekadar adjust color balance dia, bagi sama kaler ngan tangan kartun tu -tu pun tak baper kena-

owwhhh, sudah lama tak berphotoshop...banyak yg dah reti

11 September 2008

dia keliru, kita pun join sama

'mana satu..ku jadik keliru' -patutnya malam tadi nanyi lagu ni kat ekwan bagus, mesti dia rasa naj je lepuk tunang dia ni-

Ada org tu tgh pening, tak tau nak pilih yang mana satu. Mesti semalam susah nak tido, sebab terfikir-fikir nak pilih yang mana. Sian kat dia..

Uncit saya tengah pening skrg, semua sebab surat sampul putih size A3 tu, yg smpai petang semalam. Yang kat atas tu ada tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA, pastu kat tepi tu ada cop Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sebab benda tu je, dia pening kepala semacam.

Entah pesal ntah nak pening bagai.. bukan pe pun. Dalam tu ada surat tawaran SPA je pun, SPA offer dia jawatan tetap kat Jabatan Perdana Menteri, tu pun nak pening2, bukannya dalam tu ada surat mahkamah ke, apa ke...*mesti uncit baca sakit ati je*

Alahh, sebenarnya dia pening sebab skrg ni kan dia bawah bond ngan Fuji Xerox setahun setengah *sbb promotion aritu* Kalau nak resign kena byr RM6K *banyaknya, 3 bln gaji owh* Pastu dpt lak keje gomen, tetap lak tu. Tapi gaji lagi skit lah dr skrg..tapi dia mcm sayang nak lepaskan offer tu *tamak punya hal* Tu yang pening-pening tu...

Ikut tunang dia ni, stay je lah ngan Fuji, keje ok, gaji pun ok..pe lagi mau..

'biar orang sorang la keje gomen ye uncit ye'

moral of the story:
- jangan tamak
- berfikir la sebelum bertindak

09 September 2008

dream wedding?? *i like*

Tag?? Sudah lama saya tidak ber'tag di sini. Dan Cik Khay mengembalikan mood tagging ku.

1. how old are you?
i'm 25 *tua sudah*

2. are you single?
sila la berani kata ko single dayu. i'm engaged with that uncit *love him*

*uncit saya*

3. in what age do you think you’ll get married?
ikut rasa ati, nak je kawin lps abis blaja *gatal lebih* tapi sedar diri takde duit lagi, klau takde aral, next year kawin la saya *no more cik dayu ye*

4. do you think you’ll be marrying the person you are with now?
definitely!! *yakin tu penting ok*

5. if not, who do you want to marry?
if not?? takde if not lah..

6. do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
-hahahah..sila la geli tgk gmbar kat atas tu-
kalau bleh nak garden wedding *berimpian tak salah kan* surround by pink & white roses, guest smua pun kena pakai putih gak *dpt ke?*

7.your ideal motif?
baby blue and silver


8. where do you plan to go on a honeymoon?
nak gi pulau, nak mandi2 laut *biar balik sunburn*

9. how many guests do you think you’ll invite?
nak jemput semua org, bagi hiruk-pikuk majlis tu *ramai yg dtg, byk dpt hadiah, tak gitu?*

10. do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
ikut hati: extravagant sedar ke diri: simple tapi meriah

11. do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
wajib la traditional, kang buat ikut suka hati ada tak sah. Dah tak pasal2 masuk tv3

12. how many layers of cake do you want to have?
impian: 7-8 tingkat sedar diri: 3 tingkat dah la kan *nak bentuk love in blue*

nak kek gini, tapi bentuk love. roses ngan riben tu kena color baby blue la

13. do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
nak buat kat umah, baru la best. sedara mara bleh kumpul *tp kalau ada org nak sponsor kat hotel best gak*

14. when do you want to get married, evening or morning?
Malam!! Bleh main2 ngan lighting..*boleh buat suasana romantic skit*

15. you’d rather have your reception outdoors or indoors?
outdoor

16. do you like a grand entrance for your groom?
simple sudah

18. name the song/tune you’d like played at your wedding??
banyak sgt la

19. are you a morning person or a night person?
kata suka tido : night person la

20. do you want a solemn ceremony or a light one?
light.

21. what age do you want to get married?
*bukan dah jawab ke td??* nak kawin arini boleh??

22. describe your ideal husband/wife.
impian: rajin tolong kat dapur, bleh gosok baju sendiri, makan pe yang i masak tanpa byk complaint, bagi peruntukan untuk berbelanja sesuka ati *yg ni mcm susah je nak dpt* dan kalau boleh biarlah kalau each time dia nak buat keputusan, dia fikirkan family dulu *amin*

23. do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
makan pakai tangan sudah, lagi syiok pe

24. champagne or red wine?
sirap bandung je arr

25. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
right after the wedding *ada unsur gelojoh di situ*

26. money or hosusehold item?
nak both boleh?? *kata tamak kan*

27. who will pay for the bills?
dia!!! ahahah.. Issskkk, dayu tak kejam ok. harus la bayar sama2 kan, baru la harmoni rumah tangga..kan..kan

28. are you ready for married life?
ye..ye..tak sabar ada *malu siot* ye lah, dah bertahun bercinta, penat tau

29. do u think you will still be a virgin until u get married?
harus lah

30. will u always be true to your wife/husband?
hhmmmm...will try my best!! tapi sometimes menipu lebih baik dari terlalu jujur

31. how many kids do u like?
nak 2 je boleh?? sepasang. sorang laki, sorang pompuan.
-nak yang comel2 gini ye-

32. a new house for a newly wed or an old one?
nak umah baru!! uncit, sila booking skrg...

33. will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
gold wedding

34. what kind of cuisine would u like for ur wedding?
traditional. makan lauk kg lagi syiok la

35. will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
ye!! tapi upah videographer mahal. dan tak best la honeymoon ada org sibuk2 ikut kita. maka: cancel..tak payah *sendiri rekod la jawabnya*

36. whose wedding plans would you like to know next?
sape2 yang dtg sini, dan sedang dlam arah menuju ke dunia perkahwinan. sila buat
marilah kita berangan bersama-sama

*tamat sudah sesi berangan ko dayu*

08 September 2008

hampeh je tau

Ni smua citer petang semalam. Al-kisah berbuka pose Cik Dayu & En. Ekwan. Punya la berkobar-kobar nak gi bazaar ramadhan *cik dayu mengidam nak gi bazaar, nak carik nasi kerabu kaler biru ngan daging bakar*

Uncit Ekwan yang kononnya prihatin dtg la amik tunang dia ni pukul 6. Ingat nak gi bazaar kat Sentul tu je, tapi sebab susah nak dpt parking, dia ajak gi bazaar kat Jalan TAR *mcm ntah pape je solution nya kan, gi ke tmpat yg lagi comfirm padat dan sesak* Dah lah parking jauh,pastu bila smpai je sana, hampeh je *nyampah!!!*

'mana bahan pemakanan ni awak, pembajuan je smua' -dayu

'depan sana kot, jalan je depan lagi' -ekwan

Teruskan la menapak, walaupun kaki dah lenguh semacam. Tapi tak jumpe sorang pun yg jual barang makan. Last-last patah balik ke kete, gi Kg. Baru, beratur beli ikan bakar. Tapau makan kat Tasik Titiwangsa. Wallawehh..punya la ramai org.
-ekwan suka kata, kami adalah trend-setter makan tapau kat tasik, org tiru dia-

Dan skrg Cik Dayu tgh menunggu uncit ekwan nya smpai dari Bukit Bintang -buka pose dlm kete lagi ke?? tggu dan lihat je lah nanti-

07 September 2008

Skirts & Boxers berbuka pose

Seperti yang dijanjikan, semalam kami berbuka bersama di kondo umah apek & sal kat USJ Avenue. Sal suruh sampai around 5.30pm, tapi biasalah Dayu kan, mmg muka dia ngan Ekwan je yang selalu muncul di hujung2 waktu.

Umah derang memang best lah, mmg impress lah ngan USJ Avenue tu. Kata Persiaran Mewah kan -bak kata umi- Rasa macam masuk hotel lak, siap ada lobby bagai. Entah bila lah agaknya nak mampu beli rumah macam tu -takpe, ni boleh jadik pembakar semangat ni- Uncit, sila keje keras ye...*tak sempat lak nak mengedik di lobby tu sebab teramat terkesima*

ni aksi mak bapak tengah nak menjodohkan anak *kekeekekek*
gambar ni amik kat roof top of the kondo, sepatutnya kitaorg buat BBQ kat sini merdeka aritu tapi cancel sebab ramai tak bleh attend. punya la seronok view dari atas ni


At the bistro. tepi pool je ni. Dia punya berangin rasa mcm kat cameron je.
the food sedap, amat berbaloi ngan harga dia. RM10/person. Mana nak dapat buffet harga gitu. Ini kan pulak dlm area kondo gini..
Ekwan kata seb baik jauh, kalau tak mmg dia ajak buke pose sini selalu.
*ni gmbar lps smua kekenyangan, awal2 td tak ingat nak amik gmbar*

Then smua bergerak ke next point, kumpul kat dalam umah pulak. Rancangnya, lepas semayang magrib, nak terjun pool. Pool sebelah umah derang je. Bapak la seronok. Tapi hujan la pulak. Maka, melepak dalam umah je la kitaorg. Borak2 sambil layan astro *dan makan sekali lagi*

rentetan acara semalam. aktiviti makan2 kali ke-2 dan melayan Raiyan + Sara

tuan punya rumah -apek beli kan aku umah ni sebijik-
ade ke dia nak suruh raiyan tatih jalan gi kat wife dia, budak tu baru 4 bulan la apek oiii

Raiyan & auty Dayu -ko apesal raiyan mata terbeliak gitu-
isskkk geram la ngan budak ni...tembam nye dia!!!

Sekarang baru ada Raiyan ngan Sara, nanti kalau semua dah ada anak mesti lagi seronok. 2 org je pun dah best..budak2 tu siap muntah2 kan kitaorg lagi..

-semoga keakraban ni akan terus berkekalan smpai ke tua-

06 September 2008

mana ada nasi kerabu sedap?? kat kl ye

I'm craving for Nasi Kerabu!!!
Sal, bistro kat umah ko tu ada ke nasi kerabu?? kalau tak aku nak singgah carik dulu sebelum gi umah ko...*ni ngidam ke apa ni??*
Dah teringin tahap gaban ni!!!

muka baru bangun tido, nak main game tak boleh *benci aku*
dan terhasil la entry merapu ini

-saya lapar yang amat, ni gara2 terlebih tido semalam, smpai tak bangun sahur. dan tadi umi sms me told how hungry she was..and it make me nak makan!! blame her...
gave uncit a call dan dia kata 'jgn ngada2 nak makan' -ye org tak makan

Buat pertama kali nye

Sepanjang hidup selama 25 tahun ni, semalam adalah kali pertama i buka dalam kete. Takde lah sedih mana pun, seronok je..*tak betul dah ko dayu, ada ke seronok buka dlm kete* Seronok sebab uncit Ekwan ada sekali. Kalau sorang2 mmg mau nanges dah.

-semalam balik umah terus tido, ngan tak mandi nye, ngan pakai baju keje lagi. terus tido sampai pagi ni. amat tak bersahsiah kan-

05 September 2008

perut saya kata dia kosong

Hahahahah!!! Macam tak senonoh je kan. Macam baru blaja puasa je. Tapi serious, lapar giler hari ni. Rasa nak je makan kek pisang ni hah, seb baik iman masih teguh *kena sorok kek ni* Malu je tadi perut bunyi time meeting, bengong je rasa.

Ekwan sangkut kat Jalan Tun Razak, alah sian uncit saya tu. Tak lama lagi patah la kaki dia, tiap2 ptg asyik layan jammed je. Takpe dia kan slalu kata dia gagah, maka ni lah masa nak buktikan..kan..*sikit je tu uncit, sabar ye* Cuba fikirkan yang awak on the way nak gi amik tunang awak, mesti ilang segala tension tu. Hahahahah..ye ke? ke makin bertambah *sila lah berani kata gitu* :cool:

Mana mau buka puasa ye arini?? Asyik buka kat umah En. Izan je. Segan lah saya *dayu kan pemalu* Lagipun, tak dapat lagi buka berdua ngan dia. Semalam pun dia suruh gi Hartamas. Tak larat la, terus balik Sentul.

*sila la sampai sebelum pukul 7 ye uncit*

rindu kamu semua

Ye..saya sangat excited skrg!! Tak sabar nak tunggu esok.. Tak sabar nak jumpe Skirts & Boxers!! Rindu bangat sama mereka!!

Primary picture untuk the group kat Frenster. Sal yang buat

Skirts & Boxers, private group with 14 members. Ahli-ahli yang masing-masing sengal semacam *kecuali dayu ye* Everytime bukak Frenster mesti klik kat group dulu, bila bukak tab discussion, mesti gelak tak ingat punya. Budak2 ni mcm2 perangai.. Orang lain mesti pelik je tgk kitaorg ketawa depan pc.. Therapy S&b ni..
*dan paling best kalau nak ngumpat2..ngan yg laki2 pun join sama*

Last jumpa time min kawin rasanya, tu pun tak dapat kumpul smua. So harap2 sok smua dpt dtg. Bleh buat party liar kat pool tu *amad pasti suka ni*

manyak pening la weh

Officemate ni pagi-pagi dah carik kalendar tahun depan, nak yang siap ada cuti smua. Masing-masing sibuk nak carik tarikh nak kawin tahun depan *ramai yang bakal bertukar status ni*

Dan semalam, 34min bercakap telefon dengan En. Ekwan discuss pasal benda2 nak kawin ni. Pakcik tu tiba2 semalam beriya ajak bincang hal kawin, selalu dia yang kata nanti2 je bincang. Agaknya dia tiba2 jadik gitu sebab baru balik dari umah member dia yang nak kawin ujung taun ni, tu yang kelam kelibut dia jap.

Tarikh masih tidak dapat di finalize kan lagi, as balai raya tu menjadi rebutan ramai pada hujung bulan 5 tahun depan. Maka, nak confirm kan ngan photographer pun tak bleh lagi *ada dia kena booked dulu ni kang*

-Bila dah kira-kira ni banyak nye nak pakai duit nak kawin-
mak, duit hantaran tu kita guna untuk pe je? mintak sikit bleh??

04 September 2008

saya kepenatan yang amat

-Penat la sangkut dalam jammed. Seb baik sempat bukak pose kat umah-

Lenguh wehhh kaki kiri asyik kena tekan clutch. Rasa nak je tukar gear tu jadik automatic!! Uncit, nanti beli kete auto satu ehh...org tak larat dah nak bawak manual kat KL.

Semalam Cik Dayu kepenatan melayan kontraktor-kontraktor kat Cyberjaya tu. Dah la panas. Derang lak bleh datang ikut suka, org kata 2.30pm, datang sesuka ati jr *Suruh balik kang..*Dah kena bagi taklimat banyak kali tau..*kering tekak tau ulang2 taklimat*
-1st time bagi taklimat ni, kena buat keputusan sendiri. berani kan je la diri-

Dan hari ni kena berjemur kat Landfill lak. Warrrghhh!! Panas!! *saya amat tak berbakat keje kat site ok...*

see...see..dah tertutup kepala hah ngan buku..tak tahan la. panas sgt!! duduk tengah2 landfill, ngan bau yang boleh tahan semerbak nye hah...tak kuasa dah den nak layan org tu cakap.. cakap la ko sorang kat situ..
*sila saksi kan jerawat yg menganas di dagu dayu

-dan pagi tadi bangun lambat. seb baik Aziah baik hati bagi pinjam kete gi keje, bleh lah smpai awal-

Dan petang tadi dapat surat SPA, JKR call for an interview jawatan TETAP ok... Diulangi TETAP. Harus lah Cik Dayu melompat keriangan. Tapi baru interview..harus prepare leklok.. i really want the post. Penat dah asyik jadik Engineer Kontrak.
*pray for me, and wish me luck*

02 September 2008

tak suka la..

It's raining heavily!!

And Ekwan should fetched me as i have to bring home 20 sets of quotation for tomorrow. And he just sms me and told that he will fetch me by motor *it's not rain yet before* I just agreed, it's better than keep waiting until 8pm rite..and will collect the things at the nite

Tapi camne dia nak dtg ngan motor hujan2 gini???

So gave him a call, nak pastikan camne dia nak dtg kalau ujan2 gini. Tapi suddenly dia macam nak marah lak. Tahu la jalan jammed smua,kita lak jadik mangsa.

'Pukul 8 lah org sampai kat awak. Prepare la pape yg patut'

Isskkk..tak suka la. Ikut hati nak je balik sendiri. Malas dah nak tggu dia. Dokumen ni esok je la amik. Singgah je opis dulu baru gi taklimat tu. Lambat pun lambat la..kontraktor tu smua harus la tggu kedtgan i. I tak smpai, smua tak bermula *tiba2 rasa berkuasa*

kurus sudah ke??

Pertanyaan kat diri sendiri yang sendiri pun tahu jawapannya.

Perasan la ko dah kurus Dayu, sama je tengok. Naik atas weight scale tu, kat situ gak jarum tu berhenti. Kurus apa nyer!!! *nanges* Tapi nape cincin ni macam longgar dah??? Kalau bukan sebab jari-jari ni dah mengecil, apa lagi. Maka sila setuju Dayu dah kurus ye..*nak gak*

Esok kena bagi taklimat sebutharga *seram la pulak tetiba* Dan Khamis kena mejelajah Hulu Selangor mencari premis untuk dijadikan pejabat cawangan baru. Ada sape kat sini agent hartanah?

-hari ni bawak balik cek bernilai RM24k..takot owwwhhh-

Puasa datang Lagi

-Putra LRT buat hal lagi, tak pasal2 lambat smpai opis..nyampahnya!! Nasib baik puasa.. Sabar je lah-

Anyway, SELAMAT BERPUASA smua!! Jangan nakal-nakal, kurang lak pahala puasa tu kang.

1st day puasa tak dapat berbuka ngan family kat JB, dapat sahur sama je lah. Sebab semalam pukul 10am kitaorg dah gerak balik KL, sebab malas nak ngadap jammed kalau balik malam *nape KL tak cuti erk awal ramadhan?? kalau tak bleh balik pagi ni, dapat lah buka ngan family semalam*

Aktiviti Hari Ahad di JB

ye..ini la aktiviti kami..melepak depan tv di hari cuti..
seronok nye kamu ye encik ekwan...berbaring2 gini di rumah bakal mertua..

harus la cik dayu join skali... hahahahah..
*amat tak senonoh, mak sibuk masak kat dapur kitaorg ngadap tv, goyang2 kaki*

Dan petang tu hujan, maka aktiviti mem'bridal terpaksa ditangguhkan. Dan digantikan dengan aktiviti memeluk bantal di atas katil *nikmatnya tido sejuk-sejuk gitu*

Petang dalam kul 5 baru kitaorg keluar. Nak jalan-jalan, Ekwan kata. Maka bawak la dia ke City Square tu. Dan tak semena-mena kami ter'shopping. 'Ter' ye..tak sengaja *mampos la..kena beratur la kuar duit ASB next week :( *

Kami juga telah menghabiskan duit beli dvd pc game *susah weh nak dpt kat LowYat tapi CS ada, nak pirate software pun melambak*

Then gi makan kat Anjung Warisan, alah kedai atas pokok tu. Yang dalam citer Dunia Anita tu. Then terus balik umah sebab tak sabar nak main game. Dan akibatnya, kami tak tido sampai pukul 3 am, sedangkan rancang nak balik awal-awal pagi Isnin.
*kami mmg giler main game, nanti kalau dah kawin kena beli PS2 sorang satu ni, tak pun apa kata mintak PSP, buat hantaran..boleh tak uncit??*

-ye, semalam telah bertemu dgn photographer tu, sukalah hasil keje dia. harga pun ok.. Dan deposit bridal juga telah di bank-in-
*cik dayu malas nak carik2 yang lain lagi*walaupun harga dia agak mahal