Selagi tak tiba masanya, selagi tu lah.. setiap hari, setiap masa.. Nak tido, bangun tido.. yang difikirkan hanya lah hal-hal kawin *
nasib baik tak terbawa-bawa ke tidur, setakat ni takde lah sampai mimpi-mimpi kan* ..time office hour pun sempat lagi pikir pasal kawin, borak ngan member pun tak habis-habis citer pasal kawin...
Memang seronok la nak kawin ni!! *
lepas kawin, bila pregnant citer pasal baby lak.. :)*
Dan mula la sakit kepala bila pikir tentang segala hal preparation majlis tu.. macam-macam nak kena pikir. Kalau duit bergunug takpe gak kan.. ni budget nyer ciput, kena lah buat pilihan sebaik boleh, pilih yang terbaik dari segala segi. Kena bijak berbelanja. Carik yang paling berpatutan dan berbaloi untuk ringgit yang bakal dilaburkan.
Maka, selagi mampu + berbakat + ada masa.. DIY lah apa yang boleh. Tak dapat jimat banyak, sikit pun jadik la kan. Boleh spent untuk yang lain.
Penjimatan No 1 Dayu: Bakul Telur buat TetamuYe,
bakul telur kertas saya sudah 90% ready. Riben dah tampal, tinggal tampal TQ tag je. Buat kemudian lah, sebab takut kemek timpa2 dalam plastik beg. Buat 150pcs je. Another 450pcs kat JB, bagi kat mak uruskan.
Kos keseluruhan (600 pcs):
1. Kertas surat khabar lama : Free
2. Gam : RM 2 x 2 = RM 4 Beli kat kedai RM 2. Satu pek ada 3 botol
3. Shellac : RM 20 (shellac mahal hakim beli), RM 9 x 5 botol = RM 65
4. Riben : RM 1.10 x 9 = RM 9.90
Jumlah keseluruhan lebih kurang RM 80. Untuk kos sebiji bakul tu, kira la sendiri ye. Rasanya tak sampai RM 0.20 pun sebijik. Memang jimat. Tapi ye, kalau dikira tenaga dan masa yang telah dicurahkan, kos nye akan meningkat sehingga RM 1.50/pcs *
pernah google dan jumpa bakul gini dijual RM 2.50 sebijik, giler lah..boleh niaga ni*
Kalau kita tambah bunga-bunga kecik kat riben tu menarik gak kan...
Pape pun terserah kat individu masing-masing.. Mungkin ada yang berpendapat '
ni baru betul-betul hadiah dr pengantin ni.. air tgn pengantin sungguh' -kalau org kata gini mmg dayu sengih tersipu-sipu lah jawabnya *rasa puas hati sungguh, usaha gigih saya dihargai*
Dan tak mustahil akan ada yang kata gini '
apa lah yang kedekut sangat dia ni, ada ke nak bagi org dtg kenduri kawin barang recycle'
-kalau kedengaran yang begini, terima je lah. pandangan setiap org berbeza-beza. sape kita nak paksa org suka + setuju dgn segala benda yang kita buat kan. Dan seperti biasa, hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Bukan mudah nak puaskan hati semua pihak.. yang pentingnya, kita happy, poket kita tak rabak...
Kini saya dalam proses melakukan penjimatan ke-2..
*
sudah takde mood nak buat bakul lagi, lagipun mak kata cukup lah tu, yang lebih pakai uncang je, dah beli pun kat Ayer Hitam minggu lepas*
Marilah mula membuktikan bahawa setiap perempuan tu dilahirkan dengan bakat seni. Mampu merubah bakul-bakul + riben + bunga itu menjadi sesuatu yang indah *
jgn jahanam bunga-bunga tu kau keje kan sudah dayu* Amin!!!
Jom kita gubah Hantaran kita sendiri. Time ni lah kan nak tunjuk bakat kat smua orang, yang kamu ni berbakat. Jangan sangka jari-jemari yang selama ni asyik tekan kalkulator je tak boleh ikat-ikat riben, susun bunga.. Hahahahah!!! Sila lah jgn gelak tgk hasilnya nanti.. *
hantaran tunang dulu pun gubah sendiri je*
Konsep gubahan?? Perlu kah berkonsep? Perlu lah.. sekarang semua kena ada konsep kan..
Konsep ye...*pikir..pikir..pikir*
Konsep nye adalah : Lambakan bunga di dalam Bakul Mengikut sesedap Rasa Dayu!!!
Ye..itu lah konsep gubahan hantaran saya. Arrrgghhh, tak kuasa nak pikir konsep lah. Asal sedap mata memandang, kita tengok lawa sudah...
Nape nak kena gubah-gubah erk hantaran ni, tahu tak kos nak mengubah tu boleh tahan gak tau, bagi gitu je, wrap lawa2 mcm bagi presnt okay pe...
Dah adat kan..kena lah ikut.. *tp seronok gak part gubah hantaran ni, baru lah mood nak kawin membuak-buak*
bunga stokin + bunga dip ready made from Ayer Hitam
RM 10 for 4 pcs
bakul-bakul yang bakal melalui proses transformasi
ni lah item yang kos nya paling tinggi sewaktu berbelanja + menghabiskan duit semasa di Ayer Hitam..sampai celah-celah purse mak pun kena korek sbb kedai tu tak bleh pakai kredit kad...cash lak dah abis kat kedai lagi satu..
Okay sudah agak panjang entry ini. Cukup lah.. Lain kali sambung lagi..
-huhu..selasa ngan rabu ada site measurement + audit kat sepang, jumaat ada presentation. bila nak buat slide ni-