27 June 2009

saya dalam dilema

Semalam bila tengah carik-carik baju nak pakai nak keluar jalan-jalan ngan suami, terasa mcm 'eh, nape baju ni mcm sempit dah ni??' Ohhhh, kain telah mengecut, ke lemak-lemak di badan semakin bertambah *nanges*

Sudah menjangkakan kejadian tersebut sebenarnya. Mesti lah dah boleh agak kalau tiap2 malam makan nasik asyik bertambah. Mestilah makin kembang badan ni jadiknya. Tapi tu lah. Tak kan nak tgk je en suami tu makan dengan riang ria. Dah lah kita yang bertungkus lumus masak kan.. Ohhh, harus la aku makan sama. Dia tambah nasik, harus la bini dia hulur pinggan sama. Lagipun kalau tak menambah, nanti lauk + nasi tu abis. Tak baik tau membazir *ternak lemak byk2 takpe*

Atas keprihatinan sang suami, dia kata 'kita kurangkan nasi la yang, masak satu pot je' Tapi bila cuba, macam tak cukup la pulak. Dah tak pasal-pasal malam2 telan daging burger la, hotdog lah. Maka.. sama je lah dtgnya kan...

biar tembam pun, kalau dah gi kenduri kawin, harus makan dengan bersungguh-sungguh
Selamat Pengantin Baru Falin & Suami. Semoga terus kekal bahagia bersama!!!

kami pun penganti baru gak tau.. see.. inai dijari pun masih ada lagi tau..


hati teringin gak nak bergambar ngan 'optimus prime' ni, tapi nak amik sorang2 macam malu.. maka, kita heret lah anak sedara.. nmpak mcm derang yang nak bergambar kan *hahahahah*

abang ipar saya kata 'alah yu, tak yah diet2, nanti buncit gak' Hhuhu.. kata semangat ni..tapi suami saya kata 'org kurus ngan org buncit pregnant nampak la beza dia' Huhuhu...alah, buncit tak buncit setiap ari cukup gak 3 meals kita isi perut ni sayang weh...

25 June 2009

pelamin persandingan

Mood dan minat terhadap sesuatu yang bersangkut paut dengan perkahwinan adalah masih memuncak. Masih sangat teruja untuk melihat deco-deco hantaran terkini, masih juga rajin menerjah segala webpage wedding related. Dan sesunggunya, segala entry yang terhasil juga akan dipengaruhi oleh mood tersebut.

Oleh demikian, sila lah layankan apa yang bakal anda saksikan ini.

pelamin tempat dayu dan ekwan mengedik 31.5.09 hari tu

Bertemakan Biru muda dan Putih, itulah kombinasi warna pilihan pengantin. Dan hanya mengunapakai bunga plastik, tidak la mampu pengantin mahu berbunga segar bagai. Walau ikut rasa dan nafsu ni, mmg teringin gak nak berbunga segar.. tapi sedar ke diri, plastik pun plastik lah..
Tapi ramai gak yang kata 'dayu,lawa pelamin' Maka saya adalah = Suka.


Kisah disebalik tabir sang pelamin:
Dipasang seawal petang 30.5.09. Dan nasiblah pelamin aku ditayang awal-awal. Alah, pelamin je pun yang diexpose, bukan pengantin pun. Walau hakikatnya, pengantin tetap ke hulu-hilir buat mcm2 keje. Istilah pengantin tidak kena buat keje, adalah sgt tidak tepat dalam majlis walimah dayu.
Dan En Ekwan sudah rasa apa yang bini dia ni lalui dulu. Baru dia caya, penat tak penat uruskan kenduri kawin sendiri.

*semalam suami saya kata ada sorang client dia call wish selamat pengantin baru, dan bila ditanya 'mana tahu ni??' suami saya kata dia jawab 'blog ur wife kan glamer' Hahahaha, glamer dia kata... -rajin lak laki sorang ni nak baca blog aku yg sgt kuat merapu ni-

24 June 2009

alhamdullilah, semua berakhir dengan penuh berkat

Selesai dah kedua-dua majlis walimah kami. Lepas ni takde dah lagi peluang nak perasan jadik artis. Takde dah org nak berebut-rebut amik gambar ngan kita. Berakhir dah... *tapi masih ada sesi outdoor bersama amrul, maka masih ada kesempatan..layan*

We're Back!!

Walau blog ini milik Dayu, suami dia kan watak utama dalam segala penceritaan kat blog ni. Maka, penggunaan 'KAMI' itu adalah amat tepat dan bersesuaian sekali. Lagipun, diakan dayu's other half. Tanpa dia, apalah makna hidup dayu. Oleh yang demikian, entry dayu juga akan jadik tak sempurna tanpa penglibatan secara langsung en suami pujaan hatinya itu. Silalah jangan anda berasa loya tekak ye...

pose di dalam bilik pengantin di petang hari. di kala sgt sudah tidak sabar nak cabut baju dan segala pin yang terselit di baju.

note: mak andam adalah sgt sengal dan hampir-hampir dimaki en suami, tp dayu berjaya menenteramkan beliau. iyelah, sape yang tak marah kan kalau baju besar gedabak, dah dtg fitting tapi bila time nak pakai, dia tak alter langsung.

'takpe lah yang, kita peniti je la lengan baju awak ni eh'
dayu sedang menenangkan suami dia agar jangan capai hp dan memekik pada makcik bridal itu lepas tgk korset bini dia yang terpaksa di pin-pin dengan baju yang mengelebeh. dahlah tudung dan veil entah pape, nasib baik ina bawak yang lain, kalau tak merasa la aku jadik pengantin badut aritu.

Mungkin dia mcm tak suka sebab kitaorg sewa baju je dr dia. Mekap ngan org lain. Dah ko mekap tak lawa, ingat nak ke aku tayang muka kat majlis belah laki aku dengan mekap yang entah pape tu. Ohhh, makcik, sila lah gi kelas ye. Sila update mekap style anda. Dan silalah jgn buat perangai gini, cuba lah terima kalau dah org tak nak amik full pakej. Patut kaji lah smula 'nape agaknya dia tak nak aku mekap dia erk??' Bukan sabotaj majlis org begini... *camne org melayu nak maju kalau gini gayanya*

Sudah lah, lupakan saja. Nasib baik kesengalan makcik bridal tu berjaya dia kaburi oleh kecekapan photographer. Kalau kena bridal sengal, photog sengal. Memang nangis la aku malam tu, meraung-raung sambil landing kepala kat dada suami. Meratapi nasib... *drama lah kau dayu*
Emran sgt efisen. Dia mmg photog yg sesuai untuk sebuah majlis perkahwinan. Dia sangat ramah. Dan yang paling best dan seronok, tanpa diminta 'esok i bagi u cd raw picture, lps outdoor' Ko tak teruja ke??

Dan semua ini adalah hasil dari raw picture dalam dvd yang Emran bagi petang semalam sebelum kami mengedik di Tanjung Lumpur. Ohhh, sgt tidak sabar nak tgk hasil beraksi di depan pakcik2 nelayan kat jeti tu semalam.

untuk tatapan lebih jelas, sila la klik gambar tu ye

Dan seperti biasa, sila bersabarkan diri anda. Gambar tidak akan diupload secara pukal. Lagipun agak sibuk ini. Ni pun curi2 tulang skit ni.

*tiada ku sangka, emran tu kawan nano. nampak gayanya majlis di maran, sgt byk kaitan dgn na.. katering sedara dia, photog kawan dia.. seb bbaik makcik bridal bukan aunty dia.

20 June 2009

rasa teruja yang sukar dikawal

Profile image saya berubah buat pertama kalinya. Dan gara-gara asyik tatap gambar sendiri yang beratus-ratus keping itu, Dayu tido pukul 3 pagi. Raw picture tu, kalau dpt final touch, ada tak tido dia dibuatnya.

Dan tiba-tiba 'amrul,bila mahu siap album saya??? sgt tidak sabar ini!!!'

Dengan murah hati, dan kesan terujaan yang melampau.. terimalah penampilan eksklusif ini. Buat tatapan di kala tuan tanah menyepi beberapa ketika. Agar tidaklah nanti sampai ternanti-nanti. Sesungguhnya, gambar-gambar di bawah adalah tanpa sebarang profesional editing. Hanya sedikit sentuhan photoshop seorang amatur bernama Dayu.

'awak jadik isteri org dah, jgn nak degil,lawan cakap org..dosa tahu'

'iye..tapi bukan dari dulu pun org dengar kata ke??'

Okay..cukuplah sekeping dua. Tak boleh diberi sekali banyak, hilanglah status eksklusif dia nanti. Tapi biasalah dayu, suka tipu. Cakap lain, buat lain.

nantikan la kemunculan pengantin omputih sesat entah dari mana ni. pastu sesuka hati gi semak belakang umah orang, posing sakan. giler pe??

Doakan majlis kami di Maran, Ahad ni berjalan lancar bagai dirancang ye. Semoga perjalanan rombongan kami dari JB selamat pergi dan pulang. Buat yang sudi, jemputlah datang ye.

*saya rasa kan, suami saya tu sgt terror la amik gambar. gambar dia smua elok je..bini dia ni je, byk sgt gambar yg buat muka entah pape*

19 June 2009

Item wajib ada di setiap Majlis Perkahwinan

Saya akan tidak berpeluang berblogging 3,4 hari ini. Giler ke, duduk kat umah mak mertua nak layan internet dalam bilik. Tak pasal-pasal dpt award of the year nanti. Lagipun akan sgt busy. Tengah malam Sabtu bertolak dari JB, Ahad akan sekali lagi menjadi pengantin *oohh inai di jari sedikit pudar, kena tempek lg ni* Isnin pula ada outdoor photoshoot kat Kuantan.. mmg tiada masa nak blogging la nanti.

*macam tiada mood nak buat auto publish punya entry, tp tgk la nanti. ada..ada lah, kalau tak, ngadap lah entry yg sama je*

Maka, di sini nak tempek yang ini.

pemberian ikhlas kepada suami pujaan hati sampai mati.

White + Pink ... kombinasi warna idaman Puan Hidayu bagi hantaran dia kepada En Suami. Actually takde lah suka sgt pink, tp sbb tgk mcm sweet je kaler tu. Dan hati teringin.. buat la hantaran kaler pink putih.
Dan bagi yang ikut blog ni dari awal, mesti dah tahu.. dayu adalah mengubah hantarannya sendiri. Dia budget dia berbakat, tapi sebab budget constraint, dia layankan je. Biar org kata tak lawa, yg penting mata dia tgk lawa.. ok lah tu.

Hantaran : Pink White Theme






ohhh towel set ini adalah hantaran bidan terjun. ptg sabtu baru beli sbb halwa yg hendak dijadikan hantaran habis hancur dayu keje kan.. penat makcik miah gubah lawa2


cupcake tajaan charmbakers

gubahan adik sepupu yang akan mekap akak sepupu dia ahad ni



Okay, cukup sudah semua anggota hantaran. 9 dulang, dan 2 tidak berdulang. 11 kesemuanya. Giler gedik nak hantaran bagi banyak-banyak, tamak sebenarnya. Hahahahaha... Hantaran dari En Ekwan kepada iserinya..yang secara detail tidak sempat dicapture... sudah terlalu penat petang majlis itu. Nampak katil tak ingat pe lagi dah...

digubah sepenuhnya oleh kakak sulung en ekwan, sgt lawa. tp sayang tak dpt amik detail, harap2 amrul ada capture

Kakak ipar saya mmg sgt berbakat mengubah hantaran, buat bunga riben pun dia terror. Aritu sempat dia ajar, tp adik ipar dia ni lemah ingatan skit lah.

*bila suami tiada di sisi, rindu tapi best gak, boleh bangun lambat skit..hehehehe


18 June 2009

baru ko paham camne rasa dia

Sila lah kata 'arrgghh ngada la kau dayu' Nak kata aku gedik pun tak kisah. Tapi hakikatnya SAYA RINDU SAMA SUAMI SAYA!!!!

Walaupun baru je 9 jam tak tatap muka dia, dengar suara je. Tu pun cuma dalam phone. Mana sama. Saya sedang sangat rindu sama dia. Ohhh, Ahad nanti baru boleh jumpa dia semula. Ada 3 hari lagi kena kasik tunggu. Uiiihhh, seksa jiwa raga saya!!!

Ohhh, camne lah nanti kalau out-station kan. Mahu rindu-rinduan. Kalau bujang2 dulu, seboleh-boleh nak kuar opis sampai 2,3 hari. Sempat bercuti-cuti m'sia sekali. Dah kawin ni, mau aku paksa budak2 ni balik awal. Takde maknanya lah nak menyimpang ke mana2. Silap2 ada aku balik naik bas kalau derang tak nak balik.

Uiiihhh, tanggung rindu suami isteri lagi seksa beb.. *sila rasa sendiri, kamu akan paham*

Lepas ni ada aku reject smua kursus luar KL ni.. tak sanggup nak tinggalkan suami sorang2 kat umah. Ada tak bangun gi keje dia tu nanti. Dah lah sgt manja suami saya itu. Asal nak kuar umah 'yang, mana suar org??' 'baju org yg tu mana??'

Ohhh..kini saya paham nape dulu akak2 kat opis tu kalau dengar kena gi site luar KL, smua mcm nak mengelak je. Tu lah kan, selagi kita tak rasa sendiri, senang la kita nak cakap macam2. Bila kena kat diri sendiri... jawab lah. Hmmmm...ni belum ada anak lagi ni...

Dah lah layan lagu Siti Nurhaliza, 'Cinta Ini' lagi la feeling aku dibuatnya..

*oohhh, ibu saya mcm bakal berjaya je hilangkan rasa rindu anak dia ni dengan buah durian yg berbakul2 itu

17 June 2009

kami mahu jadik raja sehari lagi

Esok akan mula bercuti, bagi membolehkan kami menjadi raja sehari lagi. Kali ini di Maran pula. Dan sebab suami saya mula bercuti esok, join sama je lah. So malam ni dia hantar balik JB, pastu dia balik la Pahang. Ohh, menulis mmg mudah, hakikatnya JB-Maran bukan la sejam dua punya perjalanan ye. Tapi suami saya tu selalu je buat magik, 3 jam dia sampai dah. Tu kalau bleh tak nak bagi dia drive sorang2, kalau dia sorang2 dia akan memecut tak ingat dunia.

Dan mengenangkan kekalutan di malam 30.5.09 sebelum majlis besar esoknya, tak mahu lagi terjadi kejadian yang sama. Dengan segera mem'print segala yang patut.

iye..itu lah karikatur yang dihasilkan oleh kugeeku.com. Yang menghasilkan Tetris Glass kami. Image itu sgt2 lah telah dimanfaatkan. Membuat TQ tag juga dengan image itu. Sangat efisen.

Jemputlah ye ke majlis kami di Maran tu.

16 June 2009

rezeki

Hari ni 16.6.09, maknanya baru 15 ari kami bergelar suami isteri. Tapi ramai pulak yang asyik bertanya 'dayu, dah mula pening2 belum??' Haiyaa..terlalu awal je rasanya soalan tu diajukan. Dah lah minggu pertama pernikahan tu dayu amik m.c. Maka, mmg sgt2 terlalu awal untuk ditanya 'dayu, dah berisi ke??'

Mengunyah mangga setiap kali lunch tidaklah bermakna saya dah berbadan dua ye.

Tapi hasrat di hati memang mahukan segera. Siapa yang tak nak, sila lah jangan berani kata 'nanti lah dulu, tak sedia lagi' Menolak rezeki tu namanya. Belum sedia?? Ngada lah korang. Pe yang belum sedianya. Mungkin ada yang risau dari segi kewangan. Tapi anak tu kan rezeki.

Dulu pernah gak terpikir, zaman muda remaja dulu 'nanti lepas kawin tak nak anak cepat2 lah, nak hidup berdua je dulu' Konon nak hidup ala-ala bujang tapi dengan ikatan yang sah la. Memang la seronok kan, tapi bila dipikirkan balik. Dah la kawin lambat, ada lagi niat nak beranak lambat. Ada nanti anak, orang ingat cucu. Tak ke naya tu.. lagipun tak puas lagi ke menatap wajah lelaki kesayangan tu. Dah lah bercinta bertahun-tahun.. cukup2 lah. Nanti timbul pulak rasa bosan... lagi kes naya.

Dan terus tukar niat 'sah je, terus proses' Hahahahahah... Yelah, buat pe nak menangguh, nak merancang. Tiada apa yang menghalang untuk menerima kehadiran org baru. Tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Bukannya sedang sambung belajar atau sedang duduk di perantauan org. Sedangkan yang dalam keadaan tu pun, ramai je yang mengendong nyawa. Inikan pulak ko dayu, yang suami sentiasa di depan mata *bila pregnant, boleh ngelat..tak yah turun site selalu sgt*

Bila tanya suami pujaan hati sampai mati itu 'awak dah sedia ke kalau kita dpt baby by next year yang??' Dia juga kata 'anak kan rezeki sayang' Dan kini saya sering berdoa, agar rezeki itu jadik milik kami segera *amin*

Dan sebelum tu. layan la gambar manusia sorang ni

sian dia, tewas dengan EG. suami kesayangan menemani EG tukar kasut, dan biarkan isteri dia main tenet sorang2. sedangkan td dah ngadu lapar dah..*setuju la kalau aku nak jeles sama kete, biarpun nmpak mcm tak betul*

15 June 2009

kepinginnya saya

Sangat teringin mahu berdating, mcm zaman2 bujang dulu. Chaiitt, mcm dah lama sgt berlalu 'zaman' itu. Sedang 3 minggu pun belum cecah.

Ye, sudah 3 minggu kami sah dan dibenarkan untuk tinggal serumah. Dan malam kelmarin semasa ke dalam perjalanan balik dari Bangi mengambil tempahan bahulu untuk majlis 21.6.09 ni, tiba-tiba 'yang, jom tengok wayang' Saya kepingin mahu kuar dating sama suami saya. Lepak minum sama2 pun jadik lah.

Walau sekarang sudah sepenuh masa berdua, tapi kalau asyik duduk rumah je pun bosan gak. Kena lah variasi kan aktiviti, walau kini sudah ada aktiviti berguling2 di depan tv, tekan2 remote tukar channel sambil makan ayam goreng segera 'sayang, stok ayamas awak dh abis, tinggal hotdog je' *semalam ada menu tambahan, kuih bingka* kenalah jugak aktiviti outdoor kan. Baru lah sehat...

Tapi kami terlampau busy, dan suami saya tiada tenaga mahu bawak bini dia tgk wayang malam2 dan dia kata 'kita lepak minum kat luar rumah je lah yang' Takpe lah, asal suami saya ada di sisi, mana2 pun layan je lah. Dayu kan obses kat laki dia. Jangan lah sape2 berani curik laki dia, siap la korang. Kepada geng-geng merempit en ekwan 'sila korang jgn nak rembat laki aku bawak kuar malam2, aku pancitkan tayar kete korang' -sekarang tiap ptg en ekwan baca blog bini dia...'hye sayang'

*suami saya sudah dpt EG dia smula, madu saya sudah kembali. kena jalankan misi mencuri jiwa raga suami. EG, ko duduk diam2 eh..dayu mcm tak betul jeles sama kete..

saat saya dan dia disatukan

Akhirnya berkesempatan nak upload gambar nikah. Ni dari camera sendiri, adik yg tolong capture kan. Maka, kalau di tanya 'dayu,takde gambar close up ke??' Jawapan nya memang tiada. Dan kalau tanya 'nak tgk baju nikah' jawapan sama. Tiada.. tggu la amrul bagi raw picture nanti.

Majlis pernikahan kami dilangsungkan pada pagi 31.5.09. Janji kul 9 a.m. Tapi 9.10 am kitaorg sampai. Tggu tok kadi, kul 9.20 gak la baru kitaorg dinikahkan. Majlis pernikahan diadakan di masjid jamek kg melayu, mengikut kemahuan mak dan ayah.

bagaimana kamu rasa kala ini wahai en suami??

Alhamdullilah, dengan sekali lafaz. Sah la kami menjadi suami isteri. Kalau tengok smula video yang Hakim amik, nampak muka lega En Ekwan, siap ada satu aksi buat muka 'yes!! sekali je aku buat'


time baca takliq yang menyampah ni. tiba-tiba mood happy bertukar sedih. siot tul, buat merah mata je..

thanks dear for the D-ring.. dan juga gelang itu.

time ni dah tak tahu nak bereaksi bagaimana. En Ekwan pun macam tersipu-sipu je. Tu yang sampai mcm nak cekek bini dia je tu.

'mak, ayu dah sah jadik menantu mak dah'

Sewaktu kami megedik mengambil gambar di dalam masjid. Ada satu lagi couple sedang dinikahkan. Dan satu lagi pasangan menanti dengan sabar dan penuh debar. Mesti sgt penat imam zaidi 31.5.09 tu.
Dan kini, sijil nikah sementara tu lah yg kami angkut ke hulu hilir. Hmm, camne nak dpt sijil nikah sebenar erk?? Ustaz tu ada kata aritu, tp harus la masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Sape yang dh ada pengalaman tolong bagitau eh.. prosidur di johor lagi bagus.

*cuti tinggal 12 hari je..ada tak cuti raya aku ni kan.. ke nak layan MC je erk??

12 June 2009

yang baik kita ikut

Adakalanya kalau kena usik secara melampau pun boleh menimbulkan rasa tak selesa. Tapi kenalah bijak menyatakan ketidakselesaan tu kan. Lagi-lagi kalau pihak yang mengusik tu lebih senior/orang lama yang pastinya lebih berpengalaman kan. Tu yang hebat sangat mengusik anak-anak muda yang baru berubah status seperti dayu ni.

Korang paham sendiri la pe je yang derang usik kan..

Bukan tak boleh terima, tapi segan lah saya. Nasib baik saya bijak berlakon *patut masuk anak wayang aku ni* Buat2 cool je dengar segala usikan derang. Layan kan je. Gelak2. Dalam hati?? Ke sebab derang tgk aku buat diam je, tu yang derang makin jadik. Mungkin gak kan..
Tapi as tak melebih-lebih tu, aku diamkan je lah. As selalunya, siap mengusik banyak kata-kata nasihat derang bagi. Lagi2 dari mulut seorang suami sendiri kan. Yang dah berpuluh tahun berkahwin. Mana yang elok, kita jadik kan lah teladan.

Ohhh, pakcik tu ada kata aritu 'nak jaga suami bukan jaga makan minum je dayu' Dan tanpa ditanya pakcik tu sambung lagi 'yang penting jaga bilik tidur' Hah, jangan menafsirkan benda-benda yang tak patut. Apa yang dimaksudkan di sini adalah kekemasan bilik tido ye. Jangan lah biarkan bilik tido anda bersepah tak berkemas. Bangun pagi, biar sibuk, tak sempat camne pun. Sila la susun bantal2 tu. Jangan biar bergolek2 di atas katil. Comforter tu lipat. Cadar kalau tuck in semula.
*cit, jom gi beli towel rack, sejadah kita smua tiada tempat mau gantung ni*

Itu pakcik tu kata. Kalau rasa nak amalkan, sila lah.

kes tiba2 bilik ku digelapkan mmg perkara biasa. immune dah
*giler kuasa tak saya, sampai 2 komputer guna..printer pun 2..sila jeles wahai PP yang lain*
note: PP = penolong pengarah a.k.a kuli je

Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu kat suami sendiri. Kehidupan dia selepas kawin macam sangat heaven. Betul2 seronok. Yelah, baju dah ada org basuh kan, makan pun dah siap sedia. Asal dia merengek lapar, cepat je bini dia ni kelam kelibut sediakan barang makan. Baju keje pun tak yah gosok sendiri lagi. Bangun pagi, keluar bilik air, dah tersedia dah atas katil. Dia tengah sarung je.

Tak ke seronok tahap maximum infinity tu namanya??

Tapi mengeluh dalam hati je lah *ada gak mcm terlepas, tp cepat2 mintak ampun* Dah memang tanggungjawab kita kan. Dulu, ko gak yang tak sabar nak jadik isteri orang kan. Dah sah jadik milik dia, pe lagi. Sila lah jalankan tanggungjawab anda, Sila jangan mengelat ye.Baik, saya akan berusaha sehabis baik. Mengubah tabiat diri yang agak pemalas ini.

Terima kasih suami sebab kamu sedar isteri kamu ni macam jeles dengan kehidupan baru kamu. Terima kasih sebab teman kan saya memasak petang2 sebaik je kita pulang dari keje. Kamu kata nak belajar masak, biar nanti time saya pantang lepas bersalin kamu tak asyik makan kat kedai *alahai suami saya* Walaupun ikut rasa hati kamu nak je berbaring ngadap astro kat depan. Tapi saya tahu kamu kesian kat saya kan..kamu tolong la basuh pinggan yang kita makan semalam, yang melambak2 kat dlm sinki tu.

Dan terima kasih juga untuk pujian kamu untuk lauk2 yang saya masak tu. Tapi kamu kan dah biasa sgt makan masakan saya. Tapi bila kamu kata 'nasib baik isteri saya rajin nak masak hari-hari keje' Saya rasa macam sangat happy. Sampai bila kamu ajak makan luar lepas shopping kat giant pun saya bersungguh ajak balik makan kat umah. Kan saya dah berazam dulu.

*isskk, kalau dibiarkan berterusan, tetiap malam makan nasi 1.5 pot 2 orang, mmg bulan depan tembam lah kami berdua
*malam ini mahu pulang ke Maran, menyelesaikan urusan yang tak sudah

11 June 2009

org memberi kita hargai

Sampai je rumah petang semalam, kuar je kete terus cakap kat en suami 'ayang rasa masuk je rumah org nak buat pe??' Suami saya dengan yakin sambil angkut beg laptop dia kata 'awak nak main vacuum baru' Oohhh, silap sangkaan kamu wahai suami kesayangan sampai mati. Saya lebih excited mahu check tv, dah ada sambungan astro atau belum.

Dan tahniah, sebab berjaya tidak membuat dayu mengamuk di petang hari. Dah la sebelum tu, aku call tak habis bebel lagi ko dah letak tepon.
Dan akibatnya, menjawab lah kami suami isteri tido kul 12 semalam. Nak bangun pagi punyalah liat. Arini kul 7 baru kuar umah. Tapi ajaibnya, masih mampu punch card tepat jam 7.30am. Maka, lihatlah.. mana ada jauh sgt Taman Puncak Jalil ngan KL...

ohhh, suami saya yang excited rupanya..

dan malam td, semasa suami sedang syiok layan CSI, dayu dgn gigih men'vacuum rumah. abis segala rambut yang terselit di celah karpet telah disedut.
*mahu tips jgn kasik gambur gugur secara ganas boleh??*

Tidak dapat men'capture segala pemberian secara terperinci. Hanya dapat amik gambar luaran je. Tetapi jutaan terima kasih diucapkan. Semua pinggan mangkuk yang digunapakai di rumah kami kini adalah hasil pemberian kepada pengantin ni.

masih byk yg di dalam kotak. pinggan + cawan je yg baru kuar. iron juga. ohh, periuk pun dah guna. Toaster pun guna dah la dayu..

10 June 2009

ko ingat, ko bujang lagi ke dayu

Hari ini telah berjaya menyediakan sarapan untuk suami kesayangan. Walau sebelum ni dia ada kata 'tak yah lah yang, awak nk bgn kul bape kalau nak buat breakfast' Dan isteri dia ni dalam hati dah kata 'yay...boleh aku tido sampai 5.30'

Tapi pagi tadi, alarm hp belum menjerit2, terpekik terlolong lagi dayu dah bangun. Tanpa rasa takut, terus gi dapur. Bukak peti ais, keluar kan apa yang patut. Ohhh, tengok sinki sudah kosong. Laki saya sudah basuh pinggan, dapur juga sudah berkemas. Makin bertambah sayang i kat u gini tau cit...
Terus gi on iron, gosok uniform ultraman, laki nak gi membunuh raksasa jap lagi. Kena la ensem2. Tengok ada cawan kosong kat tepi laptop en suami. Ohhh, mesti dia buat air sendiri td malam. Sedangkan dlm kete sebelum tu dah janji 'nanti org buatkan milo je lah' bila dia ajak stop beli air kat Shell. Ohhh,mintak maaf ye en suami..

Inilah gara-gara kalau terbawa-bawa perangai bujang kat rumah tak bertangga ni. Entah apa hangin semalam. Astro la ni punya pasal. Beriya balik try nak tgk CSI, sekali tak activated lagi. Terus masuk bilik, berbaring. Dah baring terus terlelap. En suami kejut suruh bangun mandi pun malas. Sedar2 dah kul 5 am.

Dan usaha mengambil hati suami bermula dengan terus bersetuju bila dia suruh drive gi keje arini. Dia kata 'biar awak biasa skit ngan jalan'

ya allah,gelap gelita lagi kami dah bersiap nak gi keje

sudah lama tidak memandu di pagi hari di Kuala Lumpur. En suami kata 'pening paler la yang duduk sebelah kiri ni' dan degan pantas Pn Isteri menjawab 'org dah kata, tempat awak mmg kat sebelah kanan ni' Maka, sila lah amik semula jawatan tetap yang mmg milik anda ini ye en suami.

Hari ini ada 'event of the month' bagi bulan 5 & 6. Buat birthday party, farewell dan juga majlis penyampaian hadiah untuk si pengantin baru ini.

Terima kasih banyak diucapkan atas sumbangan anda semua. Saya memang sgt inginkan hadiah ini. Malah dah siap request lagi kat AJK kebajikan. Mentang2 pengapit sendiri yang jadik tukang kumpul duit. Ikut sesedap rasa je request hadiah.

amik cepat bawak lari.. nanti en boss minta semula *eheheheheh*

Ohhh, malam ni boleh buat photoshoot ngan barang2 pemberian yang diterima minggu lepas. Kena ajak en suami sekali la. Kena la ada tukang amik gambar kan.

*kalau astro tak activated gak lagi malam ni, siap sedia la korang aku bambu
*malam ni kita makan udang masak cili padi nak sayang...

09 June 2009

acara membayar tol yg mengamatkan majlis

-banyak keje,tp mcm malas dh nak buat, boss bukan ada pun nak sign segala benda tu. ni yang ter'update blog ni *alasan..alasan*-

Alamak, ada yang email mintak upload gmbar time nikah. Tapi minta maaf, gmbar smua ada dalam laptop. Yang ada dalam pendrive pun hasil ihsan dari rakan-rakan sepekabat dan S&B. Maka, sila lah tunggu ye untuk gambar time nikah tu *berasa macam artis popular i jap...*

suami saya siap sedia untuk di paw. tgk tu, punyalah banyak sampul duit tol dia sediakan, sampai tak cukup tgn pengapit tu nak pegang

time ni, budak2 rewang tu boleh berlari amik senduk nasi, sudip semua buat palang pintu masuk ke balai raya tu. aku yg sedang control ayu atas pelamin pun tergelak jadiknya tau

tol di kaki pelamin. amboi, dapat sampul merah. bape rm awak isi tu cit??

hai mak andam aku ni, dah dpt sampul khas pun tak nak kasik laki aku duduk lagi ke?? sian dia dah berpeluh bagai dah tu

dan akhirnya, dapatlah suami saya sama-sama buat muka comel di atas pelamin persandingan kami ini. senyum yang...senyum

dan sila lah tatap wajah pengantin ini. terima kasih pengapit sebab mengipas saya bersungguh-sungguh.. *sorang recycle tudung pengantin, sorang recycle samping..mmg efisen*

Dan tamatlah cerita bergambar buat kali ini. Sehingga bertemu di episod akan datang.

08 June 2009

jaga suami tu bukannya susah pun, seronok adalah

Fuhhyooo!!! Sendiri seperti tidak percaya. Seawal 7 a.m sudah di pejabat. Jadik orang pertama yang sampai, merasalah jadik tukang bukak lampu opis. Syabas lah dayu..
Seawal 5.30 am dah bangun. Toleh kiri tengok lena je lagi orang sebelah tu tido. Macam tak sampai hati je nak kejut suruh dia bangun semata-mata nak suruh dia teman kita gi dapur.. maka, beranikan lah diri. Habis lampu satu rumah aku bukak. Bazir tak bazir, peduli lah..dari nanti laki aku bangun, air panas takde.. lantak lah..

Ohhh, pakcik-pakcik ni kata minggu lepas 'dayu, jangan sampai rasa hidup bujang tu lagi seronok'

Tidak akan rasanya pakcik. Biarlah walaupun tidak boleh lagi hidup bersenang-lenang lagi macam dulu. Saya suka hidup berdua dengan lelaki pujaan hati saya itu. Biarlah pun balik je keje, terus kena ke dapur. Saya suka je masak untuk isi perut suami saya. Suami saya tu pulak, balik je terus kelam-kelibut nak siram pokok kangkung dia. Sangat lawak lah, entah bila dtg angin nak bercucuk tanam laki aku ni. Siap ajak gi carik benih pokok lagi. Nak masak untuk hanya 2 orang makan, macam tak reti lak nak budget. Asyik terlebih je. Sudahnya, simpan je dlm fridge. Suami saya mana makan lauk semalam. Dia nak yang fresh je. Jawabnya, dayu lah kena telan. Tak pun bakul kaler purple tu yg telan.

Malam-malam boleh duduk lepak-lepak kat luar rumah...teman suami menjadi naga. Bagus laki aku, tahu bini dia tak kasik hisap rokok dalam rumah *ni smua gara2 org astro tak sampai2 lagi, within 24hr konon, janji palsu betul*

Namun yang pasti, takde lah lagi nak bangun kul 1 tengahari di hari minggu. Memang tiada harapan lah. Bila suami dah merengek-rengek kata lapar sambil muka paling comel dalam dunia, sampai hati ke kau nak terus peluk bantal, golek2 atas katil?? Harus lah gigihkan diri ke dapur, bukak peti ais, mencari bahan nak mengisi perut suami tercinta. Kalau housemate zaman bujang aku tgk, mesti semua terharu.

*semalam dah bagi suami makan sup ayam.. arini dia kata 'masak ayam sambal la yang'

05 June 2009

Hasil menadah muka hampir sejam

Mahu kan gambar close-up??

Dalam koleksi sendiri, ada sekeping ni je. Kat Amrul melambak sebab puas dia paksa suruh mengedik pose macam2.. ingat aku berbakat?? Tapi layan kan je. Maka, ini dia gambar saya yang dicapture oleh officemate semasa sedang menuggu pengantin lelaki. Oppsss, suami ye..


Saya suka mekap saya!!
Biar lah mata bulu mata palsu tu buat mata macam nak terkatup je. Berusaha sungguh2 membesarkan bijik mata. Dah tak pasal2 banyak gambar terkatup mata yang dicapture.

Yang penting, jerawat yang tumbuh secara menganas 2,3 hari sebelum 31.5.09 tu berjaya dilupuskan dari pandangan mata. Tapi harus lah kan. Aku dah bayar mahal2, kalau muka jadik makin hampeh.. harus time tu gak aku mengamuk. Dan yang penting, suami saya suka tengok mekap kawin ni.

Dan rasa nak upload sekeping lagi.

ko ingat senang nak mengedik di khalayak ramai?? suami saya kata 'gediknya kita yang'

Impian saya tercapai

Bukan tak nak upload banyak-banyak serentak, tapi tak seronok lah beb, kasik selepuk.. kena lah kasik sikit2, baru korang ternanti-nanti. Hahahahahah... feeling artis jap aku. Yelah, nak belek-belek gambar, kena la pilih yang senonok skit nak tunjuk kat orang. Dah la gambar tak banyak. Kena lah tapis habis-habisan.

Wahai en amrul, dengar lah keluhan hati ku ini. Tapi pasti dia kata 'i need time to produe the high quality output' Maka..saya layankan...Tapi amik la ni lagi sekeping.

Akhirnya saya dapat makan. hajat nak makan bersungguh-sungguh tidak berjaya dilaksanakan. kena lah control ayu beb.. motif mengupload gambar ini?? nak tayang cupcakes tier saya!!! yang sepupu-sepupu saya hasilkan. sungguh terpesona.

Dan, dah alang-alang kan... Presenting my Cupcakes Tier. Specially done by my dearie cousins from CharmBakers. Harus lah Baby blue menjadi pilihan hati.


Ini cupcake sangat menggoda. Sangat membuat adik-adik yang lalu tu tarik-tarik baju mak dia 'mak, nak tu' Akak pengantin yg sedang control ayu suap nasik ni masih boleh dengar ye. Tapi selagi akak tak potong kek..sorry ye dik.. Sian pengapit aku kena jadik guard jaga kek tu time pengantin salin baju nak tukar mood,feeling jadik omputih, pkai gaun + blazer smua...

Dan siap je pengantin memotong kek, masuk amik gambar skit.. sekali toleh tengok semula.. 3 tingkat tiers abis dah licin.. bagus sungguh hasil keje sepupu aku ni. Sampai semua tak sabar nak serbu. Luckily, derang dah reserved untuk pengantin melantak, kalau tak telan air liur je lah tgk gambar2 ni.

Ok, sabar ye tggu gmbar akan datang.

*oohhh, semalam waktu memasak telah memecahkan satu balang kaca. suami saya geleng kepala je tgk bini dia