28 October 2009

ni baru 3++ bulan

Perut rasa senak. Sangat lah tidak selesa.

Arrgghh, baju semua dah mula sendat. Nak kena tukar uniform lah nampak gayanya. Baju kurung yang berdozen tu, boleh sumbat simpan sampai tahun depan. Tu pun kalau boleh lagi sarung semula. Mana tahu nanti tetiba berubah saiz. Meraung aku dibuatnya.

Tapi makan tetap tak ingat dunia.

Akak tu tadi cakap 'isskk, naik jerawat muka ko ye mengandung ni' huhuhu, nak je aku jawab 'akak ingat saya suka ke muka jadik buruk gini??' tapi hormat punya pasal, aku sengih2 je. Pastu dia kata 'kalau kulit kotor gini, anak laki ni' Aku sengih je lagi sambil sumbat nasik masuk dalam mulut. Aku lapar ni.

*ingat nak gi Sogo carik stok baju baru, tp ujan lebat la pulak

tajuk pun tak tahu nak letak apa

Opis adalah sangat lengang. Macam dilanggar geroda. Semua org out-station. Bos gi Perlis. Bosan je rasa. Nak je gi masuk surau, balun tido sampai tengahari. Ni lah akibatnya kalau masuk tido awal sgt, dah terjaga awal. Tak pasal-pasal, pagi2 lagi mata dah layu je.

Hati rasa sayu je pagi ni ngadap surat khabar. Semalam dengar berita pasal perempuan yang bunuh anak sendiri kat Kelantan tu, hati menyumpah seranah lah gak. Siap kata 'giler pe bunuh anak sendiri???' Geram je rasa. Dah lah 2,3 hari lepas citer pasal pompuan yang sanggup cover line untuk laki yang dah bunuh anak dia sendiri. Yang ni lagi tak boleh diterima akal. Dia bagi lah segala macam alasan, tak kan ada sorang pun umat kat bumi ni boleh terima apa yang dia dah buat. Dalam kepala dok tanya-tanya 'takde perasaan apa pompuan ni??' Malas nak ulas lebih2, buat baran hati sendiri je.

Tapi bila baca, nape dia buat tu smua. Rasa macam bersalah lak semalam marah2 tak tentu pasal. Ada sebab nape dia buat semua tu, dia tertekan. Mesti dia dah tak boleh pikir rasional dah time tu. Orang dalam situasi mcm tu, tak pikir apa dah. Hmmm.. tekanan hidup mmg menyesakkan jiwa lah. Kes dia ni lagi kesian, dah lah hidup susah, ada suami pulak makin menambah beban. Bukan boleh jadik tempat bergantung harap, tempat nak bersandar ringankan serabut kepala otak. Makin sakit jiwa adalah. Memang malang sungguh nasib badan.

Tapi sekarang aku tengah fikir, apa lah nasib 5 orang anak-anak dia yang lain. Mak kat penjara. Ayah entah lesap ke mana. Atuk nenek nak ke bela? Takpe, rumah-rumah kebajikan mesti nak terima. Semoga mereka akan tabah jalani kehidupan. Bila kecik2 lagi dah dijamu dengan kisah2 yang begini, susah kita nak jangka bila besar nanti camne hidup dia. Tapi semua tu tak pasti, yang dididik elok dari kecik pun, belum tentu jadiknya kan..

Apa-apa pun, syukur aku masih ada kehidupan yang selesa. Biar tak mewah, tapi cukup segala. Dikelilingi insan-insan yang membahagiakan. Itu paling penting.

anak dara dan mak orang sedang mengambil angin di Japanese Tea Village. nak berangan pakai kimono, masing2 dah takde cash, layan bagi ikan makan je lah.. Gigih tak gigih lah panjat tangga2 nak naik atas ni.. ilang nafas jap..

habis rm10 mencuba nasib nak dpt kan benda ni. ternyata membazir. patutlah judi tu hukumnya haram. mmg tak mendatangkan faedah

binatang ni kata 'kacau gua nak tido lah minah ni, time mata gua layu gak lu nak amik gambar, tak macho siot'

Keje membuta je meow ni tau malam td, kenyang je perut trus naik sofa, balun tido. Sofa tu kira dah mcm tempat tido rasmi dia lah. Org dtg duduk sebelah je, jeling2 tak puas hati. erkk eleh, baru 2 hari dok sini dah nak berlagak eh ko.. aku letak dlm kotak kat belakang tu kang.. padan muka... Tapi sesungguhnya, selagi kami suami isteri tak masuk tido, lepas bebas lah dia ni dalam rumah.. dia cakar2 carpet, rileks je sound dia 'meow, jangan' -dah macam cakap kat anak sendiri pulak.. tp dia paham siot, terus dtg meleser kat kaki kita..gesel2 muka panjang dia tu.

Dan tak pasal-pasal rutin pagi bertambah, sebelum ni kena siapkan breakfast ringkas untuk diri sendiri dan suami, skrg kena sediakan makan minum dia ni sekali. Suami saya kata 'dah macam jaga anak la pulak yang' -kami dalam misi nak mengemukkan dia.

*nak balik kampung weekend ni, mana nak letak meow ni?? tak kan nak angkut sekali??

26 October 2009

adakala macam best

Seronok gak sambil gi meeting dapat jalan-jalan free. Walau ikut hati, macam malas je. Biar pun dekat, asal kena tinggal kan suami seorang diri kat umah, berat je rasa nak pegi. Tapi sebab sehari je, pergi je lah. Destinasi adalah Colmar Tropicale, Bukit Tinggi -laki i bertanya dalam nada jeles 'meeting pe sampai kena gi bukit tinggi ni??'

Agak comel lah dia buat muka tak nak kena tinggal malam tu. Tapi nak tak nak,kena gak lepaskan esok pagi. Isteri u ni keje, mmg ikut hati dan angin malas yang banyak dalam badan dia tu, nak je dia hantar resign letter. Tapi nasib baik dia waras lagi, boleh lagi nak pikir.. dia bangun gak lah pagi2 hari, kejar punch card pukul 8 setiap pagi. Kalau diturutkan ketidaknormalan dia, mesti pagi2 dia lambai2 je dari pagar time laki dia gi keje. Paling dasat, dia salam atas katil je. Lagi lah hangin laki dia, syiokk je bini tido lagi time dia gi keje. Hahahahahah...
*dayu merepek*

Bersama Ciah dan Cerin, misi mewakili JKR kami jayakan. Orang dah jemput, kena lah penuhi undangan. Tak baik menghampakan tuan rumah. Dan yang penting, smua ditanggung bersih. Pe lagi?? Gi meeting je pun, balik tak payah susah2 buat report. I like..

cerin tengah bersiap, kite gedik2 dulu eh ciah

'bila main course nak sampai ni?? lapar sudah guwe'
makan free mmg best

Gambarbersuka-suka, merayau di Bukit Tinggi masih belum diterima.. ciah+cerin sambung gi terengganu lak ahad tu. Minah 2 org ni lagi lah, dok keje berjalan je. Time bujang je lah pun, nanti dah ada laki, keje mengelak je. Macam aku sekarang. tu belum ada anak lagi, ada anak nanti?? mahu siap gaduh2 ngan rakan seunit tak nak out-station punya pasal...
-huhu... dpt another case kat Port Dickson, waaarrgghhh.. mentang2 perut aku tak buncit lagi..nasib baik dekat2 je. takpe2, cukup lah 6 report aku tahun ni. lepas tu mmg aku amik cuti lah.. lagipun,ada ke yg sanggup amik risiko out-station ngan aku gi mengukur jalan. kang terberanak kat tepi jalan tu, tak pasal2 je-

*gambar adalah kelam, maka kena render lebih2 skit

25 October 2009

suka dalam kesakitan

Pinggang sakit.

Konon layan lagu ni, melalak sorang2, sampai laki aku naik pening hilang lah sakit pinggang tu. Berangan lah ko dayu. Time berjalan tak ingat, habis satu Sunway Pyramid ko tawaf. Hah!! Rasakan lah!!!



Patut tak aku saman org sebelah yg menganggu gugat hari minggu kami, dan menyebabkan kami melarikan diri dari rumah sendiri sampai sakit2 pinggang!!!

*dah lah kotor kan kasut2 guwe.. hangin satu badan siot

21 October 2009

selera org mengandung mmg lah mcm ni kan

Adakah mmg normal begini??

Memang selera orang mengandung begini ye?? Adakah keperluan mengisi perut sememangnya sekerap ini?? Dah makan nasi lemak waktu sarapan pagi (dalam pukul 8.15) pastu pukul 11 start dah perut rasa lapar. Bukan lapar main-main, sungguh2 punya lapar. Masuk pukul 12, mmg tak tahan lah.. mengelupur aku ajak member turun beli makan.

Harus telan nasi, kalau tak pukul 3 kebulur balik. Nasi penuh ye, tak main lah separuh-separuh. Tu pun, on the way balik umah, dalam kete lagi dah start merengek lapar.

Ohhh, saya memang makan dengan sangat banyak sekarang. Tapi berat still 63.5kg *berat sungguh ko dayu* Baju kurung lama2 masih boleh sarung. Tang kain je lah sangkut sikit, kancing harus tak lepas. Jeans boleh pakai lagi cuma makin sendat lah. Dan harus suami aku jengkil bijik mata kalau dia nampak aku sarung jeans. Ye..ye.. i pakai skirt je lah. Awal November nanti sebelum gi check-up aku kena pose skit, biar berat maintain. Kalau tak naya guwe, takmo minum air gula tu lagi. Seksa je tekak ni rasa..

Orang sekeliling smua dok ingatkan jangan layan sgt perut tu. Risau nanti kena kencing manis smua. Tapi tak kan nak berlapar, sian baby kat dalam perut ni. Daddy dia kata 'awal2 dah ikut perangai mak dia, kuat makan' Huhuhu..

*malam ni daddy dok umah elok-elok ye. kita ngan mama nak gi makan angin kat bukit tinggi. daddy jgn jeles eh mama selalu dpt jalan2 free. sehari je kita gi, jumaat kita balik la -baby pesan kat bapak dia

20 October 2009

nasib lah

Sekarang aku rasa macam duduk kat construction site. Kiri kanan, depan belakang semua rumah tengan renovate. Renovate kaw-kaw lak tu. Pecah-pecah dinding, wiring baru.. memekak je bunyi drilling machine tu tau pagi-pagi hari. Nak berehatan pun tak tenang.

Ko giler apa keje ari ahad hah?? Orang nak tido pun tak lena tau... pe lah rajin sangat ko keje time weekend?? ko buat keje hari sabtu dan memekak kat belakang umah aku pun aku dah buat muka ketat je nak masak kat dapur tu sambil tengok ko simen dinding belakang tu. Dah lah habis kotor mesin basuh aku berhabuk smua... simen melekat2 kat grill pintu belakang... isskkk.. korang mmg buat kitaorg hangin tau!! Lagi-lagi laki aku, sian tau dia, bangun pagi terkebil-kebil bijik mata tak cukup tido.

Dah tak pasal-pasal, aku nak cakap ngan laki sendiri pun kena terpekik jerit.

bahagian kiri rumah. pemandangan sgt indah kan

bahagian kanan rumah. kesian kete hitam tu, berhabuk je. nasib baik tuan ko rajin nak ngadap, lap ko tiap2 hari.. kalau tak, nasib ko lah

bahagian hadapan pulak

Maka, suami aku yang dah tak tahan dengar dinding kena tebuk tu 'yang, jom lah kuar.. kata nak gi Ikea' Hoyay!! Aku suka. Boleh gi Cineleisure sekali. Mahu tengok Papadom. Dan tak membazir duit kami. Memang best citer ni, patut pun menang best film. Semua rasa ada dalam filem ni. Kami laki bini mmg gelak sakan lah. Bila part sedih, laki aku saja je 'ayang nangis' Chaiitt.. dia pun entah2 tengah control je.. nak sakat org konon..

Hasil rembatan di Ikea. Meja membuat keje di dapur. Yelah, rumah sewa kan. Owner tak murah hati nak sediakan kitchen cabinet bagai. Maka, kalau nak memotong bawang, nak sediakan bahan memasak memang sgt leceh lah. Nak tak nak, semua keje buat kat meja makan kat depan. Paling tak senonoh, atas carpet depan tv je aku buat smua tu. Hahaha.. tu yang suami saya bersungguh-sungguh membelikan meja kecik ni, supaya senang bini dia nak berkarya di dapur *dan tak kotorkan karpet dia tu* Dan dia kata 'beli kerusi sekali la, nanti boleh duduk teman awak kat dapur' Iyelah tu, entah bila tu agaknya?? Kalau kita angkut sekali keta awak masuk dapur, yelah kot. Barulah kita sama-sama kat dapur. Kalau tak.. i sorang je lah...

paparan eksklusif dapur tempat dayu menyediakan bahan pengisian perut setiap hari. tapi sekarang dah bukan setiap hari, dia jadi 'bila dayu tak malas' Hahahahahah *kalau umah aku sendiri, perkara pertama aku buat adalah sediakan kitchen cabinet, dan perkakas dapur lah yang pertama aku lengkapkan*

Dari bulan lepas pasang hasrat nak letak bunga kat sebelah tv ni. Tapi asyik tak tercari je. Dah alang-alang gi Ikea ni, rembat je lah apa yang mata berkenan. Pastu main sumbat je bunga tu dalam pasu, asal elok mata aku pandang.. kira pass lah tu.. letak sekali tetris glass kawin ni..

*bunga2 kat Ikea adalah mahal*

*suami saya kata 'nanti kita nak pindah patah pinggang lah yang, barang dah makin banyak' Kita sengih je ah.. dan jawab 'duduk je lah sini diam-diam, selagi tuan umah tak halau'

19 October 2009

teringin nye saya

Tersangat inginkan kucing. Nak bela kucing kat rumah. Asal kucing lalu je,mesti jerit kat en ekwan 'yang, meow' dengan harapan dia akan berlari kejar kucing tu, tangkap kan untuk bini dia yang sedang sangat ketagih nak kan kucing ni.

Tapi dia hanya akan 'mana??' pastu dia kata 'ada mak dia lah, sian mak dia kita amik anak dia' Tapi tu lah pasal, asal berkenan je, mesti ada mak kucing tu skali. Aritu kat pasar borong pun mak dia ada sama. Harus laki aku tak kasik amik.

Wargghhh, dah lah ada 3 ekor yg sangat comel kat kedai runcit depan tu. Petang/malam bila balik lalu depan kedai tu tgk derang tengah syiook je lepak 3 beradik kat tangga tu. Nak je ajak laki aku gi tangkap sekor. Tapi haruslah dia malas nak layan. Dah lah dia tak kasik amik sbb mak kucing tu ada sekali ngan anak-anak dia.

Nak amik kucing kat kg, macam leceh lah pulak nak jaga persian. Tu yang nak kucing biasa je.

Ada sape2 nak sedekah kucing kat saya??

15 October 2009

tidak terkata

Rasa sakit di lower abdomen yang semakin kerap telah menyebabkan en suami diheret ke klinik. Balik-balik keje, terus gi klinik. Tapi sebelum tu sempat singgah mc'd isi perut sebab masing2 dah mcm org kebulur tak makan 3 hari. Lapar yang melampau2..

Ya Allah!! Tak terkata dan tergambar perasaan waktu tgk imej dalam mesin tu. Dia sudah terbentuk sempurna. Dengan tangan dan kaki yang terkangkang, terasa mcm melihat dia di sudah di depan mata. Bila doktor adjust view, nampak lah tangan dan kaki dia yang bergerak2, ke atas ke bawah, mcm dia tengah mengaru-garu kantung dia tu.

Tulang belakang pun kelihatan sgt jelas. Telinga pun dah nampak. Ya Allah, kalau tanya perasaan waktu tu.. tak tahu nak kata apa. Ikut rasa hati, tak nak kasik doktor tu stop. Nak je tengok dia sepanjang masa.

Dan bila tonton video yang aishah post kat FB, hati jadi sayu. Kamu juga harus tonton.

*en ekwan terkilan tak dapat tengok sama sebab dia kena jaga beg2 laptop kami kat luar. kesian sama dia. takpe..lain kali ye daddy -kata baby-

14 October 2009

tak pasti kebenarannya

Seorang kawan yang juga sedang mengendong nyawa yang bagitau pasal ni. Lupa pulak nak tanya, mana dia tahu. Tapi sebab rasa keterujaan yang tinggi, terus cuba.

Dia kata 'letak jari kau kat bawah pusat, nanti rasalah degup jantung dia' Dia yang dimaksudkan di sini adalah baby di dalam perut. Bila bagitau kat suami dia kata 'ye ke boleh rasa?? ke tu jantung awak sendiri' Tapi bila difikir balik, tak kan lah degup jantung kita boleh rasa kat perut lak. Maka boleh terima lah, mmg degup jantung baby kan..

*Setiap malam, naik je katil, sebelum peluk bantal, mesti buat.

12 October 2009

penat tapi puas hati

Hoyay!!! Ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab masih berjaya bangun untuk pergi keje pagi, walaupun dalam kepala dr malam sabtu lagi dah pikir nak ponteng.

Ye, saya adalah keletihan tahap maksima sabtu lepas. Semua gara-gara kegigihan sendiri *dan disokong penuh oleh suami* yang mahu mengadakan upacara makan-makan menyepahkan rumah sendiri. Lepas tu tunjuk terror dan macam ada super power, semua nak masak sendiri. Hah, amik ko..rasalah tergolek dok malam sabtu tu. Nasib baik pukul 9 malam, takde org dtg dah.. kalau tak menjawablah kitaorg laki bini. Kitaorg pun satu hal, tak letak time limit, konon 'datang la, selagi ada' Hah, jawab lah ko, bila kena goreng mee 2,3 kali sebab lauk lain semua dah habis.

Nasib baik Aziah *pengapit sepanjang masa* dengan baik hatinya offer nak dtg tolong masak, siap tido kat umah malam jumaat tu. Oohhh, kalau dia takde.. mmg nangis lah aku org dtg pukul 1.30am tu, aku kat dapur lagi tengah ngadap kuali. Ni dia dtg tolong pun, aku mandi pukul 2.. dan tak sempat la nak mekap2 bagai...*rasa lah mcm pompuan tak siap kejap bila dah lewat ptg..huhuhuh*

Gambar pun tak sempat la nak amik. Serius, terkejar sana, terkejar sini. Nak melayan tetamu mmg tak sempat. Lagi2 time kena serbu sekali 2,3 kereta. Self service la korang. Nak bergambar mmg langsung tak sempat. Kalau ada pun, sebab org panggil amik gambar. Aku nak klik sendiri mmg jgn harap. Telefon pun en Ekwan yang pegang. Uiissshhh, giler busy lah..

dapur yang tak sempat nak kemas. sesiapa yang nak tumpang toilet, awal2 aku pesan 'buat2 tak nampak je lah ye dapur tu'

Terima kasih buat semua yang sudi datang. Almost semua yang dijemput hadir. Mungkin excited kot nak tgk umah pasangan baru ni. Mintak maaf lah ye mana yang kurang. Kalau sape yang dtg malam tu, makanan mcm dah nak habis, sorry sgt2. Kami tak sangka jemputan akan seramai ini. Lain kali, kitaorg akan bersiap sedia. Masak banyak2... Tapi paling tak sangka, mak mertua pun datang. Dari pahang lagi. Ngan pak chu sekeluarga. Huhu, meriah tak meriah la upacara makan-makan awak en ekwan, konon je kata 'kecil-kecilan', tapi sampai awak kena berlari carik ayam lagi petang tu..hahahaha... lawak sungguh *padan muka kita kan*

# tak sangka amy dan yonna akan sampai... tiba2 si yonna call kata 'akak, kitaorg dh depan umah akak'

08 October 2009

nak jemput ke tak

Bulan November bakal menjelma.. kad jemputan pun dah mula kunjung tiba. Ramai yang akan naik pelamin November ni.

Dan ada sorang membe ni, entah macam mana tengah borak2 ngan dia *online je pun* Dia tanya 'dulu ko jemput ke ex-bf ko masa ko kawin??' Hah, amik ko, soalan cepu mas dia bagi. Kan bagus kalau soalan tu tak relevan untuk dibagi kat dayu. Tapi nak buat camne, dulu saya kan agak gedik terlebih. Pastu sengal, perasan diri macam laku terlebih *yelah, dolu-dolu kita 52kg je tau* Tapi bila usia mula bertambah, otak mula bertindak tanpa terlalu mengikut kata hati. Barulah pandai nak membuat keputusan bijak. Pilihan yang dibuat pun pastilah yang terbaik.

Dan disebabkan kesengalan dan ketidakbijakan membuat keputusan pada suatu masa dulu telah mengakibatkan kewujudan mereka-mereka yang dikategorikan sebagai 'ex-bf' sebagaimana yang dimaksudkan oleh rakan saya di dalam soalannya di atas. Tapi biaslah kan, tu namanya pengalaman. Kalau tak buat silap, kita tak kan belajar pape. Samalah kes nya kat sini, kita sebenarnya dah jumpe org yang sesuai untuk kita, tapi hati masih degil, konon akan ada yang lebih baik dari dia. Sekali dapat yang lagi teruk.. padan muka *kata kat diri sendiri*

Arrgghhh sudah... kisah lama smua tu. Sudah pun dikesali.

Kembali kepada persoalan asal 'perlukan menjemput ex-bf kamu ke majlis bersejarah kamu itu??' And for me, jawapannya adalah 'tak payah' Lagi-lagi kalau ada urusan tak selesai antara kamu berdua. Kalau dulu tidak berpisah secara demokrasi. Ada perasaan tak puas hati dia terhadap kamu. Jangan carik masalah. Baik keluarkan nama dia dari senarai awal-awal. Sebelum dia buat majlis kamu huru-hara nanti. Tak terbayangkan beb...

Tapi itu kalau kamu ada masalah yang tak selesai lah. Kalau dulu kamu berpisah secara damai. Dua-dua pihak dah saling memaafkan dan menerima hakikat, tiada jodoh di antara kamu, dan menrima baik pengakhiran hubungan tu. Tak salah rasanya untuk menjemput. Walau belum tentu dia nak dtg, saksikan kamu cantik2 duduk atas pelamin ngan org lain. Agaknya kalau dia sudi datang pun, dia senyap2 je.

Hmmm..terserah lah. Kalau kamu rasa mengundang dia tidak akan mendatangkan masalah pada mana-mana pihak, teruskanlah niat tu. Takde sape rugi, tapi kalau ragu2, baik tak payah.Hubungan kamu dengan dia dah berakhir. Kamu dah jumpa pun orang akan hidup bersama kamu sampai ke hujung nyawa. Apa lagi mahu diambil pusing hal lama. Tinggalkan je lah.

Hidup baru yang akan ditempuhi akan lebih indah. Percaya lah.. dan akan lebih indah tanpa kehadiran unsur-unsur yang tak diingini..

05 October 2009

padan muka ko dayu

Semalam tiba-tiba sesak nafas..

Apa tak nye, baru je balik setelah seharian meninggalkan rumah sebab sibuk berjalan ke sana ke mari mengisi perut sehingga sendat. Pastu perangai punyalah molek, sebelum keluar rumah tak reti nak kemas rumah. Ngan baju memenuhi karpet depan tv. Nasib baik dah berlipat, kalau berlonggok-longgok je. Pengsan terus agaknya aku.
Sedang elok basuh pinggan. Ada orang bagi salam. En Ekwan lah yang menjawab, pastu dia terus datang dekat 'yang, org depan dtg raya' Hah, amik ko.. berlari-lari laki bini 2 orang ni clear kan meja kat depan tu. Angkut smua barang atas sofa campak masuk dalam bilik. Gelabah ayam jadiknya kitaorg..

Serius serik.. lepas ni sebelum keluar nak pastikan rumah berkemas. At least takde lah bersepah sangat. Buat malu diri sendiri je.

Dan hari ini, 3 jam dihabiskan hanya untuk mengambil tekanan darah, timbang berat badan *yeay!! dah tambah lagi 1.5kg..* dan untuk doktor tu tanya2 soklan, picit2 sikit perut..Ohhh, sgt membuang masa lah!!! Kalau dikira secara lojik rasanya dalam setengah jam siap dah semua tu tau.. saja nak buat aku tersenguk-senguk kat klinik tu..