Wahhh, ada isu hangat mengelegak ye semalam. Time aku offline, time tu lah ada isu menarik. Tapi aku amik langkah, tak mahu komen banyak-banyak. Tapi jadikan ini peringatan kat diri sendiri. Sentiasa beringat, fikir panjang dulu, amik kira segala kesan dan sensitiviti sekeliling. Sebelum publish baca semula, sambung check spelling error, pikir gak patut ke tak patut apa yang nak ditayangkan kepada umum.
Kepada yang mungkin begitu terguris dengan kenyataan dia, tenangkan diri. Cuba maafkan dia. Tapi kalau tak boleh sangat pun, jangan la terus-terusan menghentam dia. Tak baik.
Semalam aku offline seharian sebab semalam tak keje. Sebab badan rasa macam nak demam. Tambahan pulak angin malas yang memenuhi badan, pastu Eisya pulak malamnya asyik merengek. Kembung perut, ibu pulak tak dapat tidur secukupnya. Terus amik keputusan tak payah gi keje pagi semalam. Dan nak jadik kesah lagi, laptop pulak buat hal. Tak bleh nak switch on. Hampa sungguh aku. Tu yang tak muncul di FB, Twitter juga blog semalam.
Bila seharian menghadap tv ber-2 ngan Eisya. Aku tiba-tiba mahukan remote Astro yang boleh ada button 'disable function' Yang aku boleh tekan kasik remote itu tidak berfungsi. Bila nak guna tekan 'enable' button pulak. Toy kegemaran Eisya kini adalah remote astro. Dia sangat suka bila dia tekan-tekan, tv bertukar channel. Konon macam sangat terror la. Siap bising suruh aku tgk dia dah tukar channel. Pastu bila amik tukar semula, dia perhati je apa kita buat. Pastu dia tukar lagi. Aiyaaarrkkk!! Ibu tengah syiok tengok ulangan MasterChef dah kena hadap channel entah pape dia pilih.
Dan sangat bijak, bila bagi remote kipas dia tak mahu. Pandang je muka kita, tangan capai remote astro, dan terus main tekan-tekan.
*trus rasa nak carik remote astro lain, cabut bateri kasik dia main puas-puas. mesti nanti dia ngamuk kenapa tekan-tekan tapi tv tak berubah gambar. kesian pulak, tak sampai ati nak tipu anak
31 March 2011
29 March 2011
Pemakan yang Pantas Dikehendaki
Korang boleh makan banyak-banyak, cepat-cepat tak?? Orang selalu akan fikir, kalau badan besar mesti bleh makan banyak kan. Tapi ada gak orang kurus bleh makan ngalahkan org yang besar. Hah, kalau korang berbakat dan berpotensi nak makan dalam kuantiti yang banyak dengan pantas, aku rasa tak patut korang lepaskan peluang yang satu ni.
Goliath Challenge @ Frame Cafe, Sunway Pyramid
Setiap Selasa & Ahad bermula 4 April - 26 April 2011
Setiap Selasa & Ahad bermula 4 April - 26 April 2011
Bayaran pendaftaran adalah RM 49.90. Tapi kalau korang bleh habiskan Goliath Burger yang seberat 4kg ngan 1.5 litres drink dalam masa 30 minit, korang bleh dapat balik duit korang tu. Dan yang lagi seronok, kawan-kawan yang datang menyokong pun bleh dapat 50% diskaun.
Sape nak pegi, ajak aku. Aku nak jadik penyokong.
Lagi satu, kalau sepanjang masa pertandingan berlangsung, jika masa korang adalah yang terpantas. Korang berpeluang untuk menang RM500. Dapat makan free, dapat duit lagi. Tetiba rasa nak join, tapi aku mana bleh makan burger sampai 4kg, in 30mins lak tu. 30 jam bleh la.
Goliath Burger itu ibarat 4 bijik Big Mac Mc'D.. amacam?? Ada berani??
Kalau rasa macam boleh telan, klik SINI untuk reservation. TQ

27 March 2011
Mc'D hunting on Sunday Morning
Eisya bangun seperti biasa walau pada hari minggu. Bila la agaknya aku nak merasa bangun pukul 10 pagi semula erk?? Tapi nak buat macamana, dah tuntutan anak kan penuhi je lah. Kang aku biarkan dia memekik sorang-sorang, ada orang ketuk pintu pukul 6.30am ni kang. Anak dara aku tu kalau menjerit aku rasa satu row ni boleh dengar. Maka, bangunlah aku bukak kan dia tv dan layan dia tengok kartun entah apa tu.
Dan terus kejutkan Ekwan sebab aku ada agenda nak dijayakan.
Agenda yang tiba-tiba dirancang petang Jumaat. Ketika bersadai di Twitter. Shazz Zulkefly lah ni mulakan. Dia tanya mana nak dapat kupon breakfast FREE kat Mc'D. Dan Azie yang menyedari segala persoalan kami terus membawa sinar harapan bila dia kata 'mahu kah? bak sini email' Lebih kurang ginilah ayat nyer, tapi ini versi aku lah :) Dan aku tanpa berlengah trus bagi email dan menunggu email Azie masuk. Bila dah dapat trus print. Lagi 2 minit nk kul 5 time tu. Kemas bag dan trus kutip kupon kat printer on the way ke pintu keluar.

sah sehingga 31 Mac 2011
Dah terlanjur Eisya bangun awal. Trus kami anak beranak menyiapkan diri dan menuju ke Mc'Donald paling berhampiran di USJ Taipan. Jam 8.30am waktu itu. Bila sampai, kami seperti tidak percaya. Punyalah ramai umat manusia di sana. Beratur hingga ke luar. Bukan sikit2 lak tu. Queue yang sangay panjang ye. Peergghhh!!! Giler lah. Semua nak breakfast free.
Mc'D Taipan kena serbu
Betapa rakyat Malaysia amat gemarkan benda Free kan.. Taklah free sepenuhnya, bermodalkan RM8.50 kami dapat 3 set breakfast. Berbaloi-baloi kan.
Ada 4 hari lagi, gi lah serbu Mc'D. Bagi semua Mc'D padat sepadatnya.
*takde gmbar kat Mc'd yang dah macam sardin sempat dirakam sebab sibuk suap anak makan pancake Mc'D. seronok dia, habis 1 1/2 dia kejekan
25 March 2011
Hasil ChurpChurp sangat memberangsangkan
Tiap hari aku mesti check pendapatan yang berjaya dijana bersama ChurpChurp. Dan mesti tersengih-sengih kegirangan. Earning ChurpChurp bertambah setiap hari, biar pun sikit tapi bertambah lah jugak berbanding akaun Nuffnang aku yang dah 3 bulan takde Buffered Earning tu. Kenapa erk?? Korang dapat tak BE dari Nuffnang?? Ke aku je yang tak berjaya memikat advertiser?? *kehampaan*
Seminggu bersama ChurpChurp aku dah dapat RM 3.00. Jadik la kan, dari takde :)
Korang pun apa lagi, cepat join ChurpChurp. Klik SINI.
Manfaatkan masa yang anda luangkan di FB, Twitter dan Blog. Jana pendapatan sekarang juga!! *dah macam ayat promo direct selling lak aku rasa

24 March 2011
i nak dapat adik ipar
Bulan 10 ni aku bakal dapat adik ipar. Hoyay!! Ada lah assistant kat umah lepas ni. Selalu aku ngan mak berdua je kelimpang kelempung kat dapur tu. Dan sejak ada Eisya ni, selalu mak sorang-sorang je boleh beraksi. Aku duduk kejar Eisya sana-sini. Dok kutip tupperware yang dia campak sesuka hati tu. Sambil aku kutip tupperware, dia gi main bawang pulak. Sama-sama lah aku nga opah dia menjerit. Akhirnya, mak masak sorang la. Aku dok kat meja teman dia borak sambil perhati Eisya main bawah meja.
So nanti bila mak dah dapat menantu pompuan, harap-harap ringanlah skit keje mak.
Harap-haraplah.
Tapi dari pemerhatian awal ni, macam memberangsangkan.
Baru seminggu bertunang, adik aku tu dah mula gelabah. Asal call 'long, mana bridal okay??' Pastu esok call lagi 'photographer long?' Dia punya kelam-kabut mengalahkan aku. Iyelah, orang tunang 6 bulan je kan. Pastu tunang kat KL, dia yang kat Johor. Harus lah dia yang gelabah ayam. Ngan mak-mak aku sekali dia angkut jadik gelabah. Sampai aku ajak gi berjalan cuti-cuti Malaysia bulan 7 nanti pun dia tak nak, sibuk uruskan angah kawin katanya. Majlis belah laki ni. Nasib masa kenduri aku dulu tempoh nak bersiap sedia tu lama.
Anyway, majlis berlangsung minggu lepas, 20 Mac 2011.
rombongan kami nak menyerang.
ingatkan tak ramai nak menghantar, sekali sampai 7 bijik kete kau.
hasil kerja tangan i
Dan inilah bakal adik ipar i, bakal Mak Ngah Eisya.
Kecil molek ok tunang adik aku ni. Aku rasa macam gergasi je kalau diri sebelah dia. Adik beradik dia pun 4 orang gak, sama macam kami. Yang bezanya, dia sorang laki. Kami, aku sorang pompuan. Merasalah adik aku hidup dalam keluarga ramai pompuan. Oklah tu, nanti ada geng menantu laki. Ekwan gak kesian, dia sorang lah menantu laki mak ayah aku.
puas aku berusaha kecikkan badan. tetap kelihatan mcm gergasi.
Eisya pulak berusaha nak tarik shawl bakal Mak Ngah
Semoga ikatan janji yang dibina akan berkekalan. Semoga hubungan berkekalan hingga disatukan. Tak lama, 6 bulan je. Tapi dugaan boleh datang pelbagai rupa. Pandai-pandailah jaga diri ye. Apa-apa pun sempena dah gaji ni akak nak gi beli kain. Korang dah ada tema kaler kan.. Alang-alang carik baju raya, carik yang sama kaler ngan tema korang. Jimat duit kak dik.. Ke korang murah hati nak taja kain 2 gulung?
Puan Fahreen, sila maklumkan ibu anda. Baju raya kami sekeluarga tempah dengan beliau ye.
Bagi mereka yang tiada i-phone atau Blackberry
Aku memang dah lama pasang niat nak beralih arah. Rasa cukup-cukuplah ngan satu provider tu. Takde manfaat sgt pun jadik setia user bertahun-tahun.
segala urusan adalah atas talian. mudah. klik sana, klik sini
siap sudah.
Dan yang membuat aku makin berkobar-kobar nak bersama Digi sebab Digi selalu je ada macam-macam promotion untuk pengguna dia. Macam sangat menghargai kesetiaan pengguna. Ada je cara dia nak manjakan user. Tu yang macam nak beralih kasih. Mana boleh tahan siot, tiap2 hari dok tengok je segala promosi dia tu. Wa nak gak..Dah lah menarik semuanya. Menang itu, menang ini. Aku mana bleh tengok orang nak bagi barang free, aku pun nak join sama.
Ni yang terbaru ni hah.
Download Opera Mini secara percuma, dapat 1MB data free, pastu bagitau smua kawan-kawan dapat lak peluang nak menang HTC Mozart. Menarik!!! Memang menarik.
ingat orang ada smartphone je ke bleh main internet kat telefon, telefon biasa pun boleh lah.
Dengan OperaMini, segalanya mungkin *mcm over pulak
Kepada yang dah sememangnya bersama Digi, janganlah lepaskan peluang dan tawaran menarik ni. Download OperaMini arini. Tapi kalau nak fikir-fikir dulu pun no hal. Offer ni sampai 31 Mei 2011 *wow, banyaknya tawaran berakhir 31/5)
23 March 2011
Tetap sama
Tadi tengah ber'facebook, bila tengok album-labum orang kat sidebar tu. Kuar pulak album adik aku yang bertajuk 'Mak & Ayah' Ada gambar mak dan ayah masa muda-muda. Terus aku save.
Dan bila aku tatap semula, gambar-gambar tu. Uiiihhh, muka mak masa muda-muda sama la macam muka aku masa kini. Maka, dah tau tua nanti camne rupa aku. Tapi macam sedih la, mak aku maintain je ramping. Nape aku tak warisi kerampingan beliau?? Kenapa??
uuiiihhh, hebat mak i posing dulu kala.
Sama kan?? Mata aku tengok sama. Ke mak aku lagi comel di zaman mudanya??
Dan bila tengok gambar ni, lagi teruja. Mata aku mengatakan rupa budak dalam gmbr tu, muka dia, ekspresi dia serupa seperti Eisya. Memang sah anak ibu. Tapi nape rambut awak tak selebat rambut ibu Cha?
Keluarga kecil En Abdullah & Pn Hamidah
keluarga kecil kita (:
Dish Deli, Solaris Mont Kiara
*ni entry berunsurkan iklan.
Iklan ni muncul memang kena pada masanya. Sebab aku memang tengah merancang for family dinner bulan 4 nanti. Memang terbaik la, sebab offer ni redemption date dia dari 1/4/2011 hingga 31/5/2011. Tapi tawaran hanya sah 3 hari saja lagi.
Aku macam baru perasan, semua deal milkAdeal mesti kat area Mont Kiara kan..
Dan macam tertarik dengan tawaran yang dipromosikan, aku check lebih lanjut. Agak-agak memang berbaloi selamba aku beli 2 kupon ni.
nak beli ke tak??
Dan buat aku makin tertarik adalah Dish Deli itself yang dikatakan adalah kid's friendly, ada kids corner lengkap dengan baby changing facalities. Kedengaran umpama tempat yang amat sesuai untuk ibu bapa beranak kecil seperti kami untuk makan-makan di luar. Dan macam lagi best, Dish Deli ada Gourmet Goo, khas untuk baby. Tak payah tapau bubur Eisya kalau malas (:
Bila check-check menu, okaylah. Berbaloi lah.
Pe lagi, trus tak sabar nak klik membeli. Bulan 4 kang boleh gi. Celeb birthday Eisya (:
Eisya dah 11 bulan
Eisya 11 bulan kini!! Sebulan lagi sudah setahun.
Tanpa sedar kini baby saya nak jadik toddler. Sudah pandai menunjukkan emosi. Sudah pandai marah bila keinginannya tak dipenuhi. Sudah pandai merajuk. Dah pandai buat muka tak puas hati bila kena marah dengan ibu. Anak saya dah besar.
Dah pandai main 'chak chak' Pantang dapat kain, mesti tutup muka pastu ajak ibu main 'chak chak' Tergelak-gelak anak ibu main sorok-sorok muka ye. Tiap kali awak gelak bersungguh-sungguh mesti sampai tersedu-sedu. Kesian pulak ibu tengok. Dan semalam, kita main sorok-sorok belakang pintu pulak. Suka betul awak bila ibu dapat 'tangkap' awak. Gelak sampai terduduk-duduk. Suka sangat gayanya.
Memang sekarang awak suka sangat main kan, sampai petang-petang bila ibu ngan abah datang nak amik balik dari nursery, awak macam tak nak balik je. Seronok sangat main ngan kawan-kawan. Pagi-pagi buat muka sedih, peluk bahu ibu kuat-kuat, tarik tudung ibu tapi bila petang sibuk tunjuk ball kat ibu ajak ibu main. Pandai anak ibu bersosial.

Dan awak kini semakin tak reti duduk diam. Lagi-lagi dalam kereta. Ibu rasa tenaga ibu habis sebab layan kerenah awak je. Kadang tu, ibu tak tahu dah nak buat apa. Letih. Memang letih. Sampai ibu sentiasa berharap setiap kali masuk kereta pagi-pagi nak gi 'school' awak akan tertido lepas menyusu. Tapi memang tidak lah. Awak sangat teruja nak selongkar setiap pelusuk kereta. Ohhh, duduk atas riba abah masa kereta bergerak adalah kegemaran masa kini awak. Bila tak bagi, awak menangis tak puas hati. Anak ibu dah pandai memprotes.
salah satu cara nak bagi dia duduk diam dalam kereta, amik gmbr pastu bagi handphone kat dia. bagi lah dia komen entah pape, dan siap sedia kalau dia campak handphone tu
turuti segala apa yang dia nak 'makan'
Ibu geram tapi ibu rasa kamu sangat comel bila kamu marah.
Bila awak dah mula pandai cemburu, macam comel pulak ibu rasa. Ibu ngan abah tak bleh pegang orang lain. Mulalah awak datang dekat menyendeng. Nanti kalau ada adik, tak boleh la macam ni ye sayang, kena share okay.
ni sape pulak ni ibu pegang ni??
Dan kini ibu menanti dengan rasa penuh keterujaan untuk melihat kamu melangkah di atas kaki sendiri tanpa sebarang bantuan dari ibu dan abah. Ibu tak sabar nak tengok kamu berjalan tanpa tolak bakul atau kerusi. Jangan malas-malas ye sayang, aritu awak dah melangkah dah. Tapi lepas tu awak terus duduk, dan merangkak. Nanti dah bleh jalan sendiri senang la nak kejar ibu gi dapur. Kan seronok tu.
Eisya,
Ibu nak awak tahu, walaupun adakalanya ibu semacam buat tak tahu je kat awak. Biar awak main sorang-sorang *alah, abah adakan* Hakikatnya, ibu sangat sayang kat awak. Ibu sanggup kehilangan segala benda dalam dunia ni tapi bukan awak. Andai kata awak takde, ibu tak pasti macamana ibu nanti. Sayang ibu kat awak tak boleh nak diluah sayang. Setiap malam, bila ibu tatap wajah awak yg tengah lena, makin mendalam kasih ibu untuk awak. Betapa ibu rasa sangat bertuah memiliki awak.
Teruslah membesar sayang... Ibu dan abah akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk awak.
Selamat Ulang Bulan ke -11 Eisya Elyssa.
21 March 2011
nak tukar profesion yg entah bila boleh dapat
If only travelling is an occupation.. Don't we all wish the same?
Jangan ditanya soalan yang dah pasti jawapannya boleh tak? Isskk, siapa yang tak mahu kalau bila-bila je teringin nak berjalan-jalan, sumbat-sumbat baju, amik passport.. zasss... Peerggghh!!! Memang idaman ramai la wehh..Ni tak, nak berjalan-jalan ke seberang laut pun kena kumpul duit sampai bertahun. Kesian aku kan. Nak tunggu bonus, lagi lah takde. Kesiannye kat aku. Memang sadis lah.
Eh company mana ada offer jawatan camni hah?
Nama Jawatan: Pelancong Sepenuh Masa
Skop keje: Jalan-jalan lawat kawasan secara PERCUMA, balik buat video, buat presentation
Memang haram takde.
Nak join contest MASTraveller macam tak cukup bahan. Hmmm, akan dipertimbangkan. Dah ada peluang depan mata, tak kan nak sia-siakan.
*nak kena buat video la pulak
** eh, kalau aku dah submit korang vote eh (:

17 March 2011
Pilihan di tangan anda
Semalam, balik godek-godek semua botol susu Cha. Saje suka-suka walau yakin yang pilihan botol aku adalah bebas dari BPA. Saje nak carik, mana tahu ada no 7 kat bawah tu. '
Yang Medela, kat bawah dia ada tulis PP. Pastu puas aku tonggeng botol-botol NUK dia. Tapi takde tulis pape, tapi NUK memang dah tulis siap-siap kat pacakging dia BPA Free. Maka yakin dan pasti lah. Yang BumbleBee lagi la, kat botol pun dah terang-terangan tulis BPA Free.
Tadi saja gi Sogo, nak beli botol size 90z. Pergghhh, melambak-lambak orang kat tempat botol susu. Penuh je orang kat rak Avent tu. Pastu Sogo lak macam mengambil kesempatan pun ye gak. Konon buat sale, tapi makin mahal ada. NUK tu selalu RM 19.00 je, ni siap 20% RM 20 dia jual. Nasib baik aku ni malas nak berkira RM1 tu, beli je lah. Tapi yang aku perasan, rupanya sebelum ni macam ramai yang tak aware pasal BPA sebelum ni. Masa nak beli tu, masing-masing 'eh ni BPA free ke?? yang ni tak ke' Pastu tanya lagi 'kenapa yang ni mahal sangat?'
Actually tak semua botol tanpa BPA ni mahal, ada je yang murah. Pilih lah keluaran tempatan punya. Yang mahal tu smua sebab imported. Macam NUK ni hah, Made in German lagi. Tu yang mahal tu. Avent aku tak pastilah pulak datang dari mana. Ada je BPA free yang bawah RM10 *tapi brand apa aku pun tak pasti sebab baca org tulis je*
Nape la BPA Free nyer botol tak comel-comel hah?? Takde kartun-kartun.
Takpe lah baru tahu dari langsung tak tahu kan. Pastu amik tindakan bijak, bertukar ke BPA Free. Dari yang tahu, tahu rasa tak perlu buat apa-apa. Tapi yang ni aku tak nak komen apa-apa. Pilihan di tangan anda. Lagipun kan 'masih tiada kajian yang menunjukkan botol BPA tu selamat' Aku baca ayat ni ulang-ulang ok dalam paper, kalau takde kajian kata selamat, maka tak selamat lah kan. Issskkk, jangan putar belit fakta boleh tak.
Memang ada jugak yang kata 'selama ni aku guna, elok je anak aku. dah 3 pun anak aku, besar panjang dah pun' Iye..iye, kan tadi saya kata pilihan di tangan anda. Tapi janganlah samakan dulu dengan sekarang. Paras radiation exposure dulu dengan sekarang tak sama. Dulu mana ada pemancar-pemancar alat telekomunikasi terpacak sana sini. Sekarang?? Kat every housing area ada. Dah la, tak nak komen lebih-lebih. Tak nak tukar sudah.
~ la la la la la la ~
Aku ingat nak tukarkan Cha ke Tommee Tippee atau MAM. Siap dah masuk cart littlewhiz lagi. Pastu tak jadik. Risau kalau dia tak bleh terima puting botol-botol tu. Maka, setialah kami bersama NUK. Lagipun NUK adalah skit gambar kartun kat botol tu (: Aku kan macam fanatik sangat ngan NUK, soother beli NUK, sepit kuku NUK, Nasal Aspirator pun NUK. Tapi Eisya tak suka isap puitng tiruan. Soother tu memang tak guna langsung. Dia kunyah-kunyah, dia buang. Last-last buat hiasan je. Tang sepit kuku tu Ekwan kata ngada-ngada, yelah harga dia kan sedikit mahal banding sepit kuku biasa. Tapi sejak Eisya umur 6 bulan tak pakai dah, pakai sepit kuku RM 2 je (:
NUK Classic BPA Free Orthodontic Bottle
*next purchase kita try wide neck lak
aku mmg suka belikan Cha botol design boy (:
Eh, Sogo buat promotion. Bawak apa sahaja botol lama anda dan tukar dengan NUK Wide Neck pada harga RM25. Esok nak bawak NUK lama Cha yang dah memang wajib buang tu, beli Wide Neck punya. Kasik try.
Aku baru tahu BPA Free bottle pun ada 2 jenis: PP ngan PSE
*PSE BumbleBee mahal lah, 4oz = rm 29++
** Sekali terlebih rajin, habis semua tupperware aku check. Alhamdulllilah, kebanyakannya ada 'PP
mak bapak versi moden
Kami ibu bapa yang 'rawk'??
Iye ke? Hahaha, tak mahu percaya. Sebab aku rasa, aku adalah masih ibu muda *muda la sgt* yang adakalanya sangat patuh kepada kata-kata peringatan dan pesanan orang-orang lama. Adakalanya lah. Tapi bila ramai mula kata kami 'rawk' tidak benarlah fakta yang sendiri keluarkan tu. Perasan sendiri je lebih.
Dan aku mula muhasabah diri, ingat kembali segala perilaku aku sejak hari pertama bergelar ibu.
Dalam tempoh berpantang lagi rupanya aku dah jadik mak 'rawk'.
Aku pulang ke Johor selepas bersalin 5 hari. Sehari di Johor, Eisya mula kena jaundice. Ngan berstokin, bersweater aku keluar ngan Ekwan gi klinik bawak Eisya amik darah. Ni dah langgar pantang dah ni. Pastu bukan reti balik umah terus, boleh pulak gi singgah Giant beli diapers Cha. Giler la, hari ke-6 dah bawak anak masuk giant. Bila mak aku call tanya apasal tak balik-balik lagi, beriya la cover kata nak sampai dah. Sedangkan tgh melilau dalam giant. Aku ingat lagi camne makcik-makcik kat foodcourt tu tengok aku. Iye...iye.. begitulah anak muda skrg selepas bersalin. Degil (:
Tapi lepas tu aku patuh balik, gigih melalui proses berpantang. Bertungku, berbengkung smua. Aku buat eh.. tak ngelat. Tapi 2 minggu je lah *sengih*
Eisya mula jejak Jusco seawal umur bape erk?? Tak pasti, tapi memang awal la. Ibu dalam pantang lagi sebenarnya tapi tak sedar diri. Iyelah, asal abah dia balik mesti bawak anak bini jalan-jalan. Mak mertua tak boleh nak kata apa dah. Dia tak halang, tak marah. Laki aku pun selamba badak la bawak anak bini masuk kete.
Memang mak ayah 'rawk' rupanya.
Bila dah membesar dan mendidik anak berdua di Kuala Lumpur, aku rasa aku tidaklah main ikut suka je. Banyak juga rujuk kepada yang lebih arif. Takde lah aku main harung je bawak dia keluar malam-malam. Lagi-lagi masa umur 3,4 bulan dulu Eisya jenis yang tak boleh diganggu langsung waktu tidonya. Bawak dia keluar time dia mengantuk, silalah hadap tangisan sepenuh jiwa raga dia tu. Maka, memang jarang la dia keluar malam hari.
Tapi memang Eisya masuk tawaf shopping mall awal lah. Umur baru 2 bulan dah masuk Ikano, gi Brand Outlet shopping baju. Masuk The Curve teman ibu shopping. Tengok wayang buat pertama kalinya pada umur 7 bulan. Umur 6 bln dah gi Genting. Tak nak roller coaster je.
Hebat anak aku. Ibu rasa ni semua bila umur dah 20++ Cha. Awak umur bulan-bulan dah merasa macam-macam.
Umur 5 bulan aku dah bagi dia makan bubur. Awalnya beriya lah aku nak menunggu dia 6 bulan, tapi akhirnya gagal. Merasalah anak aku makan bubur awal. Bab ni aku ada sikit frust lah ngan diri sendiri. Terus aku pasang azam, adik Eisya nanti aku akan tekadkan diri, jangan mengalah ngan faktor persekitaran.
Bila dah imbas balik segala tindakan diri. Ohhh, memang 'rawk' rupanya aku.
Tapi aku belum pernah bawak Eisya lepak mamak tengah malam. Tak cukup 'rawk' lah kan.
Meh join Churp Churp pulak
Sebenarnya dah lama aku jin ChurpChurp ni. Tapi sekadar sign up, pastu macam biarkan je. Buat tak tahu. Sebab aku lebih asyik main Facebook, update blog kejar earning Nuffnang. Bukak website Nuffnang, tgk link ChurpChurp buat tak tahu je.
Tapi sejak seminggu ni, banyak pulak ChurpChurp hantar email tentang segala campaign yangsedang dilancarkan. Pastu macam menarik pulak tu. Nak bagi Iphone4 lah, percutian hebat ke Paris. Perrghhh, engkau ingat aku boleh tahan tak tergoda? Paling tidak, aku layan gak email dia. Tapi sebab bila nak klik link dia, access adalah terhad. Tu yang buat aku tertangguh jap. Tapi arini bila log in account ChurpChurp terus rasa tak sabar nak turut serta.
Pape pun kena la menjadi ahli keluarga ChurpChurp dulu ye. Dah jadik Churpers, apa tunggu lagi. Amik la peluang yang terbentang depan mata.
anda ada x-factor? maklumat tersebar pantas di hujung jari anda. mari menjadi Churpers *sgt sweet bunyinye*
Selain Nuffnang, anda juga boleh jana pendapatan dengan ChurpChurp ye. Bukan kah menarik itu?? Campaign mereka lebih kurang sama. Apa sedang berlegar di Nuffnang, itu jugalah di ChurpChurp. Cuma modus operandinya saja sedikit berbeza. Di Nuffnang, kita serah nasib je. Ada advertiser berkenan, dapat la Buffered Earning. Tapi di ChurpChurp, campaign di lambakkan depan mata. Pilih je mana yang korang suka nak untuk join. Pastu jalankan misi mempromosi. Tidak kah itu lagi seronok. Kita sendiri pilih. Dah lah menarik, RM 0.20 - 0.40 per unique click. Masyuk!!!
Ada banyak campaigns tengah berlangsung ni.
Apa lagi mahu tunggu, gi jadik Churpers sekarang. Klik SINI. Dah join, janga lupa join ChurpChurp kat FB and Twittter for more updates.
Sekian, khidmat sosial dari saya.
16 March 2011
Rabu yang membisu
Memilih untuk anak
Sehingga kini Eisya masih diberi Dumex Dulac sebagai bahan pengisian perut semasa di nursery.
Iye, aku sudah tidak bekalkan EBM ke nursery sebab penghasilan susu terbaik dalam dunia adalah sangat menghampakan. Lantas diri sendiri terus menjadi malas nak mengepam keluar hasil yang tak seberapa. Dan terus amik keputusan, beri sahaja Formula Milk di siang hari, malam hari beri susu badan. Asalkan kami bersama , dia akan diberi susu ibu. Aku semat dalam hati, walau ada rasa kecewa. Begini lebih baik, dari tak merasa langsung. Apa salahnya bercampur FM dan susu ibu. Insya Allah, adik dia akan menerima lebih baik dari ini.
Dan di kala umur menjangkau setahun, sekali bancuhan Eisya boleh habiskan sehingga 6oz. Adakalanya sejam sebelum tu dia dah direct feeding dah, tapi bila bagi FM 5 oz pun dia bleh balun perabis. Tak kenyang ke dia?? Tu belum masuk ngan biskut, buah semua.
Terus aku rasa nak bagi dia Langkah 2 Dumex Dupro. Boleh dah ke erk?? Kan packaging tu pun tulis 6 bulan - 3 tahun. Dah boleh ke??
-saya yang serba tidak tahu
15 March 2011
Cepat!!! Sampai 1 April je
Pagi tadi sedang merayau entah ke mana di alam maya ni. Aku terpandang satu iklan yang menarik sungguh. Terus klik. Mesti membantu menjana pendapatan tuan rumah berkenaan. Bila dah click, memang tergoda lah.
Aku kalau contest hadiah menarik memang lah tergoda habis-habisan. Tapi bila dah baca-baca macam tak berbakat je aku nak join.
Pergghhh!!!! Hadiah dia memang terbaik la. Dah la ditanggung sepenuhnya. Heaven!!
Apa yang korang perlu buat, hanyalah bercuti tentang percutian korang. Mendokumentarikan percutian, mudah je. Pastu buat video skit. Tak ke mudah tu namanya. Pastu submit blog entry. Siap boleh submit entry lama lagi kalau dah malas nak baut entry baru. Tapi lebih afdal lah kalau korang taip yang baru, nampak skit kegigihan nak menang percutian percuma ke PARIS ngan NEW ZEALAND tu.
Korang yang selalu bercuti-cuti tu, pe lagi. Submit lah entry. Tapi pape pun kena lah jadik member Mastraveller.com dulu.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, gi lah selongkar sendiri ye.
*rasa nak suruh laki aku submit entry dia gi Melbourne dulu la. gi Melbourne tinggalkan bini ngan anak dalam perut. balik bawak gmbr melambak-lambak. seb baik ada cenderahati, kalau tak memang tak bermanfaat sungguh
Ceita Bergambar: Bila Eisya jumpa sungai
Selesai majlis menyaksikan detik bersejarah rakan, bergegas la kami pulang ke kg halaman di Pahang. Bertolak jam 11, kul 3 pagi sampai. Nasib baik Eisya masuk kereta, dapat susu terus terlentok. Tangan ibu dia lah yang kelenguhan tampung kepala badan anak. Aku ni asyiklah lupa nak bawak bantal buat sendal tangan, time ni lah handbag di multi-function kan. Kalau tak memang tak dapat lah aku nak join Eisya lena sama.
Bila sampai kampung, harus lah budak ni terjaga. Dan berhempas pulas la aku nak tidokan dia smula. Last-last, tutup lampu. Kasik gelap, kasik susu. Tido lah dia, selepas membuat bising dalam kegelapan. Dan esok, ke Jerantut pulak kami. Memberi sokongan kepada majlis sedara. Takde lah nanti bila kita buat majlis, takde langsung yang tunjuk muka. Tak gitu.
Perjalanan pulang adalah sedikit mencabar. Eisya jaga dari tido di Temerloh, dan dia tidak mahu duduk diam. Habis sudah satu kereta dia selongkar. Dia dah kebosanan. Boring. Tak tahu nak buat apa dah, last-last mengamuk tanda protes. Agaknya kalau boleh bercakap, menejerit-jerit dh dia 'Ibu!! Bila nak sampai ni?? Cha penat dah lah' Bila nak stop kat R&R Bentong, dia macam ok dah. So sambung semula perjalanan. Kami dah tak sabar nak sampai rumah. Tapi dia makin tidak boleh di kawal. Maka berhenti la kami di R&R Lentang.
Dan seterusnya, cerita bergambar dari saya. Silakan.

budak muka teruja tengok air sungai dan ibunya.
ohh, ini lah baju yang Cik Ani, mak Puan Reen jahitkan. selesa dipakai. dan yang penting, sangat pantas ye Cik Ani siapkan baju saya. 3 pasang 2 minggu dah siap. hebat -promosi sebentar-
bila abah mula bawak masuk air, macam malu-malu. takut-takut. siap angkat sebelah kaki lagi. tak mahu lah kononnya
pastu macam best la pulak ye
seronok rupanya. jom gi sana abah.. sana pulak.
gi kat ibu abah.
seronok dia main kocak-kocak air ye. tak sejuk ke Cha weh?
anak aku dah naik syiokk. gembira habis dia bila abah duduk kan dalam air.
gembiranya dia main tepuk-tepuk air. baju dah basah dah. mulut dia sangat bising ye. sambil tepuk air sampai menjerit. seronok sungguh gayanya
Eisya geram tengok air tu bergerak-gerak kot, tu yang macam nak tangkap air tu. tapi sampai ke sudah tidak berjaya.

Ingat nak bawak dia jalan-jalan lagi dalam sungai tu, tapi bila pegang tangan dia. Perrghh, punyalah sejuk.Tak pulak mengigil dia. Kalau mandi kat rumah, pantang air paip sejuk sikit. Berlari peluk kaki ibu. Ni rileks je pulak. Siap bila angkat bawak naik, bising je mulut tak puas hati. Tangan asyik tunjuk-tunjuk air sungai.
Pagi tadi tengok dia tak selsema. Jangan petang ni aku amik dari nursery idung meleleh sudah.
Pagi tadi tengok dia tak selsema. Jangan petang ni aku amik dari nursery idung meleleh sudah.
14 March 2011
Weekend yang sendat: Khutbah Nikah yang menginsafkan
Hari minggu yang padat dan sendat. Eisya pun ngamuk-ngamuk duduk dalam kete. Penat mungkin. Bosan iye jugak. Padat dengan aktiviti memenuhi komitmen sebagai kawan, dan anak sedara. Biar badan penat tapi jangan sampai dikata tak mengenang. Selagi mampu dan larat, penuhi lah. Kalau tak berdaya, nak buat camne kan.
Sabtu, 12 Mac 2011 diikutkan kami ada 2 jemputan. Tapi tak mampu nak hadiri semua. Terpaksa memilih, dan Ekwan pilih untuk hadiri majlis rakan sepejabatnya. Yang boleh dikategorikan rapat. Banyak membantu bila diperlukan. Maka, minta maaf ye pihak yang lagi satu. Badan kami tak boleh nak dibahagi 2, kami juga tak mampu nak berada di Bera selang sejam selepas berada di Hulu Langat. Takpe, lain kali masih ada kan. Insya Allah, acara itu kami turut serta.
Beginilah kalau keluarga dah makin berkembang. Kalau dulu, ada keluarga kita je. Acara keluarga ngan kawan-kawan kita je kita nak layan. Ni dah ada keluarga belah suami. Kawan-kawan dia. Acara opis dia. Kenduri-kendara sedara mara dia. Nak tak nak kena beralah. Kena pilih memilih. Pepandai la bahagi membahagi kalau dah sehari ada 3 majlis, tak senak gi semua. Kalau dekat-dekat takpe, ni kalau dah beratus kilometre, tak sesak jadiknya.
Alhamdullilah, percubaan pertama bawak Eisya ke majlis syarak, berlokasi dalam surau adalah mententeramkan. Diam je dia duduk atas riba abad dia tengok uncle Zul diijabqabulkan. Syukur. Mungkin dia tengok orang lain semua diam, dia pun diam je. Kusyuk ke dengar imam baca khutbah nikah. Tapi lepas tu, sila lah buat macam tak rumah sendiri.
Bila dengar balik khutbah nikah malam tu, rasa macam diingatkan kembali. Memang setahun sekali kena didengarkan kembali la. Bagi reminder kat pengantin-pengantin lama macam aku ni hah. Aku jeling-jeling gak laki aku. Pe agaknya perasaan dia bila diperdengarkan semua khutbah nikah ni. Tapi aku tengok dia rileks je main rambut anak. Entah dengar entah tidak.

Pendedahan Rasmi *katanya*
Hari ni dah 14 Mac 2011. Tarikh mengundi dah tamat. Maka, aku nak dedahkan keputusan. Dedahkan konon, sedangkan korang dengan sendirinya pun boleh tgk keputusannya. Tapi konon didedahkan secara rasmi lah.
Hah, ini dia.
Nampak gayanya semua gemar untuk berjimba pada hari kebesaran selepas menerima gaji. Amacam?? Setuju? Kalau setuju kita putuskan sama ada mahu 28 atau 29. Itu kita undi lagi kemudian eh.. Kerja mengundi je lah kita ni.
Yang keje ngan gomen, memang tengah tersengih la kan. Yang private?? Maka, korang kena agihkan siap-siap duit untuk berjimba eh.. boleh eh..
Secara amnya, aku tak pasti berapa ramai yg mahu turut serta. Tapi ramai tak ramai, kita jayakan juga lah ye. Dah beriya merancang, kalau tak menjadi macam hampa tau. Kalau tiba-tiba semua tak nak pergi, nampak gayanya aku 3 beranak je lah *ayat meraih simpati* Maka, boleh tak bagitau, sape yang berkemungkinan akan join. Kita kan nak tempah t-shirt. So kalau dah tahu jumlahnya, senang la nak mintak quotation.
Sape yang berbakat mereka cipta logo tu. Bleh la start sketching ye :)
Tak join tapi nak buat t-shirt pun no hal. Lagi bagus. Lepas ni ada apa-apa acara, boleh sarung je.

13 March 2011
MARI MENGUNDI
Benda ni akan menempek di atas selama 2 minggu, hingga 13/3/2011 untuk memberi peluang kamu semua memilih. Agar kelihatan lebih demokrasi. Sebarang bantahan atau pendapat serta komen, boleh lah ditinggalkan di ruangan yang telah disediakan. Jangan gundah, segala pandangan anda akan diambil kira.
Selamat mengundi. *tak payah daftar-daftar, undi je*
Soalan Pertama:
Soalan ke-2:
Aku bagi undian dijalankan sampai 13 Mac 2011 (kalau tak setuju sila maklumkan) Aku bagi 2 minggu je sebab lps tu nak proceed nagan design dan meng'order t-shirt untuk baby. Maka, silalah memgundi ye. Lagi-lagi kepada yang blum jalankan tanggungjawab.
Nanti aku reveal undian minggu lepas (ke tak payah)

11 March 2011
Mood Pagi Jumaat: Tempat saya membuat keje
Hari ni hari Jumaat, ada jamuan suku tahun sebentar lagi. Pukul 11 lebih tepatnya, tapi mood keje aku dah menerawang entah ke mana. Mood bekerja tiada. Bila chehck organiser melambak kena buat sebenarnya, tapi aku pilih untuk tak buat keje. Memang hampeh.
Dah lama tak tayang workstation *malu sebenarnya*
Dah lama tak tayang workstation *malu sebenarnya*
saya perlukan meja yang lebih besar
Meja aku memang sentiasa penuh, tak pernah kemas. Bila tepat jam 5, aku terus tinggal kan je meja aku. Takde la aku nak kemas dulu siap -siap segala benda yang aku guna tadi. Macamana aku last guna tadi, gitu la aku tinggalkan. Esok pagi hadap balik. Kadang tu macam segan jugak ngan kawan lain. Elok je meja derang berkemas. Meja aku je macam halilintar.
Ni pun segala guidelines aku dah letak dalam almari ni, kalau aku longgok atas meja gak memang aku tak terbayang la camne rupa meja aku.
Bukanlah aku malas nak kemas, kang aku kemas esok gini gak jadiknya.
Aku rindu workstation yang lama, yang memang super duper luas. Aku ada 3 ruang. Satu meja untu komputer je. Satu meja untuk aku ngadap segala jenis dokumen dan drawing. Satu lagi tmpat untuk aku membuat sepah. Dan semestinya, partition aku yang paling sepah. Itu tetap. Bulan 6 ni nak pindah opis baru, dapat duduk dalam bilik. Aku nak pasang azam, tak mahu sepah-sepah lagi. Nak kemas dan teratur. Saya pegawai 5'S. Kenalah jadik contoh terbaik.
*kalau aku keje ngan private camne lah agaknya rupa workstation aku kan

10 March 2011
yelah..yelah
Catatan: Kejadian berlaku di pantry opis pagi semalam semasa sedang breakfast mihun sebelum aku bertolak ke Kuala Lipis
Peristiwa Kejadian
Kawan 1: Hah, ni Dayu ada ni, tanya lah dia sendiri.
Dayu (aku): Apa?? Tanya pe?
Kawan 2 *sambil tersipu-sipu tapi tak jugak bukak mulut*
Kawan 1: Dia tanya 'dayu tu pregnant ke??'
Yelah.. yelah.. Aku tahu aku dah gemuk. Buncit. Tapi hakikatnya aku masih 'kosong' Eisya masih satu-satunya anak manja aku dan Ekwan. Aku memang susah la nak kawal makan. Lapar sentiada. Pastu kalau makan tak boleh kalau tak bertambah sebab sayang okay nak buang-buang nasik.
Tapi kan orang kata masa sehat ni lah boleh makan macam-macam, dah sakit kang semua tak selera nak telan.
Maka, makan je lah.
*aku tak terasa pun dia kata gitu, aku tau perut aku dah buncit (: amik ini sebagai pembakar semangat supaya rajin sit up pagi-pagi dan sebelum tido
*aku rasa kalau aku tak menyusu badan mesti aku lagi besar dr skrg

08 March 2011
Siapa aku nak review blog orang
Sebenarnya dah agak lama aku pasang niat nak turut serta apply jawatan kosong yang Hannah tawarkan, tapi sebab perasaan malu dan segan yang menguasai diri aku tangguhkan niat tu. Siapa la aku nak buat review blog orang kan.. terasa tak layak di situ. Tapi setiap kali lepas baca entry Hannah, aku mesti terpanggil untuk menulis tentang blog dia, kenapa aku suka mesti ternanti-nanti entry dia setiap hari..
Dan petang ni, dengan kilat sabung menyabung di luar.. aku mula menaip.
1st time aku jumpa blog Hannah lama dulu. Sebelum menjadi tunangan orang lain. Sama juga seperti Hannah. Tapi masa tu baca je, tak tinggalkan jejak. Dan aku juga lupa nak bookmark link url blog dia. Tapi serius, aku tercari-cari link blog dia. Tapi aku tak berjaya, higgalah bila dah masuk dalam kategori 'Bride to Be' nyer bloglist. Jodoh menemukan kami kembali. Tapi di awal-awal tu, aku tetap memilih nak mendiamkan diri. Baca dan pergi. Tak tahu kenapa tidak terasa nak menegur, kenalkan diri. Tapi bila masing-masing dah jadik bini orang, dah sama-sama mengendong nyawa dalam perut. Aku mula mesrakan diri. Bertegur, kongsi segala apa yang boleh. Dan bila sama-sama ada anak kecil. Perempuan pulak tu. Aku rasa makin serasi.
Mak-mak orang memang mudah mencipta chemistry kan.
Dan saat ini, aku tiba-tiba teringat entry Hannah memperkenalkan Myiesha. Oohh.. memang ciptaan Allah yang terindah lah Myiesha tu. Ngan putih gebu. Aku memang sangat adore dengan anak Hannah, siap berangan dapat anak sama tone kaler gitu, tapi tak sedar diri. Lupa pulak warna kulit dan suami.
Hannah, sebelum mengenali dia secara fizikal. Bila hanya mengenali dia dari penulisan aku kategorikan dia sebagai seorang yang berani. Berani luahkan apa dia rasa, apa yang dia fikirkan melalui entry-entry dia. Dia tak berselindung. Tak peduli pendapat dia diterima ke, ada yang nak cemuh ke. Dia hanya tulis apa yang dia rasa, betul salah dia tak kira. Kalau aku belum tentu lagi berani. Asyik je berfikir 'boleh ke nak tulis gini??' Itu yang aku suka. Sebab tak selalu aku jumpa blog yang macam ni. Tu dulu bila hilang link dia, beriya-iya aku carik semula. Walau tak kenal, aku rasakan Hannah seorang yang tetap pendirian. Sentiasa yakin dengan cara dia. Aku suka, sebab aku belum tentu boleh jadik gitu. Aku selalu jadik lalang.
Yang penting, cara dia sampaikan pendapat dia tetap bersusila. Tang singgung sesiapa secara sengaja. Kalau ada yang terasa pedas memang sebab org tu yang makan cili, bukan Hannah gi tonyoh cili kat mulut dia.
Semua mesti mengenali Hannah dengan entry yang panjang berjela. Tapi sesungguhnya, aku berani kata bila baca entry dia aku tak pernah skip. Aku baca line by line. Dan aku hanya akan baca entry dia bila aku betul-betul in blog reading mood. Aku tak mahu tergesa-gesa, sebab aku nak feel sama apa yang dia sampaikan. Aku nak betul-betul faham apa dia tulis.
Tapi bila berpeluang bertentang 4 bijik mata dengan dia. Aku sungguh terpesona. Dia sungguh lembut orangnya. Dah lah kecik molek gitu. Tapi aku tak berkesempatan nak berbual lanjut dengan dia tempoh hari. Maka, aku tak boleh nak kata banyak tentang dia secara luaran. Tapi macam tak penting smua tu, sebab aku rasa kalau tak pernah bertemu pun. Terasa dekat je. Biar tak pernah secara lisan mengaku dia kawan, aku akan tetap describe dia as 'kawan orang' bila bercerita tentang penulisan dia kat Ekwan.
Hannah memang berbakat lah menulis. Gi tulis buku la babe.. mesti bleh jual punya.
Setakat ni je aku nak kata, takde apa lagi aku nak review. Rupa bentuk blog Hannah juga menepati citarasa aku. Simple, nice dan mudah dibaca.
Sekian trima kasih dari saya
**sekarang tak payah nak bookmark url blog dia, sebab aku memang dah hafal.

Sosial Bersama
Bila dah tak reti duduk rumah, ada je akal nak membuang masa. Tambahan pula bila ada faktor mempengaruhi. Lagilah jadik makin beriya. Complimetary pass ada lagi 2 keping, tarikh tamat sah penggunaan 15 Mac. Kena segera guna ni, sebelum membazir begitu saja. Pape pun kita kasik Cik Puan Eisya Elyssa tido dulu. Dah lah meragam sepanjang malam. Ibu pun nak recharge tenaga, tapi memang tak dapat lah. Time anak tido lah nak mengurus rumah yang entah macam apa tu.
Weekdays rumah sangat disaster.
Cik Eisya sekarang tak suka tido lah. Dia dulukan main. Berjaga sampai 4-5 jam. Tido kalau dapat 30minit dah kira syukur. Rasa macam baru je letak dia atas katil, gi dapur settle kan sinki tahu-tahu dengar suara dia merengek carik ibu ngan abah. Tengok jam, eerrkkk 15 minit je tido. Camne la badan nak mengembang Cha weh, main kuat, tido tak nak. Berat Eisya hanya 8 kg sahaja diusia 10 bulan. Nurse tu kata 'dia tinggi ni, tu nampak slim je' Tapi 8kg pun aku dah tak larat nak dukung dia. Nasib baik dia sekarang mahu duduk dalam stroller. Tapi stroller kena gerak eh, kalau stop habis dia memanjat.
Lasak.. Eisya memang lasak. Sape pernah jumpa dia pasti setuju.
Jam 3 petang, lepas isi perut anak. Bagi dia dalam keadaan kenyang, biar tak meragam. Senang urusan ibu dan abah nak bergembira.
As usual, Sunway Pyramid jadik pilihan. Dekat. Tapi memang haru kalau gi petang-petang. Parking entrance pun dah jammed. Tapi redah je lah. Rezeki kami mungkin, sekali pusing jumpa dah tempat nak tinggalkan kereta. Betul-betul ke pintu lif lak tu. Suka aku. Dan terus gi mencari tiket.

Eisya: Kita nak tengok pakcik ni kat tv besar ke ibu?
Ibu: A'ah, abah peminat besar pakcik ni
walau sebenarnya nak tgk citer ni. tapi sebab complimentary pass tidak layak. kita layan lah pakcik Matt Damon.
Ibu: A'ah, abah peminat besar pakcik ni
walau sebenarnya nak tgk citer ni. tapi sebab complimentary pass tidak layak. kita layan lah pakcik Matt Damon.
Sementara menunggu waktu tayangan. Kita gi selesaikan urusan lain dulu di Jusco. Dan dalam perjalanan ke Jusco tiba-tiba Eisya yang tadinya tenang je dalam stroller terus hilang kawalan. Terus pusing badan nak keluar dari stroller. Terkejut ibu Cha wehh.. Korang tahu sebab apa, sebab dia nampak benda ni.
perghhh... anak ibu dah semakin bijak. pantang bagi main 2 kali. terus cam dah benda ni. lepas ni tiap kali kita gi Mydin, naik je escalator mesti dia mengelupur tunjuk-tunjuk benda ni. siap sedia je lah. tapi ni kasik dia duduk je dalam ni. mana nak carik coins. pastu dia macam tak puas hati. dukung angkat keluar pun tangan dok tunjuk-tunjuk kereta merah ni. upah belon sebijik, lupa la dia.Huhuhu, budak-budak ni ngan mainan syoknye kejap je kan. Belon tu aku rasa 30minit je kot dia berkenan, lepas tu bila hulur kat dia, dia campak. Aduhai... Sudahnya ibu je lah yang dok pegang belon tu sambil menolak stroller. Nasib baik bila bawak umah, dia macam berminat semula dengan belon tu. Siap tak kasik ibu pegang, dia je nak peluk. Pape lah Eisya wehhh...
Eisy layankan keterujaan ibu tengok itik ngan arnab. Cha rileks je. Ibu pulak macam jakun terlebih.
Dan pengalaman kali ke-3 dalam panggung bagi Eisya ada kisah tersendiri. Pada mulanya memang aku enjoy habis sebab, masuk-masuk, duduk je Eisya dah gosok mata. Dia dah ngantuk, bagi susu terus dia tido. Aku pun layan, seronok habis la menonton walau dah berkali-kali tukar posisi memangku anak. Tapi lepas 40min dia bukak mata, pusing kepala pandang skrin. Tangan still peluk badan ibu. Posisi badan belum beralih. Aku terus tepuk-tepuk peha dia dalam cubaan nak menidokan dia kembali tapi gagal. Terus dia bangun dan tangan menunjuk-nunjuk skrin sambil mulut pun berceloteh sama. Ahhhh...sudah.
Aku umpan dia ngan muffin. Bagi dia makan skit. Senyap lah kejap, pastu bunyi balik. Last-last aku bagi je dia main ramas-ramas muffin tu. Buat la apa pun Cha, asalkan awak tak jadik pengulas filem. Nasib baik kaedah itu berkesan. Tapi bila muffin dah hancur dia boring semula. Tak duduk diam dah... melompat-lompat. Tak mahu duduk. Dan hidung aku macam terbau sesuatu.. Arrghhhh.. anak aku membuang lah!! Dia dah lah jenis pengeli. Nak tak nak ke toilet lah aku. Hah, ni lagi satu, boleh tak toilet dalam panggung ni sediakan kemudahan untuk baby's diapers change.. terkial-kial aku nak menguruskan pampers Cha aritu.

Tapi setakat ni aku tak serik kot nak bawak dia masuk tenok wayang lagi. Tunggu jadik kes yang betul-betul buat aku fobia, baru aku layan Astro First je tiap bulan.
07 March 2011
Lawatan Muhibbah dan Tinjaun Kawasan
Menjadi seakan kebiasaan kan, kalau orang baru kawin, baru masuk rumah. Kita mesti nak gi serbu rumah derang kan. Buat lawatan muhibbah. Sambil-sambil gi meninjau keadaan. Dulu rumah aku dah kena dah. Maka, sekarang giliran aku lak gi selerakkan rumah orang. Hehehe, tidak lah. Aku sentiasa mengamalkan konsep 'Jangan susahkan tuan rumah' Maka, kalau nak gi rumah orang kena lah bawak buah tangan, dan marilah mengadaptasi konsep 'potluck'
Kami semua warga Bahagian Keselamatan Jalan telah sepakat petang jumaat itu mahu gi melawat kediaman kawan kami yang baru memulakan hidup berdua tu. Sambil tu boleh aku meninjau kawasan. Melawat bagaimana rupanya kuarters di Putrajaya.
Bercerita hal kuarters ni, sebenarnya sebelum kawin lagi aku dah apply. Siap ngaku dah kawin kat status tu. Kang kata bujang kang, dia buat nampak tak nampak je application aku. Tapi sampai aku dah setahun kawin, bila call tanya status selamba je dia kata 'alah puan, baru setahun apply. orang lain ada sampai 5 tahun menunggu' Chaiittt... Tapi aku diam je lah. Paling -paling aku tanya 'bape no waiting list saya?' Bulan ni dia kata '799 puan' Ni aku bagi contoh je ni. Next month aku call tanya lagi, dia jawab '793 puan' Perrgghhhh.. berapa lama aku nak menunggu?? Dan hujung tahun lepas, mereka mencadangkan aku tukar permohonan ke Putrajaya. Aku pun setuju je. Dia siap tanya 'nak segera ke puan? kalau tak saya masukkan dalam waiting list' Aku pilih untuk masuk dalam waiting list sebab baru je berpindah. Penat mengemas tak hilang lagi.
Bila dah melawat kuarters tu, rasa macam teringin la pulak. Macam best je duduk rumah besar, rumah baru tapi bayar murah je. Biarpun tak dapat rumah mengikut kelayakan, yang tu pun dah puas hati. Tu yang tiba-tiba berkira-kira mahu ke tidak menjadi warga Putrajaya. Sanggupkah nak bangun dan keluar awal pagi? Macam-macam faktor difikirkan. Separuh hati kata mahu, separuh lagi kata tidak larat. Jauh sangat rasanya.
Dari malam Sabtu Ekwan dok bertanya 'nak duduk Putrajaya ke yang?' Dia pulak yang makin berbelah bagi.
Tapi aku rasa selagi kami berdua mencari rezeki di bandaraya kuala lumpur, di sinilah kami. Terlalu jauh la Putrajaya - KL. Kalau takde Cha ok lagi kot. Ni ngan dia.. Duduk je lah kat USJ tu diam-diam sampai berkemampuan nak membeli rumah lain pula nanti. Gombak adalah kawasan pilihan terkini. Ohhh, merancang macam sangat yakin akan sentiasa ber'posting di Kuala Lumpur kan. Merancang macam nak settle down di Kuala Lumpur sedangkan pasang niat nak balik kampung. Huhuhu...
Anyway, ini lah gambar sekitar kejadian. Gambar makanan lupa mahu snap. Sebab aku dah lapar. Aku bawak mee goreng je. Banana crumble Kak Ina memang terbaik. Nanti bleh minta resepi.

penceria kami.
top left: Alia Insyirah & Alif Imran
top right: tak payah bagitau
bottom: Alishah, Alia & Faiz
orang lain bergambar adik beradik, Cha ngan ibu je lah.
my dear Eisya Elyssa yang tidak tahu duduk diam.
top left: Alia Insyirah & Alif Imran
top right: tak payah bagitau
bottom: Alishah, Alia & Faiz
orang lain bergambar adik beradik, Cha ngan ibu je lah.
my dear Eisya Elyssa yang tidak tahu duduk diam.