30 June 2011

Eisya & Kucing

Ada seekor kucing ni, memang suka sangat melepak depan pintu rumah kitaorg. Tak pun dia bertenggek kat atas tembok batu depan pintu. Bila kita buka grill, sibuk nak minta masuk. Tapi tidak dibenarkan. Dan adakalanya dia curik-curik masuk ikut tingkap balkoni belakang. Pernah aku tak pasal-pasal menjerit bila tiba-tiba dia dah mengesel-gesel badan kat kaki. Terkejut aku, nasib baik tak pengsan.

Dan sekarang yang rajin tegur dia adalah Eisya. Tiap kali aku keluar sidai baju. Eisya akan dok borak ngan kucing tu. Kalau dia berjalan-jalan kat luar pun, dia akan kejar kucing tu dulu. Tak pun buat bising sampai kucing tu yang sedang tido pun rasa bingit, lalu bangun membawa diri. Eisya suka kucing tapi dia macam malu-malu nak pegang kucing.

Selalunya kami akan cakap kat Eisya 'Eisya, cat!!' Dan dia akan sahut dengan ntah apa sambil jari menuding ke arah kucing tu dengan muka penuh keterujaan. Sambil tersengih-sengih.


Pagi tadi, ada seekor kucing menunggu di luar pintu rumah. Dan seperti biasa, aku akan kata lat dia 'Cat!! Eisya Cat' Tapi pagi bila Eisya menyahut sambil menyebut 'cat' dengan jelas, aku jadik teruja. Gembira bukan main. Pastu berharap dia akan sebut lagi. Bila dia sebut lagi 'cat' bila aku tunjuk kat kucing tu. Hati ibu mana tak gembira. Lagi-lagi pengalaman pertama ni. Dia punya teruja lain macam. Dan berkali-kali dia sebut. Mungkin dia perasan ibu abah dia macam bukan main suka bila dia sebut 'cat'

Bila masuk highway dan tunjuk kereta-kereta yang melambak atas jalan sambil kata 'Eisya, car' Dia yang ramah tak bertempat terus melambai-lambai orang sebelah. Tapi abah dia kata 'jangan lah ajar dia tegur entah sape-sape awak, bahaya' Aku selama ni tak lah amik kisah sangat hal ni sebab aku tak nak dia kelihatan macam sombong, nanti orang datang dekat, hulur tangan pun dia teriak. Tapi ada betul jugak kerisauan abah dia tu, maka kita kurangkan sikit ramah ye Eisya.

Yang bestnya, yang buat hati seorang seperti aku ni berbunga-bunga bila tiba-tiba dia sebut 'car' Wahhh!! Ya Allah, tak tergambar perasaan gembira pagi tadi. Seronok bukan main.

*semoga Eisya akan terus membesar menjadi anak yang sempurna.

29 June 2011

Entry bergambar sekeping

orang bangun pagi mandi, gosok gigi. budak ni bangun-bangun turun katil trus capai satay.
mmg terbaik baby!!

*ingat nak buat wordless wednesday, tapi tak jadik

14mo of Eisya: Kegemaran ketika ini:

Ini kegemaran masa kini. Duduk dalam segala benda yang boleh dia landing bontot. Duduk dalam beg adalah sedikit comel. Nanti kalau berkesempatan, aku snap gambar dia duduk dalam box mainan dia, dalam bakul baju.. yang paling aku tak tahan bila dia gigih berusaha nak duduk dalam periuk. Pastu bila tak boleh menjerit menangis tak puas hati. Sudahnya aku kasik kuali, duduk la dalam sana.

Itulah toddler kesayangan saya. Eh, tapi sekarang saya suka panggil dia 'baby!! baby ibu!!' Tapi suami saya kata 'eeeiii... macam geli je dengar'

asyik main pam. ibu dah kuarkan angin dari pelampung *tak kuasa aku nak layan dia asyik nak duduk dalam pelampung, pastu nak masuk bilik air* tu yang tengah mengkaji 'camne ibu buat tadi erk???'

*bila aku tgh asyik packing untuk our family vacation next week, makin seronok la budak sorang ni keluar masuk beg

28 June 2011

Biar kena caranya

Semalam tertinggal kunci dalam rumah. OMG!! Cemas sungguh aku dibuatnya. Dah la baru balik shopping gorcery. Barang penuh dalam kereta. Eisya pulak dah merengek-rengek kemengantukan. Ekwan dah buat muka garang sebab bini dia lalai sangat, kunci pun bleh tetinggal. Aku yang dah kecut perut ni, buat la muka paling innocent tagih simpati suami jangan sampai kena marah.

Sedang laki aku isap rokok memikirkan camne nak pecah masuk rumah sendiri, aku layan Eisya yang sedang mengosok-gosok mata layan mengantuk.

Habis rokok sebatang, dia terus punggah barang bawak naik rumah. Diam je. Marah lah tu. Laki aku kalau dia diam je tu, marah la tu maknanya. Aku pun mengekor je lah. Diam gak, tak berani nak tanya apa-apa. Diam adalah perkara terbaik dalam situasi begini. Jangan banyak tanya. Sampai je depan pintu rumah, dia jolok-jolok pintu tu guna kad. Dengan grill berkunci, terkial-kial laki aku menjolok pintu. Dan nasib baik percubaan memecah masuk rumah adalah berjaya. Dan nasib baik aku tertinggal kunci atas rak kasut yang betul-betul sebelah pintu.

Masuk je rumah dia terus landing atas sofa. Aku masih belum berani nak tegur. Bagi dia cool down dulu. Bila dia dah mula layan-layan Cha main, aku beranikan diri tanya 'ayang nak air?' Bila dia memberi respon yang memberangsangkan, aku rasa sedikit lega. Bila dia datang menyapa aku yang sedang sibuk mengemas barang shopping kat dapur sambil kelam kelibut nak sediakan makan malam, aku jadik makin lega. Dia okay dah la maksudnya tu.

Terus masak dengan penuh kasih sayang, walaupun hanya sediakan daging goreng (balance daging marinate untul BBQ Sabtu lepas)

Begitulah. Kalau aku tahu aku memang salah, dan buat Ekwan marah. Yang mana selalunya dia akan diamkan diri. Aku memang tak berani nak bersuara. Tak berani nak menyemarakkan lagi rasa marah/geram dia. Biarlah dia tenangkan diri sendiri. Tak berani aku nak memburukkan keadaan lagi. Nanti elok-elok 2 jam dah boleh berdamai, tak pasal-pasal jadik 2,3 hari. Tak reti lah aku, duduk serumah, tapi tak bertegur sapa.

Zaman bujang dulu boleh lah, nak bergaduh tak bercakap seminggu pun no hal. Cuba sekarang, sehari pun dah boleh bengong jadiknya.

Dan aku bersyukur sebab dikurniakan seorang suami yang tidak terlalu sensitif, yang mudah dipujuk. Yang mudah memaafkan. Eisya sering aku jadik kan medium nak memohon maaf. Selalu gunakan Eisya sebagai medium pembuka kata.

Tapi kenapa macam susah sangat aku nak meluahkan dan memohon maaf secara tersurat, yang mana aku betul-betul kata 'yang, orang mintak maaf eh' Ada niat, tapi macam tak terluah. Tiba-tiba rasa macam banyak sangat pulak salah aku yang belum betul-betul aku dengar Ekwan maafkan. Walau aku tahu dia dah okay, macam dah maafkan. Tapi betul ke dia dah maafkan? Tak kan nak main lump sum je tiap tahun mintak maaf time raya?? Teruk pulak rasa..

Dan bila minggu lepas, kawan-kawan membincangkan hal mintak maaf kat suami setiap hari sebelum tido. Aku rasa sangat kerdil. Betapa cuainya aku. Betapa aku amik ringan hal-hal begini. Terus pasang niat nak dan nekad nak jadik lebih prihatin. Nak jadik isteri yang lebih memahami. Nak jadik isteri mithali macam melebih sangat. Dapat jadik isteri yang menenangkan jiwa suami pun jadik lah.

*berniat pun dah dapat pahala kan (:

27 June 2011

Entry pendek Menegur Sapa katanya

Di pejabat baru yang masih belum beroperasi. Aku rasa 2 minggu lagi baru boleh mula operasi semula ni. Kotak pun bersepah-sepah lagi ni.

Mood nak bekerja dan mengemas opis adalah merundum atau lebih tepat tiada sebab:

1. penat balik dari beriadah+piknik di Port Dickson adalah masih belum hilang
2. aku lebih teruja nak gi bercuti minggu depan (: *tak sabar.. tak sabar*
3. aku lebih sibuk mengemas beg dan sediakan segala kelengkapan nak bawak Eisya snorkelling buat pertama kalinya *ohhh, sun block blum beli lagi.. apa punya mahal lah sun block untuk budak-budak.. ibu abah share Eisya punya je lah eh..

Sape-sape ada tips nak bagi bagi perkara-perkara di bawah adalah amat dialu-alukan:
  • membawa anak kecil naik kapal terbang buat pertama kalinya
  • pengurusan anak di pantai
  • pengurusan pemakanan anak ketika bercuti
  • dan apa juga yang berkaitan dengan hal percutian keluarga untuk dijadikan panduan

Dan aku akhiri entry pendek pagi Isnin ini dengan gambar Eisya Elyssa yang sedang melalak tak puas hati ibu tak bagi main pelampung dalam kereta. Tabiat ke apa nak masuk duduk dalam pelampung dalam kereta. Kereta abah ni kecik je Eisya wweeehh.. Dalam kolam sibuk tak nak duduk dalam pelampung.. nak suruh ibu abah dukung main air. Dalam kereta pulak sibuk nak main pelampung.. Tebiat ke apa Cha?

nak!! nak!! -perkataan paling jelas sebutan buat masa kini-

*mana pulak USB cabel hp aku ni?? habis semua kotak aku selongkar, tak jumpa pun
*stroller tak kira dalam luggage kan?? ke camne hah?

20 June 2011

Aktiviti Sosial Bulan Jun: Perjumpaan Kecil Di Jusco Tebrau

Weekend lepas kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman melawat ibubapa yang dah berbulan tak bersua muka. Yang telah asyik bertanya 'bila nak bawak Cha balik??' Tu ayant tersirat yang sama ertinya bila mereka bertanya 'bila nak balik kg??' Sebelum ayat pertanyaan menjadi 'tak ingat kampung dah ke?' Baik aku tunaikan tanggungjawab segera.

Pulang malam Jumaat bagi memaksimakan masa di kampung halaman sebab suami saya tidak diluluskan permohonan cutinya.

Dan pada hari Sabtu, sempena mengambil kesempatan yang ada pertemuaan bersama rakan-rakan blogger diadakan. Walau hajat di hati mahu bertemu secara besar-besaran di Tiram Waterpark. Tetapi bila masing-masing ada komitmen yang tak memungkinkan agenda tersebut mampu dijayakan. Dapat bertemu dalam kelompok yang kecil pun tak mengapa. Alah.. kalau blogger dah bertemu. 2,3 orang pun macam 20-30 orang. Riuh jadiknya.

3 orang ibu muda lagi hot * (: * bersama anak mereka yang comel belaka

anak mereka bukan setakat comel. malah tak reti nak duduk diam.
aktif sepanjang masa. ibu nak berborak pun tak tenang jadiknya.

Kasih + Dani + Eisya sedang beramah mesra.
Cha tengung je Dani. Apa tak puas hatinya sayang?

terus Dani berusaha nak pujuk Cha. usap pipi lagi *auuwww*

Ini sebahagian gambar kejadian petang Sabtu lepas di Food Court Jusco Tebrau. Tempat pertemuan kami ber-3. Kali pertama bertemu dengan Afni sekeluarga, dan sekali lagi dapat beramah mesra dengan Nani dan dapat gomol Kasih. Seronok. Dan seperti biasa, kami mesra walau jarang berjumpa. Rasa macam sangat rapat. Yelah, walau tak bertentang mata, tak mendengar suara. Setiap hari kita berhubung kan. Mustahil lah tak jadik rapat.

Lagi gambar kejadian.

ibu beranak 3. nasib baik seorang je yang nangis. kalau 3-3 nangis, ngan saya-saya sekali melalak rasanya.

tapi sebenarnya ini seorang je anak saya.

ini Kasih sama ibu dia, Cikgu Hanani

saya dukung Dani, anak Afni. Eisya buat muka tak puas hati bila aunty Afni dukung dia.

Kasih tido. Cha tenung je Cik Afni dia. Aku rasa dia tengah aim nak tarik rambut Cik Afni dia lah. Dani je maintain cool walaupun hakikatnya mengantuk.

2 budak dalam trolley

Terima kasih kepada Nani dan Afni yang sanggup meluangkan masa dan sudi nak bertemu dengan aku. Sudi menghabiskan petang hari minggu korang, minum-minum petang bersama aku sekeluarga. Nanti ada kesempatan kita jumpa lagi ye. Dan terima kasih juga kepada En Ekwan yang sudi layan dan bawak aku jumpa kawan-kawan. Ohh.. terlupa. TQ juga kepada Jusco sebab taja tempat pertemuan kami.

*tamat sesi beramah mesra dengan kawan-kawan. kita gi carik handphone untuk mak pulak. hadiah hari ibu yang lewat.

Senyum Gembira

Terlalu banyak pulak benda mengembirakan pagi ni. Senyum. Sengih. Suka.

1. Canvas yang ditempah sudah siap. Sangat pantas mereka siapkan orderku. Suka. Tengok hasil dalam gambar dah gembira. Nanti kalau dah pegang, dah depan mata. Lagi suka lah gamaknya.


Keinginan berjaya dilaksanakan.

2. Pagi-pagi masuk opis, check email. Ada email yang menggembirakan. Terima kasih kepada Wani yang tawarkan peluang menarik yang pasti tak kan aku lepaskan. Walaupun Wani suruh balik bincang dulu ngan Ekwan. Aku dah ada keputusan sendiri *perbincangan akan tetap dijalankan, bagi dapatkan restu suami. penting tu*

3. Baru balik dari kampung, Eisya dapat macam-macam. Budak tu biasa je, tapi biasalah mak dia yang over.

*suka..suka..suka..

17 June 2011

Atas jasa baik semua

Alhamdullilah..

Ini namanya rezeki. Pembahagian rezeki yang Allah bagi sama adil, sama rata kepada smua di dunia ni. Dan ini adalah bahagian yang dah tersedia untuk Eisya. Syukur. Terima kasih yang tak terhingga. Keputusan bagi pertandingan Cutest Baby of the Planet bagi bulan May 2011 anjuran MomBloggersPlanet telah diumumkan. Aku tertunggu-tunggu juga sebenarnya. Tapi tadi Jueleeyang maklumkan. Terus aku gi check.


Walaupun tak dapat tempat pertama seperti yang sangat aku harap-harapkan. Walaupun undian Cha di FB adalah yang tertinggi. Keputusan muktamad juri aku terima sepenuhnya. Jangan nak melebih-lebih nak pertikaikan keputusan juri. Terima dengan redha.

Tempat ke-2 pun terus tercalon secara automatik untuk peringkat tahunan apa, tak suka ke? Ohhh, harus lah aku gembira.

Nanti siap sedia jelah ye, kalau aku suruh korang gi klik LIKE LIKE LIKE lagi ehh.. (:

Ini semua pun atas jasa baik korang semua yang sudi layan kerenah aku yang asyiklah suruh korang gi klik LIKE gambar Cha tu. Bertuah ada kawan-kawan yang rajin layan perangai aku ni. Tanpa bantuan korang yang budiman smua ni.. tak merasa kot nak menang. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Kerjasama padu korang ni aku appreciated sangat. Nanti kalau korang nak suruh aku LIKE pape, bagitau lah. Aku nak membalas budi.

Dan jangan la lupa, gi lah join untuk yang bulan Jun ni.. Nanti aku gi klik LIKE. Nak tolong lancarkan kempen pun, wa no hal..

*pilih gambar nak kasik print kat KedaiGambarKami buat photobook untuk Eisya

Sekali Harung

Bila hari bapa sebenarnya??

Aku memang tak tahu bila, tu yang last week bila ipar duai aku celebrate hari bapa sekali ngan birthday mak mertua aku. Aku sekeluarga pun tumpang lah sebadan tanpa segan silu. Kami memang tak penyegan, asyik je lah meyelit kat majlis orang.


Tetapi aku secara halobanya, nak juga amik kesempatan sekali lagi. Lagi-lagi bila Ekwan tanya 'father's day takde hadiah ke yang untuk orang?' Dan selamba aku jawab 'eleh, hari ibu aritu awak buat tak tahu je' Pastu dia pulak tersengih-sengih selamba 'ayang tak ingatkan pun' Chaaaiiittt!! Nak kena ingatkan pulak.

Tapi begitulah kami. Dari zaman bujang dulu, ketika sedang asyik dilamun cinta, hinggakan kini dah berumahtangga. Memberi dan bertukar hadiah tidak menjadi kelaziman. Tidak memberi pada tarikh-tarikh tertentu. Bukan tak mahu, juga bukan kerana tak mampu. Ikut hati memang mahu. Sape yang tak suka, dapat barang baru, free pulak tu. Jangan nak menipu. Tapi ada masanya, tarikh-tarikh tu jatuh pada masa yang tak kena. Birthday Ekwan 15hb, aku 21hb, Eisya pulak 20hb.. semua di kala duit peruntukan yang diterima setiap bulan adalah sudah masuk status 'cukup-cukup' Tu yang selalu mintak tangguh hadiah. Dah tangguh terus mansuh *sengih* Tapi makan-makan 'special' tetap adalah. Sebagai tanda mengingati, simbol
penghargaan. Jadiklah kan..

Mulanya ada juga rasa nak belikan dia something sebab dah niat kan, tapi bila dia balik tayang BlackBerry Bold dia, terus aku cancel. Jeles punya pasal.

Happy Father's Day!! You are the Best!!

Father of the World!!
- abang ipar dan biras ku (: -*eisya tidak mahu berenggang sama abah dia*

walaupun sepatutnya Eisya yang suap abah cupcake hari Bapa. tapi takpelah, sebab Cha tak pandai lagi, abah lah yang suap Cha cupcake sampai hidung pun biru kena icing

Celebration ni berlangsung Sabtu lepas. Balik je dari birthday Cyrus, terus ke Nilai nak celebrate birthday mak mertua pulak. Dan ada sambutan hari bapa sekali rupanya. Dan tanpa segan silu, menyelitlah kami sekeluarga tumpang gembira.

family saya yang sebelah sana (:
*Eisya geram tengok cupcakes Tok*

*weekend ni balik JB. nak gi makan satay wak Radol. mmg terbaik lah!!
** alang-alang, jom celebrate hari bapa sekali lagi (:

16 June 2011

9 vs 1

Keinginan masa kini yang lebih menjurus kepada kehendak nafsu semata:

1. Oven berkuasa tinggi *yang mampu menghasilkan macaroon* tapi kalau nanti tiba-tiba bil api naik mencanak, aku sorok badan belakang Cha

2. Canvas Photo *quotation dah terima, balik nak mintak izin kat suami. tapi kalau dia kata tak payah. aku submit gak gambar (: Ingkar?? alah, nak cantik kan rumah dia gak. aku tak mintak caj upah tolong deko rumah dia.. kira baik kan..

3. Cotton Frame *ini juga guna alasan yang sama seperti no. 2

4. TV cabinet baru *alasan no. 2 digunapakai smula. kata nak raya (:

5. Set katil nak letak kat bilik tetamu. *sian family dtg tido atas tilam bujang je

Dan tak lupa, nak MESIN JAHIT juga. Tapi yang ni, tak berteknologi tinggi pun takpe. Sebab kalau tiba-tiba dia hanya menjadi ahli baru bilik stor takde la nanti laki aku hempuk aku. Tapi insya Allah tidak, sebab aku selalu akan belai segala barang keinginan yang berjaya dimiliki.

Ohh.. ada lagi rupanya keinginan aku. GALAXY TAB. Ini mahu juga. Tapi yang ini kalau tak dapat aku akan redha. Takkan mengigau di malam hari.

Ada lagi.. ada lagi. Nak LANGSIR BARU.. aku dah ushar-ushar kain kat Nagoya, Kamdar, Jakel smua. Tunggu masa je nak gi memborong. Puas tanya laki aku dia nak langsir kaler apa, jawapan yang aku terima tetap 'ikut awak lah yang.. pape je, asal lawa' Tapi bukan boleh caya sangat dia tu, kang aku balik balik yang tak menepati citarasa dia. Habis-habisan aku kena.

Dan sebagai memenuhi keinginan nafsu, aku adalah sangat teringinkan DRAWERCASE baru. Yang kat Ikea, yang RM199 tu pun jadik lah. Lama dah aku ushar. Cotton frame yang aku ngidam kat list no 3 tu, nak tempek atas drawercase ni lah.

Keinginan memang kelihatan melampau. Tapi nak buat macamana. Nafsu mengatasi segala-galanya *peace*

*kita dapatkan satu demi satu. tapi pastikan smua ada sebelum raya

15 June 2011

Hari ni hari Rabu

Eisya berkata ' OMG!! OMG!! Kemek pipi i occay'

ingat nak print ini ke canvas. tapi tak jadik la. ekspresi muka Cha adalah macam tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum *tapi nak gantung dalam bilik je pun

carik lain.. carik lain

Belum mampu

Seri Pajam Development Sdn Bhd jemput aku gi tengok rumah contoh derang kat Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Aku memang suka landed house ni. Best, ada tanah aku nak bercucuk tanam. Ada ruang untuk rumput tumbuh dan Eisya boleh merasa jalan kaki ayam atas rumput. Aku jugak suka rumah atas tanah sebab aku rasa amatlah leceh kalau baru balik shopping dari hypermarket nak mengangkut barang naik rumah... Pergghh, dengan beras, diapers, minyak smua... 2,3 round baru selesai okay. Penat.. Tu sebab aku lebih suka rumah teres.

Lain satu.. bab nak buang sampah pun senang. Ni nak mengangkut sampah turun, nak gi rumah sampah.. Punyalah leceh.

Nak jemur baju pun senang. Duduk apartment, merasalah aku jemur kain dalam bilik je.

Tapi apsal developer ni suruh aku gi buat lawatan ke rumah contoh semi-D 2 tingkat ni?? Dia ingat gaji aku berapa?

ye..ye.. lawa. memang lawa. sangat menepati ciri-ciri rumah idaman

ada rumah cantik gini memang aku duduk rumah je lah. tak kuar-kuar.

Tapi kalau harga rumah je pun dah RM448,000.00. Memang duduk rumah je lah jawabnya. Nak berjalan-jalan bersuka-ria smua dah takde duit. Duit tiap-tiap bulan habis bayar rumah je. Perabot pun tak bleh nak beli baru. Rumah gah semacam, masuk dalam sadis je.

Giler la harga rumah sekarang. Ni kat Sepang ni. Blum lagi yang kat Shah Alam, Subang, dan kawasan-kawasan membangun lain ni. Mahu pergi harga juta-juta. Perrghhh!! Kadang-kadang pikir mampu ke aku nak beli rumah. Gaji laki bini macam dah banyak, pun rasa macam tak mampu. Rumah sekarang yang bayar kat bank tak sampai RM500 sebulan pun adakalanya boleh shortage, camne nak bayar rumah sampai RM 1k++ sebulan??

Ke duduk je diam-diam kat rumah sekarang ni?? Kecik-kecik pun rumah sendiri. Boleh mendeko sesuka hati *aku nak gi Ikea!!*

Hati tetap meronta-ronta mahukan rumah teres. Aku tak kira. Mahu juga. Okay, tak dapat 2 tingkat, setingkat pun jadiklah. Asalkan rumah atas tanah.

14 June 2011

Playground: Lokasi kegemaran Eisya

Mengikut perancangan untuk aktiviti hari Ahad yang asal adalah membuat lawatan ke Taman Burung. Ibu macam teringin nak kasik Cha tengok burung pelbagai jenis sebab sekarang dia macam dah kenal haiwan. Lagi-lagi 'bird' dan 'cat' Petang-petang kalau balik, mesti dia tunjuk-tunjuk burung yang tengah bertenggek kat tembok tepi rumah. Pastu kalau tengok buku pun dia suka kalau ada gambar binatang.

Nak bawak gi zoo, macam tak menarik Zoo Negara tu. Ke best dah??

Taman Burung pun jadik lah. Tapi sekali tengok tiket dia macam 'mahalnya' RM 20 seorang dewasa. Ni dah pakai MyKad ni. Terus batalkan hasrat. Memang kecewa. Sebab dah beriya.

tak dapat tengok burung, kita tgk ikan je jadik la Cha ye
Eisya mmg kegeraman sebab tak dpt nak masuk dalam kolam ikan tu. beriya dia meronta, lembik-lembik kan badan nak melepaskan diri *anak aku pantang jumpa air*

Nak pujuk hati yang sedikit lara. Ekwan bawak la anak bini dia ke taman permainan kat Tasik Perdana tu. Jadiklah, dari terus balik rumah kan.

alalalala... sukanya anak ibu!!

nak tinggi lagi?? okay, ibu no hal..

perasan besar. nak main kat jongkang-jongkit budak besar. dah tertonggeng-tonggeng

main gelongsor lagi mengekek budak ni. tak reti takut. siap sibuk nak panjat naik slide tu.

Lama okay duduk kat playground ni. Melayan Eisya main. Ke hulu hilir mengekor dia sampai letih jadiknya. Bila macam dah tak larat, kitaorg duduk tepi je. Biarkan dia meneroka, ukur kawasan sendiri. Terkedek-kedek lah dia. Risau gak. Yelah budak-budak besar lain berlari sana sini. Nasib baik kalau jatuh tak menangis, pandai bangun sendiri dia ni. Boleh la ibu ngan abah duduk rileks tepi, pantau dari jauh je.

Ada sejam kot kitaorg kat sini. Tapi Eisya macam tak reti penat. Angkut bawak masuk kete pun dia mengamuk.. Tak nak balik lagi. Dalam kete pun tak reti diam. Tak tido pun. Tak penat ke Eisya weehh? Ibu yang dah keletihan.

Tapi bila sampai rumah, mandi, susu.. terus lena. Reti pun penat ye kamu.

*sekarang Eisya ada satu 'peel' terkini. dia kalau dah dapat jalan kat luar, dia tak nak masuk kereta smula. sama jugak kalau dah bawak dia jalan-jalan kat depan rumah, bawak je masuk dia mengamuk. lembik-lembik kan badan sambil meraung. kuat drama dia ni

Aktiviti Sosial Bulan Jun: Cyrus's Birthday Party

Miera hantar invitatiton kat FB sebulan awal. Aku macam biasa, sangat yakin terus klik 'I'm Attending' Aku memang suka buat perangai yakin begini. Tak tanya Ekwan, terus set appointment. Ciri-ciri diktator terserlah sikit di situ. Sekali bila masuk bulan 6, macam-macam agenda datang menjenguk. Dan hambik kau.. terpaksa tidak dapat hadir sebab sudah bilang sama mak ayah nak pulang ke kampung halaman 11 Jun nanti.

Tapi akhirnya kami muncul juga di majlis sambutan ulang tahun pertama Cyrus. Datang awal lagi. Miera dari jauh lagi 'Dayu.. kau jangan buat perangai macam ni lagi boleh tak? Frust ok aku baca msg pagi tadi kat FB' -lebih kurang gini lah ayat nya..- Tersengih-sengih la aku sambil mendukung Cha menuju ke khemah. Alah.. sekali sekala buat surprise kat kawan apa salahnya. Yelah, aku kan orang ke-2 yang respond kat invitation kata nak datang, pastu kata tak dapat dtg, seminggu sebelum majlis kata 'i'm coming' pulak pastu hari Jumaat, sehari sebelum majlis 'sorry.. tak bleh datang' Tiba-tiba bila hari majlis, muncul. Sangat lalang kan (:

Cyrus Dzulqarnain Is ONE!!!

Nak ke Shah Alam, tidak lah menjadi masalah. Shah Alam kan tempat permainan aku dan Ekwan dulu. 5 tahun jadik warga Shah Alam. Lagi pulak Seksyen 8 tu.

Sampai seawal jam 2.00pm. Dari jauh aku dah nampak Jiha dan Aqeef. Lepas bersalam dengan tuan rumah, tak tunggu apa lagi. Terus isi perut. Eisya aku bagi coklat sebungkus. Pandai la dia bawak diri bawah khemah tu. Borak-borak dengan kucing. Dah lah dengan selamba rembat belon Aqeef. Sorry eh Aqeef, Cha memang gitu. Suka sangat amik mainan orang.

Eisya dalam pelukan aunty Jiha dan dalam cubaan nak makan sumi

Sedang sedap isi perut, makin ramai yang muncul. Aku tak pasti sape yang sampai dulu, sape kemudian. Yelah, kusyuk makan katanya kan. Tahu-tahu, Jue, Nurul, Na, semua dah ada. Ramai jugak yang aku jumpa bertentang mata buat pertama kalinya. Tapi secara offline lama dah bertegur sapa, cuma kali ni baru berkesempatan nak jumpa. Tak sempat amik gambar dengan Nurul & Sofiya.

geng baru jumpa kecuali Jiha. Ainul & Areessa, Dina dan Rafique
Cha bergambar tanpa ibu sebab ibu sibuk nak amik gambar sampai terduduk atas tanah. nampak sangat amatur

Areessa sgt comel. Macam anak mat saleh.

ini kawan-kawan saya. dan kawan-kawan Cha juga

L-R: Ena & Naurah, Nurul & Raina, NaNo & Mika, Jiha & Aqeef, Dina & Rafique, Ainul & Areessa, Miera & Cyrus, Dayu & Eisya, Jue & Alif

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada tuan penganjur, Puan Miera dan juga suaminya En Sepet *mohon maaf, saya tak tau nama sebenar anda* di atas kesudian menjemput kami sekeluarga ke majlis anda. Makanan memang sedap. Aku memang makan sungguh-sungguh. Mula-mula makan dengan Jiha, pastu makan ngan Nurul + Jue. Aku memang kuat makan tapi bila muka kembang macam pau mengeluh je kejenya. Tapi bila tengok makanan sedap-sedap depan mata, aku peduli apa.

Terima kasih ye Puan Miera sekelurga taja makan tengahari kami Sabtu lepas (:

Seronok jumpa kawan-kawan. Bawak Eisya bersosial. Jumpa kawan-kawan *biarpun dia macam takde perasaan sebenarnya*

dating bawah pokok rambutan
Alif sangat murah senyuman. Eisya lak macam blur je bila Alif nak bermesra

Apa-apa pun, terima kasih juga kepada En Ekwan, sebab sudi melayan dan sama-sama turut serta dalam aktivti sosial isterinya ini. Tanpa dia, mesti kurang meriah dan seronok. Yelah, kalau dia ada sama, ada orang nak tolong jaga Cha. Layan Cha ukur kawasan, boleh la aku makan sampai 2, 3 round. Thanks ye sayang.. banyak lagi birthday party bakal menyusul ni *sengih*

buat masa ini. dia paling boleh 'masuk' ngan Amer lah. yang lain-lain dia macam malu-malu lagi. penyegan sangat. cuba tengok bini-bini ni.. rileks je kan. 1st time jumpa dah boleh berpeluk cium bagai.

ada yang baru pertama kali berjumpa. tapi no hal. sambil kendong anak, mulut berceloteh.

*aku kena lancarkan misi tak makan nasik 90 hari je gayanya.
*seperti biasa, aku kejenya amik je gambar dari orang kalau gi mana-mana event *peace*
** lps ni birthday sape?? Areessa ke?? ke Aqeef dulu?

13 June 2011

Blacklisted??


Tiba-tiba hari ni aku jadik macam rajin nak semak status aku dengan PTPTN. Risau jugak kalau tiba-tiba dah disenarai hitam kan. Dah la achik beriya nak gi Phuket tahun depan ni. Tak mahu lah nanti seronok-seronok, tetiba kena tahan kat imigresen. Meraung aku dibuatnya.


Dan alhamdullilah.. aku masih belum disenarai hitamkan lagi. Tapi sampai bila??

Insya Allah, mulai bulan depan aku berazam tidak mahu jadik peminjam ingkar lagi. Aku akan berusaha untuk buat pembayaran walaupun sedikit. Lagipun bila pikir balik, macam tak patut pulak. Dengan duit PTPTN tu lah aku akhirnya ada sehelai kertas bernama ijazah.

Tak baik jadik kacang lupakan kulit.

Dan untuk Eisya dan bakal adik-adik dia nanti. Sebolehnya aku tak nak derang buat hutang. Simpan duit dari kecik. Duit raya masuk SSPN. Buat saving melalui insuran. Tak payah nak menangung hutang banyak-banyak. Tanggung ibu abah je sudah.

*terus call PTPTN mintak reference number *nampak benor dah lama tak membayar hutang
* OMG!! Ada 34K hutang mau kasik bayar kat PTPTN *pengsan*

Little Touch LeapPad buat Eisya

Jumaat lepas parcel dari JuaiMurah telah selamat diterima. Punyalah gembira bila ada budak kangaroo kurier tu call kata 'kak, saya nak hantar barang ni. ada kat depan' Bergegas aku sarung kasut gi kaunter nak amik kotak. Sign segala yang perlu, terus masuk bilik. Amik gunting dan unwrapped kotak. Excited sungguh.

Tapi gambar tetap tak lupa nak amik. Inilah ciri-ciri blogger tegar (:

kotak Fair&Lovely, tapi isi dalam bukan krim pencerah kulit ye


Terus aku gi carik battery dan explore macamana nak guna LeapPad ni. Wahhh!! Seronok. Aku yang teruja. Tak sabar nak balik kasik Eisya main. Tak sabar nak tengok reaksi dia bila dia sentuh je buku tu, ada suara berkata-kata.

masuk je kereta, terus on LeapPad tu tunjuk kat Eisya.

Mula-mula dia macam tak teruja. Tengok je ibu tekan-tekan gambar dalam buku tu. Tapi bila dia dengar macam-macam bunyi keluar, dia dah naik syiok. Mula lah dia pun nak menekan sama. Tapi biasa lah, main hentam je dia tekan. Ibu pun satu hal, salah amik setting. Bagi peringkat umur Cha, mungkin setting 1 lebih sesuai. Setting yang lebih menjurus kepada muzik dan bunyi-bunyian.

Malam tu, Eisya hadap LeapPad je lah. Walaupun kertas buku dia dari kertas yang jenis susah ank koyak, aku tetap seriau bila tengok Eisya selak-selak muka surat dia. Eisya ganas okay.. Tapi bila kita nak tolong selak, dia marah. Maka perhati je lah.

Eisya, sentuh buku tu guna jari lah. Bukan satu tangan. Dah apa-apa je bunyi yang keluar.
takpe.. nanti lama-lama Eisya pandai la manfaatkan LeapPad ni

Dan seperti biasa, keterujaan ibu adalah melebihi dari anak yang adakalanya macam tak pandai menghargai. Tapi ibu redha. Aku terus belikan lagi 2 buah buku untuk Eisya gunakan bersama LeapPad ni nanti. Setiap pembelian Little Touch LeapPad ni adalah bersama dengan buku 'One Bear in the Bedroom' Kira ni buku yang telah build-in dalam system LeapPad ni. Tapi ada banyak lagi buku yang boleh diguna bersama. Dan bagi buku-buku lain akan dtg bersama catridge.

Buku & Catridge

Disebabkan segala barang di JuaiMurah adalah hot selling. Aku rembat 2 buku terus. Save kat postage.

Baby Animals: Discover animal & Relatinship
Pooh Loves You! : Discover friendship & Emoticons

Buat sementara ni aku akan khatamkan buku default tu dulu. Nanti bila Cha macam dah muak. Kita tukar buku lain pulak ye Cha. Biar ibu yang rasmikan buku-buku baru ni dulu. Senang ibu nak ajar Cha nanti.

Personally, aku memang rasa benda ni adalah sangat bagus. Sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran yang menyeronokkan. Yelah, budak mesti teruja bila ada buku yang boleh bersuara, Dia sentuh je segala gambar dalam buku tu, ada orang bercakap dengan dia. Setting advance sikit, boleh berinteraksi lagi. Lagipun buku-buku dia banyak. Tak silap aku ada sampai umur 6 tahun. Cuma kena pastikan LeapPad tu tak jahanam kena hentak/campak sudah.

Tak sabar nak rasmi buku baru (:

*tapi kena sedia bateri banyak-banyak, tak pun yang rechargeable. satu hari je 4 bijik AA bateri selesai digunakan

12 June 2011

Selamat Hari Bapa, Abah

Eisya telah mewakilkan ibu bagi melaksanakan tugas menyampaikan ucapan Selamat Hari Bapa kepada abahnya. Nak cakap sendiri tak pandai lagi, asyik lah bunyi 'bah.. bah..' dan kemudian disusuli dengan entah apa. Ibu tak paham. Abah lagi lah tak paham.

Sejujurnya, aku memang tak tau bila Hari Bapa ni sebenarnya. Nasib baik ada Eisya tolong ingat kan. *damn!! merepek boleh tahan kau dayu*

anak ngan abah share makan cupcake, sweet la tu konon.
motif?? ibu jeles

Selamat Hari Bapa, Abah. Esok Cha bawak abah gi Taman Burung eh..

Cha sayang abah!! Terima kasih banyak sebab selama hampir 14 bulan Cha jadik anak abah ni, abah jaga Cha penuh kasih sayang. Selalu back-up Cha kalau ibu marah-marah manja kat Cha. Abah rajin layan Cha time ibu tengah sibuk kat dapur. Abah gak yang teman Cha tengok tv. TQ abah sebab pagi-pagi selalu abah yang salin lampin Cha, cebuk kan Cha, tukar baju nak gi school sebab selalu pagi-pagi Ibu dah siap pakai baju kurung, dia tak nak masuk bilik air lagi, takut basah. Lagipun selalu abah yang siap dulu, ibu baru nak terkedek-kedek lilit shawl.

TQ abah.. Cha sayang abah.

Ibu, jangan lah jeles ehh.. Ibu tau kan, Cha sayang ibu jugak. Tapi ni kan Hari Bapa, ibu mengalah skit lah. Cha nak concentrate kan abah je. Boleh eh.. Luv u Ibu..

*hari bapa kan, bagilah chance anak bodek abah dia puas-puas