30 July 2011

Selamat Datang Ramadhan

Isnin hadapan, kita akan sama-sama menyambut kedatangan Ramadhan. Sama-sama berlapar di siang hari *sangat berkesan bagi menjayakan program diet kan* Dan seperti yang dijangkakan, jalanraya pasti sesak. Sesak yang sungguh sesak. Berbuka dengan hanya meneguk air di dalam kereta adalah perkara normal. Jangan sedih. Maka, jangan lupa sediakan botol berisi air dalam kereta. Supaya jangan mengalir air mata nanti.

Dan bersuamikan suami saya, dia adalah lebih gemar berbuka di rumah. Berbuka dengan masakan isteri.

Hari biasa pun sampai rumah dalam pukul 6.30-6.40pm, camne lah bulan puasa ni kan.. dapat sampai pukul 7 pun aku dah syukur dah. Sempat la lagi nak masuk dapur. Aku pun lagi suka berbuka kat rumah sebenarnya. Puas berbuka, tak terkejar-kejar nak maghrib. Lepas sembahyang bleh sambung lagi. Boleh makan dengan tenang. Jimat pun jimat. Alang-alang masak untuk buka, masak je lebih sikit untuk sahur.

Bagi menghadapi masa yang sangat suntuk untuk memasak minggu hadapan. Hari ni aku berpedih mata. Habis semua bawang aku kupas, pastu blender siap-siap. Cili kering pun aku blender, buat stok. So nanti pagi-pagi nak keluar gi kerja, turunkan ayam/daging/ikan siap-siap. Balik keje harus dah defrost kan. Bila bawang, cili smua dah siap blender. Insya Allah, setakat nak masak kari ke, buat sambal ke... 10-15min dah siap kan. Selalu nak mengupas-ngupas bawang tu yang leceh, buat lambat.

Insya Allah.. semoga segala urusan di bulan Ramadhan nanti dipermudahkan.

Bila menjadi isteri dan ibu, dalam masa yang sama kita turut bekerja. Sama-sama mencari rezeki untuk keluarga, pandai-pandailah kita carik cara mempermudahkan urusan di rumah. Dan ini salah satu usaha aku.

Tapi kalau sampai rumah pun dah 7.15pm, memang aku ajak Ekwan gi kedai sebelah ni je.

Dan tak lupa, Selamat berpuasa rakan-rakan!!!

28 July 2011

Sesi Riadah Bersama Family: BBQ di Ulu Yam

Ahad yang lepas, kami sekeluarga ke Ulu Yam. Bukan kami sekeluarga je sebenarnya, tapi semua ahli keluarga sebelah Ekwan sebenarnya. Bukan senang nak dapa peluang berkumpul semua adik beradik. Bila ada peluang, memang meriah. Dan tahniah lah diucapkan kepada suami saya yang begitu gigih memastikan impian dia nak ber'BBQ ngan adik beradik berjaya direalisasikan.

Seawal jam 8am pagi kami dah bersiap sedia nak ke Ulu Yam, sebab kononnya pukul 9 pagi nak ada kat sana dah. Tapi biasalah, kita kan plan je lebih. Ngan laki aku yang liat nak bangun pagi. Nak kejut dia bangun boleh bergaduh jadiknya. Haruslah pukul 9 baru punggah barang masuk kereta kan. Jadiklah.. itu pun dah kira awal dah laki aku bangun pada hari Ahad.

Konsep penyediaan bahan pengisian perut adalah potluck. Dan kami bertanggungjawab menyediakan ayam. Aku offer nak marinated sendiri ayam tu, tapi laki aku berbesar hati tak mahu susahkan bini dia. Dia kata 'kita beli je yg dah siap kat carrefour' Aku tanya semula 'confirm?? kang jgn alst minit suruh org marinated' Dan dia dengan yakin kata 'beli je' Haruslah aku sambut tawaran tu ngan hati terbuka kan. Senang keje aku. Tapi bila dah gi Carrefour, tengok harga kepak ayam yang dah siap marianted, terus dia kata 'lain kali kita marinated sendiri lah yang' Hahahahaha... terperanjat laki aku tengok beza harga dia.

sesi pembakaran pertama. habis licin sebab semua kebulur. lapar. aku terutamanya.

mastermind kenalah memastikan segala bahan mentah bertukar menjadi bahan pemakanan kan. duduk lah bertenggek tepi tu jaga bara

kusyuk anak aku makan tembikai

anak dan abah bergembira main air. ibu perhati je dari tepi. rileks je anak aku tak pakai baju main air sungai.

seperti biasa. ratu air kalau dapat main air kan. orang bawak naik dia menjerit tak puas hati. tapi hari tu dia macam ngada-ngada sikit. tak mahu dengan orang lain. ibu ngan abah je bleh pegang dia. jauh skit je dia mencebik

abang-abang sepupu Cha

Aku tak tau lah, apsal aku gi Ulu Yam ngan family mesti hujan. Dulu gi ngan mak+adik-adik aku pun hujan gak. Kali ni pun hujan gak. Kelam kabut punggah barang semua. Dah lah tengah panggang ikan untuk makan tengahari. Budak-budak smua baru keluar air, masing-masing lapar. Huru-hara jap. Tapi dapat makan nasik ngan ikan bakar panas-panas, perrghhh!! memang terbaik. Diet aku pun hancur lebur Ahad lepas.

Tapi takpe *sedapkan hati* sekali sekala.. Isnin terus aku telan buah semata.

orang paling banyak makan pada hari kejadian. bukan aku tau, tapi abang ipar aku tu. (:

memang terbaik!!!

*banyak lagi gambar tak dapat. harapkan kamera hp cabuk aku jelah dan gambar dari kamera akak ipar. ada 2 kamera lagi tak dpt gmbar ni

27 July 2011

Program Diet: Alat Bantuan

Adakalanya bukan berat badan yang menjadik masalah besar. Tapi bentuk badan tu yang mengembang dan terbentuk tak simetri. Ada bahagian yang terlebih besar, ada yang sedang elok je. Sedap je nak menyarung baju. Mata yang memandang pun sejuk je. Kalau dapat badan yang membesar sama adil semua bahagian, dari atas hingga ke bawah. Memang seronok je rasa. Kena pulak, makan banyak-banyak pun tak mengembang banyak mana. Memang pakej terbaik sungguh.

Tapi kalau dapat badan yang tak seimbang macam aku ni. Memang rasa nak menangis. Badan dah lah besar tak balance, makan tak reti nak kawal. Memang padan muka lah jadik perempuan gemuk. Lagi-lagi dengan badan serupa buah pear *semalam telan 2 bijik buat mengisi perut sementara tunggu masa untuk bedal semangkuk tomyam untuk makan malam*, makin rasa macam entah pape je rupa badan aku ni.

motif pilih gambar kartun berbadan bentuk pear yang hot gini??
*penyejuk hati dan mata*

Aku memang hangin bila pilih jeans. Punyalah payah nak lepas tang peha tu. Terlompat-lompat aku nak kasik lepas. Bila dah lepas, punyalah longgar tang pinggang.. Geram tau. Bila buat kurung moden ke, kebaya ke.. memang rasa kelakar je tengok baju tu. Bahagian atas hingga pinggan elok je, tetiba sampai tang punggung tu kembang je. Rasa macam buruk je pulak.

Kena pulak aku jenis malas nak berusaha sungguh-sungguh nak mengecilkan bahagian-bahagian kritikal tu. Cara yang aku tahu, sapu krim-krim panas pembakar lemak tu je pun. Dan seperti biasa, seminggu je kot aku rajin nak sapu lepas mandi, sebelum tido. Lepas tu krim tu tergolek-golek je lah atas drawercase tu.

Tu bila Wani offer untuk try pakai Premium Beautiful, aku umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Harus aku setuju. Malah gembira tak terhingga dengan peluang yang dia offer.

Dan sehingga hari ni, dah 3 hari aku menyarung corset Premium Beautiful ke badan selama sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Hari pertama memang terlompat-lompat lah aku nak sarung long girdle tu. Nak kancing long bra pun Ekwan kena pasangkan. Masa 1st memang macam seksa je laki aku kancingkan. Balik keje je terus mengelupur tanggalkan PB. Tapi pagi tadi macam senang je. Mungkin juga sebab corset tu dah mula terbentuk ikut badan aku kan. So, senang sikit nak disarung.

Yang aku suka, PB ni macam selesa je melekat kat badan. Tak lah rasa sakit ke apa, tapi sendat memang sendat. Ngan waist nipper, dah macam tiang lak aku rasa. Tegak je badan ni. Tapi itu lah yang bagus kan, membantu membentuk postur badan.

Walaupun aku berhasrat dan ingin menurunkan berat badan. Tapi aku tak mahu bergantung harapan kat Premium Beautiful semata-mata. Bagi aku, PB (in short) adalah alat bantuan sokongan yang sangat efisen dalam program diet aku ni. Yang mampu tolong kawal kadar kemasukan makanan dalam perut. Bila PB dah melekat kat badan, macam secara automatik nak habis kan mihun sup semangkuk pun macam tak larat. Macam mengah je nak habiskan.

Yang paling aku suka bila sarung PB, habis hilang tersorok semua lemak-lemak terkumpul yang mengumpal kat perut. Bila jalan pakai baju kurung, ada angin tiup, yakin je aku membawa diri. Tak payah nak tarik-tarik baju menyorok lemak. Dan aku bertambah seronok bila long bra PB tu berjaya tolong membentuk kembali breast aku menjadi macam masa zaman anak dara. Yelah, bila dah beranak, breastfeed, breast macam sedikit 'lari' bentuk dan kedudukannya.

Lepas seminggu kang aku nak ukur semula punggung, peha aku ni. Kita tengok macamana hasil dia. Berat pun aku tak timbang lagi. Tak mahu naik weight scale selalu sangat, takut nanti frust kalau tengok sama je. Jarum tu tak berganjak pun. Nanti aku gebang lagi eh pasal PB ni.

Jap..jap.. PB tengah sale weehhh!! RM1800 je, tak kira size!! Free shipping, Free consultation!! Kalau rasa berminat bleh contact Wani (0123792210) Tak pun email je kat dia wani56@gmail.com


*Beyonce pun pear shaped gak, tapi apsal dia hot semacam hah?
*lain kali jangan mengelat berbengkung time pantang. dulu asyik ngelat je kan, rasalah hidup dengan perut buncit tu.

25 July 2011

nak.. tapi nanti dulu lah


Bila kawan-kawan bloggers makin ramai yang nak menambah anak. Kawan-kawan sepermainan, sama-sama bersengkang mata time nak final exam kat UiTM sekarang dah jadik mak beranak 2, beranak 3. Aku rasa macam 'nak tambah anak lah' Hakikatnya, kami belum bersedia. Sentiasa akan kata 'nanti dulu la' Macam sangat yakin jawab bila orang tanya 'bila Cha nak dapat adik' Tak pikir panjang terus jawab '2013' Sangat pasti je bunyinya.

Sungguh.. aku belum sedia. Dari segi emosi, mental, fizikal juga kewangan. Biarpun mak aku selalu kata 'kan setiap anak tu ada rezekinya' Macam risau pulak mak aku bila aku nak beranak jarak jauh-jauh ni. Alah.. mana ada jauh sangat, 3 tahun je. Ye..ye.. aku percaya kepada tetapan yang satu tu. Dah merasa pun bahagian Eisya di muka bumi ini yang Allah sampai kan melalui kami, ibu bapa dia.

Ini bukan kerana duit semata-mata. Aku rasa badan aku belum mampu nak jaga dan hadap kerenah 2 orang anak kecil sekarang ni. Sekarang pun selalu je rasa macam nak tido bawah meja kat opis ni. Kalau ada 2 orang anak kecil yang malam-malam merengek mintak susu, macam mana?? Tu sebab aku pilih 'nanti dulu' Tak mahu bebankan badan dan diri sendiri. Tak mahu sampai kehadiran dia nanti aku anggap sebagai beban. Aku nak sambut kehadiran anak ke-2 aku dengan penuh rasa gembira, teruja. Sama macam bila aku tahu dah mengandungkan Eisya dulu. Aku nak rasa sentiasa seronok bila update progress pregnancy aku nanti.

Senang kata, aku nak pastikan aku dan Ekwan betul-betul dah sedia.


dayu jika beranak 2.

*nanti dulu, nanti dulu.. tapi nama ada dah sedia bagai (:
*memang best kalau 2nd child nanti laki, tapi aku macam suka je kalau dapat anak pompuan lagi

22 July 2011

Program Diet yang berakhir entah bila: The Start

Berat aku sekarang 65kg. Hampir-hampir nak jadik 66kg dah. Memang hebat. Dulu zaman sekolah berat aku 52kg je. Habis SPM, masuk UiTM, berat memang naik mendadak masa 1st semester. Entah kenapa aku macam sangat berselera dapat makan free kat dining hall tu. Tak pernah missed. Pastu ngan nasik lemak kat Seksyen 2 tu. Mana tak kembang aku jadiknya.

benci!! benci!!

Zaman keje, lagilah. Malas sendiri nak komen sebab memang frust dengan diri sendiri. Masuk tahun ke-2 bekerja, insaf sikit. Dan berdiet lah aku. Alhamdullilah.. berjayalah hidup dengan seberat sekitar 56kg. Sehingga nak kawin, dengan tak berapa disiplin menjaga makan, bersandinglah aku dengan berat sebanyak itu jugak. Redha walau tak suka. Dah sendiri yang tak mahu usaha gigihkan. Rasakan lah.

tapi sebab 2,3 hari sebelum majlis aku makan tak menentu, takde selera nak isi perut. dapat lah muka sedikit runcing ni. nak sarung baju ni pun senang je.

Selepas setahun berkahwin, mengandung dan melahirkan. Aku dapat rasakan kadar pengembangan diri aku memang macam sangat mendadak. Merasa slim 2,3 bulan lepas pantang je. Lepas tu, punggung ngan peha makin lama makin banyak incinya. Seluar smua makin ketat. Tu yang aku jadik makin menyampah tu. Geram. Baju-baju banyak dah tak bleh pakai. Kebaya, kurung moden smua jadik hiasan almari semata. Menyampah aku.

Mulanya malas nak amik peduli. Lantak kau lah. Nak gemuk, gemuk lah. Aku malas nak diet-diet, control makan. Dah la aku ni kalau tak jumpa nasik rasa macam tak sempurna je hidup sehari. Laki pulak jenis dari dalam kete lagi dia dah tanya 'malam ni masak apa yang?' Ingat sennag aku nak masak nasi ngan lauk untuk dia je?? Tak kan sebab aku nak diet, ngan dia sekali nak kena tak makan malam. Makin kering laki aku tu kang. Suruh dia makan kat kedai, mana dia mahu. Dia nak makan bini masak je. Tak puas makan kat kedai katanya.

Dan itu antara faktor kenapa susah aku nak menguruskan badan.

perempuan gemuk bersama anaknya. anak dia kurus je. dia lak yang makin lama makin mengembang.

Bila dia dah mula asyik berbunyi 'yang, apa ni ketul-ketul ni' sambil sengih-sengih picit lemak-lemak yang berlipat kat perut. Aku sentap gak jadiknya. Biarpun dia gurau-gurau, achik tetap terasa hati tau. Dan aku macam terus berazam, nekad 'raya ni mesti kena kurus!!' Tak kira. Kena jugak. Tak dapat balik berat 52kg, 55kg pun boleh lah. Macam tak sanggup dah lagi nak hidup dengan badan berat 65kg ni. Dan paling utama, aku tak nak punggung ngan betis yang lebar dulang ni. Tak mahu!! Tak mahu!

aku benci peha tu

kawan selim melim, aku kembang semangkuk.. benci!!

Sebagai permulaan, hari ni aku breakfast oat ngan sebiji epal hijau +5,6 biji anggur. Cukup. Tengahari kang, aku nak makan ikan bakar je. Dan balik nanti nak ajak Ekwan gi carik DVD Paula Abdul yang Jue cadangkan tu. Tak pun ikut je tips Pja, kita melompat-lompat je 200 kali sehari. Dapat bakar 2000kalori. Lepas ni merasalah aku bangun pukul 5 pagi melompat-lompat seorang diri, pastu terjoget-joget depan TV. Demi nak kurus katanya.

*tapi ahad ni ada sesi BBQ ngan keluarga in laws. takpe, aku makan ayam 2,3 ketul je

*tak lupa juga kepada Wani yang membantu dalam usaha aku nak mengecilkan dan mengembalikan bentuk badan ni. TQ sebab percaya dan beri peluang ni kepada kita. sangat rasa bertuah tau..

21 July 2011

Hidup mati untuk Dia

Rasanya aku tak pernah bercerita secara detail hal kisah percintaan antara aku ngan Ekwan. Dan rasanya tidak perlu kot. Takut orang muak. Cukuplah aku katakan, kami mula kenal 10 tahun dulu di UiTM. Berkenalan dan berkongsi rasa seawal umur 18 tahun *gedik* hinggalah akhirnya di ijabkabulkan 31 Mei 2009 ketika aku berusia 26 tahun, dia pula 27. Namun, tidaklah sepanjang 2001-2009 tu kami sentiasa bersama menyemai cinta. Tidak. Ada fasa perpisahan selama 2 tahun di situ. Perit tapi cukup memberi pengajaran. Buat aku semestinya. Buat aku lebih sedar, jangan terlalu mencari kesempurnaan. Hargai segala milik kita. Peluang tak sentiasa datang buat kali kedua.

Tetapi kalau dah namanya jodohkan.. Bersatu juga akhirnya. Syukur.


Apa yang aku berkenan sangat kat Ekwan? Kenapa pernah berpisah, bila jumpa, berkawan dan akhirnya bercinta semula. Mungkin itulah yang dinamakan keserasian, ada chemistry antara kami yang tak boleh dipisahkan. Terbentuk antara kami berdua je. Aku ingat lagi, dulu ramai yang tanya apa yang aku berkenan sangat kat Ekwan. Rasa macam tak sepadan sangat dia ngan aku. Tapi hati dah suka. Tetap bersama. Biar macam-macam orang kata.

Berkawan dengan Ekwan, aku sangat selesa. Rasa tak perlu nak berlakon, cover itu, cover ini. Senang nak bawa diri. Itu yang paling aku suka. Bila keluar dating, nak makan banyak-banyak ke, tak payah nak malu-malu. Selamba je. Nak kuar dating pun tak payah nak berhias beriya, dia lagi suka. Nak terkentut ke apa.. lepas je. Takde malu punya. Sampai gitu sekali dia punya tak kesah. Tu yang aku selesa. i like..

inilah rupanya orang yang aku jatuh hati tu dulu. kurus sungguh dia kan. tapi kalau hati dah kata mahu.. mahu jugak

ini pulak aku zaman berusia 19 tahun. baru habis kelas ni *ke ponteng last class gi makan cendol pastu lepak kat tasik Shah Alam*

Dan yang paling aku suka, dalam sempoi-sempoi, dalam selamba bila di ajak berborak atau discuss hal serius, dia adalah sangat bagus. Kriteria ni sangat penting bagi aku, sebab aku sangat rasa komunikasi adalah asas dalam sesebuah hubungan. Walaupun adakalanya aku yang kematian idea, terdiam tak tahu nak kata apa dah.. aku suka je. Biar dia nampak bijak lagi dari aku. Terserlah lah sikit ciri-ciri pemimpin yang boleh buat aku dengar kata. Lagi-lagi bila dah jadik suami ni, dia memang pandai control bini dia. Aku membebel berbakul-bakul, sekali dia bersuara, achik terdiam okay. Selain terkenang dosa yang sendiri dah jana, the way dia cakap tu yang buat aku insaf *walau ada kala tak setuju, tapi diam tetap diam. masuk bilik peluk bantal*

sebulan selepas dinikahkan
*skrg aku dah tak bleh sarung kebaya ni, Ekwan smpai sekarang bleh sarung kemeja itam belang-belang dia ni*

Ekwan bukanlah jenis suami yang ringan tangan membantu aku urus rumah tangga. Dulu aku macam hangin jugak. Rasa macam 'eleh, aku gi keje gak. apa kes balik umah aku kena buat semua sendiri' Terdetik juga rasa tak puas hati. Sangat jeles aku bila baca kisah orang yang dapat suami rajin tolong sapu rumah, basuh baju, sidai baju, masak, basuk bilik air semua. Tapi laki aku?? Puas aku mintak tolong berkali-kali baru gerak. Tahun pertama kawin, aku memberontak jugak. Arah-arah juga dia buat itu ini. Tapi harus minta secara baik, perkataan 'tolong' tu kena ada. Kenalah berhemah.

masa ni kami dah berjauhan. aku kat Shah Alam, Ekwan kat Sg Petani.
tarikh kat gambar 9 Ogos 2004. Ekwan datang melawat aku. kami sambut anniversary couple *mcm gedik lak kalau dikenang* Ohhh iye.. dulu, tarikh 7 Ogos sangat bermakna, sekarang dah sah, kenalah ingat tarikh nikah lak

Tapi bila dah ada Eisya, aku dah makin boleh terima. Aku dah macam tak kesah. Dia penat mungkin. Keje dia tak sama ngan keje aku. Aku duduk opis je sepanjang hari. Dia ke sana, ke mari. Ngan bawak kete layan jammed lagi. Biarlah. Biarlah bila sampai rumah dia rileks-rileks je depan TV teman Eisya main. Aku dah tak kesah. Sungguh. Apa aku larat, aku buat. Kalau dah rasa penat, aku tinggalkan je. Aku tak nak memaksa badan, pastu rasa dengki kat laki dia goyang kaki depan TV. Biarlah.

Biarpun dia bukan suami yang perajin nak tolong bini uruskan rumah, aku tetap gembira dapat dia jadik suami sebab dia tak memilih bab makan. Apa aku masak dia sapu je. Senang nak jaga laki aku ni. Lagipun bila sesekali rajin dia datang, habis satu rumah dia vacuum. Kipas smua dia basuh kasik bersih.


Dan walaupun dia jenis susah nak bangun pagi, selalu buat aku terjerit-jerit nak kejutkan dia. Aku sentiasa cuba tak meninggi suara. Kalau dah rasa meluat, aku biarkan aje. Tapi sejak Eisya ada, aku selalu gunakan Eisya. Aku suruh Eisya yang gi kejut abah dia. Ekwan kalau dia dengar suara Cha, dia rasa Cha tepuk-tepuk badan dia, macam senang lak nak bangun. Pelik aku. Tapi dia bukak mata, nampak aku dah jaga. Dia katup mata balik. Geram tau. Tapi biarlah, asalkan rajin tolong uruskan Eisya. Aku dah puas hati.


Ekwan juga bukan romantik orang. Dan sekali lagi 'achik tak kesah' Serius, bukan sekadar nak sedapkan hati. Sebab itu bukan elemen paling penting aku carik dalam relationship. Tapi aku lebih jatuh hati ngan sifat protective dia. Cara dia jaga anak bini dia. Bila dia lebih utamakan anak bini, itu lagi buat aku cinta dia sepenuh hati sampai mati. Tak perlulah nak lambak kan aku dengan hadiah mahal-mahal semua. Aku tak kesah kalau tak ada *tp kalau dpt memang achik tersengih dari pagi sampai petang*

Dia tak sempurna. Sama jugak macam aku. Kawin pun baru nak masuk tahun ke-3. Masih panjang lagi perjalanan hidup. Banyak lagi nak kena tempuh, nak kena belajar. Dan seperti kamu semua, aku juga sentiasa mengharapkan hubungan ni terus mekar. Jangan pudar. Nak hangat sentiasa.

Akhir kata, saya sayang suami saya. Ya Allah, terima kasih atas jodoh ini.

*hidup dan mati kini untuk suami. opppss.. untuk anak-anak juga
* giler gigih aku selongkar album lama, bawak gambar gi opis, scan gambar. demi menghasilkan entry dedikasi untuk suami ni. patut buat masa anniversary. tp nak buat camne, time anniversary mood cinta tak berterbangan di udara
*gambar adalah ditempek secara random

Nak memboros kena ada sebab

Aku memang jarang nak menconteng muka atau bermekap kalau pergi keje. Malas dan tak sempat adalah penyebab utama. Yang sekadar sapu bedak, lukis eye liner ni pun dah terkocoh-kocoh pagi hari. Ini kan pulak nak main-main eye shadow smua. Mahu tiap hari Ekwan cekak pinggang sambil dukung Cha berdiri tepi cermin tunggu aku bersiap.

Tapi semalam macam terawal. So aku macam rajin nak mekap-mekap sikit. Rajin lak aku sapu foundation, concealer smua. Dah siap bedak, aku carik lah blusher. Puas selongkar beg mekap tu. Tak jumpa-jumpa. Mana menyorok la pulak blusher aku. Pastu carik lipstick.. pun macam tak jumpa. Pastu rasa macam 'takde barang mekap ke aku ni?? smua dah hilang ke? ke dah habis ni?'

Ohhh, alasan yang kukuh untuk singgah Parkson, The Mall tengahari ni.


Nah, saksikan la muka pucat lesi achik har ni.

20 July 2011

Pemusnah Mood

Ini antara sebab kenapa aku rasa nak buang je shout box kat sidebar tu.

Aku sebolehnya malas nak layan dan amik peduli benda-benda macam ni. Tapi bila aku terbaca, hati jadik tak tenteram. Rasa tak tenang. Nampak macam tak memberi apa-apa kesan, tapi hakikatnya terpikir gak.

Selalu shoutbox tu akan disable sebab segala application berunsurkan chatting adalah disekat di pejabat. Tapi pagi ni, orang bertugas lupa nak blocked kot. Tu yang seronok aku main FB. Dan benda ni pun enable la semula. Tu yang terbaca tu, sedangkan dah lama dah.

Sejujurnya aku tak pernah nak berbangga dengan jawatan aku sebab aku sendiri tak rasa hebat mana. Tak pernah rasa nak khabar satu alam apa keje aku. Tak terlintas. Something aku pun macam segan nak bagitau aku keje apa. Tapi kalau ada yang rasa macam aku nak riak ke apa, mintak maaf lah. Tak terfikir pun.. sebab aku tak rasa pun keje aku ni best sgt sampai nak kena hebah kat semua.

Lain lah keje aku melancong keliling dunia ada orang taja. Tu memang aku gebang satu dunia.

Tapi kan, kalau benar meluat sungguh dah rasanya. Janganlah sorok-sorok macam ni. Kenalkan diri kan lagi senang. Senang aku nak mohon maaf ke kalau dah buat orang rasa meluat kan. Paling tidak pun, lepas dah lepas geram kat shoutbox tu. Hantar email. Lagi best apa kalau hentam orang kat email. Bleh tulis panjang-panjang.

Anyway, keje achik memang tak best mana. Tu lifestyle achik cam orang ulu je.

Ruang Kehidupan

Aku rasa, aku adalah antara golongan pekerja yang bertuah. Disediakan pelbagai kemudahan yang menarik. Dan sangat memuaskan hati.

Sesuai dengan kelayakan seorang pegawai P&P kerajaan, aku dapatlah menikmati ruang kerja yang sangat memikat jiwa. Ada ruang kerja yang sangat privacy, walau aku hanyalah kuli semata. Ni yang seronok keje dalam sektor kerajaan ni. Kalau kat private,tak merasa kot. Mau apa yang aku ada sekarang ni, jadik senior executive baru nak merasa.

Dan yang paling aku seronok, aku sentiasa dapat permandangan-pemandangan yang sungguh menarik dari ruang kerja aku. Seronok je. Boring-boring boleh termenung tepi tingkap. Dulu dapat tengok Dataran Merdeka, kalau ada pape event, aku tengok dari tingkap je. Sekarang dapat pulak pandang Menara KL tiap-tiap hari. Memang best.

Ini rezeki namanya. Alhamdullilah

Tapi bila pusing je smula pandang meja sendiri. Terus rasa nak pitam.

giler serabut

Entahlah, aku memang tak pandai nak kemas kot meja aku ni kasik tersusun elok, tak terabur semua benda. Aku pulak jenis, balik keje aku tinggal je smua gitu je. Camne last aku guna, gitu lah dia aku tinggalkan. Ngan buku terbukak pun aku tak tutup, esok senang aku nak refer semula. Lukisan bersepah-sepah atas meja, aku biarkan je.

Kadang rasa meja member kat sebelah yang laki ni lagi kemas dari meja aku.

*tapi aku rasa kalau ada satu meja khas untuk aku buat keje kat belakang, tempat aku nak teraburkan segala drawings dan buku, mesti meja komputer aku ni kemas tersusun rapi

19 July 2011

Aqeef's Bubble Party

Happy 1st Birthday Aqeef!!

Aku kan kalau dapat pape invitation, macam selagi tiada aral melintang. Mesti aku usaha hadirkan diri. Selain bawak Eisya jumpa kawan-kawan, aku pun bleh jumpa kawan-kawan juga. Selalu borak-borak kat FB je, bila ada peluang bleh jumpa depan muka, tak kan tak suka.

Hujung minggu pun terisi, takdelah duduk kat rumah tekan-tekan remote TV je kejenya.

Ahad lepas kami ke Taman Dato' Keramat. Mau hadir ke birthday party Aqeef Danial yang pertama. Seperti biasa, awal-awal lagi sudah kata mahu datang, maka kenalah hadir. Pukul 11.30 dah keluar rumah sebab konon nak singgah beli hadiah, tapi Eisya tido lah pulak. Tak dapat lah nak beli hadiah. Achik bagi hadiah wang tunai je lah ye Aqeef, boleh eh..

suka betul aku dengan decoration ni.

jatuh cinta sama kek ni. comel sangat!!

nak amik gambar sorang-sorang segan. nasib baik ada Cha buat cover line.
-Cha tenung popcake tu semacam je. geram lah tu-

sebenarnya aku nak bagi Cha bergambar ngan Aqeef je berdua. tapi anak dara aku ni sibuk nak merayau. tu yang kena kepit tu

bersama Ainul dan Khaleela@MrsNageeb
-Cha memang tak heran dan tak kesah kalau aku pegang/dukung budak lain. rileks je dia-

ni yang paling Cha dan ibu dia suka kat party Aqeef ni selain makanan yang super duper pelbagai dan sedap belaka. Ekwan geleng kepala tengok aku asyik keje makan.

agenda wajib sebelum meninggalkan majlis *alamat separuh je,tak semua ada dalam gambar ni*

semua yang hadir meriahkan acara.
L-R: aku+Cha, Reen+Payin, kawan sekolah Jiha, Jiha+Bday Boy, Ena+Naurah, Ann+Alia, Ainul+Areessa, Fizz+Eryna dan Ela+Marissa *link nanti aku letak, tp tak tau bila*

Akhir kata, seperti biasa dan seharusnya, terima kasih kepada tuan rumah sebab sudi jemput kami sekeluarga. Makanan dah lah sedap. Dapat pulak goodies isi macam-macam.

Ibu teringin

Masa kat airport tempoh hari, aku ternampak sorang budak perempuan ni, umur lebih kurang 3/4 tahun tengah seret luggage beg yang super duper comel. Bentuk kucing lagi. Terus aku kata kat Ekwan 'yang, belikan Cha satu macam tu nak' Ekwan pun macam terpikat tengok kecomelan beg tu. Ngan gelagat budak yang bertenggek sambil menolak-nolak beg tu. Lagilah terpengaruh.

lebih kurang gini la aksi budak tu. duduk atas beg tu, pastu kaki tolak-tolak beg tu ke depan.

Sebab macam berkenan dan macam teringin. Aku ushar-ushar la brand beg tu. Senang aku nak meng'google balik nanti. Dan tertera dengan nyata brand beg tu, TRUNKI namanya. Dan seperti biasa, ibu yang lebih teruja dari anak yang tak mengerti apa ni, terus mencari di atas talian. Taip je TRUNKI, berderet list keluar. Macam-macam online shop yang jual, pilih je nak beli kat mana.

Tapi keinginan hati macam terus menjunam bila aku tengok harga dia. Giler mahal. Mengalahkan luggage bag 40liter aku.

Tapi achik berkenan!! Camne???

baru achik nak feeling tarik anak atas beg gini gaya. tangan kiri tarik beg sendiri, tangan kanan tarik anak. ngan shade, kepit handbag Michael Kors *ni lg berangan* jalan lenggang-lenggang. hot habis la konon. hahahahaha... Aku perasan hot, orang tengok 'kesiannya pompuan ni, takde laki ke apa?' *gelak.. gelak*

Anyway, harga dia RM259.00. Sape-sape dapat bonus terpijak ke, apa ke? Boleh la tolong orderkan untuk aku. Nanti aku bagi alamat postage (: Hah, kalau ada yang nak jual second hand, ok gak *teringin giler gayanya*

*duit dah habis tempah langsir kat Nagoya, kalau tak boleh gak aku gatal-gatal klik 'add to cart'

Lembu New Zealand

masih lagi berkisar hal di Sabah. layan je lah. kalau muak, buat-buat tak nampak je entry ni. tq

Desa Cattle, Mesilau, Sabah

Tapi macam kat New Zealand. Nak ke Mesilau ni, sila tanya jalan dari orang tempatan terlebih dahulu (kalau tak sempat nak google) Dia macam ke dalam sikit. Jalan nak masuk ke ladang ni pun tak berapa nak elok. Lori asyik keluar masuk mungkin.

Masa terbaik untuk datang ke ladang lembu ni adalah pukul 3 ptg. Masa ni derang perah susu. Kitaorang sampai dalam pukul 1, lembu-lembu smua baru lepas makan. Tengah beratur nak masuk kandang. Ikut belakang lembu-lembu sekalian. Nasib baik tingkap bertutup, kalau tak memang hirup udara 'nyaman' sungguh.


lembu-lembu sekalian. besar-besar belaka mereka ni


hajat hati nak gi turun tunggang lembu tapi tak dapat keizinan. amik gambar dari kejauhan pun jadiklah. asal jangan kempunan


apalah Cha, datang ladang lembu minum ribena. ibu bagi susu segar dari ladang tak mahu


segar dari ladang. RM 2.70 sekotak
-bila tengok lembu-lembu ni aku macam tak yakin nak minum yang kaler putih punya. tu suruh Ekwan beli yang perasa coklat. tapi sedap, tak cukup sekotak-


nak bergambar dengan lembu tak dapat, tepi pagar pun jadik lah


sejuk je angin kat sini kan Cha.


Sedikit nota:
Aku cadangkan, adalah lebih sesuai kalau bermalam satu hari di Kundasang. Tak penat nak patah balik ke Kota Kinabalu. Jauh babe, hampir 3 jam perjalanan. Penat. Nanti malam melepek je kejenya. Dah buang masa di sana. Lagipun kalau bermalam, esok pagi boleh tengok matahari terbit. Pastu petang-petang Kundasang berkabus. Seronok. Bleh peluk-peluk anak beranak.

Kalau bermalam, boleh lah jalan jauh sikit. Boleh gi Ladang Teh Sabah ngan Poring Hot Spring

*aku memang wajib pergi lagi ni. bila AA promo?

18 July 2011

Mourning Monday - bila tgk gambar ni trus tak jadik

Ini adalah gambar kejadian malam semalam. Ketika aku leka kupas bawang nak masak tomyam. Anak kesayangan pujaan hati aku ni sedang asyik menyelongkar rupanya. Serius, aku tak sedar dan tak perasan bila masa dan macam mana dia boleh ada kat situ. Selalu dia sibuk kemas rak pinggan, habis semua tapis, mangkuk dia 'kemas' Tapi semalam tiba-tiba rasa 'erk, apsal senyap je ni?' Sekali bila tengok, kat situ rupanya dia.

Aku macam nak gelak pun ada tengok dia tertonggeng-tonggeng kat bawah ni. Boleh pulak dia panjat masuk bawah kitchen cabinet ni. Bila nak amik bawak keluar tak nak. Makin seronok pulak dia selongkar rempah sup, rempah tumis smua tu.

Cha, apa Cha buat tu?

Cha, ibu dah makin rimas lah tengok rambut awak. jom, gunting rambut jom. kita gi time abah takde. kalau abah ada, dia tak bagi. boleh lak awak rileks je kan Cha rambut tutup-tutup mata gini. kalau ibu lama dah ibu mengaruk.

*anak aku sekarang tengah galak main lidah. sikit-sikit terjelir. geram lak aku tengok

15 July 2011

Kundasang War Memorial

Kalau diperhatikan melalui GoogleMaps, dari Kinabalu Park ke Pekan Kundasang adalah sejauh 10.7km dan mengambil masa lebih kurang 13 minit je. Wahhh, giler pantas.


dekat je


tapi jalan dia, mendaki di lereng bukit. tu yang buat lambat. dengan jakun lagi. tgk rumah-rumah tiang tinggi-tinggi tepi bukit. alah, gambar tak jelas. kalau tgk kat google EarthPro memang jelas nampak, rumah, kebun sayur tu smua.

Actually kitaorang pun macam tertanya 'apa best kat Kundasang ni? mana je nak pergi? jauh-jauh datang dari KK ni?' Yang memang pasti adalah War Memorial dan singgah ke ladang lembu di Mesilau. Aku pernah diberitahu pasal sungai Fish Spa, tapi tak sempat nak buat kajian. Kalau tak boleh singgah sebab dah satu jalan. Nanti pastikan sape yang merancang nak ke Kota Kinabalu dan Kundasang masukkan Sungai Morali, Kampuang Luanti dalam senarai tempat persinggahan korang.

Bayaran masuk adalah RM2 seorang. Boleh lah masuk bawak anak jalan-jalan. Orang kata alang-alang dah sampai kan.


Cha, kali ni ibu bawak awak ke memorial askar Australia. balik KL nanti kita gi Tugu Negara eh.. barulah patriotik


sukanya ibu tengok awak sengih-sengih gini Cha
-apalah ibu ni,asyik terpejam mata je-


ruang mengambil gambar dan duduk melepaskan lelah
-cha, tak payah la buat muka pelik tgk ibu awak ni-


nama tempat ni war memorial, tapi dia ada taman bunga yang sangat cantik. rasa nak amik bawak balik, tapi dia dah tulis siap-siap 'Di Larang mengambil bunga. Ada TV' Bila Eisya nak petik bunga ros ni, trus lepuk-lepuk manja tangan dia.

Bila check balik, aku takde gambar kat pintu gerbang War Memorial ni rupanya. Camne bleh lupa ni?? Mana gi photographer ni?? Ohhh, dia sibuk layan anak time ni. Okaylah.. dimaafkan.


eh, ada la sekeping. kononnya nak kasik Cha bergambar sorang-sorang. tp jgn harap. anak aku mana reti duduk diam

Kat Kundasang ni macam tak banyak kedai makan. Lagi-lagi kedai makan melayu. Ada satu je kat sebelah memorial ni. Boleh lah. Sup ayam dia sedap gak. Ayam di Sabah mahal ye kawan-kawan. Sup ayam tu, ayam dia sikit je dah RM5. Tapi bahan laut memang murah lah.

Okay.. Rileks jap. Jap lagi kita achik bawak semua gi perah susu lembu kat Mesilau ye. See ya (: