26 August 2011

Salam Lebaran

Lagi 4 hari nak raya!!

Pantas, memang sangat pantas. Kejap je dah nak beraya dah. Macam cepat sangat rasanya. Dan tahun ni aku memang agak beriya sikit beraya. Tukar langsir. Baju raya aku ngan Eisya berhelai-helai. Abah dia je konon tak nak beraya sangat. Puas aku ajak shopping baju raya, takde mood memanjang. Baju melayu pun beriya aku heret bawak gi beli.. kalau tak dia kata 'baju lama elok lagi lah' Huhhuhu..tak mahulah nanti, anak bini bergaya beriya.. dia sedih je ngan baju lama. Tak ke mendatangkan anggapan-anggapan negatif dari masyarakat sekeliling nanti *baju-baju kurung semua aku beli sendiri okay. langsir pun dia contribute 1/4 je.. kuih raya je 50%

Aku nak beraya puas-puas sebab tahun lepas memang tak sempat buat apa, baju raya pun takde. Sebab seminggu sebelum raya Cha masuk spital, dapat keluar, 3 hari sebelum raya. Tu pun doktor dah pesan.. jangan keluar rumah. Maka, beraya la aku ala-kadar. Baju raya Cha pun takde. Harapkan baju-baju baru beli je. So, tahun ni.. aku ala all out sikit la..

Jangan marah eh.. achik lepaskan geram.

Walaupun tahun ni beraya dengan keluarga mertua. Happy tetap happy. Tetap beraya sakan. Lagi-lagi tahun ni semua adik-beradik in laws dapat berkumpul. Harus lah meriah kan. Tapi meriah macam mana pun.. kita tengok je lah malam raya nanti. Mahu teresak-esak call mak kat kampung. Tapi nak buat macam mana kan.. nak beraya ngan keluarga sendiri je sepanjang masa, silalah jangan kawin.

Anyway.. Selamat Hari Raya rakan sekalian!! Mohon ampun dan maaf andai ada tersilap 'tulis' Menguris hati, secara sedar atau pun tidak. Balik kampung hati-hati bawak kete. Yang duduk sebelah kiri jadik co-driver..perhatikan lah pemandu anda. Jangan balun tido je all the way. Jadiklah teman borak kepada beliau. Tolong suap kacang goreng pun boleh jugak.

Semoga Aidilfitri kali ni adalah yang terindah buat semua.

Insya Allah, andai ada rezeki lebih teringin jugak nak menjamu kawan-kawan sekalian, sedara mara semua (:

24 August 2011

Selepas sebulan

Selepas 3 minggu berpuasa, sebulan menyarung PB ke badan. Okay, tak cukup sebulan sebab selalunya waktu hujung minggu tak pakai pun. Bagi badan bernafas katanya (: Sorry Wani, sedikit mengelat di situ. Tapi bila nak keluar tu aku sarung jugak. Sebab macam sudah terbiasa rasanya. Macam tak seronok pulak bila tak pakai. Lagipun nak feeling kurus ramping katanya.

Lagipun Ekwan kalau aku tak pakai bising semacam. Macam dia pulak yang taja PB kat aku. Pastu marah sebab aku tak nak pakai. Ke dia seronok tgk bini dalam bentuk yang slim bila sarung PB? Sah lah tu *mmg kena kurus aku ni

Tak sabar rasanya nak dapat badan seperti di kala sarung PB.. tapi tak perlu ber'PB. Tak mustahil.. tak mustahil. Sebulan dah hilang hampir 4kg. Pinggang dah 72cm. Punggung pun walaupun menyusut agak perlahan. Boleh lah, dah 100cm Kalau 2,3 bulan lagi?? Buat penaakulan mantik sendiri ye..

selepas sebulan
*gambar terkini, Ahad lepas tanpa PB*

Ini hasil bila aku makan macam biasa, minggu pertama puasa je berjaya menyombong dengan nasik. Kemudian.. nasik gak yang berjaya memuaskan hati. Lagipun tak reti aku nak masak nasik untuk sorang makan. Dari membazir, membuang. Aku pun join la Ekwan makan nasik. Senam?? Tak payah kata la.. paling lambat pun pukul 1o aku dah tido. Bila masa nak joget-joget ngan Kak Paula..

Risau gak aku sebenarnya, takut jugak kalau tak jaga makan takde hasil PB ni. Tapi nampak gaya, Alhamdullilah. Tetap berkesan. Mungkin tak cepat kot. Agaknya kalau aku tetap pantang nasik.. mau 2,3 kg lagi kan lenyap. Tapi takpe.. berpada-pada lah.. Makan pun nak kena ada nikmat. (: Raya ni boleh la makan tanpa perlu rasa bersalah. Tapi bila dah ber'PB ni haruslah ada batasan. Kalau dah merasa senak perut tu. Bawak-bawak lah sedar diri, dah overlimit lah jawabnya tu.

Memang terbaik la Premium Beautiful ni. Boleh pasang badan raya ni *sengih*

Untuk lebih keterangan lanjut tentang PB atau berminat nak hidup bersama PB. Seperti biasa,boleh hubungi Cik Puan Wani di talian 012-3792210.

*ehh.. dah bleh pakai 2nd kancing.. dah 2,3 hari rupanya Ekwan pakaikan kat 2nd kancing

23 August 2011

Alat bantuan memasak: Grill pan

Sebelum ni ramai gak yang bertanya 'dayu, rupa mana grill pan kau tu'

Rasa macam nak jawab 'kau google je lahw eh, melambak-lambak image kuar' Tapi kata bulan puasa, kena beradab sopan secara lebih berhemah. Kena jaga hati dan perasaan orang. Tapi kalau kawan-kawan jenis hati kental, selamba je aku jawab guna ayat penyata kat atas tu. Anyway, dah semalam aku meng'grill ayam untuk bersahur. Amiklah gambar walau rasa macam 'senonoh ke tak ni?' Tapi layan je lah.

grill pan saya

Grill pan ni dah lama aku berkeinginan nak membeli sebenarnya sebab suami aku tu memang suka makan ala-ala western. Dia suka suruh aku panggang daging, bakar ikan. Aku pun suka makan berasaskan panggang + bakar ni. Tapi sedia maklumlah, klau nak bakar ikan guna kuali biasa tu.. nak balut-balut aluminium foil.. Tu pun melekat-lekat lagi. Nak bakar pakai oven, tak sedap. Hilang moisture ikan/ayam tu smua.

Tu yang bila Sogo buat warehouse sale hari tu, aku tengok kuali ni tinggal RM59. Aku terus beli. Nak beli Tefal tapi buat pe nak melabur lebih untuk hasil yang lebih sama. Yang ni aku beli brand Maxim. Sangat puas hati lah. Senang keje memanggang aku sekarang. Segala benda aku nak panggang sekarang. 2 hari lepas panggang sotong... terbaik!!! Lagi best bab membasuh, sangat mudah. Kalau malas, lap-lap pun bleh. Pastu panggang lah benda lain lak. Tak ke memudahkan tu namanya.

Berbaloi la kuar duit beli kuali memanggang ni. Bila panggang daging tiba-tiba feeling macam steak Victoria Station lak. Ngan garis-garis kat daging tu.. pergghhh!!

Resipi lagi mau kasik share

Aku nak kasik resipi lagi. Sabar ye kawan-kawan. Tapi jangan risau sebab gambar makanan yang saya nak tayang ni tak berapa menarik. Tapi rasa dia memang TERBAIK!! Sesuai untuk anak-anak. Untuk ibu abah lagilah sesuai sangat. Tak cukup 2,3 bijik..

Aku dapat resipi ni pun dari blog gak. Tapi tak pastilah blog mana. Sebab dah lama amik, cuba 3,4 hari lepas mencuba.

Dan seperti biasa, resipi yang mudah dan ringkas sentiasa menjadi pilihan. Dan seperti biasa lagi, aku pasti akan memandai sendiri ubah resipi. Alah, bukan apa.. kadang-kadang tak semua bahan listed dalam resipi tu ada kat rumah. Aku lak, asal aku rasa bahan tu sesuai tu untuk digantikan. Gunapakai saja. Jangan sampai, satu bahan takde terus tak jadik masak. Kena kreatif okay di dapur. Tapi kalau laki korang jenis rajin gi kedai, takpe..

Ini dia bahan makanan yang aku nak kongsikan resipinya.

rupa tak seberapa tapi sedap menjilat jari

Tak tahu nak bagi nama apa. Sebab resipi asal pun takde nama. Tapi aku rasa nak namakan dia ROTI GORENG AYAM BERMAYONIS *nama kena hebat* Aku buat ni untuk dijadikan santapan selepas sahur. Nak bekalkan untuk breakfast Cha sebenarnya. Tapi dah alang-alang buat kan.

Untuk inti:
1. Tumis bawang besar (cincang halus), bawang putih (tumbuk) dan halia (tumbuk)
2. Bila dah naik bau masukkan pulak capcisum (cincang halus) *tapi aku guna cili merah je
3. Pastu masukkan la ayam yang dah cincang halus. Masukkan sikit lada hitam dan garam sesedap rasa
4. Masukkan lah pulak crean cheese *tp aku guna slice cheese je, dah tu je yang ada kat umah* pastu tambah mayonis pulak.

Settle untuk inti dia. Peerghhh!! Memang terbaik la inti dia ni. Dah siap inti, boleh ke tepikan dan buat roti dia pulak.

Untuk roti:
1. Sediakan serbuk roti dan telur
2. Amik 2 keping roti, lenyekkan. Pastu amik cawan berbentuk bulat dan tekap kat roti tu
3. Pastu selupkan dalam telur. Kemudian celup lak dalam serbuk roti
4. Dah celup, goreng. Pastu belah 2.

Dah belah roti goreng tu, apa lagi isi lah inti tadi dalam roti tu. Dan siap sedia untuk dimakan. Nak lagi best, bleh la isi salad kat dalam roti tu sebelum sumbat ngan roti. Lawa pun lawa. Barulah lagi bangga nak tayang kasik share resipi kan.

Boleh la cuba buat buka puasa, minum-minum petang.

*baki roti kena tekap tu, buat bebola udang beroti. jangan membazir, tak baik

Air tangan

Entah kenapa, boleh teringin nak membuat kuih raya sendiri. Tapi tak sangka pulak, dengan ada anak. Boleh jugak aku main butter, tepung smua buat kuih raya. Ucapkan tahniah kat diri sendiri. Biarpun hanya sekadar Biskut Sarang Semut. Aku tetap nak bangga ngan diri sendiri. Biarpun gigih bangun pukul 2 pagi atau tido pukul 12 malam, aku puas sungguh bila tengok bekas-bekas tersusun penuh berisi Biskut Sarang Semut hasil air tangan sendiri.

Lagi seronok bila Eisya suka betul makan biskut tu. Walaupun akhirnya aku rasa nak ngamuk je tengok biskut terabur atas karpet. Budak tu memang, orang suap tak mahu. Nak suap sendiri. Vacuum carpet sambil bebelkan anak, tapi dalam hati suka bukan main anak sengih-sengih makan biskut buatan sendiri.

Bila tanya 'sedap tak Cha biskut ibu??' Tersengih tayang gigi je lah dia.

hasil membakar jam 3 pagi tadi

Ni first time buat sarang semut. Dan malam tadi adalah malam ke-3 main sagat-sagat tepung. Seronok pulak aku sagat tepung (:

Adunan setiap kali membakar adalah berbeza. Kalau korang google resipi biskut sarang semut pun, sure korang akan dapat pelbagai version. Tu yang aku main tukar-tukar resipi tu. Apa yang macam terkurang kat resipi pertama, kita kasik elok masa 2nd time. Tak puas hati lagi, tukar time 3rd time. Tapi yang kali ke-3 ni bagi aku dah perfect kot. Rangup cukup. Warna pun cun. Wangi pun ada.. Rasa pun insya allah sedap untuk dihadap makan depan tv raya nanti.


Sesungguhnya, sangat mudah la nak buat biskut ni. Cuma lecehnya, tang nak sagat tepung tu. Adunan pun 10min je siap. Entah-entah lagi cepat. Kos pun murah. Telur sebiji je. Butter seketul. Tu pun aku pelik, apalah ada yang jual sampai RM19 untuk 50 bijik biskut ni. Tapi Ekwan kata 'kira lah sekali kos elektrik, kos tenaga awak' Hhhmm.. tetap gak aku rasa tak patut. RM15 dah lah. Paling tak pun, RM17 lah.. 50 bijik jual RM19 .. mahal la wehh..

Nak resipi ke?? Alahai macam malu pulak rasa nak bagi. Tapi nanti orang kata kedekut, lagi pun ilmukan elok dikongsikan. Maka, selamat lah mencuba. Ni aku main adjust sendiri je kuantiti tepung dia ni.. Hasil 3 kali membakar. Dan aku rasa ni lah adunan yang terbaik.

Bahan-bahan:
1. 280gm tepung gandum + 100gm tepung jagung + 70gm tepung kastad (campurkan dan ayak)
2. Butter seketul (250gm)
3. Gula kastor 100gm
4. Kuning telur 1 biji
5. Esen Vanilla 1 sudu teh

Cara-cara membuat:
1. Pukul butter ngan gula kastor. Kasik sebati. Pastu masuk kuning telur. Pastu masukkan pulak esen vanilla. Pukul lagi sampai sebati
2. Masukkan campuran tepung dan gaul rata guna tangan. Pastikan adunan tak melekat kat tangan ye.
3. Dan kemudian, boleh lah parut/sagat doh itu. Panaskan oven. 170 degree, api bawah sahaja.
4. Kaut lah adunan yang telah dipaurt masuk dalam papercups itu. Taburkan lah coklat rice.
5. Kasik bakar, dalam 5-10min. Ikut kesesuaian oven korang.

Senang kan. Tapi kalau dah namanya amatur. Oven pun oven murahan. Haruslah ada yang terlebih bakar. Dah hangit skit atas tu. Tapi siyes beb, yang sedikit hangus ni pun sedap gak. Lagi rangup. Tapi biasalah, hanya yang cantik molek je terpilih untuk masuk dalam balang. Yang legam sikit ni, masuk mulut la siap-siap.

Selamat mencuba!!

bahan kudapan

*mood raya dah kembali. tudung tak habis beli lagi. Rumah baru siap kemas 40%

22 August 2011

Eisya Elyssa

Ini entry ciput permulaan minggu terakhir sebelum pulang berhari raya. Dan kita mulai dengan menayangkan anak kecil saya yang sinonim dengan blog ini.

bersama berdua di mana-mana

*mood raya merundum

19 August 2011

mood raya dah mari

Kali terakhir potong rambut adalah... Susah giler nak dapat kan semula memori bila last potong rambut. Nampak sangat dah terlalu lama tak pergi mencantas rambut. Bila erk?? *perah otak*

Tak silap lepas habis pantang kot. Masa Cha dalam umur 2,3 bulan. Tu pun bukan gunting sangat pun, just trimmed skit. Pastu kasik layer rambut tu. Setahun yang lepas la maknanya kan. Tu pun dulu rambut aku dah paras bawah bahu. So bila dah selepas setahun ni, rambut adalah sudah panjang maksima. Sampai aku pun naik rimas dengan rambut sendiri. Mak aku pun asyiklah 'tak nak gunting rambut ke Long?' Dia pun serabut kot tengok rambut anak dia panjang-panjang gini.

Tapi Cha suka main rambut aku. Siap boleh main chak-chak lagi ngan rambut ibu dia.

Lebih kurang panjang gini la rambut aku. Panjang sikit lagi kot.

Kalau tanya laki aku, kata nak gunting rambut dia okay je. Aku pun tak pasti sebenarnya dia prefer aku rambut panjang ke pendek. Tapi sepanjang dia kenal aku, 2 kali je kot aku berambut pendek. Tu pun atas bahu. Sebab aku rasa sangat tak yakin bila berambut pendek. Rasa macam pelik je muka kalau rambut pendek. Kalau rambut panjang, boleh feeling gadis ayu.

Tapi rasanya sebelum raya ni nak tak nak kena gak gi masuk kedai gunting rambut. Kasik rawatan sikit kat rambut ni. Kesian dah aku kat dia. Macam tak bermaya sungguh.

*tiba-tiba teringin nak rebonding rambut lah. rambut raya katanya


18 August 2011

Teres vs rumah bertingkat

Dari dulu hingga kini, aku sebenarnya lebih suka tinggal di rumah jenis teres. Rumah di atas tanah. Yang mana memang dah sah sahih ruang lingkup kawasan dibawah hak milik yang perlu dijaga dan diurus. Semua bawah tanggungjawab sendiri. Bersih dan sedap mata memantang, hati sendiri bangga. Kalau bersepah, lalang kat halaman rumah dah sama tinggi dengan pagar. Pandai-pandai la sorok muka time bukak gate bawak kete masuk parking.

Ohhh.. aku memang suka duduk rumah teres.

Paling best, tong sampah depan rumah. Tepi gate. Tak payah berjalan jauh-jauh nak buang sampah. Tengah malam nak keluar buang sampah pun tak takut. Tapi harus aku bukak lampu terang benderang, pastu bukak pintu tong sampah tu dari dalam gate je. Takut tetap takut. Tak boleh berani sangat. Lagi-lagi rumah teres sewaan dulu tu kat lorong jalan mati. Tu satu hal, tapi aku risaukan anjing je lebih sebenarnya (:

Tapi yelah, sampai ke bila nak duduk menyewa kat rumah orang. Dah la asyik keje nak naikkan sewa sesaje. Aku suruh tambah kipas kat bilik jawab boleh tapi nak naik sewa. Suruh betulkan sinki pun sibuk gak nak naik sewa. Sudahnya.. takpe. Setakat setahun jelah kami tolong bayarkan duit rumah tu. Kami dah beli rumah sendiri. Biarpun tak dapat lagi memenuhi ciri-ciri rumah idaman. Kami puas hati. Duduk kat rumah sendiri. Boleh menghias sesuka hati. Jaga harta sendiri.

Aku sebenarnya tak berapa tahu menahu yang laki aku nak beli apartment ni. Tau-tau dia kata nak tukar nama dah.. huhu.. Nak surprise kan aku agaknya. Layan je lah.

Suka harus suka. Mana tak suka. Laki aku ada inisentif nak membeli rumah. Tak ke rasa macam 'woow.. berfikir panjang laki aku' Hahaha.. Tapi kalau dia bagitau aku, mesti aku ajak dia beli teres. Buat share loan. Tak dapat 2tingkat seperti yang diidamkan, teres setingkat pun jadik buat sementara ni. Nanti bila dah agak berduit, boleh upgrade. Aku tau, laki aku tu pun memang suka rumah teres. Tu dulu lepas kawin dia beriya nak sewa teres. Dia pun tak suka rumah bertingkat-tingkat ni.

Antara sebab kami tak berapa berkenan dengan apartment@rumah bertingkat *condo ok kot*:

1. Parking : alhamdullilah lah rumah sekarang parking melambak-lambak. boleh main pilih-pilih lagi. nak parking yang boleh nampak kete dari tingkap rumah.. no hal la. tapi tetap rasa insecure parking kete gitu je..
2. kena share lif, share tangga. share tong sampah. tong sampah dah la jauh
3. takde ruang nak menyidai baju yang boleh dapat sumber matahari secara maksima
4. tak boleh nak bercucuk tanam

Ok lah, bab perlu berkongsi tu terpaksalah terima dengan hati terbuka. Kata dah ni je standard yang mampu buat masa kini kan. Belajar la hidup berkongsi segala ni. Aku pun no hal je sebenarnya. Tapi aku jadik hangin jugak bila terpaksa hidup ngan manusia-manusia yang macam takde sivik ni. Tak ke hangin bila pagi-pagi nak keluar gi keje, tengok tepi pintu rumah ada plastik sampah. Aku tahu la rumah aku dekat ngan tangga. Tangga tu access paling dekat nak ke tong sampah besar. Pastu sesuka hati lak nak tumpang letak sampah kat rumah aku..

Turun tangga lagi panas je hati. Melambak-lambak sampah kat tepi tangga. Tepi tangki air. Kalau sampah kering takpe jugak, ni sampah basah. Siap berbau-bau dah. Geram je aku laki bini tengok. Tau la ada akak cleaner yang tolong sapu smua. Kesian aku tengok akak tu kutip sampah-sampah tu bawak buang ke tong sampah besar.

Bengong orang-orang macam ni. Petang ni aku nak print kertas amaran sign A4+A3 banyak-banyak. Malam kang gi tampal kat tiang tu.

*malu okay bila orang datang rumah tgk surrounding umah macam ni.
** cepatlah mampu nak beli rumah teres. tapi harga rumah semua macam 'fulamak!!'

Terkilan

Okay, aku ada sedikit sedih. Tapi takde la sedih sangat-sangat. Cuma rasa macam gusar. Entah lah. Tak pasti.

Pagi ni, sampai je opis. Lepas serahkan Cha ke nursery, aku trus on PC. Login M2U, nak check status pembayaran bonus yang dijanjikan. Huhuhu.hampa. Baki di dalam akaun masih sama. Masih 3 angka, tak berubah jadik 4 angka pun lagi. Terkilan je rasa. Hah..itu kot perkataan paling sesuai nak describe perasaan aku sekarang. Terkilan. Sebab aku macam dah beriya nak pergi Parkson, The Mall beli kasut raya Cha guna duit bonus. Pastu berniat nak belikan sepasang t-shirt raya untuk suami. Tapi sebab duit bonus takde.. terencat la perancangan aku.

Terkilan sungguh.

Memang ada je duit kalau aku nak gi membeli-belah. Tapi aku nak jugak belanja guna duit bonus. Orang lain sakan dah perabis duit bonus. Aku nak gak. Dah lah ni bonus pertama sebagai pegawai kerajaan yang aku nak rasa. Arrgghh!! Terkilan tetap terkilan.

Biarpun orang kata 'takpelah dayu, lambat dapat. lambat habis' Tetap gak aku nak terkilan.

**kuih raya yang ditempah dah mula diedarkan. suami, tolong bayar dulu.

17 August 2011

anak suka, mak lagi suka

Dah 2,3 kali aku buat Bebola udang beroti ni. Sedap. Dan buat berkali-kali tu sebab nak bekalkan Eisya untuk ke nursery. Biasalah, bila dah lama-lama ni, buntuk jugak jadiknya nak hantar breakfast apa untuk anak kan. Kena anak yang kuat bosan macam Eisya ni, lagi la kesian. Tu bila dah buat sekali, dia suka. Merasalah kau makan hampir setiap hari.

Lgai-lagi bila benda tu mudah nak disediakan. Lagi ibu awak suka. Buat stok untuk 2,3 hari, pagi-pagi goreng je. I like!!

bebola udang beroti

Resipi asal adalah hakmilik Kak Ina dari blog http://akubukancheff.blogspot.com Tapi aku telah sedikit memandai menukar dan menyesuai padankan resipi tersebut dengan keadaan sekeliling. Ikut resipi asal takde kena salut ngan bread crumbs, tapi aku macam tak berapa berkenan bila tengok hasil bebola tu kalau tak disalut serbuk roti. Pastu tak yakin 'bleh ke goreng tak salut serbuk roti ni?' So, aku memandai la sendiri. Dan inilah hasilnya *macam lagi menarik je.. kuning keemasan bebola udang i*

Aku juga telah menukar bahan utama bebola ini dari udang ke ayam dan juga daging cincang. Sotong je tak lagi. Tapi mungkin tak berapa sesuai lah..

Memang best lah bebola ni. Mudah dan pantas untuk disediakn. Yang penting sungguh membuka selera. Cubalah..

Cha ratah gitu je. Ibu ngan abah cicah sos...


Menjamu perut

Semalam tidak hadir bekerja ke pejabat. Anak dara pujaan hati demam, suhu tinggi mencanak malam sebelum tu. Sungguh mengusarkan hati. Sepanjang malam tidur kami tiga beranak tak lena. Kejap-kejap terjaga dek rengekan budak yang sedang tak sedap badan. Mak dia pun tak senang hati nak tido walau dah keletihan tahap maksima. Risau kalau tiba-tiba frebile fitsmenyerang. Si anak pulak, entah kenapa.. asal bila abah bangun memantau keadaan, menangis-nangis hulur tangan nak kat ibu jugak. Ibu baru nak merasa lelap kejap, sambut lah jugak si anak. Selak baju bagi susu sambil lap badan anak dengan tuala basah..

Serius, aku bimbang sangat kalau tiba-tiba badan Eisya kejang. Asal terjaga, aku mesti pegang badan dia. Panas. Alhamdullilah, bila pagi suhu kembali dalam kadar tidak membimbangkan. Kalau tak semalam sampai 39.6 kau.

Walaupun suhu dah mula normal. Bawak juga lah ke klinik. Dapatlah bekalan ubat yang pelbagai. Doktor kata, Cha demam sebab tekak dia bengkak. Mungkin ni sebab dia refuse nak minum susu dari botol 3,4 hari lepas. Hidung pun dah blockage dek mukus. Kesian budak kecik tu. Tapi seperti biasa, rasa sehat sikit badan tu. Aktif tak ingat. Satu klinik dia tawaf.

Episod penuh drama time makan ubat tak perlu lah diceritakan. Macam bergusti bagi dia makan ubat. Pantang rasa badan dah sehat sikit, terus tak nak makan ubat. Malam tadi, rela je bila aku pancutkan ubat. Takde pun nak menyembur-nyembur. Elok je telan. Aku pun macam tak percaya, bila dia terus bukak mulut bila aku letak syringe tu kat mulut dia. Tak payah nak tutup-tutup hidung bagai..

Tapi akhirnya ketiduran, penat berhempas pulas bergusti dengan ibu. Senang hati ibu bila awak dah lena. Terus masuk dapur. Ada keje nak kasik buat.

apam pisang kukus
kurang kaler la apam aku ni, pucat lesi semacam. next time nak tambah gula merah la skit

Dan sementara anak lena tido ni, siapkan lah segala bahan memasak untuk berbuka. Bukan selalu dapat peluang memasak dengan tenang gini. Suka achik. Top-up stok bawang blender.. Blend cili.. Potong-potong sayur segala. Seronok je rasa. Terus terdetik di hati 'bestnya kalau tiap-tiap hari macam ni' Sambil-sambil bergembira di dapur, sesekali jenguk anak yang tergolek atas katil alam bilik. Nenyak sungguh sampai tak bergerak-gerak tempat tido. Selalu habis dia bergolek satu katil.

Naik risau lak aku bila dah 2 jam lebih tido tak jaga-jaga. Terus aku gi usik-usik dia. Mengeliat-geliat dia bangun. Gosok-gosok mata. Gaya macam tak puas je lagi tido. Tapi terus aku tanggalkan baju 'jom mandi Cha' Hahaha..kesian anak aku. Mamai-mamai lagi dah kena bawak masuk bilik air. Ekwan balik je, aku passed Cha kat dia dan bolehlah aku fokus kat kuali dan sudip. Tapi tak fokus mana la, ada je Eisya kat kaki aku, tak sibuk bukak kabinet nak main bawang. Sibuk suruh aku bukak peti ais, dia nak main cili merah.

Dan akhirnya, ini hasilnya.

1. Paprik udang
2. Sup ikan merah
3. Kacang buncis goreng
4. Daging asam pedas semalam

Ohhh, ada ayam bakar. Tak sempat nak letak, dah amik gambar. Makan sampai ke sahur. Nasib baik habis, tak suka betul aku kalau terpaksa membuang. Tapi nasik gak yang tak habis. Puas aku suruh laki aku makan banyak skit.. Nak tak nak, ke tong sampah gak.

Apa nak masak hari ni erk?? Sotong panggang cara gak kan..


2 minggu berpuasa

Setelah melalui proses berpuasa selama 2 minggu, di mana kadar pengambilan makanan boleh dikawal dan dapat dikurangkan. Walaupun adakalanya GAGAL kerana terpedaya dengan kehendak selera yang melampau. Dah makan laksan semangkuk, telan pulak nasi kerabu berlaukkan paru sambal sepinggan... Dah kenyang, perut dah sendat baru termenung tengok pinggan yang dah licin..

Menyesal kemudian takde guna weehhh..

Itu belum bila ada sesi berbuka puasa bersama kawan-kawan dalam bentuk buffet. Lagilah luar kawalan aku isi perut. Lupa diri. Semua benda aku amik. Semua benda aku sumbat masuk dalam mulut. Iyelah, dah bayar sampai RM30-40, harus la aku makan sampai rasa berbaloi baru stop. Pastu senak perut. Pastu baru nak 'aaarghhh!! banyaknya makan!!'

Sekali lagi.. terlajak perahu boleh diundur, terlebih makan.. meraung kau situ.

Tapi..tapi Alhamdullilah. Bila tengok balik rupa bentuk struktur badan selepas pulang dari sesi makan tak ingat dunia itu. Bila tengok balik gambar-gambar dalam handphone yang di'captured selepas sesi isi perut selama 2 jam, boleh stop meraung. Terus senyum sebab sahur nanti boleh lagi amik nasik (:

syukur alhamdullilah

Tadi malam test baju-baju raya, try sarung kurung-kurung moden yang dah kutip tempoh hari dari Cik Ani.. hhmm... baju-baju tu longgar, besar. huhuhu..bukan salah Cik Ani pun. Masa tempah amik ukuran badan yang dulu kan. Kata dulu pinggang 89cm, sekarang dah 75cm. Dah almost 5" ilang kau.. apa tak gedebos baju tu jadiknya..

Camne?? Adakah nak sarung baju zaman anak dara?? Ke sambar sehelai kebaya baru??

15 August 2011

Mak tak hot mana, tapi boleh la

Aku baru terima baju eksklusif ni minggu lepas lepas. Orang lain semua dah sarungkan kat anak masing-masing. Tapi aku masih belum berkesempatan nak kasik Eisya bergaya dengan baju dengan nama dia sendiri kat blkg kolar tu. Berkeinginan tapi takde kerjasama dari tuan punya baju. Sedih ibu awak Cha.. Ibu punyalah beriya tempah baju ni untuk awak, tak sabar nak tengok baju tu terletak kat badan awak. Tapi boleh awak buat tak layan je bila ibu tunjuk baju tu kat awak.

Dah la bila ibu tanya 'lawa tak Cha?' Awak siap boleh pegang baju tu lepas tu campak baju tu. Ibu sedih. Geram pun ada jugak.

tepuk-tepuk pastu amik buat lap muka *sadis*

akhirnya dapat juga kasik dia bergaya ngan baju tempahan khas ni. dia suka baju ni sebab ada bear kat baju. asyiklah sibuk nak pegang bear kat baju tu

Nampak gayanya ramai yang berminat nak adakan 2nd batch untuk tempahan blogger baby shirt ni. Lepas raya lah ye kita bukak order. Sekarang ni dok pikir hal raya je ni. Tudung raya, kasut raya, biskut raya, handbag raya... (: Semua la pasal raya.

Diet ku ke laut

Hujung minggu lepas bermula dari Jumaat hingga ke Sabtu, diet aku boleh dikategorikan 'Hancur Lebur Berderai' Kadar pengisian makanan ke dalam perut waktu maghrib adalah agak melampau. Tapi nak buat macam mana, makanan pelbagai rupa depan mata. Tak kan nak tengok semata. Nasib baik hari Ahad dapat diselamatkan.

Senak perut aku dibuatnya.

Bila difikir-fikir semula, memang tak sesuai di kala sedang berusaha nak mengecilkan susuk tubuh mengahdiri majlis-majlis sebegini rupa. Tapi mengenangkan tanggungjawab sosial kepada keluarga dan rakan taulan, aku hadir juga. Dah la percuma. Bak kata pepatah 'rezeki jangan ditolak' Tu yang awal-awal lagi dah confirmkan kehadiran.

Jumaat, 12 Ramadhan 1432
Lokasi: Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara

Sesi berbuka puasa ini ditaja oleh MakBusu saya yang baik hati. Semoga terus dilimpahi rezeki. Minggu depan belanja lagi. Hehehe.. itu nak kena luku namanya kalau tiap minggu nak suruh sponsor. Setahun sekali pun dah patut terima kasih 10 kali. Last year tak dapat join sebab Cha demam.. Majlis berbuka puasa ni boleh lah juak dijadikan sesi mini gathering bersama sepupu sepapat. Lama tak jumpa.. Walaupun sama-sama menghuni kat sekitar wilayah persekutuan ni. Masing-masing ada komitmen sendiri, agenda sendiri. Nak berkumpul pun susah. Harapkan event-event ginilah nak bertentang mata.

Halia, Sime Darby Convention Center.
Perrghhh, dia punya bau masakan. Dari parking lot aku dah bleh bau. Dah la aku sampai awal, dok ambik bau je lah.

jutaan terima kasih kepada MakBusu yang bermurah hati nak belanja anak-anak sedara berbuka puasa. kami sangat hargainya. Insya Allah, ada rezeki lain kali kitaorg kumpul duit belanja Busu lak ehh.. *gaji kami 3,4 bulan baru sama sebulan gaji busu

sebahagian dari koleksi sepupu yang dapat hadir
aku yang paling tua.. eh.. tak.. tak.. Adil la paling tua. dia kan lelaki, kenalah jadik ketua sepupu (:

sepupu saya.. eh..eh.. silap. bukan. ini Nurul Asyikin. Dia wife kepada sepupu saya. Maka, saya dengan dia apa erk?? Apakah nama hubungan kami? Hubungan 2 budak kecik dalam dukungan kami tu tahulah.. 2 pupu kan. Kami?? Tolong bagitau eh.. lain kali senang nak kenalkan 'ni ... aku' -bantu saya isi tempat kosong- Hah, dia blogger jugak

2 pupu -Cha + Adam-
bukan keje mudah ye nak amik gambar mereka berdua. sorang duduk sorang berjalan. pasrah jelah, ini hasilnya. Adam sangat comel pakai baju melayu gi berbuka.. Cha?? Sarung dress lagi. Ni iftar la Cha bukan dinner.. anak sape lah ni kan (:

Sesi makan-makan tanpa mengambil kira jumlah kalori adalah berlangsung sehingga jam 9 malam. Aku rasa kalau dibiarkan, sampai pukul 11 pun larat. Hahaha.. makanan adalah super duper banyak. Sampai tak tahu dah nak makan apa.. tengok semua nak tapi tak larat dah. Cha jugak makan dengan penuh berselera. Asal suap, nganga.. Wahh, anak aku.. selera besar. Nak makan kat tempat grand-grand je baru nak berselera. Makan kat rumah, main tolak-tolak mangkuk ngan ibu..

budak yang tiba-tiba kuat makan. kebab makan separuh, nasik ayam separuh dan pebagai lagi makanan yang asal orang hulur dia bukak je mulut.
-muka kena simbah flash secara maksima-

Dan last sekali, gambar penutup entry. Family potret katanya. Kami sekeluarga. Eisya tengah galak nak buat 'peace' sekarang ni. Orang buat satu tangan je, dia sampai jari dua-dua tangan naik. Pape je lah Cha..

keluarga kecil yang bakal membesar

*sebab kekenyangan, sampai rumah terus zasss... sahur pun terlepas. sedar-sedar dah 6.30am
* semua gambar yang Adil *husband Kien* amik akan membuatkan kami nampak pendek, macam kaki kena potong. yelah, dia kan tinggi... tu yang kami ni nampak rendang je

12 August 2011

Cha dah sedia ke?

Sejak kebelakangan ini Eisya semakin kerap mempamerkan sifat penyayang dia sebagai seorang kakak. Pantang nampak baby, mesti dia akan datang dekat, sibuk nak pegang-pegang pipi baby. Tapi selalu aku tak bagi sebab risau dia cucuk mata baby tu. Bila dapat pegang, sibuk pulak nak cium. dah bagi cium sekali, nanti datang lagi nak cium baby lagi. Tak dapat cium pipi, cium kaki pun jadik lah.

Ohh.. terserlah ciri-ciri kakak penyayang.

Dan semua orang akan kata 'boleh dah ni bagi adik' Dan aku laki bini tersenyum tersipu-sipu melihat aksi anak sorang itu.

sayang baby!!

dapat kaki pun jadik

Secara jujurnya, bila tengok Eisya yang semakin suka berkawan. Yang suka sangat kat baby, aku rasa macam 'bolehlah bagi Cha adik' Kesian gak dia, sorang-sorang je. Nak main pun takde kawan, harapkan aku ngan Ekwan malam-malam hari bukanlah rajin sangat nak melayan kerenah dia. Bila sesekali jumpa sepupu-sepupu dia, bukan main seronok dia main. Sampai tak ingat makan, tidur semua. Kat nursery pun, adakalanya macam tak nak balik sebab seronok ramai kawan nak main. Dah bawak keluar pun sibuk patah balik nak masuk nursery.. Hantar pagi pun sekarang dia da tak kesah kat ibu dia ni, dengar je cikgu panggil nama dia.. terus berlari gi kat cikgu T___T

Cha dah ready ke nak jadik kakak Cha?? Tapi ibu belum lagi Cha, camne??

Bila kebelakangan ni orang sekeliling asyik kata Cha kuat meragam sekarang ni, sikit-sikit nangis kononnya itu salah satu petanda nak dapat adik. Tapi tidak rasanya. Dia lebih kepada mencari perhatian mungkin. Nak suruh ibu ngan abah manjakan dia lebih lagi walau hakikatnya dah terlebih manja budak sorang tu.

Tapi bila membaca kisah-kisah 'rezeki' yang pelbagai.. Aku kini semakin berusaha untuk sentiasa bersiap sedia. Sebab aku sedar, siapa aku nak halang ketentuan Allah. Kalau ditakdirkan kami dikurniakan 'rezeki' dalam tempoh yang kononnya aku masih belum bersedia ni, aku akan pastikan aku terima rezeki tu dengan penuh rasa syukur, dengan rasa keterujaan yang sama sepertimana 20 Ogos 2009 dulu (:

11 August 2011

Terima dengan rasa syukur

Rezeki Eisya memang murah.

Dengan status cucu sulung di sebelah keluarga aku, dia memang menjadi cucu manja. Dan sangat dimanjakan. Lagi-lagi oleh atok dia (ayah aku). Kalau dengan atok, dia memang berkepit je. Atok dia pun kalau dah pegang cucu, tak bleh lepas. Asyik lah digendong budak tu, ke hulu-hilir. Lagi-lagi kalau aku ngan mak tengah sibuk kat dapur dan budak kecik tu sama sibuk nak tolong kupas bawang. Atok dia apa lagi, terus kaut, bawak gi main kat playground depan rumah.

Seperti biasa, Eisya tak reti puas. Bila ajak balik, masuk rumah dia meronta. Maka, patah balik la atok ke playground.

Tu dari segi perhatian, dari segi material aku malas nak komen banyak. SSPN Cha yang terkumpul setakat ni, hampir 80% atok dia yang bagi. Lagi 20% duit raya tahun lepas. Duit raya melambak-lambak pun sebab atok yang contribute. Setiap kali jumpa atok, ada je atok bagi 'ole-ole' Atok pesan kat ibu 'ni simpan dalam SSPN Cha' Dan alhamdullilah, ibu belum pernah lagi pecah amanah. Andai kata 'terguna' pasti ibu ganti semula.

Memang bertuah jadik cucu sulung kan..

Belum kira layanan eksklusif dari ibu abah sendiri. Itu lagi tak terkira kan. Baju, maianan, segala benda harus baru. Dia yang rasmi dulu. Memang untung jadik anak sulung. Segala keutamaan, dari segala segi diutamakan.

Dan lagi bertuah bila dikelilingi insan-insan yang sentiasa bermurah hati. Ada je pemberian yang nak dikongsi, diberi seikhlas hati. Memang sungguh bersyukur.

syukur alhamdullilah. terima kasih yang tak terhingga diucapkan

Seminggu sebelum puasa hari tu, aku dihulurkan dengan satu paper bag penuh berisi baju-baju di atas oleh seorang kakak di pejabat ni. Aku tanya 'apa ni kak?' Tersenyum akak tu jawab ' nak bagi Cha' Aku naik segan dah sebenarnya, malu nak terima pemberian dia. Sebab ni bukan kali pertama dia memberi. ni dah kali ke-3.

Syukur..memang syukur. Sejak menerima bungkusan yang pertama, stok baju harian Cha tak perlu dibeli lagi. Lebih dari cukup. Tak basuh sebulan pun baju dia masih melambak-lambak. Dengan yang orang bagi, yang aku beli lagi. Memang mewah baju anak aku. Baju pemberian kakak ni pun bukan lusuh mana pun, elok je lagi. Ada yang bleh buat jalan-jalan lagi. Tu yang jadik makin segan nak menerima bila dia hulurkan seplastik besar penuh baju gitu.

Tapi aku tetap terima dengan hati terbuka. Ini mungkin rezeki Eisya. Bahagian dia di dunia ni kan..

*bila nak gi bank top-up SSPN cha ni??

10 August 2011

Currently

Alhamdullilah. Ada 7kg lagi mau kasik ilang

last week: 83cm currently: 79cm

Tapi bila buka macam-macam aku terpikir nak masak, mengoda iman sendiri namanya tu. Tapi nak buat macam mana kan, tengah semangat ni. Layankan aje lah.. Datang angin malas aku, meng'order saje lah jawabnya.

Aksi tak menahan

Eisya semakin lasak. Semakin buas. Dan kini tiada lagi tido selepas maghrib. Tak pukul 11, takde maknanya dia nak masuk bilik naik katil. Selagi lampu tak padam, selagi tu dia tak duduk diam. Letih jugak nak melayan kerenah dia. Selalunya.. biarkan aje. Asal tak membahayakan, suka hati awak lah Cha...

Ini antaranya...

puas hati dapat masuk dalam bakul ini. kasik jelir sikit lidah kat ibu. sikit je.. banyak-banyak nanti kena lepuk ngan ibu

bosan sudah. nak keluar tapi macam tak boleh je.. ibu!!! help!!
-pertolongan di minta dalam bentuk tangisan..nyampah ibu tau tak-

Kadang geram gak aku ngan Eisya ni, sikit-sikit nangis. Tak dapat pape nangis je kejenya. Bukan nak memikir ke apa.. tak boleh je nangis. Mainan tersangkut kat bakul, tak bleh nak keluarkan.. nangis. Nak naik atas kete mainan, pastu tak reti nak turun.. nangis. Nak selongkar wallet abah tapi tak boleh nak keluarkan kad-kad.. nangis.. Issskk... cubalah usaha skit Eisya wehh, jangan tau nak nangis je.

Eisya kini memang di dalam fasa manja maksima. Layankan aje lah

09 August 2011

Hasil Positif

Mintak maaf lah ye kalau asyik-asyik aku buat entry pasal Premium Beautiful ni. Tapi nak buat macamana, aku tengah teruja dengan hasil yang dia dah bagi kat badan aku. Sungguh.. aku bukan sekadar nak promosi semata-mata, tapi sebab aku dah merasa sendiri. Biar baru pakai nak masuk 2 minggu. Aku dah bleh rasa kesan positif dia.

Ye..ye.. korset ni memang mahal, sampai RM2k++, tapi percaya lah. Manfaat dia sungguh banyak. Kesan dia mungkin berbeza-beza kan. Mana sama badan kita kan. Mungkin ngan aku, dalam seminggu aku dah bleh rasa pinggang mengecil 2inci. Mungkin ada orang, dia amik masa 2,3 minggu baru nak rasa effect PB ni. Pastu, tak boleh lah nak bergantung harap kat PB semata-mata kalau nak result cepat. Tapi yang bestnya ngan PB ni, boleh je kau depend kat dia je, tapi lambat sikit la nak merasa kurus dan badan berbentuk kembali.

Aku mana reti menyabar, smua nak express. Tu kena bagi pemangkin lain tu.. Jaga makan, senam sekali seminggu (: *kalau rajin*

Tapi serius, pada aku memang berbaloi kalau keluar duit beli PB. Boleh guna sepanjang hayat. Kalau rosak, servis repair free. Lifetime lak tu...

Tarikh amik gambar: 31.7.2011
Cerita sebalik gambar: nak bagitau, ni lah rupa aku lepas seminggu pakai PB. Peha masih besar macam dulang tapi pinggang dah berjaya mengecil *tepuk tangan*
Pinggang: 89cm - 83cm (2 inci okay!!)
Punggung: 104.5cm - 102cm

tapi berat turun 1kg je. takpe.. yang penting dah bleh sarung kurung moden zaman anak dara. dan harap-harap lepas ni nak main kejar-kejar ngan anak pun tak semput

dan ini gambar minggu lepas
Baju ni dah lama terperuk. duduk je dalam almari diam-diam. sayang okay, dah la baju batik aku tak banyak. sutera terengganu lak tu. tapi sebab nak sarung pun tak lepas. biarkan je lah. tapi selasa lepas aku saje cuba sarung. rasa nak menjerit okay.. muat lah. sukanya!! sukanya!!

gambar suka hati sebab boleh sarung kurung moden lama dan perut buncit tidak kelihatan. ye..ye.. ini gambar ketika PB terlekat di badan. tapi ni gambar pagi-pagi time nak gi keje. haruslah pakai PB. mana boleh mengelat.
Ini lagi satu prinsip hidup bersama PB ye.. Dah beli mahal-mahal jangan simpan dalam gerobok.

Berat minggu ni tak timbang lagi.. tak sempat. Harap-harap ada penurunan lagi. Kalau tak aku nangis atas weight scale.

08 August 2011

anak abah sangat lah

Orang kata kalau si ayah selalu mandikan anak, basuh kencing berak anak semua, anak itu akan lebih rapat dengan ayah. Tak boleh berenggang. Asyik nak berkepit je dengan ayah dia. Sama lah jugak dengan mak. Sape yang banyak bersentuh kulit, bonding itu akan lebih akrab.

Tapi bila mengambil kira kes anak aku ni.. aku macam 'ni fakta ke auta ni?'

Eisya adakalanya sangat melekat dengan abah dia, sampai tak boleh nak dipisahkan. Adakalanya kalau abah dia tengah duduk-duduk pun, tiba-tiba dia datang dari belakang peluk abah dia. Abah tengah berdiri pun, dia datang peluk kaki. Pastu mintak dukung. Yang buat ibu jeles, bila ibu hulur tangan, tak nak tu. Geram. Tapi nak kata selalu sangat abah awak basuh berak awak, ibu lagi banyak kot.

Kejadian yang begini lagi lah kerap. Tengah sedap-sedap duduk dalam pangkuan ibu, boleh pulak dia melangkah nak duduk kat riba abah. Abah tengah bawak kete lah anak wehhh.. tapi apa dia peduli.. nak abah!! nak peluk abah jugak.

-muka puas hati dapat duduk atas riba abah-

geramnya la ibu bila awak buat muka gini Cha.. menyombong ye bila ibu suruh duduk ngan ibu semula.

aaargghhhh!!! siap palingkan muka.. peluk abah kuat-kuat

Aksi begini adalah kerap terjadi, boleh kata hampir setiap kali bergerak dalam kereta. Eisya mana reti duduk diam. Bila dah tak tahu nak buat apa, ginilah dia. Sibuk nak duduk atas abah, pastu nak ke ibu semula. Pastu nak ke abah semula. Pening..

Biar banyak kali dia buat gini, tapi aku tetap geram bila dia siap palingkan muka... tak nak aku amik dia semula *biasalah mak-mak ni memang ntah pape perasaan dia*

05 August 2011

Juadah pengisian perut

Terdahulu aku mintak maaf banyak-banyak kalau tindakan aku ni bakal menoncang iman sesiapa. Tapi rasanya semua dah cukup dewasa, dah bleh bersikap rasional kan..

ini menu bersahur jam 5 pagi tadi.
Kangkung goreng + Kerang Berlada *terbaik!!* + asam pedas ikan pari semalam

Inilah hasil masakan jam 3 pagi semalam. Gitulah aku sejak puasa ni. Malam-malam, pukul 9, paling lambat pun pukul 10 aku dah tido. Eisya tido, aku pun join sekatil. Tido dengan keadaan rumah yang entah apa.. Kau jangan datang rumah aku malam hari bulan puasa ni. Nanti aku malu sebulan, kesian kat aku. Kalau nak datang jugak, bagitau awal 3,4 jam (: Kemudian pukul 2.30 pagi terjaga aku. Tengok rumah huru-hara. Terus aku bertukar jadik 'supermak' Clearkan sinki, basuh baju, sapur rumah.. siapkan beg nursery Cha.. dan beroperasilah aku kat dapur jam 3 pagi. Stok bawang dah habis, maka sorrylah ye jiran tetangga dengar bunyi blender pepagi buta.

Minggu ni aku masak beriya time sahur sebab tak berpeluang nak masak untuk buka. Tu yang tengok makanan macam nak makan 4,5 orang hakikatnya berdua je pun. Hahaha *gelak kan diri sendiri* Beriya konon nak diet katanya, tapi masak tak ingat. Eh, beringat lah sebenarnya. Lauk je banyak. Nasik sesenduk je pun. Lauk kasik ratah lah

Lagi-lagi kerang tu.

Kerang Berlada
yang ni memang sedap menjilat jari lah. aku amik resipi dari blog yang reen perkenalkan.
gi terjah sekarang. mesti korang akan tergoda ngan segala makanan kat sana. tu yang aku trus copy dan print siap-siap. gambar makanan dia lawa-lawa, terus terasa 'sedapnya!!'

kasik zoom skit

Bila perut dah penuh lepas bersahur, aku rasa macam bersalah kalau naik katil bergolek ngan Cha. Tapi ikut hati nak tido lagi. Yelah, tak nak lah nanti asyik menguap je kat opis. Tapi.. tapi.. mana bleh tidur lepas makan.. Maka, aku gi lah gosok baju sambil tengok tv. Sorang-sorang je lah. Laki aku siap makan, basuh tangan, basuh pinggan makan, terus dia sambung tido. Nak tido pun alang-alang je, sejam lagi kena bangun gak.

Waktu ni lah aku rasa bagus gak astro duk ulang semula citer yang main jam 10, 11 malam tadi pukul 4,5 pagi. Boleh la aku layan balik MasterChef, Desperate Housewive, Bones yang terlepas tadi. (:

*malam ni nak balik kg. hurrayy!!!

04 August 2011

Sesi Riadah Bersama Family: Faris 7th Birthday

Ini Sabtu lepas punya cerita sebenarnya. Tapi biasalah, blog aku ni tidak lah update ikut masa kejadian sangat. Lebih bergantung kepada faktor kerajinan dan masa aku jugak. Tapi kan blog ini lebih bersifat peribadi. Maka, hal-hal begini dah masuk kategori wajib untuk diabadikan.

Happy Birthday Abang Long!!
Suka sungguh dia. Tersengih habis.

achik yu suruh senyum sikit je abang long.. tersengih habis-habisan awak

Arman Faris memang budak yang sangat menawan hati. Dia charming sangat. Pandai jaga hati orang bila berkata-kata. Bila ditanya 'abang long, achik yu gemuk tak?' Tersipu-sipu dia jawab 'sikit je. achik yu janganlah makan banyak-banyak, nanti gemuk banyak' Ohhh, cair hati achik yu awak dengar Abang Long. Faris juga seorang anak sulung yang sangat boleh diharap. Penyayang dia ni. Pandai jaga adik-adik. Abang Long yang protected. Sibuk main camne pun, adik tetap dia jaga. Kalau Eisya ada sama pun, ngan Eisya sekali dia tolong jaga.

Nanti abang long nak pindah duduk jauh dah.. tak bleh dah la achik yu nak jumpa abang long selalu. Takpe..takpe achik yu tunggu next promo AirAsia, achik yu tempah terus tiket nak gi jumpa abang long. Achik Yu outstation pun nanti achik wan takde tempat nak menumpang Cha dah. Kesian achik wan.. kan abang long kan..

Takpe..takpe, nanti kita skype je eh..

Cakap terima kasih abang long kat ibu. Bertuah abang long dapat mak macam ibu. tak pernah miss sambut birthday anak-anak. kek semua tempahan khas. lawa-lawa pulak tu.

gambar achik yu takde tapi achik yu wakilkan mereka berdua ni eh
-cha geram kat kek abang long-

dan itu dia, Cha berjaya menempek rumput padang bola kek abang long

Pape pun abang long, achik yu ucapkan semoga abang long terus membesar sihat menjadi anak yang soleh, dengar kata ibu ngan abah.. rajin tolong ibu. Belajar rajin-rajin okay.. Nanti besar boleh masuk UM macam maksu. Achik yu sayang abang long...

Hebahan Sosial: Tolong!! Tolong!!

Pagi ni, sambil draft report, sambil blogwalking. Multitasking kan.. Hebat tak? * (: * Dan sampai ke blog Yanie (kalau aku tak silap nama lah). Dia buat hebahan umum, aku abca pun macam 'sedihnya.. dah la puasa-puasa ni' Terus tergerak hati, nak buat khidmat sosial. Menyebarkan maklumat, mana tahu boleh membantu.

Kakak senior sekolah dia kehilangan suami. Suami dia keluar rumah, depan rumah je kot. Nak gi amik tafsir Al-Quran dalam kereta. Pastu tak masuk-masuk semula, sampai la sekarang. Memang dugaan sungguh. Sedih aku. Dah la husband dia keluar tak bawak I.C, duit, handphone semua takde. Entah apa jadik kat suami dia sebenarnya kan, kena culik ke, rompak ke.. Setakat ni dah 48jam suami dia hilang.

-ni gambar suami dia, ITHNIN NGADIMAN-
kalau terjumpa/ternampak di mana-mana tolonglah hubungi akak ni (013-3101221) atau mak dia (016-3713248) tak pun gi jelah balai polis berdekatan

Sayu aku baca bila akak ni kata, dia akan keluar meronda carik suami dia... Kasih seorang isteri kan.. Semoga akak tabah dan kuat hadapi dugaan ni.

Sebagai sesama umat, marilah kita sama-sama berdoa semoga suami akak ni ditemui dan kembali ke rumah dalam keadaan selamat. Amin. Akak ni pun dalam usaha nak memohon bantuan pihak media mewar-warkan hal ni. Nak mintak bantuan menteri, meh la kita tolong 'tweet' hal ni kat Dato' Shahrizat, mana tau dia ada cara yang lebih efisen nak membantu...

*Allah menguji umat dia, pelbagai cara kan. Harap-harap aku sekeluarga dijauhkan dari dugaan yang sebegini.

03 August 2011

Breastfeed dan Premium Beautiful

Aku kini masih menyusukan Eisya dengan susu badan. Tetapi rutin mengepam dah lama aku tingglkan sebenarnya, sejak Eisya 8 bulan kot sebab frust dengan hasil yang tak seberapa. Dan sejak itu, Eisya hanya dapat susu ibu bila dia bersama aku. Tu pun adakalanya aku bagi susu formula jugak, sebab breast macam kosong je. Kesian dia nanti, penat hisap tapi tak kenyang.

Selalunya pagi-pagi nak gi keje, sebelum pass dia ke nursery memang aku akan susukan dia dulu. Dia pun macam dah terbiasa, habis ditarik-tarik baju aku mintak susu. Nak cakap tak reti.. tu jelah cara dia terfikir agaknya. Dan petang, balik keje pun memang aku tak mintak nursery sediakan susu, aku bagi susu badan je. Sebolehnya aku manfaatkan segala peluang yang ada untuk aku breastfeed Eisya.

Bila mula sarung PB 2 minggu lepas aku risau gak 'camne nak susukan Eisya ngan long bra ni smua??' Terfikir gak aku 'boleh ke?" Tapi bila baca-baca balik semua review dan testimonial pasal PB ni, ramai gak yang breasftfeeding yang sarung PB. Siap ada yang kata bila pakai PB, susu makin banyak. Breast cepat full. Terus aku yakin.

Tapi aku punya nervous, aku bancuh gak siap-siap susu buat back-up (:

Kalau kita breastfeed guna nursing bra, kita bukak kancing dia kan. Tapi dengan PB, senang je. Caranya: Selak je bra yang cover breast tu. Tak payah longgarkan tali dia. Dan yang jadik makin seronok bila breastfeed ngan pakai long bra PB ni, jadik lagi selesa. Tak payah nak support breast dengan tangan, cup long bra itself tolong support breast masa kita breastfeed. Malah PB akan tolong up-lift breast tau. Suka tak?? So, kalau nak mengepam, guna cara yang sama je.. nak lagi selesa, longgarkan sikit tali dia tu.

Sesungguhnya Long Bra PB memang direkacipta untuk yang menyusu badan. Bukan setakat itu, banyak lagi manfaat kita bleh dapat.

  1. Bra dia tak ketat, boleh menganjal dan tidak menghadkan tumbesaran breast. So masalah bengkak susu boleh dihadapi dengan selesa sebab cup long bra PB ni elastik. Dia bleh tampung saiz payudara 1 size lagu besar.
  2. Cup long bra PB adalah cotton bra. Breast akan selesa dan boleh bernafas
  3. Breast yang lembik boleh pejal dengan long bra PB

Maka, kepada kawan-kawan sekalian yang bakal menimang cahayamata atau yang sedang menyusukan anak dengan susu terbaik dalam dunia, apa tunggu lagi?? Bolehlah tempah PB anda sekarang. Berpantang dengan PB pun sangat menarik hasilnya tau.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Wani

Call: 0123792210

Email: wani56@gmail.com


*tadi pagi test baju pembakar semangat. hurrraayyy!! dah bleh sarung!!

Nantikan BLOGGER TEE anak anda hari ini!!


Finally!!

Sana sini semua dok tayang gambar baby Blogger tee anak masing-masing. Seronok aku tengok. Teruja okay. Setelah mengharung macam-macam dugaan, akhirnya siap juga BLOGGER TEE anak-anak hot mommies sekalian. Bape lama erk kita buat? Dari bulan 5 rasanya kan.. perrghhh, 3 bulan. Memang exclusive la baju ni. Tak di jual di mana-mana. Terus feeling V.I.P (:

Dan dengan ini, aku nak tayangkan tracking number untuk rujukan semua. Terima kasih kepadaOnniey yang bersusah payah, berperang, bertekak lidah ngan orang printing tu demi memperjuangkan nasib baju anak-anak kita ni. Kalau Onniey tak lantang bersuara, aku rasa tahun depan kot siap. Dan tak lupa jugak kepada Yaya, hasil karya Yaya kini tersaung di badan anak-anak kita. Stylo lah!!


kini bukan setakat tgk design semata

kini boleh disarung ke badan anak kasik bergaya.
alalala Liya..


NANO-PASS TO LELA

REEN (FAHRIN)-EN 339093939 MY

ANN (KAIYISAH)-PASS TO JUE

FAD (IMAAN)-PASS TO JUE

DAYU (EISYA)-EM 011265940 MY

IZA MAZLIYANTI (ADRIAN)-EM 011500489 MY

JIHA (AQEFF)-EM 011500492 MY

SHARENA (NAURAH)-PASS TO JUE

MAR (WASEH)- EM 011266389 MY

LYLIE (ALYA)-EM 011266392 MY

MUN (MIRZA) – EM 0111266392 MY

PJA MIKANO (MIKHAIL)- EM 011266358 MY

SHA SALJU (QAISH) – EM 011266429 MY

SYUHAILA (DARWISH) – EM 011266432 MY

CIARE (RAYYAN) – EM 011265701 MY

FASHYA (HUSNA) – EM 011265715 MY

MIERA (CYRUS & RIJAL)-EM 020488790 MY

AZIYANA(HUSNA)- EM 020488772 MY

HANANI (KASIH) – EM 020488769 MY

ELLY (ISYA)- EM 011500400 MY

AUSHAH (NASHRIQ) – EM 339093960 MY

IZA (HAZIQ) – EM 011265953 MY

AYUE (MU’ADZ & DAMIA)-EM 011500444 MY

RYYHAN (AFHAM)-EM 011500413 MY

NADIA(HAJIQ)-EM 011265984 MY

XEEA (ALFIY)-EM 011265998 MY

AFNI(IMAN DANI)-EM011265879 MY

SHAZZ (RAISYAA)-TRACK NUM KT UMA..:D

YUN(MYA ZAHRA)-EM 011265865 MY

WARDAH(HAIKAL)-EM 011265794 MY

NURUL (HAQQ & RAINA)-EM 011265785 MY

YAYA (AUF)-EM 011265825 MY

RIANNA(AISY)-EM 011265834 MY

ZURIS(MAYA KYSHA)-BY HAND

MARIA(AQIL)-EM 011265750 MY

JUE (ALIF& RAFIQI)-BY HAND

EVYNN(AMMAR)-PASS TO JUE

ANA (ARYAN)-EM 011262926 MY

MARZIEY(‘AISH)-EM 011262838 MY

QEMAISHAK (AMMAR)-EM 000204777 MY

FARRAH(QAID)-EM 011262909 MY

PRINCESS(ARYYAN)-EM 011262841 MY

FITRIAH(SOFEA)-EM011262824 MY

MYRULE(AMMAR)-TRACK NUM KT UMA..:D

FIZA (ERYNA)-EM000344553MY-NAME XDE EK..

AZIE(MYA)-EM011265746MY

HANNAH(MYIESHA)-EM000344669MY

NADXOXO(LIL’ ZAHIN)-EM000344655MY

MRSNAGEB(MAREESA)-EM000344615MY

AIEN(RAYYAN)-EM000344641MY

ANA(DANI EMIR)-PASS TO JUE

NURUL(ALYA)-EM000344607MY

EDFA(MUSA,ISA,MARYAM)-EM000344598MY

EASY(AMMAR)-EM020488786 MY

AYURAZA(AZZAD)-EM011500458MY

IRA(MISHA)-EM000204397MY

AINUL(ARREESSA)-EM000344567MY

JUELEE(AR-RAYYAN)-EM000205579MY

NORHAFIZAY(IMAN)-EM011262869MY

SYANA(IMAN)-EM000344584MY

AZIAN(NAJLA)-EM000344575MY

NURUL(SOFIYA)-EM000204785MY

AFIDAH(HANNAH)-EM000344933MY

ASUE(AQIL)-EM000344540MY

Aku bercadang nak bukak 2nd batch untuk tempahan Baby BLOGGER tee ni. Ramai gak yang terlepas masa 1st batch dulukan. Setuju tak? Kita buat sekali untuk mak ayah. Boleh pakai time gathering hari raya. Wahh!! Achik excited terlebih!!

Design pun Yaya dah ada!! Makin lah aku jadik excited!! Kalau sambutan untuk 2nd batch mengalakkan, boleh lah proceed. Kalau tak nak buat camne, nak antar print, minimum kena ada 15 order. Insya Allah kali ni akan beri tanggungjawab mencetak ni kepada printing yang lebih boleh diharap. Kalau setuju, sila kata 'setuju!!' kat entry ni ye. Terutamanya kepada yang terlepas 1st batch baju anak-anak ni.

Nanti jangan lupa amik gambar anak korang bergaya ngan baju ni ehh... kita compilekan smua dalam satu frame!!!

*tak sabar nak dpt baju Cha