30 November 2011

setinggi gunung

Sejak kebelakangan ini, aku agak rajin pulak menyediakan desert. Walaupun macam tak pasti sape nak makan.. tapi buat tetap buat. Selalunya..aku angkut bawak gi opis, tak pun tapau kasik cikgu-cikgu Cha.. Tapi last week, semasa cuti berlarutan selama 3 hari, dan sempena mak ngan adik aku datang nak bermanja mesra dengan Cha.. aku buat lah Puding Roti dan kemudian diikuti pula dengan Triffle Pudding.

Yang senang-senang je pun.. yang penting lazat (: Dengan yakin aku claim puding aku lazat, tapi kalau dah licin dalam masa 5 min..lazatlah namanya kan.

Puding Roti Kasih Sayang namanya *aauuwww*

Nak resipi?? Google jelah..melambak-lambak keluar resipi Puding Roti ni hah.. bukan apa, aku macam segan nak share. Sebab aku pun google saje (:

Yang penting memang sangat mudah la nak sediakan.. aku rasa nanti nak mulakan dengan Puding Roti ni untuk ajar Cha memasak. Mesti dia seronok main carik-carik roti, rendam dalam susu. Harus aku suruh buat 8 keping je, dia habis kan 1 buku roti tu.. Okay Cha.. next weekend join ibu buat puding roti eh.. 

Ye..ye.. aku berkeinginan nak memperkenalkan dapur kepada Cha dalam kadar segera. Segera di sini adalah, aku target dalam umur dia 9 tahun dia dah boleh buat cupcakes sendiri. Hahaha,..macam melampau je bunyinya. Ibu dia ni pun mula buat cupcakes masa umur 25tahun, siap gagal lagi. Ada hati nak suruh anak buat cupcakes umur 7 tahun. Tapi..tapi.. aku percaya, tu semua tak mustahil kan.. Semua bergantung kepada exposure yang aku berikan kat dia. Kalau tengok Masterchef Junior tu, umur 9 tahun dah boleh main oven, main pisau.. buat steak.. buat croissant.. Maka, aku melihat potensi yang sama kat anak aku.. tak mustahilkan..

Triffle Pudding wthout jelly and yogurt topping

Dulu mungkin aku tak mendapat pendedahan yang secukupnya.. mungkin aku dibesarkan terlalu banyak restriction.. nak cuba apa-apa, asyiklah ditegah. Lagipun bab-bab masak ni, mak aku sendiri kurang mahir memasak. Dia sendiri macam terfikir kenapa anak-anak dia, tak kira laki pompuan boleh rajin *dan pandai* memasak.. See.. minat dan kemahiran tak semestinya kita warisi okay.. 

Pape..kita mulakan dengan suruh dia buat susu sendiri.. (:

Bila berazam sebegini, mungkin aku juga kena sediakan hati yang lebih tabah dan tingkatkan tahap kesabaran. Bila nanti Eisya sama-sama kat dapur.. bila tepung bersepah sana sini..gula berterabur atas lantai.. sila jangan menjerit sampai 1 blok boleh dengar. She's learning. Tugas ibu silalah membersih.. okay, okay.. will try my best.

*impian ibu adalah setinggi gunung

25 November 2011

i love doing thing by myself

Atas bahasa lain nyer.. aku suka DIY!!!

Biar tak cukup tool ke, macam adakalanya lebih baik beli dari buat sendiri.. tapi aku tetap suka meng'DIY. Tengok je lah dulu masa nak kawen, kad kawin pun aku DIY. Bunga pahar.. bunga penaggar.. Nak buat camne, dah suka katanya kan.

And currently, aku jatuh cinta sama paper crafting.

Suka yang sangat suka. Sampai kalau boleh nak beli semua tools. Nak beli craft scissors. Nak ada smua. Craft puncher yang comel-comel. Paling best kalau dapat Silhouette digital cutter. Memang makin semangat la jadiknya. Aku jadik makin beriya-iya sampai Ekwan pun tegur 'ni apsal macam terlebih semangat ni?' sebab aku jumpa macam-macam website menarik yang boleh dimanfaatkan. Bagus sungguh.. Tak kedekut, macam-macam template dia sedekah.. Gembira tak terkata hati achik (:



Ni kalau jumpa sebelum kawin ni.. bagus ni.. Dia sedekah banyak printable gift boxes. Boleh edit lak tu..
pastu tgh print je. Bagi banyak option kaler lak.. memang best. Achik pantang nampak benda free..



Yang ni pun menarik.. banyak gift tag template dia sedekah. Pastu banyak tutorial.. suka..suka

Aku ni bukan kreatif sangat. Tapi suka benda-benda yang nampak lawa, comel menarik gini. Maka, disebabkan otak sendiri gagal nak memikirkan hasil. maka kena lah carik sumber inspirasi dari mereka-mereka yang sememangnya pakar.

Wah.. bila jumpa aktiviti DIY yang boleh melibatkan Cha.. lagi lah gembira.

22 November 2011

pelepas gian

Cuba tengok, bila tarikh last post?? 14 November 2011.. apa?? seminggu yang lepas??? Macam tak percaya. Seminggu blog aku takde entry baru. Di luar kebiasaan itu namanya..

Tapi itulah kenyataannya.

Tak pasti kenapa, aku memang macam takde nafsu sangat nak hadap blog buat masa kini. Nak kata tak pasti apa nak merapu kat blog, ikutkan macam-macam aku nak share sebenarnya. Tapi entah kenapa, aku macam tak terasa nak tambah entry. Kalau dulu, sehari takde entry baru pun rasa bersalah. Sekarang.. takde rasa apa pun. Lena je aku tido..

Petanda apakah itu?? Zaman blogging aku nak berakhir kah??

Tak rasanya. Cuma sekarang ni passion aku terhadap blogging dah berkurang. Bukan kurang je kot, terus menghilang. Mungkin tuntutan kerja melebihi segalanya. Situasi dan keadaan sekarang tak membenarkan aku spent terlalu banyak masa kat alam maya. Yelah.. dulu aku memang selalu ngelat. Selalu gak bertangguh keje. Tapi aku rasa cukup-cukuplah.. dan seperti biasa, bila dah hadap keje, selalunya aku terlebih fokus ~la la la la~

Jangan risau.. jangan risau.. achik blogging sampai umur 60 tahun punyer

*macam ada orang nak peduli kalau aku stop blogging
* ni pun entry pelepas gian ni namanya

14 November 2011

current habit

Cha dah makin lasak. Semain garang. Semakin kuat menjerit. Adooiiyaii..

Dah makin besar anak aku. 20hb ni, 19bulan dah umur dia. Sangat tak sangka. Dan sekarang bukan dia je kuat menjerit. Ngan aku sekali asyik lah terjerit 'Cha!!' bila tengok dia dah ada atas meja makan tengah tonggok botol kicap.. Bila masalah agaknya dia panjat kerusi, tau-tau atas meja dah. Aritu botol sos, ni botol kicap pulak.

Macam-macam la perangai anak dara sorang ni.

Sekarang dia ada satu perangai yang agak menjengkelkan. Kedekut dan tamak. Sila jangan pegang/sentuh segala barang milik dia. Amik apakan lagi. Kalau pegang/sentuh/cuit/amik jugak, nanti dia jerit kuat-kuat marah tunjuk perasaan. Kalau orang buat tak tau, buat degil, nanti dia datang gigit itu orang. Aku geleng kepala dah.. tak larat nak terang dah 'cha, janganlah kedekut sangat. share la.. mainlah sama-sama' Tapi bukan dia dengar..dia menjerit lagi kuat dari aku. Nasib baik main ngan sepupu-sepupu.. lantak kau lah nak berebut-berebut, main tarik-tarik situ. Kalau main ngan orang lain.. ohhh,setakat ni belum merasa lagi situasi begitu. Harap-harap behave lah kamu wahai anak..

Ianya akan jadik lebih annoying bila, orang pegang barang dia, dia marah terjerit-jerit keluar air mata semua. Tapi dia amik barang orang, buat selamba je. Siap marah lagi kalau orang tak nak bagi. Annoying kan.. rasa nak lepuk je kan..

Orang duduk sebelah ibu abah dia pun nak marah.. tak paham aku



10 November 2011

Si Dia

Inilah oven yang banyak berjasa. Dengan oven ni lah aku mula belajar mem'baking. Cuba pelbagai jenis resipi. Dengan oven ini lah. Oven Cornell 17 litres ni.. Biarpun kecik, banyak jasa dia. Walaupun berkali-kali aku sebut nak cari pengganti dia, nak antar dia balik kampung. Dia tetap bertugas seperti biasa. Takde pulak buat perangai meragam tunjuk perasaan. Baik dia ni.


Memang banyak la jasa dia ni. Aku beli masa bujang dulu. Dah bertahun jugak la umur dia. Sedar tak sedar kan. Murah je aku beli, dapat free hand mixer pulak tu.

Tapi nak buat macam mana, hobi membakar aku makin membuak-buak sekarang ni. Rasa tak puas je membakar dengan oven size comel loteh gini, kena bakar berkali-kali. Loyang pun size kecik-kecik je bleh sumbat dalam ni. Tu belum lagi kalau membakar biskut. Memang jenuh la aku nak tunggu habis membakar satu adunan tu. Tapi sebab semangat punya pasal kan, layan aje lah. Tapi kalau ada rezeki, memang sangat berkeinginankan sebuah oven berkapasti besar. Tak dapat 60litres, 40 pun jadiklah.

Bukan apa, senang la skit aku nak buat cream puff masa birthday Cha nanti (:

Playground Berbayar

Anak-anak zaman sekarang memang sangat bertuah. Sangat beruntung. Lagi-lagi yang duduk kat bandar ni. Yang beribu bapakan mak bapak yang rajin layan kerenah dan sentiasa berusaha mengembirakan anak. Kalau 2 hari anak asyik terperap je dalam rumah, pastu anak macam asyik meragam je. Buat itu tak kena, buat ini mengamuk mulalah terasa macam 'Cha boring kot, asyik duduk rumah je. dah la umah kecik.. dia tak puas main ni' Bila kenyataan yang entah betul entah tidak itu seakan mendapat sokongan, terus anak bertukar baju. Terus bertukar dari 'baju dok umah' ke 'baju jalan' Jom kita gi main kat luar.

Mak ayah beriya, anak takde apa pun sebenarnya.

Nak bawa gi playground kat taman berhampiran rumah yang percuma, hari macam panas. Tak kan nak berjemur anak beranak. Tak sesuai.. tak sesuai. Tak pasal-pasal anak beranak demam nanti. Jangan carik pasal, mari kita carik option lain. Jom kita gi shopping complex. Dan jom pilih yang ada indoor playland. Ada 2,3 shopping mall berhampiran boleh dipilih. Tapi meh lah kita ke IOI Mall pulak. Muak pulak rasa nak ke Sunway Pyramid sesaje. Lagipun nak cuba ke REKA ZONE ni.

Entrance fees bagi aku sangat berbaloi. RM10 untuk budak 2yrs and below. Okaylah..buat lepas bosan anak. Tempat dia baru, tapi tak lah besar mana. Mainan pun tak banyak. Mak ayah tak bleh main sama. Takde pool bola. Eh ada.. tapi kecik bebenar.. Cha sorang pun dah penuh. Masuk sorang lagi terus risau terpijak kaki semua. Critterland gak best kot. Kena lah dengan harga dia. Tapi boleh lah.. buat layan anak main. Dekat pun dekat..

Cha melekat kat section ni je lah. dia seronok tengok benda tu sedut bola yang campak dalam tu. bukan main ligat dia kutip bola. kutip..campak.. pastu macam takjub je tengok bola tu hilang..

Kitaorang tak lama pun kat sini. Sebab Cha macam dah ngantuk. Pastu macam dah boring. Dia tak banyak section.. ke sebab datang ber-3, tak sama feel dia bila ramai-ramai. Mungkin. Tapi lain kali boring-boring boleh je kot datang lagi sebab murah. Stokin dia RM 1.90 je. Hehehehe... ke lepas ni nak cuba yang kat Empire tu erk.. Apa entah nama dia, tak ingat.

  yo peace!!

Bertuah anak aku.. main kat playground berbayar.. mak kau ni dulu main palyground depan rumah je anak weehh.. tak merasa langsung masuk playground berkarpet, beraircond gini gaya. Dengar pun tak pernah, apakan pulak nak merasa. Kamu sungguh bertuah tau.. Nanti ibu terangkan apa erti bersyukur kat kamu. Sesungguhnya kamu memang bertuah, ibu ngan abah sentiasa berikan yang terbaik. Segala-galanya.. berhabis pun takpe, asalkan kamu dapat yang terbaik. Biar kamu macam tak mengerti apa..

Kamu kena tahu tu.. jangan jadik alpa..

Arrrgghh sudah, apsal entry aku jadik emosional ni. Tu maknanya dah hilang fokus. Maklumlah, taip entry tengah malam, gini lah hasilnya. Baik kasik tamat segera, sebelum lagi melalut entah ke mana.

09 November 2011

Aidiladha 1432H

Ni Aidiladha ke berapa hah untuk Cha?? Tiba-tiba macam memori tak berapa baik.. ke-2 lah kan.. tapi ini kali pertama Cha tengok upacara penyembelihan di pagi raya qurban. Ehh.. bukan pagi, lepas Zohor baru kambing yang na dikorbankan akhirnya disembelih. Menunggu giliran sangat lama. Tukang sembelih ada sorang je. Tapi kena cover sampai 3 kampung.. tapi tak mengapa, asal terlaksana hajat pun dah syukur Alhamdullilah..

Seperti biasa, Cha mana reti takut.. tapi kali ni kurang sikit keterujaan dia. Kalau dulu 1st time tengok kambing dia rileks je pegang tanduk kambing tu. Tapi sekali kambing tu mengembek, hah amik kau..menangis-nangis panjat badan ibu dia ni. Tapi kali ni dia tak hingin pulak nak pegang badan kambing tu. Suruh amik gambar dengan kambing pun dia tak mahu layan. Suka hati kamu la anak.. Hajat hati nak kasik anak tengok macam mana kambing kena sembelih, tapi sendiri pun macam tak sanggup, tak kan nak join sama. Sudahnya, tunggu aje lah depan rumah. Lagipun panas..tak rajin aku nak berjemur. Ngan budak mata sepet merah tu lagi..

 budak bermata sepet yang suruh ibu bawak dekat sikit nak tengok kambing

 proses melapah daging

malam kita kasik panggang ini semua *boleh pulak aku lupa isi gula dalam ramuan marinated ni.. dah la lada hitam melambak-lambak.. merasa la masing-masing mengipas lidah malam tu.. mintak ampun


*achik buat kek karamel. alhamdullilah, sangat mendapat sambutan. lega rasa hati



04 November 2011

Nasi ayam ala Tha gitu

Sementara ada peluang masak makan tengahari ni, aku macam tiba-tiba jadik rajin pulak. Mulanya niat nak masak kicap je ayam tu. Mudah dah cepat. Boleh aku join Cha tido lepas tu. Tapi entah kenapa, macam terlebih rajin pulak secara tiba-tiba. Entah kenapa, boleh pulak aku teringin nak buat nasik ayam.. Terus perap ayam dan tumis bahan untuk masak nasi.

Tapi biasalah, aku memang macam ni. Kalau dah teringin tu, tak kira masa. Tengah malam pun aku penah uli tepung buat doh untuk karipap. Teringin punya pasal.

Ekwan balik aku terus suruh dia makan, pastu dia tanya 'apasal rajin sangat buat benda2 complicated gini?' Eleh, saje nak perli akulah tu. Aku tahulah semalam aku malas nak masak kan. Suruh dia gi beli kat pasar malam je. Alah.. semalam achik letih. Sekali sekala memandu sendiri dari USJ-KL, terus achik rasa lemah satu badan, tu yang tak larat nak masak dah..hehehehe.. kira memganti rugi kemalasan semalam lah, tu yang hari ni ter'extra rajn (:

Here, i'm presenting my nasi ayam. Sila saksikan. Achik bab food presenting tak bape pandai.

 Nasi Ayam Ala Thai. Terbaik!!

Okay, aku memang sangat confident nak kata nasi ayam di atas adalah terbaik, sebab memang terbaik. Suami saya kata 'jom, puasa tahun depan kita niaga nasi ayam kat bazaar' Hahaha..achik gelak je. Buat dalam kuantiti yang sedikit, untuk 2 orang makan boleh la.. cuba banyak-banyak.. Insya Allah boleh lagi kot, tapi kena pastikan segala equipments adalah mencukupi. Kual i+ periuk size x-large kena ada lah..tapi alhamdullilah, sendiri makan rasa sangat puas hati dan asyiklah memuji diri 'sedap nasi ayam aku' (:

Terus tiba-tiba 'birthday Cha tahun depan buat nasik ayam la.. ngan cream puff'

Secara jujurnya, taklah complicated mana nak buat nasik ayam. Boleh multitasking. Macam aku, mula-mula perap ayam. Sementara tu, masak nasik. Dalam nak tggu nasik masak, boleh buat sambal ngan sup dia. Potong timun ngan tomato. Pastu tinggal goreng/panggang je ayam tu. Senang kata.. semuanya ikut kemahuan dan kesungguhan kita.

Nak cuba? Seperti biasa, nah amik resipi. Aku dah tempek dah resipi ni kat blog masak-masak aku dulu. Tapi aku rajin ni, maka aku copy lah ke sini pula. Nah.. boleh cuba buat raya haji ni.


Nasi Ayam Ala Thai

The Chicken
1. Marinated the whole chicken with kicap manis, garam ,gula & sos tiram for minimum 4 hours. Lagi lama lagi elok. Every 30min, terbalik kan ayam tu. Simpan baki campuran bahan tadi untuk kuah kicap (kuah hitam) *aku tak perap 4 jam pun.. sejam je kot.. nak dia betul2 sebati, potong la ayam tu kecik2 skit
2. Then panggang ayam tu for about 40 min. Kalau nak goreng bleh gak, tapi it prefer to be roasted.
3. Bila dah sejuk, bleh la potong untuk di serve. *aku goreng je.. malas nak basuh oven..

Nasi -paling utama

 yummylicious!!
Bahan-bahan diperlukan:

1. Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
2. Lemak ayam
3. Beras. Sukatan air hendaklah lebih 1 setengah dari sukatan beras. Kalau beras 3 pot, air kena la 4 pot setengah.
4. Bawang besar 3 biji, bawang putih 2 ulas (blender)

Cara-cara penyediaan nasi ayam:

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Then masukkan lemak ayam.
2. Pastu tumis sekali bawang yang dah di blend sampai layu dan naik bau.
3. Then masukkan la beras ngan air. Kacau and let it cook *aku tambah garam sikit..

Kuah Kicap Hitam

Gunakan lebihan bahan ramuan ayam tadi. Ketuk halia dan bawang putih. Then tumis. Dah naik bau, masukkan bahan ramuan ayam.
Nak pekatkan, campur sikit tepung jagung. *aku tak pekatkan..sebab mmg suka cair-cair

Sos Merah

Blend cili merah (buang biji) bersama bawang puith, ngan garam dan gula sikit.
Then campur cuka. *aku masak sekejap bahan kisar ni.. tekak aku tak berapa berkenan ngan rasa cili mentah tu

Sup

Bahan diperlukan:

1. Halia dan bawang putih -diketuk
2. Rempah kurma
3. Bawang besar dihiris halus
4. Kayu manis, bunga cengkih
5. Kacang tanah
6. Lemak ayam/bontot ayam

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih dan bawang. Then masukkan lemak ayam
2. Lepas tu masukkan rempah kurma
3. Lepas tu masukkan air, then kacang tanah
4. Kacau2 and let it cooked.

Amacam?? Mudah je kan.. Nanti cuba eh.. Hasil pasti tak menghampakan. Aku rasa nak tempek sekeping lagi la gambar nasi ayam ni. Boleh eh... (:

Pastikan anda cuba ye!!

Auto ke Manual?

Korang dapat lesen kereta umur bape?

Aku amik lesen memandu masa lepas habis diploma. Tu pun mak yang beriya. Ikut aku.. takde lesen pun aku rasa tak menganggu gugat hidup aku pun. Wa no hal nak guna public transport. Tapi sebab mak dah bersungguh, siap sediakan peruntukan. Menolak rezeki namanya tu kalau kata tak mahu. Maka, masa cuti semester, ke kelas memandu la saya. Tapi kalau diimbas kembali rentetan sejarah aku nak bergelar pemandu sah di Malaysia ni.. macam sadis je tau. 3 kali test baru pass.. Giler bengong je rasa. Pastu asyik kantoi kat part parking je. On the road, sekali je dah lulus. Sudahnya sampai sekarang aku gagal kalau disuruh masuk parking side. Nak rear park pun adakala mengigil.. Memang sadis kan..

Tapi alhamdullilah... setakat ni tak pernah lagi terlibat dengan major accident, sikit-sikit setakat langgar tembok, langgar tiang kat parking, pernah la sekali 2. Sampai sekarang kemek kat pintu belakang kereta tu masih ada. Saje malas nak gi betulkan *takde duit sebenarnya* Dah la time tu, baru je pakai kete tu.. Hangin je Ekwan kat aku. Marah macam aku kemek kan kereta dia, sedangkan kereta aku tu. Bayangkan camne kalau aku kemek kan kete dia.. Mau dia tuntut ganti rugi sepenuh hati kan..

Lepas dapat lesen, aku tak terus drive sebab mana ada kete aku nak bawak. Sekali sekala je lah time cuti semester, bawak kete mak. Kete kat umah semua manual, dan alhamdullilah.. sehingga kini pandailah aku bawak kete manual. Sampai adakalanya bila bawak kete auto rasa kalut tetiba. Rasa janggal lak kaki kiri tu dok diam je. Selalu sampai letih-letih kaki tekan clutch, lagi-lagi time jammed. Memang merasalah kaki kebas jap lagi. Walaupun ramai yang kata 'duduk KL ni, tak sesuai pakai kete gear manual' Tapi aku laki bini tetap prefer kete manual. Selain harga dia yang sedikit murah. Takde la sikit sangat, 5-6K juga beza dia.. feel dia lain okay kalau bawak kete manual..

Korang pakai kete transmisi apa? Automatik ke manual?

Tapi aku ni sangat susah nak bawak kereta orang. Maksudnya kete lain selain dari Myvi aku tu. Bawak kete Ekwan pun aku rasa semacam. Nak bawak laju-laju pun takut, belum lagi masuk parking. Tak confident langsung. Tu bawak kereta saiz lebih kurang tu.. maka, jangan la mengatal tangan nak bawak X-Trail opis ni. Carik padah tu namanya.

*tetiba buat entry ni sebab 2,3 hari ni merasa bawak kete sendiri gi keje. kalau tak selama ni jadik co-pilot semata. cuba-cuba nak pejam mata, tapi terus kena lepuk ngan driver kat sebelah
*ada lg 5 tahun nak kena bayar duit kete :(

03 November 2011

Cha sakit mata


Okay, hari ni dah hari ke-6 dia bermata sepet sebelah.. dan kaler mata juga bertukar warna, ngan bulu mata kejung dek taik mata.. kesian anak aku. Tapi syukurlah dia tak meragam. Aktif macam biasa. Tetap tak reti duduk diam, masih dengan aktiviti harian dia. Masih terlompat-lompat, terjun dari sofa ke atas tilam. Masih berjoget-joget.

Tapi disebabkan sakit mata adalah sejenis penyakit yang berjangkit. Maka, terpaksa la kuarantin dia kat rumah. Cuti la Cha dari pegi sekolah. Dan ibu abah merasa la mengambil giliran menjaga anak. Aduhaaiii.. cuti dah la ciput.. makin licin lah jadiknya. Ekwan cuti melambak, tapi susah la pulak nak dapat cuti. Tapi nak tak nak, kenalah jugak, nak harapkan aku sorang. Sorry la.. dengan keje pun melambak menanti kat opis tu. Ni pun dah serba tak senang hati asyik cuti je. Tapi demi anak kan.. Apa je pilihan yang ada..

Kat KL ni, kami takde sape-sape.. kami sendiri je.. Mak ayah semua kat kampung.. *motip??

 
masih beriya layan ibu main amik-amik gambar. iye..iye, dia memang suka letak lengan baju bawah ketiak. dia rasa sgt seksi mungkin

 biar mata dah sepet sebelah, masih mampu nak gelak besar

 peace!! yang sakit mata.. tapi yang lain-lain masih berfungsi dengan sempurna. bukan selalu dapat peluang duduk ngan ibu macam ni. mana boleh lepaskan peluang buli ibu .. peace yo!!

Dan kemungkinan, nanti kena tinggalkan Cha kat kampung. Warrrgghhh!! Tu yang tak sanggup tu. Kena pujuk MIL datang KL tolong jaga Cha kat sini lah. Ibu dia ni tak sanggup nak berjauhan dengan Cha. Lagipun, kesian pulak mak nak kena jaga Cha malam-malam, dah la sekarang tido makin lewat. Tak pukul 11, jangan harap dia na baring. Ada je aktivit dia.Kalau jaga kat KL.. jaga time siang je. Malam biar aku yang uruskan, seperti biasa. Ok, dapat 1 point untuk membodek (:

*tp nape macam takde pape progress je ni? makin merah mata dia adalah aku tengok..
*pagi ni gi keje dengan penuh sayu.. cha menangis2 depan pintu.. sampai ke kereta aku boleh dengar suara dia menjerit-jerit.. ibu gi keje jap ye Cha

Critterland.. Meh laga pipi meh..

Pada awalnya aku macam tak dapat menghadirkan diri, tu yang tak memberi maklum balas langusng kat FB event notification tu. Konon nak buat-buat tak tahu, biar nanti takdelah kecewa bila kawan-kawan berlaga-laga pip bagai. Tapi dah memang rezeki Cha nak jumpa kawan-kawan dia kot, menjelang majlis.. rasa macam boleh turut serta la. Terus buat bising kat event's wall (:

Dan terus terburu-buru carik hadiah untuk sesi bertukar hadiah nanti. Tapi kalau dah namanya last minit, selongkar je lah apa yang ada dalam rumah ni.. Sampul pun tgh2 malam suruh Ekwan gi beli kat 7E..

sesi bertukar hadiah. dapat tupperware 2 bijik dar MekNa..boleh buat tapau kek (: TQ

As usual, aktiviti muhibbah blogger adalah berlangsung di waktu pagi. Dan bersuami kan suami saya, suruh dia bangun pagi di hari cuti adalah sangat mencabar jiwa dan menguji kesabaran. Tapi sekali lagi mungkin, rezeki hari deepavali. Senang pulak pakcik tu jaga tempoh hari. Maka, takdelah achik pegang status peserta paling lewat tiba. Tapi tetap bukan yang terawal, tu selalu milik Puan Fads kita. Tapi jadik orang ke-4 pun, achik dah bangga tau. Terus kena sound ngan En Ekwan 'uuiihh..semangat sungguh Cik Yu'

Ramai gak yang sampai lewat.. yelah, ragam anak masing-masing tak sama kan. Ada yang jaga subuh hari, ada yang pukul 10 pun lena diulit mimpi lagi. Takpe.. asal akhirya menjelma dan memeriahkan suasana, dah cukup bermakna kan.. Tapi siyes.. mula-mula ingatkan macam ta ramai.. tapi rupanya.. meriah uolss!! Terus rasa Critterland tu kami yang punya. Riuh rendah dengan suara kita je. Kita je kat mana-mana..

Meriah!! Seronok!!

 sampai-sampai terus ibu sumbat masuk dalam kolam bola. gembira bukan main itu budak

menyengih bukan main. Isya geram je tgk Cha.. datang-datang terus nak kacau territory dia..hehehehe. tapi selamba je, terus terbenamkan badan

 suka ye duduk dalam pool bola ni cha

Aku sebenarnya tak tau Critterland ni kat mana. Beriya ingatkan kat dalam The Mines, tapi bukan rupanya. Kat bangunan The Heritage ye.. Nasib baik Ekwan ala-ala bijak sikit nak menuju ke sini. Dan aku macam suka pulak ngan Critterland ni.. tempat dia luas. Mainan banyak. Dia ada banya sections. Dan paling seronok, parents bleh main sekali. Boleh join anak berenang dalam lautan bola.. Giler seronok..Berbaloi-baloi bayar RM22, Tapi aku rasa RM22 tu lebih kat bapak dia je. Kadar penggunaan anak dalam RM10 je kot.. Yelah, dulu kecik-kecik mana merasa playground berbayar gini kan.. tu yang menumpang anak tu.

Tapi siyes, memang seronok. Aku rasa nak datang lagi..

ko tengok.. ko tengok.. bapak budak yang melebih

 sah lah, bapak budak yang over seronok

Dengan kawan-kawan yang mesra, terasa sangat tak sabar nak jumpa lagi. Yelah, macam tak sempat nak borak lama, pastu masing-masing sibuk dengan anak kan.. nak layan anak main. Dengan nak main untuk diri sendiri lagi.. Kena ada sesi luncheon lah ngan korang. Baru best nak borak-borak.. Tapi sape je lah yang opis berdekatan ngan aku erk.. kalau kat Putrajaya, mesti boleh selalu kuar dating kan.. (:

Apa pun, tahniah dan terima kasih yang tak terhingga buat Elly yang bersusah payah dan bersungguh-sungguh menguruskan sesi gathering kali ni. Kalau takde orang yang sudi nak jadik organizer.. macam mustahil je nak berkumpul ramai-ramai gini kan. Nak harapkan aku.. alahaiii..susah skit. Adakalanya busy melampau, ada masa.. macam makan gaji buta. Maka, kalau nak harapkan aku.. memang tak menjadi lah kot. Terpaksa la serahkan kat orang lain. Tapi siyes, aku teringin nak buat outdoor gathering.. BBQ ke.. boleh borak puas-puas.. tapi tu lah.. nantilah eh..achik draft paperworks bentangkan kat jemaah menteri sekalian..

 ni gambar wajib.. dan aksi mata terabur masng-masing pandang entah mana adalah normal. kata artis, flash sana-sini kan.. terus achik rasa glamer seantero kau

 giliran bapak-bapak pulak. mereka jangan dilupakan. tanpa mereka tak merasalah nak berlaga pipi kami semua seperti di atas

percubaan untuk mengambil gambar anak-anak sahaja.. dan inilah hasilnya.. terabur

Macam ada je orang yang paham keinginan aku.. dalam aku men'draft entry ni tiba-tiba Ainul bersuara akan keinginan untuk ber'gathering sekali lagi. Dan jadik makin best bila dia dengan sudinya offer rumah dia sebagai lokas untuk kami berpeluk cium nanti. Terus aku kata 'kita buat BBQ nak?'

Terus achik makin excited kau.. Boleh la masing-masing bawak pavlova/kek karamel atau pun cream puff version masing-masing nanti...

*gambar semua adalah hasil mencilok dari kawan-kawan. derang bawak kamera canggih..achik pakai kamera hp je..

02 November 2011

Subtitles please

Annoying pulak aku tonton drama alih bahasa ni.. sangat rasa 'eeeiii.. tak sesuai sungguh!!!'

Kenapa lah pilih untuk alih bahasa dari sediakan subtitle. Kalau tukang mengalih suara dan bahasa tu boleh bagi the same intonation, gaya percakapan yang sama. Boleh la jugak aku terima.. ni semacam je okay. Maka, aku lebih prefer tonton dalam versi bahasa dan suara asal. Walaupun adakalanya aku akan sedikit blur.. yelah, nak tangkap apa omputih tu smua dok bercakap satu sama lain.. ngan suara Cha lagi.

Takpe.. achik lebih suka begitu.

Hilang selera kau dengar Gibbs cakap bahasa melayu. Kelakar okay dengar Dr Bones cakap melayu.

Tolonglah jangan alih bahasa. Subtitles please






01 November 2011

Slice CheeseCake

Sedikit frust ngan hasil slice cheese cake ni.. semua sebab sendiri gatal tangan. Sedang 5 minit sebelum tamat fasa pembakaran, kek ni elok je rupanya. Bau wangi cheese dah semerbak satu rumah. Dah excited dah. Dah pasang niat, tak payah tunggu sejuk nak bedal dah. Tapi sebab gatal tangan selepas melihatkan image-image slice cheesecake di google yang mana semua gambar-gambar tu menayangkan rupa cheese cake dengan bahagian atas yang sedikit gelap.. dan aku punya masa tu tak berapa coklat, trus aku adjust api atas je, dengan suhu 140..

Dan akibatnya, merasa la aku kek yang hitam legam atasnya.. Terus rasa nak nangis okay..

Tapi pujuk diri sendiri, try jenguk tepi kek tu. Lega rasa hati bila tengok dia masih kuning keemasan *memandai* Tidak berubah kaler. Terus aku jadik tak sabar. Panas-panas keluarkan dari loyang.. Sejuk sikit terus aku potong. Dan makan. Alhamdullilah.. Kesan hangus kat permukaan kek tu tak merubah rasa kek tu. Cheesecake achik masih lagi gebu dan berlemak. Tak rasa pahit pun.. Rupa je lah.. Tak boleh nak buat apa dah.. Mula-mula ingat nak cover ngan whipped cream, pastu tabur buah.. Tapi tak menyabar kan.. Lantak lah.. Sendiri nak makan pun.. Maka, terima lah akibat perbuatan sendiri kan..

Anyway,, ini satu lagi resipi patut cuba. Sebab?? Seperti biasa. Mudah dan kos dia sangat berbaloi-baloi. Lagi-lagi yang dah terror buat meringue.. Memang sab sab soi je lah..

Dan seperti biasa, marilah berkongsi resipi.

Bahan-bahan ( kek saiz 18cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter 
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

Tapi kekecewaan makin berganda apabila esok pagi, beriya bangun nak bersarapankan kek cheese.. tgk kek dah mendap..  Huhuhu..dah lah semalam pun tak berapa nak tinggi. Pagi ni dia boleh pulak mendap. Nasib baik rasa tetap sama. Balun je lah..

Ni maknanya nak suruh aku cuba lagi sekali lah ni.. okaylah.. nanti ada masa achik try sekali lg

Achik malu sebenarnya nak tayang slice cheesecake ni, tapi.. publish je lah.

rentung kek aku..