30 May 2012

Singapore: Bugis Street

Bugis Street ni umpama arked-arked kat Jalan TAR lah. Cuma yang beza dia tak jual kain. Kat Bugis Street ni memang tempat untuk memborong souvenirs kalau ke Singapore. Fridge magnets, keychain, baju adalah melambak-lambak. Pilih je lah nak memborong kat kedai mana. 

Duit aku habis kat sini je kot.

Bugis Street. Best Street in Singapore

Tapi jangan lupa tawar menawar. Kebanyakan kedai yang jual fridge magnet akan bukak 4 for 10. Silalah minta '5 for 10, can?' Kalau dia tak bagi, cakap je 'ok, TQ' sambil melangkah membawa diri. Melambak lagi kedai lain. Sebelah menyebelah pun ada. Tapi mesti dapat punya. Aku siap mintak 'aunty, 6 for 10 okay?' Aunty tu kata boleh tapi kena amik lebih 20. Huhuhu.. nak 10 bijik je. Maka, terima lah 5 bijik 10 dollar.

Sila pilih mana yang berkenan. Yang best, fridge magnet dia adalah jenis yang plastik tu, bukan yang batu. lagilah aku jatuh hati kan. terus amik 10 ketul

Baju pun banyak. Mostly 3 for 10. Tapi ni jenis kain low quality lah. Kalau nak yg kain best sikit, amiklah yang 2 for 10. Tak pun amik yang sehelai belas2 dollar. Sebab kepala otak aku sibuk asyik nak convert mata wang je, aku pilih yang 3 helai S$10 je lah. Walaupun ayah aku offer suruh amik yang S$10 sorang, aku tak sampai hati nak suruh ayah bayar. Niat nak bawak mak ayah jalan-jalan, tak best lah nak suruh dia belanja pulak.

Kebanyakan kedai jual baju yang sama, design sama je semua. Display price pun sama. Cuma discount je lah yang beza. Ikut nasib lah kalau dapat kedai yang bagi most best price. So kalau nak harga paling terbaik, kenalah jalan 1 Bugis Street tu. Tapi tak larat okay. Dah lah panas.

duit kami habis kat kedai ni. 


price variation. ada yang sehelai S$6, 4 helai S$10. Bukak wallet tengok duit. Rasa ada banyak keping singapore dollar, boleh masuk dalam tengok yang sehelai S$16.90. 

pilih baju untuk Eisya. memang rambang la mata aku. rasa nak amik 4 helai untuk dia saja. tapi Ekwan kata tak payah. maka amik sehelai je, lagi 2 helai untuk aku ngan Ekwan.

mengira bape dollar nak kena bagi kat tokei kedai. kat kedai ni kami habis S$30++ 
*jgn convert..jgn convert*

Banyak je benda lain yang jual kat Bugis Street ni. Handbag, kasut, korean blouse pun banyak. Tapi itu kat Malaysia pun melambak kot. Kita carik apa yang takde kat Malaysia je. Manusia memang sangat banyak. Mungkin sebab hari Sabtu kot. Jalan TAR pun hari Sabtu penuh orang. Panas sungguh. So bila nampak kedai jual fresh jus, terus serbu. Nikmatnya la sedut fresh jus sejuk-sejuk. Dah lah murah, S$1++ je secawan.

kedai jus S$1++. memang heaven la minum lepas berpanas-panas kat dalam tu.

Kalau lepas keluar dari Bugis Street duit masih banyak, boleh sambung shopping kat bazaar seberang jalan, depan Bugis Street pulak. Boleh lah cuba naik beca Singapore.. Ekwan kata aku gedik, kat Melaka pun tak naik, sibuk nak naik beca Singapore.. *peace yo* Disebabkan tak niat nak shopping, terus lah tuju ke MRT Station. Kalau nampak shopping mall pun, lalu je lah. 

bazaar depan bugis street.

Destinasi yang dicari-cari adalah Bugis Station. Bila nampak je MRT Station, memang super lega. Mula-mula tu macam 'betul ke ni?? mana tren dia??' Terus kena lepuk dengan Ekwan 'ni MRT lah, bawah tanah semua, bukan LRT lalu atas kepala' Aiyakk, macamana boleh lupa ni. Penat sangat kot. 200m okay berjalan dari Rochor Road. Belum lagi campur tawaf Bugis Street. Badan letih otak lembab sikit.


yeay!! sampai pun akhirnya. kaki achik dah penat nak berjalan lagi ni

Cha!! Kita kat mana ni?? 
*kalau amik gambar gini gaya kat LRT Masjid Jamek mesti kena cemuh kan, maka aksi begini hanya boleh dilakukan di negara orang. jangan buat kat Malaysia*

Dari Bugis Station, kami tuju ke Raffles Place. Sasaran seterusnya adalah Merlion Park dan Esplanade Park. Kalau datang Singapore, selagi tak pergi Merlion Park, tak boleh balik. Wajib pergi.

Singapore: Part 1

Perjalanan kami ke Singapore bermula dari JB Sentral ataupun Gerbang Selatan Bersepadu. Dan entah apa lagi nama tempat ni. 1 tempat yang sama tapi ada macam-macam nama. Hebat. Ada yang panggil CIQ. Tapi CIQ tu kastam sebenarnya. Dan kastam terletak dalam JB Sentral ni. Hah, ikut suka lah nak panggil apa tempat ni.

Tapi aku memang bangga giler sebagai warga Johor sebab kat Johor ada bangunan best macam ni. Rasa macam kat airport pun iye. Sangat teratur pintu keluar/masuk pengangkutan darat JB ke Singapura sekarang. Memang bertaraf antarabangsa. Kalau signages ditambahbaik, lagi bagus. Takde lah aku termangu-mangu tak tahu mana nak pergi bila keluar dari parking. Nasib baik polis bantuan bersepah. Peramah pulak tu. Ada lah jugak tempat aku nak bertanya.

Bila google, katanya size JB Sentral ni 2 kali ganda dari KL Sentral. Memang iyelah kot. Penat okay berjalan dari parking nak ke CIQ. Parking kat JB Sentral adalah RM1.50 sejam. Maksimum RM12 sehari. Motor RM3 je. Dari parking naiklah ke atas tuju ke Custom, Immigration & Quarantin (CIQ) kat atas. Agak jauhlah nak berjalan. Alah exercise sikit. Pe de hal, fully air-condition..

bila sampai buat pertama kali, aktiviti ini adalah wajib

Lepas kastam, turun bawah amik bas. Ikut je lah signboard yang tersedia. Boleh pilih nak naik bas ekspress atau bas awam. Tambang cuma RM2.50 seorang dari JB hingga Rochor Road. Transaksi adalah dalam ringgit Malaysia. Atas cadangan sepupu aku, kami pilih untuk naik bas ekspress. Sampai kat immigration Singapore, semua kena turun. Sila simpan tiket bas anda. Nanti dah lepas dari immigration, beratur semula kat SJE Ekpress lane untuk tunggu bas, dan terus kan perjalanan ke Kota Singa. Jangan lupa bawa pen, senang nak isi 'white form' masa kat imigration Singapore.

Tak lama pun dari JB ke Singapore. Tak sampai setengah jam pun kot. Kalau tak jammed kat Tambak Johor, mesti lagi cepat.

Samapi je Rochor Road masing-masing dah lapar. Mana nak makan ni? Dalam kepala aku terfikir Arab Street je. Tapi dengan takde petanya. Memang hilang arah lah kan. Lagi haru, puas carik peta. Boleh pulak takde kedai yang jual. Kat JB Sentral tadi lupa nak beli. Maka, jalanlah ikut suka kaki dengan berpandukan signboard menuju ke MRT.

nampak bangunan dengan nama Bugis Village, aku rasa macam dah tahu hala tuju sikit. terus rasa macam yakin kini berada di sekitar Bugis Street.

dan iye.. saya memang betul. Bugis Street di depan mata.

Terus lintas jalan dan join lambakan manusia kat dalam tu. Peerghh!! Bugis Street memang best. Sesuai dengan jolokan 'Bugis Street.. Best Street in Singapore' Tapi siap sedialah dengan keadaan super sesak dan siapkan tisu. Peluh akan mengalir keluar secara maksima. Tapi Eisya selamba je tidur. Hebat anak aku. Kitaorg berhenti makan kat Burger King kat Bugis Street. Lapar sangat dah. Sebelum redah lautan manusia kat dalam Bugis Street tu, kita makan dulu. Bila tengok ada cop halal, terus tolak pintu.

Harga dia sama je macam kat Malaysia, tapi dalam Singapore Dollar lah *jangan convert..jangan convert*

sorrylah ye mak.. sorry ye ayah, ikut along berjalan dah tak dapat makan nasik sehari

*jus-jus kat dalam Bugis Street sangat best.. S$1++ je *jangan convert..jangan convert*

29 May 2012

Singapore: Jalan-jalan tengok negara orang

Biarpun Singapura itu terletak bersebelahan sahaja dengan kampung halamanku di Johor Bahru, entah bila kali terakhir aku jejak kaki ke sana. Zaman kecik-kecik dulu kot. Zaman berkongsi pasport dengan mak. Pastu memang takde langsung aku masuk Singapore. Bila dah memiliki passport ni, haruslah dimanfaatkan sepenuhnya passport tu. Kebetulan lak mak ayah, adik-adik aku pun ada passport.. Apa lagi, jom!!

Jom kita gi singapore ramai-ramai!!

Pergi sehari je. Masuk pukul 10 pagi, keluar pukul 6pm. Memang super padat lah aktiviti. Super penat juga. Kaki kalau boleh menjerit, dah menjerit dah suruh berhenti. Jangan berjalan lagi. Tapi sebab gi tempat orang, tengok tempat baru. Penat pun peduli apa. Nasib baik mak ayah aku larat layan anak-anak berjalan. Tapi muka masing-masing memang jelas kepenatan. Sorry ye. Next time kita plan trip yang leasure sikit. Tapi unsur ekstrem tetap kena ada, kalau tak nanti tak terpahat di ingatan (:

Aku pergi Sabtu lepas. Kebetulan balik JB, so amik lah kesempatan ni berjalan-jalan anak beranak. Kitaorang gunakan pengangkutan awam. Memang tak nak bawak kereta masuk Singapore. Semua tak recommend. Dengan parking susahnya, mahal pulak tu. Lagipun bukan tahu jalan pun nak bawak kereta, sebelum kena saman tak tentu pasal. Marilah manfaatkan kemudahan pengangkutan awam. Lagipun boleh merasa MRT Singapore.

Gi negara yang nilai duit dia lagi tinggi dari Ringgit Malaysia memang sadis lah time kat money changer. Rate terkini adalah S$1 = RM2.41. Giler murah duit kita. Redha jelah, bila bagi RM500, dapat S$200 je. Huhuhu.. Amyway, tukar duit kat JB adalah lagi berbaloi. Aku tukar kat JB Sentral. Melambak money changer kat sana.

huhuhu.. dari 10 keping jadik 4 keping je

guna 2 keping je *jimat habis*

Aku memang niat nak sight seeing je masuk Singapore ni. Masuk nak beli fridge magnet dengan t-shirt Singapore. Hahahaha...Takdelah nak ke USS ke, Sentosa Island ke, Night Safari ke.. Tiada budget lah. Mungkin lain kali boleh lah. Kali ni cukuplah setakat jalan-jalan tengok negara orang je.

ni wajib beli ni kalau pergi negara orang

Jalan kat bandar Singapore memang sangat teratur bagi aku. Pedestrian facilities juga sangat best. Taklah aku rasa terseksa tolak stroller Eisya. Signages pun boleh lah. Takde lah sangat details sampai aku tak termangu-mangu nak carik jalan kan. Tercengang-sengang jugak kejap. Signboard yang penting tu adalah. Tahulah aku mana nak tuju nak ke MRT Station. MRT sistem pun lebih kurang sama je dengan sistem kita. Sistem kita lagi friendly kot. Train dia lagi bestlah, sebab lagi luas, lagi panjang. Tambang pun tak mahal mana, tapi sebab duit dia lagi mahal. Terasa lah jugak.

ke mana kita?? mana MRT ni?? 

Eisya mulanya macam takut, pastu sibuk nak turun,

Aku cuba jugak tak nak convert bila each time bayar pape, tapi otak ni tetap nak convert. Terus rasa mahalnya air mineral ni. Sedangkan S$0.80 je kot.

*orang kata, jauh berjalan luas pengalaman. so lepas ni ke mana kita??

28 May 2012

Mengutip Pengalaman

Kota Singa. Kami tiba akhirnya

Orang kata 'Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman' Tapi biar jaraknya tak jauh mana, pengalaman yang diperolehi cukup besar maknanya.

23 May 2012

Quality Weekend: Swimming Pool Presint 9

Bila dah semakin menghampiri hujung bulan. Pastu kewangan pun cukup-cukup je, sebab masa awal bulan dah berbelanja super tak ingat dunia.. Hujung minggu duduk je lah rumah diam-diam. Tapi mampu ke?? Tidak kot, dapat hingga Sabtu je dah kira beruntung. Masuk Ahad, kalau tak keluar rumah mesti mula mengelabah. Hahaha.. Kedengaran melampau sungguh.

Tak kronik macam tu kot. Tapi memikirkan anak, kesian dia terperap je dalam rumah. Aku usahakan la idea mana nak pergi bawak dia outing. Outing yang super jimat.

Terus aku terfikir kolam renang kat Presint 9, Putrajaya tu. Bangun je pagi, aku terus siapkan lunch. Konon nak berpiknik anak beranak tepi kolam renang. Pastu aku google lah mana lokasi sebenar kolam renang ni. Hampeh.. Maklumat tak berjaya diperolehi. Ke aku yang tak pandai nak memanfaatkan google..tak tahu lah. Maka, redah je lah. Apa-apa, kita tuju dulu ke Presint 9, Putrajaya tu. Nak ke Presint 9, tak jadik masalah. Siganages di Putrajaya memang terbaik. Bila dah ada dalam kawasan jajahan Presint 9, tak tahu dah nak hala mana. Tetiba nampak signboard  'Kompleks Kejiranan Presint 9' Dengan yakin je rasa kolam renang tu akan ada kat situ.

Nasib baik betul, kalau tak mesti kesian.


Waahhh, giler seronok tempat ni. Macam-macam fasiliti ada. Ada gym, tennis court, skuasy, bowling.. Perghhh!! Kalau aku duduk area Putrajaya, muka aku sesaje kot kat sini. Rugi oohhh tak manfaaatkan kemudahan yang ada. Dah la murah, gym RM2 je sejam. Dari buang duit ke True Fitness segala tu. Tak pun, balun swimming je. Isskk, nasib baik lah jauh dari USJ tu, kalau tak gigih lagi kot muncul setiap minggu. Tapi rasanya akan muncul dalam kadar yang kerap juga kot, demi Eisya.

Aku datang ni pun sebab nak bagi dia mandi-manda. Sebab masa kat Phuket dia macam tak puas main air laut. Kesian ratu air sorang tu. Dah lama aku berhajat nak bawak dia ke sini. Tapi baru ni termakbul hasrat seorang ibu *aiceh*

budak kegembiraan tengok kolam besar-besar. masuk je dalam air sengih tak ingat dunia.

Seronok bukan main dia. Kami sampai dalam pukul 3 lebih, around 6pm baru balik. Almost of the time Eisya kat dalam pool. Kalau kuar pun, nanti dia gi turun semula. Turun sendiri okay. Mentang-mentang tepi kolam tu tak tinggi, kaki dia boleh jejak. Ibu abah tak turun kan, no hal. Turun sendiri. Kolam luas, ramai pun tak rasa sesak.


Kelas renang bersama abah.

ibu duduk tepi kolam makan coklat, makan kacang.. habiskan segala bekalan. (:

Ramai jugak yang datang memenuhkan kolam. Eisya pun makin seronok ramai kawan dalam pool. Tapi kebanyakannya budak besar. Dia paling kecik kot kat dalam tu. Tapi seperti biasa, tak sedar diri. Serata pool dia redah. Bila tengok dia macam selamat untuk dibiarkan main sendiri, Ekwan apa lagi. Terus join aku lepak makan kacang tepi kolam. 


tak hirau dah kat ibu ngan abah kalau bermain. tahu-tahu tengok dah kat hujung kolam sebelah sana. bangunlah abah dia panggil anak main depan mata semula.

Orang mesti pelik tengok aku ngan Ekwan selamba biarkan Eisya main sorang-sorang dalam kolam tu. Ada akak sorang tu macam tercarik-carik 'manalah mak bapak budak ni' bila dia perhati takde orang dewasa jaga dia dalam/berdekatan kolam tu. Dah la main ngan budak besar. Bukannya kami tak perhati langsung, kami ada je kat tepi kolam ni. Mata tak lepas pun pandang dia. Mak bapak lain semua diri siap-siap tepi kolam, kitaorg je yang makan kacang, amik gambar, lepak-lepak. Bukan apa, saja beri dia kebebasan. Explore kolam tu. Bersosial ngan orang. Kalau ada abah dia dalam kolam tu, perhati je dia main..tak bestlah.

Kasik dia develop social skill (: 

Dia pun seronok terlompat-lompat dalam air tu. Kadang-kadang dia yang rendam kepala dia, bila cuba nak baringkan diri dan berenang. Bila nampak dia macam pandai jaga diri, yakinlah nak lepaskan dia sendiri. Kalau tak, aku pun tak berani.

Tengok anak ketawa kegembiraan macam ni. Alahaii, seronoknya rasa.

*next gathering buat kat sini pun ok gak.. ada playground kat sebelah pool (:
*banyak sungguh jasa baju mandi pemberian Aunty Reen ni kan Cha. Tapi dah hampir tak muat ni. Kena beli baru je gayanya.


22 May 2012

Kenduri Kawin Datang Lagi

2,3 minggu ni memang melambak kot terima undangan jemput makan nasik minyak. Musim orang kawin datang lagi!! Aku dulu pun kawin cuti sekolah hujung bulan 5 ni lah. Eh..maknanya nak menghampiri anniversary ke-3 lah ye. Wahhh!! Tak sangka.. Aicehh, tak sangka konon. Sedangkan dari 2 bulan lepas lagi kau dah menghitung hari anniversary, dengan hajat hati nak goda laki macam-macam hadiah anniversary (:

Tapi, tak kesah pun sebenarnya, dia ingat dah memadai *baik kan saya*

Anyway, sekarang ni kalau dapat jemputan  suruh gi meraikan pengantin, aku memang berbesar hati nak hadirkan diri. Kalau ada kesempatan masa dan wang ringgit, mesti nak pergi. Sama-sama kongsi hari bahagia kawan, besar maknanya tu. Lagipun, memenuhi jemputan orang tu kan harus. Maka, Sabtu lepas ke Dewan Gemilang, UKM lah kami 3 beranak. Kawan sekerja Ekwan jadik pengantin hari tu. Sampai pukul 3pm, majlis tamat pukul 4pm. Pengantin tengah sibuk jadik model majalah pengantin atas pelamin. Isilah perut dulu sebelum gi tegur pegantin sambil tunjuk muka 'weh, aku datang wedding kau ni' Nasib baik geng yang dah sampai awal rajin nak tunggu, temankan kami yang lewat ni. Nak buat camne, laki achik kena keje Sabtu tu.

Selamat Pengantin Baru buat Aniz dan Bairi. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa. *ucapan standard untuk semua mempelai..apply to all (: *

Eisya dan 'boifren' tengah main joget-joget 

mak-mak pengantin junior *eh tetiba* -muka anak-anak kami serupa dgn kami kan-

gambar ramai-ramai dengan pengantin adalah wajib

Pelamin lawa, decoration kat pintu masuk lawa. Dulu aku kawin tak sempat nak fikir ni semua. Dapat yang wajib je pun dah syukur. Faktor kewangan juga merupakan penyebab utama *syukur*

pengantin lama *tak baper lama sangat lah, baru nak masuk 3 tahun* yang dah gemuk (: *ini ye* bersama budak kecik yang buat muka tak puas hati tak dibenarkan main kejar-kejar dengan 'boifren'

suka aku dengan idea background banner macam ni. *budak kecik kat tgh tu menjenguk boifren tgh lari-lari kat bawah, sambil dalam hati kecil berkata 'tak habis lagi ke 'abu' amik gambar ni?'

yelah..yelah, gi lah main kejar-kejar ngan boifren. tak puas lari-lari dalam dewan, nak sambung kat luar pulak ye korang berdua *uittt, pengantin laki 3 tahun, cover sikit perut tu*

'abu..abu..pat bu'
*iye..Eisya panggil aku 'abu' puas aku kata 'ibu lah Cha' tetap gak 'abu..abu'*

Hah, inilah dress Cha yang aku beli kat GM Klang, 3 helai RM100. Tapi aku beli sehelai je. Jadik lah RM40 sehelai. Kalau beli 6 pcs lagi murah. Design dah lah lawa-lawa. Sape nak gi GM Klang jangan lupa ajak aku eh, aku nak ikut sama menyibuk. Boleh dapat harga murah sikit. Tapi beli awak-awal, ginilah gayanya.. Konon nak pakai raya, tinggal harapan lah jawabnya. Lagi-lagi bila aku bukak almari carik baju nak sarung ke badan anak, harus mata aku pandang baju baru sesaje.

Takpe..takpe, nanti kita beli lagi. Design idaman hati bergantungan je kat GM Klang tu (:

*boring betul time nak gi wedding tapi takde stok baju baru. puaslah aku duduk depan almari pikir nak pakai baju mana. dengan badan yang makin lama makin mengembang, tak memberi kerjasama langsung

Kategori warna

Warna orang tua?? Warna-warna apa yang dikategorikan sebagai warna orang tua hah?? Yelah, sekarang kan semua tengah sibuk carik kain nak hantar kat tailor untuk baju raya. Risau tailor tak nak amik dah tempahan. Siapa yang takde stok kain lagi macam aku ni, waktu ni lah nak berpusu-pusu ke Jalan TAR tu carik kain. Kalau dah ke Jalan TAR, memang pening kepala la nak buat pilihan. Tengok tu lawa, pegang yang ni berkenan. Seronoknyalah kalau boleh amik je mana yang berkenan. Nak itu.. amik. Nak ini, amik.. Perrgghh!! Memang heaven sungguh.

Disebabkan siapalah diri ini, duit gaji pun cukup-cukup je. Dah la baru balik dari melawat negara orang. Peruntukan yang ada sangatlah minimum. Dapat grab 2 pasang pun dah lebih dari gembira.

Tengah-tengah pening tak tahu nak pilih kaler apa, member kata 'dayu, ni kalau kalau bagi mak kau boleh lah, kau pakai tak sesuai, kaler orang tua ni' Hhmm.. Kaler orang tua?? Macamana nak kategorikan mana kaler orang tua, mana kaler untuk orang muda. Kalau mata aku, macam ok je kaler tu. Takdelah aku rasa akan membuatkan aku rasa atau akan kelihatan macam orang tua kalau sarung baju kaler macam tu. Tapi menghormati pandangan sahabat, dan kebetulan warna tu bukan pilihan pertama, terus ketepikan corak dengan warna tersebut.

Tapi macamana nak kategorikan warna orang tua ngan warna orang mudia, belia remaja hah??

Kalau aku memang aku lebih berkenan warna-warna yang terang, colourful. Konon bila baju warna-warni, bolehlah datangkan mood ceria kepada si pemakai. Lagipun Ekwan memang cukup tak berkenan kalau baju aku kaler malap-malap.. kaler coklat/hitam/kelabu tu semua memang dia tak kenan sungguh. Tapi aku teringin lah pulak nak bertemakan warna kelabu untuk raya tahun ni. Tapi memikirkan nanti laki aku tak nak pakai baju melayu kaler kelabu, aku tukar lah kaler lain. Kelabu tu jadik persalinan ke-3 ke, ke-4 ke.. Amboi, sampai 4 baju raya kau.. Alah, baju raya achik simple je. Habis raya, buat baju keje.

Baju Eisya pun dia suka pilih kaler terang benderang, kalau aku pegang baju warna coklat ke, hitam ke mesti dia kata 'issskk, janganlah tua kan anak awak sebelum masanya' Uwweekk, macam teruk sangat je selera aku ni. Tapi ye kot, budak-budak apa masalahnya pakai baju warna terang-terang. Senang nak eyeing dia.

Hah, sila tolong jawab pertanyaan aku, kriteria macamana kah yang boleh digunapakai dalam penentuan jkategori sesuatu warna sama ada ianya adalah warna orang tua atau pun warna budak muda??

*tengok sutera batik rasa teringin sangat tau
*kain dah selamat sampai ke tangan Cik Ani. Cik Ani kata lepas kenduri nanti dia jahit. siap dia call. semoga aku tak sarung baju tu sebelum raya. kalau tak memang naya

21 May 2012

Peraduan Baik punya

Semalam masa gi Mydin nak top-up bahan keperluan rumah, lalu depan Secret Recipe, nampak banner depan kedai. Ekwan yang perasan dulu. Terus dia panggil aku'yang, secret buat contest. hadiah DSLR' Aku pun angkut Eisya terus berdiri tegak depan banner depan kedai tu. Baca punya kusyuk. Haruslah kan, hadiah super menarik.

Dah lah 2,3 minggu ni memang aku giler join contest. Segala macam contest aku join. Pantang dalam paper ada pape peraduan, aku gunting siap-siap. Kemaruk. Siap beriya gi kedai beli barang untuk dijadikan bukti pembelian. Memang seronok penganjur kalau semua orang kemaruk macam aku. Tercapai objektif penganjuran contest.

Look - A- Like contest oleh Secret Recipe

Syarat peraduan mudah je. Makan kat Secret Recipe paling minimum RM30, pastu submit dengan sekeping gambar. Tak pun, referlah website dia for further details ye.

Apa lagi geng?? Malam ni gi dinner kat Secret recipe. Memang harus lebih dari RM30 punya. Simpan resit elok-elok. Pastu jangan lupa amik gambar berdua ngan anak masa makan tu. Pepandai korang lah. Tapi selitkan lah unsur-unsur kreatif di situ. Buat aksi suap-meyuap ke.. Pandai-pandailah pikat juri, biar bila dia tengok je gambar tu 'alaalalala...sweetnya mak ngan anak ni'

*tak dapat D5100, dapat Coolpix pun jadik. eh..voucher kek pun boleh lah

20 May 2012

Malam di Phuket

Tajuk tak beringat. Hahaha.. Malam di Phuket memang super happening. Padat seperti biasa. Manusia penuh serata alam. Ni aku pergi waktu weekdays ni. Kalau weekend camne gayalah agaknya. Sebab umat manusia adalah terlalu ramai, memang hiruk-pikuk la.

Kalau nak honeymoon, jangan datang Phuket (:

Malam tu kitaorg jalan-jalan carik souvenir. Takde lah nak membeli apa sangat. Kami kan low budget traveller. Misi adalah mencari fridge magnet saja. Dan baju 'I love Phuket' Ni wajib beli ni. Tak susah nak carik souvenir sebab kat Phuket ni merata-rata orang meniaga. Penuh tepi jalan. Rajin tak rajin je lah nak jalan. Kalau malas, jumpa terus beli.

Phuket Hard Rock. Giler best live band dia *walau layan dari tepi jalan sajo*

En Ekwan kononnya nak ber'street photographic' Layan kan je lah

setiap lorong ada kedai-kedai macam ni. kat sini dapat fridge magnet, 3 biji = 100 baht. tapi konon nak jalan tengok-tengok kedai lain dulu

Ada 1 tempat tu, giler kerek salesgirl tu. Bila tanya 'how much this?' sambil pegang fridge magnet yang berlonggok dalam bakul tu. Dalam nada berlagak dia jawab ' 1 for 100baht' What??? Seketul RM10??? Giler apa?? Kalau tadi aku tak jumpa kedai 3pcs = RM10 takpelah.. Sesuka hati je nak menipu aku ye. Memang aku blah terus la jawabnya. Eleh, nak counter offer sebijik RM5.. Tak ingin.

Dan terus jumpa mamat ni, tak tanya apa pun dia terus offer 'i give 3 for 100baht' Pastu aku saje mencuba nasib '100baht for 4, can??' Bila dia angguk, apa lagi..terus aku belek pilih mana yang berkenan. Ngan mat salleh tu bolehlah nak jual mahal-mahal, takat orang asia juga.. tak payah lah. Orang asia semua nak yang murah. Kalau duit dia banyak pun, mesti dia carik yang murah jugak (:

semua souvenirs aku beli dengan dia ni. 

Eisya shopping selipar. Ibu lupa bawak selipar nak gi pulau esok

aku teringin nak try pancake crepe yang bersepah-sepah tepi jalan tu, tapi bila mencurigai status halalnya. lupakan je lah

Penat. Panas lah Phuket ni. Malam-malam pun panas. Lagi-lagi bila berjalan tak berhenti-henti. Memang letih lah. Nasib baik Eisya sangat baik. Dia penat tapi tak meragam pun. Layan je ibu ngan abah meronda di malam hari. Love you baby!! Barulah ibu abah tak serik nak bawa berjalan. 

Sebelum pulang ke San Sabai, singgah minum di kedai kat depan masjid kat Patong tu.

lagi pilihan tempat makan halal di Phuket.

Tapi sila siap sedia. Makanan halal di Phuket memang mahal kot. Kitaorang singgah minum je, menghilangkan dahaga. Nak makan memang tidak lah, dah kenyang melantak kat Kusuma Seafood. Minum teh'o ais je.. RM2.50 ye segelas. Dah minum, bayar je lah..

Balik hotel, mandi..tidur!! 

Tamatlah kisah sehari di Phuket (:

17 May 2012

Eisya dan abang kakak sepupu

Kami kat Kuala Lumpur ni kan tak ramai sangat sedara-mara. Kalau ada pun tak berkesempatan nak jumpa selalu. Tanya khabar pun dalam facebook je. Jadiklah dari terus putus hubngan. Maka bila sekali-sekala sedara-mara datang rumah, memang rasa seronok. Lagi-lagi Eisya. memang gembira habis dia ada kawan bermain. Tak sedar diri dia bila main ngan abang ngan akak sepupu. Habis semua ditirunya. Orang memanjat, dia memanjat. Orang main terjun-terjun, dia pun join sama.

Biar rumah bersepah, sana sini penuh mainan. Tapi aku sabar je lah. Alah, kang dia tidur kemas lah semula. Adat kot rumah ada anak kecik.

seronok dia semua orang rajin nak melayan kerenah dia

sweetnya gambar ni. wajib print gantung kat kampung ni. kat bilik Cha gantung 1. bilik cha?? tunggu peruntukan lulus.. aku gi Ikea terus (:



orang memanjat, dia pun memanjat sama. tak sedar diri langsung, takde perasaan takut

Bila anak-anak sedara datang, Eisya ada kawan nak bermain. Aku pun boleh rileks sikit, tak payah nak berkejar-kejar layan dia main. Kak Long ngan Ecah dengan rela hati offer nak teman Eisya main. Aku ni jadik tukang amik gambar je. Tak pun duduk-duduk join mak mertua ngan akak ipar makan kacang tepi playground. Waahh.. best..best.


Thanks Kak Long, rajin awak layan Cha main. Bawak dia naik slide semua. dukung dia ke sana ke mari. Jasamu sangat dikenang, nanti kalau jadik kita gi Gambang, tolong lakukan perkara yang sama eh.. CikYu nak main gelongsor air puas-puas (:


anak-anak bebas berlari sana-sini, kami duduk makan kacang (:

meh sini amik gambar ngan Achik Yu

Tengok dia seronok berteman, tak main sorang-sorang. Aku nak masak pun tenang je kat dapur, dia tak datang kacau pun. Paling-paling datang suruh cuci tangan. Rasa macam kesian pulak lambat bagi dia adik. Tapi tu lah, bila tanya 'Cha, nak adik tak?' Dia jawab sambil menjeling tu 'Nanak' Camne???

meriah rasa rumah hujung minggu lepas dengan kehadiran mereka. nanti datang lagi eh.. kita gi Taman Burung pulak, tak pun kita main air kat Precint 9

*tak sabar nak tunggu another batch sepupu Eisya datang memenuhkan rumah Mei nanti