30 August 2012

Pembelian yang berbaloi





Last week jalan-jalan tak tentu hala. Hajat hati nk tonton The Bourne Legacy, tp frust. Tak boleh nk bawak Eisya masuk sebab citer tu SG13. Dah alang-alang ada kat dalam shopping complex, nk balik baru je sampai. Tu yang menyinggah ke kedai buku. Hajat hati nk carik majalah. Macam lama tak beli majalah.

Kat IOI Mall ada Popular je. Jadiklah. Ada promotion buku budak-budak. Seronok Eisya. Ralit dia membelek buku. Lama tak belikan dia buku, sebab asyik download tabtale je. Hajat nk belikan sebuah, tapi dia dok seronok sumbat semua dalam stroller. Sudahnya tak beli pun sebab bergaduh pilih buku dengan dia. Ibu letak semula kat rak, dia amik masuk stroller. Dalam rebut-rebut buku dengan anak, terpandang satu buku yg menarik.


Akhirnya ibu yang beli buku. 1 Hari 1 Resipi oleh Chef Hanieliza. Pada harga RM39.90, bagi aku buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Resipi simple. Mudah. Tak tahu nk masak apa ayam ni?? Buka je buku ni, carik idea.

Dan hasil pertama adalah Stew Ayam.


Bukan takat lauk-pauk je, desert ada, kuih2 ada. Puas hati. Terus semangat nak masak setiap hari biar pun sekarang sebenarnya tengah gigih berdiet. Takpe, masak sedap-sedap kasik anak ngan laki makan.

Aku makan lauk je.

16 August 2012

Balik beraya

Raya mana tahun ni?? Balik kampung sendiri ke kampung laki?? Macam dah soalan ruji kot tiap kali nak raya. Ni kali ke-4 aku beraya sebagai isteri  dan tahun ni giliran beraya kat kampung aku!! Hoyeay! Siapa tak suka beraya kat kampung sendiri. Laki ke pompuan ke, kalau dapat beraya kat rumah mak ayah sendiri memang seronok habis.

Seminggu sebelum nak balik dah kemas bag. Ehh???

Tahun pertama kawin, aku menghormati suami dan beraya di kampung dia. Pengalaman pertama kali tak beraya dengan mak ayah, dengan adik-beradik sendiri memang lah menyedihkan. Tapi dalam sedih tak dapat makan ayam masak merak yang mak masak di pagi raya, aku bergembira jugak beraya dengan keluarga mertua. Takdelah sampai aku menyorok menangis dalam bilik. Tak cool lah. Macam terpaksa bebenor beraya rumah mertua. Hakikatnya seronok sebenarnya sebab suasana dia berlainan. Kampung Ekwan memang betul-betul di kawasan kampung, sedara mara dekat-dekat. Boleh jalan kaki je gi rumah pakcik dia. Dari pagi hingga ke petang jalan beraya je kejenya. Letih tapi seronok.

Kalau selama ni, aku membesar dengan juadah ketupat, rendang dan kuah lodeh di pagi raya. Itu menu wajib ada, bila dah kawin dengan orang Pahang, merasalah makan lemang di pagi raya. Kat Johor mana ada lemang wehh.. Nak beli pun tak ramai yang menjual.

Tu yang seronok kawin dengan orang negeri lain ni. Boleh rasa pengalaman dan suasana baru.

Tak payah sampai nak gaduh-gaduh kot. Tolak ansur. Jangan pentingkan diri. Cuma kenalah berlaku adil. Kalau dah memang tahun ni giliran isteri, janganlah mencipta pelbagai alasan nak mengelat. Kalau takde hal yang membolehkan giliran bertukar, sila patuhi jadual giliran yang tercipta. Dan kalau dah bersetuju bergerak ke kampung lagi satu pada hari ke-2 atau ke-3, sila jangan nak berlengah-lengah. Keluarga yang kat sana pun dah menunggu. Jangan mencipta rasa tak puas hati pihak yang lagi satu. Tak baik mainkan perasaan orang di hari raya.

Nasihat aku kepada para gadis yang bakal nak berumahtangga. Aku pun kawin baru 3 tahun, banyak lagi nak kena belajar. Banyak lagi buat silap sana sini. Mana ada kehidupan berumahtangga yang perfect, even dah kawin berpuluh tahun. Tapi satu perkara aku nak bagi tips *macam pakar je bunyinya* Kalau nak rumahtangga aman, perkara paling utama 'Tolak ansur' Jangan berkira sangat. Ye, memang susah. Malah sangat susah. Adakalanya sampai berendam air mata bila cuba nak 'lebih kurang' dengan suami. Kenangkan je lah ganjaran yang bakal diterima, mesti sejuk semula hati tu.

Aplikasikan 'tolak ansur' pada hari raya ni. Kalau duduk rumah kita 3 hari, sebolehnya usahakanlah 3 hari juga di rumah mertua. Jangan bagi macam-macam sebab nak duduk sekejap je kat sana. Apa yang kita kata sebenarnya macam mengata diri sendiri. Kata macam-macam, sedangkan kat situlah suami kita membesar, kat situlah terbentuknya lelaki pujaan hati tu. Kalau boleh terima dia, kenapa tak boleh terima segalanya tentang dia. Dan tak semestinya segala-gala tentang kita sentiasa dia berkenan. Tolak ansur lah ye.

*tahun ni dapat berpuasa 2 hari d Johor.



14 August 2012

Sedih dalam gembira

Lagi 5 hari je. Lepas tu raya. Seronok. Tak sabar pun iye. Aku dah mula kemas beg dari hujung minggu kot. Masukkan sikti-sikit. Tak habis packing lagi, beg dah penuh. Hahaha.. nampak sangat over membeli baju baru nak pakai time raya. Alah, jadik penjawat awam macam aku ni, ada koleksi baju kurung yang menimbun adakala bukan perkara pelik. Setiap bulan pun buat baju, tak pauah tunggu raya. Baju yang ditempah raya pun nanti akhirnya jadik baju keje.

Yang special sikit kita simpan buat gi kenduri kawin yang banyak di musim raya ni. Yang lain, kita gi gantung sebaris dengan baju keje yang lain. Alhamdullilah, semua dah lengkap kot. Syukur sangat dengan rezeki Allah tahun ni. Gaji yang bertambah, dapat bonus walaupun setengah bulan cukup menambahkan kemeriahan aku sekeluarga nak beraya. Rasa lega nak berjalan raya jumpa sedara mara. Takde lah serabut pikir kos nak travel dari JB ke Maran, pastu nak ke KL semuala. Insya Allah, dengan rezeki yang ada ni, dapat beraya dengan tenang.

Tu yang bila baca Metro semalam rasa nak mengalir air mata. Aku sibuk-sibuk buat persiapan nak sambut raya. Beli itu, beli ini. Macam tak pernah cukup. Selagi tak raya, selagi itu asyik nak membeli. Ada je yang berkenan. Baju anak aku berhelai-helai, berpasang-pasang. Ada orang, nak belikan anak baju baru sepasang pun tak mampu. Raya tak raya sama je. Sedih. Simpati. Kesian. Marah pun iye bila baca ada yang sampai terpaksa berhenti sekolah sebab mak ayah tak mampu dah nak hantar anak ke sekolah. Ni paling aku terkilan, kalau takde pendidikan, macamana nak ubah nasib keluar?? Nak kerja apa nanti? Sudahnya, warisi lah kesusahan mak ayah.

Bukan sekolah free ke sekarang ni hah??

Dan jadik makin terkilan bila baca kisah penyelewengan wang zakat. Mana pergi wang zakat yang berbillion tu?? Kalau betul bagai apa yang ditulis, sampai hati amik hak orang. Terus teringat kat Lembaga Kemajuan Islam Malaysia. Dulu masa lapor diri, ada pegawai dia datang bagi ceramah. Meleleh air mata aku bila dia cerita hal kisah adik-beradik yang terpaksa kongsi baju sekolah sebab tu je kemampuan mak ayah dia. Dengan penuh ikhlas hati aku niatkan sedekah setiap bulan untuk golongan yang memerlukan macam ni. Aku letakkan kepercayaan kat LKIM untuk manfaatkan sumbangan aku tu. Tapi bila masih terdengar kisah-kisah macam ni, aku terfikir gak mana perginya sumbangan tu semua? Mungkin sumbangan aku tak seberapa, tapi bukan aku sorang kot yang buat potongan gaji time tu. Hampir satu dewan yang aku anggarkan dalam 500 orang time tu buat potongan. Ni sekali dia datang, kat 1 jabatan.

Tolong jangan mainkan amanah yang orang dah beri.

Nanti kalau orang luar, yang lain bangsan, lain agama yang lebih pantas hulurkan bantuan. Jangan marah. Janganlah nanti time tu baru nak terhegeh datang jenguk. Time keluarga tu, kebulur anak beranak tak cukup makan, tak cukup pakai dibiarkan. Bila nanti akhirnya mereka terpedaya, tergelincir dari landasan agama tahunya mengata je. Orang kalau dah terdesak, tersepit..rasional selalu takde. Nauzubilllah.

Sedih. Malaysia negara Islam yang maju, kaya. Tapi ramai rakyat dia yang beragama islam, hidup melarat.

Dan tolonglah percaya, memang masih ada lagi rakyat Malaysia yang makan nasi seminggu sekali. Dapat makan nasi meleleh air mata bersyukur tak terhingga. Dan jangan nak bangga sangat dengan nikmat yang kita ada sekarang. Jangan nak salahkan derang atas nasib hidup derang. Jangan sesuka hati, nak menuduh derang yang malas berusaha, tak mencuba nak ubah kehidupan. Jangan.. Jangan takbur sangat.

13 August 2012

Kesilapan Diri

Semalam entah kenapa, aku laki bini macam sangat penat. Mungkin penat sebab kena keluar ke Sungai Besi  amik barang, balik lak Eisya dok membuat perangai, Asyiklah 'nak pin pin..nak pin pin' Bila bukakan kat tab dia, sibuk jugak nak tengok kat laptop abah dia. Pujuk punya pujuk, hadaplah Upin Ipin cerita yang sama dah tengok entah berapa puluh kali kat tab dia. Tapi bila bateri habis dia mengamuk. Mulalah buat perangai tak menyabar dia, menjerit-jerit 'nak pin pin.. nak pin pin' Terus aku malas nak layan, humban laptop depan dia, pastu aku blah masuk bilik, tidur lagi best.

Badan dah memang penat mengemas rumah siang tadi, mata dah mengantuk. Memang tak sedar lah, tahu-tahu dah terlelap. Aku tersedar pun sebab Ekwan bukak lampu bilik dan bawak Eisya masuk bilik air. Sambil tu dia dok marah Eisya sebab tumpahkan ribena. Seperti biasa, budak tu memang sangat susah nak dipakaikan diapers. Errrrghhh!! Geram okay, entah apalah yang tak suka sangat dengan diapers. Tengah bergelut nak pakai lampin pun sempat lagi 'nak pin pin bu'

Malas aku nak layan, lepas pakaikan lampin aku yang tengah mamai ni terus tertidur semula.

Bila bangun sahur, aku tengok 2 beranak tu tidur secara beregu kat depan tv. Eisya atas tilam dia yang dah tak bercadar, Ekwan kat tepi tilam. Separuh badan atas tilam, separuh atas karpet. Aku tengok cadar ngan sarung bantal melonggok tepi pintu bilik air. Ni kes tumpahkan ribena malam tadi ni lah.

Time sahur aku tanya lah Ekwan 'awak buat ribena dalam apa yang Cha minum sampai tumpah??' Terkejut aku bila Ekwan kata 'bukan air, ribena dalam botol tu. habis penuh satu badan dia, badan orang pun kena' Mesti dia nak susu sebenarnya, tapi sebab ibu abah dah tertidur, pastu lupa nak bagi susu dulu.Tu yang dia menyelongkar peti ais tu. Warrrgghh!! Rasa bersalah sungguh. Rasa macam telah mengabaikan anak. Pentingkan diri sendiri. Lebihkan tidur sampai tak mempedulikan anak.

Terus gi cium dia bertalu-talu. Tak sudah-sudah aku sebut 'kesian cha..kesian anak ibu'

Pagi tadi pun macam sayu nak tinggalkan dia kat nursery. Kena lebihkan masa untuk dia. Nasib baik projek membuat kuih raya dah selesai. Tinggal projek kemas rumah je. InsyaAllah Eisya, ibu akan berusaha untuk teman awak main 'tangram' lepas ni. Kita main color car sama-sama eh.. InsyaAllah.

Adakalanya aku mampu biarkan je rumah bersepah asalkan Eisya berteman hadap tab dia. Tapi nak raya ni aku macam tak senang duduk tengok habuk menebal kat tingkap, bilik bersepah.. tu yang beriya mengemas sampai macam tak mempedulikan Eisya.

Insaf..insaf.. sorry sayang

10 August 2012

Gigih

*sebenarnya ini cubaan meng'update menggunakan telefon, maka tayang gambar je lah*

Sekian, terima kasih

09 August 2012

Beringatlah

Bergembiralah sekalian warga penjawat awam hari ini. Imbuhan khas sempena raya telah diterima. Yang ada elaun memangku lagi tersengih. Meriahlah raya tahun ni. Minggu hadapan gaji untuk bulan September pula akan diterima. Nak menambah lagi kemeriahan raya penjawat awam. Bagi seronok sikit nak berjalan beraya berjumpa sanak saudara. Bila duit banyak, baru seronok nak bergembira. Tak gitu.

Tapi segeralah beringat wahai rakan sekalian, balik raya nanti ada 6 minggu sebelum gaji Oktober diterima. Lama okay tempoh 6 minggu tu. Kalau sebelum ni nak tunggu 4 minggu pun adakalanya menghitung hari kalau dah terlebih berbelanja. Inikan pula nak tunggu 6 minggu. Time raya, potensi nak terlebih belanja lagilah besar kemungkinannya. Maka, andai duit bonus tu boleh disimpan, tak perlu untuk dibelanjakan semasa raya ni. Asingkan lah segera. Agihkan siap-siap ke mana-mana yang selamat. Yang sukar sikit untuk dikeluarkan. Pilihan aku tak lain, ASB je lah.

Dengan kemudahan perbankan atas talian, terus aku transfer duit bonus tu dari akaun simpanan ke ASB.

Bagi yang belum maklum, kita boleh buat pelaburan terus ke ASB melalui Maybank2U. Senang, tak payah nak gi bank atau pejabat pos untuk simpan duit. Duduk depan komputer, klik sana, klik sini. Selamat duit dilabur ke ASB.

Sempena bulan mulia ni, aku sharelah macamana nak buat. Mudah je. Langkah pertama, adalah mendaftarkab akaun ASB dalam transaction M2U. Pergi ke bahagian 'Investment' dan pilih 'ASNB Unit Trust'

Login M2U, dan pergi ke bahagian investment

Klik pula di bahagian 'ASNB Unit Trust'


dan sila klik kat 'Add' tu. macam aku nyer dah lah dalam senarai dia, sebab aku dah daftar. Nanti masukkan je no akaun ASB dan No kad pengenalan dan details lain. Pendaftaran ambil masa sehari. Selepas tempoh 24 jam, check semula sama ada akaun dah aktif ke belum. Bila dah aktif, boleh start buat pembayaran ke ASB. Klik kat 'ASNB Payment' tu

silalah select dan setuju dengan segala terms dia. bacalah dulu, kat situ dia ada terangkan masa bila boleh buat transaction. Dah baca, select dan teruskan.

dan silalah melabur. 

Mulanya aku pun tak tahu boleh transfer terus dari M2U ke ASB, tapi Ekwan dah buat lama rupanya. Setiap kali dapat gaji, dia transfer terus siap-siap. Dan setakat ni, Alhamdullilah semua transaction adalah berjaya. Boleh juga check kat M2U history tu. Dan kalau nak lagi sahih, gi lah bank buat semakan dan updates buku. Insya Allah, usaha murnikan selalu dipermudahkan.

*konon tak nak membeli lagi untuk raya, tapi semalam terbeli lagi kasut Cha walau hakikatnya budak tu dah ada kasut raya. 

08 August 2012

Berbuka kat luar

Secara jujurnya aku memang kurang berminat nak berbuka puasa secara buffet. Sebab rasa macam membazir. Yelah, paling minima bayaran untuk setiap seorang dewasa bagi buffet ramadhan ni rata-rata mesti RM20++. Ni dah kira murah dah ni. Tu belum lagi kalau tengok buffet ramadhan kat hotel-hotel terkemuka. Ada sampai RM99.. Rasa macam 'membazirnya!!' Macam mustahil je akan mampu makan, makanan yang bernilai sehingga RM99. Kalau gi makan seafood kat Kuala Selangor pun belum tentu semahal tu. Inikan pula untuk makan dalam tempoh 2 jam.

Tapi bila memikirkan inilah peluang untuk duduk berkumpul ramai-ramai dengan sedara mara, dengan kawan-kawan. Tolak tepi lah sekejap isu pembaziran tu. Kita utamakan ikatan ukhuwah yang sedang dieratkan. Berkat dia kat situ. Mungkin.

Dan ke Cyberjayalah kami pada minggu pertama berpuasa. Nasi arab sajian Restoran Saba menjadi pilihan. Dengan tawaran harga RM35 setiap seorang, yang mana dirasakan masih berbaloi. Nasib baik puas hati. Sajian makanan adalah ditahap yang memuaskan. Sedap dan memenuhi selera. Tapi biasalah, mana mungkin mampu nak makan nasi arab tu sampai 2,3 pinggan. Ratah kambing je lah jawabnya. Lauk-lauk dia pun pelbagai. Kambing ada 3,4 jenis. Ayam pun sama. Desert dia pun sedap gak, cuma manis sangat. Tak boleh nak makan banyak-banyak.


Menunggu azan di televisyen. Dapat duduk dekat dengan makanan memang syok sungguh

Terima kasih belanja kami berbuka kat sini. Sayang kamu banyak-banyak

Berbuka kat luar memang best. Best sebab tak payah masak, tak payah kemas dan bersihkan dapur, tak payah basuh pinggan segala, Seronok. Tapi kalau difikir-fikirkan leceh sebenarnya. Nak berebut-rebut makan, nak kejar maghrib. Dahlah kebanyakan restoran-restoran ni takde sediakan surau yang proper. Nak sembahyang kena bergilir-gilir. Tu yang adakalanya lebih baik makan kat rumah je.

Tapi tulah, bila memikirkan nak jumpa kawan-kawan.. layankan je lah. Nak jemput kawan berbuka kat rumah, beramai-ramai tak mampu pulak. Lain kesempatan mungkin.

Sesungguhnya, berbuka kat rumah adalah lebih menyeronokkan.

07 August 2012

Raya ohh raya

Lagi 2 minggu nak raya dah. Kalau ikutkan hujung minggu ni adalah minggu terakhir untuk shopping. Membeli mana yang masih tak beli lagi. Hahaha.. Over kalau bab shopping ni. Macam tak pernah sudah, ada je yang nak dibelinya. Tahun ni memang agak beriya sikit kot aku membeli. Baju kurung je berhelai-helai. Perangai macam budak-budak. Alah, tapi kebanyakannya nanti akan jadik baju gi kerja gak. Tak lah nanti baju tu duduk terperuk je dalam almari. Ada unsur penjimatan di situ. Buat penyedap hati.

Seperti kebanyak mak-mak lain, anak tetap menjadi keutamaan.

Persalinan raya Cha aku dah beli awal, beli sikit-sikit dari sebelum puasa lagi. Gi GM Klang borong dress 3 helai RM100. Pastu time Sogo Warehouse sales rembat seluar jeans. Member jual baju kat opis, beli lagi 2,3 helai. Jalan-jalan ikut member gi Sogo, berkenan rembat sehelai 2 t-shirt. Sudahnya bila aku longgok kan semua, menimbun dah baju raya budak tu. Bertuah lah jadik anak sulung ni, pastu sorang je lak tu. Ibu sakan membeli. Hari tu gi Sunway Pyramid beli kasut. Pandai dah memilih. Nak kena ikut selera dia je sekarang. Nak yang ada gambar princess, gambar barbie.. Yang ibu berkenan tak nak. Pastu beli terus pakai lak tu.

Kalau ditanya berapa banyak aku habis untuk baju anak, aku takde jawapan. Sebab tak beli sekaligus kan, dan takde peruntukan tertentu yang disediakan.

Tapi rasanya lebih RM500 kot.

Mak ngan anak beriya shopping sakan, baju baru berhelai-helai tapi yang si abahnya buat tak tahu je. Puas kena ajak gi shopping, tu pun asyik 'tak payah lah, banyak lagi baju yang baru beli' Aduhaii orang laki ni. Ada ke diajak shopping pun tak nak. Kalau aku pantang dipelawa, berdesup aku bersiap. Ini rayaokay, mana sama dengan baju yang beli tanpa motif untuk dipakai time raya. Bila puas kena desak, kena pujuk setuju lah jugak nak shopping untuk dia. Tapi cerewetnya ya amat. Dari tengahari hingga ke petang. Keluar masuk 3 shopping mall, belinya sehelai je. Penat achik tau.

Ada nanti aku pergi je Sogo belikan t-shirt untuk matching dengan dress dan kurung aku. Tu je kot kaedah yang terbaik.Tapi dia kata 'tak payah lah'

Takpelah, kang kalau laki bini kaki shopping parah gak.

Tahun ni gak aku rajin terlebih buat kuih raya. Kebetulan tak menempah kuih readymade. Tempah sebalang je dari favorite seller. Takde pun berazam nak buat kuih raya ke apa. Tapi bila jumpa resipi mudah-mudah, simple.. tu yang terus bersemangat tu. Lagipun dah ada oven besar sikit kan, seronok sikit nak membakar. 1 adunan sekali bakar je. Takdelah nanti kena perli ngan penaja oven.

*dengar lagu raya pagi-pagi nak gi kerja, terus rasa tak sabar nak balik kampung

Mak Long katanya

Saya secara rasminya kini dah jadik Mak Long. Waahhh, Mak Long.

Gembira pagi ni bila tengok FB, adik aku update status dengan ayat standard oran membuat hebahan umum mengenai rasa syukur menerima zuriat. Alhamdullilah, adik ipar aku dah selamat melahirkan putera sulung derang tengah malam tadi. Awal 2 minggu la kot. Dijangkakan raya kalau tak silap. Yang penting, baby ngan mummy selamat.

Tahniah buat Angah dan Ain. Selamat datang ke 'sleepless world' Lepas ni jgn haraplah nak bangun lambat lagi pagi-pagi. Silap-silap kena bangun 2,3 pagi. Hahaha..jahatkan aku menakut-nakutkan mak bapak baru ni. Alah, pesan je. Memang itu hakikatnya. Biar bersedia dari sekarang. Takdelah nanti terkejut.

alalala..comel sungguh dia. ada rupa Eisya masa kewborn dulu. dah namanya sepupukan. mestilah ada iras-iras sikit.

Nama masih belum diisytiharkan. Saja je nak rahsiakan sampai Ahad ni masa aqiqah. Sorry ye Mak Long tak dapat nak hadir pada majlis aqiqah awak. Kita jumpa raya jelah nanti ye. Seronoklah Cha lepas ni kalau balik kampung, ada geng nak main. Nanti dah besar boleh main basikal sama-sama.

Dah 2 orang cucu mak ayah aku.

06 August 2012

Berbuka sama-sama

Ramadahan selagi dimanfaatkan. Selain amalan digandakan, kaut dan rebut segala ganjaran yang dijanjikan berlipat kali ganda. Ramadhan juga dijadikan saluran untuk merapatkan ukhuwah. Ambil kesempatan untuk berkumpul, berjumpa rakan taulan yang dah berbulan-bulan tak bersua muka, tak dengar suara. Nasib baik ada Facebook, ada WhatsApp, boleh keep in touch, terus rasa macam dekat. Memang hakikatnya dekat pun, semua dalam KL ni je pun. Tapi nak buat macam mana kan, semua ada komitmen terendiri.

Bila tiap kali Ramadhan, memang wajib kami berkumpul. Berbuka puasa sama-sama. Masak sama-sama. Kau makan aku masak, aku request kau masak ni. Sambil makan, sambil borak. Agak tak sopan di situ. Tapi nak buat macam mana, borak sambil makan pun berpisah jam 11 malam. Kalau masing-masing fokus kat pinggan je.. ada yang pukul 2 pagi baru beransur pulang. Tu buang tabiat namanya.

Bila lama tak jumpa, dapat berkumpul memang meriah. Dengan anak-anak lagi. Alahai, riuh suasana.

sesi menjoyah pertama oleh agen jamu mak dara

sesi menjoyah seterusnya bersama agen sugarscarf

meriah je ramai-ramai macam ni. anak-anaklah yang membuat suasana makin berseri

Aku ditugaskan masak asam pedas. Ok, no hal. Memang favorite achik pun. Lagipun confident sikit nak masak nak bagi kawan-kawan yang kebanyakan adalah 'profesional' food tester. Kang kalau suruh aku masak benda lain kang, tersipu-sipu aku nak keluarkan lauk letak atas meja. Tapi kalau asam pedas, dengan bangga aku letak atas meja. Dah la kena masak time puasa kan.. Dengan tak boleh nak rasa, ikut sesedap rasa hati je isi garam. Tapi sebab kononnya 'berpengalaman' dengan penuh yakin aku letak Pari Asam Pedas tu atas meja dan jamu orang makan.

Menu favorite malam itu adalah Sup Tulang Singapore yang disediakan oleh Hana. Perghhh!! Memang terbaik lah. Sedap sungguh!!

Alah, tak ingat amik gambar. Masuk je waktu berbuka, terus lupa nak amik gambar. Makanan memang super banyak, biasalah kalau potluck. Kau bawak sikit, aku bawak sikit. Bila hidang penuh 2 meja. Serronok makan berulang kali, pastu baru nak menyesal 'apasal korang masak sedap-sedap sangat ni hah???'

andai Dayu beranak 2. 

agenda wajib setiap kali berhimpun. dulu posing sorang-sorang. sekarang mesti ada pangku budak. 2,3 tahun lagi makin bertambah ahli dalam gambar. 

Semoga hubungan persahabatan kita akan terus kekal terjalin, biar jarang bertemu muka pastikan kita sentiasa berhubung. Sekarang kan dah banyak cara, manfaatkan. Dan semoga 'mega project' kita tahun hadapan akan terlaksana. Achik dah tak menyabar ni. Kena kasik jadik ye geng. Anyway, terima kasih yang  tak terhingga kepada tuan rumah yang sanggup menerima kedatangan kami semua. Dari zaman muda-mudi dulu, rumah ni lah jadik tempat berhimpun. Terus teringat dulu-dulu tidur bergelimpangan kat ruang tamu ni, kononnya study habis-habisan.

Dan terima kasih juga kepada kawan-kawan untuk makanan yang super sedap. Nasib baik aku memang tak melancarkan misi bermusuh dengan nasik, kalau tak kecundang jugak kot.