27 March 2013

Birthday Mya & Iskandar

Fuh.. lama dah kot kejadian ni. Baru sekarang kau nak update dayu? Hahaha, peduli. Biasalah kalau dah lama tak update blog. Bila nak update kenalah beratur ikut kronologi. Barulah nanti tak ketandusan entry. Bila dapat jemputan dari Yun, aku berniat dan berdoa sangat dapat datang. Lama dah tak jumpa. Hari tu masa raya tak dapat datang masa dia buat house warming. Bila check-check jadual macam free *amboi, VIP sangat gayanya* terus klik 'Attending' kat FB. 

Sesat barat okay kami nak sampai ke rumah Yun. Dengan minyak kete dah berkelip. Waze pulak bengong. Ekwan dah nak patah balik rumah je. Nasib baik masa isi minyak, waze tu macam menunjukkan jalan yang benar. Dan alhamdullilah, berjaya jugak sampai akhirnya. Gembira sungguh rasa. Gembiralah, hajat termakbul.

Masa sampai Jeff tengah panggang ayam, semerbak bau. Bestnya ada ayam panggang. Dahlah kami sampai dalam keadaan lapar, memang aku makan berulang-ulang kat rumah Yun. Dah makan sphagetti, isi lak mihun. Pastu amik segala macam jenis kuih yang terhidang. Takde malu dah aku ulang alik dari kerusi ke tempat makanan. Bila dah kenyang, duduk diam-diam. Hahaha..

Mak-mak kalau bab mengembirakan anak adalah beria. Aku sangat percaya. Sebab aku dah merasa dan aku saksikan pulak kesungguhan Yun nak gembira Mya dan Iskandar. Kesungguhan Yun nak berikan yang terbaik untuk majlis hari jadi anak-anak dia. Dia DIY pinata. Lawa. Tapi boleh lak si Mya tak nak pukul. Malu katanya. Puas pujuk. Akhirnya mummy pegang, daddy yang pukul. Takpelah, yang penting bukan main gembira lagi budak-budak berebut kutip gula. Anak aku je yang tersipu-sipu tapi mahu.

budak-budak, memang seronoklah benda gini. tu baru suruh kutip gula, kalau letak siling dalam tu mesti lagi sakan masing-masing.

alahai anak aku, tak kan kutip gula pun ibu nak kena teman.

Dah hujung-hujung baru dia nak gi kutip, gula pun dah tinggal sebijik 2. Apalah pemalu sangat awak ni Cha. Kalau kat rumah bukan main garang. 

Aku tak stay lama, sebab dah kepenatan. Sebelum ke rumah Yun, kami ada agenda lain. Tu yang bila petang dah melepek. Terima kasih ye Yun. Sampai gak aku ke rumah kau. Iskandar dah setahun baru dapat jumpa dia. Sorry ye Mya dan Is, aunty tak sempat beli hadiah. Aunty bagi 'cash' je ye, pepandailah mommy awak belikan hadiah nanti. Happy birthday ye. Semoga terus membesar jadik anak-anak yang comel, sehat dan cerdas. Happy kan mommy dan papa ye.

sebelum mengundur diri dari majlis, ini adalah harus.

Dayu masih di sini.

Banyak je benda nak cerita, banyak kejadian berlaku. Tapi entah kenapa, tiada keinginan nak mencoret kat blog ini. Kesibukan di pejabat juga mungkin adalah punca. Tapi 2 hari ni macam tak berapa busy pun still malas, sudahnya.. seminggu lah tiada cerita baru. Memang bukan blogger tegar sudah. Berlalu sudah zaman itu. Balik rumah nak blogging, lagi jangan harap. Walaupun kini ada akses internet yang unlimited, tapi masa itu tiada. Aku lebih rela golek-golek depan tv dari hadap laptop update blog. Update dari phone tak puas.

Sesungguhnya kagum aku tengok orang yang ada anak 2,3 masih tetap berdisiplin update blog. Mana korang curi masa hah??

Kalau nak harapkan masa kat opis memang agak susah. Bila datang banyak keje, nak lepak makan borak lama-lama dengan kawan pun serba salah. Nak dapatkan masa yang tak busy tu pun agak susah. Opis baru ni tak sama langsung dengan opis lama. Tu dulu aku boleh update blog tiap hari. Sekarang, jangan harap. Dan mungkin kalau masih gigih nak blogging aku kena bangun 5 pagi kot. Update blog sampai kul 5.30. Pastu gi buat breakfast. Kul 6 siap untuk gi keje. Hmm.. gigih kah?? Macam melampau lak.

Tapi siyes beb.. berat je rasa hati nak berhenti blogging. Akan ku korek semula semangat yang hilang.

Maka nantikan update terbaru saya nanti. Esok insyaAllah sebab bahan semua laptop kat rumah. Entry tanpa gambar adalah kurang mengancam ye. Dan sebab itu, aku nak gak tempek sekeping gambar ni. Gambar last week ni masa tengah kemas opis. Lupuskan segala yang tak perlu.

Jumpa di entry akan datang.





21 March 2013

Apa warna baju raya korang tahun ni?

Hahahaha.. heboh sungguh kau dayu, baru bulan 3 dah sibuk tanya pasal baju raya. Tapi jangan ambil mudah, memang kedengaran macam awal lagi tapi tak lama je lagi okay. Ada tailor dah tak nak amik tempahan okay start bulan 4 ni. Baik tempah awal-awal, kalau terpakai dulu pun takpe. Takde sape peduli, takde sape nak marah kecuali korang sendiri yang mengada-ngada mengedik, konon kalau baju dah pernah pakai tak boleh jadik baju raya. 

Aku dah tempah dah baju nak pakai raya nanti. Hahaha..iye, saya adalah over. Puasa baru ganti sehari, tapi dah kecoh pikir pasal raya. Al-maklumlah, ginilah gayanya perempuan. Maafkan je lah perangai over yang satu ni.

Color tema? Ohh, yang ini pening okay mahu pikir. Pening sebab semua aku teringin. Kalau tanya laki aku, tak membantu sungguh. Kalau ikut dia 'baju raya orang tahun lepas elok lagi, pakai yang tu je lah' Huhuhu.. pakai baju raya tahun lepas juga adalah sesuatu yang aku sangat keberatan. Raya setahun sekali je kot, bukan tak mampu pun. Marilah kita bertukar baju ye sayang. Lagipun kalau awak pakai baju raya tahun lepas, camne nak match dengan baju orang dan Eisya?? Kesian kami.. (:

Katanya 'Emerald' adalah color of the year for 2013. Memang cun. Tapi kalau masuk Jakel ke, Gulatis ke memang susah okay nak jumpa color ni. Emerald combine dengan kuning. Perghhh.. lawa.lawa. 

So apa warna baju raya korang nak pakai pada hari raya pertama?? Setakat ini, warna seperti shawl aku adalah menjadi pilihan. Aku beli kain siap baju shawl ni okay sebab nak matching kan dengan kaler tudung ni. Aku memang selalu beli tudung dulu baru beli kain atau baju. Eisya pun pakai warna yang sama. Ekwan aku nak suruh pakai color turquoise tu. Tapi aku pasti mesti susah nak carik baju melayu kaler tu. Kalau takde, purple lah jawanya.


Tapi sebab raya adalah lambat lagi, dan aunty tailor tu pun macam masih belum tutup tempahan. Mungkin aku akan merambangkan lagi mata dan membeli lagi kain. Arrgghhh.. Takpe, boleh pakai sekali masa kenduri kawin sepupu. Sepupu aku kan ramai naik pelamin tahun ni. 

Eh, boleh pulak terjumpa, blogshop jual kain dengan lace border lawa..lawa.. Habislah.. habislah duit gaji aku.


20 March 2013

Keinginan

Ohhh!!! I want this.. tak berapa tinggilah keinginan tu, tapi kalau anniversary bulan 5 nanti dapat sebijik benda ni, aku menyengih sepanjang bulan kot.

I'm an easy women to please. (:

Ekwan kata 'nak buat pe? orang dah beli DSLR memahal, sibuk nak kamera lagi nak buat pe?' Alah, biasalah, keinginan bukan reti nak pikir itu semua. Lagipun, ni kat barangan keluaran 'FUJI' Maka, sebagai kakitangan 'Fuji' tersebut, marilah bagi sokongan kat produk Fuji.

*ada harga staff kan..

14 March 2013

Zoo Johor

Kalau balik Johor selalunya aku akan tambah cuti. Sama ada Jumaat, tak pun Isnin. Sebab tak laratlah nak balik semula pada hari Ahad. Balik jauh-jauh tak berbaloi duduk sekejap. Lagipun majlis abis petang, habis majlis balik rumah masing-masing terbongkang. Manalah larat nak balik semula ke KL, marilah kita sambung cuti. Rileks-rilek lagi sehari kat kampung. 

Pagi-pagi Isnin konon nak menyelesaikan beberapa urusan, tapi sudahnya ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Dan tiba-tiba aku dapat idea nak bawak Eisya ke Zoo Johor. Sebab sekarang dia makin kenal haiwan, dulu gi Zoo Negara, umur baru setahun lebih. Tengok gajah pun takde perasaan. Tapi sekarang aku yakin kalau bawak gi Zoo dia akan jadik budak paling kecoh sekali. Sebab sekarang pantang nampak binatang dalam tv, sibuk tiru gaya dan bunyi binatang tu. Bersungguh-sungguh. Pastu suruh aku buat sekali, tak nak buat dia marah, siap 'bangunlah..buat macam chacha' Amboii.. ditaktor sungguh.

kat pintu masuk dah kecoh. 'abu, tiger..' jap lagi 'abu..monkey abu'

Dan jangkaan aku sangat tepat. Masuk-masuk je dalam Zoo, nampak pelbagai burung Nuri dalam sangkar, terus 'chip..chip.tweet..tweet' Pastu berlari-lari sambil mengepak tangan. Bahagianya rasa tengok anak gembira macam tu. Ibu pun gembira sebab bayaran masuk hanya RM 2 je seorang. Eisya RM 1. Tak nak bayar pun boleh sebenarnya sebab belum 3 tahun, tapi sebab RM1 tak kuasa aku nak berkira. Zoo Negara yang RM20 pun sanggup bayar, inikan pulak RM1. Jangan berkira.

budak super excited tengok banyak bird dalam sangkar. ngan bird pun nak peace, tapi akhirnya kena patuk.  dan tak sudah-sudah 'bird besar buat chacha'

macam-macam okay dia tanya. penat aku nak menjawab

ingatkan lepas kena patuk tak berani dah nak dekat dengan sangkar. silap sangkaan aku. dia masih gigih 
nak beramah mesra dengan burung-burung tu 

Cuaca adalah sangat panas sebab kami kan bijaksana masuk zoo jam 11 pagi. Rasakan lah sendiri kehangatannya. Nasib baik zoo ni tak besar. Tapi agak kecewalah sebab Eisya beriya nak tengok gajah. Tapi gajah semua takde, gajah-gajah gi kursus kat Kuala Gandah. Kuda je yang ada. Tu pun sedih je aku tengok. Macam tak terurus. Harimau ngan singa pun sedang melingkar je kejenya. Puas Eisya buat bunyi 'auummm' Takdenya nak toleh. Hahaha.. Monyet/Beruk/Kera adalah banyak. Masing-masing tengah aktif bergayut. Terpegun Eisya tengok monkey depan mata. Bila beruk tu hulur tangan minta makanan, hah terkejut.

hajat di hati nak bergambar pada jarak lebih rapat tapi tak berani.

ada budak tu asalnya beria nak jumpa kuda tapi bila dah depan mata mengelupur

Pergi hari Isnin, di kala orang lain semua keje, lengang lah zoo ni. Tapi tak sangka, ada pulak bird show. Berkejar-kejar kami anak beranak menuju ke stage, sekali tak mula pun lagi. Baru nak panggil orang. Rezeki. Best jugak. Pandai burung Nuri 2 ekor ni. Tom & Jerry namanya. Paling aku kagum, dia pandai mengira ok. Trainer dia suruh aku pilih nombor, aku pilih no 8. Pastu sorang lagi pilih 5. Trainer dia tunjuk 5 ngan 8 pakai jari, pastu dia gi pilih nombor 1 ngan 3. Bijak..bijak. Siap ada aksi angkat jari kaki mengira lagi, comel.

mana 1 Tom, mana 1 Jerry aku tak kenal.

Next time balik JB memang aku akan bawak Eisya ke Zoo ni lagi. Tak puas berjalan lawatan pertama ni. Sebab dah kepenatan dan kepanasan. Lagipun nak balik ke KL kan. Takde masa sangat. Nanti kita gi lagi ye Cha.

11 March 2013

Indah dan bahagia

Mac adalah bulan yang padat dengan aktiviti sosial. Banyak family event berlangsung Mac ni. Dan kami akan berulang alik ke JB berkali-kali. Demi tanggungjawab. Lagipun ini je lah masanya nak jumpa sedara mara. Jumpa sepupu, mak sedara, pakcik semua. Raya pun belum tentu boleh kumpul ramai-ramai macam ni. Time kenduri kawin je merasa macam ni.

My beautiful cousin is married!!! I'm so happy. Happy macam aku je yang naik pelamin.

Gembira aku tengok kebahagiaan orang lain. Lagi-lagi sepupu sendiri. Memang super excited aku dibuatnya. Dah lah time dia tunang tak dapat nak hadirkan diri. Dia lak 'sorok' tunang dia. Puas aku stalk IG dia, berharap boleh jumpa gambar tunang dia. Gagal. Takde. Pandai dia sorok tau. Bila dapat kad jemputan, aku siap google ok nama bakal suami dia. Hahaha..over akak sepupu sorang ni.

Bila tiba hari majlis, memang aku sangat teruja ok. Awal pagi bangun, nak sama-sama saksikan hari bersejarah sepupu sorang ni.

Cantik sungguh Ayu. Dan akhirnya dapat juga ku kenali pilihan hati dia.

Majlis yang indah dengan pasangan pengantin yang sangat cantik. Berseri-seri. Decoration best. Ada photo booth yang best untuk mengila seketika. Ada candy buffet yang sangat yummy. Seronoknya kawin!! Eh, tetiba kau dayu. Hahaha, tapi memang lah. Kalau tengok orang kawin, teringat majlis sendiri dulu. Bahagianya jadik newlywed. Alahai, dah nak masuk 4 tahun dayu. Pengantin kertu namanya kau tu. Kertu tu tak lah, tapi perubahan saiz je. Hahaha, laki bini mengembang dengan jayanya.

Pengantin kertu. Mana Cha?? Dia sekarang sangat susah nak diajak bergambar. Time ni dia tengah berlari-lari sesuka hati, pastu tetiba datang buat 'peace' kat celah kaki aku. gambar dia bergegar, maka kena crop. padan muka.

Auuwww!! Sexy ke??

love this pic *tapi gorgeous ke??* 
dan tak berjaya menemukan blue dress untuk Cha, maka sarung je lah dress hitam putih Cha.

this one is so nice. eleh orang tu, asyik ngan frame 'i/m sexy' tu je. 

suka gambar ni. dan Eisya berjaya pegang board itu dengan betul. another 2 weeks balik JB lagi, adik aku yang baju merah tu pulak nak naik pelamin.

nanti anak-anak dah besar tengok gambar ni mesti derang gelak sakan kat kita. menjawab lah nanti

cukup-cukuplah berposing sakan dengan sepupu sepapat, lawat pulak pakcik makcik yang sedang membincang majlis-majlis akan datang. susun jadual perjalanan. tahun ni. adik-adik sepupu aku semua nak naik pelamin. bertambah ahli keluarga.

Pengantin masuk ke dewan jam 2.00pn. Alahai manisnya, diiringi bridemaids yang cantik dan kurus-kurus. Akak adalah jeles wahai adik-adik.

pape pun akak nak tiru design baju korang, walaupun akak tak sekurus korang.

cantik. tu je nak cakap.

Selamat Pengantin Baru Dr. Khalilah & Dr. Addi. Nikmati keindahan perkahwinan. Semoga sentiasa berbahagia. Hingga ke syurga kami doakan. Amin.


07 March 2013

Jaga Kata

Sehari lepas semasa dalam kereta menuju ke satu tapak cadangan projek, ketika aku sedangs edap-sedap berangan, aku terdengar suara yang mengeluarkan kenyataan 'chinese semua pakai Nissan, Toyata..all imported car, yang Malay tak Proton, Perodua..' Dan dia terhenti di situ. Ingatkan dah habis, mustahil.. Sebab selalunya kalau dah keluar kenyataan begitu memang banyak kenyataan sambungan yang lain. Ayat sambungan adalah 'hmm..what going to happen to our Malay?' 

Diam sekejap. Aku biarkan. Menanti kenyataan seterusnya. Ada, panjang lebar. Malas aku nak tulis satu-satu, cukup aku rumuskan, dikatanya malay ni malas nak berusaha. Berasa puas dengan apa yang dah ada. 

Aku yang masa tu duduk kat belakang tengah sedap belek surat khabar malas nak mencelah. Biarpun aku merasakan kenyataan dia tu berunsur bangga berlebih sangat. Dan terlalu umum. Tak semua orang melayu tu pemalas, tak berusaha nak memajukan diri, tak pandai nak merebut peluang. Siapa je lah makhluk kat muka bumi ni yang tak nak merasa senang. Siapa yang pernah rasa cukup dengan apa yang dia dah ada. Dah ada Myvi, nak pakai Vios pulak. Opps.. Siapakah itu? Dah ada rumah 850 sqft, bila lalu tepi rumah teres meleleh air liur. Dah merasa jalan-jalan dalam negara, mulalah berangan nak ke over the sea pulak. Semua berkeinginan sesuatu lebih dari apa yang dia sediada miliki.

Dan iye, aku setuju. Nak dapat semua tu kenalah berusaha. Tak kan duduk diam-diam, benda tu boleh tiba-tiba jadik realiti. 

Tapi bila dikatakan malas, tu tak betul tu. Adakalanya, peluang tu yang takde. 

Aku sentiasa berpendapat, salah satu cara nak majukan kehidupan adalah melalui pendidikan. Dengan adanya pendidikan, peluang nak memiliki pekerjaan yang baik adalah tinggi. Iye, sebelum ada yang komen kata 'alah dayu.. hari ni orang ada SPM je pun boleh berjaya' Memang betul. Dan itu namanya rezeki. Dengan adanya pendidikan, kejayaan tu dah separuh dalam genggaman. 

Aku tahu, tak semua orang berpeluang memiliki pendidikan yang tinggi. Malah, ada yang nak dapat sekolah sampai sekolah menengah pun terpaksa meminta-minta. Dan inilah peluang yang aku katakan tak semua orang miliki. Desakan dan keadaan sekeliling adakalanya buat orang tak mampu nak berubah. Sesetengah orang tu mungkin dilahirkan dalam keluarga yang kalau pun tak mewah, tapi mampu nak sediakan segala keperluan. Boleh beri anak-anak pendidikan secukupnya, develop skill itu ini. Ada yang kurang bernasib baik, benda-benda ini semua macam bukan keutamaan sebab fokus derang adalah macamana nak teruskan hidup. Yang ada kesedaran tentang pentingnya pelajaran, untunglah.

Janganlah dikata asyik nak harapkan bantuan je. Kalau ada yang prihatin, tangan yang menerima tu tidaklah hina.

Berhati-hati dalam berkata-kata. Jaga diri jangan sampai takbur. Peringatan untuk diri sendiri.


Pil Penenang Jiwa

Bila tengah serabut, tak tentu hala. Rasa nak cabut lari balik rumah, tinggalkan segala kekusutan atas meja kat opis ni.. Curik sikit masa dan tatap wajah kat bawah ni. Terus tersengih secara tiba-tiba. 

Tenang seketika.


Tapi maaf pujaan hati, ibu tak boleh lama. Timbunan fail dan kertas kat sebelah ni bagai memanggil-manggil ibu membelai mereka. Takpe, malam nanti kita masak sama-sama eh.. Apa nak masak malam ni Cha? Jumpa petang ni dalam kereta ye.

Sayang kamu.

01 March 2013

I'm 30

Fuhh, macam tak percaya tapi itulah kenyataan. Usia aku bertambah lagi. Dan kali ini lebih istimewa, perubahan angka dihadapan usia. Kini bukan lagi 20-an. Dah 30-an pula. Dalam erti kata lain, dah tua. Semoga bukan hanya umur yang bertambah. Semoga diri bertambah baik bila usia bertambah. Begitulah lebih afdalnya. 

Orang pompuan katanya macam takut bila usia bertambah, tapi sejujurnya bagi aku itu semua bukan masalah. Nombor je semua tu, apa nak ditakutkan. Semua orang akan tua kan. Tempuh je dengan rela. Pepandailah jaga diri agar tak kelihatan tua sebelum masanya. Jaga penampilan dan yang penting jaga perangai..pasti orang suka tanpa peduli nak tanya 'umur berapa ni?' Meh sedapkan hati sendiri. Alah, umur je 30, tapi kalau boleh maintain kelihatan macam baru 25 apa ada kes *muntah laki aku baca ni*

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang memberi ucapan, doa dan kata-kata baik kepada aku sempena bertambahnya lagi usia aku ni. Terharu. Sangat rasa dihargai. Terus rasa, kalau setiap 21hb aku sambut ulangtahun kelahiran kan best. mesti setiap 21hb aku akan rasa berbunga-bunga, rasa bagai dipuja begitu. Tapi berpeluang merasa kemeriah dirai setiap 21 Februari pun aku syukur. Terima kasih kawan. Semoga segala doa kalian akan termakbul. Amin.

Tiada sambutan meriah. Aku tak mengharap pun semua tu. Cukup sekadar ingatan. Wish tepat jam 12 malam walaupun waktu aku dah lena tidur, pastu 2 beranak tu datang wish bertalu-talu. Boleh lak dengan selamba aku tak layan dan terus tidur. Ampun ye. Esok subuh-subuh bangun tengok ada kotak kasut tepi katil. Eleh, beriya pakcik tu kata nak bungkus. Kira walaupun tak surprise still kelihatan macam hadiah. Sudahnya gitu juga dia kasik aku. Walau bagaimanapun, terima kasih sayang. Love u ketat-ketat.

ni birthday sape ni?? biasalah Eisya, kek birthday semua orang jadik kek dia

red velvet tempah dengan Puan Fadilah. 

Happy 30th birthday Dayu. Tua dah kamu.

*April nanti sambut birthday Eisya pulak. family celebration cukuplah ye Cha.