09 December 2013

Gula ohh Gula

Selamat pagi.

Hari ni sepatutnya aku kena ke Klinik Kesihatan Tanglin tu sekali lagi. Pregnant kali ni memang keje aku berulang-alik ke sana je. Banyak sungguh appointment nya. Semua sebab ada disahkan ada darah manis ketika pregnant kali ni. Kantoi masa MOGTT kali pertama, bulan lepas. Sikit je pun, 8.3 MMOL/L je pun. Maksimum sepatutnya 7 MMOL/L. Tapi demi kesihatan diri dan anak dalam kandungan, aku akur bila diarahkan untuk buat BSP (Blood Sugar profile) test pulak. Tapi dalam redha, nyampah gak aku nak kena berulang-alik ke klinik setiap 2 jam. Apa ingat aku takde keje lain ke.. Klinik tu pun bukanlah sebelah opis, walaupun dekat.. nak berulang-ulang.. adeihh...

Dan akhirnya aku amik keputusan untuk beli sendiri Glucometer tu dan buat je sendiri BSP tu. 

Aku beli alat ni kat farmasi kat Sogo. Sebelum gi beli tu aku siap call dulu tanya, ada tak jual Glucometer. Tanya harga siap-siap. Sebab member kata dia beli brand One Touch, dalam RM200+. Rasa macam mahal pulak. Tapi bila kira betul-betul. Memang gitulah harganya, Macam yang aku beli ni, brand GlucoDr. Harga dia memang much cheaper, tapi lancet dan test strip yang procided sekali dengan device tu sikit je. Lancet ada 10, strip ada 25pcs. Yang mahal test strip tu lah, 50pcs dalam RM80++. 

Kalau sayang duit, sediakan je lah masa berulang-alik ke klinik kesihatan berdekatan ye. Aku sayang gak duit, tapi tak rajin nak habiskan masa berulang ke klinik. Maka, pejam mata.. beli je lah alat ni.

Blood Glucose Monitoring System. Kini saya dan dia berkawan baik.

menjalankan ujian ke atas diri sendiri untuk bacaan jam 8.00 pagi, selepas menahan lapar dari tengah malam tadi. Bacaan cun, 4.5 MMOL/L 

Bacaan jam 10 pagi. Lepas je cucuk, terus carik biskut. Lapar sebab start pukul 9am dah tak leh makan. 

Bila ada diabetes time pregnant ni, rasa macam insaf sekejap. Beiya aku jaga makan. Sekarang memang minum air kosong je. Takde dah air manis-manis yang aku amik. Jimat lah gula kat rumah, sebab laki aku pun cara tak langsung takde lah gedik-gedik request air teh ke, nescafe ke malam hari.. dalam peti pun takde dah jus berkotak-kotak. Kalau tak, mesti peti ais aku tu sentiasa ada jus 2,3 kotak. 

Nak makan nasik pun berkira-kira. Nak makan banyak pun macam takut. Aku lebihkan sayur dengan lauk je. Harap-harap terkawal lah gula dalam darah aku ni. Dan secara tak langsung, terkawal lah berat badan aku. Alhamdullilah, kali ni tiada kenaikan yang mendadak. Malah menurun, macam tak percaya. Walau hanya 2 kg. Masa awal check-up (dalam 3 bulan) berat aku 77 kg. Sekarang 75 kg. Boleh ke hah? Takde lah nurse tu membebel. Tapi kalau dia bebel gak, memang aku sembur dia balik. Dah kena makan skit, memang la hilang berat badan cik weh...

Dan harap-harap, bila bersalin hilanglah diabetes ni. Tak sanggup aku nak pantang makan lama-lama weh.. banyak benda teringin nak makan, tapi semua gula tinggi.

*dan aku tak sabar nak shopping barang adik baby, sebab rasanya kalau tunggu 6-7 bulan nanti mesti aku tak larat. tapi gender adik tak tahu lagi.. tak seronok nak shopping.

06 December 2013

Diaper Free

Tahniah Eisya!! Jutaan tahniah ibu ucapkan buat princess kesayangan ibu. Tahniah kerana kini awak tidak lagi memerlukan lampin pakai buang dalam hidup awak. Wah!! Ibu sangat kagum dengan pencapaian awak. Kini siang malam Eisya dah tak perlukan diaper lagi. Ibu suka.. Ibu suka.

budak ni selalu perasan dia dah besar. bila bagi ribena tak nak, nak minum air org besar dia kata.
 nak air teh. -ok, gmbr ngan caption takde kaitan ngan entry-

2,3 bulan sebelum ni Eisya masih aku pakaikan diaper time nak tido malam. Tapi bila diperhatikan, dia tak kencing pun malam hari tu. Pagi-pagi kering je diaper tu. Mungkin sebab selalunya sebelum tidur dia akan kencing dulu. Tu yang tak kencing waktu malam. Dan ada masanya aku ngan Ekwan akan tertidur dulu dari dia, dan takde siapa akan pakaikan dia diaper. Bila dia berjaya tak kencing waktu malam, aku saja-sajalah amik risiko biarkan dia tidur tanpa diaper. Dan hasilnya sangat memberangsangkan. 2 minggu ni dia boleh tidur malam tanpa diaper dan tak kencing atas katil.

Yang paling aku takjub, dia boleh bangun tengah malam nak gi kencing. Bangun sendiri pulak tu, eksen tak kejut aku. Tapi haruslah aku tersedar kan, dan temankan lah dia kencing. Dengan mata terkatup mencangkung dalam bilik air. Pastu dengan mamai-mamai panjat katil sambung tidur. Alalala..comel sungguh rasa. 

Dan bermula malam tu, terus aku tak pakaikan dia diaper. Sehingga hari ni. 

Kalau keluar jalan-jalan pun Eisya tak pakai diaper lagi dah. Dulu kalau pakaikan pun bukan dia nak kencing dalam pamper, apakan lagi buang air besar. Terkepit-kepitlah budak tu sampai jumpa bilik air. Kalau suruh gak dia kencing sebab tak jumpa toilet, mesti dia jawab 'chacha dah besar lah..kena iyak kat bilik air' Iyelah..iyelah. Tapi paling aku ngan Ekwan cuak bila jalan tengah jammed, kete tak bergerak, dia pegang 'pet pet' sambil terkepit-kepit dan kata 'chacha nak iyak

Tapi setakat ni kitaorg belum pernah lagi lah berhenti tepi jalan bagi dia kencing. 

umur 3 tahun 8 bulan baru berjaya meninggalkan lampin pakai buang sepenuh masa. jadik lah.

*makin bertambah lah item wajib dalam handbag aku sekarang. tiap kali nak keluar kena bawak tuala kecik dan baby wipes. anak aku tu kononnya pembersih terlebih, kaki basah skit tak leh sarung semula seluar. rela lagi dia berbogel. 

Rindu

Lama sungguh tak update blog. Hampir 2 bulan. Hebat. Malas sungguh gayanya. Bukan takde masa pun, saja malas. Tapi nak tinggalkan terus, terpalit lagi rasa sayang. Ada juga lagi keinginan nak menulis ikut rasa hati kat blog ni. Tu yang hari ni, tiba-tiba jengah semula blog sendiri yang dah terabai ni. Rindu.

Eh.. dalam tak sedar, aku dah memasuki bulan ke-5 bergelar mak yong buat kali ke-2. Serius, macam tak sedar. Okay, menipu. Sesungguhnya kali ini aku menghitung setiap minggu bila aku boleh melahirkan. Tak sabar. Sebab rasa badan macam tak berdaya sungguh. Dengan sakit pinggang. Dengan masalah kencing manis. Rasa macam 'cepat-cepatlah bulan April, 2014' Iye, Insya Allah, anak kedua aku juga akan lahir pada bulan April. Due date yang doktor bagi boleh pulak sama dengan tarikh lahir Eisya; 20/4/2014. Kalau lah dapat sama tarikh, amazing nya lah aku rasa.

Senang nak buat birthday, sekali harung je.

Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba adik baby pun buat perangai sama macam kakak dia dulu, ak duduk lama-lama dalam perut ibu kan.. tapi kalau still dalam bulan April, memang sekali harung  lah jawabnya anak-anak.

gambar di Zoo Melaka Ahad lepas.

Pregnant kali ni memang jarang amik gambar. Faktor suami malas nak bawak kamera dan juga saiz badan yang dah macam apa ni, makin takde selera nak amik gambar. Berat badan aku sekarang ni sama dengan berat aku masa 9 bulan menunggu masa melahirkan Eisya okay. Hmm, pantang nanti kena bersungguh-sungguh lah jawabnya. Dah lah Ekwan asyik tanya 'yang, nanti lepas bersalin awak kurus balik kan' Argghh...desakan maksima ni. Takpe..takpe, insya Allah boleh. Dengan rekod yang lepas, waktu pantang lah aku nak merasa kurus semula macam zaman kat UiTM dulu.

Tengoklah nanti, kalau rajin aku update lah slow-slow. Bagi meriah smula blog ni. Sebab aku pun macam menyampah tengok dia tak ber'update gini.

11 October 2013

Salam Jumaat

Selamat pagi. Apa khabar semua? Sihat hendaknya. Aku?? Masih belum berapa stabil lagi, hormon masih belum menentu. Tapi alhamdullilah, selera hampir pulih. Walaupun sentiasa lapar hakikatnya. Setiap hari, bangun pagi je, sebelum keluar rumah nak gi keje mesti aku cakap kat Ekwan 'awak.. lapar' Dia pun sampai dah tahap malas nak dengar. Paling tidak pun dia sediakan roti siap-siap dalam kereta. Dan buat aku lagi geram, takde pulak orang jual nasi lemak tepi-tepi jalan sepanjang aku nk ke tempat keje. 

Telan lah roti cicah milo dalam kereta. Sampai opis terus mengelupur carik geng gi makan nasik lemak. 

Nasib ada yang rajin layab. Lepas ni kalau perut dah besar, confirm aku tak larat. Dah la kena panjat tangga 4 tingkat nak ke opis. Nak gi kantin kena jalan kaki 200m. Memang aku minta derang tapaukan je lah. Pastu whatsapp dia orang banyak-banyak kali suruh balik cepat2 skit. Nanti aku pengsan sebab kebulur. Sebab diaorang ni kalau dah hadap makanan, pastu borak.. sejam pun boleh tahan kat kantin tu. Lagi-lagi kalau bos takde pastu masing-masing tengah tak busy *Arrghh.. kantoi di situ*

rakan sepejabat. rakan makan. rakan mengular *tak selalu*
hari ni ber'dress poplook. size L. tak tahu boleh sarung berapa lama lagi

Lama rasanya tak tayang gamabr fullbody sendiri. Sebab memang dah lama pun tak amik gambar. Lagi-lagi bila makin kembang macam ni. Bagi lah sekeping buat kawan melepas rindu *aicehh*  Gambar betul-betul terkini ni. Gambar pagi tadi. 

Okay, bye. Esok nak balik JB. Cuti agak lama, hajat hati nak gi Legoland. Tapi mesti penuh tempat tu sebab cuti kan. Dengan waterpark dia pun dah bukak. Hhmm..gi mandi laut je lah.

10 October 2013

Terima Kasih

Hari tu mesin basuh aku rosak. Entah kenapa, tiba-tiba buat perangai tak boleh nak spin. Asyik keluar error, lampu child lock menyala sesaje.  Terpaksa lah aku laki bini berganding bahu memerah baju-baju yang penuh satu mesin tu dengan tangan. Penat gak tapi macam seronok pulak main air depan pintu dengan laki, tetiba rasa macam romantik *sangat*

Dan sejak itu kami jadik pelanggan tetap kedai dobi kat sebelah rumah. Nasib baik ada dobi berdekatan. Tapi parak gak rasa tiap kali hantar baju. Seminggu 3 kali, setiap kali hantar 6-7kg. Kalau sekali ngan tuala, merasa gak bagi sampai RM15 ke dobi. Tapi aku memang suka lah. Tak payah sidai baju, tak payah lipat baju. Tahu amik baju, terus masuk dalam almari. Kadang tak masukkan pun, duduklah kau dalam plastik tu, nak pakai selongkar. Giler pemalas aku kan.. tapi itulah kenyataannya 2 minggu lepas.

Weekend hari tu Ekwan berhempas pulas cuba membaiki mesin basuh, dia dah tak larat nak keluar duit basuh baju kat dobi. Cukup-cukuplah dia kata. Aku lak kata dengan selamba 'alah, support bisnes sesama umat' Terus kena jeling. Bersungguh-sungguh dia google segala panduan baiki mesin basuh. Segala jenis tools dia bawak keluar. Hampir togel mesin basuh tu dia bukak. Dengan Eisya menyibuk sama, konon nak tolong abah. Aku lak yang serabut tengok.

Dan tiba-tiba dia datang kat aku sambil tersengih 'mesin basuh awak dah elok

Terus bagi kata-kata pujian atas kehebatan suami sendiri. Tak sangka berbakat repair mesin basuh. Ingatkan pandai repair kete sendiri je. Apa lagi, microwave tu bila nak repair. Dah terbengkalai dah tu. Sebelum bini awak rasa serabut tengok benda rosak tu, baik baiki segera. Kang dia letak luar pintu rumah kang... (:
Alhamdullilah memiliki suami yang berbakat begini. Boleh tukar kipas lampu kat rumah sendiri, toilet tersumbat tiba-tiba dia kata 'ok, boleh guna dah' Bila tiba-tiba gatal tangan update Iphone pastu tiba-tiba tak boleh switch on, hulur je kat dia. Kalau harap aku, kedailah jawabnya.

sesi bergedik anak beranak bila tension layan jammed *gmbar takde kaitan langsung dengan entry*

*mesin dah elok, tak boleh lah hanatr baju ke dobi lagi.. alah...

04 October 2013

Keinginan yang melampau

Aku memang sukakan laut. Suka dengan segala aktiviti air di laut. Dan sesungguhnya, dari pagi keje aku google tentang segala laut dan pulau. Dari Mabul hingga ke Bali. Dan aku stucked kat Bali dah berjam lamanya. Ya Allah, bestnya watersport kat Tangjong Benoa ni. Membuak-buak rasa teruja dia, rasa macam nak booked tiket dan pergi bulan depan.

Tapi mengenangkan keadaan diri, terus redha dan cuba pupuk rasa sabar supaya menebal dalam hati. Kena pujuk diri, supaya terima kenyataan tak kan ada aktiviti percutian untuk tahun 2014. Duduk diam-diam kat Kuala Lumpur ni, paling jauh pun silap-silap Pulau Pinang je kot. Takpe, aku sanggup kot setelah menyaksikan keseronokan ber'parasailing kat Tangjong Benoa tu. Dan pasti akan cuba ber'scuba pulak. 

Simpan duit dari sekarang, sebab nanti dah berempat. Tadi cuba-cuba usha tiket *walaupun flight untuk 2015 tak keluar pun lagi dalam list..aku kan over* Tiket je dah RM1500++ Tiker MAS lagi murah dari Air Asia kau. Hotel pun dah google. Memang over melampau dah ni. Gayanya macam nak gi tahun depan. Pastu macam confirm je kan.. Takpe, harapan tu kena tinggi. Duit pasport lagi kan. Maka, meh beli tabung pastu tampal label besar-besar 'Bali 2015' 

Duit bonus, duit kutu semua simpan dalam tabung.

Serius, aku rasa kalau tak termakbul keinginan aku ni mesti 3 tahun aku mengigau. Tapi kalau tak dapat Bali, dapat Mabul kurang sikit lah aku punya mengigau.

02 October 2013

Syukur, rezeki tiba bila diri dah sedia.

Lama tak update blog.

Ada masa tapi malas. Takde mood. Banyak je benda nak cerita, tapi yelah kalau dah malas. Duduk melanguk lagi best dari update blog. Kenapa malas?? Entah. Musim mungkin. Tapi sesungguhnya aku ada perkabaran gembira nak dikongsikan. Mungkin ramai yang dah sedia maklum. Ramai yang dah tahu. Cuma aku je yang tak rasa nak kongsi kat blog ni. Tapi bila fikir-fikir, macam tak patut pulak kalau tak dikongsikan kat sini. Tak adil.

Ye, Alhamdullilah. Aku kini sah mengandung anak kedua. Rezeki tiba dikala kami dah sungguh bersedia. Syukur tak perlu menunggu lama. Tepat pada masanya.

Dan mungkin disebabkan faktor usia, kali ini aku adalah kelembikan tahap maksima. Macam tak berdaya sungguh. Baju antar dobi, makan beli setiap hari. Rumah terabai entah macam apa. Nasib Eisya tetap berkelakuan baik, tak mengada-ngada. Kalau tak lagi terbaring lah aku. Nak harapkan Ekwan uruskan rumah, dia lagi letih. Sudahnya redha je lah tengok rumah yang macam apa. Cuma bila dah terlalu bersepah, sampah penuh atas lantai, aku gagahkan lah diri menyapu. Tu pun lepas mengadu penat macam lepas cuci bilik air 5 buah. 

Sesungguhnya macam tak sabar nak tempoh mengandung ini berakhir. Walau hakikatnya baru 3 bulan. Semoga terus cekal dan tabah. Buat suami ku juga, tabahlah menghadapi kerenah isteri mu ini.

09 September 2013

Eisya potong rambut

Kalau ada yang perasan, kat entry sebelum ni (yang Eisya buat homework tu) rambut Eisya dah pendek. Kali ni aku potong pendek betul, takde trim-trim.. kasik potong pendek terus. Rimas aku tengok rambut dia panjang macam tu. Kalau dia bagi sikat, ikat rambut dia takpe jugak. Ni nak sikat pun siap berkungfu, apakan lagi nak ikat. Dari kena tengok rambut dia messy, serabut tak tentu hala.. kami laki bini amik keputusan potong je. Walaupun sayang sebenarnya.. 

Mak-mak sungguh, rambut anak pun sayang. Macam tak leh tumbuh lagi je gayanya.

2,3 hari sebelum nak gunting rambut dia, berkali-kali gak aku cakap kat Eisya 'Cha, kita gunting rambut Cha nak, kasik pendek' Bila dia tanya semula dengan muka pelik dan tak paham dia, aku cakap 'potong rambut Cha jadik macam rambut Dora tu, nak tak?' Terus tersengih-sengih sambil angguk kepala. Senang je nak umpan dia ni. Tapi dia bukan ada masalah pun bab gunting rambut ni, akur je.

budak yang sangat baik kalau gunting rambut kat kedai, dia je dia duduk kat kerusi tu.

budak pasrah, redha je apa uncle tu buat kat rambut dia.


Kitaorang memang bawak Eisya gunting rambut kat kedai ni je. Kat sini yang paling okay, tapi takdelah puas hati sepenuhnya. Boleh lah, sebab kalau ikutkan mana ada kedai yang boleh gunting rambut betul-betul ikut apa yang kita nak. Boleh lah dari jadik entah apa-apa. Macam 1 kedai dulu, terus buruk jadik rambut Cha. Biar mahal sikit asal puas hati, rupa anak pun molek.

Dan inilah hasilnya. terus rasa rupa anak aku nampak lain

*sementara anak masih kecik, belum pandai demand nak rambut pesen itu, pesen ini.. biarlah ibu guna kuasa veto yang ada. abah pun ikut je apa ibu pilih ye. anak pompuan kot..

Eisya dah ada homework.

Macam tak percaya dan kesian sebenarnya, tapi dah cikgu dia suruh buat tak kan aku nak abaikan je pesanan tu, kenalah aku pastikan Eisya siapkan. Macam kesian lak, umur abru 3 tahun dah ada keje rumah nak kena buat. Baru playschool junior kot.. ingatkan takde keje rumah lagi just exercise kat school je. Tak pe lah, nanti confirmkan smula ngan taska. Tapi sebab just coloring dan line tracing.. marilah kita mewarna Cha. 

Ibu siapkan belikan pensil color baru lagi okay, sebab yang lama-lama entah ke mana. Yang 24pcs sudah, walaupun abah awak macam gedik 'belikan lah Cha yang 36 ni yang..banyak sikit kaler' Tak payah nak gedik, belikan yang 12 batang pun dia tak peduli. Ibu abah je melebih.

muka masih bersemangat buat keje rumah.

bukan main lagi dia punya fokus. awal-awal lah

Dalam kesian, aku kagum jugak ngan budak-budak zaman sekarang yang sebaya Eisya. Aku dulu, masa umur 3 tahun, entah kenal entah tidak lagi buku. Pegang pensil pun tak pandai lagi kot. Budak-budak sekarang, elok je pegang pensil, warna pun dah kenal.


walaupun comot, ibu bangga awak boleh mewarna Eisya.

Tapi memang mencabar okay nak buat Eisya fokus kat keje dia. Ada je distraction dia. Sambil mewarna, sambil tanya aku macam-macam. Nak dapatkan sehalai muka surat pun setengah jam kot. Dah keje rumah dia berhelai-helai. Masuk muka surat ke-5 memang dia dah malas. Dah lah stop makan jap, memang tidak lah dia nak hadap buku dia semula. Aku pun malas nak paksa, biarkan je lah. Dapat siapkan 4 muka pun dah syukur.

Tapi lepas aku tutup buku sekolah dia, boleh lak dia amik buku yang baru beli dia kaler.. Adeihhh..

*so semalam Ekwan amik giliran masuk dapur masak untuk dinner sementara aku melayan Eisya siapkan keje rumah. Huhuhu..pakcik tu selamba tinggalkan periuk kosong atas api, tau-tau rumah berasap je.. dari depan aku bleh nampak reflection api menyala.. kelam-kelibut laki bini.. sampai ke sudah Eisya asyik kata 'abah tak pandai masak kan.. abah buat api' pastu dia sambung lagi 'abu je pandai' Jangan nak bodek sangat lah Eisya, siapkan color tu..

03 September 2013

Wishlist

Kalau dapat, aku insan paling gembira dalam dunia.





Alahai.. bilalah duit dalam akaun nak beranak-pinak. Boleh dapat ni semua sekelip mata. Hmm,marilah menabung. Tak dalam semua kat atas tu, dapat sebahagian pun dah syukur. Tak dapat yang sama kualiti macam tu, ala-ala pun jadik lah.

*Kian Classic tak nak buat promo kat Groupon lagi ke?




29 August 2013

Restoran Flavours, Bangsar

Sejak berpindah ke tempat keje baru ni, aku rasa hampir setiap bulan kot ada aktiviti makan-makan di luar bersama rakan sepejabat. Ada je agenda bagi membolehkan aktiviti tu dijalankan, selalunya atas sebab meraikan kakitangan yang bertukar. Selalunya akak PA tu yang akan uruskan, dan secara tak langsung kami-kami yang nak meraikan rakan bertukar ni terlibat lah sama dalam memilih lokasi untuk acara makan-makan tu.

Dan kali ni yang terpilih adalah Flavours Kitchen, Bangsar. Restoran milik Chef Riz. Recommended by another colleague. Dia dah pergi ceelbrate birthday dia kat sini, dia kata best. So marilah kita try.

Tempat best, cosy. Makanan pun sedap. Harga berpatutan. Standard cafe-cafe lain lah. Lagi-lagi kat Bangsar Village kan. Gitulah regenya. Tapi Alhamdullilah, tengahari tu lunch kami di taja oleh boss. Thank you boss. Semoga bos akan lebih dimurahkan rezeki, boleh belanja kami lagi. Menu dia pelbagai, ada pasta, ada steak, burger.. Menu ala tradisional pun ada. Ada beriyani, nasi campur pun ada. Dan yang menjadi pilihan aku adalah burger. Atas cadangan waiter dia, aku pilih burger yang diberi nama BLT.

BLT. Sedap tapi aku tak mampu makan bagi habis. banyak sangat. Harga tak silap dalam RM20.

teruja dengan menu pilihan yang dihidangkan atas papan potong daging 

bukan aku punya tapi terasa macam 'kenapa aku tak order yang ni???'

Kitaorang antara pelanggan awal yang sampai. Dalam pukul 11.30am dah tercegat depan kedai. Yelah sebab nak gi buat reservation sekali kan, kenalah datang awal. So sementara menunggu opismate lain sampai dan menunggu order tiba, duduklah borak-borak, amik-amik gambar. Dan tiba-tiba muncullah tokei kedai dengan beg gym beliau. Dia lalu dan senyum kat kitaorg. Wah, rasa macam bertuah pulak dapat personal touch dari Chef Riz sendiri.


terus request nak amik gambar dia. harus lah dia layan kan aje. berani tak layan

semua kekenyangan.

Makanan dia sedap, decoration pun menarik sampai rasa sayang nak makan. Tapi kalau dah makan, terus diam, concentrate sungguh. Hahaha.. lain kali boleh lah ajak Ekwan dinner kat sini. Sekali sekala kan, apa salahnya. Hhhmm, nanti kalau mak ayah datang pun boleh ajak makan sini. Bila lagi lah nak bagi mak ayah merasa makan tempat-tempat gini. Walau diaorang tak bape gemar anak dia berhabis makan tempat-tempat macam ni. 

Alah, sekali sekala kan.. self reward.. 

27 August 2013

Raya kan sebulan katanya

Oh hoi, raya sakan weh minggu lepas. Dari pagi sampai ke malam, dari Sabtu sambung ke Ahad. Bila balik memang terbongkang. Letih. Tapi masa beraya tak ingat pulak. Seronok jumpa kawan-kawan. Makan-makan, borak-borak. Bukan selalu dapat jumpa kawan-kawan, walaupun rumah kat sebelah je pun. Masing-masing ada komitmen kan.

Ni je pun peluang nak bagi anak-anak berjumpa kawan-kawan.

Anak-anak dah makin besar. Makin ramai. Walau macam serabut tengok derang bergaduh rebut mainan, mak ayah nak makan, nak borak pun tak tenang. Terhibur hati weh.. rasa macam sangat cepat masa berlalu. Anak dah besar, kitaorg makin tua tapi perangai terasa macam masih di zaman anak dara. Gitu... Macam tak nak terima hakikat pulak diri dah tua.

bersarapan di rumah Salwa. adooiii, menegeletisnya muka Eisya.

borak sambil layan anak masing-masing merajuk lepas kalah dalam petarungan merebut mainan

mostly SnB junior adalah boys. time ni Cha sorang pompuan. Ayra, the youngest masih tak paham apa. terkebil-kebil je tengok abang-abang ngan kakak main tarik-taraik mainan

rumah akhir. tamat sesi beraya bersama SnB. tak semua ada, tapi dia punya hiruk pikuk dah cukup membingitkan.

Dari pagi hingga ke malam beraya. Dari breakfast hingga ke dinner makan ditaja. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi luangkan masa, terima kehadiran aku sekeluarga. InsyaAllah, kalau aku rajin dan berdaya nanti jempur serbu rumah aku pulak. Sebelum tu aku sorok segala mainan agar tiada pergaduhan yang akan tercetus antara anak-anak kita.

Issskkk, camne lah nanti kita beraya kalau budak-budak ni dah besar kan.. time tu mesti tersipu-sipu malu. Hopefully masa tu, persahabatan kita masih tetap terjalin.


22 August 2013

Alkisah Raya Ke-4 Kami

Peduli, biar pun macam dah tak releven nak citer, aku nak gak citer. Lagipun masih lagi dalam bulan Syawal kan, relevan gak lah lagi. Takdelah basi sangat. Maka, silalah sudi luangkan sedikit masa baca kisah di ahri raya ke-4 kami anak-beranak.

Raya ke-4 kami masih di JB. Misi beraya ke rumah sedara-mara masih diteruskan. Banyak lagi list sedara dan kawan-kawan untuk dikunjungi. Daya dengan tidak je. Maka, utamakan yang dekat-dekat je lah. Dulukan umah pakcik-pakcik sedara. Tu lagi afdal. Tengahari tu sepupu-sepupu aku datang rumah dulu. Makan tengahari siap-siap kat rumah mak aku dan terus ke rumah pakcik aku kat Pulai Indah. 

bersama adik-adik sepupu. akak suka kena kepit gini, terus nampak akak selim


dan marilah bergambar bersama. bukan selalu dapat berkumpul macam ni.

Rayanya 2 buah rumah je pun, tapi habis masa sehari. Biaslah, bila lama tak jumpa, banyak bebenor nak diborakkan. Semua nak update kisah masing-masing. Air dah habis berjag-jag, kuih dah refill 3,3 kali.. pun tak reti-reti nak balik. Hahaha..rumah sedara boleh lah. Kalau umah kawan-kawan, umah jiran memang kena jeling dah.

Ingatkan nak sambung beraya lagi, tapi ada orang nak datang umah mak aku. Balik lah dulu. Malam kang abru keluar semula. Tapi bila dah masuk rumah, memang liatlah nak keluar. Malam pun kebetulan sepupu aku nak datang, duduk je lah rumah tunggu orang datang.

hari ni tema kami merah oren. sebenarnya tak plan pun nak bertema bagai setiap hari. tapi tiap kali bila bersiap, secara tiba-tiba.. eh kita ada baju sama warna lah, jom lah sedondon.

20 August 2013

Raya masih belum berakhir

Mari sambung cerita raya. Baru ada peluang ni, kena manfaatkan sepenuhnya.

Raya ke-3 aku dah berada di JB. Walaupun sampai lewat malam sebelum tu, Ekwan bangun awal la pulak. Baru ingat tidur lama sikit. Pastu terus kata kat aku 'gi JPO jom' Amboi, tak menyabar. Ada sebab rupanya bangun awal. Tapi rileks lah, gi lah beraya dulu. Terus gi carik mak aku tanya program dia arini, mak ayah aku pun belum beraya umah adik-beradik kat JB ni lagi. 

Dan setelah membuat beberapa panggilan, hanya Pak Uda aku yang je available hari tu. Terus isi perut dan bersiap untuk beraya. 

mak aku dan abangnya

tema raya hari tersebut adalah hijau biru. tapi frust takde gambar sedondon kami laki bini. redha je lah.

Sepupu-sepupu aku semua takde kat rumah. Semua masih beraya dengan keluarga mertua. Frust tak dapat jumpa derang. Kalau derang ada, bleh bergambar sakan macam tahun lepas. Nampak gayanya turn beraya kami adalah sama. Okay, next year, pagi raya kita posing sama-sama ye. Sepupu takde pun boleh melepak lama kat umah Pak De' aku. Makan kuih sampai habis sebalang. Kuih raya MokDe' memang sedap-sedap belaka.

Sebab Taman Universiti sudah sangat dekat dengan JPO, ke sana lah kami selepas beraya di umah PokDe' Lagipun Pak Long aku takde kat umah petang tu kalau nak sambung beraya pun. Kita beraya di JPO lah pulak. Bukan main happy orang tu. Yelah, dia kan belum shopping raya. Memang dah plan nak beli kat JPO sebab lagi berbaloi.

Punyalah ramai orang kat JPO. Sampai naik rimas aku dibuatnya. Semua kedai penuh orang. Nak kata ada sale, takdelah sangat sangat pun. Nak bayar punyalah panjang beratur, apakan lagi nak memilih. Ayah aku offer nak belikan Eisya kasut Nike pun aku tolak sebab tak kuasa nak bersesak-sesak. Dengan Eisya yang tak nak pakai selipar. Sesuka hati berkaki ayam. Ikut hati nak je angkut masuk kete, bawak balik. Tapi sebab laki nak shopping, layankan aje lah.

tengok, selamba dia je ukur kedai berkaki ayam. beriya ibu belikan selipar raya Cotton on Kids tau. 

budak yang membuli atok dan opah. sebab ibu dah tak larat nak layan cekadak dia

Shopping kat JPO ni bestlah jugak bagi aku. Tapi next visit aku nak datang tanpa Eisya, baru puas. Kalau ada dia, tak tenang nak membelek barang okay. Tadi elok je ada kat sebelah, sekali toleh dah entah kat mana. Cuak, terus hilang mood shopping mak kau. Tahun lepas aku datang petang sebelum raya, memang sale kaw-kaw.. memang seronok membeli time tu. Next year bleh try lagi. Sediakan je duitnya.

seronoklah orang tu.. dapat semua yang diidamkan.

Balik rumah, terbongkang. Hahaha.. pastu malam sambung beraya lagi. Ke rumah Pak Long aku pulak. Alang-alang dia ada kat rumah tu. Pak Long dah lah selalu takde. Lagipun sepupu-sepupu aku ada malam tu. Marilah serbu segera. Lama juga kat sana. Sambil tengok bola pulak tu. Makin melekat masing-masing. Nasib umah pakcik sendiri.

Eisya baru bangun tidur, tak sempat tukar baju sambung beraya.

seronok dapat duit raya sampai melopong mulut budak eisya.
-baru perasan bau raya aku banyak in blue/green tone-

Esok sambung beraya lagi, Isnin nak balik KL dah. Macam tak puas beraya lah. Sebab kejap sangat cuti, kawan-kawan pun tak sempat jumpa. Ekwan pun mesti tak puas beraya kat Pahang. Takpelah, tak dapat cuti nak buat camne. Ni kira oklah ni. Kalau yang dapat cuti sehari je. Lagi meratap.

18 August 2013

Raya-Raya Kami

Membelek-belek album di Facebook, dan nenatap koleksi-koleksi gambar dalam album kat gallery Facebook. Macam melihat transformasi diri dan keluarga. Dan bersesuaian dengan mood raya, terasa macam nak abadikan koleksi gambar raya kami sekeluarga.

Aidilfitri 2010 -laki bini muka lesu-

Pertama kali beraya dengan Eisya. Bagaikan tak beraya je tahun ni sebab seminggu sebelum raya Eisya kena tahan hospital sebab bronkitis. 4 hari kami bermalam di Hospital Serdang. Baju raya pun kami tiada. Tak sempat nak prepare apa pun. Bila keluar hospital doktor tak bagi aku bawak Eisya ke tempat-tempat yang ramai orang. Maka redha je lah pakai koleksi baju yang ada dalam almari. Raya kali ni Eisya baru berusia 5 bulan. Takde baju kurung untuk dia. Kalau ibu takde baju raya, apakan lagi dia. Maka sarungkan aje gaun-gaun yang ada dalam bakul baju. 

Tapi meriah tetap meriah. Gembira rasa jadik wakil anak terima duit raya. Murah rezeki Eisya, banyak duit raya dia dapat lagi-lagi dari side aku. Biasalah cucu pertama. Kesayangan semua.

Apa yang tersirat disebalik gambar: Kami laki bini masih maintain 'kecil' Hanya Eisya yang menembam seorang diri.

Aidilfitri 2011

Kami beraya di Pahang. Tahun ni memang aku balas dendam beraya. Baju raya berpasang-pasang. Yang sedondon dengan Eisya je 3 pasang. Belum lagi yang tak sedondon. Hantar kain kat tailot berbulan-bulan awalnya. Semua kata aku balas dendam sebab tahun lepas tak dapat beraya sakan. Iye, memang pun.  Lagipun raya kali ni Eisya dah setahun lebih. Dah besar sikit, seronok melayan keletah dia beraya.

Kali ni beraya di rumah baru, rumah sendiri pulak tu. Terus langsir pun aku tukar baru. Dan alhamdullilah, ada rezeki lebih sikit, aku buatlah sedikit jamuan. Open house merangkap house warming. 

Tersirat disebalik gambar: Ekwan masih berjaya kekal slim, Eisya pun sama. Aku je dah kehilangan dagu runcing. 

Aidilfitri 2012

Beraya di Johor pula. Macam tak perasan yang warna baju raya aku seakan sama dengan warna baju raya tahun lepasnya. Nak kata pengemar pink/red tone, tidaklah juga. Secara tidak sengaja mungkin. Baju Ekwan pun macam tak bape match sebab bila suruh dia pakai baju melayu in pink tone dia tak nak. Hahaha.. Puasa kali ni aku macam berjaya hilangkan sedikit lemak di badan, lepas tu.. hancur.

Tahun ni takde open house sebab dah buat birthday party untuk Eisya. Nak buat makan-makan sempena raya, macam takde tenaga dah. Letih buat birthday anak pun masih terasa. Hahaha, alasan macam tak logik je. Hakikatnya malas.

Ailifitri 2013

Meriah raya kami kali ni. Meriah sebab keriuhan Eisya menyambut raya. Menyanyi -nyanyi dia dalam kereta masa balik raya. ' Oh..balik ampung' Tu je dia ulang-ulang. Nampak gambar ketupat atau lampu ketupat kat tiang lampu 'abu.. selamat ari raya!!' Nampak orang pakai baju kurung je ' abu, baju raya' Nampak kedai display baju kurung lip lap ' abu..baju raya ahhh' Seronok beraya bila dia dah paham apa tu Hari Raya. 

Dah 5 tahun aku beraya dengan Ekwan, 4 tahun bersama Eisya. Raya semakin meriah, makin bermakna. Semoga masih diberi peluang bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Dan semoga tahun depan ada pertambahan ahli dalam gambar raya kami. Insya Allah.

*kalau dah rezeki menyambut raya berempat tahun hadapan, aku plan nak sedondon dengan Ekwan, anak-anak sedondon. aku ngan Ekwan grey, anak-anak pink..


15 August 2013

Raya Kedua

Hari raya ke-2, Eisya aku sarungkan jeans ngan singlet je. Hahaha.. puas pujuk budak tu pakai baju. Dia tak nak pakai baju sebab dia nak baju kurung gak, mcm sepupu dia. Sedangkan aku bawak sepasang je baju dia. Ibu lupa awak pengemar baju kurung lah Cha.

Hari raya kedua aku masih di Pahang. Dan menu di hari kedua adalah nasi dagang. Kak Fatin masak, sedap. Dan berpinggan-pinggan la aku makan. Punyalah sedap sampai tak cukup, sampai kena masak lagi. Dan tergendala sebentar aktiviti beraya. Pulak tu, bila nak keluar tiba-tiba ada orang sampai. Family in law akak ipar aku. Maka, melayan lah jap anak aku berlari-larian tengah panas depan umah.

suka betul jelir lidah dia ni tau -beriya ibu belikan kasut raya lawa-lawa, sanggup bersesak kat warehouse sale, tapi sudahnya kasut angray bird RM10 ni gak awak nak sarung-

Faiq dan Eisya. Sekarang Faiq dah pandai main ngan Eisya. Kalau tak asyik gaduh je 2 orang ni

bergambar dengan tuan rumah yang menerima kehadiran kami. Yang tengah tu, akak sulung Ekwan. Tahun ni beraya kat rumah dia, tak raya kat rumah mak. Semua pakai baju dengan kain yang dibeli di Serkin, Sarawak. Walau aku dah pakai baju ni berkali-kali bawak gi keje, demi gambar aku sarung lah jugak.
-lepas ni kena bergambar sebelah abang izan, baru tak nampak giant sangat-

tengok Eisya dengan tak berseluarnya. 

geng bermain Eisya kalau di kampung abah. ceria je muka masing-masing. achik yu tumpang se'frame eh..

Petang tu lepas beraya ke rumah makcik Ekwan, aku balik ke JB. Tapi singgah dulu umah Pak Andak aku kat Bahau sebab mak ayah aku, adik-adik aku semua ada kat sana. Nasib baik ada GPS, kalau tak merasa gak kot sesat barat. Sempat lah singgah Temerloh beli ikan patin. Ekwan mengidam. 

Dan malam tu jugak gerak balik ke JB, ingatkan nak tidur semalam. Tapi sebab semua orang tunggu ketibaab aku dan sanggup tangguhkan perjalanan pulang ke JB demi aku. Balik la sekali semua. Kesian kat laki aku je. Tapi dia kata okay, aku setujukan ajelah. 4 jam perjalanan dari Bahau ke JB. Bertolak pukul 10pm, kul 2 pagi sampai. Sampai-sampai semua trus baling badan atas katil. Letih weh, aku yang tak bawak kete pun penat.

*tahun ni tak dapat cuti lama, so raya ke-2 dah ke JB. kalau tak raya ke-3 selalunya abru pindah kampung.