Ini backdated punya entry. Kejadian berlaku bulan lepas, tapi bulan ni baru aku nak story. Biasalah, bila dah kehabisan bahan segar nak dipergunakan untuk kemaskini blog sebab secara tetiba angin rajin update blog menjelma, kenalah selongkar gambar dan bahan-bahan lama. Nasib baik ada, ada gak bahan nak update. Kalau tak, tak ber'update lah blog aku.
Ye, bulan lepas aku berpeluang cuti-cuti free ke Kuantan. Rezeki musim sekolah. Opis buat kursus luar kawasan, memang dah jarang JKR buat kursus kat hotel. Jimat punya pasal kan. Tapi tak tahulah tetiba kali ni boleh lak buat kat hotel. Ahkak suka je. Lagi pun ahkak memang tak cukup lagi kursus 7 hari. Baru balik cuti bersalin katanya. Dapat pulak bilik sorang satu, En. Ekwan pun boleh cuti time ahkak nak berkursus ni, apa lagi...marilah angkut anak ngan laki sekali. Seronok lah budak Eisya tu, tiap bulan duduk hotel.
Kursus hari Rabu, rancang lepas Ekwan balik keje terus nak gerak ke Kuantan. Singgah amik mak mertua aku kat Maran, pastu terus ke De Rhu. Tapi melayan keje Ekwan yang tak sudah-sudah kat kedai, tengah malam jugak baru aku sampai De Rhu ni. Aku peserta terakhir yang check-in. Bilik pun dapat yang paling hujung. Nasib lah. Sape suruh datang lambat kan..
Hotel dia biasa-biasa je. Kata hotel lama kan. Tapi waterpark dia memang terbaik. Seronok bukan main anak aku. Dapat berendam dalam kolam yang super best ni. Puas dia. Aku dapat join Eisya main air pun on last day. Elma tak turun pun, MIL tak nak turun..malas nak berpanas kat bawah. Boleh lah Elma golek-golek ngan Tok kat bilik je.
3 hari aku berkampung kat sana. Letih. Sebenarnya dalam seronok konon dapat percutian yang ditaja kampeni. Ada gak yang aku menyampahnya. Kalau kursus/bengkel kat luar pejabat ni, memang confirmlah jadual padat yang amat. Jadual sampai ke pukul 10 malam. Letih weh.. Kalau buat kat opis, mau 4-5 hari.. Maka, sebab itulah penganjur bawak kami keluar dari pejabat. Sesambil bagi peluang rileks-rileks... yelah..walau hakikatnya gi rileks tanpa pikir keje tu lagi sorrggaa..

ibu bersiap nak gi masuk kelas, anak bersiap nak berendam dalam kolam.
anak beranak kegirangan main air.
3 hari aku berkampung kat sana. Letih. Sebenarnya dalam seronok konon dapat percutian yang ditaja kampeni. Ada gak yang aku menyampahnya. Kalau kursus/bengkel kat luar pejabat ni, memang confirmlah jadual padat yang amat. Jadual sampai ke pukul 10 malam. Letih weh.. Kalau buat kat opis, mau 4-5 hari.. Maka, sebab itulah penganjur bawak kami keluar dari pejabat. Sesambil bagi peluang rileks-rileks... yelah..walau hakikatnya gi rileks tanpa pikir keje tu lagi sorrggaa..
ini perkara wajib. nasib ada colleague rajin layan perangai aku
orang perempuan, biar pun kat site..bergambar tu harus. maafkanlah. tapi ini selepas dengar taklimat ye. lepas smua bersurai.
Habis kursus, balik lah ke Maran. Alang-alang kan, duduklah kampung weekend tu. Tapi laki aku busy ke main, telefon bunyi tak henti-henti. Nak tak nak, pagi Ahad balik lah kami. Sampai je terus Ekwan ke kedai. Macam-macam job nak kena setel katanya.. Sian laki aku, terkejar-kejar. Rehat pun tak cukup. Adatlah niaga kan, susah-susah dulu..dapat hasil nanti boleh ahkak anak-beranak tumpang sebadan.