31 December 2014

Taska Nur Kasih Insyirah & Taska Islam Al-Kauthar

Sempena Eisya bertukar sekolah, Elma pun terjebak lah sama. Eisya sekolah area USJ, haruslah Elma pun USJ. Takkan nak angkut Elma ke KL naik motor pepagi hari. Buang tabiat namanya tu. Mencari taska di sekitar USJ ni memang agak susah. Banyak tadika je area ni, kalau ada pun kebanyakkannya taska cina. Taska lama Eisya masa kitaorang baru pindah ke USJ pun dah tak beroperasi, tengah renovate. Cuak gak aku, risau tak jumpa taska untuk Elma.

Tapi Alhamdullilah, pusing-pusing area USJ 1, jumpa satu rumah corner lot dengan banner 'Pengambilan Anak-Anak Taska, Kini Dibuka' Gembira bukan kepalang aku laki bini, tapi boleh pulak takde nombor telefon kat banner dia. Adeeihhh... kenalah aku datang semula esoknya. Terus jumpa principal dia.

Taska Nur Kasih Insyirah, USJ 1

On the first visit, aku macam tak berkenan sepenuhnya. 1st, sebab hanya Elma seorang baby bawah setahun, pastu seorang lagi setahun 5 bulan. Aku risau Elma akan dibiarkan keseorangan dalam bilik tu sepanjang hari. Menangis ke apa kang takde yang melayan. Dari segi kebersihan pun, aku macam kurang puas hati. Tapi yang paling spoil, boleh lak sebelum balik tu, cikgu tu tanya 'dia ni kuat merengek tak kak?' Huhu, belum pape dah tanya macam tu, nampak sangat jenis malas nak melayan kerenah budak. Elma tu dah lah dalam fasa manja tahap maksima. Nak orang kelek dia je. 

Terpaksalah aku teruskan misi mencari option lain. Berpusing lah aku sekitar USJ ni. Sampai lah ke USJ 9, jumpa 1 taska. Taska Islam Al-Kauthar namanya. Call owner dan  terus set appointment petang tu gak. Alhamdullilah, Pn Ruhaiza tu available. Sementara tunggu dia sampai, aku borak-borak lah dengan akak yang jaga budak-budak tu. Environment okay. Keadaan bilik baby pun okay. Jangan lah bandingkan dengan taska sekarang, memang tak dapat lah kan facilities yang mcm kat Taska Temanku tu.

Taska Islam Al-Kauthar, USJ 9
No Tel: 016-2174 507

InsyaAllah, 5hb Januari ni Elma akan ke sini. Berharap terpelihara lah dia di sini. Semoga amanah yang aku berikan, dijaga sebaik mungkin sementara aku keluar mencari rezeki.

*lega Eisya seronok di sekolah baru

30 December 2014

Girls Day Out katanya

Girls lah sangat kan...tak sedar diri memasing dah jadik mak orang. Mak beranak 2,3 pulak tu. Lagi ada hati nak jadik 'Girls' Alah..sesekali kau.. merasa muda belia kembali. Sesekali keluar tanpa anak dan suami, haruslah 'girls' kategorinya kan. Kalau kuar ngan anak dan suami, 'Family Day Out' namanya. Memang memasing manfaatkan peluang dan acara yang ada. Bukan lah sesaje suka-suka nak kuar single, tapi keadaan yang suruh begitu. Majlis formal, tak boleh bawak budak..maka suamilah jaga anak-anak kat umah kan..sebab kami yang pompuan-pompuan ni wajib hadir.

Rasa bertuah sangat dapat jemputan ke majlis persandingan anak bongsu, Tan Sri Sahol Hamid. Dapat sama-sama merasakan kemeriahan majlis di Setia City Convention Centre tu. Beruntung rasanya dapat mengenali keluargi ini sehingga seakrab ini. Dulu selalu melepek kat rumah ni, lagi-lagi time study week sebelum exam. Makan, tidur, mandi semua kat sini. Banyak sungguh terhutang budi dengan Tan Sri sekeluarga. Terima kasih sangat. 

Dan sebab tu aku usaha jaga hubungan ni sebaik mungkin. Salah satunya, walau sesibuk mana, cuba juga luangkan masa, penuhi segala jemputan mereka. Sama-sama meriahkan majlis mereka. Alah, aku kan memang suka benda-benda gini. 

with Min (left) and Sal
Elma kepelikan. Apa ke hal lah ibu ni, sengih-sengih tak tentu hala.

beautiful bride and groom
*elma..senyum please, tak payah serius sgt amik gmbr pls*

Majlis berlangsung pada 10 Disember 2014, hari Rabu. Memang berkejar aku. Kul 5 terus cabut balik, siap-siap. Lepas maghrib terus hala ke Setia Alam. Thanks to Waze, selamatlah kami sampai sebelum majlis bermula. Cuak gak, tak mahulah sampai lambat. Kang terkedek-kedek menyelinap masuk dewan. Lagipun, tak nak lah semua sultan sampai dulu dari kitaorang. Tak menghormati majlis sungguh gayanya.

We had so much fun. Lama tak jumpa kawan-kawan. Lama tak men'joyah. Sesekali dapat kumpul ramai-ramai gini, memang keseronokan tahap maksima lah kan. Makanan sedap, sampai suruh waiter tu topup nasik berkali-kali. Memang terbaik.


seronok meratah kambing weh.. 3 menu dia berasakan kambing

Selepas tamat sesi formal, lepas semua VVIP dah balik. Mulalah, semua buat perangai. Semua tak menyabar dah nak serbu pelamin. Nak selfie bagai. Hahaha..pelamin dia indah sangat kot, tu yang tak menahan. Terus mengunakan kuasa veto seorang akak pengantin dan serbu pelamin beramai-ramaian. Hahaha.. Tak semenggah perangai memasing. 

feeling ayu memasing *akak lupa touch lipstick lah..*

yang ni memang tak senonoh. dah lah siap tayang kat slide. malu..malu.. dah puas ber'selfie gedik baru ada yang bagitau 'weehh muka uolss kat slide tu weh' 

favorite picture of the nite. teringat gmbr zaman habis belajar dulu, kitaorg siap gi studio amik gmbr posing mcm ni. cuma dulu semua selim belaka lah..skrg semua dah berganda size.



 meneruskan sesi bergambar sementara jemputan yang lain beransur pulang. dewan sangat lawa, rasa nak amik gambar kat semua angle and area. dan sentiasa cuba menyembunyikan kelebaran badan di belakang rakan yang selim melim.

Thanks Tan Sri dan Puan Sri sebab sudi jemput kami. maafkan perangai gedik kami atas pelamin tadi. biasalah sesekali takde anak nak kena kejar, gitulah jadiknya.

*selalu tersasul panggil derang uncle and aunty, sebab dah terbiasa dulu-dulu tme melepek kat rumah derang siang malam. tapi derang sangat humble. tak kesah, tapi respect kan.. so selalu beringat 'tak yah aunty2 sgt..puan sri ye' 

29 December 2014

Sofea Islamic Care Centre, USJ

Ini adalah salah satu tadika yang menjadi pilihan hati. Terpikat dengan bangunan dia yang comel. Hehehe.. Aku memang gitu, selalu tergoda dengan keindahan luaran sampai lupa function utama sesuatu benda tu. 


Comel kan..hijau kuning gitu.. Ceria sungguh. Aku tahu kewujudan tadika ni pun sebab nampak banner dia kat masjid sebelah rumah ni. Bila try call, SICC ni pun pakai program Little Caliph dengan nama Tadika Khalifah Kreatif. Minta lah principal dia emailkan fees structure untuk tadika 2015. Dia kata masih ada 3 kekosongan untuk kelas 5 tahun.

Yuran Little Caliph, USJ 14, Subang Jaya

Tapi bila tengok jadual yuran dia ni, aku duduk lah diam-diam tepi katil. Tak mampu akak... Yuran bulan, biasalah RM430 sekali daycare. Sama macam Dzul Iman, Nur Kids juga paling murah setakat ni RM 380 termasuk daycare. Yuran tahunan pun boleh tahan.. RM1600++ semua. OT pun RM7 sejam, mahal bebenor. Normal rate RM5 je sejam. Huhuhu..program untuk 6 tahun lagi mahal kau yuran dia.. *pengsan* Tapi kalau mampu, dan ini kemahuan kita untuk anak-anak, apa salahnya.

Aku yang banyak komitmen lain ni, pilih yang bersesuaian je lah.

Esok Eisya akan ke Nur Kids, sesi percubaan sebelum bermula 5hb nanti. Mak yang berdebar kau. Hari ni hari last dia kat Tadika Temanku. Berat jugak rasa hati nak pindahkan dia. Dari umur dia 8 bulan dia kat situ. Pindah jugak akhirnya. 

*malam ni buat kad untuk cikgu ye Eisya


Contact Number Dzul Iman

Selagi tak mula sesi persekolahan 2015, selagi tu lah info pasal tadika akan disalurkan. Sebab aku masih kemaruk. Hahaha..walau dah bayar deposit, ada hati lagi survey sana-sini. Memuaskan hati lah konon. Anyway, nah nombor telefon semua cawangan Dzul Iman kat Malaysia ni terutamanya Dzul Iman Subang Jaya.


*scan siap-siap dan buat entry untuk rujukan sendiri di masa hadapan

24 December 2014

Yuran Dzul Iman Smart Khalifah

Aku kan dah terjah hampir kesemua tadika kat USJ ni. Salah satunya Dzul Iman. Dzul Iman ni ada banyak branch kat Subang Jaya ni. Kta USJ je ada 4 cawangan. Kat USJ6, USJ9, USJ12 dan yang terbaru kat USJ1. Semua branch kat USJ ni aku terjah. Paling berkenan yang kat USJ6 sebab cikgu-cikgu ngan principal dia ramah sangat. Yang USJ9 tak mengalu-alukan kedatangan aku. Tapi dia lah yang bagitau ada Dzul Iman baru bukak kat USJ1. Memang dekat sungguh lah yang kat USJ 1 ni, 5 minit je kot dari rumah.

Dah gi menjengah, mula-mula dah decide hantar Dzul Iman Usj1. Tapi bila dah survey yang Nur Kids, hati lagi memihak ke Nur Kids. Selain yuran dia yang mahal sikit, faktor cikgu yang tak mencukupi pun buat aku tawar hati. Sebab masa datang jumpa principal dia, cikgu tu kata derang masih dalam proses nak dapatkan tambahan cikgu. Yelah, dia baru beroperasi kan. Budak pun tak berapa ramai lagi. Tu yang buat aku KIV dulu bayaran pendaftaran.

Anyway, yuran Dzul Iman adalah sama bagi semua branch. Boleh tahan yuran dia. Memang duit bonus habis bayar yuran pendaftaran tadika anak je lah.

Yuran Dzul Iman Smart Khalifah

Bijak management DzulIman buat jadual yuran ni. Dia asingkan item bayaran tu, pastu tak totalkan jumlah yang perlu dibayar. Bijak.. Kalau ikutkan jadual tu, pendaftaran +insuran + buku = RM950. Baju yang kat Part C: RM173. Beg tak payah, pakai je bag sekarang. Bayaran bulanan = RM 250 + RM 180(daycare) = RM 430. Maka jumlah bayaran yang perlu dibuat pada awal tahun adalah RM 1553 *nangis lah mak bapak*

Tapi yang bagusnya, principal DzulIman USJ1 ni siap offer, sangat memahami 'takpe puan, kami terima installment, puan boleh bayar 3 kali, untuk permulaan ni puan dulukan untuk buku dan uniform, yang lain boleh bayar kemudian' Agaknya dia perasan kot aku telan air liur masa dia tekan kalkulator dan keluar nombor 1553 tu.

Mahalnya lah pendidikan anak-anak sekarang ni. Aku rasa dulu mak ayah aku takde pun pening kepala pikir nak hantar aku gi tadika macam aku pening nak sekolah tadika kan Eisya. Hmm, masa dah berubah. Terima je lah kenyataan, beginilah keadaannya. Kerja je lah kuat-kuat, carik duit bagi yang terbaik untuk anak. 


19 December 2014

Tadika Hunting

Hujung-hujung tahun ni, keje aku asyik amik cuti gi survey tadika untuk Eisya next year. Seteleh berbincang laki bini, kami akhirnya memutuskan, mulai tahun hadapan kami akan berubah menjadi minah dan mat rempit. Kami akan naik motor ke tempat keje. Kete simpan kat rumah. Akhirnya kami mengalah, kami bosa dah hadap jammed di Kuala Lumpur. 4 tahun dah, keluar gelap, balik pun gelap. Kesiankan anak-anak sebenarnya. Letih 2 ketul tu duduk lama-lama dalam kereta.

Lagipun, aku memang nak tukarkan sekolah Eisya. Sekolah sekarang ni bukan tak bagus, Eisya pun dah selesa. Tapi sebab dia campur semua budak umur 4-6 tahun dalam satu kelas, susah budak nak fokus. Cha pun macam banyak main je. Maka, aku putuskan untuk tukarkan sekolah dan sekolah di USJ. Luckily kat USJ ni melambak-lambak tadika. Dan kebanyakannya semua berdekatan ngan rumah. Pilih je lah nak yang mana. Sampai susah aku nak decide nak yang mana satu.

Mula-mula macam nak Dzul Iman. Ada 2,3 branch Dzul Iman kat USJ ni. Dan paling dekat dengan rumah pun ada, 3 minit je kot dari rumah. Cikgu dia pun duduk kat same apartment ngan kitaorg. Yuran pun okay, masih dalam bajet. RM430 sebulan termasuk daycare. Yuran tahunan pun tak mencekik sangat, dalam 800++. boleh installment. Tapi masalahnya Dzul Iman ni, dia tak terima awal. Paling awal boleh hantar pukul 7.30am. Huhuhu, mana sempat. Maka, KIV lah dulu.

Tengah pikir-pikir, sekali naik lagi 1 banner baru. Nur Kids. Terus terpikat bila dia tulis kat banner tu 'free1 month learning programme' Akak kan pantang nampak perkataan free, memang berkilau-kilau mata akak. Terus save nombor. Dan bila call, rupanya Nur Kids tu rebranding from Little Caliph kat USJ 2 yang memang listing dalam tadika pilihan aku. Owner dia rebranding sebab nak guna module sendiri, tak nak pakai module Little Caliph lagi. Alang-lang call terus tanya soalan paling utama 'start kelas pukul berpa teacher? boleh datang paling awal pukul berapa? Bila Cikgu Murni tu jawab 'kita start pukul 7 pagi sampai 7 malam, lepas pukul 7 baru kira OT' Bagus, kriteria utama dah lepas.

Terus set appointment untuk detail on registration. Sambil-sambil bawak Cha tengok school baru dia. Dia biasalah, malu terlebih. Pastu gesel-gesel ibu 'Chacha tak nak sekolah ni ibu' Huhuhu, sorry Cha. For your own good. Tukar angin ye Kakak.

yuran Nur Kids. Sama je ngan fees Little Caliph.

Tadika budak-budak sekarang. Mengalahkan yuran UiTM ibu. Nasib baiklah boleh bayar ansuran. Kalau tak, puasa lah ibu abah sebulan. Ni baru Eisya je ni. Belum Elma punya lagi. Hhhmm, 2 ketul ni je lah gayanya anak aku. Awatlah mahal bebenor yuran tadika bebudak sekarang ni kan. KEMAS, PraSekolah, PASTI semua ada, tapi semua tak memenuhi demand. Kebanyakannya takde daycare sekali. Habis tu nak campak mana anak aku lepas kul 12?? Tak kan nak harapkan aku gi amik dia, antar transit ke mana-mana pulak. Hmm, tak praktikal. Tu belum kira hal kelayakan lagi. Macam aku yang kononnya 'berpendapatan tinggi' ni, memang tak layak lah kan.. Takpelah, demi anak-anak. Usahalah bagi yang terbaik ikut kemampuan. Demi kepuasan aku jugak.

So, InsyaAllah, next year Eisya akan ke Nur Kids ni. Mungkin 30 -31/12 akan mungkin akan mula hantar dia ke sana, orientasi. Supaya nanti 5/1/2015 takdelah aksi bergolek-golek depan pagar sekolah tak nak masuk. Huhu, seram aku memikirkan hari pertama dia nanti.

*adik, mana ibu nak letak awak ni dik? kakak dah setel.

04 December 2014

Laundry Bar, bukan malas. Gunakan kemudahan yang ada.

Wahhh...busynya 2 minggu lepas. Terus terabai. 2 tahun ni, keje kat tempat sekarang ni memang tak merasalah nak hadap blog selalu. Memang takde masa langsung. Takpelah, puas dah dulu dapat duduk kat opis rileks-rileks, sekarang giliran aku merasa nak lunch pun tak sempat. Tapi kalau dah obses *chewaahh* ku carik jugak masa nak mengemaskini blog. 

Update sikit pun jadik lah. Asal jangan asyik bila bukak blog, entry lama gak terpampang. 

Ni nak citer aktiviti aku ngan Eisya semalam. Seronok rasa cuti di kala orang lain keje. Rasa nikmatnya kalau tiap ari macam ni. Pukul 9 pagi lepak mamak makan roti canai, minum teh tarik dengan anak. Sambil-sambil basuh baju kat self-service laundry. Heaven weh.. Tak dapat tiap hari, seminggu 2 kali pun jadik lah. Dan yang lagi best bab laundry ni. Memang betul-betul buat aku gembira. Rasa senangnya lah jadik perempuan zaman sekarang ni. Banyak sungguh kemudahan tersedia memudahkan urusan rumah tangga.

Kat kawasan rumah aku ada 2 self service laundry ni. Selalu datang memang ada je orang yang guna. Tapi semalam boleh pulak penuh. Semua mesin orang guna. Tunggu lah sekejap. Nak pergi yang lain malas nak start kete semula.

Laundry Bar, USJ 1

Assisstant. Tapi tang masuk coin je lah. Pastu dia lari gi mamak sebelah, bukak tong aiskrim. Amik aiskrim ikut suka. Dia ingat free kot.

Kedai ni bagi aku memang sangat membantu di kala baru balik dari jalan-jalan. Dikala baju kotor dah berlonggok berbukit-bukit, lepas tu kesibukan yang amat sampai takde masa nak membasuh baju. Yelah, mesin basuh aku kecik je. 5kg je. Kalau dah banyak-banyak memang 5,6 round membasuh baru setel semua. Nak membasuh tu tak kesah sangat, tang nak menjemur tu yang leceh. Manalah rumah aku ada ruang nak menyidai baju sekali melambak-lambak gitu.

Maka marilah kita ke Laundry Bar ni. Mesin tukar duit pun ada. Jangan risau. Sedia je duit. Bayaran ikut kilo ye. Mesin 10kg- RM 4.50. Yang 14kg, sekali guna RM 6.00. Sabun, softener semua disediakan. Tapi boleh je kalau nak tambah lagi sendiri punya. Semalam aku guna 3 mesin. 1 mesin 10kg untuk baju Cha ngan Elma. Satu mesin 14kg untuk baju, seluar keje ekwan, baju-baju harian kitaorg. 1 mesin untuk tuala, cadar, sarung bantal semua. Boleh je kalau nak sumbat banyak-banyak, jimat sikit. Tapi risau tak bersih lah pulak. Sekali basuh dalam 15minit. 


Yang paling best laundry ni, warmer lah. Terus kering baju. Balik tinggal lipat je. Lepas siap basuh, transfer ke warmer. Kibas-kibas lah baju tu, jangan bagi bergumpal. Tak kering pulak nanti. Sekali guna RM 4.50. Pilih suhu, tekan start. Tunggulah 25minit. Sebab tu Laundry Bar ni selalu penuh. Sebab dia sebelah kedai mamak, sementara tunggu baju siap boleh makan kat mamak.

assistant. tukang menyepah laundry. habi segala bakul dia susun buat train

Bestkan ada servis macam ni. Memang bahagia hidup perempuan-perempuan feeling busy macam aku ni. Tapi janganlah kata pengguna tegar self service laundry ni pemalas. Tak baik okay. Nanti ahkak sentap. Akak cuma manfaatkan kemudahan yang ada. Bolehlah guna masa yang ada untuk layan anak dengan suami. Walaupun nanti ada gak yang kata 'alah, basuh baju bukan susah pun, masuk mesin tinggal' Memang lah, tapi kalau nak melambak. Carilah alternatif, spent masa sejam setel semua. 

*alah, bukan selalu pun guna. bila balik berjalan je. dan time-time hujan macam ni, nak tunggu baju kering memang bercinta. 

24 November 2014

Riadah Budak Zaman Sekarang

*ni tak pasti bila tarikh kejadian. tapi dah agak lama rasanya. 3 minggu lepas mungkin

Kebelakangan ni, iaitu 3-4 bulan ni memang jarang dapat bawak Eisya keluar berjalan-jalan. Masa Ekwan banyak habis kat kedai. Kalau keluar pun sekadar gi shopping groceries, pastu kuar lunch/dinner kat luar. Memang dah lama sangat tak bawak Eisya outing. Try lah carik masa untuk bawak dia menghibur hati. Rancangnya nak bawak dia ke 'real' taman..bagi berlari-lari atas rumput..tapi mengenangkan Elma. Kita indoor outing je lah ye anak-anak.

Dan ke Mainplace, USJ kami tuju. Sebab itu paling dekat dengan rumah. Sunway pyramid pun dekat tapi Mainplace tu macam mall baru, tak pernah masuk lagi. Marilah kita tengok apa yang ada.

Sasaran kami adalah Kizsport & Gym.
Tengok dari luar macam menarik. Macam banyak facilities dia. Tapi banyak yang tak boleh guna. Nak guna kena jadik member. Bayaran masuk, mahal lah bagi aku kalau dibanding dengan facilities yang dia provide. RM38/kid on weekend. Nasib baik Eisya dah tolak pagar dia dan terlepas masuk, kalau tak aku blah je kot. 



Tapi Eisya dia peduli apa. Main tetap main. Tapi nampak dia tak puas, siap tanya lagi 'ibu, yang pusing-pusing tu takde ke?' Nak buat camne nak, tauke dia kedekut. Caj mahal tapi playland entah pape. Memang ibu pangkah lah tempat ni.

pangkah-pangkah pun ibu tetap tersengih beriya 

Pagi Isnin

Oitt lama tak update blog. 10 hari. KPI nak update pasal Cameron pun tak berjaya dicapai. Adeiih, busy melampau 2 minggu ni. Pagi ni sampai awal sikit. Cuti sekolah kan. Jalan lengang, boleh lah merasa sampai awal. Kalau tal asyiklah berlari-lari kejar punch card. Sebab awal, adalah masa sikit nak hadap blog ni. Dan alang-alang meh lah update apa yang mampu.

Sebelum tu, bancuh air, breakfast kononnya.

Dah lama susu ni duduk dalam drawer. Pagi ni bancuh dan minum. Sedap. Mulai hari ni, pagi-pagi bancuh susu kambing ni segelas, cicah biskut je lah breakfast. Senang. Aku ni bukan lah pengemar susu. Apakan lagi susu kambing. Belajar minum susu kambing masa pregnant Elma. Konon nak elakkan baby kena jaundis, sambil-sambil kawal diabetes aku. Dari paksa-paksa telan, akhirnya terbiasa.



Ok, melambak keje menanti. Tengok task to do tu pun seriau je rasa. Tapi biasalah, keje mana pernah habis kan. Dan seharusnya aku syukur, bila busy maknanya aku masih ada keje. Khidmat aku masih diperlukan dan merasalah dapat gaji setiap bulan. Dapat lah beli jubah baru. Eh..shopping sahaja kau Dayu.

anyway, ni jubah koleksi terkini. beli hari Sabtu, Ahad terus sarung. biasalah dayu. Dia mana reti menyabar. Sedap pakai jubah ni. Kalau berminat boleh terjah IG atau website I-Azrena. Ala-ala JubahSouq ni. Ahkak suka, sebab aku feeling slim pakai jubah ni.

*jubah zawara pun mcm cun je..


14 November 2014

KPI Tengahari Ini


Peristiwa 2 bulan lepas. Baru terhegeh-hegeh godek external hardisk, filter gambar nak update blog. Sesambil pilih gambar nak buat photobook.

*tapi pagi ni akak ada meeting, so akak target tengahari ni blog akak akan mula dilimpahi dengan entry cuti-cuti tahunan kami ke Cameron Highland. Layankan je eh..

12 November 2014

Terliur sesaje

Nak buat camne??? Selera.macam tak reti nak muhasabah diri. Asal tengok.makanan macam sedap.sikit je. Dia punya terliur macam melampau-lampau. Teringin beriya bebenor. Mengalah orang pregnant mengidam. Klau boleh time-time tu gak nak. Timw tu jugak nak makanan tu muncul depan mata. Dan sekarang ni, aku memang tak boleh tahan klau tengok desert. Lagi-lagi kek...uikkss, mengoda sesangat.

Aku teringin sangat nak pecan butterscotch ni. Secret Recipe tak jual dah. Nak beli online, tak jumpa yang bolej hantar ke rumah. Nak buat sendiri...adeihh, tengok resipi terus aku surrender. Tak cukup gigih lagi. Aku kalau kek yang complicated sangat memang tak berbakat. Kek-kek yang simple, bahan pun senang nak dapat rajinlah aku cuba. Bukan apa, buat yang susah-susah, kang tak jadik aku kecewa terus bungkus oven. Baik buat yang peratusan menjadi tu 80%.

Macam carrot cake ni. Nak tingkatkan lagi peratusan kejayaan, minta resipi ngan member yang bakat mem'baking dia mmg dah sama level ngan masterchef.

makan sejuk-sejuk, sedap dia ni

Gigih okay, malam-malam hari lepas budak-budak tidur aku masuk dapur parut carrot. Sekali Eisya bangun join sama. Memang meriahlah dapur aku kan.. Eisya memang seronok bukan mainlah dapat tolong pukul telur. Dapat main mixer, selalu main dalam game je. Srronok gak dapat buat kek ngan Eisya walaupun elok-elok boleh siap sejam jadik 2 jam.. 

Dan tak pasal-pasal 2 hari aku keje balun kek je. Dinner kek, breakfast kek..pastu komplen berat naik.. Tak 'walk the talk' langsung.

10 November 2014

Closest to heart.

From stranger to best buddy..


Macam tak percaya. Tak mustahil Dari entah sape-sape, sekarang jadik teman berkongsi rasa. Teman penguat semangat. Tempat meluah rasa segala yang terpendam. Penenang di kala fikran serabut tak mampu nak jana apa-apa. Teman bertanya segala benda. Tak pernah ada istilah soalan bodoh. Kalau tiba-tiba aku tanya 'eh, camne rupa ikan bawal cermin hah?' Takde yang gelak kan aku..pantas je image ikan bawal tu muncul.. Begitulah kesefahaman dan penerimaan antara kami.

Siapa sangkakan. Tapi itulah kenyataannya. Mereka memang teman yang berkualiti. Biar jarang bertemu, tapi sentiasa rasa dekat. Biar tak sentiasa sependapat, tapi we respect each other.


Harapnya persahabatan yang kita bina ini kekal selamanya. Kita berkawan dari masing-masing pegang status anak dara, sekarang dah jadik mak beranak 2,3..tak mustahilkan nak berkawan sampai dapat menantu 2,3 orang pulak.

*love you dear friends
*yang gambar takde dalam ni tak payah nak drama sangat. kornag lg selalu lunchdate tinggal kan kitaorg kat KL ni..aku sentap dalam diam je ok

06 November 2014

Temuduga HLP 2015

Perrghh!! Memang akak cuak tahap maksima bila dapat tahu tarikh akak akan di'interview. Lama dah kot tak melalui proses temuduga ni. Last skali sebelum bersalinkan Elma. Tu pun untuk HLP gak tapi peringkat JKR lah. Anyway, JKR je yang terlebih rajin nak buat tapisan awal sebelum lepaskan pegawai dia pergi interview dengan JPA. Tapi ada bagusnya jugak...boleh lah bersiap sedia dari awal. Amik aura orang kata.

HLP tu apa?? Kalau tanya orang gomen tahulah kot. Untuk yang non-gomen.. HLP atau nama penuh dia Hadiah Latihan Persekutuan adalah salah satu keistimewaan yg diberikan kepada pegawai profesional kerajaan untuk sambung belajar sepenuh masa, bergaji penuh dan diberi biasiswa. Menarik kan..tapi benda yang menarik ni lah yang susah nak dapat dik oiiii... Yelah, ingat sesenang kerajaan nak sediakan taja belajar free. Mesti lah bagi kepada yang benar-benar layak dan mendatangkan manfaat kepada negara. Setakat nak main-main, tak payah. Buat membazir duit negara je.

Aku interview 4 Nov 2014. Seminggu sebelun tu aku dah tak senang duduk.. Aku risau bab pengetahuan am je. Aku ni dah lah memang ignorance bab-bab isu semasa ni. Maka aku amik keputusan nak fokus kat kertas kerja kajian je. Nak sambung belajar kot, bukan nyer nak interview apply jawatan PTD.

Alhamdullilah. Sesi temuduga berjalan lancar dan aku puas hati dengan performance aku.

Dikesempatan ni aku nak kongsikan pengalaman aku menghadapi sesi temuduga HLP peringkat JPA. Manalah tahu boleh dijadikan panduan kepada yang lain. Tips paling penting. Be confident. Yakin dengan segala apa yang keluar dari mulut anda. Defend your statement. Dan perkukuhkan bahasa inggeris anda. Macam dalam kes aku, 70% sesi temuduga aku dalam bahasi inggeris. Memang tonggang langgang grammer aku. Entah pape je aku cakap agaknya. Tapi balun je. Asalkan maksud tu sampai dan panel tu paham. Macamana nak tahu dia paham?? Kalau dia respond tu, maknanya dia paham lah apa yang kita nak cakap sebenarnya.

Datang awal. Biar kita yang melanguk tunggu giliran dari panel panggil tapi kita takde. Datang awal ni ada bagusnya, mcm aku..dari cuak, nervous segala terus jadik boring tunggu giliran nak kena panggil masuk bilik interview. Hah...panel ada 3 orang. Sorang dari JPA, sorang bhgn teknikal dan sorang lecturer. Dan setiap sesi, dia interview 2 candidates terus. 1 sesi 45 minit. 

Antara soalan yang dituju adalah:
1. Can u please tell me about yourself - ni panel JPA tanya, dia tanya english kenalah jawab english.
2. Kenapa anda pilih untuk buat master dalam highway? Dan kenapa fokuskan kepada road safety?
3. Apa perancangan anda selepas kajian ini selesai? How does it benefit to JKR?
4. How you going to measure the efficiency of the motorcycle lane?? 

Anyway, aku pilih untuk buat master secara coursework dalam bidang Highway and Transportation Engineering. Dan kertas kajian aku adalah berkaitan kajian keberkesanan lorong motorsikal. 5 tahun kat JKR ni aku dok bergelumang pasal jalan, itu je lah yang aku tahu. Kalau tetiba suruh aku buat anything pasal geotek, bangunan ke..memang tercengang lah aku bab teknikal.

Hah..siap sedialah jugak dengan soalan-soalan berunsur provokasi. Ni semua orang JPA punya keje. 
1. 'awak ada anak kecik kan? boleh ke ni nak belajar ni..anak tak kacau ke nanti?'
2. 'kenapa pilih UPM, kenapa tak UKM, UM ke? UiTM ke?'
3. 'tau kan passing mark untuk master B..boleh ke? post graduate tak sama tau dengan undergrade'

Tapi selagi takde soalan-soalan berunsur fakta, pepandailah gubah ayat dan jawapanlah dengan penuh keyakinan. Aku ni pun belum tentu apa nasibnya. Keputusan lambat lagi. Aku tak letak harapan yang tinggi. Ramai kot yang apply. Tapi berharap sangat aku permohonan aku berjaya. Nak jugak merasa jadik student semula, harap-harap otak aku masih belum berkarat.

Yang penting, nak bergambar pakai jubah graduation dengan anak-anak dan suami. Eh kau dayu, belum pape dah pikir konvo.

03 November 2014

Chia Seeds

Member-member lelaki, ex-colleague aku dok sibuk membeli Chia Seeds. Memasing meng'order kat dalam group Whatsapp. Aku pun apa lagi, sibuk lah google..apa yang best sgt Chia Seeds ni sampai kemain galak semua nak membeli.

Hasil meng'google aku pun order sama. Hahaha..memang dasar kuat terpengaruh aku ni. Tapi member lambat lagi nak gi Cosway, so bila jumpa Chia Seeds ni ada jual kat Sogo. Apa lagi...beli lah sepeket. Mahal gak Chia Seed ni. Sepeket ni RM19.90 ni. Tak sampai 500gm pun ni. Aku bancuh dalam air kosong je, pastu sejukkan. 

Ada cara lain tak nak makan biji ni? Macam tasteless sangat je. Masuk dalam milkshake best gak kan.

Beli jugak Organic Baby Oat ni. Untuk Elma. Sebab terasa macam tak seronok je tak kenalkan bijirin kat dia. Nak bagi bubur nasi terasa awal sangat. Tu yang kononnya marilah bermula dengan oat
.

Hasil masuk Sogo lepas balik keje. 

*adeihh, bleh lak aku lupa nak bawak air chia seeds ke opis pagi ni. beriya-iya dah konon nak breakfast chia seeds je

29 October 2014

De Rhu Beach Resort

Ini backdated punya entry. Kejadian berlaku bulan lepas, tapi bulan ni baru aku nak story. Biasalah, bila dah kehabisan bahan segar nak dipergunakan untuk kemaskini blog sebab secara tetiba angin rajin update blog menjelma, kenalah selongkar gambar dan bahan-bahan lama. Nasib baik ada, ada gak bahan nak update. Kalau tak, tak ber'update lah blog aku. 

Ye, bulan lepas aku berpeluang cuti-cuti free ke Kuantan. Rezeki musim sekolah. Opis buat kursus luar kawasan, memang dah jarang JKR buat kursus kat hotel. Jimat punya pasal kan. Tapi tak tahulah tetiba kali ni boleh lak buat kat hotel. Ahkak suka je. Lagi pun ahkak memang tak cukup lagi kursus 7 hari. Baru balik cuti bersalin katanya. Dapat pulak bilik sorang satu, En. Ekwan pun boleh cuti time ahkak nak berkursus ni, apa lagi...marilah angkut anak ngan laki sekali. Seronok lah budak Eisya tu, tiap bulan duduk hotel. 

Kursus hari Rabu, rancang lepas Ekwan balik keje terus nak gerak ke Kuantan. Singgah amik mak mertua aku kat Maran, pastu terus ke De Rhu. Tapi melayan keje Ekwan yang tak sudah-sudah kat kedai, tengah malam jugak baru aku sampai De Rhu ni. Aku peserta terakhir yang check-in. Bilik pun dapat yang paling hujung. Nasib lah. Sape suruh datang lambat kan..

Hotel dia biasa-biasa je. Kata hotel lama kan. Tapi waterpark dia memang terbaik. Seronok bukan main anak aku. Dapat berendam dalam kolam yang super best ni. Puas dia. Aku dapat join Eisya main air pun on last day. Elma tak turun pun, MIL tak nak turun..malas nak berpanas kat bawah. Boleh lah Elma golek-golek ngan Tok kat bilik je. 


ibu bersiap nak gi masuk kelas, anak bersiap nak berendam dalam kolam.


anak beranak kegirangan main air.

3 hari aku berkampung kat sana. Letih. Sebenarnya dalam seronok konon dapat percutian yang ditaja kampeni. Ada gak yang aku menyampahnya. Kalau kursus/bengkel kat luar pejabat ni, memang confirmlah jadual padat yang amat. Jadual sampai ke pukul 10 malam. Letih weh.. Kalau buat kat opis, mau 4-5 hari.. Maka, sebab itulah penganjur bawak kami keluar dari pejabat. Sesambil bagi peluang rileks-rileks... yelah..walau hakikatnya gi rileks tanpa pikir keje tu lagi sorrggaa..

ini perkara wajib. nasib ada colleague rajin layan perangai aku

orang perempuan, biar pun kat site..bergambar tu harus. maafkanlah. tapi ini selepas dengar taklimat ye. lepas smua bersurai.

Habis kursus, balik lah ke Maran. Alang-alang kan, duduklah kampung weekend tu. Tapi laki aku busy ke main, telefon bunyi tak henti-henti. Nak tak nak, pagi Ahad balik lah kami. Sampai je terus Ekwan ke kedai. Macam-macam job nak kena setel katanya.. Sian laki aku, terkejar-kejar. Rehat pun tak cukup. Adatlah niaga kan, susah-susah dulu..dapat hasil nanti boleh ahkak anak-beranak tumpang sebadan.

27 October 2014

Makanan Anak

Ini lah aktiviti wajib aku setiap minggu sekarang. Masuk Mydin atau Fresh Boulevard pun bahagian sayur dengan buah aku terjah dulu. Macam-macam aku beli untuk buat stok puree Elma. Konon nak buat sekali banyak-banyak pastu frozen kan. Tapi tetiba rasa buat je lah 2,3 hari sekali. Mesti yang fresh lagi sedap kan. Lagipun, kan ada Baby Bullet. Alah, buat puree bukan leceh mana pun..5 minit siap. Nak tunggu dia sejuk tu je yang lama sikit.

So minggu ni, menu Elma adalah:
- puree Avocado + pisang
- puree pear dan carrot


Aku dah bungkus elok dah steamer tu. Tapi demi anak, aku sanggup selongkar keluarkan. Sebelum ni aku rebus je apple nak buat puree. Tapi risau kemanisan buah tu hilang dan mengacau selera Elma, ku gigihkan juga. Demi mu anak...semua untuk mu. Tapi memang ye lah, pear ngan carrot yang aku steam tu bila dah blend..manis je. Sedap je. Dapat ke Eisya memang habis lah 2,3 bullet dia kerjakan.

Pengemar Puree Labu. Tapi akan menyebabkan dia kembung perut. Ibu kena carik resipi lain untuk dijadikkan favorite awak selain epal. Kacang peas ok dik? Betik? Honeydew?? Nanti kita cuba ye.

*macam-macam ada dalam peti ais aku stok nak buat puree elma. layankan je lah mak dia yang tengah excited tahap infinity ni.

Apa nak buat ni?

Sejak 2,3 minggu ni Eisya memang liat sungguh nak pergi sekolah. Nak bangun pagi suruh mandi pun susah, sudahnya selalulah tak mandi pergi sekolah. Gosok gigi dengan basuh muka je. Tu pun puas kena pujuk.. Kitaorang dah lah nak kuar awal pagi-pagi, lambat sikit memang pukul 9 lah sampai jawabnya. Nak melayan kerenah dia pagi-pagi..memang selalulah aku hilang kesabaran. Maka, biarlah abah dia yang uruskan dia. Dapat kat ibu, tak pasal-pasal menyinga kang subuh-subuh.

Sampai sekolah pun selalunya mesti berdrama airmata dulu. Seboleh-boleh dia kata 'chacha tak nak gi school, chacha nak duduk rumah' Pelik aku. Awal-awal masuk tadika dulu, bukan main suka lagi gi sekolah. Bangun pagi senang, mandi senang. Weekend pun tak menyabar nak gi sekolah semula. Ni bila tetiba jadik gini, curiga gak aku. Bila tanya kenapa tak nak gi school, dia kata 'kawan buat Chacha, nama dia Haikal' Pulak dah.. Kena buli ke anak aku kat sekolah. Eisya tu memang lah jenis pendiam. Kat sekolah tak bercakap, orang tanya baru dia jawab. Berubah 100% okay perangai kat rumah dengan kat sekolah. Memang seronok lah orang nak membuli.

Bila bagitau cikgu pasal ni, memang cikgu dia aware. Budak nama Haikal tu memang suka buat/kacau/carik gaduh dengan budak-budak lain. Masalahnya budak tu kecik je badan dia. Tak padan kecik, kuat membuli. Cikgu perasan Eisya selalu kena dengan dia. Eisya pulak jenis tak melawan. Mengadu pun tidak..Selalu kawan-kawan dia yang lain yang bagitahu kat cikgu Haikal buat Eisya. Alahai anak aku..lembik bebenor.

So, aku minta cikgu perhatikan sikit Eisya, dan cuba jauhkan Haikal dari dia. Yang aku geram, mak si Haikal ni boleh pulak tak percaya anak dia suka buat orang. Bila cikgu bagitahu, selamba jawab 'haikal tak kan buat orang kalau orang tak buat dia' Eklehh, over protective lah kau ni. At least cuba respon 'ye ke?? hhmm..nanti akak cakap dengan dia, kalau betul dia buat orang, akak pesan, tak elok buat kawan macam tu' Lega sikit hati mak bapak yang lain ni. Ni nak menidakkan perkara yang dah memang kenyataan. Tolong lah...

Nak pertahankan anak pun agak-agaklah. Dari kecik ni lah nak ajar anak-anak jangan bergantung sangat kat mak bapak. Mak bapak pun jangan biasakan sangat membela anak. Lagi-lagi bab macam ni. Memang makin naik tocang lah budak tu, ada mak nak bela dia. Aku tengok si Haikal tu besar kecik, besar kecik je petang-petang hari. Nasib parent dia takde, kalau lah terserempak memang aku cakap je terus kat mak dia, suruh nasihat sikit anak dia tu.

Tolonglah, jadik mak bapak ni..kalau memang anak kita buruk perangai, tolonglah terima..jangan nak denial sangat. Menyusahkan orang tahu tak. Lainlah kau simpan anak kau tu elok-elok dalam rumah, tak bercampur dengan orang. Buruk-buruk pun boleh dibentuk lagi, tapi kalau kau nafikan, terima je..memang sampai ke besar lah gitu je perangai dia.

Geram weh, Eisya kata Haikal letak kaki kat muka dia, tolak kepala dia time dia duduk color book.. Eisya tak kacau apa pun, dia sesuka buat Eisya sebab Eisya jenis tak melawan. Sampai Eisya takut/tak suka dah nak pergi sekolah. Kalau Eisya ngadu lagi, memang aku sanggup kot tunggu mak dia datang dan cakap terus. Peduli apa aku. Anak kau kecik-kecik dah genagster. Nak meng'gangster gi sekolah lain, tak payah duduk sini.

Sakit hati aku dengan budak gini. Sebab perangai tak senonoh kau, anak aku yang tak nak pergi sekolah.

24 October 2014

Makanan Anak

Aku memang agak rajin bab makan anak time dia baby. Bukan main rajin, semua nak homemade. No nestum, no cerelac katanya. Bukan main lagi azam ko kan Dayu. Tapi begitulah aku. Dari zaman Eisya. Tapi Eisya bukanlah pemakan budaknya. Beriya aku bangun pagi sediakan bubur, sikit je dia makan. Tapi aku tetap tak putus asa. Alhamdullilah, memang Eisya makan masakan aku je. Walau sedikit. Banyak buang dari dia makan. Tak pernah makan nestum. Pernah jugak aku cuba bagi nestum tapi dia tak nak. Dah terbiasa makan, masakan ibu agaknya. Ke ibu masak sedap?? *hehehe*

Bila giliran Elma ni, haruslah semangat aku kembali berkobar-kobar. Menghitung hari aku menunggu Elma berusia 6 bulan. Tak sabar nak bagi dia makan. Alhamdullilah, puree epal yang aku kenalkan sebagai makanan pejal pertama dia diterima seadanya. Seadanya sebab tak reject, tak teruja tahap melampau. Tu pun aku dah cukup gembira. 



puri labu penuh kasih sayang.

Kelakar tengok muka pelik Elma masa 1st time rasa puree epal tu. Kerut-kerut dahi. Habis kotor baju. Pertama kali katanya, baru nak belajar macamana nak makan. Bila dah 4 hari makan, nampaklah dia dah reti macamana nak telan makanan tu, takde lah terkeluar-keluar. 


Masih buat muka pelik bila diberi makan puree epal. Tapi alhamdullilah, makan tetap makan. takde lah kena reject sepenuhnya. kena bersabar lah suap dia makan untuk habis se'bullet tu.

juih-juih lidah, habis jugak 1 bullet.

Sangat bermanfaat baby bullet ni. Pembelian yang berbaloi. Dan aku jadik makin kemaruk lak bab nak sediakan makanan Elma ni. Habis segala benda di google. Jumpa macam-macam resipi. Terus tak sabar nak bagi Elma rasa. Weekend ni nak try avocado + pisang, pastu pisang + honeydew..mana yang sedap, boleh aku ngan Eisya balun sekali.

Issk, teruja lain macam ibu korang ni.