30 October 2015

Syukur Alhamdullilah. Terima Kasih.

Eh 9 je entries aku bulan Oktober ni? Hahaha.. Ni pemalas ke busy punya angkara ni? Akak pun tak pasti, malas kot yang lebih. Biaslah, mood blogging ni susah sikit nak kawal. Kadang semangat bukan main, sampai 2,3 entry sehari. Datang hangin malas ni, seminggu ada 1 entry pun dah syukur. Ni kira akak tengah fasa bermalas-malasan lah ni. 

Sekarang ni akak dalam fasa bergembira. Gembira sebab rasa sangat dimurahkan rezeki. Syukur sangat sebab segala permintaan dan doa aku seakan dimakbulkan. Terasa segala rintihan aku didengar, segala urusan aku dipermudahkan. Sebelum ni, dah beberapa kali rasanya aku luahkan rasa kebimbangan aku nak menghadapi sesi persekolahan Eisya. Puas aku pikir cara nak menguruskan Eisya bila dia sekolah nanti. Walau ada 2 tahun lagi sebelum dia mula sekolah, aku dah resah pikir dari sejak dia umur 4 tahun lagi. Yelah, bagi next year dah kena daftar dan pilih nak sekolah kat mana. Orang lain dah daftar lama kot, aku baru terhegeh-hegeh nak daftar.

Akhirnya last week aku buat keputusan, sekolahkan Eisya di kawasan rumah. Aku tak sanggup nak libatkan dia sama dalam kehidupan menghadap jalan jammed ke Kuala Lumpur. Pilih sekolah yang berdekatan dengan tadika transit. Pilihan yang ada, adalah tadika sekarang. Dan kebetulan current tadika juga uruskan sekali hal transport dari sekolah ke tadika. Ambil kira, kawan-kawan sekolah pun dari kawan tadika, dia dah kenal cikgu.. Aku pun dah kenal dan percaya cikgu tadika dia sekarang, yakinlah sedikit nak bergantung harap uruskan Eisya waktu tengahari tu. Hmm, banyak Eisya berkorban. Takpelah Eisya demi meneruskan kelangsungan hidup. Sesungguhnya ibu dan bah sentiasa berusaha mendapatkan yang terbaik untuk urusan kehidupan seharian kita ni.

Dan seakan memahami kegelisahan aku ni, betapa aku berharap Eisya dapat bersekolah berdekatan dengan tempat aku kerja. Aku dengan Ekwan pernah terfikir nak pindah ke Kuala Lumpur okay, bagi membolehkan Eisya sekolah dekat dengan tempat kitaorang kerja. Tapi sebab option tu memerlukan kos yang tinggi, dan mcm tak berbaloi. Option tu terus dilupakan. Mungkin dah memang rezeki aku, minggu lepas aku dapat panggilan yang sangat tak terduga. Nasib baik sekarang ni akak memang akan jawab segala panggilan, Kalau ada missed call pun, akak dengan rajinnya akan call semula. 

Dan panggilan itu adalah dari Bahagian Pengurusan Hatanah (BPH). Excited akak masa dapat call tu. Mahu tak excited. Dapat call tanya berminat tak nak duduk kuarters. Tapi dalam excited tu akak macam blur-blur. Bila officer BPH tu cakap 'besar rumah tu puan, 6 bilik' Terus akak ' Nak.. Saya nak duduk kuarters tu' Hahaha.. Gelojoh kan. Officer tu kata, kalau takde apa-apa masalah dia akan keluarkan surat tawaran dan akak akan dimaklumkan semula. Terus akak bagitau pakcik Ekwan. Pakcik tu pun excited. Sape tak suka weh dapat duduk kuarters kat Kuala Lumpur ni. Rumah besar, dekat dengan office, murah.. Syukur sangat, akhirnya peluang tu muncul jugak untuk aku.

Alhamdullilah. The unit is officially ours. 

Walaupun hanya kuarters, dia punya happy tu macam dapat rumah sendiri. Lama kot aku tunggu. 7 tahun okay. Masuk-masuk keje dulu, inilah perkara pertama aku buat. Apply kuarters. Konon hajat di hati nanti lepas kawin bolehlah duduk kat kuarters. Hah.. Anak dah 2 hah baru peluang tu muncul tiba. Takpelah, lama menunggu.. Asalkan akhirnya jadik kenyataan. Dan bermulalah sesi tadika dan taska hunting lagi. Ini memang perkara paling malas aku nak buat. Dah lah tak familiar dengan tempat ni. Arrrgghh... Dah lah kena masuk kuarters ni dalam masa sebulan. Huhuhu.. Baru ingat nak start duduk sana tahun depan. 

Nasiblah ada kenalan yang duduk sana, boleh lah minta rujukan. So weekend ni kenalah buat lawatan tapak. Tinjau-tinjau apa yang patut. Sekolah Eisya pun nak kena daftar balik. Tetiba macam banyaknya benda nak kena settle. Nak kena kemas rumah sekarang. Aiyoyoyo.. Akak baru nak fokus trip kami hujung bulan 11 ni, dah nak kena pikir macam-macam. Otak akak ni dah lah tak boleh multitasking, kalau cuba gak nanti dia terus corrupted. So akak rasa akak nak settle kan sekolah anak-anak dalam minggu depan, pastu nak fokus trip. Huhuhu.. Tapi bila nak settle registration daftar masuk kuarters ni.. Dah lah nak kena buat macam-macam, ada tempoh sebulan je pulak tu.

29 October 2015

Lunchdate dengan Pakcik Botak

Lunch date katanya kan.. Hahaha.. Lama sungguh rasanya tak kuar makan tengahri dengan pakcik ni. Busy bebenor. Bila ajak kuar lunch sama, mesti selalu dia kata tak boleh. Banyak keje katanya. oklah. I gi lah makan kat kantin je. Kadang tu dah siap offer kita belanja, makan sedap-sedap.. Pun dia tak nak. Tapi kali ni dia akur je lah dengan permintaan bini dia, sebab dari minggu lepas kot aku request nak makan kat Seoul Garden. Tak tahulah apa yang teringin sangat.

Ke Sunway Putra Mall lah kami laki bini, itu yang terdekat. Beriya aku suruh awal, pukul 1 lebih gak baru pakcik tu sampai. Akak baru pasang niat nak melantak lama-lama. Hmm, saje lah tu tak nak kasik akak makan banyak-banyak, tu datang lambat. Huhuhu.. Tapi biasalah Ekwan, hujung-hujung bulan lagi busy. 

pakcik botak. eeii, nape dia nampak kurus kat dlm gambar ni.

Kat Seoul Garden ni kuah sup dia tu kan ada pelbagai rasa. Mula tu aku pilih kuah tomyam je. Pastu Ekwan kata 'apa barang, makan kat kedai korea.. amik kuah tomyam' Yelah..yelah. Amiklah kuah Kimchi apa ntah. Sedap. Bukan main lagi aku hirup kuah dia. Memang puas makan buffet gini. Awal-awal tu gaya orang kebulur sungguh makan, tak sabar tunggu daging tu masak. Masuk 2nd round slow je kunyah, masak kali ke-3, siap gaduh-gaduh manja lagi paksa habiskan. Berbaloi rasanya untuk orang yang kuat makan macam kami ni, makan buffet kat Seoul Garden ni. RM36 per person. Oklah.. Makanan sedap, unlimited. Sesekali. 

Dapat makan berdua dalam keadaan tenang macam ni tanpa budak-budak, seronok je rasa. Kalau bawak 2 ketul tu makan kat kedai gini, huhu... Aku rasa berkali-kali kot pinggan jatuh ke lantai, pastu mesti bersepah lantai tu. Tapi kalau ada derang, seronok jugak. Hiruk pikuk tu baru meriah. Next time boleh datang dengan budak-budak.

akak gemuk. tengoklah pinggan depan dia tu. belum lagi tengok yang kat tepi

Tekak ni teringin macam-macam. Nak Shell Out lah.. Tapi rasa aduhai, mahal bebenor. Buat sendiri lagi bagus. Tapi setakat aku anak beranak, alahai.. Tak meriah. Konsep makan berlonggok ni, ramai-ramai baru super heaven. Balik kampung boleh lah kot. Hmm, hancur musnah gitu je lah plan diet aku dengan selera macam ni.

27 October 2015

Kehidupan Mak-Mak

Aku ni sukalah jugak bab masak memasak ni. Dan aku memang lagi suka makan kat rumah. Masak sendiri. Lagi puas. Ikut selera kita. Jimat dah semestinya. Memang time beli barang basah, time shopping grocery tu terasa jugak barang dah makin mahal. Dulu aku rasa kalau gi Mydin tu, tak sampai RM300 pun sekali shopping. Tapi sekarang memang RM300 lah, kalau amik barang merepek sikit, jadiklah RM300 lebih. Barang makin mahal, makanan pun naik harga. Nasi goreng biasa pun RM5.50. Tomyam RM7 semangkuk.. Sekali makan kat luar memang RM20 tu wajib. RM20 ni dapat siakap size sederhana 2 ekor kat Mydin tau. 

Zaman-zaman segala benda mahal ni, marilah berusaha sedaya mana untuk berjimat.

Dan salah satunya aku pilih untuk pastikan selalu makan di rumah. Masak sendiri. Dan bagi memastikan hajat aku termakbul, aku kena gunakan kaedah Pre-Cooked Meal. Semuanya dah tersedia. Balik keje aku tengah panaskan aje. Jadik mak bekerja ni, kenalah pandai carik opsyen memudahkan kerja. Nak kelam-kelibut balik kerja, alahai, kang tak pasal-pasal aku berhangin je. Elma dah lah jenis nak makan cepat. Balik-balik dah sibuk minta susu. Aku lak memang kalau boleh tak nak bagi dia susu sebelum makan. Lagipun, kang nak kejar maghrib lak.. Bila semua dah ready, senang banyak keje aku petang-petang tu.

Antara lauk Pre-Cooked yang disediakan. Satu bekas untuk sekali makan.

Sambal udang/sotong dan Tomyam tu memang menu wajib ada setiap minggu. Tomyam tu favorite Eisya. Dia kalau makan lauk tomyam, lajulah sikit makan. Tak payah nak terpekik-pekik aku panggil dia makan. Paprik pun menu yang pasti ada dalam seminggu. Bukan apa, senang aku habiskan stok serai dengan daun limau purut tu. Kalau tak terus guna, layu gitu je lah. Selalunya aku sediakan lauk-lauk ni petang Ahad. Tak pun Sabtu. Lepas Elma tidur, ke dapur lah aku. Tak lama pun nak prepare semua ni. lagi-lagi kalau bawang cili semua dah siap blend. 

Simpan siap-siap dalam bekas untuk sekali makan. Sekali defrost je. Tapi selalunya aku tak frozenkan pun. Just letak kat chiller. 

Sos bolognese dengan cabonara pun aku buat stok siap-siap. Yang ni selalunya akan disejuk bekukan. Sebab tak tahu lagi nak guna bila kan. Asingkan lah 1,2 bekas kat chiller untuk bekal breakfast Eisya dan Elma. Eh, jangan tak tahu.. Muffin pun aku buat stok okay. Yelah, sekali buat kan selalu dapat banyak. Makan nyer 4,5 ketul je. Maka, mak kau sumbat je lah dalam peti ais. Nak makan, masuk oven panaskan. Senang keje mak kau.

Seafood Aglio Olio. Pun pre-cooked. Nak makan, panaskan aje.

Kebab Daging. Isi dia tu, aku buat banyak-banyak. So pagi-pagi tengah panaskan roti pita tu, panaskan daging dan sumbat dalam roti. 

Bila dapat jimatkan banyak masa bab memasak, bolehlah aku gunakan masa yang berjaya dijimatkan tu untuk lipat baju, gosok baju, mop lantai rumah.. Hhmmm,banyaknya lah keje rumah kan. Tetiba terasa nak amik maid. Dah lah tadi ada colleague citer dia amik underground maid kos RM2000 je. Tetiba terasa berminat. Huhuhu.. Tapi tu lah, rumah seciput gitu pun nak pakai maid, apa ke malas bebenor kau ni Dayu. Tapi tu lah, nanti kalau Eisya dah sekolah, boleh lah kot dipertimbangkan semula.

20 October 2015

LEGOLAND® Theme Park: Part 2 *last kot*

Sambung balik kisah penjelajahan kami ke Legoland ini. Seharian kat sana, dari pagi sampai ke petang. Penat memang penat tapi layankan aje lah. Dah masuk, kenalah explore puas-puas kan. Walau pun free, kena manfaatkan sepenuhnya sebab tak tahu bila lagi nak merasa. Tak merasa dah kot, sekali ni je lah masuk Legoland. Lagipun budak Eisya tu cergas je lagi. Mak ayah aku pun rileks je lagi, boleh lagi nak berjalan. Maka, marilah kita teruskan.

Bila dapat masuk kat kawasan ber'aircond tengok 4D cinema, rasa macam tak nak keluar. Hahaha..seronok je sejuk. Dah lah basah kena sembur dengan air. Pengalaman pertama Eisya tengok 4D movie, seronok bukan main budak tu. Bising mulut dia.. 'Ibu, bird tu lalu depan muka Chacha!!' Kang jap lagi 'Ibu..Chacha rasa boleh pegang monkey tu' Yelah.. Yelah.. Elma pun macam paham je. Kusyuk je dia, dengan cermin mata 3D tu. Seronok jadik budak-budak ni.

Budak tu acah-acah berani je. Bila crane tu bergerak, mulalah cuak, lagi-lagi time crane tu turun. Ekwan kata sejuk je tangan dia. Hahaha...tu lah tadi eksen sangat. Bila tengok balik video pun gelak je tengok muka cuak dia. 

Elma duduk bersantai bersama Opah dan Elsa. Sayang benor dia dengan Elsa tu. Ke mana-mana Elsa mesti ikut sama.


Eisya malas nak layan aku posing kat kaki giraffe, dia sedang berusaha nak masuk dalam kedai tu ushar set lego. Tapi percubaan dia tak berjaya sebab sebenarnya tu adalah baby area bukan kedai lego. Padan muka..

Land of adventure ni best. Eisya siap main lagi roller coaster sampan  kat Dino Island. Mak aku kata dia yang cuak tengok Eisya kat dalam sampan tu masa sampan tu terjun. Risau cucu dia tercampak. Huhu.. over mak aku.

Kat area ni Eisya berusaha sungguh-sungguh minta belikan dia mainan. Puas aku menepis. Masuk dalam kedai, segala benda dia pegang dan belek. Puas bodek minta belikan. Masalahnya, kang belikan dia. Mesti Elma pun nak jugak. Maka, nak adil. Tak payah beli langsung. Pujuklah selagi mampu. Tapi bila kat area booth ni memang tak mampu dah nak menepis. Jomlah kita cuba nasib, mana tahu ada rezeki dapat lah patung seekor. Carik yang paling berpotensi nak menang. Dan mainlah yang ini. Budak yang jaga tu punya beriya kata 'Memang akan dapat kak, besar dengan kecik je' Rezeki Eisya, mak dia spent RM35 dapat seekor beruang saiz sederhana.

Lepas dapat beruang purple, senyap. Takde lagi sibuk minta lego. Tapi mak ko pening, dia berebut dengan Elma lah pulak. Nasib mood dia baik, mengalah, Bagi Elma gomol dulu beruang dia.

Orang suruh dia yang duduk dalam stroller tu, dia sibuk nak tolak Elsa pulak si Elmo ni.

Happily Elma. Seronok sangat dia dapat lepas bebas macam ni. Hajat hati nak kejar kakak, tapi kakak jauh dah ke depan. Teman atok ngan opah je lah.

LEGO® City adalah kawasan yang paling best bagi aku. Memang tempat untuk budak sepenuhnya. Patutlah ramai yang suggest suruh explore area ni dulu. Memang best, mak bapak pun lupa diri sekejap layan anak-anak main. Seronok oiii. Lagi-lagi masa main-main jadik bomba kat Rescue Academy ni. Huhuhu.. Berpeluh-peluh mak ayah kau Eisya nak gerakkan kete bomba ni, kau rileks je pegang stereng sambil jerit 'Laju lagi abah..laju!!

Basah baju abah layan Eisya jadik bomba.. Ibu menang sorak je dari atas kete bomba

Okay.. Tahniah anda dah lulusa jadik bomba. Boleh gi belajar amik lesen pulak.

Lengang je kan.. Seronok sungguh rasa. Eisya dah berlari jauh ke depan.

Junior Driving School. Kena main yang ni je sebab umur baru 5 tahun. Bawak kete yang ni pun asyik berlanggar je.  Aku rasa budak yang jaga tempat ni mesti letih. Keje dia pergi meleraikan kereta budak-budak ni je. Tapi bila dah 2nd round pandai dah Eisya kawal stereng tu. Siap abang tu offer main seround lagi. Sebab takde orang kan.. Tapi Eisya geleng kepala.

LEGOLAND® Boating School.
Seronok budak kecik tu. Tergelak-gelak dia. Bukan main riak dia dapat pulas-pulas stereng boat. Frust pulak takde gambar aku dengan Eisya. Patut pass 1 kamera ke Ekwan. Ada 3 kamera dlm beg aku okay. Berat aku pikul ke hulu hilir.

Anak beranak kepenatan. Waktu ni Eisya beriya ajak naik train LEGOLAND® Express tu. Tapi masalahnya kita orang dah terlepas entrance point dia. Nak patah balik tu.. aduhai, tak larat weh nak berjalan. Lagipun dah pukul 6.30pm waktu ni, mesti dah tutup dah.. Ajak lah dia main Aquazone Wave Racers. Lupalah dia pasal choco train.

Suka tengok gambar Elma ngan mak ayah aku ni. Lately ni Elma dah pandai amik gambar tersenyum. Macam dah paham kalau nampak kamera kena senyum.

Sampai pukul 7pm kitaorang masih kat dalam Legoland ni. Sempat main roller coaster Project-X. Hilang semangat sekejap. Budak yang jaga tu siap offer 'main sekali lagi kak, mesti akak tak jerit-jerit dah' Huhuhu.. Mesti tadi dia perhati muka pucat lesi aku kat skrin.. Tapi takpelah, dapat turun ni pun akak dah syukur. Tak kuasa nak menempah maut sekali lagi. Cukuplah sekadar dah merasa, so kalau orang tanya, akak boleh gebang akak takdelah penakut. Eisya tengok aku dengan Ekwan kat atas tu, dia kata 'Chacha takut tengok ibu macam nak jatuh' Huhuhu.. Saja usik dia 'Cha nak naik benda tu?' Cepat-cepat dia jawab tak nak.

Lepas tu terus gi amik beg kat locker kat Waterpark. Risau je tak boleh amik dah sebab patut kena amik by 6pm. Nasib baik locker masih tak tutup. Kalau tak tak pasal-pasal je nak kena datang semula esok amik beg. Tapi yelah kan, dah park tutup puku 7pm. Tak kan locker nak tutup awal even waterpark tutup 6pm.

posing je lah depan hotel. nak masuk tak mampu.

Eisya tak habis-habis tanya 'kita tidur kat sini ke malam ni ibu?' hohoho.. tak payah, dah jom balik umah atok ngan opah kau. tu lah binatang purple yang dia dapat hasil menangkap ikan tadi.

Hari yang super penat, tapi Super Seronok!! Terima kasih sekali lagi kepada Scott's Malaysia sebab taja lawatan kami ke Legoland ini. Ada rezeki, InsyaAllah, dapat lah masuk lagi. Boleh main apa yang tak sempat nak main. Ada fews kawasan dan mainan yang tak sempat singgah dan main. Harap-harap dapat peluang masuk free lagi. Jom kita meng'contest!! 

Bye Legoland!! Mak aku boleh tahan bab posing ni tau. 


19 October 2015

Kaedah Menabung yang Agak Efisen

Aku ni agak sukar jugak nak menyimpan. Kena dipaksa-paksa. Kalau tak, habis gitu je duit dalam akaun tu. Tak tahu ke mana lagi naya. Kalau nmpak barang yang dibeli, legalah sikit. Tapi kalau tau-tau 'Eh, tinggal gini je duit aku, aku buat apa je?' Mulalah insaf. Tapi sekejap je. Not good.. Not good. 

Ikutkan, aku ni boleh je simpan at least RM500 sebulan. Yelah, perbelanjaan aku gi keje bukan banyak mana pun. Peruntukan untuk makan je. Gi keje ngan Ekwan, kos dia tanggung 90%. Aku tolong topup Touch N Go hanya bila disuruh. Hahaha.. Untungnya lah kan ada suami. Bahagia sungguh rasa hidup. Grocery pun selalu aku buat-buat lupa ingatan bila sampai kat cashier, buat-buat busy kuarkan barang dari trolley, pakcik tu jugak lah yang setel, Aku hanya bawak kuar purse aku time gi Speedmart, gi Mydin Mart.. Tu sebab kalau gi Mydin besar, memang aku pastikan semua cukup, takdelah nanti nak kena menyinggah kedai-kedai runcit kan. Strategi... Strategi jimatkan duit sendiri. Hahaha.. Rasa keji pulak perangai aku ini.

Tapi sesungguhnya, aku banyak cover kat bahagian lain. Kau ingat aku kejam sangat ke nak buli laki gitu sekali. Bil-bil kat rumah, yuran taska Elma, yuran tadika Eisya semua aku yang kena setelkan. Kira adil lah. Bahagi sama rata. Tapi haruslah Ekwan lebih sikit. Orang pesan, laki ni memang kena bagi dia komitmen perlihara anak bini lebih sikit, baru lah dia tak rasa selesa sangat. Buat apa-apa semua dulukan anak bini. InsyaAllah, kuranglah sikit potensi nak buat perangai.

Ya Allah, melalutnya aku. Nak citer hal menabung kot. Apa kau merepek ni Dayu oiii??

Okay.. Okay, kembali ke topik asal. Menyedari betapa perlunya aku menyimpan. Sedar diri yang duit saving sangatlah ciput. Kalau emergency, hhmm.. hilang arah. Aku mulalah menyimpan sikit-sikit,. Paksa diri, setiap bulan dapat gaji terus transfer sekurangnya RM300 ke ASB. Hujung bulan, baki gaji bulan lepas, semua aku transfer ke ASB. Dapat lah jugak simpan at least RM500 sebulan. Tapi haritu masa heboh orang membeli goldbar, aku pun terpengaruh gak. Takde dah orang simpan duit dalam bank katanya, Orang semua beli emas sekarang ni. Start dari tu, aku tak simpan cash dah, Semua beli goldbar,. Duit raya budak-budak pun belikan emas.

Tapi tetiba rasa, aku tetap perlukan simpanan dalam bentuk tunai. Tambahan pulak, hujung tahun ni nak gi Hong Kong. Tak naklah keluarkan duit saving untuk belanja holiday. Terus aku terfikir nak bukak tabung Hong Kong. Kat facebook, banyak je orang share kaedah menyimpan kan. Dan aku tertarik dengan 1 kaedah ni. 

Menyimpan Ikut Tarikh. Alhamdullilah, dah masuk bulan ke-3 aku menabung guna kaedah ni.

Bila dah cukup sebulan tu rasa macam tak percaya jugak aku boleh menyimpan banyak gini. Macam tak sangka, simpan sikit-sikit, cukup sebulan besar jumlah yang terkumpul. Betullah kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadik bukit. Kena teruskan paksa diri menabung. Dah mula ni, kena pastikan akan berkekalan teruskan. Jangan hangat-hangat Mak Jemah je.

Rezeki pun agak murah tahun ni. Syukur. Memamg tujuan aku buat tabung ni untuk dapatkan duit belanja ke Hong Kong nanti. Tapi mungkin tak perlu kot, duit Nuffnang ngan duit APC aritu cukuplah kot. Tak cukup, Ekwan cover. Hahaha... Alah, setakat duit makan, duit transportation, shopping souvenir sikit. Cukuplah. Aku bukan nak shopping beriya. Not so me. Aku jenis yang kalau gi berjalan, bukan nak shopping. Maka, duit tabung ni boleh lah simpan untuk keperluan dan kehendak lain. Shopping sofa baru kat IKEA ke.. Almari baru ke.. Handbag baru ke.. Amboii sangat kan nafsu membeli kau Dayu.

Marilah kita sama-sama menabung!!

15 October 2015

Rezeki.

Yang dinanti telah tiba. Yeay!! Terasa cepat pulak dia sampai. Yelah, betul orang kata, kalau kita tak beriya menunggu, tahu-tahu dah sampai. Memang kena buat-buat lupa lah. Dulu-dulu aku siap pangkah kalender lagi tunggu dia sampai, terasa lama bebenor. Kali ni, tetiba dah atas meja. Waah!! Gembira bukan main akak. Apa ke bendanya yang sampai tu??

Benda ni hah.. Alhamdullilah, rezeki tahun ni memang murah bersama Nuffnang. Dapat beberapa sponsored posts. Dapatlah merasa amount dalam akaun Nuffnang bertambah segera. Keluarkan sebab nak simpan siap-siap untuk annual trip hujung November nanti. Bila spent kat benda macam ni, barulah nampak kat mana perginya duit hasil blogging aku.

Rezeki 2015 bersama Nuffnang

Makin bersemangat akak nak berblogging. Dan semoga rezeki bersama Nuffnang akan berterusan. Seronok. Buat benda yang kita suka, and been paid. Takdelah sia-sia. Saja aku tak blurkan amount cheque tu. Takde niat nak menunjuk. Alah, sikit je kot. Blogger lain ada dapat sampai belasan ribu. Apalah sangat nilai cheque akak tu. Aku nak naikkan semangat member-member yang dulu sama-sama aktif to start blogging smula. Marilah teruskan, jangan berhenti. Jangan kata ' alah dayu, kau seronoklah nak blogging sebab sokmo dpt event Nuffnang' Itu bukan semata-mata sebab aku masih di arena blog ini, hakikatnya aku masih terus pelihara blog ni sebab minat. Sebab inilah antara medium yang aku ada abadikan kisah dan pendapat aku. Dapat job Nuffnang tu memang lah antara faktor, nak kena maintain traffic, so barulah klien minat nak assign job.. Tapi itu bukan sebab utama.

Maka, marilah kembali menulis blog. Once a blogger, always a blogger. Gitu katanya... 

09 October 2015

LEGOLAND® Theme Park: Part 1

Sambung semula citer Legoland yang tertangguh.

Eisya bukan main seronok kat dalam ni. Walaupun mulanya tadi muka bukan main monyok lagi. Monyok sebab permintaan nak beli set lego tak dipenuhi. Giler mahal lego kat dalam ni. Memang tidaklah aku belikan. Pujuk-pujuk..bagi janji palsu. Lupalah dia. Masuk je dalam theme park, terus lupa. Berlari sesuka hati dia je. Nasib lah orang tak ramai sangat, mampu lah mata aku nak memerhati. Elma pun masuk-masuk dalam ni tidur. Penat main air. 

budak merajuk tak dapat lego. 

Masuk-masuk je Theme Park kami tuju ke sebelah kanan dulu sebagaimana dicadangkan semua orang sebab kat sebelah ni banyak mainan yang sesuai untuk budak-budak umur Eisya. Tapi bila tuju ke sana, tengok-tengok tersergam besar kedai lego depan mata. Cepat-cepat kita orang patah balik ke sebelah kiri. Hahaha... Nasib Eisya tak perasan. Dia tak perasan sebab dah berlari masuk dalam Technic® Twister ni. Teruja sanagat dia. Beriya bukan main, dah siap duduk sekali kena panggil ukur tinggi. Nasib baik lepas.


Bukan main yakin je lagi cakap 'Ibu, cha nak main ni tau' Hahaha.. Dia tak tahu betapa 'geli' nya game ni. Ibu main pun rasa nak minta turun je. Tapi yang ni kitaorang main last sekali. Masa awal-awal skip sebab Ekwan dah kelaparan.

Orang kelaparan

Terus tuju ke Asian Deli. Sebab ini yang paling dekat. Perut dah lapar tahap maksima.

Makan tengahari kami adalah Nasi Lemak Ayam berharga RM20. Layankan aje lah. Luckily sedap dan portion dia banyak. Puas orang lapar seperti kami makan. Untuk Eisya dan Elma belikan Chicken Nugget dan Fries. RM18 per set. 

Orang semua tak sabar nak makan, si Eisya boleh pulak berlari masuk dalam LEGO Academy ni. Terpaksalah layankan dia sekejap. Bagi puaskan hati, baru senang nak gi makan semula.

Makan kenyang-kenyang dan marilah mulakan pengembaraan. Tengok peta..Banyak tempat nak kena singgah ni. Masa ada 4 jam je. Macam tak sempat je rasa. So kena pantas. Kena manfaatkan masa sebaik mungkin. Dan destinasi seterusnya ada lah LEGO StarWars. New arrival di Legoland katanya. Kami bukanlah pengemar Star Wars. Watak-watak dia pun tak kenal, apakan lagi jalan cerita dia. Maka, bila tengok segala pameran yang dibuat dari lego tu kurang lah sikit feel dia. Eisya je yang seronok, setiap kali lego tu bergerak-gerak lepas dia tekan button hijau tu.

Ada budak tu masih merajuk, tiba-tiba dia teringat yang dia nak beli lego tapi tak dapat-dapat lagi. Issk menyampah pulak aku tengok kedai-kedai lego yang melambak kat dalam Legoland ni. 

Dan destinasi seterusnya adalah LEGOLAND Kingdom. Dan persinggahan pertama adalah Dragon's Apprentice. Tak tahu lah ni tempat main roller coaster, beriyalah kami naik atas, siap angkat stroller Elma. Rupanya main roller coaster,tapi kecik je lah. Tinggi Eisya pun lepas, maka marilah kita naik. Eisya duduk dengan Ekwan. Bila dah bergerak, aku yang cuak.. Mesti Eisya takut. Puas aku jerit suruh Ekwan peluk dia. Dan boleh pulak roller coaster tu pusing 2 kali.. Huhuhu... Nasiblah dia tak menangis. Turun pun boleh sengih-sengih lagi. Berani jugaklah dia. Tapi bila tanya 'Nak main lagi sekali tak Cha?' Cepat-cepat dia jawab sambil lari 'Tak nak, Chacha geli

Happiest Kid *dia lupa dah pasal lego*

Hye semua!! Elma dah bangun.. 

Bangun-bangun terus join kakak

Mak budak yang kelihatan gembira lebih dari anak. 

Bukan main teruja lagi 3 beranak tu kat The Dragon, Legoland Kingdom ni. Lagi-lagi yang baju oren tu, budak kecik tu mengeram je sebenarnya, asyik-asyik amik gambar. Dia tak sabar nak naik atas istana tu.

Laju dia berlari. Tahu-tahu dah kat atas. Semput mak kau mengejar. 

Abah and her girls. Bila dah sampai atas, rupanya istana ni entrance untuk roller coastiser dragon. Tengok rail dia memang tidaklah Eisya boleh main. Tinggi dia pun memang tak lepas. Kebetulan masa kitaorang sampai queue agak panjang, terus malas nak beratur sama. Turunlah semula.

Terus budak ni berlari nak main kuda dia kata. Macam seronok je tengok Eisya main Royal Joust ni. Nasib orang dewasa tak boleh main.

Masa berjalan kat kawasan LEGOLAND Kingdom ni terasa panasnya lah, berpeluh-peluh. Beli air 2,3 kali. Masing-masing kehausan. Sedangkan waktu tu cuaca takdelah terik sangat sebenarnya. Tapi maybe sebab ni kekurangan pokok kan,. Pokok yang ada pun kecik-kecik lagi. Angin takde, tu yang rasa panas beriya. Aku boleh pulak lupa bawak bekal air kan, sedangkan ramai yang pesan bawak bekal air masak banyak-banyak. Makanan ringan untuk budak pun aku lupa. Legoland ni macam tak strict sangat, boleh je bawak masuk makanan. Dia takde pun check beg bagai. Setakat biskut, coklat tu.. Dia bagi je. Janganlah pulak korang bawak nasi lemak, mee goreng bagaikan.

Luckily, Elma elok je. Takde merengek apa, duduk je diam-diam dalam stroller makan nugget.

Ok, next section sambung next entry lah *angkat kening*



07 October 2015

The premium Magnum White Almond- Mesti Cuba!!

Suka Ice Cream?? Suka Coklat??

Orang perempuan kan, siapa je lah yang tak suka dua benda tu. Perempuan, Ice cream, coklat memang kawan baik. Ice Cream tu umpama ubat stress bagi aku. Kalau tengah serabut-serabut, macam banyak sangat masalah nak pikir. Memang aku carik ice-cream. Lepas makan ice-cream, lega je rasa. Teringat dulu masa mengandungkan Elma, dalam tak boleh makan manis-manis sebab ada diabetes, aku selalu curik-curik makan ice-cream. Lepas tu minum air masak banyak-banyak. Sebab irresistable. Tak boleh, tapi nak jugak.

Dan semestinya Magnum sentiasa jadik pilihan aku. 

Magnum ni special. Ice cream dia tu, alahai.. Tak reti nak cakap macamana dia punya sedap. Lembut je. Dan paling best, Ice Cream Magnum ni sangat variety. Ada macam-macam perasa. Dan seharusnya favorite aku adalah anything yang ada Almond. Ice Cream + Almond.. Memang kombinasi yang perfect. Lepas tu tambah pulak coklat kat luar dia. Perrgghhh!!! Memang kena beli 2 lah kalau makan time Eisya ada, sure dia nak jugak lepas tu aku kedekut nak share dengan dia. Sebelum terjadik aksi mak berebut ice cream dengan anak, baik belikan dia 1 siap-siap.

Dan terbaru ni, Magnum perkenalkan ahli baru mereka, Magnum White Almond. Crunchy almond dengan vanilla ice cream yang tak boleh nak describe dia punya kelembutan, pastu disaluti pulak dengan Belgian White Coklat. Memang kalau makan, sampai tutup-tutup matalah dia punya sedap.

The Luxury and Premium Magnum White Almond.

Magnum Sensation White party diadakan oleh Magnum untuk memperkenalkan Magnum White Almond secara rasmi pada 27 Ogos 2015 di Hilton, Kuala Lumpur. And thanks to Nuffnang dan Magnum, akak berpeluang untuk turut serta merasai kemewahan party tu. Bertuah sungguh rasa. Dapatlah akak menikmati ice cream kegemaran akak sepuas hati. Rasa nak duduk je depan meja penuh ice cream tu. Tak nak gerak-gerak. Punyalah tamak kan. Siapa tak geram weh, dia lambak kan ice cream setimbun depan kau, haruslah tergoda. Dahlah cara dia present ice cream tu tempting sungguh. Terus terserlah betapa eksklusifnya Magnum White Almond ni. 

Magnum Buffet!!! Sebagai seorang ice cream lover, ini memang favorite corner akak. Free-flow of Magnum White Almond. Pastu ada cheese cake, chocolate cake... Memang lupalah sekejap yang kononnya akak dalam diet selepas raya. Peduli.. Malam ni akak nak Raya Ice Cream dulu.

kau tengok..kau tengok, betapa akak menikmati kelazatan Magnum White Almond tu. sampai tertutup-tutup mata. Vanilla ice cream dia memang perfect. Tak tipu dan ini membodek semata. Tapi kenyataan. Walaupun, coklat dia tu agak manis. Vanilla ice cream ngan crunchy almond tu just perfect.

Yang ke-3. Nikmati sambil tunggu pelancaran rasmi Magnum White Almond.

Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd,Rakesh Mohan merasmikan pelancaran 
Magnum White Almond.

Meriah sungguh Magnum Sensation in White party ni. Eksklusif sungguh, rasa bestnya lah dapat join event ni. Tang dapat makan ice-cream tanpa had tu usah cakap lah, memang rasa beruntung tak terkata. Dah lah dapat makan sepuas hati sepanjang event, masa balik dapat lagi bekalan untuk seminggu. Waahhh!! Akak lah insan paling gembira malam tu. Thanks Magnum!!! 

Dan thanks again for this cute Magnum White Almond shape 4G pendrive. Macam tahu-tahu je pendrive lama akak kena serangan virus jahat. Tapi dia sangat comel, rasa sayang nak guna.

Korang semua terutamanya pengemar tegar aiskrim, memang kena cuba Magnum White Almond ni. Gi carik kat kedai berdekatan. Bukak tong ice cream, carik dia dulu. Sepeket hanya RM4.50. Untuk ice cream dengan coklat belgian putih yang dijamin berkualiti, memang padan sangat harga tu. 

Ingat pesan akak. Dapatkan Magnum White Almond dan rasai sendiri kesedapan vanilla ice cream dan belgian white coklat dia. *eh, terbalik pulak akak pegang ice cream tu.

Untuk maklumat lanjut pasal Magnum White Almond, check it out here: