Fuhhh.. Lama tak aktif ber'blog. Tetapi tetiba terasa nak update lagi. Walau baru minggu lepas update. Mood sudah kembali ke?? Mungkin.. Harapnya tak lah terbengkalai sampai berbulan lamanya. Ni pun terasa nak update sebab nak share pasal satu restoran best kat area rumah. Tiap-tiap hari lalu depan G-Village tu. Nampak banner dia, try google. Macam menarik. Boleh lah cuba. Dan terus tetiba mood malas memasak aku munculkan diri. Alasan sangat kan...
Restaurant ni bukan setakat jual menu western tau. Ada gak Asam Pedas dengan Kari. Tapi semalam kitaorang anak beranak makan menu western semua. Next time lah boleh cuba assam pedas dia. Bak kata En Ekwan, setakat asam pedan ngan kari, baik suruh Cik Yu masak, tak payah nak makan kedai. Western2 ni kenalah makan kat kedai sebab selalu kalau buat sendiri selalu mcm tak jadik. Eh.. Eh.. Macam 'sesuatu' lak statement laki iols itu.
GRILL CHICKEN.
Budak-budak makan Fish & Chip. Amik yang extra cheese. Memang betul-betul extra. Banjir satu pinggan. Benar bagai dikata.
Ekwan amik Lamb Grill. Sedap.
Makanan dia bagi aku memang sedap. Bukan setakat rupa je lawa. Sos dia sedap. Rasa perapan ayam tu memang perfect. Berbaloi dengan harga. Portion banyak. Next time boleh amik 2 set je kot. Nak menghabiskan 3 set, rasa mengah. Hahaha.. Makan pun mengah kan. Lupa plak nak amik gambar menu dan harga. Tapi mostly sepinggan RM25 ke atas. Total semua semalam RM110. Okaylah, sesekali reward diri kan. Tapi kat Facebook ada je semua detail harga ni.
Boleh lah datang cuba rasa makanan kat Restaurant Cheese Banjir ni.
Restoran Cheese Banjir,
lot G10, G, Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
.
Landmark sebelah Shell Out.
.
lot G10, G, Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
.
Landmark sebelah Shell Out.
.