11 July 2008

Semalam Sakit Kaki

Huhu...time tengah seronok shopping, memang tak rasa penat kan, tapi bila nak balik, time tu la baru nak rasa sakit kaki la, sakit pinggang lah...*seronok shopping mengatasi segala2nya*

Baca dalam majalah wanita yg Aziah beli semalam, ada satu artikel tu tajuk dia 'Wanita lagi Gemar shopping dari Seks'. Hah amik ko sampai gitu sekali penangan shopping..

Tapi betul ke? Sape2 yang boleh jawab, sila bagi komen+pendapat anda -dayu tak layak lagi-

Isskkk, tersimpang jauh. Actually nak cite pasal aktiviti memborong kain a.k.a Hari Shopping Sedunia Cik Dayu semalam. Takde la shopping bagai, carik kain untuk baju raya je..tapi habis semua tempat ditawaf. Semua kedai masuk kecuali Euro Moda -rasa mcm tak layak je nak beli kain kat situ-

Hasil rondaan hampir 2 jam kat Jalan Tar dan Masjid India, ini la hasilnya.

Chiffon Silk : rembat kat Harith, ingat nak beli yang kat Maya Silk tapi kat sini lagi murah RM135 free lining. Kat Maya Silk RM160 dan mcm tak bape berkenan ngan corak dia
Yang ni nak buat kurung moden

another chiffon, tapi yang ni biasa je.
2m chiffon dan 2m satin RM35 saje... Ni buat kurung biasa je lah

Chiffon kat Jalan Tar ni lagi murah dari Nilai tau. Aziah semalam mengeram je, sebab kain2 yang dia beli kat Nilai semua ada kat sini dan lagi murah...

So tepatlah tindakan Ekwan yang tak nak bawak i gi Nilai, beli je kat sini. So, kena gi lagi sekali untuk carik kain untuk my mom, Harus nanti terbeli lagi...hahhaaa...kan shopping mengatasi segala2nya.

Dan yang paling tak best, bila dah berhabis duit membeli kain pasang, bleh lak sambung perabis duit kat SOGO... Dugaan maha hebat la semalam..

*secret recipe ada promotion, set meal RM10, smlm dh mkn, nak ajak Ekwan makan la malam ni

1 comment:

  1. u ni saje je goda I dgn kaler pepel ye. I pantang nampak pepel skrg..bling bling mata tau

    ReplyDelete