31 October 2008

Imbau Kenangan : S&B

Saya kena gi Kelantan & Terengganu. Kali ni mmg betul, nak serah tapak kat kontraktor
Maka terpaksa tak dapat join gathering S&B ahad ni. Benci tau!!!
Oleh itu, saya tak suka. Sebab saya yang beriya merancang program perjumpaan bersama bulanan itu. Apa kes organiser tak datang ni??

Oleh itu, saya nak buat sesi mengimbau kenangan bersama mereka. Sebab saya amat teringin nak duduk bergosip dgn mereka Ahad ni, tapi kerana tuntutan kerja, semua impian belaka *ayat poyo dayu dah kuar*

Belakang(L-R): Salwa, Dayu, Pijan, Min, Pa'a
Duduk(L-R): Cat(dibatalkan penyertaan kerana khianat), Zuray, Jong, Ummi

the girls: kami sewaktu berusia 21 tahun. baru tamat diploma.
beriya amik gambar ramai-ramai kat studio, konon takut nanti tak jumpa dah lepas diploma
*akhirnya smua kat UiTM tu gak, muka2 ni gak ko ngadap 2-3 lagi*

celebrate birthday salwa & zuray kat mc'd *yg ke bape?? tak ingat*
tapi time ni masih diploma -muda belaka lagi tau-

our first vacation together kat Pangkor *setelah hampir bertahun merancang, berkali-kali membatalkan program* lepas tamat degree ,konon meraikan kemenangan setelah bertungkus-lumus 5 tahun di UiTM sebelum masing2 jadik giler layan dunia keje pulak
percutian 3 hari 2 malam kami yang amat menyeronokkan
Apsal ko sorang je gelek mcm tak ingat dunia ni dayu??
-December 2006-

kami dalam KD Jebat kat Pangkalan TLDM kat Lumut, sementara tggu feri nak bawak kami ke pulau, pihak TLDM bawak kami tour kat markas derang
rasa sgt eksklusif ko, siap van TLDM dtg amik kitaorg lagi kat jeti tu
*thanks to Pa'a, kata officer Palapes kan*

kami dalam bot nak snorkelling
*cerianya masing-masing*

ni lak tour dalam Istana kat Lumut tu sementara nak tggu bas nak balik KL
kami mmg dpt lawatan tahap VIP lah, siap bilik tido smua kitaorg dpt masuk, bukan setakat masuk, siap golek-golek lagi *again..thanks to pa'a*

our 1st gathering lepas tamat zaman bergelar student di UiTM on Min's Engagement *saya sudah berjaya menambah ketembaman di pipi*
-Jan 2007-

and then on salwa's engagement. time ni mostly smua dah bertapak semula ke KL.
senang nak ketemuan, namun masing2 dah byk komitmen lain. bukan mcm zaman student,ko cuti, aku cuti.. bila dah keje, masing2 ada schedule sendiri
-Julai 2007-

Then masing2 start gedik, semua sibuk nak kawin. Ni 2nd wedding of S&B. It's Umi and Wak. 1st is Pa'a+Mozek on Ogos 2007 *lupa scan gmbr lah*
-September 07-

Latest wedding of S&B: Helmi + Yazmin *min used to be s&b mother, skrg Sal amik alih, tapi lately Hana amat berkaliber nak jadik s&b mother..hahahahaha, hanya kami yg tau*
-Jun 2008-

Semua dah beralih fasa kehidupan, berubah status juga rupa fizikal *tekanan yg amat ini hal*
Tapi semoga kemesraan+keintimam kita tetap maintain kan, walau nanti ko dah beranak 3..bdn juga sudah tak seramping dulu

-girls, jgn smpai tak jadik vacation kita tu-

edited:
tak jadik gi kelantan sok, gi lagi 2 minggu time TNC projek terengganu. so esok bleh gossip ngan s&b

30 October 2008

habis dah semua peruntukan untuk shopping

Wrarrgghhhh!!! Rasa nak nanges je tau.

Habis dah duit bayar saman. Arrgghhh!! Baru rancang nak beli perfume baru. Nak beli kain nak buat baju nikah..tapi habis sedekah kat PDRM...

Lagi sikit je nak RM1K tau..kalau buat beli hantaran dah dapat baper dulang tu wehh!!!
Tension nya lah!!
Tu pun Ekwan tolong bayar sikit..

Tak suka!! Tak suka!! Maka, mari lah menjadi pemandu berhemah bermula skrg.
Jangan nak langgar traffic light sesuka hati, jgn nak keje speeding je..
Taubat..jangan harap lah nak sedekah duit kat korang lagi...

29 October 2008

Photographer ohh Photographer

-lupakan je lah hal saman itu, buat pening kepala je. nak tak nak, bayar je lah. citer hal kawin lagi bagus-
*senyum sengih-sengih*

Semalam sudah Bank-in deposit ke Encik Photographer..
20% of the services charges...

He will be the official photographer for Solemnization, Berinai *ni english pe panggil ni??* & Receptian kat Johor Bahru. Dia cover 2 hari punya majlis. Tapi nikah + berinai tu kira separuh hari je lah..
*mula-mula berinai takde dlm pakej, tapi lepas rayu+pujuk, dia kata kira cincai lah*
Thanks ye Amrul..
Semoga kita akan berjaya bekerjasama dgn cemerlangnya...

Nak tengok hasil keje dia, boleh lah klik kat sini
So, kalau berminat nak amik dia jadik photographer, boleh la hubungi dia terus
Dia orang KL tapi keje kat JB, so dia cover majlis-majlis kat KL, JB and Seremban
Harga dia amat affordable *saya yg tak byk duit ni terus grab dia awal-awal*

So, sekarang tengah nak carik photographer untuk kat Pahang. Mungkin akan gunakan servis photog yang mmg dah based kat Pahang.
Setelah puas meng'google, jumpe fews photog yang berjaya menarik minat.

Yang ni macam amat profesional, mungkin harga juga ribu-riban. Had emailed them for quotation tapi tak dpt reply lagi *terbukti mereka busy yg amat, tak sempat nak layan email kamu dayu*
Tapi hasil keje mereka mmg superb, cara dia shoot tu mmg penuh passion lah. Cepat la reply email saya bro..

And jumpe yang lain, based kat Kuantan. They had replied my email. They offered a day package with outdoor session. Harga affordable lah *masuk kategori layak lah bagi diri ni* Tapi i had requested them to change the outdoor to studio session as i already had outdoor session kat JB, baik kat Pahang go for studio pulak kan.

But, i still survey for other. Mana lah tau boleh dapat yg lagi murah kan..
*saya tak byk duit, so nak yg murah je..tapi nak best+lawa+cantik+menarik...hahahahahaha*
Kalau sape2 ada kenal mana-mana photographer kat Pahang, kalau boleh biar lah based kat Kuantan, tak lah nanti charge mileage dia mahal, bagitau lah kat saya. Boleh mintak quotation kat derang..

-saya terasa mcm tak sabar nak kawin la-

Saman ohhh Saman

Isskkk..baru je nak senang-lenang, tak mau fikir pape. Nak concentrate keje konon.
Sekali tengahari ni En Ekwan sms 'kita ada problem besar. tak boleh amik roadtax. Blacklisted'

Arggghhhh!!!! Sudah..
Memang lah tau kita ni banyak saman tak bayar, ingat kan lepas.
*ko ingat PDRM sengal ke dayu???*


Arrgghhh!!! Rasa nak menjerit.. Punya lah melambak saman ni. Tak kan nak settle kan semua sekali gus, makan roti cicah air lah jawabnya.
Tapi rasanya bleh dapat kurang 50% ni.
So esok kena mintak half day, nak kena gi Bukit Aman.

Habis la duit saya bulan ni..
'uncit..sharing is caring kan?? *wink..wink*
tak kira, kena bayar sama, tu yg kat speed trap kat Temerloh tu, kamu yg buat..

Ia bermula dari Saya

This is STICKY MODE entry. Dia akan ada kat sini sehingga tarikh yg akan diberitahu kemudian. Oleh itu, untuk entry seterusnya. Sila browse ke bawah. Terima kasih.
Tapi sila baca yang ini dulu -anggap saja ini sebagai arahan ye-

It Starts in Me!!*betul ke itu terjemahannya??*
-Kalau salah, sila bakar sijil MUET dgn band 4 kamu itu Dayu-

Owhh, as i can't sleep just now, what i'm doing is bloghoping, and found this. She's a model.

Dan dari blog dia, dapat link ni. Nuffnang dah kuar Iklan ni, tapi sebelum ni tak rasa nak click kat iklan tu. So here the link. Menarik ok, jom join contest ni. Hadiah lumayan, sehingga RM55K ditawarkan tau -bleh buat belanja kawin ni-

-saya dgn gigihnya telah print screen, dan buat snapshoot webpage itu. Dutch Lady sila byr promosi saya ini-

Selepas masuk laman web itu, iaitu: www.itstartsinme.com, akan keluar gambar seperti dibawah. Dan dinyatakan di situ, klik bintik hijau itu untuk process seterusnya. *jgn degil, ikut je arahan dia, kata nak rm55k*

Kemudian, kamu akan saksikan ini pula. Sila klik kat kotak warna pink itu. Klik di sana untuk merealisasikan mimpi anda!! Klik cepat!!! *rm55k..rm55k*

Dan kemudian keluar yg mcm kat bawah ni pulak.
Ada 2 option kat bawah tu, View Gallery @ Submit Your Dream. Apa kata klik kat Gallery dulu. Tengok contoh org lain punya. Curi idea skit, buat inspirasi.

Dan keluar lah belon-belon yang melambak ini di screen kamu. Lawa-lawa, colourful..
Tu semua impian-impian mereka yang telah dilepaskan ke udara 'fly balloon..fly!!!'. Dan kamu semua boleh vote untuk semua kata-kata inspirasi mereka yang telah bebas terbang itu.

sila isi: Dayu ye..dan sila lah vote, jgn malu2..pastu share la ramai-ramai
-sharing is caring kan-
*sila jgn nak gelak kan impian saya eh*

Dan sekarang giliran kamu pula untuk mengisi angin dalam belon tu dgn impian kamu
kemudian Fly Balloon!! Fly!!!
Kita boleh submit banyak-banyak...

Selamat berimaginasi tinggi, tunjukkan kreativiti anda dan semoga 55k akan jadik milik anda!!

-owwhhh, lagu yg main kat webpage tu amat kuat, tapi best la...layan-
and it might took within 24hr for they process your participation..

Cepat!! Mari la mengundi Saya!!!

28 October 2008

Jemputan Kawin

I found this interesting website..

Boleh buat laman web untuk menjemput org dtg ke majlis perkahwinan kita. Free lak tu..
*saya suka benda free*

So, nanti bleh gunakan website ni untuk bagi jemputan 'maya'
Jimat pun jimat kan..
Kata sekarang zaman Ekonomi

Manfaat kan segala-galanya

27 October 2008

Saya masak apa semalam??

Dari maghrib sampai ke pukul 9 lebih kita ni duduk kat dapur ngadap kuali, periuk semua tau.
Penat siot masak sorang-sorang. Patut lah dulu, mak selalu marah+membebel sikit2 kalau dia punyalah bersilat kat dapur, anak ngan laki dia punya la senang-lenang ngadap tv.

Baru kini ku tahu betapa penatnya duduk kat dapur tu...*encik ekwan, sila kamu rajin membantu saya di dapur nanti*

ini bukti saya mmg di dapur ye, bukan di sogo@jusco
-kejap je lah bleh lepas rambut bagai kat dapur, lepas 10min..jgn harap-

ni agenda pertama: rebus nasi impit, dan sanggar kelapa parut

mula lah menumis sehingga semerbak serumah bau nya
-terasa mcm malam raya lak-

dan kacau bagi rata

siap!! boleh makan.. sedap weehhh. bangga saya dapat masak sedap2 gini
*bukan saya kata, tapi housemate saya yg kata*

Jangan ingat keje saya di dapur telah selesai, ada satu lagi menu nak disediakan tau
*ohhhh gigihnya saya*

ini pula..*rajin nya kamu dayu*
nasib baik yang ni simple, kejap je lah ngadap dia

Dan akhirnya setelah abis kotor dinding dapur tu sebab tumisan pertama td yg merecik bagai kan apa *benci tau, merecik-recik kena tgn* Siap sudah masakan saya!! Boleh makan!!

Seperti biasa, segala masakan harus lah dihantar ke rumah En Izan. Nak makan sendiri mana abis, banyak ni hah. Dan kebetulan, bakal ibu mertua ku juga ada di sana *wink..wink*
*berani mati la bagi masakan yg pertama kali dicuba, amik resepi kat internet lak tu.. bagi kat mak mertua...semoga masakan itu menepati piawaian citarasa mak*



Cuba teka apa yang saya masak dgn penuh kegigihan itu???
Hint: Sila rujuk gambar di atas *heheheheh*

edited:
sesungguhnya saya masak serunding daging ye. untuk resepi, sila klik di sini

Terbukti kerajinan Ku

*owwhhh sudah pukul 12 malam, patut lah bising bunyi bunga api. tak paham aku,tiap minggu area tasik titiwangsa tu mesti ada bunga api..memekak pun ada*

owwhhh...saya ke pasar lagi. tapi kali ni bukan chow kit
supermarket blkg umah je

Dan, semua itu sudah digunakan untuk merubah yang mentah menjadi sesuatu yang boleh di makan. Yang tak sedap jadik sedap..
dari dalam plastik dah masak ke dalam kuali..
dari dapur tu dah dibersihkan siang td, kena bersih kan lagi
Pe yg susah sgt nak paham ni?? Saya masak lagi malam ni!!!

Rajin kan Dayu?? Terbukti kini saya mmg rajin,
bukan cubaan memuji diri semata!!

Saya masak pe??
Tggu next entry, saya penat ok nak update,
penat memasak dan mengemas dapur belum hilang lagi ni..

-saya nak ber' Push To Talk' dgn tunang saya sebentar. Dah bayar RM 1/day, harus di manfaatkan. Dah la tadi org tgh masak pun sibuk ajak PTT *

26 October 2008

Mood 'nak kawen' dah kembali

*heheheheh...punya la gedik title tu*

Uncit saya itu telah beli hp baru. Konon kata nak tengok-tengok je, last2 sambar gak.
Hangin je rasa..org suruh simpan duit, dia gi beli hp baru lak.
Tak berjaya ok tazkirah yang kita bagi, suruh dia beringat skit yg dia tu nak kawin, nak pakai byk duit *kena cuba kaedah lain ni*

Tapi saya mcm suka jeN81 dia tu *uncit, pinjam bleh?? tukar pakai'
-jangan harap la..-

Then gi minum kat Old Town belakang KLCC tu. Dok keje belek hp baru je, sampai toast dia dah abis separuh org makan baru perasan

'ayang ni..ade ke makan org nyer' -ekwan
'dah awak dok asyik ngan wi-fi tu je, org makan la' -dayu sambil sengih2

ralit sgt godeh hp baru dia ni

Terus dia letak phone and telan toast yg tinggal separuh tu. Ohhh, saya kini amat giler kat toast Old Town dan jugak dessert dia, ice cream ngan blue berry itu. Rasa nak makan hari-hari.
Dia makan, kita ni layan wi-fi main game *hahahahahaah*

Kemudian kami ke Danau Kota. Terasa lama tak ke sana. Dan semasa balik, tetiba dia keluarkan topik perkahwinan *yg mcm dh lama kami tak discuss* So few things have been decided *sesama kami berdua*
- bulan 12 gi kursus kawin
- baju sanding kat Maran buat sendiri *terasa rugi kalau sewa* Beli kain dan tempah. Color tak decide lagi

Dan balik je terus saya meng'google. Penat siot browse design baju kawin. Dah pukul 3 pun tak sedar. Mula lah selongkar balik majalah pengantin semua. Punya la beriya carik design, macam nak buat hebat-hebat, sedangkan nak buat kurung moden je *hahahahahaha*

Kena survey kain la..kain untuk baju nikah pun tak carik lagi. *aiiyaa!!!*

Ramai yang pakai putih time sanding kan sekarang. Nikah yang pakai baju color-color. Terasa lawa la pulak. Pelamin putih pun macam menarik je..
*but i have decided mine... :) *

-owwhh, belum bank-in deposit photographer, sudah janji bagi bulan ni-

Mengenali PPSPPA

Setelah disemak, dan diselidiki, didapati ramai yg telah sampai ke sini dgn keyword:PPSPPA. Ni semua mesti staff-staff baru yang kena panggil interview@yg dh dapat and nak kena lapor diri.
Dgn itu, Cik Dayu terasa nak buat entry khas untuk promosi PPSPPA.
*3 Nov 08 ni new batch kena lapor diri, previous batch last 2 week*

Laman web PPSPPA masih belum siap lagi. Budak2 IT tu tengah buat lagi. Nak bukak pun mcm tak boleh. So,bleh rujuk laman web KPKT, di bawah Jabatan Sisa Pepejal Negara dan kat situ jugak ada link ke PPSPPA. Nak tahu sape CEO, fungsi PPSPPA, organisation PPSPPA, semua boleh rujuk kat sana ye...*standard la soalan interview goverment kan*

PPSPPA terdiri dari 3 bahagian utama*tapi kat that website tulis 13 sbb dia tak kategorikan ikut main department*
- Bahagian Teknikal : paling besar dan paling ramai staff. *unt keterangan bergambar, sila klik sini*
- Bahagian Kewangan : bhgn teknikal tukang perabis duit *kata nak capai KPI kan*
- Bahagian Pengurusan Korporat & Sumber Manusia

Pengambilan terbaru sekarang adalah untuk penjawatan peringkat cawangan. Kat HQ dah fully occupied *tp byk lagi pejabat tak siap, ni KPI bhgn teknikal ni* Tapi kami dah target by end Dec08 semua siap *kami keje sampai malam everyday ok*

Secara keseluruhan, ada 162 pejabat PPSPPA di seluruh Malaysia kecuali Sabah & Sarawak. Kami akan mula beroperasi secara rasmi Januari 2009. Mengikut perancangan, promosi akan keluar di media secara besar-besaran start Nov 08.
Nak peta ke pejabat kami, klik sini. Ni opis di UOA Pantai, pejabat cawangan takde lagi. Tapi kami bhgn teknikal dah pass ke IT Dept. Jap2 lagi adalah tu..

Dah...tak tahu lagi pe yang patut ditulis. Tapi kalau terasa nak tahu pape, bleh la tinggal kan je pesanan. Saya tahu, saya tolong jawab ye..

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah...

25 October 2008

saya yang rajin *sila kata ya*

Sila setuju dengan kenyataan di atas, sbb mmg hakikat dan kenyataannya saya seorang yang rajin.
Rajin pe??
Serba serbi la saya ni rajin *jgn la tak caya, sesungguhnya saya tak menipu*

Hari ni kan Sabtu, maknanya ada masa yg amat banyak di rumah. Boleh bangun lambat, dan yang penting adalah kesempatan nak menghabiskan masa di dapur. Boleh main masak-masak hari ni *main-main ko kata??? ingat keje mudah ke masak tu hah??*

Dan tekak ni teringin nak makan sayur lodeh ngan nasi impit. Terasa jugak nak buat kuah kacang. Pastu terpikir, sape nak makan kang kalau masak byk2, so decide buat sayur lodeh je. *teringin nye*

aktiviti menyalin resepi dilakukan dgn tekun nya

Dan terus minta en ekwan bawak saya ke chow kit, nak shopping brg basah. Tu kan favorite place cik dayu kalau nak carik barang2 nak masak
Encik Ekwan harus la setuju je, untuk dia gak masak ni kan

Dan malam itu tido dengan bermimpi ,esok sarapan sayur lodeh dan nasi impit
Memang sah mimpi semata sebab kul 11 baru bangun *hahahaahahah*
Terus menuju ke dapur rebus nasi impit ngan telur, then baru tuju bilik air: mandi
*efisen kan saya*

sediakan segala bahan yg diperlukan as instructed dlm resepi salin semlm

tak lupa juga resepi yang di salin *ni wajib ada ni*
harus kena angkut sekali ke dapur

tumis sampai garing dan naik bau ye, bau udang kering amat menusuk ok

dah garing tu, masuk kan la pulak segala jenis sayur tu, masak sampai layu katanya

dah nak siap ni *lapar pulak saya tiba-tiba*

Kemudian, dengan gigihnya buat sambal tumis ikan bilis. Nak buat serunding daging macam leceh *huhu...resepi pun salin juga* Sambal tumis pun sedap pe...

and here presenting my sayur lodeh bersama nasi impit dan juga sambal tumis ikan bilis
*sedap owwhhh..lepas ni bleh amik resepi dr sini lagi*
sambal tumis tu resepi sendiri eh, ingat bengong sgt ke saya smpai sambal tumis pun nak amik resepi kat internet...*riak lak kejap ko dayu*

24 October 2008

Birthday Vito

Hari ni Vito genap setahun Vito bersama kami. Bawak kami ke hulu-hilir dengan rela.

Mahal tul hadiah si Vito ni. Sampai beribu. Tapi takpe lah kan, kata kesayangan hamba, segala keinginan mu ku turutkan.
Pagi2 pemilik bersama Vito telah call *aiyyaaa, kaco wa punya tido la lu*
'uncit, mana branch MAA terdekat?? org kat masjid jamek ni'

Dia ingat saya ni google ke hah?? Mmg lah maklumat di hujung jari. Tapi nak kena on V30 semua, isskkk..iskkk..malas nya saya tau, Tapi demi dia dan Vito, celik la biji mata ni.
So the nearest is at Level 4 KLCC, tak pun MidValley, tak pun kat Menara MAA Jalan Dewan Bahasa. Pilih la nak gi mana ye encik ekwan *saya nak tido*

si vito yg sentiasa menurut perintah

Dan tadi en ekwan call lagi 'insuran setel dah. semua rm1k. org minta diskaun. tinggal nak amik roadtax je kat bank'
Bleh eh mintak2 kurang?? Bagus..boleh guna peruntukan lebih itu untuk beli perfume *sudah abis ma yg lama*

So sekarang Vito dah dapat kebenaran untuk terus berlegar-legar di atas jalan raya tanpa sebarang rasa cuak kalau terserempak ngan pak polisi. Jom kita ronda!!!

Tapi sian Vito tau, asyik jalan je. Mileage dia dah melampau melebihi apa yg dijangka.
Baru setahun dah sampai 40k. Kalau ikut service schedule yg perodua bagi, patut taun ke-3 baru 40k. Ni tak sampai setahun dah 40k *kuat kan kami merayau*

Vito ni best..dia baik, selalu bawak saya jalan

Mana je lagi Vito ni tak sampai. Semua tempat dia dah gi. Utara, Selatan, Barat. Timur semua dia dah pergi. Jalan je keje dia tau.
*owwhhh, pasti jap lagi kamu mintak kasut baru kan vito kan*

vito, kamu suka saya ke dia ni yg bawak kamu??
saya lagi berhemah kan dari dia *tapi dia yg selalu mandikan kamu, saya tak pernah kan*
bawak kamu gi klinik tiap bulan pun dia jugak kan..
kalau kamu sayang dia lebih...saya redha je lah.
dia kan lebih caring kat kamu, saya tahu pergunakan kamu saja

-bengong..mcm la kete tu tahu luahan ko ni dayu oiiii-

sila layan kan saja

Emosi sedang tidak menentu. Huru-hara jap.
Nasib baik esok dah cuti, kalau tak memang naya *yg jadik mangsa: diri sendiri*

Saya suka dgn rambut saya sekarang. Dia macam dengar kata.
Hujung-hujung yg sebelum ni mcm keras mcm bulu penyapu sudah kembali lembut dan bersinar *tak kira nak gak puji rambut sendiri*

dia juga dalam keadaan sihat, hingga tumbuh dalam kadar yang tak terduga
raya aritu pendek je, ni nape dah pjg sgt ni?? *terlebih serum ye kamu??*

sbb dah terlebih had yg dibenarkan, terpaksa kamu diperlakukan begitu
*terpaksa la mengedit gmbr sendiri sbb muka tgh2 malam harus la serabut kan*

sila lah perhatikan apa yg telah gambar itu perdaya kan kamu..
mungkin susah nak nmpak, tapi bagi mereka2 yg selalu guna teknik itu di photoshop, pasti boleh kenal pasti *hint: penipuan mereka2 yg ketembaman*

catatan tambahan:
semua ini direkod pada jam 2.15am, kala cik roomate sudah lena diulit mimpi.
nape waktu publish tu tak tally hah?? puas dh betul kan, gitu gak jadiknya..tak suka tau

23 October 2008

baru saya tahu mengapa

Terasa amat tidak larat lagi mahu bekerja begini, penat yang melampau
Keje tak penah abis, ada je...
Ditambah pulak dgn acara meroyan yang tak tamat-tamat
Ohhh!!! Saya tertekan!!!

Dan, kini baru saya tahu, nape org kalau ada masalah je suka balik kg...
Gaduh laki bini, lari balik umah mak ayah..
sebab terasa tenang jap *konon nya lah*

Dan saya cuba nak tiru amalan tu, tapi tak menjadi, hajat nak balik jb telah terbatal..

Arrgghh!!! Dia amat tidak berperasaan sekarang
buat tak tahu je semua benda
Tension tau dibuatnya!!! Nyampah..:bofu_09:

-sia2 je tak makan, berlapar bagai 2 hari ni. last2 malam ni cheese berkoyan2 masuk dlm perut, pizza berkeping2 ditelan!!!1-

Saya rindu sama Mereka

Baru saja bercakap dengan mak di telefon. Makcik pelamin mintak confrimkan tempahan.
Confirm kan saja lah mak, bagi je deposit. Tak jadik, kita lebur kan saja itu wang.
-malas mau pikir, hati tidak ke mood kawin skrg-

Mak cakap pasal binatang-binatang berbulu kesayangannya itu
*saya syg juga sama mereka*

masa mereka tgh mencuba menjahanam kan cadar saya
-masa ni derang 3 bulan..amat geram untuk di gomol-

muka innocent, konon baik la 2 ekor ni *takde maknanye*

Kini sudah besar mereka ini, sudah amat degil. Mak kata pantang dapat peluang keluar cage, berdesup dia lari ke hall depan
*jgn harap mak kasik korang kuar lah, intai2 je lah bawah pintu tu*

pagi raya, sebelum kitaorg makan, bagi depa ni makan dulu
muhibbah nye la family ni kan, anak beranak makan bersama

tengok si kiki tu, si tamak haloba. nak gak dia cuba2 nak rembat biskut dlm tupperware tu
makan kuat...berak pun kuat
time ni mak derang, Mimi tengah sarat mengandung kali ke-2

And here the sad part, berhajat nak pulang ke JB malam ni. Nak balik gomol2 the new born.
Tapi tadi mak kata, jangka hayat mereka hanya 4 hari.
Mereka telah selamat adik kebumikan.
-amat rugi okay..tu lah, mak plan nak jual the kittens, bdk2 tu ngajuk, mati terus-

tengok dia ni, bapak kucing yg gedik
-siap ko miki, aku balik ni, kita bergomolan berdua ye-

*apa lah khabar kura-kura 2 ekor yg diamanahkan ke adik tu, sudah besar agaknya*

22 October 2008

Mari lah kita membuat Pengesyoran

2 hari lepas buat penilaian tender..
kuasa penilaian diberi sepenuhnya kepada Cik Dayu *huhu..seram jap rasa*
Cik Dayu telah menyenarai pendek kan 3 kontraktor
*semoga saya telah memilih dgn tepat*
-tapi terasa nak keluarkan satu nama tu..mcm tak nak bagi kat dia tanpa sebab-

Dan hari ni kena buat pengesyoran kontraktor untuk sebutharga lak
Silalah semak dokumen itu..
Semoga berjaya memilih dengan tepat juga..

*wahai kontraktor sekalian, hentikan lah menelefon saya, saya nak semak dokumen kamu ni*

20 October 2008

Gigihnya saya

Gigihnya saya hari ini *terpaksa!!!*

Hari ni tenaga diperah sehabis-habisan.
Walau dalam rela tetap kena berkampung kat opis..kena ngadap tender-tender yang melonggok-longgok ini.
Kalau boleh tak nak buat penilaian tender lagi *penat!!!!!*

Owhhh...esok kena buat laporan sbeutharga pulak!! Matilah saya!! Nasib baik TA dah tolong bukak sebutharga *sepatutnya saya jugak kena buat*
-terasa tiba2 tak nak jadik engineer, nak jual nasik lemak je. tak pening kepala-

tak terurus dibuatnya tau!!!

Owhhh!!! Tolong lah jangan matikan air-cond!! Nak suruh org keje,tapi tutup air-cond.
Panas lah wehhh!!! Rimas tau!!!

edited:
ohhh kata kan tidak!! suah pukul 11 dan saya masih di pejabat!!!


19 October 2008

saya kan pemaaf

Saya telah pulih. Hati juga telah melembut

Sekejap je. Sebab tak rajin nak berkeadaan begitu lama-lama. Lagi sakit lah.
Sendiri tak rela, nape nak seksa diri kan.

Berbincang adalah perkara terbaik. Kenal pasti punca permasalahan dan cuba selesaikan.
Lain kali, Insya Allah tak terjadi lagi.
Orang kata, inilah dugaan. Takde dugaan, tak seronok la hidup. Setuju??
Tak suka..tapi tetap kena terima

saya yang ceria bersama caramel yang dibuat penuh kasih sayang tengah malam semalam. sedapnya..rasa nak buat lagi *sedangkan dlm fridge ada 4 mangkuk lagi..tamak kan*
owwhhh..sila katakan pipi saya semakin mengembang..
*lagi mahu makan caramel banyak2*

-sebentar lagi ada open house *makan lagi* saya pergi dgn dia. berdamai itu menenangkan jiwa-

17 October 2008

lembut lah wahai hati

*saya kini di dalam healing process, entry-entry di bawah dibuat bertujuan untuk memujuk hati, agar bisa memaafkan. semoga membantu hati ni melupakan rasa sakit itu. bukan kah dgn mengenang saat manis akan melupus yang pahit..harap ianya berkesan...*



Dari dulu hingga kini, kita selalu berdua..
ingat lagi, ke kelas berdua, abis kelas pegi makan cendol
goreng pisang seksyen 19, beratur panjang2 dlm ujan itu
*indahnya zaman muda dulu*

Pernah juga ponteng kelas bersama
*dulu digicam semua tiada, juga hp bercamera..mana hard copy gmbr kita zaman muda dulu?? kamu ada??*


Pernah kita sama-sama masuk lambat waktu final exam..
kamu lah, konon study tak ingat dunia sampai bgn lambat esoknya..
dan kita share jawapan..amat tak beretika kita saat itu kan


Dengan CAW760 itu kita ke hulu-hilir...sungguh berjasa dia.
berhujan bersama..seronok kan redah ujan
sama-sama kita berteduh bawah jambatan kat federal tu..
tak lupa juga time kena tolak CAW760 sebab tayar dia ilang angin...

Owhhh...time kamu menjadi amat marah
pertama kali kamu diam sangat bila marah, sebab saya langgar CAW760 kat tiang lampu
tertonggeng la kita berdua..bersama..
kemudian ngan selamba kita gi makan kat seksyen 24
itu dulu tempat makan favorite kita..kamu suka sgt paprik dia kan
nasik goreng kg dia yang ada serai itu..


Dan ingat juga lagi, lagu Can't take my eyes of you' jadik fav kita
tiap kali tengok wayang, kita suka sgt iklan carlsberg tu.
sama2 kita pakai ring tone itu *dulu polyphonic saje*

Iye..dulu saya suka+rajin buat kad untuk kamu..
setiap 15 januari, pasti ada kad untuk kamu, yg saya buat dgn gigihnya
*yang saya cedok design nya kat internet*
tak lupa juga valentine...
sampai kamu kalau dah lama saya tak bagi kad, kamu kata dah tak ingat pada kamu
*kamu manja*
kamu simpan lagi ke?? dah lama tak nampak


ada lagi ke surat-surat itu??
yang saya kirim untuk kamu time kita cuti sem??
*tu sebab saya boleh hafal alamat umah kamu di kg luit*
yang kamu bagi pada saya tiada sudah..
mak dah buang agaknya masa kemas bilik saya di johor itu

ingat lagi kan..time cuti sem tak sabar nak abis cuti
tak sabar nak balik shah alam nak jumpa kamu
kamu agak tak percaya sama saya dulu..kamu akan pegang sim-card hp saya
saya pakai kamu punya..*gedik kan kita dulu*


owwhh, dulu ada nasik lemak yg sedap di seksyen 2.
saya sanggup beratur nak beli..sambal paru dia amat sedap
pastu kita gi makan kat dataran belakang blue wave itu..
skrg sudah ada kedai kopi kat sana...

kita suka sgt duduk lepak2 kat situ, tengok org
kamu pernah kata itu adalah rumah tak berbumbung kita
kamu ingat lagi kan??

saya nak kembali ke zaman itu.. boleh??