17 July 2009

beralih angin = perubahan diri

Kenapa erk?? Sekarang ni kan malas tul nak ikut En Ekwan kuar berjalan. Kalau tau dulu, asyik nak berkepit je, sampai rimas pakcik tu. Ke mana dia pegi, smua nak ikut. Dia nak melepak ngan kawan2 laki dia pun sibuk merengek2 minta diangkut sama. Kalau kena tinggal, muka muncung je. Tak selang seminit antar sms, kalau dia tak layan *yelah, tgh syiok layan kawan, gf dia tak hirau dah* mula la missed call berkali2. Kalau masih tidak berjaya menarik perhatian, mula la on mood majuk *mcm dia nak layan pun* pastu kalau dia buat tak tahu gak, mula la drama melayu lak.. tak pasal2 sedih melampau pastu meleleh air mata. Cengeng sungguh... tertido la akhirnya dalam sedu *konon*

Hahahahah... drama betul. Tapi sebab En Ekwan dah immune. Dia buat tak tahu je. Esok jumpe buat macam biasa,macam takde pape.. sudah lama dia tak layan kalau ex-tunang dia ni majuk. Pandai la ko pulih sendiri.

Keluar topik dah ni.. bukan hal majuk la nak tulis.

Sekarang sangat malas mahu berjalan-jalan kuar umah. Lebih suka duduk dirumah. Main masak-masak,pastu tunggu kepulangan suami untuk membersihkan isi pinggan. Pastu main sedut2 habuk dan juga rambut yang berguguran kat lantai rumah pulak. Aktiviti begini mcm lagi seronok je. Sampai bila dia kata 'cit, sabtu ni orang nak kuar carik spare part, awak ikut sama lah eh' Ohhh, tidak kedengaran seronok aktiviti itu ditelinga saya. Macam membosankan je. Ke hulu hilir ngekor dia kuar masuk workshop. Kalau kuar masuk kedai kat Sunway Pyramid tu, yelah baru aku terkinja-kinja kata 'nak ikut..nak ikut.. nak gi kul bape?? pagi eh...' Ni dia ajak gi carik spare part, tak mengoda langsung... 'takpe lah yang, org tggu awak kat umah je lah'

Pastu dia macam 'ikut je lah, tak kan awak nak tinggal sorang2 kat umah' Macam-macam hujah dia bagi bagi membuat bini dia setuju untuk dibawa bersama. Tapi serius, sgt malas nak ikut. Kalau dulu yelah, pasti akan kata 'ok,sape lagi pegi??' Tapi sekarang, saya lebih suka kalau ditinggalkan, duduk saja dirumah. Lagi2 di hari minggu, kemas2 rumah apa yang patut. Weekdays bukan ada masa sgt kan.

Tapi tu lah, nak dibiarkan suami selalu sgt keluar sorang2, hang out ngan kawan2 dia, kita lak tak join sama, nanti terbiasa pulak dia. Lupa pulak dia tu dah jadik suami org. Ada bini semua. Lagi naya, dah ada anak 2 pun nak buat benda sama lagi. Suruh bawak anak sama, dia tak mahu. Nak ikut pun dia tak bagi. Huhuhuhu... tapi sgt malas la nak ikut dia esok. Biarlah dia gi sorang. Tunggu dia kat umah lagi bagus, masak2, dia balik terus boleh makan. Bukankah begitu mcm lagi bagus??

*yelah, kata la idup saya lepas kawin mcm boring.. tp tak rasa pun, best je jadik surirumah suku masa ni..
sebab tak nak rasa mcm bosan.. 'tgk wayang jom cit malam ni, skrip 7707.. ok?' *ahak..harus gelak laki aku*

+ yang mengisi perut kami suami isteri malam semalam +

Aku pun tak pasti nape byk sgt aku masak. dia nak ikan bakar, maka kena lah buat sup bagi membolehkan adanya kuah dalam pemakanan kami. pastu dia kata 'yang, buat salad yang' Maka, reti tak reti, terhasillah salad telur yang entah pape tu *tp sedap menjilat jari* Dan sesungguhnya, semua itu habis kami berdua keje kan. Maka, kalau bulan depan kami berubah menjadi beruang polar *yang gebu lagi comel* sila jangan terkejut. Percaya je sudah.. sebab anda tahu apa puncanya.

18 comments:

  1. dayu...kamu mmg berbakat sungguh masak2 nie ye.

    betoi tu dayu...dulu sebelum kawin mesti nak berkepit jer. hal lelaki pun nak ikut gak. asalkan kita join sama.

    tp lepas kawin rasanya mcm automatik malas sendiri. mcm malas mahu join di ke mana2. rasa suka dok umah bukan?

    mcm mana acid folic?

    ReplyDelete
  2. sedapnye lauk² dayu...
    xpe lah..beruang pn ttp cumel taw..hihihi...

    ReplyDelete
  3. ahahahah..meriah nyer lauk.. nasib dayu pandai bajet masak makan ngam2 jer abis kan..kalu idak dbkl jugak jadik nyer..

    ReplyDelete
  4. kah kah kah takan la sampai jadik beruang polar la pulak! ;)

    ReplyDelete
  5. misi yang nad paling sukai...
    misi membuncitkan perut hubby..huhuhu...kalo dulu, xleh nak wat...skrg dah bleh...coz en.suami dah duduk sesama...

    dayu, sesekali kena ikt hubby tau...dia pun nak rase dating2 macam2 sebelum kawin...lain rase dating mase bertunang,dah kawin n dah ade anak tau...nad dah rase...huhuhu...sangat best...

    ReplyDelete
  6. en mohd suami saya kata, bahagia itu kita y kena cipta.. makanya, dgn apa cara sekalipun, masing2 punya gaya y sendiri kan..;)err tba2 rindu nak join p workshop sama2 wpun dia d workshop n saya akan masuk kedai baju berhampiran..haha

    ReplyDelete
  7. dayu pandai betul masak..nnt lehla buat kelas memasak plk..=)

    ReplyDelete
  8. dayu jom skrip 7707 sesama!! kekekeke

    ReplyDelete
  9. na, klu bley, kemana je die nak g,
    na nak ikot,
    biarla g bengkel panas2 pun,
    janji dpt bersama 24jam,
    hehe gile :p

    ReplyDelete
  10. dayu jom skrip 7707 sesama!! kekeke

    ReplyDelete
  11. makin meletopssss la menu pn dayu..;);)

    ReplyDelete
  12. hahahahaha...dayuu...saya yang x merasa lg menggemokkan suami saya...

    hal urusan kereta mmg sunggoh mmbosankann....

    wajar kita duduk rumaahh

    ReplyDelete
  13. tu tanda tanda dah ada isi tu.hehe

    tapi kan, aku ngan bini aku walau kemana pun asyik masyik bekepit je.hehehe

    ReplyDelete
  14. kak dayu msk mcm n wat kenduri meriah je nmpk lauk2 tu..he..he..tp kak dayu rjn tul ye msk..

    ReplyDelete
  15. issskkk.. saya masak biasa2 je
    alah, takde lah sedap mana, boleh la nak bagi suami makan
    dan memuaskan tekak dia

    *actually sgt susah nak budget 2 org nyer makan lah, tu yanga syik 'terpaksa' makan byk2 tu, sbb tak nak membazir kan...

    huhuhu.. kalau bleh mmg nak bersama 24 jam sehari. man dia pegi rasa nak he ikut sama. tapi tu lah, rasanya kalau hal2 org laki ni.. malas je nak join..biar la dia ngan kawan2 dia je..

    ReplyDelete
  16. sama la kita dayu.
    my nunang pun dah debab hasil usaha sy memasak utk dia slalu.
    hiks

    ReplyDelete