09 July 2009

tugas tak pernah habis

Sudah sampai di rumah. Sampai2 je trus bukak laptop, sambung internet. Bukan nak jenguk blog atau FB sendiri, tak kemaruk sampai gitu skali la dayu. Iyelah tu, korang caya lah. Sedangkan tadi tergagau2 dia carik lain 3G kat Kluang nak connect internet, nak update status FB smua. Hahahah.. pegakuan eksklusif ni.. *sila lah hina ke apa ke..sila kan..sila lah*

Tapi itu bukan motif utama, yg sebenarnya nak check saman. Sebab tadi dia bawak kete mcm orang giler. Tapi sebab penumpang2 tidak bersuara apa, dia balun je tekan minyak kuat2. Steady je duduk lane kanan. BMW pun dia halau suruh ke kiri. Agaknya mesti Vito tersengih2 malu je memotong tadi kan. Tapi sebab tuan dia dah macam tak sabar mahu sampai umah, dia balun je lah. Ok.. clear. Tiada saman dalam list. Iye, tahu benda tu tak update segera. Tapi sekurang-kurangnya macam lega lah. Kalau tadi sangkut, baru 1 kan. Tak la berderet mcm tahun lepas.

Sampai je depan rumah, hati macam sangat tak sabar nak masuk. Carik kunci dalam handbag secara gelabah. Excited entah pape je. Sampai gate pun lupa nak tutup semula. Tapi bila masuk rumah, rasa macam nak jerit 'uncit!!! kamu buat apa hah kat umah??' Sangat tidak bagi isteri dia berehat tau. Isssskkkk, nak kena tau dia ni.

2 hari bini dia takde, dia ternak kulat. Macam2 jenis kulat. Ni baru tinggal 2 hari ni, kalau seminggu?? Bela raksasa agaknya... Ohhh.mentang2 bini kamu takde, kamu berubah jadik naga dalam rumah ye.. suka kamu eh..nasib baik takde kesan tinggalan bau. Kalau tak, siap sedia la dunhill hantaran kamu mangsa. Suami saya...suami saya... Terkocoh-kocoh bini kamu kemas dapur tau. Dia mana boleh tgk smua tu...

Bila call tanya dia jawab 'tu lah yang, lain kali awak jgn tinggal org lama-lama' Manja terlebih laki aku ni.

Masuk bilik lak, dia nyaris2 pengsan tau. Dia kata 'ni laki aku yg tido ke raksasa gorgon yg tido ni??' Terus dia mengemas, walaupun hajat dia tadi nak berbaring kat bilik sendiri. 2 malam tido bilik hotel dia dah rindu sgt kat bilik tu. Tapi tiba2 dia macam 'takpe lah laki aku serak kan bilik, dari dia bawak balik pompuan lain' Hahahahah, dayu mmg adakalanya imaginasi melampau. Suka fikirkan yang bukan-bukan. Kuat merapu dia tu.

Dah lah, penat...

Apa mahu kasik suami makan malam ni???

12 comments:

  1. dayu - u shopping kat pasar borong dekat jusco equine kan. Pasar tu buka pukul berapa tutup pukul berapa hah? Takat ni shopping groceries sumer kat giant kinrara. tak try lagi kat pasar borong tu

    ReplyDelete
  2. jelas sgt isteri pnting utk suami...hehehehe

    ReplyDelete
  3. hahahah... sib baik br dua hari.. kalo seminggu pengsan trus dayu depan pintu..;P

    ReplyDelete
  4. hehehe lelaki mmg manja kan dayu. mcm suami nurul pun sama tmpt tido kalu bgn lmbt isteri jugak yg nak kena kemas. alahi mmg tugas isteri :)

    ReplyDelete
  5. br 2 hari dh mcm2 hal hek... mujur lalang tk sempat naik :D

    ReplyDelete
  6. kulat tu buat sup bes gak dayu,
    hiks :p

    ReplyDelete
  7. hahhaha. kasi makan MegDi delivery pon ok wat. hahha

    :)

    ReplyDelete
  8. suami ni sgt manja lah..kadang2 penat nak layan kerenah dia
    mcm jaga anak kecik..
    tp tu lah kan
    dia mcm dah set dlm mind dia
    dah ada bini..boleh manja lebih2

    *huhu cammne lah laki aku kalau takde bini erk

    ReplyDelete
  9. hik2...
    bese la lelaki..
    tunang sy pun manja ter'over'
    kadang2 rasa cam sy lelaki, dia ppuan.
    kuat sgt merajok

    ReplyDelete
  10. ooo...biasalah, org lelaki...suka nak bermanja ngan isteri...
    layankan jelah...suami sendiri kan...

    ReplyDelete
  11. hehehe comel jer citer harini

    ReplyDelete