Dulu pernah aku kata kat En Ekwan betapa kuatnya pengaruh tv kat dia bila dia beriya-iya nak botakkan rambut dia macam Michael Scofield Prison Breaks tu. Issskkk, tak berkenan sungguh dia botak. Tak suka lah. Dulu pernah sekali dia buat. Uiiihhh, punyalah aku berharap rambut dia akan cepat tumbuh. I suka lelaki kegemaran i yang berambut lurus, lembut, kilat bersinar tu. Rambut dah lawa,lagi sibuk nak botak. Baru sekali lah dia berjaya membotakkan kepala dia. Kalau ikutkan dah berkali-kali gak dia mintak nak botak. Puaslah aku goda suami sendiri. Yelah, yang nak mengadap dia tiap hari kan, isteri dia ni. Kena lah bagi permandangan yang indah2 kan. Kang i nyampah kang, tak pasal2 dapat dosa free tau.
Tapi bila difikir-fikir semula, rasa aku lagi emotional kot. Lagi kuat terpengaruh dengan tv. Pantang tengok citer2 melayu yang emo kat tv. Mula la, tanpa diminta buat ulasan rasa hati kat watak2 dalam citer tu. Lagi2 bila watak tu macam menyakitkan hati. Nak tak nak kena lah suami aku layan je bebelan isteri dia ni.
Ni hah.. tengok citer Korban Kasih Marlisa kat Tv3 ni. Hangin aku tgk watak Adam ni. Ikut rasa hati mau je aku gi lepuk2 muka dia. Bengong. Dah ada bini, sesuka hati ko je buat mcm tu. Kalau dah memang tak nak, nape ko setuju kawin ngan dia. Seksa dia macam tu. Memang la mak ko yang suruh. Tapi kalau ko cakap nasib yang akan dia terima kalau ko setuju kawin, ko agak mak pak perempuan tu bagi ke ko kawin ngan anak dia?? Kalau aku lah jadik mak dia, tak hingin aku menantu macam ko. Tak menguntungkan langsung.
Dan, ohhh perempuan sekalian.. mengapa?? Memag adakah perempuan yang masih boleh berdiam diri walau dianiaya suami begini?? Bukan lah aku nak cakap besar ke apa, nasib kita sendiri pun tak pastikan. Iye, bersabar tu jalan terbaik. Berharap suatu hari nanti dia akan berubah. Tapi yakin kah dia akan berubah. Kalau selamanya macam tu. Kalau jadik makin teruk?? Tak ke seksa diri namanya tu.
Entah lah.. tapi buat sekelian kalinya. Aku sentiasa ingatkan diri sendiri. Tolong jangan perbodohkan diri. Tolong jadik bijak. Jangan biarkan nasib diri terabai. Kita sentiasa ada pilihan. Mementingkan diri bagi aku tak salah. Ohhh, mungkin aku bukan lah orang yang ibarat lilin. Sanggup diri terbakar, asal org lain hidup dalam terang. Aku rasa, dalam apa keadaan, dulu kan diri kita dan keluarga. Yang lain-lain, kemudian boleh fikir.. Peduli lah orang nak kata pentingkan diri ke apa ke.. Takde yang lebih penting dari kebahagiaan sendiri beb..
Sebab tu aku emo sepanjang tengok Nur Kasih. Seb baik dah habis, kalau tak.. setiap Jumaat emosi aku tak stabil *mahal siot dvd nur kasih, amik kesempatan sungguh*
*mengapa Tiz Zaqiyah sentiasa diberi watak2 isteri teraniaya ni?? suami harus kah bernama Adam??
No comments:
Post a Comment