21 May 2010

dia dah sebulan

Anak dara aku dah sebulan!!

Cepat je masa berlalu. Macam tak terasa. Hahaha, tipu..tipu. Tiap hari aku tgk kalendar, hitung hari, bila anak aku nak sebulan ni?? Kalau dia dah sebulan, maknanya tempoh berpantang, berkurung dalam rumah sudah semakin sampai ke penghujung.Berkurung lah sgt, asal laki aku balik je hujung minggu, mesti dia bawak anak bini dia kuar berjalan. Mak aku tak kata tak boleh, maka bergembira lah saya ini. Bosan kau duduk rumah dari pagi smpai ke malam, sesekali kena tgk dunia luar gak kan :)

budak tembam ni asal masuk kete, tido je kejenya

For her 1st jab, ohhh.. menjerit sampai hilang suara kau, merah padam muka. Alahaiii sian anak ibu. Nasib baik kali ni hati ibu kental sikit, kalau tak ibu pun ikut menjerit sama. Tapi Eisya mmg kuatkan, nangis kejap je. Lepas tu, terus tido. Bagus anak ibu ni kan..

dalam sebulan she gained 1.2kg.. hebat anak ibu!! while mommy ONLY lost 14kg. Another 4kg!! Kena berusaha sungguh-sungguh!!

Dah sebulan membelek, mengomol Eisya setiap hari. 24 jam mengadap dia je. Dari pagi sampai ke pagi semula. Dengan dia je. Melihat perkembangan dia. Biar tak banyak, tapi seronok bila sekarang ni, bila kita panggil dia, dia dah reti tengok. Perhati je orang cakap2 ngan dia. Pastu buat reaksi mcm2.. cebik2 mulut.. Eisya juga sgt sensitif ok.. dia mudah sgt terkejut. Kalau tido tu, selalu je tersentak-sentak. So, kalau dah letak dia atas katil, ibu ngan abah nak berborak, silalah keluar ye.

Bila dah tido bertiga satu katil ni.. rasa lain mcm lak. Risau gak, mana lah tau, tak sedar tersiku dia ke, tertindih tgn dia ke..tapi nak letak dia dalam baby cot dia, mcm tak seronok lak. Lagipun mcm leceh je nanti tgh malam nak menyusukan dia. Maka, berkongsi katil la kami anak beranak..seronok si tembam ni, kena ampit ngan mak bapak dia kiri kanan. Seronok ke?? Entah2 dia kata, buat sempit je..huhuhu..

-sebelum tido berangan dulu, biar ibu henjut sejam baru tutup mata-
ibu mengaku kalah. usia 3 minggu, masukkan dia dalam buaian. tak larat dah nak tidokan dia dgn berpangku. anak i tembam u, lenguh tangan nak pangku je.

19 May 2010

The Finale - Tak terlupakan

*sempena esok genap Eisya berusia sebulan. maka tamatlah siri kelahiran dia ke dunia ni.

Dewan Bersalin. Bilik 13
Sebab tak bleh nak amik painkiller dah, sebab nanti aku tak bleh rasa bila nak meneran kan. Nurse tu suruh je lah sedut gas yang kononnya boleh buat kau kurang skit rasa sakit contraction tu. Tapi biasalah, tipu je semua tu. Sama je rasa dia. Sakit tetap sakit beb. Tak tahu lah kalau sebab aku di induce kan, maka sakit dia lain macam sikit.
Puas nurse tu pesan 'lurus kan kaki, jgn angkat..nanti awak penat' Arrgghh!! Takde maknanya. Baring dengan kaki mengangkang tu lebih menyelesakan, dan rasa mcm kurang skit sakit. Maka, maaflah saya tak dengar kata ye. Dan saya juga degil. Nurse kata 'jangan meneran dulu' tetap gak aku meneran.
Nasib lah kamu semua, dapat patient degil mcm aku petang tu. Tak tahan beb, rasa sgt tak sabar anak keluarkan baby ni dari perut. Nurse marah pun ada aku kesah, yang penting kurang sikit rasa sakit tu. Marah lah..Tapi bila nurse tu bagi peluang aku meneran.. habis baik aku kumpul tenaga nafas semua, tapi hasilnya 'hah, tak boleh lagi.. tahan sikit, sedut gas ni' Layan je lah sedut gas tu.

Bergelut la aku laki bini, berdua dalam bilik tu menahan sakit. Tak tahan siot, rasa mcm ada benda nak terkeluar je. Apa lagi.. teran je lah.

Tak lama lepas tu, nurse masuk. Beramaian lak tu. Kali ni dengan doktor sekali. Doktor tu check bukaan, ohhh.. dah 9cm. Terus dia suruh nurse smua sediakan equipment. Aku dah siap sedia mengangkang. Bila nurse selak kain, laki aku bisik 'yang, orang rasa org tak boleh lah.. org pening' Slow je dia cakap, tapi nurse tetap dengar. Terus dia suruh Ekwan keluar, kang tak pasal-pasal dia lak yang pengsan. Huhu, kesian suami saya. Sebelum ni bersungguh-sungguh dia kata nak teman aku bersalin, tapi nak buat camne.. tiba masanya, pucat pulak muka.

Aku ada lah gak skit frust, tp bila dah start meneran, tak ingat pe dah. Dalam kepala, nak cepat je keluarkan Eisya. Sangat ramai nurse dlm bilik tu, ada 7-8 orang aku rasa. 2,3 orang kat kiri kanan, yang lain kat sebelah doktor. Aku tengok muka doktor tu cool je. Rileks je dia mengadap aku. Bila dia panggil, dan start suruh meneran. Aku cuba habis baik. Ikut mcm yang nurse2 tu cakap. Tapi.. arrgghhh!! Macam takde kesan je. Tak cukup teran ke?? Tapi mereka sgt supportive. Takde marah-marah.. Cuba lagi..

3 kali rasanya aku cuba meneran, tapi tak berjaya. Nak cuba lagi macam dah tak bertenaga. Yelah, tak tido satu hari beb, pulak tu asyik sedut gas je, mana tak lalok aku jadiknya. Sampai terlelap aku kejap. Nurse tu siap kena tampar pipi aku nak suruh aku bgn, paksa aku bukak mata. Bila try sekali lagi, tetap tak berhasil. Akhirnya doktor tu suruh nurse sediakan vacuum. Jantung baby dah tak stabil, aku lak mcm tak larat je. Dan sambil tu puas dia explain procedure yang dia nak buat jap lagi. Gua dengar tak dengar je. Ni smua gas tu punya pasal lah ni.

Ingatkan bila vacuum tak yah meneran, tapi kena gak ok.. sepenuh tenaga aku meneran. Alhamdullilah, 2 kali meneran.. akhirnya Eisya berjaya dilahirkan. Sebab vacuum, aku tak rasa lah bila dia keluar kan, tahu2 doktor tu kata 'ok. it's done' Dan Eisya ada kat atas badan aku. Ya Allah, tak tahu nak kata camne perasaannya bila 1st time pegang dia yang basah berdarah, berlendir tu..panas je. Rasa nak amik, peluk cium dia. Tapi tak sempat, nurse terus amik dia. Sebelum tu, sempat lah dia tunjuk Eisya kat aku 'hidayu, ni anak awak, tgk laki ke perempuan?' Dan bila aku mcm tak menjawab, dia tanya lagi. Slow je aku jawab 'perempuan' Sedangkan aku tak tgk pun kemaluan dia, aku sibuk tgk muka dia je. Then, dia terus bawak anak aku keluar dari bilik tu.

Sesungguhnya, mengikut apa yang aku rasa dan lalui. Aku boleh kata, sakit masa nak keluarkan baby tu.. tak sakit mana pun, mcm tak rasa pape pun. Terkoyak ke apa, tak rasa pun. Entahlah, mungkin dah byk sgt rasa sakit, sampai dah tak kenal rasa sakit. Contraction tu lah yang sakit!! Serius!! Sakit contraction adalah sakit paling sakit dalam dunia!! Tak kira, aku nak gak jadik kan kenyataan ni fakta.

Sementara tu, doktor siap sedia nak menjahit. Proses ni pun bagi aku, sakitnya tak sehebat contraction. Lagipun, ko dah lalui satu proses yang mana, apa jadik lepas tu kau dah tak kesah. Buat lah apa pun, tak peduli dah. Bius pun sakit biasa2 je. Memang lah terasa ngilu sikit bila benang tu ditarik kan, tapi yelah.. sakit contraction boleh tempuh, apa lah sgt sakit kena jahit tu. Ikut rasa hati nak je aku tido, tapi sebab doktor tu asyik bercakap dan pesan macam-macam, tak tido lah saya.

Siap je jahit, nurse salinkan baju, pakaikan pad dan naik kan aku atas katil dan tolak aku keluar. Ingatkan nak terus antar ke wad, tapi dia letak aku kat luar jap. Waahhh...dpt tgk anak aku. Alahai, kesian dia. Ngan tak berstokin, mesti dia kesejukan. Ikut rasa hati nak je turun dari troli tu gi amik peluk anak aku. Dah lah dia menangis, takde pun nurse dtg tgk dia. Tapi nk buat camne, tahan je rasa sayu hati ni. Nasib baik tak lama lepas tu, ada nurse dtg amik dia bagi kat aku suruh susukan dia. Ohhh, time ni rasa sgt seronok. Skin to skin ngan anak yang dinanti-nanti. Perasaan dia tak terkata. Dah la sama-sama struggle time breastfeeding tu. Susu aku mcm takde sgt, dia lak mcm tak puas je nyusu..

Tapi tak lama, kami terus dihantar ke wad semula. Ekwan already there waiting for us. Sama-sama lah kami membelek anak. Indahnya lah rasa time ni. Sama-sama cium Eisya. Peluk dia. Rasa berbaloi sgt semua rasa sakit tu. Dan aku rasa sgt bertuah ada suami di sisi waktu-waktu begini. Tak terbayang, camne lah aku nak uruskan diri malam tu kalau sorang diri. Terima kasih sayang..

the night we spent together.. smpai pagi lah dia tido kat celah ketiak ibu dia.

Aku merasakan aku adalah antara golongan yang bertuah. Aku dengan sendirinya masukkan diri dalam kategori orang2 yang tak lama menahan sakit nak beranak. Dalam 4 jam, aku dah bersalin. Dari start air ketuban pecah, sampai ke tangisana pertama Eisya, cukup 12 jam.

Syukur.. tapi cukup gak buat aku fikir 15kali lepas ni kalau nak beranak lagi :)

Pengalaman pertama ni tak kan pernah terlupakan.. Sungguh!!

14 May 2010

Bahagian ke-2: Sakit Paling Sakit

20.4.2010
9- 11 am

Suami ku pulang dahulu. Dia tak boleh nak temankan lama-lama, as mertua ngan adik ipar ada kat bawah kan. Kesian derang, so antar derang balik dulu. Nasib lah hospital ngan umah dekat. So sedang baring-baring try nak tutup mata,nak tido la kononnya, nurse dtg 'puan, gi bilik rawatan sekarang ye, doktor nak check' Terkedek-kedek la aku turun katil, ngan kain nak terlondeh. Uuiihh, nape lah kain spital ni dicipta gini gaya, buat siap bergetah kan senang..

Masuk bilik rawatan tu, doktor tu dah siap sedia ngan sarung tgn getah. Dalam hati, siap lah aku. Mahu tak mahu, berbaring lah saya atas katil itu menyerah diri. Kerut-kerut muka menahan, doktor tu kata '1cm' Hah, 1cm je ke?? Bape lama nak menunggu ni?? And then dia kata 'nanti pukul 11 kita masuk ubat ye' Doktor tu sgt soft spoken lah, dah la kecik je orangnya.

Kembali la saya ke wad. Try to sleep, sebab rasa mengantuk tu agak kaut gak lah. Tapi leka melayan sms dan call yang masuk, tak sedar pun dah nak kena induce. Bila gi bilik rawatan tu, ramai sungguh budak-budak praktikal tgh menunggu. Uiihh, nak je aku tanya 'ni apa ramai-ramai ni? ingat ada show ke hah??' Tapi aku kan beradab orangnya. Simpan dalam hati je lah. Redha je lah aku bila tengah kena induce tu, beramai-ramaian budak-budak tu saksikan. Sebab nak bagi mcm2 penerangan kat derang, lama lah aku terbaring kat situ. Chaaaiittt, jadik bahan pembelajaran aku kejap.

Hospital Serdang mmg penuh dengan pelatih je. Dari nurse sampai lah ke doktor. Tapi as diaorng inspect, adalah doktor pakar ikut sama. Maka, tak perlu la nak risau.. masih mendapat perkhidmatan yang terbaik. Lepas induce, trus buat CTG smula. Rileks je. Tak rasa apa lagi kan. Maka, rileks je lah layan sms smua. Makan pun dengan penuh berselera. Nasi tomato ayam sambal lagi dia bagi kau. Maka, makanan di Hospital Serdang adalah sedap. Jangan risau ye. Marilah beramai-ramai bersalin di sana. Heheheheh...

2.30 pm
Masa ni dah start rasa contraction. Ok.. begini rupanya rasanya. Tapi otak aku dah tau dah, ni mesti baru ringan-ringan je ni. Datang pun sekali-sekala je. Masih boleh buat macam biasa. Orang call pun aku boleh layan borak sambil gelak-gelak lagi, main teka-teka bila aku nak beranak..

4.00pm sehingga 6.00pm
Ohhh, muka sudah mula berkedut menahan sakit. Uiihhh.. tak reti nak describe camne rasa dia. Time ni, jangan sesiapa lah ajak borak, mmg aku buat tak layan lah. Berusaha la aku mengawal pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam time contraction tu dtg. Arrggghh!! Tipu!! Tak berkesan. Dah lah dalam wad tu aku sorang je yang tgh menunggu masa nak beranak. Yang lain smua kena tahan sebab pregnancy problem. Bergolek-golek lah aku sorang-sorang.

Ikut hati nak je jerit 'sakit..sakit weehhh' Tapi jerit dlm hati je lah.

Bila contraction mula dtg 5 min sekali. Aku dah rasa macam nak hempas-hempas katil. Sakit yang amat!! Sape dh rasa mesti paham. Ya Allah, mmg tu lah sakit paling sakit pernah aku rasa. Habis segala besi katil aku genggam. Nasib baik, sekali dia dtg, dalam seminit hilang dah.. kalau lama.. mahu terjerit-jerit aku menahan sakit.

Ekwan dtg ngan mertua, adik ipar smua pun aku dah takde perasaan. Mak picit-picit kaki pun aku rasa mcm takde kesan apa pun. Sakit makin menjadi-jadi beb. Aku tak tahu lah mcm mana rupa aku time tu. Mesti horror giler. Dan tgh melayan contraction tu, boleh lak tiba-tiba terasa nak muntah. Kelam kelibut laki aku carik palstik. Melambak-lambak aku muntah. Habis keluar semua isi perut. Rasa lemah satu badan. Boleh lak, habis je muntah, contraction dtg. Arrgghhh!!! Pakej lengkap sungguh!!!

Sungguh!! Aku dah sgt tak tahan. Sangat sakit. Rasa nak beranak sekarang jugak. Cepat lah hantar aku masuk labor room. Tak tahan dah ni!!

Bila doktor pelatih tu dtg, dia lak buat muka cuak lebih. Teruk sgt ke muka aku menahan sakit. Terus dia suruh nurse amik equipment nak menyeluk. Time yang ni mmg kalau ikut rasa tak rasional, mmg kena terajang la doktor tu. Bayangkan, tgh2 dia menyeluk tu.. contraction dtg. Tak tahu lah nak kata mcmana dia punya rasa. Entah berapa ganda dia punya sakit... aarggghhh!! Baru 4cm.. dah sakit gini macam baru 4cm?? Baper lama lagi nak tunggu ni??

Tapi doktor tu akhirnya arahkan aku disorong masuk ke labor room. Dia kata aku kelihatan sgt sakit. Dia kesian agaknya kat aku. Sebab sepatutnya 6cm baru bleh masuk labor. Terus misi tu pancit ubat berak. Masa nak membuang tu, aku rasa takut-takut je nak mengeluarkan isi perut. Sebab dlam masa yg sama aku terasa mcm nak meneran dah.. tahan..tahan..

Keluar bilik air, mak tgh sediakan baju untuk baby nak bawak masuk labor room. Uiiihh, byk sgt brg yang takperlu dlm beg tu. Habis mak selongkar beg, pun tak dpt lengkap baju untuk Eisya. 1st time lah katakan, guwe tak tahu..

note: tak perlu byk brg2 yg merepek ke hospital ye. dan sedikan lah siap-siap dalam seperate plastic untuk baju baby dia nak pakai sebaik je dia melihat dunia nanti. dengan selimut semua. tak lupa mitten dan booties. senang, tak lah time nak kena sorong masuk labor room, baru nak mencarik.

By 6pm, aku disorong masuk ke labor room. Duduk atas wheelchair menahan sakit. Terasa sgt jauh la labor room tu. Masuk je kawasan Dewan Bersalin aku dah start rasa mengigil satu badan. Punyalah sejuk tempat tu. Siyes, dah mcm masuk chiller je rasa. Dah lah dgn berkaki ayam. Mengeletar aku dibuatnya. Naik je katil terus aku minta selimut. Mulut dah mengeletar ni. Dah selubung selimut pun aku mengigil lagi. Sampai nurse tu tegur 'sejuk lagi ke dik??' Slow je aku angguk. Terus misi tu pasangkan heater direct kat aku. Wahh, lega je rasa. Sangat baik lah nurse tu. Siap doublekan selimut aku lagi.

Tak lama lepas tu Ekwan dtg. Sakit pun dtg sekali. Aarrgghh saje lah kau!! Seminit sekali lak tu. Laki aku usap-usap kepala pun tak rasa apa dah lah. Habis lah baju dia aku tarik tahan sakit. Bila dah tak tahan sgt, aku picit button panggil nurse. 2-3 org sekali dtg. Aku dah tak tahan, terus minta ubat tahan sakit. Nurse tu seluk lagi, dah 6cm dan dia kata 'dik, dah 6cm.. tak boleh amik pain killer dah time ni' Arrgghhh!! Pulak dah...

*sambung next episod bleh??

13 May 2010

Alah Bisa Tegal Biasa

*hajat di hati nak sambung tulis part 2, tp mood lebih nak buat yang ni. maka, drama bersiri tertangguh jap ye

Masa minggu pertama Eisya hadir dalam jadual hidup aku, memang aku rasa huru-hara. Semua jadual kehidupan berubah. Berubah 100% lak tu. Takde makna lah lagi aku nak tido lambat, tgk tv smpai tengah malam, esoknya bleh bangun pukul tengahari. Jangan harap. Takde dah lagi kehidupan begitu. Dan aku rasa, entah bila agaknya aku akan dpt balik kehidupan mcm tu. Mesti aku akan sgt2 hargai waktu tido lepas ni.

Aku rasa aku ni pun agak bernasib baik. Eisya bukan jenis yang berjaga sepanjang malam. Dia bangun paling byk pun 4 kali. Dapat susu, dia tido semula. Kembung perut pun sekali je. Tu pun sebab aku yang sengal, gi kasik dia minum air kosong malam2 hari. Tak tido aku sepanjang malam. Tapi nak sesuaikan diri mula-mula tu mmg rasa payah. Tersengguk-sengguk gak la aku melayan dia menyusu malam-malam hari tu. Nasib baik nyusu masuk mulut, kalau masuk idung.. buat nya je. Bila siang hari lak, dia jenis yang tido kejap-kejap. Tido setengah jam, bangun mintak susu. Tido balik, pastu bgn lagi. Camne aku nak qada' tido malam yang tak cukup tu. Ngan nak ber'internet lagi *hehehehe* Maka, 1st and 2nd week jaga Eisya mmg muka aku cengkung.. Ekwan pun tegur 'yang, nape cengkung je muka awak, mata sembab' Hah.. baru dia tau, susah tak susah jaga anak. Nak tukar tempat??

berat terkini saya adalah 4.4kg. yeah, i gained 0.9kg in 3 weeks. hebat kan saya. kata dpt susu segar dr ladang setiap hari. ni lah hasilnya

Tapi demi anak kan, semuanya sanggup kau tempuhi. Biar kita tak cukup tido, asal anak tido lena, perut kenyang.

Bila dah lama-lama, aku rasa dah tak kesah. Macam biasa je bangun seawal 7.30 pagi. Walaupun tadi baru je bgn pukul 6 bagi dia susu. Layan si tembam tu borak-borak jap sebelum dia merengek nak tido semula. Waktu dia tido ni lah aku cepat-cepat mandi, pastu isi perut. Pukul 9 kang dia bangun, nak mandikan dia pulak. Si tembam ni dah lah mcm alarm clock, tepat masa harus celik bijik mata. Lepas ni kebarangkalian nak lambat gi keje mungkin menurun lah, dah ada alarm clock yang satu ni. Dulu boleh lah, bunyi je.. raba-raba tekan bagi mati. Yang ni, ko nak senyapkan mcm mane?? Tekup mulut dia ngan bantal?? Hilang akal ke apa??

Bab nak mandikan Eisya pun, mula-mula mcm sgt takut. Tengok je mak mandikan dia. Tapi bila dah cuba, takde la susah sgt. Tak buat, mmg smpai bila la takut kan. Mungkin Eisya ni tembam, maka senang la sikit mak dia nak pegang. Bila tgk dia seronok mandi, mcm tak nak kuar dr besen tu.. uiihhh, puasnya la rasa hati. Bangga pun iye gak. Aku mandikan anak aku sendiri. Betullah orang kata, smua ni dengan secara semulajadinya kau akan reti. Tak payah nak masuk kelas khas. Kau tengok, terus ko reti nyer nak buat.

Dan dalam tak sabarnya aku menghitung hari nak habis berpantang, dalam masa yang sama aku sedih. Masa untuk bersama Eisya 24jam sehari semakin tinggal sikit. Nanti kena tinggalkan dia 8 jam. Dan aku terpikir, boleh ke orang yang jaga dia nanti akan jaga dia sepenuh hati mcm yang aku buat?? Lagi-lagi kalau antar dia ke nursery?? Boleh ke org tu bagi full attention kat dia sorang?? *harap-harap tok setuju la nak jaga awak, sebulan pun jadik lah*

Tiba-tiba gak aku rasa macam nak jadik fulltime housewife. Boleh??

10 May 2010

Lahirnya dia ke Dunia - bahagian 1

19 April 2010

Dah overdue by 5 days. Tapi masih tak rasa pape tanda lagi. Takde rasa sakit, dah 4 hari duduk rumah menunggu tanda-tanda bersalin muncul tiba. Tapi takde pun. Tapi hati dah resah gelisah, anak kat dalam perut dah tak aktif. Sangat jarang bergerak. Tapi sebab dia still bergerak, ibu dia buat cool lagi. Dok kata dalam hati 'ada lagi anak aku ni, hidup lagi' Bila difikirkan balik, macam sangat gamble kan. Sedangkan puas misi pesan, kalau anak tak gerak terus gi spital.
Siang tu request kat MIL masakkan bubur kacang hijau, siap taruk durian lagi. Nak makan gitu je Ekwan tak bagi, dalam bubur pun jadik lah. Punya la banyak aku makan..semua gara-gara konon nanti lps bersalin lama tak bleh makan mcm2...

19.4.2010 ( 9.00 pm )
Pergi Klinik Jameaton, nak check baby. Risau beb.. at least kalau dgr heartbeat dia. Confirm la dia bernyawa lagi kan. Punyalah ramai org, by 11.45pm baru dpt jumpa doktor. Bila bagitau kat doktor, yang anak aku kurang gerak. Dia pun macam terkejut tgk aku. Terus dia scan, baby is doing fine. Tapi segera dia kuarkan reference letter untuk aku gi hospital. Bila aku buat perangai sengal tanya 'doktor, nak gi malam ni ke?' Dia jawab mcm nak telan je aku ni. Yelah, dah tengah malam beb, tido dulu tak bleh ke, gi pagi esok je.

19.4.2010
12 tengah malam. Di kediaman
Balik rumah, update beg nak bawak gi spital. Rasa mcm tak caya, nak gi hospital ke?? Sambil tu, aku isi perut siap-siap. Makan segala benda yang ada kat umah. Mak mertua aku pesan macam-macam. Aku ni lak mcm blur semacam j.e. Sebab mcm masih tak caya nak gi hospital malam tu. By 1.00am baru kitaorg gerak. Amik keputusan ke Hospital Serdang sebab mcm tak sanggup kalau kena reject ngan Putrajaya. Sempat lagi aku request laki aku stopped kat 7E nak beli slurpee, tapi harus dia jegil bijik mata. Dia belikan Ribena pun jadik lah..*yang tak sejuk ye*

1.30 am - Hospital Serdang
Sampai hospital, belum pape lagi dah kena bebel ngan misi kat kaunter sebab lambat dtg sebab aku kata baby dah kurang gerak dari semalam lagi. Dengarkan je lah. Menjawab pun bukan jadik pe. Diam lagi bagus.
Salin pakai kain batik, buat urine test.. dan terus buat CTG. Kena marah lagi. Diam je lah saya. Dan merasa lah saya, camne rasanya kena seluk tu. Uiihhh...nasib baik doktor perempuan. Kalau tak.. malu i tau. Pelik aku, doktor rileks je. Misi lak bising lebih. Lama siot buat CTG ni. Dalam pukul 4am baru siap. Dah la hp takde. Dalam hati dah terpikir, apa lah laki aku buat kat luar tu. Mata dah mengantuk ni. Ikut hati nak tido, tapi misi tu dah pesan 'jgn tido pulak ye' Ni dengki kat aku ke mmg time buat CTG tak bleh tido? Nak tak nak tahan je lah mata ni dari terkatup.
By 4.30am gitu, baru datang sorang lagi senior doktor dan suruh aku dimasukkan ke wad. Salin lah aku uniform kaler pink tu. Sayang tak amik gambar lah.. klau tak boleh gelakkan diri sendiri, entah gaya pe je aku ikat kain tu..mmg lesen L lah bab2 pakai kain ni.
Tunggu nak masuk wad pun lambat. By 5am baru dpt masuk.

6.00 am - Wad 5B. Hospital Serdang
Kelas pertama full. Maka dapat 2nd class je. Tak kesah pun. Bagus gak, tak lah sorang2. Masa ni sekali lagi macam tak caya, masuk spital aku. Tu yang sampai jadik sengal. Beriya update isi beg spital, tapi bila kena tahan, kena masuk wad.. boleh tak amik beg tu.
Spent masa ngan laki aku jap. Borak-borak mcm kat dlm wad tu takde org lain, sedangkan smua yg tgh nenyak tido tu terjaga dah. Walaupun ikut rasa hati mcm nak suruh dia teman sampai pagi. Tapi kesian lak kat dia. Maka lepaskan lah dia balik tido kat umah. Dan bergolek-golek lah saya atas katil hospital tu.

cuba nak tido, tp jgn harap

6.50 am
Dalam usaha nak tido, konon mana lah tahu esok nak berjuang bersalin kan, kena lah kumpul tenaga. Tapi.. tak berjaya. Tengah bergolek-golek tu, kejap kanan, kejap kiri.. tiba-tiba ada bunyi 'pop' dan tak lama lepas tu.. mengalir lah air dari celah kelengkang. Perrgghh.. banyak giler, mmg tak boleh nak kawal. Panas je rasa.. Dan terus aku 'pecah dah air ketuban aku' Terus amik handphone, sms laki.
Habis lah basah lencun katil tu. Banyak giler, tak reti nak stop lak tu. Bila call misi bagitau. derang suruh pakai pad. Time tu gelabah ayam lah aku. Mana ada pad. Kan dengan bijaksananya tadi tak amik beg yang beriya disiapkan dari bulan lepas tu. Aku angguk je lah. Akibatnya, habis la lencun lagi tilam tu smua, Penat je derang tukar baru..
Beriya aku call Ekwan suruh dtg smula. Tapi dia dah smpai umah dah. Nak kuar pun jalan dah jammed. Nasib baik, air ketuban tu kuar sikit2 je dah. Tunggu je lah..

20 April 2010
8.30am
Suami ku sampai. Mak mertua ngan adik-adik ipar pun ikut sama, tp tak dpt nak masuk. Kesian lak kat derang. Tapi nak buat camne kan. Segera aku gi pakai pad. Air ketuban dah start bercampur ngan lendir dan darah. Bila doktor buat check-up pagi tu, derang decide untuk induce aku tengahari nanti sebab air ketuban dah pecah, dan graf CTG aku pun tak bape nak lawa. Huhuhu.. redha je lah.

*nasi lemak dia sedap..

saya kini adalah IBU

It's Mother's Day..

Boleh secara rasmi celebrate Hari Ibu sekarang, selepas menjadi ibu kepada si tembam double E, baru boleh rasa sendiri camne rasa dia. Selepas merasa sendiri susah payah nak pegang gelaran 'Ibu/Mak/Ummi/Mama/Mommy' tu.. lagi rasa sayu kalau org tersayang lupa nak wish *ini ada sedikit unsur gedik*

Tahun depan harap-harap Eisya dah boleh wish sendiri kat ibu dia, tak perlu abah yang wakilkan..

my precious duoble E, yang kini tido nak berpangku, asal letak je jaga. takpe, selagi mampu ibu layankan lah. tak larat.. ibu surrender, beli kan lah awak buaian


before i was a mom

never had to spend hours to comfort a screaming child.
I never looked into teary eyes and cried.
I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night watching a baby sleep.
I never held a sleeping baby just because I didn't want to put it down.
I never felt my heart break into a million pieces when i couldn't stop the hurt.
I never knew that something so small could affect my life so much.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom.
I didn't know the feeling of having my heart outside my body.
I didn't know how special it could feel to feed a hungry baby.

I slept as late as I wanted and never worried about how late I got into bed.
I brushed my hair and my teeth everyday. I cleaned my house each day.
I never tripped over toys or forgot words to lullaby.
I didn't worry whether or not my plates were poisonous.
I never thought about immunizations.
I had complete control of my mind and my thoughts.
I slept all night.

I didn't know that bond between a mother and her child.
I didn't know that something so small could make me feel so important.
I had never gotten up in the middle of the night every 10 minutes to make sure everything is okay.
I never known the warmth, the joy, the love and the satisfaction of being a Mom.
I didn't know I was capable of feeling so much before I was a Mom.

*dah rasa sendiri, baru kita paham kan

09 May 2010

makan kena beringat

Hari ni mak masak sup ayam untuk menu santapan anak dia yang sedang berpantang ni. Arrgghh!! Gini gaya, boleh menganggu gugat proses mengecilkan badan ni. Nasib baik mak nampak masa aku nak tambah nasi tadi, terus dia menjerit 'eehhh, mana bleh tambah nasi.. cukup dah tu' Peerrghh, nasib baik.. kalau tak, sia-sia je kawalan pemakanan secara drastik 2 minggu lepas.

Esok kena mintak mak masak ikan singgang smula.. biar aku takde mood nak melantak..


06 May 2010

cepatlah masa berlalu

Hari ke 16 berpantang, tp aku asyik tgk kalendar.. bila nak berakhir ni??

Bukan apa, aku tak sabar nak balik umah sendiri. Nak menguruskan anak bersama suami. Ohh, saya tahu, dia sangat rindu sama si tembam dia tu. Setiap hari, kalau lambat mms gambar anak dia tu, mesti masuk sms tanya 'yang, arini takde gmbar eisya ke?' Bila dah hantar, dia reply 'rindunya kat Eisya' Wahh, sayu hati aku weehh...

Dia tak kata rindu kat bini dia ni pun tak kesah.. rindu kat anak, mesti lain mcm dia punya rasakan. Kesian gak kat dia, asal tanya makan pe malam ni, mesti jawabnya 'megi ngan nuget je' Makin melidi la laki aku gini gaya.

posisi kegemaran bila bersama abah dia. ngan org lain jgn harap dia nak lena mcm tu

Lagi 3 minggu.. 3 minggu je.. *aargghh!!!*

Nak jalan-jalan, outing ngan Eisya dan abah dia. Family outing gitu. Tolak dia dalam stroller. Ohh, saya sangat tak sabar ni. Nak gi shopping..

si tembam, yang makin hari makin bulat

*menanggung rindu tu kan seksa