20.4.20109- 11 am
Suami ku pulang dahulu. Dia tak boleh nak temankan lama-lama, as mertua ngan adik ipar ada kat bawah kan. Kesian derang, so antar derang balik dulu. Nasib lah hospital ngan umah dekat. So sedang baring-baring try nak tutup mata,nak tido la kononnya, nurse dtg 'puan, gi bilik rawatan sekarang ye, doktor nak check' Terkedek-kedek la aku turun katil, ngan kain nak terlondeh. Uuiihh, nape lah kain spital ni dicipta gini gaya, buat siap bergetah kan senang..
Masuk bilik rawatan tu, doktor tu dah siap sedia ngan sarung tgn getah. Dalam hati, siap lah aku. Mahu tak mahu, berbaring lah saya atas katil itu menyerah diri. Kerut-kerut muka menahan, doktor tu kata '1cm' Hah, 1cm je ke?? Bape lama nak menunggu ni?? And then dia kata 'nanti pukul 11 kita masuk ubat ye' Doktor tu sgt soft spoken lah, dah la kecik je orangnya.
Kembali la saya ke wad. Try to sleep, sebab rasa mengantuk tu agak kaut gak lah. Tapi leka melayan sms dan call yang masuk, tak sedar pun dah nak kena induce. Bila gi bilik rawatan tu, ramai sungguh budak-budak praktikal tgh menunggu. Uiihh, nak je aku tanya 'ni apa ramai-ramai ni? ingat ada show ke hah??' Tapi aku kan beradab orangnya. Simpan dalam hati je lah. Redha je lah aku bila tengah kena induce tu, beramai-ramaian budak-budak tu saksikan. Sebab nak bagi mcm2 penerangan kat derang, lama lah aku terbaring kat situ. Chaaaiittt, jadik bahan pembelajaran aku kejap.
Hospital Serdang mmg penuh dengan pelatih je. Dari nurse sampai lah ke doktor. Tapi as diaorng inspect, adalah doktor pakar ikut sama. Maka, tak perlu la nak risau.. masih mendapat perkhidmatan yang terbaik. Lepas induce, trus buat CTG smula. Rileks je. Tak rasa apa lagi kan. Maka, rileks je lah layan sms smua. Makan pun dengan penuh berselera. Nasi tomato ayam sambal lagi dia bagi kau. Maka, makanan di Hospital Serdang adalah sedap. Jangan risau ye. Marilah beramai-ramai bersalin di sana. Heheheheh...
2.30 pm
Masa ni dah start rasa contraction. Ok.. begini rupanya rasanya. Tapi otak aku dah tau dah, ni mesti baru ringan-ringan je ni. Datang pun sekali-sekala je. Masih boleh buat macam biasa. Orang call pun aku boleh layan borak sambil gelak-gelak lagi, main teka-teka bila aku nak beranak..
4.00pm sehingga 6.00pm
Ohhh, muka sudah mula berkedut menahan sakit. Uiihhh.. tak reti nak describe camne rasa dia. Time ni, jangan sesiapa lah ajak borak, mmg aku buat tak layan lah. Berusaha la aku mengawal pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam time contraction tu dtg. Arrggghh!! Tipu!! Tak berkesan. Dah lah dalam wad tu aku sorang je yang tgh menunggu masa nak beranak. Yang lain smua kena tahan sebab pregnancy problem. Bergolek-golek lah aku sorang-sorang.
Ikut hati nak je jerit 'sakit..sakit weehhh' Tapi jerit dlm hati je lah.
Bila contraction mula dtg 5 min sekali. Aku dah rasa macam nak hempas-hempas katil. Sakit yang amat!! Sape dh rasa mesti paham. Ya Allah, mmg tu lah sakit paling sakit pernah aku rasa. Habis segala besi katil aku genggam. Nasib baik, sekali dia dtg, dalam seminit hilang dah.. kalau lama.. mahu terjerit-jerit aku menahan sakit.
Ekwan dtg ngan mertua, adik ipar smua pun aku dah takde perasaan. Mak picit-picit kaki pun aku rasa mcm takde kesan apa pun. Sakit makin menjadi-jadi beb. Aku tak tahu lah mcm mana rupa aku time tu. Mesti horror giler. Dan tgh melayan contraction tu, boleh lak tiba-tiba terasa nak muntah. Kelam kelibut laki aku carik palstik. Melambak-lambak aku muntah. Habis keluar semua isi perut. Rasa lemah satu badan. Boleh lak, habis je muntah, contraction dtg. Arrgghhh!!! Pakej lengkap sungguh!!!
Sungguh!! Aku dah sgt tak tahan. Sangat sakit. Rasa nak beranak sekarang jugak. Cepat lah hantar aku masuk labor room. Tak tahan dah ni!!
Bila doktor pelatih tu dtg, dia lak buat muka cuak lebih. Teruk sgt ke muka aku menahan sakit. Terus dia suruh nurse amik equipment nak menyeluk. Time yang ni mmg kalau ikut rasa tak rasional, mmg kena terajang la doktor tu. Bayangkan, tgh2 dia menyeluk tu.. contraction dtg. Tak tahu lah nak kata mcmana dia punya rasa. Entah berapa ganda dia punya sakit... aarggghhh!! Baru 4cm.. dah sakit gini macam baru 4cm?? Baper lama lagi nak tunggu ni??
Tapi doktor tu akhirnya arahkan aku disorong masuk ke labor room. Dia kata aku kelihatan sgt sakit. Dia kesian agaknya kat aku. Sebab sepatutnya 6cm baru bleh masuk labor. Terus misi tu pancit ubat berak. Masa nak membuang tu, aku rasa takut-takut je nak mengeluarkan isi perut. Sebab dlam masa yg sama aku terasa mcm nak meneran dah.. tahan..tahan..
Keluar bilik air, mak tgh sediakan baju untuk baby nak bawak masuk labor room. Uiiihh, byk sgt brg yang takperlu dlm beg tu. Habis mak selongkar beg, pun tak dpt lengkap baju untuk Eisya. 1st time lah katakan, guwe tak tahu..
note: tak perlu byk brg2 yg merepek ke hospital ye. dan sedikan lah siap-siap dalam seperate plastic untuk baju baby dia nak pakai sebaik je dia melihat dunia nanti. dengan selimut semua. tak lupa mitten dan booties. senang, tak lah time nak kena sorong masuk labor room, baru nak mencarik.
By 6pm, aku disorong masuk ke labor room. Duduk atas wheelchair menahan sakit. Terasa sgt jauh la labor room tu. Masuk je kawasan Dewan Bersalin aku dah start rasa mengigil satu badan. Punyalah sejuk tempat tu. Siyes, dah mcm masuk chiller je rasa. Dah lah dgn berkaki ayam. Mengeletar aku dibuatnya. Naik je katil terus aku minta selimut. Mulut dah mengeletar ni. Dah selubung selimut pun aku mengigil lagi. Sampai nurse tu tegur 'sejuk lagi ke dik??' Slow je aku angguk. Terus misi tu pasangkan heater direct kat aku. Wahh, lega je rasa. Sangat baik lah nurse tu. Siap doublekan selimut aku lagi.
Tak lama lepas tu Ekwan dtg. Sakit pun dtg sekali. Aarrgghh saje lah kau!! Seminit sekali lak tu. Laki aku usap-usap kepala pun tak rasa apa dah lah. Habis lah baju dia aku tarik tahan sakit. Bila dah tak tahan sgt, aku picit button panggil nurse. 2-3 org sekali dtg. Aku dah tak tahan, terus minta ubat tahan sakit. Nurse tu seluk lagi, dah 6cm dan dia kata 'dik, dah 6cm.. tak boleh amik pain killer dah time ni' Arrgghhh!! Pulak dah...
*sambung next episod bleh??