28 June 2013

Eisya dah besar

Sekarang aku tak payah beli diapers lagi. Hoyeay!! Jimat RM70 sebulan.

Iye, Eisya sudah diaper free sekarang. Tapi belum sepenuhnya lah, tapi sebagai mak aku tetap bangga dengan pencapaian cemerlang Eisya. Anak aku dah besar, dah pandai. Dah boleh buang air kat bilik air macam orang besar. Tapi masih tak boleh nak tanggalkan sendiri seluar kalau nak masuk bilik air, mesti dia carik aku atau Ekwan 'abu, nak iyak' Pastu berlari-lari lah kami 2 beranak ke bilik air. Paling kelakar bila dia dah terjoget-joget tahan kencing. Sayang sangat nak tinggal kartun kat TV, gitu lah jadiknya.

Secara rasminya, dah 2 minggu Eisya tak pakai diapers kalau dia berjaga. Aku pakaikan time dia tidur je. Usaha aku nak men'diaper free kan Eisya pasti tak berjaya kalau cikgu kat nursery dia tak beri kerjasama. Terima kasih Shima sebab tolong akak potty train Eisya. 

Sebelum Eisya 3 tahun dulu, aku pernah cuba untuk ajar dia tak pakai diaper, tapi usaha aku gagal. Dalam sehari, sekali je dia pass. Yang lain semua melepas sesuka hati dia je, atas kerusi, depan tv, kat dapur.. Dia macam masih belum paham. Dia tak tahu lagi nak bagitau kalau dia nak membuang. Dan terus aku putus asa. Sarungkan diaper balik. Aku pun tak beranilah nak bagi dia tak berlampin kat nursery, kang kalau terbabas buat kena marah je. Kat rumah yang aku hadap dia sorang je pun aku boleh hangin, apakan pulak cikgu dia nanti.

Tapi 2 minggu lepas, tiba-tiba aku terasa sampai bila nak biarkan Eisya pakai lampin, makin hari makin besar. Dan aku tekad je Sabtu, 15/6/2013 tak payah pakaikan Eisya diaper. Alhamdullilah, usaha aku berjalan lancar, sekali je dia terbabas. Lepas-lepas tu dia dah pandai bagitau. Aku rasa kat nursery mesti dah ada budak-budak lain yang tengah potty training gak, mesti dia dah selalu tengok kawan-kawan dia bagitahu cikgu kalau nak kencing/berak. So dia rasa dia pun mesti buat benda yang sama. Budak-budak kan hebat memerhati dan meniru.

Dan aku beranikan diri bawak dia keluar tanpa diaper. Dan Alhamdullilah, sekali lagi usaha aku dipermudahkan. Eisya lulus cemerlang. Tapi kita ni kenalah rajin, sentiasa tanya sama ada dia nak membuang ke tidak. Pantang jumpa bilik air, memang aku angkut dia masuk. Dalam kereta sentiasa ada tuala dan baby wipes. Kalau nak jalan jauh, balik kampung ke mungkin kami perlu bawak bekalan air untuk kegunaan di masa kecemasan. 
Syabas Eisya. Anak ibu dah besar.

Dulu selalu tengok parent stop kereta tepi jalan, anak nak kencing. Sekarang giliran aku pulak.

*memang aku sarungkan Eisya dress atau skirt je sekarang. pastu sarung selipar je. senang nak mengurus dia di bilik air. kalau pakai jeans, pakai kasut leceh. tapi nanti kalau dah betul-betul terror, ibu gayakan awak dengan jeans dan boot semula eh..

25 June 2013

Aquaria, KLCC

Lama aku berhasrat nak bawak Eisya ke Aquaria ni sebenarnya. Nak bagi dia seronok tengok ikan sebenar depan mata. Bagi dia teruja. Dan bila dia dah makin faham banyak benda, dah kenal segala jenis binatang, aku jadik makin tak sabar nak bawak dia melawat Aquaria. Lately ni pun jadual hujung minggu asyik padat je. Ada je aktiviti. So bila ada masa free, kewangan pun macam mengizinkan. Terus aku booking masa Ekwan. Huhuhu..laki sendiri pun kena booking, kena pastikan dia available untuk melayan anak dengan isteri dia ni. Kalau tak booking awal-awal, nanti dia penuhkan jadual dia ngan aktiviti bersama rakan-rakan dia, aku gak yang sentap. 

Ahad lepas kami sampai juga ke Aquaria, KLCC. Untuk yang masih belum maklum, Aquaria ni kat kawasan convention center ye, bukan dalam Suria KLCC. Aku pun boleh tahu sebab pernah dulu beriadah kat taman KLCC tu dan kami parking kat Traders Hotel. Nampaklah signage Aquaria ni. Ye, option paling mudah untuk parking kereta adalah kat Traders Hotel. Sejam pertama RM3, dan jam berikutnya juga RM3. Sila masukkan sekali bajet untuk bayaran parking andai ke Aquaria.

mak budak menyegih lebih sebab dia yang excited terlebih. seperti biasa.

beratur membeli entrance pass. demi menambah pengetahuan am kamu wahai anak, mak keluar duit bertaus pun tak mengapa.

Bayaran masuk: Dewasa: RM 38, Kanak-kanak: RM28 (bawah 3 tahun free). Bolehlah anak baru sorang ni, kalau dah 2,3 orang memang fikir 2,3 kali jugak kot nak bawak anak ke tempat macam ni. Tapi InsyaAllah, ada rezeki nanti untuk adik-adik Eisya. Tak kan dia je nak merasa semua ni kan. Adik nak jugak. 

masuk-masuk je achik dah jakun tengok Ikan Piranha. gini rupanya bentuk kau ye, macam ikan bawal je aku tengok. tak ganas langsung.

percubaan mencelup tangan anak memegang baby shark adalah gagal.

Seronok. Aku yang over seronok. Seronok dapat pegang tapak sulaiman. Pastu kena sound ngan budak yang jaga binatang tu 'kak, letak balik kak.. hidup ni' Yelah..yelah, akak baru nak belai-belai dia. Pastu gi kat besen sebelah, ada anak ikan jerung. Budak tu selamba je tangkap dan pegang, aku nak cuba takut. Tapi boleh lak sesuka hati aku celup tangan Eisya dalam air tu. Mengelupur budak tu tarik tangan dia. Sorry sayang. Eisya mula-mula takut, lepas tu seronok sampai tak sedar diri. Sesuka hati dia je jalan menonong sorang diri. Tak ingat langsung kat ibu abah dia. Teruja sangat lah tu. 

bapak besar tikus ni *sama macam jerawat kat dahi aku tu,nyampah*

binatang tu kat dalam beranilah nak letak muka dekat-dekat gini, cuba dia kat luar. nak diri rapat-rapat pun belum tentu.

Eisya kekaguman melihat segala jenis labah-labah. kusyuk ok dia. lama kitaorang stop kat sini sebab budak ni tak nak bergerak lagi.

sekali lagi posing ngada-ngada. mesti ikan tu rasa nak ngap je kepala aku.

anak beranak jakun tengok ikan besar bagak.

tergelak-gelak Eisya tengok ikan tu melompat-lompat. tapi ikan ni memang comel. rupa dia pelik.

Memang berbaloi keluarkan duit pergi tempat macam ni. Kalau budak besar Eisya pun dah boleh appreciate, kalau bawak budak sekolah mesti lagi bermanfaat. Tapi dengan budak umur 3 tahun, paham-paham je lah. Tak lama dia punya fokus. Paling aku geram bila masuk underwater walk tu, yang jalan dalam terowong tu. Aku ngan Ekwan punyalah excited tengok ikan pari ngan ikan jerung besar bagak lalu atas kepala, Eisya boleh buat tak tahu je. Dia lagi heboh ke travelator tu. Apa-apa je Eisya ni..

mak jakun, anak tak heran. 

Eisya, tengok Shark!! Penat aku menjerit, takdenya dia nak layan.

lepas dah tak jakun dengan travelator, baru nak pandang atas.

pertama kali tengok jellyfish depan mata

Dan aku nak pesan, silalah datang pada hari Sabtu. Sebab banyak aktiviti memberi makan kepada binatang-binatang dalam akuarium gergasi ni dibuat pada hari Sabtu. Aku memang frust lah. Yang available pada hari Ahad hanyalah memberi makan piranha, pukul 4 pulak tu. Tak rajin pulak aku nak menunggu.

Sebelum pulang, beli lah sekeping fridge magnet buat kenangan.

Dah bawak gi Aquaria, leh lak Eisya kata 'nanti gi zoo eh'  Terus abah kata 'gi Zoo Johor je, murah.. masuk singgit' Huhu, tapi Zoo Johor takde giraffe abah - ibu tolong jawabkan, sebab ibu yg lebih sebenarnya.

Mengila

Kegilaan masa kini. Sampai Ekwan naik pening kepala setiap hari aku beli plastic container. Semalam dah beli, hari ni beli lagi. Tu belum aku bawak balik tupperware set yang aku order minggu lepas. Huhuhu, bini tengah kemaruk, layan kan je lah. Tapi serius, aku naik gilerlah tadi bila berada di kawasan home improvement Sogo tu. Rasa 'wah!!! bestnya.. lawanya' Dan terasa nak capai dan masukkan dalam bakul je semua tu.

plastic container forfood storage yang tersusun kemas di atas para sambil mengoda hamba. hampir berjayalah dia buat aku bawak dia balik.

round shape container. walau tak berapa berminat dengan bekas berbentuk bulat, mereka-mereka ini berjaya buat aku terpesona.

dan inilah yang paling aku terpikat tadi. lama aku diri depan dia. belek-belek dia. ambil, pastu letak semula. jalan ke depan sikit, pastu patah balik. capai dia semula. teringin sangat nak bawak dia balik. 

Masa selak-selak katalog Tupperware, Freezer Mate adalah item yang aku asyik berkira-kira, nak beli ke tidak. Berkira-kira sebab set dia sampai RM100++ Berkira-kira nak keluarkan duit sebanyak tu untuk simpan ikan dan ayam dalam peti ais. Memang nampak kemas,tapi RM100++ kot..tu yang aku tangguhkan keinginan tu. Sebab merasakan aku boleh dapatkan sesuatu yang lain dengan fungsi dan kualiti yang lebih kurang sama pada harga yang lebih murah. Dan inilah dia.

Maybe on my next visit to Sogo, i will purchase them.The possibility is really high.

Setelah hampir separuh tidak keruan di depan bekas plastik untuk menyimpan makanan dan berjaya mengawal diri aku hampir-hampir tak keruan semula bila lalu kat sebelah benda ni. Dia namakan benda ni 'Kids Storage' Apsal cute sangat ni?? Aku perlukan kotak-kotak ni untuk susun dan simpan baju-baju lama Eisya. Sekarang simpan dalam kotak kertas. Walaupun aku masukkan dalam plastik dulu, still dia nampak macam kuning-kuning. Hhmm.. memang kena invest beli storage box ni lah.

i want these. tapi IKEA lagi murah kot.

Bulan ni tak payah shopping baju dan tudung baru. Demi nak membeli semua-semua di atas ini. Tapi tadi dah beli baju untuk Eisya. Stok untuk raya. Kena belikan sikit-sikit dari sekarang. Tapi rasanya cukup dah kot. Kasut dah ada, baju kurung dah ada. Gaun baru 2 set dah. Cukup. Iyelah tu, nak menunggu ke raya, berhelai-helai lagi aku beli kang.

Aku memang memerlukan kotak-kotak ini dalam kuantiti yang banyak. Banyak benda aku nak susun dan atur semula demi memastikan ruang yang ada berjaya dioptimakan. Rumah aku ni kecik tapi barang menimbun. Bila tak susun betul-betul tu serabut sungguh jadiknya. Pemandangan pun tak menyelerakan. Aku  kagum sungguh dengan siapa yang berjaya dan mampu organise segala barang kat rumah dia. Dan terus aku ter'inspired.

Aku kan mudah tergoda.

24 June 2013

Eisya di IKEA

Teruk jerebu kali ni. Dulu walaupun kabus tu tebal takdelah sampai berbau asap. Ni bukak tingkap je terus rumah bau asap. Bukak pintu terus semerbak satu rumah dengan bau asap. Apalah nasib baju-baju kat luar tu, jangan berbau asap sudah. Terpaksalah switch on aircond sepanjang masa. Dan duduk dalam rumah diam-diam. Tapi mampu bertahan berkurung dalam rumah sehari je. Tu pun sebab laki takde kat rumah, dan takde kereta nak bergerak. Kalau tak panjang gak dah kaki aku rasanya, paling-paling ke Mydin shopping grocery.

Tu yang terus booking masa suami siap-siap 'Yang, Ahad kita gi IKEA eh..' Dan menanti separa berdebar sms dari suami dan siapkan segala jawapan kalau dia tanya nak buat apa. Tapi bila dia reply 'ye' Kegembiraan aku.

Aku nak gi IKEA nak borong plastic container dia. Tu je objektif utama aku. Tapi biasalah, kalau dah masuk IKEA, macam-macam kau berkenan. Semua benda 'lawanya..' Semua benda 'ni kalau letak kat dapur/bilik/ruang tamu/bilik air kita bagus ni...' Dan tanpa sedar, terus amik dan letak dalam beg plastik kuning tu. Bersuamikan lelaki seperti Ekwan yang akan sama naik dengan bini bila shopping di IKEA, memang macam-macam yang takde dalam list akhirnya dibawa balik. Syabas diucapkan kepada kami suami isteri.

mak budak yang happy suami bawak pergi IKEA. budak kecik tu dalam cubaan merampas kamera dari ibunya.

Eisya juga adalah budak paling happy kalau dibawa berjalan. Dan dia macam terlebih seronok melilau ke hulu hilir dalam setiap showroom. Tak habis-habis 'lawa rumah ia... lawa kan abu kan' Pastu seronok bukak tutup segala pintu kabinet, bawak keluar periuk, pinggan mangkuk main maska-masak atas lantai. Nampak kerusi, duduk..capai buku kat tepi dinding pastu feeling konon baca buku. Kuat berangan anak aku ni.  Nampak katil, panjat..test baring. Seronok sungguh gayanya. Lupa diri.

bab suruh berlakon anak aku memang terror

kusyuk dia main benda ni. ingat nak belikan, RM30 je. tapi puas carik, tak jumpa. dah takde kot. 

Kat area showroom elok je perangai dia. Senang lah nak ajak bergerak, takdelah dia kusyuk sangat stay setempat je. Tapi paling aku hangin kat markethall lah. Dia dah jumpa mini kitchen tu, dah seronok main terus tak nak bergerak. Ada 30minit rasanya aku ngan Ekwan kena layan dia main kat situ. Eisya.. Eisya..



beriya-iya dia main dengan mini kitchen ni. siap tanya 'abu nak apa?' awal-awal rajinlah aku layan 'ibu nak nasi ayam' lama-lama...awak masaklah sorang-sorang Cha. Ibu nak gi tengok periuk. Tapi memang best sungguh lah mini kitchen ni. Kalau aku belikan kay Eisya mesti dia tak pandang dah mainan lain. Tapi RM388 kot.. boleh beli macam-macam okay. 

Kalau pergi IKEA ni memang macam-macam benda terfikir nak apply kat rumah kan. Tengok showroom dia lawa je dia susun, saiz sama je dengan ruang kat rumah. Tapi elok je dia decorate. Yelah, nama pun showroom, mana ada orang nak buat sepah. Memang la cun je kan. Yang susun atur interior designer, kalau tak cun, tak patut. 

*macam tak puas hati. rasa nak gi lagi.

21 June 2013

Friday's Craving.

Ini namanya Friday's Craving. Di kala mood keje entah ke mana dan asyik memikirkan hujung minggu yang bakal tiba. Kejenya cuci mata selak katalog online. Dan tak pasal-pasal dah meroyan pagi-pagi buta.

I want all these!! If possible, i want it to be mine today.

already got some of these, i really have to complete the set. to be sure all of them be together. they are family after all!!!

yes, i going to have that red jar in my cabinet. must. 

and also this spices jar. dear husband, your help is required in installing the wall shelves. ohh maybe i just should learn from you once dear, so for next time, i will never bother u. you will just suddenly hear that annoying drilling sound. yes, i should.

So anyone would like to join me visit IKEA?? Ekwan is not available tomorrow, but luckily not for the whole weekend. He still free for entertain me on Sunday *sengih* So, got to book his time earlier. *grab my phone and send him whatsapp*

*dah nampak dah ke mana perginya duit gaji aku bulan ni.

20 June 2013

Pantai Damai/Santubong, Kuching

Kami adalah pencinta pantai. Pengemar laut. Kalau ke mana-mana, kami suka pergi tempat yang ada laut. Suka laut sebab laut sentiasa ada persekitaran yang menarik. Sangat best untuk dinikmati. Duduk lepak tepi pantai, muka kena tiup dengan angin pantai.. seronok weh.. Mandi laut, main ombak. Benda-benda macam ni tak boleh dinikmati kat tempat lain. Kat kawasan pantai je merasa semua ni. Tu yang masa nak gi Kuching, Ekwan beriya suruh aku survey dan carik laut yang ada kat Kuching.

Tapi disebabkan ketiadaan masa, tak sempat aku nak google. Tanya orang Kuching pun, derang pun tak tahu. Biasalah, kadang kita kadang bukan tahu sangat interesting places kat tempat sendiri. Sebab rumah adalah tempat paling best kan. Tapi bila sampai hotel, hotel ada sedikan maklumat tentang tempat-tempat menarik di sekitar Kuching. Dan Pantai Damai/Santubong ni ada tersenarai. Apa lagi, terus masukkan dalam jadual perjalanan.

Tak jauh pun dari bandar Kuching, dalam 40minit je. 

Disebabkan kami tak planned nak bermandi-manda, sekadar nak menikmati permandangan. Cukuplah sekadar menikmati permandangan. Mungkin lain kali. Kita duduk terus di Damai Puri Resort & Spa. Fuhh!! Kumpul duit banyak-banyak. Baru boleh merasa semua ni.

Gunung Santubong di Kejauhan

Laut dia memang lawa. Mungkin tak ramai sangat orang datang, so tahap kebersihan dia masih terkawal. Pemandangan kawasan sekitar dalam perjalanan nak ke pantai ni pun best. Hijau je mata memandang Gunung Santubong pun depan mata je. Tapi dari jauhlah. Tapi sepanjang perjalanan ni tak jumpa kedai tepi jalan yang jual goreng pisang, aku dah lah lapar time tu.

Indah. Nyaman.

sempat lagi posing amik gambar

-gambar nak lekat kat muka depan album percutian kali ini-

Kami ke kawasan pantai melalui Damai Beach Resort. Sesuka hati dan dengan selambanya masuk kawasan resort untuk akses ke pantai. Kebetulan masa tu ada 2,3 company tengah buat family day. So macam tak obvious sangatlah yang kami ni ala-ala menceroboh. Masa ni aku tak tahu lak ada kawasan khas untuk lepak-lepak kat pantai ni. Dah balik, baru tahu. Kena ke depan lagi, dekat dengan kawasan masuk ke Kampung Budaya. Lain kali memang kena google puas-puas sebelum berjalan supaya tidak kecewa kemudian hari.

indah sungguh ciptaan Ilahi

Eisya tak memberi kerjasama 

anak seronok jalan celah batu, pastu main pasir

bapak feeling photographer profesional (:

Duduk lepak-lepak atas batu tepi pantai, sambil gedik-gedik amik gambar. Memang seronok. Alah, mengedik dengan keluarga memang seronok.

Hotel Review: Areena Batik, Kuantan

Beberapa bulan lepas aku pulang ke Pahang atas urusan keluarga yang dikategorikan kecemasan. Bergerak pukul 11 malam dari KL, lepas amik semua adik-adik. Ohh, nasib baik laki saya gagah dan larat memandu tengah malam di usia 31 tahun ni. Kadang aku pelik juga, manalah laki aku ni dapat tenaga. Kalau aku memang dah lama terlelap dah. Tenaga orang laki kan, manakan sama dengan orang pompuan.

Sampai Kuantan pukul 3 pagi. Aku sedar-sedar kat bandar Kuantan, tu pun sebab laki aku tengah melilau carik hotel. Mak mertua aku dah ada kat sana. Waze di kala begini memang selalu buat perangai, entah mana-mana dia suruh gi. Nasib baik signage hotel ni besar siap berlampu. dari jauh dah nampak.


ni gmbar kat trip advisor. gambar sendiri takde sebab kelam kelibut loading barang dari kereta.

Bila masuk kat lobi aku tak impress sangat. Rasa biasa je lah. Tapi bila masuk bilik, kagum kejap aku. Dengan harga RM89 je semalam, dia boleh bagi facilities yang macam ni. Memang lah aku suka. Bilik selesa sangat. Eisya yang terjaga, bukan main seronok lagi. Asyik la kata 'ni umah chacha lah' Bila ditanya 'cha suka umah ni?' Tersengih-sengih sambil angguk kepala. Pastu bukan main suka main lompat-lompat atas katil. Ibu abah dah nak terlelap mata dah. Pepandailah awak bawak diri ye. Tutup pintu bilik air, tutup lampu, buatkan susu.. tahu-tahu aku tengok dia dah tertidur. Bagus.

Bilik dia kecik je tapi setakat anak sorang, selesa lah. Cuma nak sembahyang lah sempit skit. Kena alih side table dia baru ada ruang.

Tatami Room -bilik paling murah yang disediakan-
budak kecik tu tengah layan tengok tv. tv dia tergantung kat atas, bawah beam tu.

bilik air yang luas. glass tiles dia pun sangat lawa

Memang sangat money worth. Bilik air besar, lawa. Pastu dia provide siap-siap iron dalam bilik. Tak payah nak call-call house keeping minta iron. Tak ke memudahkan urusan tu namanya. Decoration pun menarik. Japanese style katanya. Sangat berbaloi bagi melepaskan lelah setelah penat teman suami memandu dari KL ke Kuantan di malam hari.

Sesiapa merancang nak buat lawatan singkat ke Kuantan dan memerlukan rumah penginapan sementara, gi lah tegur receptionist hotel ni. Tapi tiada sarapan disediakan ye. Standardlah, butik hotel mana ada pakej sekali dengan breakfast.

Sekian dari saya. Berjumpa di review akan datang.

19 June 2013

Laksa Kuah Putih

Dah lama tak main masak-masak. Dah lama tak post gambar makanan beserta resipi kat blog takde tema ni.  Lama tak post sebab memang takde resipi baru yang aku cuba. Takdelah resipi baru mana, tapi baru bagi aku. Selalu kalau pertama kali buat memang aku excited terlebih dan terus rasa perlu untuk share resipi dengan kawan-kawan walau hakikatnya korang boleh je google sendiri.

Petang semalam secara tiba-tiba aku teringin nak makan Laksa Kuah Putih yang juga dikenali sebagai Laksa Lemak. Ada juga yang kata tu Laksa Kelantan. Mana-manalah, yang penting aku suka.

Aku jadik makin gemar dengan laksa ni bila teringatkan laksa putih yang makcik Ekwan buat dulu, berkali-kali makan. Asyik menambah je. Teringin tapi tak pernah pulak aku nak mencuba carik resipi. Tapi petang semalam memang dah tahap kemaruk. Terus google. Nampak gaya macam mudah. Cuma renyahlah. Buat laksa memang renyah. Nak kena rebus ikan, blender isi ikan segala. Tapi sebab keinginan tekak macam tak dapat ditahan lagi. Balik keje terus aku singgah Fresh Boulevard beli ikan dan ulam-ulaman.

Aku kalau dah teringin memang gigih melampau. 

Balik rumah, bukak kan Eisya TV. Potongkan dia buah, bagi dia makan hadap tv. Dududklah dia diam-diam depan tv tu. Bolehlah aku beroperasi kat dapur dengan pantas. Kena pantas sebab perut dah bunyi-bunyi. Sambil tunggu ikan siap direbus, potong ulam siap-siap. Dan sediakan bahan blender. Bila ikan dah masak, dengan tak menyabarnya aku terus asingkan isi ikan dan blend. Dengan panas-panas tu. Punyalah tak sabar kan. Sambil tunggu kuah mendidih, buat sambal belacan. Memang multi tasking bagi memastikan perut dapat diisi segera.

Laksa Lemak/ Laksa Kuah Putih cubaan pertama saya. Hoyeay!!! Sedap. Sendiri masak, sendiri puji. Peduli. Sebab memang sedap.

Paling aku suka, Eisya makan siap bertambah. Berbaloi rasa bersilat kat dapur bila anak makan berselera. Eisya memang pengemar makanan berkuah macam ni. Bagi kuah laksa dengan sup, memang licin lah dia kejekan.

Resipi nanti aku bagi eh.. ke tak perlu??

*dapat jamu kawan-kawan sepejabat. dah keje masuk bulan ke-9 kat sini baru aku mengambil peluang untuk jamu kawan-kawan. banyak sangat keje kat sini, sampai takde mood nak main masak-masak bila balik keje.

18 June 2013

Magnetic Board

Kalau berjalan ke mana-mana, asal sampai satu tempat baru, aku memang akan beli sesuatu sebagai kenangan dari tempat tu. Kalau tempat tu memang ada produce sesuatu yang memang locally made, dan mampu milik mesti aku beli. Kalau tak pun mesti rembat t-shirt, paling tidak mesti fridge magnet. Fridge magnet ni memang wajib lah. 

Tapi memiliki anak kecil yang super lasak, yang ingin tahu dan buat semua benda. Eisya adalah sangat teruja dengan segala fridge magnet yang terlekat kat pintu peti ais tu. Asyiklah datang mencabut pastu buat main campak-campak. Geram je aku tengok fridge magnet aku pecah, sopek sana-sini. Dah lah yang abah awak bawak balik dari Australia. Ingat senang nak dapat?? Kalau FM Port Dickson, awak nak baling campak kat dinding bolehlah ibu sengih je. Ini Australia nyer ok, entah bila dapat pergi nak beli FM baru nak ganti yang awak dh pecahkan tu.

Dari 5 keping, tinggal 1 je Eisya. Tu pun dah cacat skit.

Maka, sebelum semuanya hancur, baik aku selamatkan. Cabut dan simpan. Tapi apalah ertinya sekeping fridge magnet andai tak dilekat. Oleh yang demikian, terus otak aku ligat memikirkan alternatif bagi tempat melekatkan dan mempamerkan koleksi fridge magnet ni selain daripada pintu peti ais.Seperti biasa, khidmat Google digunapakai. Dan keluarlah pelbagai option untuk men'DIY magnetic board. Dan teruslah aku teruja. Lama tak buat kerja-kerja DIY ni.

magnetic board dari baking tray ini adalah menarik. mudah untuk direalisasikan. tapi macamana nak lekatkan kat dinding nanti.


magnetic board dari frame gambar. iye, ini sangat bagus memandangkan kat dlama stor tu melambak frame yang tidak digunapakai. kain untuk mendeco pun banyak lagi. 


Menarik!! Patut cuba ni.. Tapi mana nak beli sheet metal ni?? Hardware ada ke?? Sepatutnya ada lah kan *google...google*

Nak beli sendiri, mahal jugak rupanya magnetic board ni. Beratus harga dia. Laki aku punya cadangan lagi bagus, bernas sungguh lah kononnya. Dia kata 'kita tunggu orang buang peti ais, nanti kita rembat pintu dia..pastu pandai lah orang buatkan awak magnetic board tu' Kalau ye pun nak jimat, jangan lah sampai macam ni sekali sayang weh..

Kalau berjaya jumpa metal sheet ni, weekend ni boleh beroperasi. Then boleh kena goda suami kesayangan untuk tebuk lubang kat dinding dapur. Sukanya.. sukanya.

17 June 2013

Anak dara

Eisya sentiasa menjadi bahan dan sumber untuk aku update blog. Dari sejak dia lahir hingga kini. Ekwan selalu kata aku kena bayar royalti kat Eisya sebab selalu siarkan muka dia kat blog aku. Dan kini anak kecik aku dah besar, dah 3 tahun usia dia. Makin lasak, makin brutal. Tak macam anak pompuan langsung. Ekwan kata Eisya kekurangan horman perempuan, macam aku. Chaiitt!! Aku jugak kena tuduh. Tapi serius, Eisya sangat lasak. Keja nak memanjat je. Tak tahu takut. Sikit-sikit bergayut.

Tapi bila datang aura keperempuanan dia, bukan main lagi. Habis bedak aku semua dia main. Pastu feeling-feeling depan cermin. Sengih-sengih sambil sikat rambut. Alahai anak aku.. over.

budak kecik tengah teruja main bedak ibu.
-sila abaikan kesepahan di kawasan sekitar-

lepas dah sapu bedak, kita tempek day cream pulak. 

tonyoh deodorant pulak

sikat rambut. siap. tapi  nape ibu tengok sama je dari asal Cha. Ni kalau aku offer pakaikan eye liner dan lipglossdia, mesti suka budak ni. tapi tak kuasa aku nak mengajar, kang tak pasal-pasal dia selongkar beg mekap aku. hari tu pun masa tinggalkan dia ngan abah dia,  aku tengok maskara aku dah bergolek-golek bawah sofa.

Eisya masih ber'diaper. Aku belum cukup rajin dan gigih dan sabar nak train dia. Ye..ye, dia dah besar. Tapi dah aku pemalas nak buat macamana. Nursery pulak tak nak tolong train, maka..kami masih tetap pembeli lampin pakai buang setiap kali ke Mydin. Iye..iye akan cuba untuk train dia sebelum dia 3 tahun setengah. Demi nak merealisasikan usaha ni, mungkin aku perlu amik cuti. Sampai macam tu sekali. Cukup sabar ke aku??? Dan usaha intensif  men'potty train dia aku mulakan minggu lepas. Sabtu dan Ahad tidak berdiaper kecuali waktu tidur. Aku belum kaedah nak memastikan dia tidak melepas di waktu tidur.

Alhamdullilah, berjaya. Sekali je terbabas. Dan aku beranikan diri bawak dia keluar tanpa diaper. Selamat. Ekwan siap pesan aku bawak baju lebih. Nak ajar anak tak pakai pampers memang kena rajin. Sebab kau kena sentiasa ingatkan dia untuk gi buang air. Kalau keluar, asal nampak toilet je mesti kena tanya dia nak membuang tak. Dia jawab tak nak pun kena gak bawak, sebab tak berani nak amik risiko kalau dia terlepas secara tiba-tiba.

Ya Allah, permudahkan lah usahaku ini sebagaimana kau permudahkan di waktu wean off dia dulu. Amin.

Abah Kesayangan Eisya

Happy Father Day Abah!!

Dengan tanpa diminta dan disuruh, aku mewakilkan Eisya untuk bagi ucapan kat abah dia walaupun Eisya dah ucap sendiri pun. Siap pakej dengan peluk cium lagi. Budak tu dah besar, kalau disuruh apa-apa dia patuh je. Lagi-lagi bab mengeletis dengan abah dia. Laju je dia. Walau seketul-ketul dia sebut 'Abah.. Happy... Father.. Day!!!' Kelakar dengar dia ikut aku cakap.

Eisya bertuah dapat ayah macam abah. Abah pandai dan selalu tolong ibu uruskan kehidupan Eisya. Sejak Eisya baby lagi abah tak kekok nak mandikan, cebuk Eisya. Siapkan Eisya, tapi bab baju hingga hari ni mesti dia tanya ibu dulu 'Cha nak pakai baju mana ni yang?' Tapi makin lama makin pandai lah abah pilih baju untuk Eisya. Dulu kalau ibu outstation, mesti kena hantar siap-siap segala barang dan baju untuk Eisya ke nursery. Tapi sekarang tak payah, abah pandai dah. Eisya makin besar kan, mestilah abah makin paham cara nak uruskan anak dia yang sorang ni.

so sweet. sama-sama main kenyit mata


Princess abah. Eisya first lover is her abah!!!

Walau dari segi rupa Eisya lebih iras dengan ibu, hakikatnya Eisya memang lebih manja dengan abah. Sebab abah rajin layan segala kerenah dia, tak selalu kena marah. Lagipun Eisya kan banyak habiskan masa dengan abah. Eisya memang abah's girl. Tapi ibu suka je. Senang keje ibu. Boleh ibu golek-golek depan tv. Paling ibu suka kalau berjalan, Eisya kalau minta dukung mesti minta kat abah. Lagipun abah lagi gagah, lagi kuat bab dukung Eisya. Dengan ibu kejap je dah kena turun bawah semula. Pagi-pagi nak gi keje pun, abah yang tukang dukung Eisya bawak masuk kereta.

Happy Father Day sayang!!!

Thanks for all loves you had for us. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik buat kami berdua. Terima kasih sebab sentiasa izinkan orang kerja luar kawasan dan tolong uruskan Eisya. Eisya memang sangat bertuah ada abah macam awak. Orang pun bertuah jugak. Terima kasih ye. 

Malam ni ada special dinner ke???