31 March 2015

Ke Kelantan Makan Nasi Minyak

Cuti sekolah datang lagi. Kenduri kawin pun bermula. Yeay!!! Makan nasi kenduri. Aku sekarang memang ternanti-nanti jemputan kenduri kawin tau. Asyik gi birthday party je. Bila dapat jemputan kenduri kawin, excited lain macam. Lagi-lagi bila kenduri kawin sepupu sendiri. Lagilah seronok. Sepupu rapat pulak tu. Sanggup akak travel dari KL ke Kelantan. Thank you bebanyak kepada En Ekwan sebab sudi bawa isteri dan anak-anak ke Kelantan. Bas ada disediakan, tapi kitaorang pilih drive sendiri. Dengan 2 ketul budak kecik tu. baiklah naik kereta sendiri sebelum ada sebarang aksi yang tak terduga berlaki.

Ini adalah roadtrip pertama kali kami sekeluarga sejauh ini. Tahun lepas gi Penang. 5-6 jam dalam kereta, kami survive. Budak-budak tu walau tak tidur, masih dalam kawalan. Kali ni pun, Alhamdullilah. Baik je. Elma tidur dari Raub sampai ke Gua Musang. Jaga pastu sambung tidur semula. Eisya je excited, tak reti nak tidur. Dah sampai Kuala Krai baru nak tidur. Selalu macam tu. Tapi duduk diam dalam kereta, suka hati awaklah. Perghh, Kelantan memang sangat jauh weh.. We really need highway dari KL ke Kelantan, cepatlah siap semua Central Spine pakej ke Kelantan ni. Dan aku rasa, lain kali memang tidaklah ke Kelantan bawak kereta, naik je lah kapal terbang, sejam sampai. Naik kereta, tolak 10.30am, maghrib baru sampai. Tak drive pun letih, apakan lagi yang bawak kereta.

Majlis kat Bachok, Kota Bahru *betul ke ni? rasanya lah* Makcik aku dah sediakan homestay. Best sangat, besar..selesa sangat untuk rombongan yang datang jauh-jauh dari Johor dan Melaka. Mak ayah dengan adik aku naik bas.

Kami sekeluarga. Eisya, berlari entah ke mana. Ekwan, tukang amik gambar

Majlis nikah buat kat surau kat kawasan rumah pengantin perempuan. Pagi-pagi dah keluar. Majlis hari Ahad. Kelantan keje, risau jammed kan. Tapi sangkut lah jugak. Ada sikit tragedi majlis tu. Aku rasa mesti adik sepupu aku tu akan ingat sampai ke anak cucu kejadian hari menikah dia ni. Boleh minyak kereta dia habis kau. On the way nak gi menikah dia lupa isi minyak kereta. Aku tak tau nak gelak ke nak apa dah.. Ekwan yang drive kete dia time tu. Nasib baik ada kawan dia yang berdekatan, dapatlah hantar bantuan. Tinggal kereta dia tepi jalan, naik kete member. Terus tuju surau. Memang tragedi sungguh.

Tapi Alhamdullilah, berjaya sampai sebelum tok kadi sampai. Dan urusan ijab dan qabul pun berjalan lancar. 

Bersama pasangan pengantin. Sama cantik, comel je pengantin perempuan. Pandai adik sepupu aku pilih. Tahniah Erul dan Lini.

Pengantin Lama. Anak Dua. 

Pagi sebelum ke majlis dah makan nasi kerabu sebungkus, tapi tak puas. So masa kat kenduri memang aku makan sungguh-sungguh. Lauk kenduri sedap pulak tu, memang fokus lah aku duduk kat meja rombongan lelaki. Makcik aku ajak amik gambar pun aku tak layan, sedap sangat makan ayam percik ngan gulau kawah. Pastu dihulur pulak lauk-lauk dari meja pengantin, sambung lah aku makan lagi. Bahagia perut aku.

Elma berkata 'sudah-sudah lah bergambar tu ibu, tak jemu ke?' 

sebelum kenyangkan perut sendiri, kenyangkan perut anak dulu. time ke Kelantan ni syukur sangat Elma terima nestum. banyak je dia makan. senang keje ibu. tapi aku prepare gak oat dengan yogurt, sudahnya bawak balik KL semula oat tu. 

comel je pengantin maakan. tersipu-sipu. teringat masa sendiri dulu, beriya aku makan sebab pagi tu tak sempat nak makan, tahap kebulur dah aku masa duduk bersanding, tapi tetap control ayu.

tengok, orang lain semua dah bangun, aku je kusyuk pegang mangkuk lagi. mentang-mentang ayah tolong pegang Elma,,puas lah penuhkan perut.

Selamat lagi seorang adik sepupu aku kawin, maka habis lah majlis kat belah Mak Dijah aku. 3-3 dah kahwin. Kumpul cucu je lepas ni..hahaha. Meriah rasa bila dapat berkumpul sedara-mara ramai-ramai macam ni. Time macam ni je pun nak jumpa. Masing-masing busy kan.. Nak balik jumpa mak ayah sendiri sebulan sekali pun susah kadang, apakan lagi nak melawat makcik pakcik. Tu yang aku excited semacam kalau ada kenduri kawin sepupu ni. Sambil jumpa sedara, boleh berjalan sekali.

Entry diakhiri dengan gambar kami sekeluarga. Elma seperti biasa, buat-buat ngantuk. Kesian, anak-anak kejenya photobomb je. Redho je lah.


*baju tu akak tempah khas untuk majlis ni. sesambil restock baju nak pakai gi keje. lama tak buat baju. officer gomen, gini lah uolss, koleksi baju kurung sampai termuntah almari

26 March 2015

Sushi King RM3 Sushi Bonanza

Aku ni suka makan sushi tapi kesian, tak pernah makan sushi kat restoran. Selalu beli yang kat Aeon je. Entah kenapa, pernah je teringin nak makan kat Sushi King tapi macam 'hmm, camne nak makan kat sini ni??' Jakun bebenor bunyinya. Hahaha..kesian akak tau. Tapi bila Fad citer dia gi makan kat Sushi King dengan anak-anak dia semalam, akak excited kau. Lagi-lagi bila Fad kata ada promotion. RM3 je sepinggan. Katanya kalau takde promosi, sepinggan sushi RM4-6 gak. Murah ni.. Murah.. Terus Whatsapp Ekwan, bodek nak makan sushi dinner. Dan kebetulan kat Giant USJ1 tu ada Sushi King. Satu jalan dari tadika Eisya nak balik rumah. Sangat strategik lah. Dan mengukuhkan lah agar permohonan aku diluluskan lagi. Nak lagi lulus, kata je 'orang belanja yang' Terus dia reply 'Yelah' Hahaha..Sesungguhnya, hanya isteri yang mengenali suaminya.

Bila sampai je Sushi King, dari pintu masuk Giant aku dah nampak orang beratur. Waktu makan kan, penuhlah orang. Tapi sebab teringin sangat punya pasal, aku pun join sama. Barisan pun masih boleh diterima akal lah panjangnya. Dalam 15minit kot kitaorang beratur, pastu dapat meja. 

beratur Elma..beratur. ada 3 orang depan kita. tahan sikit lapar tu, makan lapar-lapar baru lagi syiok

tak payah lah control sangat amik gambar yang weh.. *eh, nape macam dah slim sikit muka tu?


Dapat meja depan sebelah dengan conveyor pinggan tu. Memang seronok lah. Capai je. Eisya lagi seronok, keje dia ulang-alik meja ke conveyor. Sesuka hati je dia. Main capai je. Aku risau dia terlepas je pinggan tu. Nasib baik dia amik yang sedap-sedap. Tapi sudahnya, kena jugak suruh dia duduk, mengacau orang je. Masa untuk setiap meja 45minit je. Awal-awal tu, terkejar-kejar jugak makan. Konon takut kehabisan masa. Tapi masuk pinggan ke-6, slow je suap sushi masuk mulut. Siap kena paksa habiskan yang dah amik, kalau tak nanti kena caj normal price. So sape rasa tak kenyang makan sushi, don't worry. Karang tetap boleh terbelahak macam balun nasik 3 pinggan.

hasil kami 3 beranak. tapi esiya makan main-main je. yang ni rasa segigit, yang tu secubit. ibu abah je melantak beriya.

Jom serbu Sushi King berdekatan anda. Sementara promosi masih ada. Sampai 26-3-2015 je uollss. Ada sehari lagi. Sempat lagi nak makan sushi sementara tengah murah ni.
*perut buncit tak boleh nak cover dah..abaikan je lah* eh, pipi pun apsal macam tembun semacam ni? memang patut puasa esok ni. sebab malam ni dah melantak macam membela..


25 March 2015

Kempen Mengundi Untuk Eisya

Petang Jumaat hari tu, tengah drive.. Ana sms aku, sebab dia kata aku tak baca kat whatsapp. Tengah drive kan, camne nak baca. Akak kan pemandu yang agak berhemah. Tapi handphone tetap kat peha, senang nak capai kalau tetiba berbunyi. Bila baca SMS dari Ana.. Ya Allah, punyalah happy. Rasa nak terlepas stereng. Hahaha..Over. SMS dia bunyi lebih kurang 'Dayu.. Gambar kau terpilih shortlisted Top 30 Contest Scotts!!' Wahh!! Ahkak memang tak sangka. Sebab rasa gambar tu macam out of theme skit. Masa submit tu, dapat submit 100 terawal pun dah happy. Dapat hamper Scotts free. Tapi bila terpilih dalam senarai Top 30 akak adalah sangat gembira. 4 tiket Legoland dah 50% jadik milik akak. Tinggal nak grab lagi 50%.

Alhamdullilah, rezeki tak terduga. * kau gaya macam dah confirm je menang kan Dayu kan

Gambar bertuah yang terpilih. Rezeki Eisya ni. Yelah, selalu sangat bila ajak gi Legoland, aku akan kata 'nanti Cha, tunggu ibu menang tiket free' Agaknya selalu sangat sebut, Allah bagilah peluang nak dapat tiket free tu. Kena usaha sikit lagi untuk betul-betul impian jadik kenyataan.

Untuk melayakkan dapat 4 tiket ke Legoland, kena jadik Top 10 daripada 30 peserta. Dan kaedah kegemaran para penganjur masa kini adalah sistem mengundi dengan meng'Like' gambar di Facebook. Walau rasa macam tak relevan bagi kita yang join contest ni, terimalah kenyataan.. Facebook adalah antara medan sosial terbaik untuk semua business maker ini. Lagipun dia dah bagitau awal-awal, sistem 'Like' akan digunapakai. Rasa sanggup, join. Tak sanggup, tunggulah contest mudah macam Friso tu. Ohh, nanti aku citer pasal Friso pulak. 

Maka, dengan rasa rendah diri tetapi besar hati, aku memohon kerjasama semua. Tolong lah bagi Like kat gambar Eisya ni. Makbulkan lah permintaan dia nak ke Legoland. Nak pergi beli tiket sendiri, memang lambat lah jawabnya. Klik kat link bawah ni:

KLIK KAT SINI


Jutaan terima kasih aku ucpkan andai korang sudi klik Like kat gambar Eisya dengan abah dia kat dalam kolam tu. Nanti lain kali, kalau korang buat kempen mengundi.. Pasti aku balas kembali. Thank you.

Sekian dari Mak yang teruja.

24 March 2015

Tropicana Corporation Berhad: Dream Investment Contest

Contest Datang Lagi!!!

Hakikatnya melambak-lambak contest yang available sepanjang masa. Setiap minggu macam-macam contest boleh jin. Rajin dengan tidak je. Dan aku pegang konsep 'Makin banyak kita mencuba, Makin tinggi kemunggkinan nak berjaya' Cuba je. Bukan susah pun. Dan kebanyakannya tak perlu keluar modal apa pun. Paling senang dan mudah. Like and Share contest. Melambak-lambak page buat contest macam ni. Nak dapat sesuatu, kenalah usaha. Inikan pulak barang Free, usaha tu kena lebih sikit lah.

Alang-alang, ni nak bagitau ni. Ada 1 lagi contest anjuran Tropicana Corporation Berhad. Dream Investment Contest nama dia. Mudah, pilih jawapan yang betul, isi form, submit. Dan anda berpeluang memenangi hadiah mingguan yang sangat menarik.


Peraduan berlangsung selama 6 minggu. Hadiah sangat menarik weh, rugi lepaskan peluang

Prosedur menyertai peraduan.

Step 1: LIKE Facebook Tropicana Corporation Berhad. Klik link ni: https://www.facebook.com/tropicanacorp?fref=nf

Step 2: Jawab soalan mudah pasal properties Tropicana yang berkaitan pada minggu pertandingan. Minggu ni pasal Arena Mentari, Sunway. Isi form. Pastikan email address betul. Submit.

Step 3: Share dengan kawan-kawan pasal peraduan ni untuk dapatkan lebih points. Lagi banyak point. lagi tinggi potensi nak menang.

Soalan dan Hadiah minggu ini. Jawapan dia adalah : D. So, apa tunggu lagi, jomlah ramai-ramai join contest ni. Aku siap dah bagi jawapan lagi. Takde bocor-bocor hah, terus bagi je. Klik je link kat bawah ni:


Cepat.. Untuk minggu ke-3 ni, tinggal 2 hari je lagi. Sampai 26 Mac 2015. Sorry lah lambat share maklumat. Sebab akak pun baru je tahu pasal contest ni. Takpe, ada 3 slot lagi. Tapi sementara ada masa lagi ni. Joinlah yang ni dulu.


Elma Eiliyah - Approaching One

Ohh hoiii...dah 11 bulan umur anak aku. Dah nak setahun. Tak sangka. Besar dah anak 'raksasa' kecik aku tu. Elma garang. Dia yang buli kakak. Kakak yang menangis, Elma buat. Elma modal dia airmata je. Dan selalunya ibu abah akan memihak kat dia. Agaknya dia pun dah terbiasa, bila tak dapat buat rampasan kat barang kakak, dia teriak. Dapatkan bantuan. Sekarang ibu biarkan aje, 2-2 tak back-up. Pandai-pandailah korang berdamai semula. Tapi 2-2 pun sama, apa yang orang tu pegang lah korang nak kan. Tadi benda tu tergolek-golek kat situ takde lak nak amik, bila sorang dah pegang, barulah yang sorang lagi nak terkam gak. Jangan ingat ibu korang banyak duit nak beli 2 bijik setiap benda. Belajar berkongsi ye anak-anak.

Elma dah boleh berdiri sendiri, melangkah belum lagi. Memanjat sofa pun dah terror. Tahu-tahu tengah tersengih-sengih tepi dinding. Panjat katil pun dah pandai, tapi selalu dilarang sebab tak meyakinkan. Dah pandai explore satu rumah. Dulu dia tahu kawasan dia kat ruang tamu, bawah meja makan dengan dalam bilik tidur utama je. Sekarang dia dah berani pergi dapur sendiri, masuk stor, masuk bilik tengah yang gelap tu. Kalau tengok dia takde kat depan, memang aku carik kat area peti ais je. Mesti tengah berusaha gigih nak bukak peti ais. Kalau tolong bukak kan, tersengih-sengih dia. Pastu marah kalau orang angkat tak abgi dia menyelongkar.



Elma sekarang sangat pandai meniru semua perbuatan orang, buat 2,3 kali kat dia. Mesti dia boleh ikut. Lagi-lagi kalau Eisya yang mengajar. Aktiviti memanjat, Eisya lah yang mengajarnya. Aku tunggu aksi terjun tiruk dari sofa je ni. Elma ni boleh tahan berani. Benda palin dia suka buat sekarang geleng-geleng kepala sambil tunjuk jari. Gaya orang melarang. Ni sah selalu tengok cikgu-cikgu dia ni. 

Elma dah terima Nestum. Dan disebabkan itu, ibu dia makin malas. Makin lebihkan tidur. Seminggu 1,2 kali je bekalkan bubur ke Elma, selebihnya 'makan Nestum eh Elma hari ni' Bukan apa, bagi dia makan nestum macam senang je habis 3,4 besar nestum. Kalau bagi bubur, terjuih-juih. Hmm, oklah.. Nanti ibu cuba upgrade menu awak. Hah, dengan Elma ni aku takde berpantang sangat. Bagi je dia makan apa yang aku makan, asalkan tak pedas, takde berempah sangat.. Makan je lah dik. Takdelah makan bersungguh, sekadar bagi dia rasa. Rimas sebenarnya dia dok nak mencapai makanan dalam pinggan aku 'hah, nah..rasalah..' Weekend hari tu aku lakukan ujian telur kat dia, Alhamdullilah nampak gaya tiada kesan negatif. 

Tak tahu berapa berat Elma sekarang.. Sebab aku tak check-up Elma kat Klinik Kesihatan. Takde lah rekod progress dia setiap bulan. Timbang sendiri je selalu. Naik weight scale sama-sama, pastu tolak berat aku. Hehehe.. Tapi dukung dia lama-lama, terasa lenguh okay, stroller memang amat diperlukan. 9kg ada kot Elma ni. Okay balik ni kita timbang Elma.


Alhamdullilah, Elma aku kategorikan anak yang sihat jika berbanding Eisya dulu. Dia jarang sakit. Demam setakat ni baru 2 kali, baik pun cepat. Syukur. 2 bulan lepas lah kena telinga berair dan hampir-hampir bernanah. Lepas makan antibiotik, alhamdullilah, baik dah. Syukur sangat Elma dipermudahkan bab kesihatan. Jaga dia pun senang, tak banyak ragam dia ni. Mungkin sebab ada Eisya kan.. Eisya banyak tolong aku layan Elma. Bolehlah diharap si kakak tu teman adik sementara ibu nak masuk bilik air. Semoga terus membesar dengan sihat dan cerdas Elma. Bulan depan nak setahun dah. Nanti kita potong kek sama-sama dengan kakak Eisya eh.. 

23 March 2015

Riverside Majestic, Kuching

Aku ni time out-station je merasa duduk hotel 3,4 bintang. Kalau bayar sendiri, time-time holiday, memang jaranglah aku amik hotel mahal-mahal. Asal selesa aku nak tidur 4 beranak, dah cukup. Nak spent duit lelebih kat hotel..alah, sayang lah. Kalau untuk makan-makan takpe, aku memang sanggup. Dayu kan memang mengutamakan tekak lebih dari segala-galanya. Tu sebab dia makin lama makin membesar. Maka, bila berpeluang merasa bilik best-best sesambil pergi bekerja. Seronok pulak rasa. Walau dalam sedih tinggalkan anak, terubat lah sikit. Dapat tidur atas katil empuk dalam bilik hotel best. 

Dan 3 minggu lepas kena pergi Kuching. Dari Sibu ke Kuching. Perrgghh, 400km travel dengan bas. Memang pengalaman 'istimewa' sepanjang keje. Tak kan dilupakan. Bila masuk area Kuching, dari dalam bas aku dah nampak Riverside Majestic. Tak sabar nak masuk bilik. Tapi orang lain semua duduk kat Pullman. Aku tercicir sebab booking lambat kan. Lagipun aku uruskan sendiri hotel, rate Pullman memang layak. Tapi mahal lah, tak kuasa nak dulukan duit sendiri sampai 200+ Lambat lagi nak tunggu untuk claim. Riverside pun mencukupi dah bagi aku. Aku booking bilik superior je, tapi masa check-in dia upgrade kan ke Deluxe pada harga yang sama. Akak adalah kesukaan. Boleh golek-golek atas katil besar.

Luas dan Selesa. Kalau lah EE's ada sama. Mesti Eisya dah main lompat-lompat atas sofa ngan katil. Elma masuk dalam almari.

bilik air pun best. aku kalau dah bayar hotel mahal-mahal, memang aku manfaatkan kemudahan yang digunakan. best betul rasa badan berendam dalam air panas lepas letih seharian dalam bas.

Laks Sarawak Special. Peergghh memang terbaik. Aku makan sampai menghirup kuah. Rasa nak je minta tambah kuah je kat pakcik tu, tapi malu. Terus tapau lagi sebungkus mee kolok. Balik hotel, makan sambil sediakan slide presentation untuk keesokkan harinya. 

Dan inilah bestnya duduk kat Riverside Majestic ni. Lokasi sangat strategik. Nak lagi best duduklah kat Grand Magharita. Betul -betul tepi sungai. Riverside Majestic pun tepi sungai. Lintas jalan dah sampai. Nak gi beli kek lapis pun senang. Kalau Pullman, jauh. Memang tak dapatlah nak berjalan kaki je. Pastu yang best, dia sediakan broadband internet access. Memang gembiralah aku berinternet malam tu. Konon penat, tapi sempat lagi layan facebook, youtube, blog dan sebagainya. 

Next time, kalau ke Kuching lagi. Memang aku duduk sini je. Kalau bos aku nak dok Hilton ke, Pullman ke.. Silakan lah. Saya tetap nak Riverside Majestic ni. Breakfast pun sedap. 

21 March 2015

Makan Petang - Roti Telur Sosej Cheese Bakar

Hahaha.. Tak tau apa nak namakan benda ni. Susah sangat, ikut je segala bahan yang digunakan bagi nama. Setel. Menu ni aku jumpa kat facebook sebelum ni. Tapi tak share or bookmark kan. Baca sekali lalu je. Resepi pun macam simple je. Punyalah pasang cita-cita nanti nak buat unt breakfast, boleh Eisya tapau pergi sekolah. Tapi sudahnya, Sabtu ni baru aku buat. Tu pun gara-gara terpengaruh dengan rakan sebaya.

Terus minta Ekwan beli roti. Tapi bukan buat untuk breakfast. Sarapan orang tu request nasi lemak. Dia kata 'lama dh ibu tak masak nasi lemak kan Cha, sejak Elma lahir abah tak makan lagi nasi lemak ibu masak' Ambooii, melampau sangat statement dia. Tapi bila aku ingat-ingat semula.. Macam betul je.. Huhuhu. Bukannya x masak, cuma nasi lemak untuk sarapan..ye kot..lama dah tak buat. Sampai ketengahari makan nasi lemak. 

Petang lapar semula. Adeiihhh, dah makan nasi 2 pinggan pun lapar lg. Camne lah dayu tak gemuk.. Selera makan tak putus-putus. Tengah isi makanan dalam.mulut pun boleh pikir apa nak makan petang, malam kang nak masak apa. Huhuhu.. Tapi di kala ada selera ni, makan je lah kan. Kanh dah sakit.. Tengok semua benda tak lalu.

Roti Bakar Telur Sosej Cheese. Sedap dan sangat mudah. 5minit je prepare. Pastu masuk dalam oven. Aku buat sambil Elma berpaut kat kaki, pastu kejap-kejap kena dukung dia. 

Cara-caranya:

1. Tekan sekeping roti dalam bekas aluminum foil tu. Sapukan butter skit untuk elakkan roti melekat.

2. Masukkan cheese. Aku guna cheese keping. 1 bekas separuh cheese. Pastu masukkan sosej yang dipotong2. Masukkan telur pulak. Aku pukul dulu telur tu. Jangan lupa letak garam pulak. Kemudian tabur sikit lada sulah. Nak lagi sedap. Letak lah daun bawang/sup dalam telur tu. Yummy!!!

2. Bakar 15minit guna suhu 170°c. Atau tunggu hingga telur tu masak sepenuhnya dan cheese mencair.

Sangat mudah kan. Memang sesuai sgt unt mak-mak yang tak kecukupan masa macam aku ni. Silalah cuba. Sebab sangat mudah. Sedap pulak tu.

20 March 2015

WizKidz Court Mammoth USJ 1, Subang Jaya

Sekarang ni memang musim panas kaw-kaw ke?? Sebelum ni macam tak terasa sangat. Siang-siang duduk kat opis, sejuk berékon. Malam pun, masuk je rumah terus on aircond. tapi boleh pulak balik dari Kelantan hari tu, masuk-masuk rumah tengok lampu power aircond tu berkelip-kelip.. Dah tak sedap hati dah, try on.. Tak hidup.. Warghh!! Rasa nak nangis je. dah lah penat-penat, berpeluh angkat barang, boleh pulak aircond pun tak hidup. Terus bukak tingkap seluas-luasnya. Baru terasa betapa panasnya malam-malam hari.

Budak-budak pun nampak tak selesa tidur malam tu. Kejap mengesot ke kanan, kejap ke bawah. Sudahnya pagi-pagi aku tengok Eisya atas lantai dah. Elma pun berpeluh-peluh malam tu. Aku pun sama. Terjaga, rasa leher berpeluh je. Punyalah panas kan. Esoknya terus Ekwan panggil orang check dan repair. Tapi dia kata 'dah rosak lah bang, ada cicak kencing sini dalam.. you tukar baru lah' Huhuhu.. Aku pun tak tahu sebenarnya, sama ada betul cicak yang kencing ke kitaorang yang kena kencing. Tapi sebab macam mengada-ngada sangat, tak boleh tahan panas sangat kononnya.. Kami ke Court Mammoth keesokkan harinya.

misi membeli aircond baru. nak 2HP terus. abang botak tu kata. baru beku tido malam-malam

Tapi aku bukan nak citer pasal aircond sangat pun. Tapi nak share sikit pasal facilities yang Court Mammoth sediakan untuk mak bapak yang bawak anak shoppping bersama. Sementara mak ayah sibuk meninjau, risau anak-anak berlari ke hulu hilir dalam Courts tu, kang tak pasal-pasal main lompat-lompat atas display sofa, main ketuk-ketuk TV LED, silap-silap terpecahkan barang.. Bagilah derang melepak, hiburkan diri sendiri. Dan ruang itu dinamakan 'WIZKIDZ' 

Play, Learn and Create.

tempat yang luas, lapang dan selesa untuk budak-budak menghabiskan masa. 

Elma pun rileks je layan diri sendiri. Kalau tak asyiklah nak berkepit dengan ibu je.


Elok je main berdua hah.. nape kat rumah asyik nak bercakar je?? 

ni paling best. melambak tablet dia sediakan. eisya main kejap je. pastu aku je yang main. hahaha.

Memang lama lah aku anak-beranak melepak kat sini sementara tunggu Ekwan memilih aircond. Tau-tau dia call ajak balik. Aku rasa memang bijak betul Court sediakan ruang macam ni. Tenang lah mak bapak nak shopping. Kalau ikutkan ada staff dia yang jaga budak-budak. Tapi masa aku pergi takde, mungkin sebab malam kan. Dan yang penting, kemudahan ni adalah percuma. Jusco, Mydin, Giant kena tiru lah apa yang Courts Mammoth buat ni. Sediakan tempat macam ni dan pastikan permainan, buku-buku yang disediakan juga dijaga dengan baik dan menarik. 

*Eisya tengok gambar dia kat sini, terus ajak pergi lagi. amboi, apa kau ingat setiap minggu ibu abah nak memborong di Court??


18 March 2015

Early Birthday Treat: Sunway Lagoon

*Dah sebulan lebih aku perap entry ni. Okay, aku pastikan aku publish hari ni*

Dah lama teringin nak Sunway Lagoon. Tapi asyik tertangguh sebab tak tahu macam mana nak pergi dengan anak-anak. Yelah, kalau pergi bawak derang..camne nak main segala jenis slide. Nak main vuvuzela tu. Memang boleh gilir-gilir, tapi tak seronok lah. Tu yang bila budak-budak dah duduk kat area USJ, kitaorang decide amik cuti sehari untuk ke Sunway Lagoon. Kira dating lah skali.. Lama weh tak spend masa berdua je. Sepanjang masa, semua aktiviti anak-anak ada sama. Sesekali nak gak dating berdua.

Dan akhirnya perancangan berjaya direalisasikan.

Pagi Isnin, 9-2-2015. Hah, siap tarikh kau. Pagi-pagi hantar budak-budak macam biasa. Pastu gi breakfast, makan roti canai. Wahh, bahagia rasa. Walau dah selalu dapat sarapan pagi sama-sama sekarang ni, dapat makan pagi berdekatan rumah pada ketika semua orang sedang bekerja punyalah seronok perasaan dia. Pastu balik rumah, terus packing baju nak gi main air. Punyalah target nak jadik orang pertama beratur beli tiket. Pintu bukak je pukul 10am nak terus serbu. Tapi sudahnya pukul 11 jugak baru kitaorang sampai. Nasiblah Sunway Lagoon tu 5 minit je dari rumah.

Akak memang teruja. Seronok sangat nak main air berdua dengan suami. Berdua tanpa 2 budak comel tu. Haii, lama weh tak merasa berjimba berdua. Kasik chance lah.

lama tak amik gambar gedik-gedik gini dengan suami. wahh, berbuga-bunga happy hati akak tau

peace!!! baju renang dah serupa baju angkasawan. eisya kata 'baju ibu macam baju org gi moon' 

Pergi hari Isnin, di kala orang bekerja. Ingatkan Sunway Lagoon kosong. Rupanya penuh jugak. Tapi tak lah padat. Takde lah kena beratur panjang nak main semua slide dia. Dapatlah main Vuvuzela 4,5 kali. Menjerit-jerit macam apa je naik Vuvuzela tu. Keje kitaorg memang main slide je. Lepas turun, panjat lagi. Waterpark dia tak layan langsung. Gi Extreme Park pun masuk rumah hantu je. Rumah hantu dia seram. Berjaya lah buat aku jalan berkepit je dengan Ekwan. Merasalah menjerit terkejut sebab tetiba tersembul hantu depan muka. Dan paling aku suka 5D Waterplex dia. 

penat panjat tangga nak main Vuvuzela. tapi sebab seronok, ku gagahkan jua

Untuk pengetahuan korang, Sunway Lagoon ada buat promotion tau. All park access RM40 je. Aku gi ni RM90 seorang. Pada tarikh-tarikh yang terpilih tu, harga tiket hanya RM40. Try lah check, mana tahu masih ada tiket yang available. Aku terasa nak pergi sekali lagi. Nak main ATV puas-puas, nak buat flying fox. Hari tu tak sempat. Dok dari pagi sampai ke petang pun tak puas kau. 

Promotion by Sunway Lagoon.

*sesekali spent masa berdua macam ni dengan Ekwan rasa gembira sangat. feeling zaman bercinta bujang-bujang dulu. budak-budak takde katanya. rasa nak buat aktiviti wajib lah, at least sebulan sekali..


13 March 2015

Nak sekolah mana ni Cha?

Tahun ni Eisya 5 tahun. Tahun depan 6, pastu 7 tahun. Nak sekolah dah. Huhuu.. Eii, nak sekolah dah. ABC pun tak kenal lagi. Macamana ni Cha? Nama je dok taska dari kecik dia tu, tapi main je banyak. Ni sejak tadika 5 tahun ni, barulah nampak progress sikit. Kenal lah sikit hufur-huruf. Tapi aku macam hangin gak, bleh 'A' dia kejap ingat kejap lupa. Huruf 'C', huruf 'W' bukan main kenal. Adeihh anak aku. Tu yang mak dia ni macam tak percaya nak kena sekolah lagi 2 tahun. Rasa dia belum ready je lagi. Dia ni kalau bab-bab seni laju lah dia. Bab mewarna. Crafting. Cuba aku ajak membaca, 3 minit je. Pastu dia tergaru sana, nak kencing lah. Mak kau dah lah tak penyabar. Dengan Elma lagi. Sudahnya. Dah lah, gi lah kaler ABC tu Cha.

Kawan-kawa kat group 'Mak-Mak' semua sibuk kata depa dah daftar anak sekolah. Aku baca bagaikan di angin lalu. Hahaha, gaya tak berminat je. Sedangkan Eisya sebaya dengan anak derang. Mak-mak yang lain dah sibuk uruskan dokumen nak submit kat sekolah, aku wbsite mana nak klik pun tak tahu. Tapi bila 2,3 hari derang asyik citer benda sama je. Mahu tak cuak aku dibuatnya. Kang tak pasal-pasal takde sekolah anak aku. Budak tu suka je lah kot. Maka, aku PM lah Pja minta details.


Bila dah tengok website tu. Aku tarik nafas lega. Aku tidaklah seoarang ibu yang ignorant sangat. Aku masih ada masa sampai Mac 2016. Tapi tu lah.. setahun je lagi pun. Nak kena pikir dari sekarang jugak. Sebab sampai sekarang aku dengan Ekwan asyik lah tertanya-tanya 'Nak sekolahkan Eisya kat mana?' Dilema sungguh okay. Kena pilih nak sekolah kat KL atau Selangor. Ni lah perkara paling utama perlu diputuskan. Bila dah decide benda ni baru boleh proceed process seterusnya. Tapi sampai sudah tak boleh nak decide. Kejap nak sekolah kat KL. Kang tetiba 'sekolah kan Cha kat Selangor lah yang, dekat ngan umah' Tapi bila pilih nak sekolah kat kawasan rumah, terpikir pulak. Kang waktu tengahari, transaction time ke sekolah agama. Siapa nak uruskan dia??  Tak kan nak suruh dia siapkan diri sendiri. Tak percaya aku. Nak bagi dia makan tengahari tu.

Bila tukar ke option sekolah di KL. Memang dekat dengan aku. Boleh sekolah kan dia kat sekolah belakang opis ni je. Tapi muncul pulak masalah di waktu pagi. Kalau dia sekolah kat KL, paling lewat 6.15am kami dah kena keluar rumah. Pukul berapa nak bangun?? Pukul 6?? Suruh bangun pukul 6.45am pun banyak drama. Inikan pulak pukul 6. Bukan anak je drama, bapak pun drama sama. Huhuhu.. Option tu macam tak boleh pakai je. 

Entahlah.. Tak tahu nak buat camne. Memang aku prefer sekolahkan dia kat kawasan rumah. Dia tak penat. Kalau ada aktivti hujung minggu senang nak attend. Hhhmm, mungkin aku kena berusaha untuk pastikan dia dapat sekolah kat Selangor dan terurus. Mungkin aku kena start mohon pertukaran ke JKR Selangor. So boleh sekolah kat Shah Alam. Tengahari kenalah korbankan waktu rehat. Lunch dengan Eisya je lah tiap hari. Petang-petang lepak opis ibu. Van hantar transit ke opis ibu. Tapi tu lah, nak minta tukar tu bukan senang. Banyak prosesnya. Dan ada ke kekosongan kat JKR Selangor tu. Takpe, ibu cubalah dulu. Demi kebaikan awak.

Korang yang bersituasi sama macam aku, apa kata share solution korang.

10 March 2015

Misi Flawless 2015

Akak ni bukanlah jenis yang menjaga muka sangat. Set lengkap skincare pun takde. Orang lain dari zaman kat universiti dah ber'skincare. Malam-malam sapu night cream sebelum tidur. Seminggu sekali tepek muka dengan masker. Akak?? Tiada langsung. Rutin penjagaan muka aku hanyalah, cuci muka dengan cleaser safi je. Zaman belajar dulu guna Safi je. Murah dan memuaskan hati. Pastu kulit pun takdelah jenis mengada-ngada sangat. Sesekali keluar jerawat tu biasalah. Kata remaja kan, remaja dan jerawat takdelah pelik sangat. Tapi sekali tu aku gatal, try satu jenis skincare. Tak ingat dah nama dia. Pakai pencuci dengan moisturiser cream dia je. Terus berjerawat bagai nak rak muka aku. Pergghh, menyesal giler berpaling tadah dengan Safi.

Dan bermula dari tu, jerawat macam item wajib kat muka aku. Lagi-lagi kat dahi. Memang horror sangat. Sampai ke dah kawin, dah beranak pinak ni. Masalah tu tetap tak selesai. Dah tua-tua ni, lagi lah macam-macam masalah muncul. Hormon pun dah tak berapa stabil dah. Dengan stress kat tempat keje, penat urus rumah, urus anak. Muka pun makin lama makin macam hilang seri. Huhuhu... Nasib baik, rakan sebaya ramai yang concern pasal kecantikan ni. Haruslah akak insaf dan terpedaya. Masing-masing bukan main lagi, semua ada favorite skincare. Wahh, kagum akak tengok kawan-kawan jaga muka. Terus akak senyap-senyap gi beli set Nutox ni. Mulakan ingat Nutox ni stok skincare yang rege ratus-ratus. Yelah, jurucakap dia kan Fazura. Pastu design pacakging product dia pun smart. Terserlah ciri-ciri eksklusif. Tapi sebenarnya, sangat mampu milik. 

Akak dan Nutox.
wow!! flawless sangat ni. tak payah lah terpedaya. penipu kalau muka akak flawless macam ni. 

inilah muka sebenar akak. tengoklah parut kat dahi tu. memang menyayat hati. dah lah sekarang, asal nak period mesti jerawat keluar kaw-kaw. pastu tangan gatal, mesti nak usik. terus berparut lagi. *nangis*

Set Nutox ku. Cleasing Foam, Astrigent Toner *best giler toner dia*, Anti-Aging Cream, Night Repair dan C-C Cream. 

Akak target nak beli Serum Concentrate dengan Overnight Mask dia ni. Tak lupa jugak, Eye refiner. Mata akak dah umpama panda dah. Jadik mak, macam ni lah. Kitalah orang paling last tidur, tapi paling awal bangun. Astrigent toner dia memang best. Serum tu tak beli bulan lepas sebab dia agak mahal. Tu yang konon nak beli bulan ni. Sedangkan, patut tu beli dulu. Huhuhu, ni yang tak sabar nak gi guardian ni. 

Takdelah nak flawless sebenarnya, cukuplah kalau dapat pulihkan semula muka aku ni. Dapat pudarkan bekas jerawat. Baikpulih tekstur muka aku, easpecially kat bahagian dahi tu. Nak cover garis-garis halus yang dah mula muncul kat tepi mata tu. Tak sehat sungguh kulit muka aku sekarang ni. Misi aku nak muka berseri-seri di hari raya je ni. Wahhh, memang beriya sungguh aku nak sambut raya tahun ni. Dan sedar, kulit aku dah kritikal, aku pun invest untuk supplement dalaman jugak *wink...wink..* Bersungguh betul aku nak dapatkan kulit cantik kan.. Apa dia.. Kemudian lah akak citer.

Nyesal dulu tak jaga muka kau, dah tua-tua ni hasil dia lambat. Nak buat camne, bersabar lah. Sape suruh dulu malas.

09 March 2015

Apa warna raya tahun ni?

Aku memang over bab ni. Raya bulan 7, dari bulan lepas aku dah gelabah sebab kain tak beli lagi. Risau tailor tak nak amik tempahan. Tapi asyik tertangguh beli kain sebab tak decide lagi nak pakai kaler apa tahun ni. Kejap nak biru, kejap nak kuning.. Kang tetiba rasa nak pakai tone of green pulak. Biasalah, dia kalau boleh nak ada baju semua kaler. Tapi kang Ekwan bagi jelingan tajam, mengigil lak. Tu yang susah sangat nak pilih kaler. Tahun ni aku decide ikut konsep macam tahun lepas. Aku dengan Ekwan sama kaler, Eisya ngan Elma 1 kaler. Biasa..konsep, warna semua aku yang tentukan. Ekwan akur je. Dia peduli apa. Takde baju raya pun dia tak kesah. Inikan pulak warna.

Ni tetiba heboh nak pakai jubah yang mak aku bagi je. Huhuhu..tidaklah aku setuju dengan cadangan dia itu. Memang akan pakai jugak jubah tu. Tapi raya ke-4 ke..ke-5 ke.. Raya first sampai ke-3 kena warna-warna ceria. Kata raya kan..

Anyway, warna telah ditetapkan. Kain dah tempah. Fuyoo!! Kain pun customade kau. Wahhahaha, semangat beriya aku nak raya tahun ni. Haruslah. Raya, Dayu dan Beriya memang berpisah tiada. Tak sabar nak dapat kain, nak bagi kat akak tailor. Tak mahu dia kelam kelibut siapkan baju aku. Kang hasilnya mengecewakan. Kain untuk anak-anak pun dah beli. Baju diaorang dah ondway tu. Nak buat sama kain dengan ibu, alahaaii, sayang pulak nak bagi pakai baju kain mahal-mahal. Kang dia melasak di hari raya, nangis ibu kau.

Tak sabar nak raya. Dan puasa jugak. Sebab tu je cara aku mampu nak kurangkan sikit kilo-kilo di badan ni. Dan nasib baik tak payah nak ganti puasa tahun ni. Tahun lepas dapat puasa penuh, sebab baru je habis pantang. Period tak datang lagi. Tapi macam kena praktis je. Perut dah terbiasa asyik berisi.

So, apa warna raya korang tahun ni?? Dah beli kain? Tempah segera. Tapi yang readymade pun cun jugak. 






04 March 2015

Tiring Day is Over

Akhirnya berjaya sampai ke Kuching dari Sibu selepas 10 jam duduk dalam bas. Oh my god!!! Kematu bontot weh.. Dulu road trip dengan Kak Fatin ngan abang Izan, konon taubat tak kan ngada-ngada nak ber'road trip jalan kat Sarawak ni. Tapi ni, tak pasal-pasal terlibat lagi. Semua demi kerana tugas. Huhuhu, tak mampu nak mengelak. Nak tak nak kena redha, kena lah melibatkan diri dalam aktiviti menyeksa ni. Nasib baik tak muntah. Pening-pening lalat je. Nasib 10jam, Kalau lebih, memang aku pitam kot.

Bila nampak hotel dari dalam bas. Ya Allah, tak sabarnya. Tak sabar nak luruskan badan. Konon lah. Tapi sudahnya, masuk je hotel. Campak bag, terus aku naik sampan seberang sungai. Gi beli kek lapis. Risau esok tak sempat.

Letih. Tak sempat lak kan aku on laptop. Update blog lagi. Hahaha. Kemaruk.

02 March 2015

Ibu Berkerja.

Lama tak out-station. Last gi Labuan masa bulan Januari tak silap aku, pastu takde out-station dah. Tu pun kalau pergi selalunya tinggalkan anak-anak dengan abah derang semalam je. Takdelah kalut sangat Ekwan uruskan budak-budak tu. Ni nak pergi 3 hari 2 malam ni. Huhuhu...Siapalah aku nak kata 'tak nak lah bos pergi, suruh orang lain lah' Akur je lah. Dah namanya tugas kan. Tak kan nak pilih-pilih. 

Alhamdullilah, Ekwan boleh diharapkan untuk jaga anak-anak Eisya pun dah besar. Bab Elma lah renyah sikit. Hilanglah nikmat tidur malam Ekwan 2 malam ni. Kena bangun malam bancuh susu. Kalau suruh aku pun confirm mamai-mamai aku masuk dapur bancuh susu. Kalau dengan aku, senang je. Selak je. Sama-sama tertidur semula. Terima kasih sangat sebab paham dan sentiasa benarkan aku keje ke luar kawasan. Dan sangat bangga, dia mampu uruskan anak-anak sorang diri tanpa aku. Orang lain pun ramai yang kagum dia boleh jaga budak 2 orang bila aku out-station. Takde nak kena import mak dari kampung semua. Tak payah lah kot nak susah-susah kan mak kat kampung. Lagipun mak aku keje, mak dia tak sehat. Alah, anak dia kot, pandai lah dia jaga. 

Kali ni ke Sarawak. Balik nanti ibu bawak kan kek lapis pelbagai rasa dan warna ye.

Jaga diri ye anak-anak. Jangan buli abah sangat. Sian abah, nanti dia fobia kang kalau ibu nak out-station lagi. ibu pergi sekejap je. 2 malam je. 

*tiap kali nak out-station, memang ada kot entry dedikasi untuk anak dan suami