28 February 2010

sungguh panas lah

Hari adalah sgt panas.. panas yang sangat panas lah.. Yang sampai rasa asyik nak mandi je. Rambut pun kena ikat tinggi2 mcm perempuan dalam pantang. Ohhh.. camne lah nanti nak berpantang dalam keadaan panas begini.

Serius... sangat panas!! Rasa nak pasang air-cond sekarang jugak!! *tapi sedar diri tiada peruntukan untuk tu smua,maka duduk diam2 depan kipas sudah*

Sebelum tido pun kena pastikan mandi lagi sekali. Uiihh penat mak aku pesan jangan mandi malam-malam, tak elok dia kata. Dia kata tahan je kalau panas pun. Tapi saya memang tidak tahan lah. Kalau tak mandi nanti saya tak boleh tido, dah mandi pun tergolek berjam-jam sebelum boleh lelap. Kalau tak mandi dulu... mmg tak tido la jawabnya. Dan sebab panas jugak semalam,kami suami isteri keluar umah tengah-tengah malam, sebab nak duduk dalam aircond. Kete je lah sumber angin sejuk yang ada kan. Maka keluar la kami pukul 1 pagi, carik jalan ke hospital. Ok lah tu, ada gak aktiviti bermanfaat yang terhasil..

Bulan 5 baru keadaaan ni akan berakhir... ohhh, lamanya...

Ok, mari menyejukkan badan sekali lagi. *on mode duduk dlm bilik air selama 30min*

23 February 2010

lagi pompuan saiz XXL

Ketika pagi buta di kala sedang mengelupur tido dalam kepanasan, handphone berbunyi. Ada sms masuk. Guwe memang tak boleh handphone bunyi tengah2 malam gini. Mana tau emergency kan. Bila bukak... ohh kawan saya itu, deskmate masa kat SMTTP telah selamat melahirkan. Siap ngan gmbar baby dia attached. Wahhh..tumpang gembira. Member dah jadik mak!! Rupa mak sungguh kamu ye!!

Ambok Muhammad Dzakir Dzaqwan *perghh nama budak ni*

Member terpaksa di belah bagi mengeluarkan budak kat atas. Kesian sama dia. Masa 37 weeks tiba-tiba kena darah tinggi. Pagi ni mengadu betapa seksa dia pantang beranak operate ni. Tapi aku saje tak tanya lebih2 sebab tak nak takutkan diri sendiri.

Nape sampai nak kena operate hah?? *aku google skrg juga*

Sempat dia pesan 'jaga makan ayu, jgn sampai kena belah mcm aku' Ohhh... berat saya dah 75kg ni. Pertambahan sebanyak 12 kilo *dengan jayanya* Sekarang dah 31 weeks.. ada 7 minggu lagi ni. Ohhh... selera makan makin menjadi-jadi pulak. Mood nak memasak pun dah dtg smula. Kalau dah masak kat umah, harus aku makan bertambah-tambah *feeling hasil air tgn sendiri adalah terhebat kan* Suami pula kata 'awak tu, jgn la asyik nak tertekan je. cuba rileks..' Aaahhh.. perempuan mengandung mmg emosi tak tentu hala la...

-sedang tunggu suami nak makan tengahari bersama-
itu kediaman anak saya ketika berusia 31 minggu.. mcm kecik je, cukup ke ruang dia nak main-main kat dlm tu hah?? ke itu tandanya saya bakal dpt anak yang tak besar *bawah 3kg*?? mak mengembang ngan jayanya, tp anak kecik.. apa kes??

ingat nak tunjuk muka tembam saya, tp tadi lebih fokus kepada perut. maka, muka pompuan size XXL ni dpt skit je lah. Aritu ada pakcik tanya 'dayu, boleh drive lagi?? perut kena stereng tak??' Ohhh pakcik, perut ku ini comel saja kan, harus lah tak bertemu ngan stereng tu. Tapi kini nak tekan-tekan clutch smua mmg buat kaki ku lenguh. Kalau tak emergency, mmg saya tak kan memandu sendiri lah...

*arini ada pasar malam, nak gi carik air tebu lah

22 February 2010

petang hari

Menunggu masa pulang dalam keadaan sentiasa bersedia nak capai kamera yang ada depan mata tu nak rakam perut bergelombang. Tapi tak pernah berjaya. Sebab budak dalam perut ni macam segan-segan nak dirakam. Asal mak dia bersedia je.. dia mcm 'kakukan diri, jangan bergerak'

Hampa.. *bagi la mak rakam, kejap pun jadik la*

Takpe lah, tak nak kasik rakam. Jap lagi time ibu tgh sibuk masak kat dapur, awak jgn nak buat aksi macam-macam lak kat dalam tu. Tunggu ibu tgh duduk rileks2 ngan abah baru awak bergolek2 ye. Sian abah awak tu, sampai sekarang tak rasa lagi awak bergerak kat dalam perut tu tau.

perempuan bersaiz XXL, cuba menyorokkan kebesaran dia dgn mengambil gambar dari sudut pandangan atas.. *mana suami aku tak sampai lagi ni??*

terima kasih

Ohhh.. hari Isnin di ceriakan oleh sesuatu yang menerujakan.

terima kasih kak elly *sebab ni lah dulu akak kumpul alamat kitaorg ye*

Terima kasih untuk segala ucapan yang diberikan, sama ada sms atau pun thru Facebook. Terima kasih sebab ingat 21 Februari 2010 tu birthday saya. Genap 27 tahun saya kat dunia ni. Ohh..menjadi ibu kala umur 27 tahun, mak aku dulu dah anak 2 dah.. Semoga segala apa yang didoakan akan menjadi kenyataan. Amin.

Suami kata 'postponed ye' Aku angguk je. Tak kesah pun. Tapi malam tu, gigih sungguh dia buat daging panggang ala-ala steak la kononnya. Tapi sebab suami yang buat.. rasa sedap dia ngalah steak kat The Garden yang En Izan belanja ohhh.. *ayat bodek tak ingat*

lagi angan-angan dayu

Pelajar wajib bersukan..


Ok, kalau tak wajibkan pun, aku yang akan bersungguh-sungguh suruh anak aku bersukan. Bagi cergas sikit badan tu. Biar tak lembik je. Ikut bapak dia, lagilah..dia nak asah skill menonjol bola kat anak-anak dia. Huhuhu.. anak perempuan di kecualikan lah ye. Kena pilih lain untuk dia. As tak nak nanti dia menjadi hilam legam secara semulajadi, marilah kita kasik dia main indoor game saja.

Harus nanti umur dia setahun je kena ajar dia pegang bola bowling.. hahaha.. harus senget-senget badan anak aku mengangkat bola tu.

Iyelah, dulu-dulu mana lah nak merasa sgt main game2 gini. Bila dah besar, masuk universiti, barulah nak berjinak-jinak main baling-baling bola gini. Nak harap mak ayah yang bawak... banyak lagi benda lain derang rasa lagi penting. Iyelah, mak bapak i bukan orang senang. Perbelanjaan yang seakan tak berfaedah ni, cuba dielak habis-habisan. Orang kan selalu apa yang dia tak dapat dulu masa kecik-kecik, dia nak bagi kat anak dia.

Semalam masa borak-borak ngan sorang kawan sekolah. Dah 6 bulan anak bujang dia tu. Dia kata orang smua dok bising sebab dia decorate bilik anak dia tak mcm bilik baby. Macam bilik budak sekolah. Ngan poster-poster gambar tulang, human body system.. Member teringin sangat anak jadik doktor beb.. Sekali dengar mmg mcm over, tp betul gak pe cara dia tu. Kena develop dia dari awal. Bukan nak pressure, tp cuba semai dr kecik. Tapi nanti kalau memang tak sesuai ngan jiwa dia, kena lah mak mengalah. Jangan sampai memaksa kan.

Bilik anak aku nanti, aku penuhkan gambar-gambar gini je lah..

penuhkan bilik dia ngan buletin PAM je. komik-komik smua jgn harap. matilah anak aku.. *mak dia pun selak buletin BEM setahun sekali*

Ni sekadar impian beb.. sape tak nak anak membesar jadik orang berguna kan, jadik bijak pandai. Maka, mari sama-sama kita kaji kaedah terbaik nak mendidik anak. Ok, aku nak mengoogle skrg juga.

*semalam masa belek-belek flash cards kat jusco, konon nak beli untuk budak ni, sekali bila tang huruf 'P' dia kuar gambar binatang hidung penyek tu lah..trus cancel
*wahh, ada parcel baru sampai..

20 February 2010

Hari ke dapur

Kat dalam peti ais, buah-buahan adalah banyak. Hasil segar dari Melbourne, tp skrg dh tak segar. Sebab dah dok dlm peti ais berhari-hari. Maka, pagi-pagi ni lepas mengisi perut dgn nasi goreng, trus rasa nak membuat sesuatu ngan buah tersebut. Dan sebab epal tu yang paling mcm tak sedap, sebab dia tak rangup. Tertipu guwe jap, punyalah tag kat giant tu kata 'epal rangup' tp bila gigit, tak rangup langsung. Maka dia harus diubah bentuk dan rasa. Biar tak membazir. Kang simpan lagi lama, dia akan mengecut. Sebelum dia berakhir ke tong sampah. Baik aku buat sesuatu kat dia.

Dan idea nak membuat Pai Epal datang secara tidak tiba-tiba. Sebab dari semalam dah rasa nak buat. Pagi ni, apa lagi... seperti biasalah. Jasa baik mereka yang sudi berkongsi resepi dengan kerjasama google sentiasa dimanfaatkan. Juga jasa baik suami, dia perlu ke kedai. Serbuk kayu manis mana lah ada dalam simpanan. Tak kan nak suruh aku gi tumbuk kayu manis kat dapur tu. Jangan sengaja menyusahkan diri sendiri beb..beli yang dah siap proses sudah.

Tapi sedang aku sibuk potong-potong epal tu dia call 'yang, takde lah serbuk kayu awak tu?? dah 3 kedai org gi ni' Ok, nak tak nak menumbuk la aku..

inti pai yang terhasil. ikut resipi asal pakai epal hijau. tp epal yang cuba diubah bentuk adalah epal merah. itu tak jadik masalah.. boleh je. rasa tetap sedap..

Gambar pai yang sudah siap dibungkus, tidak sempat nak capture. Sebab keluar je dari kuali, kami suami isteri terus serbu. Makan panas-panas baru sedap. Takpe..takpe, tepung nak buat pastry tu banyak lagi. Nanti kalau buat lagi. Gambar pasti akan diambil.
Isskkk.. susah gak nak buat kulit pai ni.. ikut rasa hati.. mau je aku guna acuan karipap tu. Tapi sebab suami aku dok kata 'isskkk.. tak jadik apple pie la kalau gini' trus aku gigih gak mengelek tepung tu. Tekan-tekan tepi dia...

Alah kata 1st time.. mmg lah tak kemas lagi hasilnya. Esok buat lagi mesti jadik sebijik macam apple pie Mc'd...*rasa dah sama dah*

19 February 2010

impian

Dulu masa sekolah rendah, bila nak hujung tahun je mesti cikgu sibuk nak isi report kad. Kira bape hari budak2 ni ponteng sekolah.. timbang berat, ukur tinggi. Pastu paling tak lupa, kena isi tempat cita-cita. Kena bagi 3 lak tu. Puas lah aku pikir dulu nak jadik apa. Masa sekolah rendah.. mana la pikir sgt kan..paling budak-budak ni suka nak jadik time tu mesti polis, cikgu, paling gempak pun ada yang nak jadik doktor, tak pun pilot.

Sungguh tak terdedah langsung dulu... yelah, mak bapak masing-masing pun bukannya kategori profesional. Kalau ada SPM pun dah cukup bagus.

Maka, tak pernah terlintas yang aku boleh ada keje yang mcm skrg ni. Dah lah dulu bapak punya pemalas. Sifir pun darjah 6 baru aku hafal. Tu pun sebab cikgu tusyen yang super duper punya garang. Tiap kali masuk kelas, dia akan tanya sifir dulu. Kalau tak dapat, merasa la kena rotan depan kawan-kawan. Tak nak malu punya pasal, smpai termimpi-mimpi aku hafal sifir. Masuk sekolah menengah, masa nak PMR rajinlah skit belajarnya. Tu pun sebab dikelilingi insan-insan yang sangat rajin. Kalau tak, tak merasa lah aku deretan A kat slip result tu.

Bila form 4, smua dok pakat blah tinggalkan sekolah. Smua nak gi MRSM. Kelas pun makin kosong. So, aku pun amik keputusan blah gak. Gi sekolah teknik. Amik kursus kejuruteraan awam. Dengan tak tahu apa, redah je. Sekolah dah lah kat tengah bandar, habis sekolah pukul 2. Tak tahu nape dulu jadual sekolah ni mcm tu. Selalunya petang baru aku sampai umah. Melepak-lepak jap kat sekolah. Entah apa entah aku suka sgt kat sekolah ni. Tapi siyes, aku mmg rindu kehidupan zaman sekolah waktu ni. Rasa macam free giler, cikgu sporting.. Bangun pahi gi sekolah pun tak rasa terpaksa.. sgt happening 2 tahun kat sana..

bila ingat balik aku jadik pengawas kena pakai baju kaler pink tu.. uuihhh..rasa mcm pape je

Tapi sebab student life yang sgt happening, yang sgt sibuk ngan aktiviti ko-kurikulum sampai cikgu tak bagi masuk pape event lagi... result SPM aku pun suam-suam kuku je lah. Dapat further study pun dah cukup bagus. Nasib baik UiTM nak terima aku, walaupun aku mcm berlagak tak minta pun nak belajar kat sana. Sebab sedar diri yang Kimia, Fizik ngan Add Math aku hanya paras-paras hidung, aku tak mahu sambung belajar benda2 enginering lagi. Tak nak serabutkan kepala otak sendiri. Ye..ye.. memang dasar pemalas. Nak senang je tahunya.

Dah memang takdir aku nak jadik engineer kot, walaupun dulu kat report kad asyik tulis nak jadik pramugari. Hahahahah... sebab dulu rasa mcm sgt best je jadik pramugari. Dah lah smua cantik-cantik, kurus-kurus.. dapat jalan2 free lak tu. Tu yang nak sgt jadik pramugari. Tapi bila dah asyik ngadap kalkulator scientifc ni, dok bancuh-bancuh konkrit, dok tengah panas ukur tanah.. Merasa la kena halau kalau dtg interview nak jadik flight attendant. Hahahaha...guwe tak cukup slim lah..

Dan dalam keadaan skrg, nak jadik mak tak lama lagi. Dan kemungkinan besar akan dpt anak perempuan. Aku macam tak nak kasik dia melibatkan diri dalam bidang keje yang biasanya orang laki buat. Biarlah dia buat keje orang pompuan. Ohhh, saya nak anak saya jadik arkitek lah. Maka, kalau nanti dinding rumah aku penuh kena conteng, aku sengih je. Dia tengah develop skill lah tu. Hahahahah.. ohhh, dia ada pencil color dah... dia kat dlm perut lagi, mak dia dah belikan pencil color. Ok, mak dia mmg over...

Thanks to Farah for sharing the link with me. Bagus gak idea ni.

sediakan tmpt menconteng untuk anak-anak. maka, kalau dia conteng dinding gak, takde alasan dia boleh bagi. dan bak kata farah, mak ayah pun boleh join sama menconteng.

Macam-macam nak buat kat budak ni. Nak bawak dia main bowling lah, nak ajar dia berenang. Ohh, macam-macam mau kasik dia buat.

Isskkk, cepat lah beranak... Uiiihhh, lagi sebulan lebih..

13 February 2010

menanti suami pulang ke pangkuan

Menunggu kepulangan suami ke pangkuan adalah sangat membuat aku jadik tidak penyabar. Uiiiihh, terasa sgt lama lah hari gelap ni nak bertukar terang. Ada 12 jam lagi. 12 jam untuk menunggu. Hahhahaha.. iye, aku gedik. 12 jam dia punya kecoh mcm 12 hari je..

Maka, tidak mahu menanti dlm kebosanan yang akan buat aku lagi jadik tak tentu hala. Aku cuba datangkan mood rajin nak ke dapur. Sediakan sesuatu untuk suami. Menyambut kepulangan dia ke pangkuan isteri dia yang kememeh ni. Bila masuk dapur, rasa mcm sgt lama dah tak pegang kuali smua. Iye.. iye, 2,3 minggu ni saya mmg malas masak. Sebab rasa mcm dah tak larat. Rasa mcm nanti kalau bertungkus lumus di dapur untuk mengisi perut kami suami isteri, saya akan jadik sgt kepenatan. Terus hilang tenaga. Tiada lagi kudrat nak layan suami guling-guling atas sofa tgk tv. Terasa akan kehilangan masa yang sgt berkualiti. Maka, membeli saja lah. Cuba membantu menambah pendapatan mereka-mereka yang meniaga jual nasi kukus tepi jalan nak masuk simpang umah tu.

Dan malam ni saya berusaha menghasilkan Puding Karamel dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga untuk santapan suami esok hari. Sampai separa melecur jari kena wap panas periuk kukus tu. Tapi takpe, demi suami, apa lah sgt jari melecur. Tapi aku tetap mengada, trus sms ngadu kat dia. Tak harap pun dia reply, mahal beb, rm3/sms.. so kalau dia layan sms ngada gitu, aku akan rasa amat terharu punyalah.

Bagus gak kalau pilot tu merempit malam ni. Cepat skit laki aku sampai...

Cepat sikit aku boleh peluk cium dia. Siyes lah.. rasa mcm rindu giler kat dia. Walaupun hampir setiap malam ber'skype ngan dia. Dengar suara dia. Tengok muka dia. Tapi... itu semua tidak sama beb dengan dia depan mata. Berpisah walau sekejap ni, buat aku terasa betapa berharganya masa-masa bersama yang aku ada dengan dia. Iyelah, adakalanya kalau dah sepanjang masa depan mata kan, timbul gak rasa bosan tu. Rasa malas nak melayan. Tiba-tiba rasa, berjauhan kejap ni ada gak bagusnya.

Aku pun bleh blaja berdikari...

10 February 2010

kasih beralih arah

Nanti kalau baby dah lahir, mesti segala attention akan menjadi milik dia kan. Mesti secara tak sedar, daddy dia akan sedikit terabai. Segala layanan kelas pertama yang dulunya milik dia kini dah berpindah hak milik. Alah, gi kat anak dia gak, bukan org lain pun.

Tapi bila dia mcm agak jeles, aku mcm nak ketawa.

Teringat kejadian masa sama2 mengemas beg dia hari tu, dia tgh carik seluar2 dia. Selalu aku letak kat dalam almari yang baru je mendaftar jadik ahli keluarga tu. Tapi sehari sebelum tu aku dah pindahkan smua baju+seluar dia ke drawer lama. Sebab space yang sepatutnya jadik tempat simpanan baju2 dia tu aku dh tukar kan hakmilik jadik tempat letak accesories baby.

Bila dia kuar statement 'baby tak kuar lagi ayang dah sisihkan orang' sambil buat muka yang kononnya mcm comel menagih minta dipujuk. Alahai daddy awak E***.. manja terlebih. Aku lak boleh layan aksi gedik tu gi cakap kat perut 'daddy jeles ngan awak E***' Sambil tggu reaksi dia. Dan budak dalam perut ni mmg mcm boleh dengar je mak ayah dia merepek kan..menyepak2 dia kat dalam. Agaknya daddy takut anak merajuk, terus cover balik kata 'ibu je yang saja mensensasikan keadaan'

Hahhahaha... kami mcm sengal petang tu...

Niat asal mmg beli almari tu nak jadik kan tempat simpan barang baby pun.. mak ayah ni je yang saja tumpang guna jap. Mommy pun dah ready nak alihkan baju mommy dr almari awak...

Tapi nak tak nak, kenalah suami saya tu belajar untuk mensesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru untuk kami. Sila la kembali mengosok baju sendiri ye sayang. Dan bila aku mula ajar masak makanan yang simple2, dia selamba kata 'alah...beli je lah' Bila kata nanti dia tak boleh tido sama ngan baby nanti... dia jawab 'alah, letak la baby dlam baby cot' Ohhh, sangat manja lah suami saya.. sangat memerlukan perhatian. I cubalah ye sayang.. tp kalau terlebih manjakan anak you, jgn lah merajuk pulak ye.

Kamu tetap cinta hati saya lah.. E*** kan adalah permata hati kita. Sayang kamu!!!

*aku mcm tengah pelik ni, nape tetiba usia kandungan aku mcm dah terlebih 2 minggu ni. Ikut kiraan asal *dan juga oleh tuan badan* minggu ni baru 29 minggu. Tapi misi kat klinik gomen tu kata dah 31 minggu dah.. issskkk..jangan, tak mahu aku sakit nak bersalin tu dtg time aku tgk kusyuk update blog kat opis

09 February 2010

romantik kah dia

Lelaki melayu tak romantik katanya.. iye ke??

Kena lah kenalpasti dulu apa kriteria 'lelaki romantik' tu.. apa yang dia kena buat untuk melayakkan diri untuk masuk kategori 'Lelaki Melayu Romantik' Kalau nak tetapkan standard kenalah ada garis panduannya kan. Tak boleh lah main hentam je. Asal tak kena ngan citarasa, terus kata 'issskkk, tak romantik langsung'

Kalau lelaki melayu tak romantik, lelaki bangsa mana yang romantik??

Dan aku nak tanya satu soalan 'camne nak tau lelaki tu romantik??'

Pandai memujuk bila kita merajuk??
Ohhh, kalau gitu harus suami i tersingkir. Dia mana layan bini dia merajuk-rajuk ni. Cuma kebelakangan ni lah,dia murah hati skit. Bila bini dia jadik makin kememeh, sikit2 nangis, kena tegur skit monyok, pastu bila dah malu sendiri, masuk bilik, tekup muka ngan bantal pastu meleleh lah air mata. Barulah dia rajin nak usap-usap skit rambut. Suruh bini dia berhenti menangis. Bukan i tak nak stop lah, tapi i malu sebenarnya...

Pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.
Sweet talking... sape tak suka kan.. dihujani dengan kata pujian setiap masa. Asal masuk kete 'u nampak cantik sgt hari ni ' Ohhh, sah hati berbunga-bunga sentiasa. Memang jadik idaman lah. Tapi bagi aku, aku tak harapkan sgt dia memuji. Kalau dia memuji pun aku akan macam 'awak kenapa yang??' *walau dalam hati ada skit rasa gembira* Sambil tengok muka dia tggu dia reveal kan perkara sebenar, paling pun dia akan kata 'alah..puji bini sendiri pun tak bleh'
Apa yang aku lebih harapkan dari dia adalah kami ada topik perbualan yang boleh diborakkan sepanjang masa. Kemahiran komunikasi dia lagi aku pentingkan. Bila dia tak sentiasa setuju dgn apa yang aku katakan. Ada je nak kami perdebatkan. Itu yang aku suka. Macam tu baru lagi romatik. Tak lah nanti asyik membisu je.

Sikap yang mengambil berat dan penyayang
Yang ni memang kualiti yang dicarik-carik.. Sape tak mahukan lelaki yang mengambil berat pasal diri kita. Sentiasa dulukan kita dari lain-lain benda. Nak buat apa smua pikirkan kita kan dulu. Tipulah kalau kata tak suka.

Apa lagi yang membolehkan seorang lelaki tu dikatakan romantik?? *pikir..pikir*

Bila dia sentiasa kaya dengan surprise?? Bila tiba-tiba ada org dtg opis antar bunga ngan coklat kat kita?? Bila balik umah, masuk bilik tgk ada kotak hadiah atas katil?? Memang seronok beb kalau dpt smua ni. Tapi kalau takde smua ni, tak romantik ke dia?? Tapi kalau dah tu penanda aras yang kamu letak.. tak romantik lah dia. Tapi kalau bukan itu yang kamu perlukan.. maka romantik lah dia.

Kesimpulannya, terserah kat diri masing-masing.

Tapi bagi aku, romantik tu bonus. Tapi aku lebih perlukan dia yang lebih bertanggungjawab. Yang sentiasa utamakan keluarga dari benda lain. Yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga dia. Tak romantik pun takpe *tp kalau ada lagi bagus* tapi kualiti kat atas tu kena ada.

tak romantik takpe, tapi selalu2 lah bawak i jalan-jalan. next year ye sayang. kita gi ngan E*** sekali.

08 February 2010

perempuan kememeh

Ramai orang kata 'kalau dh rasa baru tau'

Ye, selama ni sgt senang kata kat 'sabar ye, kuatkan diri' kat mereka-mereka yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing. Yang terpaksa rela dalam paksa berhubungan jarak jauh. Yang terpaksa menahan rindu berhari-hari lamanya, berbulan-bulan bersendirian tanpa suami di sisi. Yang bernasib baik, boleh lagi mendengar suara. Menatap wajah si dia, walau di skrin komputer. Biar tak sama mcm dia di depan mata, tp tu smua dah cukup bermakna kan...

Bila dah rasa sendiri..

Amik kau... baru tau camne dia punya haru.

Biar dia pergi tak lama. Tapi perasaan sayu tu mcm tak terkawal. Ni lah akibatnya terlalu dimanja. Agaknya. Dia mana pernah tinggalkan isteri dia ni. Sehari pun tak pernah. Bila kena macam ni, tu yang lembik sgt tu. Biarpun dia selalu kuar malam2, balik lambat.. tapi yang pasti esok pagi, bila bukak mata, aku tahu dia ada kat sebelah.. tapi hari ni, dan esok... dia takde..

Ye.. aku kememeh. Nanti kalau budak dalam perut ni mudah sgt meleleh air mata. Sah, ikut perangai mak dia lah tu.

*hati tertunggu-tunggu sms dari dia. tapi bila baca je, mata merah. rasa ada air panas meleleh kat pipi.

dia pergi tak lama

Berpisah tak pernah mudah!!

Lagi-lagi dengan orang tersayang. Sekejap je pun rasa mcm bertahun. Lepaskan dia pergi, turun eskelator.. Warrgghh!! Ikut rasa hati nak je kejar dia, tak nak kasik dia pergi. Tapi tak sempat nak buat keje giler, dia dah lepas imigresen dah. Maka, baik aku tinggalkan tempat ni segera...

Bayar parking *nyampah tul aku ngan mesin yg bagi aku duit syiling melambak2 ni* Masuk kete.. dia call. Ohhh.. aku yg sememangnya kememeh ni, haruslah berusaha menahan air mata. Kawal suara sehabis baik. Jangan kasik dia kesan yang bini dia tengah sebak. Tapi kantoi beb... segera aku bagi alasan nak letak phone. Pastu meraung lah ikut suka. Kasik bengkak bijik mata..

pandai-pandai lah bawak diri kat tempat org ye...

Sampai rumah trus bukak akaun skype. Dapat msg 'yang, dh dalam kapal terbang. Luv u' Takde sape lepuk pun, air mata terus penuh bergenang. Dah, aku malas nak layan perasaan sendiri. Bukan lama pun dia pergi...*pujuk diri sendiri*

03 February 2010

apabila suami isteri bersalaman

Tadi.. sedang bermalasan.. semak FB, terbaca status Lily. Dia tulis 'dosa akan gugur bila suami isteri bersalaman'

Dan aku mcm sgt kagum dengan kenyataan tu.

Ok, petang ni,masuk je kete trus amik tgn suami, salam, cium dan mintak ampun sekali. Pakej lengkap. Biar dia pelik. Kalau dia tanya 'apa kena awak ni??' Sengih je, tak yah jawab pape. Malam ni sebelum tutup mata peluk bantal, tidur lena sampai tak sedar dah guna semua bantal yang ada, salam dulu suami. Biarpun waktu tu dia tengah syiook main game kat laptop. Biar boleh tido lena sampai alarm bunyi esok pagi *skrg mmg asyik terjaga je malam2..tak suka sungguh* Dan esok hari, sebelum turun dari kete.. salam lagi sekali, cium pipi sekali kalau takde org lalu depan kete, takde lah malu nanti.

Ini mmg hadis Rasulullah S.A.W lah.. bukan fakta yang dibuat-buat..

"Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua"

Fakta yang kat atas ni pun mendalam maknanya...

02 February 2010

kegembiraan berganda

Dapat cuti hari Isnin, terus ajak En Ekwan balik JB. Sebab nanti-nanti bakal takde masa nak balik lagi. Raya cina nanti memang tak berkesempatan. Maka, rebutlah peluang yang ada ni. Dan walau beriya aku ajak balik malam Jumaat, tapi disebabkan perhatian yang lebih untuk kete hitam kesayangan dia tu. Sabtu lah baru bergerak. Nasib baik Isnin cuti, kalau tak mcm buat penat badan je balik jauh-jauh 329km ke JB tu.

Huhuhu..aku malas nak citer pengalaman sepanjang perjalanan ke Johor menaiki kereta yang baru ditransformasi oleh tuan dia tu. Pengalaman pertama beb... akan ku kenang sepanjang hayat. tak yah citer lah, tak sanggup..

Hari Ahad, adik saya genap berusia 25 tahun. Heheeh, dan akak dia dengan selamba mintak dibelanja makan seafood. Konon sebelum berpantang, kena penuhi segala keinginan tekak ni. Saja main-main. Tapi bila petang dia kata 'gi lah siap' Aku yg kononnya nak gi buang masa men'window shopping trus batalkan niat tak berfaedah aku tu. Sambil tggu mak ayah siap, dalam paler dh pikir nak order pe..hahaha..

deretan kedai.. sila lah pilih mana yang berkenan.

pusat memilih bahan mentah..

Kami ke Kg Senibong. Dah lama tak gi, so bila tgk tempat ni macam dah dijadikan kawasan perlancongan, siap parking pun dah berbayar. Harus harga makanan akan berganda. Tapi sebab bukan aku yang kena bayar.. aku tetap berasa tak sabar nak pilih ikan segala.

ketam-ketam ni masih bernyawa. siap sedia je nak mengepit orang. rege dia.. sekilo rm48 siot. sekor dah lah around 800gm..

ikan merah masak steam.. perrghh!! isi kat pipi dia mmg terbaik lah!!

siput gonggong masak cili kering. 1st time jumpe ni. kenalah adik yg pakar bab2 makanan laut ni ajar camne nak makan siput ni. sekali dah cuba.. mmg best lah..

kelah ~ siput gonggong ~ kupang.. segar dari ladang

jom kita serbu..

perut kenyang,hati pun senang.. lagi2 org belanja kan..mahunya tak gembira berganda-ganda. ye, berat di badan pun pasti berganda.

suami yang sedang mengawal kadar kekenyangan

oohhh terima kasih ye adik.. semoga kamu sentiasa murah rezeki. boleh belanja akak kamu ni lagi. dan nanti boleh pula berbakti kepada anak buah yang buat masa ni masih di dalam perut. alahh.. stroller baru rm200++ je.. pak ngah kan banyak duit, apa kesah...

meninggalkan Kg Senibong dalam keadaan kekenyangan..

Walau dah kenyang, malam tu sempat lagi aku ajak Ekwan gi beli ABC nak makan sambil layan RajaLawak.. dan esok, aku sengih2 je lah kalau berat aku bertambah lagi 2kg..