22 April 2015

Mayfair Bodyline - I Want Free Trial

-Scroll down for new entry -

Aku ni dulu orangnya kurus je. Lagi-lagi zaman anak dara, masa kat UiTM dulu. Masa tu berat aku dalam 58kg je tau. Kalau naik pun paling banyak 60kg. Pastu turun balik. Lepas kerja, berat mula naik sikit-sikit.. sampai lah aku kahwin. Masa kawin berat aku 63kg. Tu pun puas jaga makan, tak nak jadik pengantin gemuk punya pasal. Bila dah kahwin, lagilah mencanak-canak berat naik. Tiap malam balik masak kan, pastu makan bertambah-tambah. Sedap sangat lah kononnya tu. Lepas tu pregnant. Masa ni lagi seriau. Berat naik sampai 81kg. Dah serupa anak dinosour je aku time tu. Nasib lepas pantang, berjaya kurus semula. Tapi setahun je bertahan, pastu gemuk semula. Lepas tu berat stuck around 65-68kg. Tak merasa dah nak 60kg ke bawah.

Lepas bersalinkan Elma, berat aku 63kg. Dapat hilangkan 15kg je dari berat terakhir sebelum bersalin. Tu pun macam dah cukup gembira bila boleh sarung semula kurung-kurung moden lama. Tapi kegembiraan itu hanyalah sementara. Elma 6 bulan, berat naik sedikit demi sedikit, dan sekarang dia nak setahun. Berat aku yang terkini adalah 70.8kg. Ni tak tahu nak nangis ke apa.. Nangis lah kot, seluar dah mula ketat semula, baju size M pun tak boleh nak sarung dah.. Tu yang bila dapat offer buat slimming treatment dengan Mayfair Bodyline, aku punya gembira punyalah tak terkata. 

Dah lama teringin nak merasa rawatan dari pakar macam ni. Selama ni tengok je rancangan Impian Anggun tu. Mengeram je tengok semua berjaya dari size XL ke M. Memang terpikat. Nak juga merasakan. Tu yang menghitung hari menunggu hari nak dibelai manja oleh Mayfair Bodyline. Mayfair Bodyline ni dah berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang pelangsingan dan kecantikan ni. Memang dipercayai, tak perlu ragu-ragu. Semua servis boleh buat kat Mayfair ni, kira one stop beauty centre lah. Alat-alat yang Mayfair guna juga adalah yang berteknologi terkini. Dan yang paling penting, beauty consultants dan therapist Mayfair sangat profesional dan terlatih. Aku dah terbayang-bayang layanan bak tuan puteri je.

Mayfair ada banyak outlet, almost setiap negeri ada cawangan dia. Kat KL dan Selangor ni lagi lah, setiap daerah ada. Maka, sangat memudahkan. Pilih lah yang mana paling hampir. Tapi untuk treatment pertama ni, aku diminta datang ke outlet Mayfair di Beauty Hall, Pavillion, Kuala Lumpur. Wahhh, 1st time aku jejak kaki ke Beauty Hall ni. Kagum sekejap. Eksklusif sungguh rasa, terus rasa macam VIP kau.. Bila masuk Mayfair lagilah terasa best, decoration best. Masuk-masuk disapa ramah. Memang terasa VIP sungguh lah.

Tak sabar nak merasa rawatan eksklusif  dari Mayfair.

Therapist dan beauty consultant aku hari tu adalah Tiffany. Cantik je dia, masa sesi consultation ni aku dok perhati je kulit dia. Lawa. Mula-mula, lepas isi borang Tiffany timbang berat dan ukur body fat aku. Lepas timbang, dia mulakan sesi consultation. Tiffany mulakan dengan muka. Muka aku memang jenis berminyak dan berjerawat, terutamanya kat bahagian dahi dengan tepi hidung. Memang itulah masalah utama kulit muka aku. Lagi-lagi kalau minggu depan nak period, minggu ni meriah masing-masing menjengah kat muka aku. Tiffany cadangkan Perfect Herbal Kit untuk aku kali ni. Tiffany kata dia akan apply 3 jenis mask kat muka aku untuk rawat masalah kulit berminyak aku ni. Wahh.. Best.. 

malu nak tulis ni. tapi berat akak sekarang adalah 70.8kg.. huhuhu. inilah hasilnya makan nasi 2 pinggan setiap malam. dan kandungan lemak akak pulak adalah 30kg. Omg!! Tinggi sangat tu. Tiffany kata, dengan umur dan ketinggian aku, sepatutnya bodyfat aku hanya 20-25kg. 

Tiffany kata 'you should be in 55 - 58kg to allow you wear M or S size.. 13kg to go. Sikit saje' 13kg dia kata sikit..nangis akak dengar, kalau 3 kg yelah sikit. Dan dia tanya 'you nak concentrate part mana?' Cepat-cepat akak jawab 'peha dengan punggung'

dia tanya ' when last time you do your facial?' tersipu-sipu akak jawab 'hhmm.. on my wedding.. almost 6 years ago' Nasib Tiffany tak buat muka terkejut, tapi dia kata 'with your skin condition, setiap 3 minggu you kena buat facial tau' Huhuhu.. Baik.

Selesai sesi consultation,Tiffany bawak aku masuk ke bilik rawatan untuk buat facial. Bila masuk bilik rawatan Mayfair ni, reaksi pertama aku 'wahh..bestnya' Cosy sungguh. Betul-betul menenangkan. Aku dah membayangkan mesti kejap lagi aku tertidur. Dengan alunan muzik dia. Rasa bertuah sangat berpeluang merasa layanan istimewa Mayfair ni.

My 3 hours Pampering Session Room.

Perfect Herbal Kit ni memang yang paling sesuai untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat. Dengan rawatan ini, kulit kita akan jadi kurang berjerawat sebab kekotoran pada permukaan kulit dan tahap sebaceous gland dapat dikurangkan. Tiffany sarankan aku buat 2 kali treatment ni sebelum mulakan dengan sesi rawatan collagen. Dia kata, aku kena rawat masalah kulit aku ni dulu, kalau tak..pakailah apa pun skincare, mesti kurang berkesan. Rawatan ni menggunakan Herbal Active Solution dan 3 jenis masker.

Sapuan 2 lapisan masker dan direhatkan selama 10 minit. Selepas tu, kulit aku dibersihkan, apply toner dan proses extraction (picit keluarkan jerawat)  dimulakan. Tiffany fokus kat bahagian dahi, tepi hidung dan dagu. 

Selesai sesi extraction, muka aku disapu dengan cooling gel dan last layer masker. Sejuk je rasa. Yang ni kena biarkan for 30minit. Terus tertidur.

Lepas buat facial, kita buat body treatment pulak, Badan dengan lemak yang dah terkumpul 10 tahun ni dirawat dengan CLA Chili Slimming program menggunakan mesin Slim Master Therapy dan HEAT Circulation treatment (hot blanket). Slim Master merupakan teknologi pelansingan terkini yang mengaplikasikan tekanan positif dan negatif untuk menghasilkan bebuih mikro bagi memecahkan sel-sel lemak.Mula-mula peha dan punggung aku disapu dengan Mayfair Chili Cream dan Tiffany buat Intensive Frequency gunakan alat Slim Master. Intensive Frequency adalah gelombang berfrekuensi tinggi. Gelombang ni akan tembusi kulit dan hasilkan haba serta tingkatkan peredaran darah. Gelombang ini jugalah yang akan merangsang lapisan kulit supaya hasilkan lebih banyak kolagen yang akan menegangkan kulit.

Sebab tu lepas Tiffany gosok-gosok peha, aku boleh rasa peha aku lebih anjal, selulit-selulit degil pun terasa sedikit lembut. Dia buat sebelah kiri dulu. Masa dia buat lagi sebelah, peha kiri tadi mula rasa panas. Itu good sign, maknanya there is blood circulation dan lemak sedang terpecah. Lepas buat Intensive Frequency, dia sapu Detox Cream. Semua toksik-toksik dalam badan akan dikumpulkan. Senang, semua duduk satu tempat. Bila nak membuang nanti, boleh keluarkan semua serentak.

Mesin Slim Master (yang warna merah tu).

Selepas selesai dengan Slim Master Therapy dan sebelum mulakan rawatan hot blanket, untuk memaksimakan lagi pembakaran kalori, aku berdiri atas mesin Vibe Kinetic Therapy  ini selama 10 minit.  10 minit atas  Vibe Kinetic Therapy bersamaan bersenam selama 60 minit dan membakar 500 calories. Bergegar semua otot aku, sampai ke muka-muka bergetar tau masa diri atas mesin ni.


Lepas bersenam atas  Vibe Kinetic Therapy  aku boleh rasa peha aku mula gatal-gatal dan semakin berasa panas. Makin terpecah lah lemak-lemak aku jawabnya. Haruslah suka kan. Lepas minum segelas teh Chrysanthemum panas, rawatan seterusnya dimulakan. Sekali lagi badan aku dilumur dengan Chili Cream, kali ni lengan dengan perut pun kena sapu. Pastu kena balut dengan plastik. Ketat, sampai nak bergerak pun dah macam mumia. Kemudian aku berbaring atas Hot Blanket. Ingatkan selapis kat bawah je, kena selubung lagi dengan sehelai. Tiffany kata 'Nanti after 60min, i datang tengok you ye' Peergghh.. Memang panas yang amat okay, berpeluh-peluh aku dibuatnya. Biar betul nak suruh aku baring dalam ni 60minit. Aku rasa dalam 10minit aku dah berpeluh bagai nak rak. Tapi memikirkan bila berpeluh maknanya kalori terbakar dan toksik keluar dari badan, akak tahan je lah.

Tapi lepas 15minit Tiffany datang jengah dan dia surprised tengok aku peluh beriya 'wah, sangat cepat you berpeluh..okay, cukuplah. i tutup, you cool down' Sambil dia gunting plastik wrapping tu, dia kata 'before ni customer i paling cepat 20minit, so you dah pecah rekod ni'  Hahaha, nampak sangat akak banyak lemak kan. Surprisingly, lepas lap-lap peluh tu.. badan rasa ringan je tau. Rasa segar semacam. Memang bagus lah HEAT Circulation Treatment dengan hot blanket ni. Sangat membantu melegakan otot dan meningkatkan peredaran darah. Rasa nak datang lagi minggu depan, nak baring dalam selimut panas ni je.

Selepas selesai rawatan, berat aku ditimbang semula. Surprisingly, berat aku turun sekilo. Lemak pun berkurang 300gm. Wahh..Kagum. Ni baru 1 sesi ni. Kalau buat 4,5 sesi..Senam sikit, diet sikit. Mesti tercapai sasaran nak hilangkan 13kg tu kan.

Selepas selesai rawatan dan menikmati segelas lagi Chrysanthemum Tea. My naked face. Takdelah merah-merah sangat walaupun lepas extraction masa facial tadi. Memang berkesan lah smoothing mask tadi. 

Secara keseluruhannya, memang aku puas hati sangat-sangat dengan treatment Mayfair ni. Treatment best, therapist dia pun sangat profesional. Best sampai rasa nak amik je pakej yang ditawarkan. Yang seronoknya, korang pun boleh merasa keseronokan yang aku dah alami ni. Sempena Ulang Tahun ke-30 Mayfair, promosi berikut sedang berjalan:-

Ataupun, korang juga boleh dapatkan rawatan percuma ni dengan hanya 2 langkah mudah:-


1. Follow dan Like Website serta Facebook Impian Anggun.  :
    
2. Komen kat entry ni ' I want Free Trial from Mayfair because....
Tinggal kan sekali nama dan email korang. Senang Mayfair nak contact nanti. Cepat, komen sebelum
10 Mei 2015 untuk merasai rawatan eksklusif Mayfair ni. 10 orang je tau yang akan dapat!!

Hah!!! Tunggu apa lagi. Gi Like FB Impian Anggun sekarang dan klik kat bahagian promotion tu. Jangan lepaskan peluang ni. Mayfair nak bagi rawatan free, tak kan nak lepaskan.


Selamat Memanjakan Diri Bersama Mayfair!!

4 comments:

  1. Dayu! aku dah hantar. Phuw phuw semoga dapat haha

    ReplyDelete
  2. wow dayu....xde ker diaorg promote suh amik pakej diaorg?

    ReplyDelete
  3. I want Free Trial from Mayfair because I am FAT now !!! Want to fit in size 27 old jeans back ;D

    Nama : Izzatul Azma bt Mohd Asri
    Email : izzatul.azma@gmail.com

    Good luck to me ! kihkih ;D ;D

    ReplyDelete
  4. dayu.. kita pun dh gemukss..
    I Want Free Trial Mayfair because I really fat women now...hope i can fit my old M size clothes😊

    Nama: Nur'ain Yunos
    Email: nurainyunos@gmail.com

    ReplyDelete