29 February 2012

Saya ingin jadi ...

Dah berkali-kali kot aku keluarkan statement betapa selama ni aku tak pernah menjangkakan aku akan bekerja sebagai Engineer. Sungguh.. Dulu waktu sekolah, lagi-lagi time sekolah rendah.. aku memang main je banyak. Duduk je dalam kelas no 1, tapi sifir pun tak hafal, bila masuk darjah 6, dah dekat nak UPSR baru kelam kelibut aku belajar sungguh-sungguh. Merasalah aku 3A 1B, kalau tak mau berderet C kot.. Masuk sekolah menengah pun takdelah bersungguh sangat aku belajar. Main pun tak berapa, cuma tak bersungguh, tak fokus. So bila dapat masuk Universiti pun aku dah syukur sangat.

Dapat pulak course engineering, punyalah aku minta business study je. Kena jugak hadap fizik, math segala..

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur sangat. Dalam aku tak bersungguh, tak betul-betul fokus, ada jugak aku peluang nak sambung belajar. Tu yang zaman Universiti aku all out sikit. Bila usaha digandakan, memang nampak hasil dia kan. Tapi sayang, tak merasa jugak grade 1st Class. Sikit je lagi nak merasa 1st class, tapi silap aku jugak. Main lebih 1st semester tu. Patut 1st semester lah nak target highest GPA kan sebab subjek senang lagi. Nak cover semester akan datang memang sukar lah. Tu yang redha je lah grade 2nd Upper..

Bila dah hampir 4 tahun kerja dalam bidang teknikal, walau penglibatan aku tak berapa teknikal lebih kepada theoritical je. Ada masanya aku teringin nak tukar keje. Kadang-kadang, ada masanya bosan jugak ngan skop keje sekarang. Nak juga tukar angin, tapi macam mustahil pun iye. Berangan je lah. Ada masanya teringin sangat, lagi-lagi bila tengok orang buat keje yang kita mengidam tu kan.

Ada masanya aku teringin sangat nak jadik:

1. KERANI
Aku tengok kerani kat opis aku ni macam best je. Keje macam rileks. Pada tafsiran aku keje kerani ni mudah, takde nak kena pikir macam-macam. Nak buat pape keputusan tak payah nak refer pape. Takde fakta nak kena support sebarang kenyataan. Betul ke?? Sorry la ye kalau silap taksiran saya. Ni tafsiran aku je. Yelah, keje aku sekarang siap 1 baris ayat kena ada supporting data. Bukan boleh main kuarkan statement sesaje. Kang bos tanya, mana awak dapat ni?? Mustahil la aku nak jawab 'ni kenyataan saya ni' Merasa kot LNPT kecundang. Paling best, bab data entry. Aku suka buat keje-keje mengurus data ni.

2. CIKGU
Macam best je. Keje separuh hari je. Cuti banyak. Bekerja dengan budak-budak. Tak yah layan kerenah orang-orang seusia atau orang tua. Keje jadik cikgu ni mulia tau. Tapi aku nak jadik cikgu sekolah rendah je, nak ajar budak darjah 1. Nak terlibat dalam fasa pembelajaran terpenting derang. Bagi derang boleh membaca, boleh mengira. Besar manfaatnya tau. Dan antara yang best jadik cikgu, part tanda buku kot. Tak pastilah aku kalau cikgu-cikgu sebenar rasa annoying part tanda buku, tapi aku rasa macam best je. Macam ada kuasa penuh lak nak judge hasil keje orang.

3. PRAMUGARI
Ni memang antara cita-cita yang aku senaraikan dalam report card zaman sekolah rendah dulu. Dulu pramugari adalah keje berprestasi tinggi di mata aku. 1st class gitu. Yelah, dapat jalan-jalan free. Dah la semua pramugari cantik-cantik kan. Tu yang pasang angan-angan nak jadik pramugari. Tapi masuk sekolah menengah, target macam dah tinggi sikit. Semua target profesional level, maka achik pun join sama. Tapi dalam hati tetap teringin.

Takde ke pape option untuk aku bertukar keje hah?? Tak dapat lama, sebulan pun jadik la. Andai memang ada peluang begitu, antar 3 option kat atas aku pilih nak jadik CIKGU. Walaupun aku takde la sangat sifat-sifat pendidik dalam diri. Mungkin tak sesuai jadik pendidik, tapi aku nak mencuba. Yelah mana tahu, sebenarnya aku memang sepatutnya jadik pendidik. Tapi sebab aku tolak offer UTHM untuk jadik master and PHD student dia dan seterusnya terikat selama 10 tahun sebagai lecturer UTHM, di sinilah saya sekarang. Andai kata dulu aku dengar kata ayah aku dan terima offer UTHM tu, mungkin sekarang aku di bandar Batu Pahat. Bukan di Kuala Lumpur. Mungkin juga tak perlu keluar seawal 6.45pagi untuk ke tempat kerja sebab tempat keje dengan rumah mungkin hanya mengambil masa 15min.

Mungkin.. mungkin.. siapa tahu kan..

*hai,ada nada kesal nampak gaya..

Terima Kasih Fashya

2 hari lepas berpeluang jumpa Fashya. Jumpa nak collect casserole. Jumpa malam-malam, time anak masing-masing nak tido, memang tak dapat jumpa lama lah. Dapat borak kejap je lah pun. Cha dah tertido dah, Husna lak dah melepek kat ibu gosok-gosok mata, nak tidur. Maka, selesaikan lah urusan dalam kadar segera.

Sebelum balik, Fashya hulurkan 1 bungkusan, untuk Cha dia kata. Alah, buat susah-susah je. Anyway, thanks Fashya.
buku untuk Cha, dan fridge magnet untuk ibu (:
Cha suka sangat buku ni. yelah, dah lama takde buku baru. dapat buku baru, ngan gambar dog, cat, tikus besar bagak, memang suka sungguh lah dia

ahli baru di pintu peti ais

Bila Fashya kata Husna akan tinggal dengan ayah dia sampai Fashya bersalin. Aku lak yang macam sedih. Aku tahu Fashya pun mesti sedih sebenarnya. Bukan senang nak berjauhan dengan anak. Tinggal 2,3 hari pun rindu-rinduan, apakan lagi berminggu. Tapi kalau keadaan dah memaksa, apa je pilihan yang kita ada kan. Takpe, semoga kamu terus tabah. Dan semoga kamu sekeluarga akan segera disatukan di bawah satu bumbung semula.

Akhirnya

4 bulan juga menunggu. Akhirnya, habis pun bayar. Nak buat macamana, nak bayar selepuk memang tak mampu. Kang dek kerana melayan keinginan, ada tak makan kang 2 minggu sebelum gaji kang. Maka, bila orang dah bagi kemudahan installment, gunapakai je lah. Dan akhirnya, 2 hari lepas, barang yang ditempah bertukar tangan. Sukanya..sukanya..

Terus tak sabar nak guna kau..


Lepas ni kumpul duit beli set pinggan mangkuk lak, yang harganya kalau beli secara cash and carry mampu buat aku melanguk depan kalendar tunggu gaji. Maka, marilah kita join skim ansuran ini.


26 February 2012

Fine Dining (:

Awal-awal bulan, selera masing-masing tinggi. Itu nak..ini nak.. Teringin je, terus zasss...

Dan berkumpul la kami di William Kelana Jaya untuk mengisi perut hingga masing-masing terbongek. Apa tu terbongek?? Aku pun tak berapa pasti apa makna dia. Tapi perkataan tu aku guna untuk keadaan bila perut penuh maksima, tahap nak bangun dari kerusi pun tak larat. Hah, itu lah terbongek!!

Last week aku dah datang dah.. Aku minta Ekwan belanja aku Subway sempena birthday, tapi dia kata dia teringin nak makan kat Willliam. Birthday aku, tapi keinginan dia yang dipenuhi. Takpelah.. Aku tak kesah, asal  kenyang sudah. Senang laki aku bela aku. Makan je smua. Tak main pilih-pilih. Asal kena ngan tekak, tak diragui kehalalan makanan tu, semua aku telan. Eisya aku dalam usaha nak didik dia jad.ik macam ibu dia ni. Tapi nampak gaya macam susah je. Budak tu makan memilih. Nak yang sedap je. Yang tak kena ngan selera dia, dia tak sudi langsung nak jamah. Ada sediikit unsur gedik di situ. Tapi abah dia kata 'dah kita ajar dia makan sedap-sedap je, mana dia nak makan nasik ngan kicap' Ye kot.. Takpelah, dari dia tak makan..

Dah..back to dinner at William

Mana pakcik William tu dapat idea nak cipta resepi-resepi yang super menarik, lazat dan memikat tu hah?? Air-air dia pun cukup menggoda lah. Semua sedap. Semua mewah. Isi padat.

Seafood Platter RM50
Peerghhh!! Memang terbaik la. Salmon dia mmg superb.

Nasi Goreng Ketam RM30. Ini pun wajib try

Olivo Seafood ... ntah, tak ingat dah. RM50 sepinggan besar
Memang meriah pinggan ngan udang, sotong, ketam, kupang, dan sejenis lagi hidupan laut yang macam kat tgh2 risotto kat seafood platter tu. Puas weh makan. Siap tak larat.

Sebahagian makanan yang memenuhi meja semalam. Ada lagi 2 menu datang lambat sikit. Maka, balun yang ni dulu. Lepas ni nak try burger set dia lah. Nak makan sorang je 1 set. Tamak. Tapi siyes sedap weehh, daging salai dia. Cukup rasa. Ngan daging burger dia.. Rasa nak pergi lagi malam ni. Nasib baik William tu agak jauh ngan rumah, kalau kat dalam USJ ni lah. Mahu setiap minggu aku pergi agaknya. Pastu aku pun membesar dengan sihat macam Uncle William tu gak (:

Alah, lupa nak amik gambar air. Tapi next time aku nak try Herb!! Rasa member aku nyer, terus rasa nak tukar air. Aku minum Peach Laici, atas suggestion waiter.
As usual, meja kat William memang penuh la. Kami sampai pukul 8.30pm, maka ruang masih agak lengang. Order pun sampai dalam kadar segera. Last week datang agak lewat, kedai memang penuh. Tapi order tetap dapat segera. Itu yang best. Yelah, makanan kalau sedap mana pun kalau kena tunggu hampir sejam, hilang jugak selera kan. Cuma menu berasaskan ayam je sedikit lambat.

budak ni peluk ibu abah dia kuat-kuat dalam usaha membodek sebab dia tak nak makan dengan penuh berselera. makan jamah-jamah je. tapi takpe, dimaafkan sebab 2 jam sebelum sampai sini dia dah makan semangkuk nasi lemak. oklah.. saje bagi peluang ibu makan sampai terbongek

sayang dia!!!

25 February 2012

tak berani

Aku bukanlah jenis yang suka sangat berfesyen. Dari dulu kot, dari zaman muda belia dulu. Bukan aku amik peduli sangat apa fesyen terkini. Aku tak kesah smua tu. Pakaian rutin aku, jeans, t-shirt. Cukup. Selesa. Pakai dari pagi sampai petang pun takde hal. Bila ingatkan balik zaman muda remaja, memang tension tau. Dulu jeans size 28 tau. Kalau bulan puasa, kena pakai belt tau jeans size 28 tu. Try size 27 member, pun selamba je sarung. Sekarang?? Usah berangan. Jeans size 28 tu pun aku dah peruk dalam stor.

Lepas kawin, aku macam dapat sedikit kesedaran. Yelah, dah ada laki, kenalah jaga penampilan diri sikit. Nak jugak nampak lawa, cantik depan mata suami kan.

Tapi biasa-biasa je pun.Tak lah sampai tahap melaram. Tak berani.

Bila tengok orang pakai lawa-lawa. Cuba macam-macam jenis fesyen. Pandai mix and match. Elok je bergaya. Rasa jeles pun iye. Manalah derang dapat keyakinan diri macam tu hah?? Ke sebab derang semua ramping dan kurus. Pakai apa pun lawa je. Molek je terletak kat badan.

Bila layan gambar orang cantik-cantik kat LookBook lagi lah. Rasa nak menangis.

Teringin nak gayakan pelbagai jenis fesyen. Tapi tak berani. Amacam??

24 February 2012

Nak mekap ke sayang??

Sekarang Cha pantang nampak orang berbedak, sibuk dia mintak nak gak berbedak. Nasib baik dia tak heran sangat kat compact powder tu, bagi span je pun dia dah girang. Berjalan satu rumah dengan span di muka sambil tersengih-sengih, pastu terjinjit-jinjit depan cermin nak tgk muka sendiri.

Dan minggu lepas dia dah pandai hulur bibir minta calit lipstick.. omg!! omg!! Anak aku dah besar. Dah pandai melawa.

Redha je lah kalau lipstick jahanam anak kerjakan.



Ni yang best dapat anak sulung perempuan ni. Dan terus rasa nak tambah koleksi anak perempuan.

22 February 2012

Pertama di 29

I'm 29 years old!!

Bertambah lagi usia. Semakin tua. Opps, silap. Tidaklah tua, tapi dewasa. Dan semoga semakin matang. Makin mampu mengawal emosi, tidak terlalu emosional. Lebih rasional. Usia dah meningkat, takkan perangai nak kekal perangai lama, tak synchronize langsung. (:

Tiada sambutan besar-besaran meraikan genapnya usia 29 tahun ni. Cukup sekadar ucapan tanda ingatan yang tak berhenti kunjung tiba. Sungguh. Rasa terharu. Rasa sungguh dihargai, diingati. Biarpun sekadar ucapan di alam maya, bagi aku kesan dia tetap sama. Masih sama tarafnya dengan ucapan yang aku boleh dengar. Setiap kali membaca ucapan dan doa yang dicatatkan, aku bayangkan orang tu ada depan aku, sambil tersenyum lebar, muka penuh manis 'dayu!!! hepi birthday. kau dah tua!!'

Umur dah 29, tapi anak baru 1. Eh, kau dah kenapa dayu? Tetiba...Alah, biasalah dayu. Suka hilang fokus.

Terima kasih sayang.

Terima kasih sebab masih ingat tarikh lahirnya isteri awak ni ke dunia. Dan semoga walaupun nanti anak kita dah 5,6 orang *this many??* Awak masih ingat birthdate orang. Birthdate anak-anak, takpe orang boleh tolong ingatkan, jangan risau. Dan terima kasih juga untuk set perfume seperti di atas tanda ingatan dan kasih sayang awak kat orang *org bagi perfume, awak pun bagi perfume kah?? camne nak dpt new handbag ni??*

Aku tak harapkan lebih. Aku sungguh-sungguh mengharapkan pertambahan usia ni mampu membuat kan menjadi manusia yang lebih baik. Aku nak usaha sebaik boleh, perbaiki segala kekurangan diri. Dari semua segi. Demi kebahagiaan orang sekeliling aku. Aku juga mengharapkan aku dikurniakan kesihatan yang cemerlang. 2012 bermula tidak berapa baik. Tapi aku harap baki lagi 10 ni akan jadik lebih baik, dan segala perancangan kami sekeluarga mampu kami capai.

Walau misi diet telah disabotaj habis-habisan di waktu sehari berusia 29 tahun.. Redha (:

21 February 2012

International Construction Week 2012 -SYMP

Kalau dah namanya kakitangan awam, kakitangan bawahan pulak tu. Harus sentiasa tertakluk kepada frasa 'Saya yang menurut perintah' Maka, kalau dah ada email masuk dalam inbox yang mengarahkan suruh pergi bertugas menjaga booth, silalah akur. Jangan ingkar.

Dan di KL Convention Centre lah aku selama 1 hari setengah. Sehari setengah je pun, tapi kalau ada sedikit unsur keterpaksaan, 2,3 jam pun boleh rasa terlalu lama. Setuju?

Tapi seronok juga sebenarnya. Duduk terperap je dalam opis pun bukan heaven sangat.

Majlis Perasmian oleh Y.B PM.. nasib baik short talk, dan ada breakfast before tu. Semangat lah sikit aku nak fokus dengar (:

ni tempat wajib amik gambar ni

kat sini pun wajib

sebelum tamat bertugas. marilah bergambar bersama model bangunan baru Kementerian Kerja Raya ni. manalah tahu tak berpeluang nak duduk kat bangunan ni, amik gambar pun jadik lah *giler bulat muka aku*

Ruang bertugas. Aku perlu berada di sini kerana sistem online di bawah kendalian unit aku. kalau xde sistem tu, boleh duduk diam-diam kat opis

Dalam sedikit keterpaksaan perlu bertugas jaga booth, ada gak terselit rasa suka. Suka sebab event-event macam ni lah buat kita jumpa ramai orang, tambah knowledge. Banyak benda yang kita tak tahu even tentang organisasi kita sendiri kan. Jumpa orang baru. Layan pelawat. Bina keyakinan diri nak jawab soalan-soalan yang tak terduga. Biar belum tentu betul, yang penting yakin.

Lain kali, pastikan lebih ikhlas. Mesti lebih seronok.

Tapi bagus juga terlibat dalam event ni, boleh tulis dalam SKT hujung tahun nanti (:

20 February 2012

We're UNIFIED!!

Actually dah lama aku ngan Ekwan berkira-kira nak subscribe Unifi. Bila keinginan kami nak mengguna pakai perkhidmatan Streamyz adalah gagal disebabkan takde port yang available kat rumah ni. Orang TM harus la akan suggest new product dia kan. Tapi masa tu masih ada broadband, dan masa tu masih belum putus asa hadap line dia yang lembab. Masih mampu bertahan kan. Tapi bila dah bosan, potong juga akhirnya.

Dan menjadi Hidayu dan Ekwan, takde internet kat rumah macam sangat tak complete hidup ni. Biar bukan nak buat apa sangat pun, tapi bila takde, tak keruan kau.

Tu yang macam nekad je nak amik Unifi. Kena pulak, orang asyik memperkatakan kehebatan Unifi kan. Apa lagi, balik keje terus gi Mydin isi borang. Pastu tak menyabar, menghitung hari nak being Unified!! Serius, memang tak sabar okay nak rasa sendiri high speed internet dia. Dan bila dah rasa sendiri, memang teruja. Takjub kau bila hadap youtube tanpa tersangkut-sangkut. Tak buffer langsung. Best..best.

Tak ke gembira. Kalau youtube tak buffer, harus setakat ber'facebook, meng'google tu sambil tersengih-sengih je.

VIP 5 

Kami amik pakej VIP 5  je. Amik yang paling murah. RM149 sebulan. 60GB. Cukup dah kot, tak perlu kot sampai 120GB. Lagipun buat masa ni, unlimited sementara masih belum ramai user kan. TM baik hati la bagi pakai sampai muntah, sampai dah tak tahu nak download apa. *over statement aku*

Lagi best, sementara promosi masih belum tamat. Sementara TM masih beramal jariah ni, yang mana tiada installation free dikenakan, tak payah bayar satu sen pun masa nak install Unifi ni, meh lah.. Lagipun kan, kalau daftar online, sebulan free kau. Kitaorg bila dah isi borang offline, baru perasan benda ni. Rugi sungguh. Kalau tak RM200 tau nak pasang. Ni dapat router free, modem free, telefon umah.. Dapat HyppTV. Okay, HyppTV kita citer episod lain eh.. Sebab aku pun baru nak berkenalan dengan dia, hati macam masih dimiliki Astro. Yelah, bukan mudah nak lupakan dia secara tiba-tiba kan..


Paling best, sekarang ada telefon kat rumah, handphone takde credit, angkat phone dail. RM 0.10 seminit. Fixed line free. Meh, sape ada telefon umah bagi aku.. boleh cakap sampai telinga berasap.

aksesori terbaru dalam rumah *seronok anak aku ada barang baru nak godek*

19 February 2012

Mensabotaj diri sendiri

Ye.. aku sabotaj program diri sendiri. Tapi nak buat macam mana, kalau dah teringin manakan mampu ditahan-tahan. Bermula dengan sajian di tengahari Jumaat. Puas dah tahan selera, sekat nafsu. Tapi kalau dah depan mata, dengan bau yang semerbak. Sungguh mudahlah aku tewas, terus 'beriyani kambing satu bang, ngan bandung soda' Dan terus licinkan tanpa secalit rasa bersalah, kala itu.

Balik rumah, meratap. Peluk Eisya ketat-ketat.

Tapi petang tu masuk dapur, potong bawang, lengkuas, serai segala. Masak rendang ayam kau.. Ni pun kes teringin. Macam dah terlalu lama tak makan benda-benda berempah gini. SMS suami siap-siap 'awak tolong beli nasi impit eh..org buat rendang'

Dan suami juga macam nak double sabotaj diet bini dia. Dia beli bungkusan yang ada 33 bungkus. Ni saja nak suruh makan banyak-banyak ni. Dah la rendang ni macam sedap je aku masak. Chewahhh!! Tak bertapis sungguh statement kau Dayu. Tapi siyes beb.. Aku ikut resipi belakang peket rempah rendang tu je pun. Pepandai la adjust garam, gula segala. Memang tak cukup lah 10 bijik nasi impit kan. Esok breakfast, rebus lagi. Malam rebus lagi. Tu lah, beli lagi pek besar-besar..

Rendang Ayam *yg sabotaj diet aku*

memang terbaiklah dia sabotaj diet aku, ngan minyak melambak kan.. Sia-sia pantang nasik berminggu-minggu weh

*masa taip entri ni dalam kepala otak terpikir nak masak udang masak tempoyak kau. konon diet, tapi selera besar

18 February 2012

GoodBye Astro

Sebab sekarang kami bersama HyppTV. We're Unified!!

Super best. Super pantas. Seminggu menghitung hari dan kini kami bersama Unifi. Gembira. Peerghh!! Giler pantas dia upload.

WELCOME!!

16 February 2012

Miyami adalah ....

(:

Tersengih aku tengok masing-masing meneka apa sebenarnya yang Eisya maksudkan dengan MIYAMI. Kebanyakannya teka dia nak minta mee. Tapi bukan. Bukan itu dia maksudkan. 1st time dia kuarkan perkataan ni pening gak kepala aku nak paham apa sebenarnya dia nak. Tapi bila dia tarik tangan aku bawak gi bilik air, terus aku paham..

MIYAMI = MANDI

Entah mana dia dapat bahasa ni pun aku tak tahu lah. Sedangkan sebelum ni elok je dah sebut 'mandi' Tup tup.. MIYAMI.. Pastu bila kita ajar sebut yang betul, tetap juga 'miyami' yang keluar. Siap tekan nada suruh dia, miyami!! Hahaha.. suka hati kamu lah Eisya. Miyami pun miyami lah.. Tapi aku tak lah layan sangat bahasa entah dari mana dia petik ni. Aku cakap la jugak betul-betul time nak bawak dia gi mandi. Tapi budak tu tetap 'miyami..' Sambil bawak tangan ke atas suruh bukak baju dia..

Okay. Sekian untuk kelas bahasa kali ni. Berjumpa kita di lain kali ye.


15 February 2012

Customer sentiasa betul.

Kenapa?? Kenapa orang melayu kalau meniaga selalu kelihatan macam tak sungguh-sungguh? Tak serius. Macam main-main. Hari ni bukak kedai, esok tutup. Esoknya tutup lagi. Pastu bukak semula. 2,3 hari kemudian tutup. Ikut suka je. Macam mana customer nak kekal. Tu baru pasal komitmen, belum lagi kualiti. Awal-awal macam sangat tip-top, lama kelamaan, sikit-sikit entah pape je servis.

Geram tau. Aku lapar-lapar, kepala dah terbayang-bayang dah putu piring panas-panas dalam mulut. Sekali boleh tak niaga. Kedai goreng pisang pun selalu buat perangai macam ni.

Cubalah dedikasi sikit, dah elok-elok ada cutomer, kang lari tak ke rugi.

Kepada yang niaga online, pun banyak ragamnya. Aku tahu ramai kawan-kawan aku yang ada blogshop. Bagus. Usaha menambah pendapatan. Sambil-sambil duduk kat opis kan, boleh sesangat layan customer. Aku pun suka klik sana, klik sini. Tapi aku tak suka kalau seller lambat respond. Kalau rasa takde masa sangat nak reply segala email/komen customer, silalah letak siap-siap segala maklumat yang diperlukan. Jangan susah-susahkan orang nak tanya-tanya. Kalau dia minat, harga dalam kemampuan, boleh terus order.

Hah..lagi 1.. Nak niaga jangan kerek-kerek sangat. Mentang-mentang dah popular, sale meletop-letop. Semua barang upload terus sold out. Siap orang request suruh restock. Mula lah ala-ala jual mahal. Orang nak order pun susah. Tak baik tau layan customer macam tu. Dulu masa nak naik, balas email sepanats sesaat. Sekarang, sehari pun belum tentu. Jangan lah macam tu. Kalau sales dah banyak, apa salahnya kalau amik orang keje tolong uruskan benda-benda macam ni. Barulah customer tak beralih arah. Bukannya ada 1 kedai je jual barang yang sama. Kat alam maya ni, berpuluh option boleh dapat tau *ni ayat frust tak dapat maxi skirt RnR ke achik??*

Pastu paling penting, tolong la jujur. Jangan cuba-cuba menipu, sangat tak baik. Lagipun sungguh merugikan. Janganlah tunjuk gambar lain, sekali bila dapat, lain. Memang sekali tu je lah. Lagi naya bila berita dihebah serata pelosok. Tak ke merosak bisnes tu. Berterus-terang la. Aku setakat ni belum pernah jadik mangsa penipuan pembelian alam maya. Apa aku tempah, itulah aku dapat. Dan setakat ni, segala barang aku terima dalam kadar yang dijanjikan. Poslaju tak pernah lagi menghampakan aku setakat ni. Syukur. Tu yang macam makin lama makin menjadi-jadi klik sana, klik sini.

*geram lah, semua upload new stock. peruntukan dah takde ni. saje tau dera perasaan aku


Segalanya


14 February 2012

Kamus Eisya #1

Eh, aku nak buat entry Kamus Eisya boleh?? Yang macam KakDi selalu buat untuk anak dia Redza tu. Bukan nak meniru, tapi sebab teringin. Nanti Eisya dah besar aku nak suruh dia baca balik.

Alah, boleh lah eh..

Okay, mari kita mulakan. Perkataan pertama adalah:

MIYAMI


Korang agak-agak, apa sebenarnya Eisya nak cakap??

Petang-petang hari

Nursery Cha mengamalkan konsep Parent Friendly. Maka, mak bapak adalah bebas untuk masuk berlegar-legar di kawasan taska. Adalah masa-masanya. Tapi kalau petang-petang tu, ikut suka lah. Nak masuk dapur ke, toilet ke. Ikut suka kau lah.. Derang tak marah.

Dan lately ni Cha memang sangat susah nak tinggalkan nursery. Yelah. Kesian gak kat dia. Nursery ni kan kat dalam bangunan. Manalah ada tempat dia nak bermain. Ada 1 bilik jadik playland. Tapi cikgu-cikgu semua pemalas nak bawak budak-budak ni main petang-petang. Duduk la budak ni dalam bilik dari pagi sampai petang. Tu yang bila petang, nampak je buaian, nampak gelongsor berebut-rebut. Sampai nangis-nangis kalau nak balik. Tu yang aku tiap-tiap hari tepat je pukul 5, terus gi amik Cha. Sementara tunggu Ekwan sampai, layan lah dia melilau dalam nursery tu.

sabar ye Cha.. tahun depan dah bleh join Playschool Junior. Okay..okay, hujung bulan ni ajak abah gi Ikea beli meja ngan kerusi ni eh..

budak ni tengah menjerit tak kasik orang datang dekat ngan buaian ni. marah macam harta dia je

cha kalau main gelongsor memang dia akan baring terlentang. dia takut nak duduk mengadap ke depan. eh. slide camni bape ringgit hah??

Petang-petang nak bawak dia keluar dari nursery memang seksa wehh.. budak ni pagi-pagi monyok, ptg2 ngamuk tak nak balik. Geram aku. Kalau umah kat sebelah nursery je ikut suka la. Ni lambat je skit, mau kul 7 kang baru cecah kaki kat rumah. Dah la sekarang pandai bergolek-golek hentak kaki kalau orang tak ikut kata dia. Memang mengundang amarah sungguh. Awal-awal dulu boleh la guna umpan muka abah dia. Nampak abah dia je, terus amik kasut tuju pintu. Sekarang, takde maknalah. Merasalah hadap dia meronta-ronta sambil teriak tangan tunjuk pintu nursery.

Walau geram, tapi bila pikir positif. Maknanya dia sukalah duduk kat nursery kan. Maka, layankan ajelah perangai gedik dia tu. Ikut perangai sape je pun.. tak ibu dia, abah dia kan.. (:

13 February 2012

BBQ di Sungai Inki, Kalumpang

Ni aktiviti masa cuti panjang Hari Wilayah + Thaipusam hari tu. Tapi baru hari ni terbuka hati nak tulis tentang aktiviti keluarga ni. Kebetulan mak ngan adik-adik aku nak datang KL. Mak aku kalau aku tak balik JB, memang dia yang akan datang KL. Rindu bebenor ngan cucu sorang tu katanya. Tapi cucu dia tu buat tak tahu je. Lepas semalam baru lah okay sikit, kalau tak buat muka kerek je memanjang.

Dah orang datang rumah, tak kan nak biar je tetamu memerap sepanjang masa kat rumah kan. Kesian la pulak. Datang jauh-jauh, duduk diam-diam dalam rumah. Memang mak aku kata tak kesah, tapi aku kesah weh. Maka, aku ajak lah mereka ber'BBQ. Lagipun dah lama tak buat aktiviti macam ni. Adik aku 'on' aku pun sebagai akak organizer terus la marinate ayam dan kambing. Laki aku kambing wajib ada eh kalau BBQ. Kalau takde nanti dia mogok tak nak hidupkan arang (:


Kali ni aku pilih Kalumpang untuk aktivit BBQ. Masa cuti New Year hari tu dah pergi ngan kawan-kawan Ekwan. Macam best dan seronok. Maka, aku pilih lagi Kalumpang untuk dijadikan lokasi aktiviti riadah ni. Kenapa aku pilih Kalumpang.

Sebab 1: Kawasan sungai ngan darat dia berdekatan. Kita boleh BBQ dekat ngan sungai. Kawasan parking pun dekat ngan tempat kita lepak-lepak. Kalau tertinggal barang dekat je nak berulang ke kereta

Sebab 2: Ada banyak gazebo untuk berteduh, duduk-duduk juga baring-baring. Tapi pastikan datang awal, kalau tak silalah bentang tikar atas tanah.

Sebab 3: Air sungai dia best. Sejuk!! *mengigil-gigil okay, tp seperti biasa, Eisya selamba je berenang*

Sebab 4: Parking free

Sebab 5: Toilet tempat nak mandi dia bersih. Bayar RM 50sen sekali masuk. Macam mahal tapi aku tak kesah sebab bersih dan dekat je ngan gazebo


bakar ayam atas batu

budak tak sabar nak main air sungai. tapi ibu dia kelaparan.

Camne nak gi sini?? Sila google. Nanti dia bagitau camne. Hahaha.. tak membantu langsung je kan. Tapi aku rasa tu macam lagi membantu je. Aku bab bagi-bagi direction memang failed selalunya. Tapi aku share sekadar mana yang aku tahu lah eh.. Masuk highway PLUS arah ke UTARA, keluar kat exit Tanjung Malim. Sebab Kalumpang ni kat sempadan antara Hulu Selangor ngan Tg Malim. Jalan terpantas dan mudah, amik exit Tg Malim. Lepas exit tu tujulah ke Kuala Kubu Bahru. Jangan la ke Tg Malim pulak. Dari exit tu, dalam 10min je dah sampai ke Kalumpang. Nanti ada signboard Kalumpang Resort & Training Centre. Masuklah, dan anda akan memasuki kawasan perkampungan.

Dalam kampung tu pun abyk signboard guide ke kawasan sungai ni. Nanti kita akan lalu depan training centre ni dulu, tapi janganlah masuk training centre tu. Terus je depan skit lagi. Dan sampailah ke kawasan perkelahan prcuma ini.

Rasa membantu?? Kalau rasa tak.. sila lah google (:

ni masa gi ngan kawan-kawan Ekwan awal tahun aritu. kami datang awal. dapatlah gazebo yang paling startegik. dekat je ngan sungai, nak basuh-basuh tangan, basuh ikan. dekat bebenor

gazebo untuk kaum wanita bergosip sambil menuggu bahan pemakanan tiba 

*baru bulan 2, tapi entah dah berapa kali BBQ. dah macam aktiviti mingguan pulak (:

muka bulat. pipi tembam


Dulu aku x berapa suka pashmina. Tapi beli jugak sebab corak dia selalu alwa-lawa. Slalu berkenan. Dulu tak suka sebab dia macam sangat panjang, lebar dan agak tebal. Pastu aku macam tak pandai nak lilit-lilit, nak pintal pashmina. Tapi aku suka tengok orang gayakan pashmina. Tu yang dalam tak berkenan, tetap juga beli. Tapi seminggu 2 ni, saje je cuba gayakan pashmina tu. Puas okay aku study segala tutorial yang orang bagi. Jadik beriya sebab aku suka betul tengok Ezani Masterchef tu gayakan pashmina. Macam sangat kemas.

Hasil percubaan pertama. Tak kemas. Tak pakai inner. Percaya sangat konon rambut akan berkelakuan sopan, tapi hampeh. Nasib keluar rumah kejap je.

eh..ni nak tayang shawl ke nak tayang maxi skirt?? sekali lah. boleh eh.

Ni maxi skirt ke-2 yang dimiliki. Helaian pertama dibeli dari Poplook. Kain dia memang best. Tapi xde pulak gambar nak dikongsikan. Yelah, dengan bentuk badan terkini. Memang patut kot sarung skirt je. Jeand smua macam dah tak nak kawan je ngan kita. Marilah berkawan baik dengan skirt pula. Dan supaya berasa muda walau hakikatnya dah nak masuk umur 30 tahun, marilah kita mencuba warna-warna yang terang memancar seperti Mustard di atas *peace*

Hasil percubaan ke-2 dan seterusmya. Tapi macam leceh lak time nak lilit pashmina lepas solat.


dalam leceh-leceh, hari ni berpashmina juga (:

*muka bulat. tapi selamba je aku serlahkan ketembaman pipi sendiri

09 February 2012

02 February 2012

Ni namanya Usaha

Iye, nak menjayakan misi yang sendiri lancarkan kenalah berusaha 2,3 kali ganda. Nak diet, maka kenalah mengisi perut dengan bahan-bahan kawalan sesaja. Mana boleh ikut sesuka hati dan tekak je. Nak tak nak kenalah sedikit rajin memasak. Untuk perut sendiri jugak, bukan perut orang lain pun. Dan disebabkan di rumah ada 2 lagi perut yang perlu juga diisi. Dengan seorang budak kecik yang hanya akan makan dalam kuantiti yang memuaskan hati apabila dihidangkan dengan menu berasakan sup. Setiap kali aku kena masak 3 jenis makanan. 1 untuk bapak budak tu. 1 untuk budak kecik yg sedang ditambah berar badan dan 1 lagi untuk mak budak yg sedang gigih nak buang lemak kat badan.

Letih memang letih, tapi biasalah 'nak berjaya kena usaha keras'

Disebabkan diri tak sentiasa rajin, mana boleh masak dalam kuantiti yang 'melambak' Masak terus sekali semangkuk besar, senang keje.

Kerabu Daging *asyik salad je, muak juga*

Kerabu ni sangat enak weehh.. Walau agak sedikit rumit nak buat, tapi puas hati. Tak perasan dah telan banyak rupanya. Kalau Ekwan tak sound, mahu habis semangkuk besar tu aku balun. Serupa tak diet akhirnya. Nanti aku shre resipi eh.. nak ke?? 

Apam ladybird, Apam angry bird dan Donut Kentang

Donut tu aku goreng separuh masak, pastu frozen kan. Balik keje petang-petang, goreng 5,6 bijik. Perghh, makan sambil minum teh. Memang nyaman sungguh. Donut ngan apam ni actually aku target untuk bawak ke nursery Cha untuk breakfast. Dan untuk dia makan dalam kereta. Tapi minggu ni asyik terbangun lambat je. Maka, buat minum petang je lah jawabnya. 

*tgh-tgh nak diet ni lah pulak mood memasak asyik muncul. ada je idea nak memasak tu dtg