26 February 2012

Fine Dining (:

Awal-awal bulan, selera masing-masing tinggi. Itu nak..ini nak.. Teringin je, terus zasss...

Dan berkumpul la kami di William Kelana Jaya untuk mengisi perut hingga masing-masing terbongek. Apa tu terbongek?? Aku pun tak berapa pasti apa makna dia. Tapi perkataan tu aku guna untuk keadaan bila perut penuh maksima, tahap nak bangun dari kerusi pun tak larat. Hah, itu lah terbongek!!

Last week aku dah datang dah.. Aku minta Ekwan belanja aku Subway sempena birthday, tapi dia kata dia teringin nak makan kat Willliam. Birthday aku, tapi keinginan dia yang dipenuhi. Takpelah.. Aku tak kesah, asal  kenyang sudah. Senang laki aku bela aku. Makan je smua. Tak main pilih-pilih. Asal kena ngan tekak, tak diragui kehalalan makanan tu, semua aku telan. Eisya aku dalam usaha nak didik dia jad.ik macam ibu dia ni. Tapi nampak gaya macam susah je. Budak tu makan memilih. Nak yang sedap je. Yang tak kena ngan selera dia, dia tak sudi langsung nak jamah. Ada sediikit unsur gedik di situ. Tapi abah dia kata 'dah kita ajar dia makan sedap-sedap je, mana dia nak makan nasik ngan kicap' Ye kot.. Takpelah, dari dia tak makan..

Dah..back to dinner at William

Mana pakcik William tu dapat idea nak cipta resepi-resepi yang super menarik, lazat dan memikat tu hah?? Air-air dia pun cukup menggoda lah. Semua sedap. Semua mewah. Isi padat.

Seafood Platter RM50
Peerghhh!! Memang terbaik la. Salmon dia mmg superb.

Nasi Goreng Ketam RM30. Ini pun wajib try

Olivo Seafood ... ntah, tak ingat dah. RM50 sepinggan besar
Memang meriah pinggan ngan udang, sotong, ketam, kupang, dan sejenis lagi hidupan laut yang macam kat tgh2 risotto kat seafood platter tu. Puas weh makan. Siap tak larat.

Sebahagian makanan yang memenuhi meja semalam. Ada lagi 2 menu datang lambat sikit. Maka, balun yang ni dulu. Lepas ni nak try burger set dia lah. Nak makan sorang je 1 set. Tamak. Tapi siyes sedap weehh, daging salai dia. Cukup rasa. Ngan daging burger dia.. Rasa nak pergi lagi malam ni. Nasib baik William tu agak jauh ngan rumah, kalau kat dalam USJ ni lah. Mahu setiap minggu aku pergi agaknya. Pastu aku pun membesar dengan sihat macam Uncle William tu gak (:

Alah, lupa nak amik gambar air. Tapi next time aku nak try Herb!! Rasa member aku nyer, terus rasa nak tukar air. Aku minum Peach Laici, atas suggestion waiter.
As usual, meja kat William memang penuh la. Kami sampai pukul 8.30pm, maka ruang masih agak lengang. Order pun sampai dalam kadar segera. Last week datang agak lewat, kedai memang penuh. Tapi order tetap dapat segera. Itu yang best. Yelah, makanan kalau sedap mana pun kalau kena tunggu hampir sejam, hilang jugak selera kan. Cuma menu berasaskan ayam je sedikit lambat.

budak ni peluk ibu abah dia kuat-kuat dalam usaha membodek sebab dia tak nak makan dengan penuh berselera. makan jamah-jamah je. tapi takpe, dimaafkan sebab 2 jam sebelum sampai sini dia dah makan semangkuk nasi lemak. oklah.. saje bagi peluang ibu makan sampai terbongek

sayang dia!!!

11 comments:

  1. perghhh dah lama giler akak tak ke sini!!!

    ReplyDelete
  2. pergh mahalnya..tp mmg nmpk superb
    cha dh besar ar nampk..

    ReplyDelete
  3. Dh besar dh cha.mcm ank dara.pndai pose gitu..
    Btw, william ni ade kat cheras x?hihi...

    ReplyDelete
  4. Aku x pi lagi william yang baru bukak tu. yang william tepi jalan tu ade la sekali dua je pegi tapi memang pas makan nak bawak kereta pon x larat haha.

    Aku x penah order la beb makanan lain. Aku standard order pon nasik goreng ketam je tapi tu kat murni. Tapi tengok salmon ang macam sedap hihi tapi mahal banyak! Hihi


    Aku da kata si cha ni memang muke jepun. Cha! Esok besar jadi anak dara pujaan ramai whoah!!

    ReplyDelete
  5. Cha nampak macam big girl sangat-sangat!

    Makin besar makin cantik. :)

    ReplyDelete
  6. dah lama nkg sni,
    dlu slalu la baca blog lily yg asek tayang mknn2 kt sni,
    gerammmm!!

    ReplyDelete
  7. uihs terliur je tgk..tgk nasi ketam tu..mak aih..glurpp

    ReplyDelete
  8. makan mahal-mahal, mewah2 macam ni. 2,3 bulan sekali boleh la. tiap2 bulan, mau merasa short gak kang..

    ye..sekali sekala bagi reward kat diri sendiri kan. apa salahnya

    ReplyDelete
  9. byk giler wehh.mmg patut terbongek pon ahahaha

    ReplyDelete