09 July 2009

tugas tak pernah habis

Sudah sampai di rumah. Sampai2 je trus bukak laptop, sambung internet. Bukan nak jenguk blog atau FB sendiri, tak kemaruk sampai gitu skali la dayu. Iyelah tu, korang caya lah. Sedangkan tadi tergagau2 dia carik lain 3G kat Kluang nak connect internet, nak update status FB smua. Hahahah.. pegakuan eksklusif ni.. *sila lah hina ke apa ke..sila kan..sila lah*

Tapi itu bukan motif utama, yg sebenarnya nak check saman. Sebab tadi dia bawak kete mcm orang giler. Tapi sebab penumpang2 tidak bersuara apa, dia balun je tekan minyak kuat2. Steady je duduk lane kanan. BMW pun dia halau suruh ke kiri. Agaknya mesti Vito tersengih2 malu je memotong tadi kan. Tapi sebab tuan dia dah macam tak sabar mahu sampai umah, dia balun je lah. Ok.. clear. Tiada saman dalam list. Iye, tahu benda tu tak update segera. Tapi sekurang-kurangnya macam lega lah. Kalau tadi sangkut, baru 1 kan. Tak la berderet mcm tahun lepas.

Sampai je depan rumah, hati macam sangat tak sabar nak masuk. Carik kunci dalam handbag secara gelabah. Excited entah pape je. Sampai gate pun lupa nak tutup semula. Tapi bila masuk rumah, rasa macam nak jerit 'uncit!!! kamu buat apa hah kat umah??' Sangat tidak bagi isteri dia berehat tau. Isssskkkk, nak kena tau dia ni.

2 hari bini dia takde, dia ternak kulat. Macam2 jenis kulat. Ni baru tinggal 2 hari ni, kalau seminggu?? Bela raksasa agaknya... Ohhh.mentang2 bini kamu takde, kamu berubah jadik naga dalam rumah ye.. suka kamu eh..nasib baik takde kesan tinggalan bau. Kalau tak, siap sedia la dunhill hantaran kamu mangsa. Suami saya...suami saya... Terkocoh-kocoh bini kamu kemas dapur tau. Dia mana boleh tgk smua tu...

Bila call tanya dia jawab 'tu lah yang, lain kali awak jgn tinggal org lama-lama' Manja terlebih laki aku ni.

Masuk bilik lak, dia nyaris2 pengsan tau. Dia kata 'ni laki aku yg tido ke raksasa gorgon yg tido ni??' Terus dia mengemas, walaupun hajat dia tadi nak berbaring kat bilik sendiri. 2 malam tido bilik hotel dia dah rindu sgt kat bilik tu. Tapi tiba2 dia macam 'takpe lah laki aku serak kan bilik, dari dia bawak balik pompuan lain' Hahahahah, dayu mmg adakalanya imaginasi melampau. Suka fikirkan yang bukan-bukan. Kuat merapu dia tu.

Dah lah, penat...

Apa mahu kasik suami makan malam ni???

08 July 2009

Siakap Masak Steam

Ohhh, ramai yang request resipi. Maka, Dayu dgn rasa penuh bertanggungjawab menyediakan resipi tersebut. Macam hak milik dia pun, sedangkan dia pun google je. Tapi serius, yang ni mmg boleh caya. Kan org kata resipi internet kadang2 entah pape...

And most important, sgt senang lah nak buat...

ikan kita lumur dgn tepung jagung, garam dan lada sulah. sebelum tu harus lah bersihkan dulu kan *ini gambar suami saya yg tolong capture* ikan tak semestinya siakap, ikan bawal, ikan merah pun boleh. asal namanya ikan la. Siakap kat pasar borong, RM14 sekilo. Dapat la 2 ekor sekilo tu. Bila dah lumur ketepikan dulu, buat sos pula.

Untuk sos:

Semua bahan adalah dihiris halus:


1. 5 - 10 biji cili padi - akan sgt pedas, kurangkan la kalau tak nak pedas sgt
2. 2 batang serai
3. 1/2 kuntum bunga kantan -sbb suka bunga kantan, sampai 2 kuntum aku hiris
4. 1 helai daun limau purut - yang ni pun aku guna lebih, sgt sedap ohh bau dia
5. 1/2 inci halia muda
6. 2 ulas bawang putih

Kemudian campurkan bahan-bahan hirisan tadi dgn 3 sudu jus limau kasturi, 2 sudu minyak masak, 2 sudu gula, 1/2 sudu garam.
Pastu lumur lah atas ikan tu. Kat dalam belahan perut dia pun isi. Pastu letak atas bekas tahan panas. Kukus lah, lebih kurang 10-15min. Ikut size ikan lah. Yang ni ikut penilaian sendiri lah. Tapi kalau isi ikan dah putih, masak la tu.

ingat nak rasmi steamer hadiah kawin, tp mana la muat ikan tu nak masuk dlm bekas steamer yang kecil molek itu. periuk kukus yang dah beli berbulan lamanya ini lah yang akhirnya dimanfaatkan.

ohhh sgt sedap dan yang penting suami saya makan sampai tak cukup nasi. nak lagi best, buat kailan ikan masin ke, kangkung goreng ke... peergghhh, mmg failed la kalau ada hajat nak berdiet.

Masak ni seronok. Lagipun boleh jimat kan kalau masak sendiri, Makan pun puas. Dan Ruangan Memasak bersama Pn Dayu diakhiri dengan...

hasil sentuhan sendiri. ohh skrg sgt taksub dgn editing style yang begini. mintak maaf lah ye, dayu mmg ngada2, dia mmg saja upload sekeping.. sekeping. feeling VIP terlebih dia ni. korang layankan je lah kegedikan dia tu

yg begini lagi best lah *di mata saya*

*apa mau masak untuk suami ye esok...

07 July 2009

he is my obsession

Sedang berbaring di bawah comforter, biasalah kalau kat hotel. Mana tahan sejuk. Kena lah jugak berselubung. Cuba menghubungi suami pujaan tapi tak berjawab. Dia sudah tido mungkin, lepas kenyang telan nugget dan daging burger sambil ber'3G ngan bini dia tadi agaknya. Nasib baik 3G kat Mersing cemerlang. Kalau tak tambah haru lah...

Iye, citer pasal suami saya lagi. Memang. Memang dah takde citer lain dah. Tak minat kat benda lain. Kepala asyik fikir pasal suami sendiri je. Walaupun sepatutnya skrg ni kena study pasal kes esok. Tapi apa yang dayu buat adalah layan tgk raw pictures dia dan suami mengedik sebulan lepas. He is my current obsession. Maka, kalau ada yang tak berkenan, pepandai lah amik tindakan lanjut ye. Pilihan di tangan anda. Tiada sebarang unsur paksaan diamalkan di sini.

Sila buat ulasan sendiri. Tuan punya badan malas nak komen lelebih.

mmg bukan saya sorang yang ada laki. tapi yang nyata laki saya hanya SATU
yang saya sayang sampai mati

ini dia yang sedang saya rindu separuh mati. 60 jam adalah sgt lama.

Ada yang rasa meluat. Tapi sedarlah. Selagi tak rasa sendiri. Tak kan boleh faham. Bukan hanya rasa yang ini. Semua benda. Selagi belum kena kat diri sendiri, memang smua akan boleh kata macam-macam. Cuba kalau dah rasa... diam terduduk la.
Walau hanya 3 hari, rasa sangat lama. Sangat berat hati nak melangkah keluar rumah tadi. Sayu je rasa. Jalan keliling rumah..

sedaya cuba menjaga kebajikan suami kesayangan. dah sebulan, siap mandi je baju dah kat depan mata, jangan esok menjajau carik baju keje sudah..

tiba-tiba 'bila album nak siap ni??'

jurumekap dan rias

Perkara paling akan diberi keutamaan bagi seorang bakal pengantin, lagi-lagi pengantin perempuan, harus lah diri di hari besar tu nanti kan. Segala benda nak yang perfect, lagi2 diri sendiri. Maka, janganlah terkejut kalau ada yang booking bridal, mak andam setahun awal. Semua gara-gara mahukan yang terbaik. Tak nak tersalah pilih.

Tapi tu lah, nak booking kena bayar deposit, selalu 20% gak. So, kalau dah booked, susah gak nak memilih lagi. Nak burn deposit sayang.. maka, kena lah pilih elok-elok. Bagi puas hati. Jangan nanti timbul rasa menyesal. Dan dalam memilih tu, kena lah tengok servis apa yang di offer. Dan pada seorang pengantin baru ni *tak kira, nak gak title tu* solekan lah yang paling penting. Kemudia baru dia tengok baju, pastu baru boleh belek pelamin.

Majlis Bertandang - Solekan oleh Shine Bridal

Shine Bridal adalah milik adik sepupu sendiri. Yang diurus bersama adik beliau. Berpusat di Larkin Perdana, Johor Bahru. Macam bridal2 lain, derang provide segala servis berkaitan hal kawin. Dari mengubah hantaran, mekap, hiasan segala. Lauk pengantin pun derang buat. Pakej Bertunang pun ada gak, nak keterangan lebih lanjut, rujuk je lah blog derang. Tapi baru lagi blog tu.

http://shinebridal.blogspot.com - Shine Bridal (Ina)

in the making *best je tadah muka, abis ilang segala jerawat yg menganas*

pengantin yang takde control ayu, misi makan bersungguh-sungguh berjaya dilaksana kan.

bersama tukang mekap merangkap juga tukang kapit bidan terjun

Tukang mekap bagi majlis di Johor Bahru??? Sebentar ye... next entry lah.

*skrg ni sangat suka sama air sarsi, root beer A&W lagi lah mengiurkan. asal lalu kat A&W tu mesti mintak en ekwan stop, tp dia dah malas nak layan.. dia kata 'beli yang botol je lah, beli 2,3 botol trus..senang'

06 July 2009

rasa mcm sedih lah

Hari ni Isnin, dan esok Selasa. Maka akan meninggalkan suami selama 3 hari berturut-turut. Tak sampai hati dan tak sanggup tapi terpaksa juga. Tak kan nak ingkar tuntutan kerja kan. Dah la sebelum kawin aritu, 2 bulan off tak keluar langsung. Hangin je membe2 lain tgk aku rileks duduk kat opis, derang almost every week keluar. So, dapat je kes bulan julai ni, harus lah aku yang kena gi kan.. *ada gak rasa rindu mau berjemur di tengah jalan buat mcm2 test*

I will be in Mersing for 3 days. Dan minggu hadapan akan ke Terengganu pulak, 3 hari meninggalkan dia sendiri lagi. Pastu, minggu lagi satu 3 hari kat Bukit Tinggi. Nangis lah laki aku tengok jadual keje bini dia. Paksa rela je lah dia tengok bini dia packed baju nanti. Oohhh suami, bukan saya sengaja asyik nak keluar je bulan ni, tp mmg beginilah gaya keje bini kamu. Bujang2 dulu pun mcm ni *kamu pun sedia maklumkan* takpe..nanti org belikan awak kepok lekor mersing eh..

Zaman bujang seronok lah keje gini, asyik ke sana ke mari je. Sambil keje dapat jalan2 free skit. 2 tahun setengah keje ni, habis satu semenanjung malaysia aku round, sabah sarawak je tak gi lagi. Boss, ada 4 kes kat sabah ni, bila mau pegi kita?? Sekali boss aku jawab 'sanggup ke tinggal suami??' sengih je lah sambil geleng kepala *tapi dalam hati 'nak gi..nak gi' Arggghh!!! Mana lagi seronok?? Jalan2 free sambil keje ke tinggal suami sampai 2,3 hari??

Ohhh, lambat la suami saya bangun gi keje sepanjang ketiadaan isteri dia ni. Ada org kejut bangun pun liat. Kalau setakat alarn je yg menjerit2. Lagi lah dia tak layan. Gi keje tak minum pagi la jawabnya. Aduhai, terabai jap hidup suami saya. Dan harap2 dia akan jaga rumah elok2.

sebelum asyik memonteng memasak mengisi perut suami, kena la kasik dia makan best2. bagi dia rindu kat masakan bini dia.. tapi dia dah penuhkan peti ais dengan nugget + drummet ayamas.. sian laki aku... ada org nak ganti aku gi site tak???

Siakap Steam.. kali pertama cuba ni. Mantap lah resipi ni. Boleh buat lagi sekali ni.. *seronok je tgk suamiku meratah, sampai kepala ikan pun dia balun*

03 July 2009

bakat kalau diasah, baru la mantap

Semua sedia maklumkan, sekarang Dayu sudah ada jawatan baru. Dia adalah tukang masak tak bergaji yang bekerja secara sukarela. Dikatakan sukarela kerana tanpa paksa setiap hari, pulang saja dari keje dia terus akan terus ke dapur pula. Ok, sikit tipu, selalu dia akan bukak tv dulu, golek2 sikit depan tv baru dia akan bangun semula dan keluar kan bahan pemasakan yg sudah membeku tu. Dan sementara tggu ayam/ikan tu defrost, dia akan kupas bawang dulu. Kalau dia jumpe citer best sebentar td, dia akan buat perangai tak senonoh.. dia akan kupas bawang, siang sayur depan tv. Tapi setakat ni baru sekali lah dia buat gitu. Ni betul, tak tipu..

Dayu, ko selalu kata ko memasak, tapi mana buktinya hah?? ke ko borak je lebih..

Tak lah, betul lah. Setiap hari saya masak tau. Untuk isi perut suami dan pastinya perut sendiri. Ke sebenarnya lebih kepada perut sendiri?? Itu tak pasti..hahahahah... Bukan tidak mahu menyediakan bahan bukti, tapi kalau setakat masak ayam kari, sambal udang, daging balck pepper, gulai ikan... tiada apa yang hendak dibanggakan. Tiada perlu nak tayang gambar bagai. Suami saya pun macam kesian, dari zaman bujang asyik rasa masakan yg sama. Cuma kali ni secara konsisten lah kan. Dulu..sebulan sekali pun dah kira bagus...

Dan bila membaca Pn Aiza yang memasak Ayam Gajus, Pn Tepung dengan Ikan stim dia.. Dayu rasa macam 'sian laki aku..makan benda sama je' Dan terus rasa nak cuba something new. Yang tak pernah buat lagi. Tapi kena mula dengan sesuatu yang mudah, agar tak kan kecewa dan menimbulkan rasa tidak mahu mencuba. Maka 'yang, jom gi beli siakap jom' Dia layan je..lagipun mmg kena gi pasar pun. Nape pasa borong selangor tu tak buat membership card erk?? Nak gak collect point.. Sape2 tolong cadangkan kat management pasar tu...

org kata, kena belajar jaga 2 tungku sekaligus, baru la suami tak main pinggan menunggu di meja makan. tapi semalam suami saya gi basuh kete. so boleh memasak dengan tenang sambil mencurahkan sos dgn penuh kasih sayang ke dalam periuk

siakap sweet sour je.. bukan payah mana pun kan. tp tu lah selagi tak cuba, mana nak reti*ada sekor lagi, apa kata kita masak steam lak..resipi please*

Suami saya kata 'sos dah ok, tp ikan kena garing lagi lah yang' Dan saya jawab 'wokeeyyy' Teguran suami harus diamik peduli. Baru lah boleh makan dengan tenang sampai licin pinggan tinggal tulang je.

Ok, nak meng'google resipi ikan masak steam ni..tapi semalam suami saya sudah marinated ayam ngan sos black pepper, dia nak makan ayam panggang dia kata. Takpe, ikan steam kita makan ari sabtu ye... Ko tengok, camne tak membesar dgn gemilang kami berdua, pe nak makan 2 ari lagi pun dah pikir...

02 July 2009

adakalanya bukan kita puncanya

Orang kata kalau dah kawin tak boleh nak mengedik lebih2 lagi dah, kat opis pun dah tak boleh nak mingle around lagi. Boleh memang boleh, tapi kena kurangkan limit dia. Kalau dulu macam no hal lah kalau gi makan semeja ngan opismate laki, ko sorang je pompuan kat situ. Tapi sekarang tak boleh dah.. kena gak ada pompuan lain di situ.

Klau takde geng sangat, tapau je. Makan sorang-sorang dalam bilik. Bunyi macam kesian, tapi seronok gak pe. Tak caya, cubalah..

Keyword: Sila pandai-pandai jaga diri anda sendiri. Sedar diri yang kamu tu dah jadik bini orang. Bukan lagi si bujang yang boleh ligat nak buat ikut suka *eehhh, bujang pun tak boleh lepas laku lah, kena jaga gerak geri gak tau*

Tapi camne kalau orang lain yang mengedik ngan kita?? Dah sah-sah tahu kita dah bertukar status, inai kat jari pun masih bersinar-sinar lagi.. tapi dok gak nak mengatal, masih lagi nak try, konon2 nak cuba nasib lah, mana tahu mengena kan. Ko giler ke apa?? Inai masih berbekas, harus la org tu baru kawin. Wajib lah cinta dia milik suami sepenuhnya. Bengong mu!!! Ada hati nak mengatal... buang masa je ko tau tak??

Memang sampai ke sudah la aku tak layan..ko usaha lah gigih mana pun. Aku buat tak endah je. Ko giler pe nak bagi no tepon kat laki lain sesuka hati, dah la tak kenal. Makin ko mencuba, makin laju aku jalan. Jangan ko berani ikut aku naik sampai ke opis, aku jerit kuat-kuat kang. Harap-harap ko tak keje dekat2 sini, aku tak sanggup memikirkan kemungkinan ko buat perangai giler tggu aku depan tangga ni esok. Sila jangan buat hal.

Aku dah selekeh2 dah ni.. agaknya kalau aku mekap beriya mcm masa 31.5.09 aritu, camne lah jadi kan. Kalau inai kat jari tak jalan, kena tggu perut membuncit dan badan mengembang dengan meriah, baru lah laki lain tak pandang kot.

Kenapa lah orang laki ni ada satu perangai ni kan. Perangai tak pandai nak puas dengan apa yang dah dimiliki. Semoga suami saya itu tidak membuat perangai yang begini, lagi2 dalam hal yang melibatkan hati + perasaan. Lebih-lebih lagi hati orang lain. Kalau hati sendiri takpe lagi, tak lah parah mana. Aku tak caya kalau lelaki subjek di atas masih belum mempunyai teman wanita. Muka boleh tahan lah, tapi mungkin kerana perangai dia yang satu ni, mana ada perempuan yang tahan.

Wahai kaum adam di luar sana *juga kepada suami saya* Sila lah hargai apa yang anda miliki sekarang. Biar tak sempurna bagai apa yang kamu idamkan. Mana ada yang sempurna kat dunia ni. Kamu pun sama, maka sila lah saling menerima ye. Sama-sama warnai hubungan tu, jangan sampai nanti muncul rasa muak. Dan bila mana, dtg cubaan dari pihak ketiga, dengan mudah kita rebah.

Dan paling penting, Sila hormati hak orang. Biar orang tahu nak hormati hak kamu *ini juga peringatan kepada diri sendiri*

saya dah ada suami, yang akan saya puja hingga hujung nyawa, biar apa pun jadik kat dia *amin* semoga dia juga akan punya rasa yang sama *amin*

dia yang disayangi sepenuh hati

01 July 2009

tempoh itu bagaikan tak terasa

Hari ni 1 Julai 2009. Disebabkan Jun 2009 tiada 31.6.09, maka 1.7.09 adalah dikira sebulan selepas 31.5.09.

Dan genaplah sebulan kami berdua menjadi suami isteri. Hidup berdua di kediaman sewaan kami ini, sama-sama bergolek2 depan tv atas karpet beli kat Nilai tu. Pergi keje berdua, pagi-pagi buta lagi dah kuar umah *gelap lagi,org smua masih sedap peluk bantal* Petang2 dia kutip amik bawak balik. Adakalanya kena menanti dgn setia *kawal hati jgn nak ngamuk tiba2* bila dia dtg lambat, janji kul 5, tapi kul 6 baru sampai. Tapi takpe, dia kan suami pujaan hati. Bila tgk je dia, terus cair hati ni. Iye, saya adalah obses kat suami saya. Pastu ngadap lah jammed kat Bulatan Lumba Kuda tu.

Sampai rumah, kami sama-sama macam kelaparan tahap maximum. Terus lah menumbuk bawang *peruntukan blender baru saja diluluskan oleh Pn Farhah, TQ babe* basuh ayam, potong2 sayur, tanak nasi *poyo ko dayu, pakai rice cooker mana boleh guna istilah tanak* Dan tugas rasmi suami saya *kalau dia mcm rajin lah* adalah membancuh air dan hanya mengisi nasi ke dalam pinggan. Dan kami suami isteri akan makan dengan penuh nikmat, tambah nasi tanpa rasa bersalah. Tapi bila lauk dah licin, nasi pun habis.. baru nak 'banyaknya kita makan yang' Pastu konon insaf, esok nak makan sikit je... takde maknanye, esok sama banyak gak kitaorg telan. Tapi takpe, dari membuang baik habis kan.. iye dok...

Dan sesungguhnya, saya adalah amat suka masak bagi suami saya makan. Biar lah pun, mcm penat, kadang2 rasa macam malas. Tapi bila dikenang kan perut suami yang nanti meleper kalau tak diisi, gigih kan diri. Alah, bukan susah pun. Ohhh, saya sgt suka gi pasar borong selangor tu. Nasib baik dekat, nak singgah tiap ari pun boleh. Rasa nak buat tom yam la arini...ohhh ye, saya MC..maka hari ni boleh masak dengan penuh rasa kasih sayang untuk suami tercinta makan balik keje nanti.

Saya tahu, suami saya suka makan apa yang bini dia ni masak. Dia pun sekarang, seboleh-boleh nak makan kat rumah, balik dari ber'window shopping kat Jusco Equine pun dia 'kita balik makan kat umah lah yang, nak makan awak masak' Dan sebagai seorang isteri, hati mana yang tak berbunga riang kalau suami puja masakan kita. Dan sila lah redha, kalau masakan ibu masih menjadi kegilaan dia. Jangan nak terasa hati ke apa. Dah dia membesar ngan air tangan mak dia, siapa kita, wanita yang baru hadir dlm hidup dia nak amik alih takhta tu kan *saya juga kagum ngan masakan ibu mertua,blk kg mcm segan je nak bagi org makan kita masak, rasa sgt jauh level masakan tu*

Tapi bila suami bersuara 'next week ayang out-station sape nak masak untuk org??' Ohhh, hati rasa sayu, mcm tak sanggup nak tinggalkan dia. Tapi apakan daya, tak kan nak abaikan tuntutan keje pulak. Pujuk hati dia 'ayang beli je lah, tak yah susah2 masak,tapau makan kat umah eh' Dia diam, tenung bini dia 'masalahnya, sape nak teman orang makan' Paling kan muka, peluk bantal, main remote astro.

Ohhhh.. Julai ini akan meninggalkan dia sebanyak 3 kali... almost every week akan bekerja di luar daerah. Sanggupkah???

27 June 2009

saya dalam dilema

Semalam bila tengah carik-carik baju nak pakai nak keluar jalan-jalan ngan suami, terasa mcm 'eh, nape baju ni mcm sempit dah ni??' Ohhhh, kain telah mengecut, ke lemak-lemak di badan semakin bertambah *nanges*

Sudah menjangkakan kejadian tersebut sebenarnya. Mesti lah dah boleh agak kalau tiap2 malam makan nasik asyik bertambah. Mestilah makin kembang badan ni jadiknya. Tapi tu lah. Tak kan nak tgk je en suami tu makan dengan riang ria. Dah lah kita yang bertungkus lumus masak kan.. Ohhh, harus la aku makan sama. Dia tambah nasik, harus la bini dia hulur pinggan sama. Lagipun kalau tak menambah, nanti lauk + nasi tu abis. Tak baik tau membazir *ternak lemak byk2 takpe*

Atas keprihatinan sang suami, dia kata 'kita kurangkan nasi la yang, masak satu pot je' Tapi bila cuba, macam tak cukup la pulak. Dah tak pasal-pasal malam2 telan daging burger la, hotdog lah. Maka.. sama je lah dtgnya kan...

biar tembam pun, kalau dah gi kenduri kawin, harus makan dengan bersungguh-sungguh
Selamat Pengantin Baru Falin & Suami. Semoga terus kekal bahagia bersama!!!

kami pun penganti baru gak tau.. see.. inai dijari pun masih ada lagi tau..


hati teringin gak nak bergambar ngan 'optimus prime' ni, tapi nak amik sorang2 macam malu.. maka, kita heret lah anak sedara.. nmpak mcm derang yang nak bergambar kan *hahahahah*

abang ipar saya kata 'alah yu, tak yah diet2, nanti buncit gak' Hhuhu.. kata semangat ni..tapi suami saya kata 'org kurus ngan org buncit pregnant nampak la beza dia' Huhuhu...alah, buncit tak buncit setiap ari cukup gak 3 meals kita isi perut ni sayang weh...

25 June 2009

pelamin persandingan

Mood dan minat terhadap sesuatu yang bersangkut paut dengan perkahwinan adalah masih memuncak. Masih sangat teruja untuk melihat deco-deco hantaran terkini, masih juga rajin menerjah segala webpage wedding related. Dan sesunggunya, segala entry yang terhasil juga akan dipengaruhi oleh mood tersebut.

Oleh demikian, sila lah layankan apa yang bakal anda saksikan ini.

pelamin tempat dayu dan ekwan mengedik 31.5.09 hari tu

Bertemakan Biru muda dan Putih, itulah kombinasi warna pilihan pengantin. Dan hanya mengunapakai bunga plastik, tidak la mampu pengantin mahu berbunga segar bagai. Walau ikut rasa dan nafsu ni, mmg teringin gak nak berbunga segar.. tapi sedar ke diri, plastik pun plastik lah..
Tapi ramai gak yang kata 'dayu,lawa pelamin' Maka saya adalah = Suka.


Kisah disebalik tabir sang pelamin:
Dipasang seawal petang 30.5.09. Dan nasiblah pelamin aku ditayang awal-awal. Alah, pelamin je pun yang diexpose, bukan pengantin pun. Walau hakikatnya, pengantin tetap ke hulu-hilir buat mcm2 keje. Istilah pengantin tidak kena buat keje, adalah sgt tidak tepat dalam majlis walimah dayu.
Dan En Ekwan sudah rasa apa yang bini dia ni lalui dulu. Baru dia caya, penat tak penat uruskan kenduri kawin sendiri.

*semalam suami saya kata ada sorang client dia call wish selamat pengantin baru, dan bila ditanya 'mana tahu ni??' suami saya kata dia jawab 'blog ur wife kan glamer' Hahahaha, glamer dia kata... -rajin lak laki sorang ni nak baca blog aku yg sgt kuat merapu ni-

24 June 2009

alhamdullilah, semua berakhir dengan penuh berkat

Selesai dah kedua-dua majlis walimah kami. Lepas ni takde dah lagi peluang nak perasan jadik artis. Takde dah org nak berebut-rebut amik gambar ngan kita. Berakhir dah... *tapi masih ada sesi outdoor bersama amrul, maka masih ada kesempatan..layan*

We're Back!!

Walau blog ini milik Dayu, suami dia kan watak utama dalam segala penceritaan kat blog ni. Maka, penggunaan 'KAMI' itu adalah amat tepat dan bersesuaian sekali. Lagipun, diakan dayu's other half. Tanpa dia, apalah makna hidup dayu. Oleh yang demikian, entry dayu juga akan jadik tak sempurna tanpa penglibatan secara langsung en suami pujaan hatinya itu. Silalah jangan anda berasa loya tekak ye...

pose di dalam bilik pengantin di petang hari. di kala sgt sudah tidak sabar nak cabut baju dan segala pin yang terselit di baju.

note: mak andam adalah sgt sengal dan hampir-hampir dimaki en suami, tp dayu berjaya menenteramkan beliau. iyelah, sape yang tak marah kan kalau baju besar gedabak, dah dtg fitting tapi bila time nak pakai, dia tak alter langsung.

'takpe lah yang, kita peniti je la lengan baju awak ni eh'
dayu sedang menenangkan suami dia agar jangan capai hp dan memekik pada makcik bridal itu lepas tgk korset bini dia yang terpaksa di pin-pin dengan baju yang mengelebeh. dahlah tudung dan veil entah pape, nasib baik ina bawak yang lain, kalau tak merasa la aku jadik pengantin badut aritu.

Mungkin dia mcm tak suka sebab kitaorg sewa baju je dr dia. Mekap ngan org lain. Dah ko mekap tak lawa, ingat nak ke aku tayang muka kat majlis belah laki aku dengan mekap yang entah pape tu. Ohhh, makcik, sila lah gi kelas ye. Sila update mekap style anda. Dan silalah jgn buat perangai gini, cuba lah terima kalau dah org tak nak amik full pakej. Patut kaji lah smula 'nape agaknya dia tak nak aku mekap dia erk??' Bukan sabotaj majlis org begini... *camne org melayu nak maju kalau gini gayanya*

Sudah lah, lupakan saja. Nasib baik kesengalan makcik bridal tu berjaya dia kaburi oleh kecekapan photographer. Kalau kena bridal sengal, photog sengal. Memang nangis la aku malam tu, meraung-raung sambil landing kepala kat dada suami. Meratapi nasib... *drama lah kau dayu*
Emran sgt efisen. Dia mmg photog yg sesuai untuk sebuah majlis perkahwinan. Dia sangat ramah. Dan yang paling best dan seronok, tanpa diminta 'esok i bagi u cd raw picture, lps outdoor' Ko tak teruja ke??

Dan semua ini adalah hasil dari raw picture dalam dvd yang Emran bagi petang semalam sebelum kami mengedik di Tanjung Lumpur. Ohhh, sgt tidak sabar nak tgk hasil beraksi di depan pakcik2 nelayan kat jeti tu semalam.

untuk tatapan lebih jelas, sila la klik gambar tu ye

Dan seperti biasa, sila bersabarkan diri anda. Gambar tidak akan diupload secara pukal. Lagipun agak sibuk ini. Ni pun curi2 tulang skit ni.

*tiada ku sangka, emran tu kawan nano. nampak gayanya majlis di maran, sgt byk kaitan dgn na.. katering sedara dia, photog kawan dia.. seb bbaik makcik bridal bukan aunty dia.

20 June 2009

rasa teruja yang sukar dikawal

Profile image saya berubah buat pertama kalinya. Dan gara-gara asyik tatap gambar sendiri yang beratus-ratus keping itu, Dayu tido pukul 3 pagi. Raw picture tu, kalau dpt final touch, ada tak tido dia dibuatnya.

Dan tiba-tiba 'amrul,bila mahu siap album saya??? sgt tidak sabar ini!!!'

Dengan murah hati, dan kesan terujaan yang melampau.. terimalah penampilan eksklusif ini. Buat tatapan di kala tuan tanah menyepi beberapa ketika. Agar tidaklah nanti sampai ternanti-nanti. Sesungguhnya, gambar-gambar di bawah adalah tanpa sebarang profesional editing. Hanya sedikit sentuhan photoshop seorang amatur bernama Dayu.

'awak jadik isteri org dah, jgn nak degil,lawan cakap org..dosa tahu'

'iye..tapi bukan dari dulu pun org dengar kata ke??'

Okay..cukuplah sekeping dua. Tak boleh diberi sekali banyak, hilanglah status eksklusif dia nanti. Tapi biasalah dayu, suka tipu. Cakap lain, buat lain.

nantikan la kemunculan pengantin omputih sesat entah dari mana ni. pastu sesuka hati gi semak belakang umah orang, posing sakan. giler pe??

Doakan majlis kami di Maran, Ahad ni berjalan lancar bagai dirancang ye. Semoga perjalanan rombongan kami dari JB selamat pergi dan pulang. Buat yang sudi, jemputlah datang ye.

*saya rasa kan, suami saya tu sgt terror la amik gambar. gambar dia smua elok je..bini dia ni je, byk sgt gambar yg buat muka entah pape*

19 June 2009

Item wajib ada di setiap Majlis Perkahwinan

Saya akan tidak berpeluang berblogging 3,4 hari ini. Giler ke, duduk kat umah mak mertua nak layan internet dalam bilik. Tak pasal-pasal dpt award of the year nanti. Lagipun akan sgt busy. Tengah malam Sabtu bertolak dari JB, Ahad akan sekali lagi menjadi pengantin *oohh inai di jari sedikit pudar, kena tempek lg ni* Isnin pula ada outdoor photoshoot kat Kuantan.. mmg tiada masa nak blogging la nanti.

*macam tiada mood nak buat auto publish punya entry, tp tgk la nanti. ada..ada lah, kalau tak, ngadap lah entry yg sama je*

Maka, di sini nak tempek yang ini.

pemberian ikhlas kepada suami pujaan hati sampai mati.

White + Pink ... kombinasi warna idaman Puan Hidayu bagi hantaran dia kepada En Suami. Actually takde lah suka sgt pink, tp sbb tgk mcm sweet je kaler tu. Dan hati teringin.. buat la hantaran kaler pink putih.
Dan bagi yang ikut blog ni dari awal, mesti dah tahu.. dayu adalah mengubah hantarannya sendiri. Dia budget dia berbakat, tapi sebab budget constraint, dia layankan je. Biar org kata tak lawa, yg penting mata dia tgk lawa.. ok lah tu.

Hantaran : Pink White Theme






ohhh towel set ini adalah hantaran bidan terjun. ptg sabtu baru beli sbb halwa yg hendak dijadikan hantaran habis hancur dayu keje kan.. penat makcik miah gubah lawa2


cupcake tajaan charmbakers

gubahan adik sepupu yang akan mekap akak sepupu dia ahad ni



Okay, cukup sudah semua anggota hantaran. 9 dulang, dan 2 tidak berdulang. 11 kesemuanya. Giler gedik nak hantaran bagi banyak-banyak, tamak sebenarnya. Hahahahaha... Hantaran dari En Ekwan kepada iserinya..yang secara detail tidak sempat dicapture... sudah terlalu penat petang majlis itu. Nampak katil tak ingat pe lagi dah...

digubah sepenuhnya oleh kakak sulung en ekwan, sgt lawa. tp sayang tak dpt amik detail, harap2 amrul ada capture

Kakak ipar saya mmg sgt berbakat mengubah hantaran, buat bunga riben pun dia terror. Aritu sempat dia ajar, tp adik ipar dia ni lemah ingatan skit lah.

*bila suami tiada di sisi, rindu tapi best gak, boleh bangun lambat skit..hehehehe


18 June 2009

baru ko paham camne rasa dia

Sila lah kata 'arrgghh ngada la kau dayu' Nak kata aku gedik pun tak kisah. Tapi hakikatnya SAYA RINDU SAMA SUAMI SAYA!!!!

Walaupun baru je 9 jam tak tatap muka dia, dengar suara je. Tu pun cuma dalam phone. Mana sama. Saya sedang sangat rindu sama dia. Ohhh, Ahad nanti baru boleh jumpa dia semula. Ada 3 hari lagi kena kasik tunggu. Uiiihhh, seksa jiwa raga saya!!!

Ohhh, camne lah nanti kalau out-station kan. Mahu rindu-rinduan. Kalau bujang2 dulu, seboleh-boleh nak kuar opis sampai 2,3 hari. Sempat bercuti-cuti m'sia sekali. Dah kawin ni, mau aku paksa budak2 ni balik awal. Takde maknanya lah nak menyimpang ke mana2. Silap2 ada aku balik naik bas kalau derang tak nak balik.

Uiiihhh, tanggung rindu suami isteri lagi seksa beb.. *sila rasa sendiri, kamu akan paham*

Lepas ni ada aku reject smua kursus luar KL ni.. tak sanggup nak tinggalkan suami sorang2 kat umah. Ada tak bangun gi keje dia tu nanti. Dah lah sgt manja suami saya itu. Asal nak kuar umah 'yang, mana suar org??' 'baju org yg tu mana??'

Ohhh..kini saya paham nape dulu akak2 kat opis tu kalau dengar kena gi site luar KL, smua mcm nak mengelak je. Tu lah kan, selagi kita tak rasa sendiri, senang la kita nak cakap macam2. Bila kena kat diri sendiri... jawab lah. Hmmmm...ni belum ada anak lagi ni...

Dah lah layan lagu Siti Nurhaliza, 'Cinta Ini' lagi la feeling aku dibuatnya..

*oohhh, ibu saya mcm bakal berjaya je hilangkan rasa rindu anak dia ni dengan buah durian yg berbakul2 itu

17 June 2009

kami mahu jadik raja sehari lagi

Esok akan mula bercuti, bagi membolehkan kami menjadi raja sehari lagi. Kali ini di Maran pula. Dan sebab suami saya mula bercuti esok, join sama je lah. So malam ni dia hantar balik JB, pastu dia balik la Pahang. Ohh, menulis mmg mudah, hakikatnya JB-Maran bukan la sejam dua punya perjalanan ye. Tapi suami saya tu selalu je buat magik, 3 jam dia sampai dah. Tu kalau bleh tak nak bagi dia drive sorang2, kalau dia sorang2 dia akan memecut tak ingat dunia.

Dan mengenangkan kekalutan di malam 30.5.09 sebelum majlis besar esoknya, tak mahu lagi terjadi kejadian yang sama. Dengan segera mem'print segala yang patut.

iye..itu lah karikatur yang dihasilkan oleh kugeeku.com. Yang menghasilkan Tetris Glass kami. Image itu sgt2 lah telah dimanfaatkan. Membuat TQ tag juga dengan image itu. Sangat efisen.

Jemputlah ye ke majlis kami di Maran tu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

+ Tips Interview SPA +