30 June 2012

Kritikal

Aku rasa aku ada masalah ingatan yang serius.

Mudah sangat nak lupa sekarang ni. Lupa yang pagi tadi basuh baju, pastu tak sidai. Biar je baju tu dalam mesin, tahu-tahu dah kering baju tu dalam mesin. Lupa ada panaskan makanan dalam microwave, bangun esok pagi jahanam dah makanan tu. Paling sadis aku lupa nak bayar pasembor yang aku dah bedal sepinggan kat mamak kat Mydin semalam. Tu belum lagi lupa bayar yong taufu kat makcik kantin kat opis.

Kritikal dah ni..

Kena rembat sikit kismis Cha la jawabnya

28 June 2012

Pulau Pangkor: Part 2

Hari ke-2 tiada aktiviti yang disusun urusetia. Masing-masing boleh buat aktiviti bebas, suka hati hangpa la nak buat apa. Maka, haruslah kita ke laut. Snorkelling tu adalah kemestian bagi hantu laut macam kami laki bini. Lagi-lagi setelah dikecewakan oleh Phi Phi Island, haruslah ditebus. Serius, Phi Phi Island adalah sangat hampeh. Pulau Pangkor adalah 10 kali lagi best dari Phi Phi. Sangat-sangat tak digalakkan. Pulau kat Malaysia ni jauh lagi best dari pulau kat Thailand tu. Yang kat Indonesia tak tahu lah, sebab tak pernah sampai lagi.

Yang lagi best, snorkelling di Pangkor adalah sangat murah. RM15 je. Siyes aku pun macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. RM15 termasuk google, safety jacket ye. Mana nak dapat wehhh... Hanya di Pangkor. Kalau nak island hopping sekali, RM35.

siap sedia untuk terjun laut

geng nak bagi makan ikan jap lagi

punyalah tak menyabar. kat darat lagi dah sarung safety jacket. selipar pun tanggal siap-siap, tinggal je kat kedai ni. 

Eisya yang nampak benda semua nak. Ibu abah malas nak layan dia merengek, beli je lah walaupun geram je tengok dia. takpelah, dari dia meragam kat atas bot kang..

jom kita ke laut!!!

Kami amik pakej island hopping + snorkelling. Konon nak tengok-tengok kawasan sekitar pulau ni. So budak bot ni akan bawak keliling pulau. Seronok lah, dapat pulak budak ni rajin bercerita. Layan lah.. Tapi sebab dah tak menyabar nak snorkelling rasa 'dah la dik, jom lah terus gi snorkelling. puas dah akak hadap resort2 harga ribuan ringgit ni' Eisya pun dah layu-layu je muka kena tiup angin. Nyaris-nyaris nak tertidur, tapi asal dengar orang bercakap je sedar.

Dan akhirnya.. dapat berendam!!! Seronoknya.


ramai sungguh orang. hujung minggu biasa je pun penuh Pangkor ni.

seronok anak ibu dapat join ibu snorkelling

Ini kali pertama Eisya trurun laut pada kedalaman ni. Kat Manukan dulu, dia main tepi pantai je. Kat Phi Phi pun sama. Maka, ini adalah pengalaman pertama buat Eisya. Budak bot tu kata kat aku 'tak takut dia eh kak' Aku sengih je, sambil jawab 'dah biasa bawak dia main air' Tapi sebab Eisya tak takut, tu yang aku ngan Ekwan berani bawak dia turun dalam air. Kalau dah dia memang takut, jangan harap kitaorg berani. Tak kuasa nak melayan dia mengelupur dalam air.

Bila boleh bawak Eisya turun dalam air, dapatlah aku ngan Ekwan merasa snorkelling sama-sama. Walaupun tak dapat nak bagi ikan makan roti sama-sama macam kat Langkawi dulu, dapat sama-sama bertiga dalam air pun dah puas. Dapat bergelak-gelak ketawa dengan Eisya dalam air.. seronok tak terhingga dah.

Eisya sibuk buat 'peace' pastu asyik sebut 'abu..buat' Banyaklah awak, tangan ibu ni 1 nak pegang awak, 1 pegang tali, camne nak buat 'peace' ibu tak berani nak terapung ber-2 ngan awak. Dengan abah boleh la.

mesti Cha lagi suka bila abah dia yang pegang, dapat bergerak bebas

alalalala... sweetnya lah gambar ni. wajib print masuk album 'PANGKOR 2012' ni

Snorkelling kat Pangkor memang seronok. Betul-betul punya seronok. Dah la macam takde time limit. Berendam la kau sampai puas. Sampai kecut-kecut jari. Selagi tak kata nak balik, bot tunggu je kat situ. Kitaorang ni pun sebab memikirkan kena check out pukul 2.00pm kalau tak mau berendam lagi. Bila sampai kat pantai kata waktu check-out extend sampai 2.30pm, masing-masing balun mandi laut pulak. Eisya pun super seronok sebab dia pun tak nak balik lagi. 

Aku rasa Eisya betul-betul puas kot main air kali ni sebab bila ajak naik, dia dengan rela hati serahkan pelampung dan ikut aku naik. Hahaha.. kalau tak selalu mesti terpekik terlolong tak nak naik. 

As usual, lepas snorkelling sampai je bilik mesti kebulur. Kemas-kemas beg, terus check-out. Tapi van datang amik pukul 4.30pm. Maka, marilah isi perut dan membeli-belah. Tak beli apa pun, fridge magnet je ngan balu 'i heart Pangkor'

cubaan menakutkan Eisya dengan ikan buntal.

dah..jom balik. esok keje

Tak puas lah 2 hari kat Pangkor. Bila laki achik kuar statement 'lain kali bosan-bosan kat KL, boleh datang Pangkor lagi yang' Wahhh!! Achik rasa nak suruh dia cakap lagi sekali, achik nak rekod.


Pangkor Island: Part 1

Ini kali ke-2 aku ke Pulau Pangkor. Pertama kali dulu bersama rakan-rakan meraikan selesainya bergelumang hidup demi sekeping diploma. Kumpul duit, tiap hari masuk RM1 dalam tabung demi nak bergembira dengan rakan-rakan. Giler kesian. Dah nama pun student, mana ada duit kan. Mak ayah pun bukan orang berada. Harapkan PTPTN je lah.

Kali ni kali ke-2 kembali ke Pulau Pangkor. Kali ni pergi ditanggung sepenuhnya oleh suami. Ya Allah, seronoknya ada suami. Terus rasa suami yang dimiliki adalah suami terbaik dalam dunia.

Pergi 2 hari je. Hujung minggu sesaje. Bertolak Sabtu pagi, petang Ahad balik. Mula-mula macam tak nak join, yelah tengah bulan kot. Seorang RM200, 2 orang dah RM400. Belum masuk belanja makan, shopping semua. Tapi bila dah Ekwan kata 'jomlah, cukup je duit sampai hujung bulan' Aku apa lagi, terus kemas beg lah. Eh tak sebenarnya, aku mana reti kemas beg awal sekarang ni. Esok nak pergi, malam ni baru aku sumbat baju dalam beg.

Actually kami join Family Day Alumni Tunas Mekar UiTM. Event geng-geng Ekwan, aku pun kenal fews people je. Tapi boleh je masuk. Kata sama-sama student UiTM kan..

Bertolak naik bas UiTM. Rasa sgt nostalgia kau, sayang tak sempat nak bergambar dengan bas. Hahaha.. tapi giler slow bergerak dengan bas. Rasa jauh bebenor KL dengan Lumut. Dah la pakcik driver bas ni boleh pulak layan sentimental ikut jalan biasa, tak naik highway. Penat okay, nasib baik Eisya tak meragam kalau tak memang haru lah hidup aku.

budak ni, semua benda dia nak jakun. 

giler letih layan bus yang bergerak pada speed 80km/h, rasa nak je suruh laki aku gi take over steering tu

akhirnya. setelah 5 jam duduk dalam bas. tapi ni baru sampai jeti je, nak kena naik feri ke pulau lak. 
panjangnya la perjalanan aku kali ni. rasa sgt letih.

Urusetia mengedar tiket feri. Tiket feri adlah RM10 2 hala, giler murah. Sila simpan separuh tiket. Kalau hilang, silalah beli yang lain

orang ada anak kecik, kalau travel memang gini lah gayanya. lagi-lagi orang yang tak paham-paham erti 'travel lite' macam achik ni walau suami achik dah spund 80 kali. achik tetap percaya konsep 'biar terlebih jangan terkurang'

Serius. Perjalanan ke Pulau Pangkor ini adalah yang paling memenatkan. Rasa sangat lama. Memang failed la  travel by bus ni. Lain kali bawak kereta sendiri je lah. KL-Lumut tak jauh mana pun. Naik bas sampai 5 jam. Hadeeiihhh..letih weh.. Dan mungkin juga sebab travel in large group kan, bergerak tu lambat sikit. Tapi seronok dia part lain.

tunggu feri pulak. 1st feri tak muat nak lepaskan kami semua seramai 50 orang ni naik serentak. 


layankan Eisya yang kononnya tengah tepon opah di kampung nak bagitau dia nak gi mandi laut sementara tunngu van nak ke hotel. dengar je van dah sampai, terus aku angkut Eisya tuju van. Beg laki aku uruskan, achik dah letih. ngan lapar lagi. 

Kami duduk hotel budget je. Bayar RM200 untuk segala-galanya, silalah jangan expect lelebih kan. Puas hati je lah dengan apa yang disediakan. Penat urusetia bertungkus-lumus prepare semua ni. Jangan banyak komplen. Banyak sangat bunyi, sila jadik urusetia. Anyway, tempat penginapan adalah Suria Beach Resort, kat Teluk Nipah. Okaylah, bukan nak duduk dalam bilik sangat pun. Bagi insan-insan yang memang selalunya mencari hotel budget bila berjalan macam aku ngan Ekwan, kami no hal. Tapi yang agak rasa nyampah sebab dia takde kettle, camne aku nak masak air panas. Kalau takde anak, wa tarak hal. Terpaksa laki aku berulang mintak air panas kat dapur dia.

sampai akhirnya. tak sabar nak makan. lapar..lapar..

Sedapnya dapat makan ikan fresh. Dah lah memang tengah lapar, terus rasa sedap berganda-ganda. Lepas isi perut masuk bilik. Lepas asar kena berkumpul tepi pantai, ada sukaneka. Hooray!!! Tapi dah achik ada Eisya, memang jadik tukang amik gambar je lah jawabnya.

baju tema. termasuk dalam pakej. achik suka design dia. 

terus amik gambar family. sebab Eisya tak berbaju dia dikepit di tengah-tengah 


jom kita ke pantai!!

Drai hotel nak ke pantai dekat je. Tak sampai 2 minit jalan kaki. Kedai pun banyak, dekat je. Lupa abwak ubat gigi, beli kat kedai runcit depan hotel. Harga pun sama je. Takde pertambahan harga. Memang aku suka lah kan. Jangan lah sebab kawasan perlancongan je, semua nak mahal. Nasib baik Pangkor tak macam tu. Terus rasa 'seronoknya jalan dalam Malaysia' 

Eisya dan abahnya

ingatkan dah lambat, tapi belum mula pun lagi. bagus. Eisya sampai-sampai je suruh bukak selipar dia.

 lepas tu join abang dia ni main belon pasir. suka dia ada orang nak melayan

Seronok tengok orang ber'sukaneka. Tapi nak join tak mampu. Anak achik dok ngekor je. Camne nak main. Tengok je lah jawabnya, sudahnya achik bawak anak mandi laut. Dah lah dia sibuk 'abu..jom..' tak pun 'jom abu' sambil dok tarik tangan achik. Sebelum dia gi masuk laut tu sendiri, baik lah bawak dia berendam.


nak join!!!

orang bersukan kat atas, kami berdua berendam 

Ombak dia sangat kuat, dah lah dalam. Tak berani achik nak main jauh-jauh. Duduk tepi je lah. Tapi Eisya over, sibuk ajak ke depan sikit. Dia pun tak puas kot sebab asyik kena hempas ngan ombak berpasir je. Tapi maaflah ye, ibu tak berani. Sila tunggu abah anda. Sukaneka tamat dlaam pukul 7pm. Bila semua dah turun mandi laut, dah ramai ada dalam laut. Ekwan pun ada sama, berani lah aku bawak Eisya ke depan sikit. Bgai dia berendam puas-puas. Seronok bukan main budak tu.


Tak puas mandi laut sebenar, tapi dah malam. Azan pun dah berkumandang. Janganlah over sangat mandi laut tu. Marilah pulang sembahyang maghrib, malam kang ada BBQ.


27 June 2012

Macam tak percaya.

Ya Allah, last entry bertarikh 15 Jun 2012. Hari ni 27hb, nak masuk 28hb dah..macam tak percaya hampir 2 minggu tak update blog. Sangat macam bukan Dayu. Ni rekod paling lama tak update blog ni, selalu ada gak la aku tempek entry bergambar sesaje ke. Ni langsung takde. Memang aku tak sempat langsung nak login  blog ni. Sangat takde peluang. Masa kat opis sgt dimanfaatkan untuk bekerja dari jam 9.00am hingga 6.00pm. Komitmen keje adalah sangat maksima kini. Ada tempoh 2 minggu lagi sebelum boleh kembali lega macam dulu kala.

Takpe, itukan tanggungjawab. Blog ni bukan apa-apa, tak jadik masalah kalau dibiarkan terabai. Yang itu, periuk nasik, sumber pendapatan nak berbelanja setiap bulan. Dulukan yang utama.

Ada peluang malam ni, aku lepaskan rindu dendam menaip entry buat blog kesayangan,

Terus tak tahu nak mula dari mana. Banyak benda nak citer. Selalu sempat gak draft sikit-sikit, ada masa buat karangan penuh. Tapi sebab takde peluang langsung, mulakan je lah dari mana pun. Sama je. Orang tetap baca. Bukan ada yang kesah kan..

Lepas ni kalau ada entry muncul berderet-deret, jangan muak ye.

15 June 2012

Love you abah!!

Bila hari bapa hah sebenarnya? Aku dari tahun lepas tak pasti tarikh hari bapa ni. Tapi tadi baca Utusan, katanya setiap hari Ahad minggu ke-2 bulan Jun. Maknanya Ahad ni lah eh?

Waahhh!! Boleh sambut tepi laut ni *sengih* Cha!! Balik kang kita buat kad untuk abah eh..

Tak payah hadiah-hadiah lah ye. Pangkor ni kira re-treat hari ibu dan bapa lah untuk kita eh.. ok?? Lagi best apa. Tapi rasanya, tahun ni kami (aku ngan Cha) dah dapat hadiah paling best dari lelaki kesayangan kami ni. Ekwan kini bukan lagi seorang perokok!! Yeay!! Dah sebulan lebih dia berjaya buang rokok dari hidup dia. Alhamdullilah, Allah permudahkan usaha dan keinginan dia. InsyaAllah, semoga terus kekal begitu. Jangan ngada-ngada nak ber'social smoker' saje ke. Tak payah... Nyahkan terus rokok dari hidup anda.

Thank you sayang.. tak susah pun kan nak bercerai dengan rokok tu (:

Anyway, orang mewakili Cha lah ye. Balik kang awak minta peluk cium. Harus dia peluk sambil lentuk-lentuk kepala sampai puas. Tak puas lentuk kat bahu, dia landing kat peha. Sayang bebenor kat abah dia ni. Mana tak sayang, abah kan selalu manjakan dia. Kalau ibu marah-marah, mesti nanti abah datang pejuk, peluk dia. Kalau ibu tertidur awal pun, abah ada nak layan dia. Mesti lah dia sayang abah dia kan.

Lagipun kalau abah takde, sape nak mengangkut stroller dia kalau kena turun tangga macam ni (: Abah dia kan gagah perkasa.

Love you abah!!
Semoga abah akan sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan keseihatan yang baik, dapat increment gaji banyak-banyak, dapat bonus banyak-banyak, boleh ibu ngan Eisya tumpang sebadan. *peace*


Abah kesayangan pujaan hati saya!!

Dan tak lupa untuk ayah aku yang bakal menjadi atok bercucu 2 ni raya nanti. 


*yang, bila nak pegang status abah beranak 2??

14 June 2012

Keinginan

Keutamaan hidup setiap orang tak sama, berbeza-beza. Ada orang sanggup berhabis kat makan, ada orang lebihkan gaya. Ikut selera masing-masing. Bagi aku, tak salah kot. Tu semua adalah self reward. Re-treat untuk diri sendiri setelah berpenat-penat bekerja 22 hari sebulan. Selagi tak membazir, apa salahnya kan. Sekali sekala kena juga belai diri.

Jangan berkira sangat. Bukan untuk orang lain.

Kalau kesukaan anda adalah makan-makan, pantang dengar orang kata makan kat kedai sana tu sedap, silalah cuba. Jangan sampai asyik terbayang-bayang. Time sehat, time berselera ni lah kalau teringin nak makan, makan je. Kalau anda jenis yang kaki berjalan, pantang AirAsia buat Super Sales *kononnya* mesti tercongok depan PC.. berjalanlah. Penuhi keinginan hati. Sementara sehat, ada kemampuan, cuti banyak lagi, bagi aku tak salah.

Aku rasa bertuah lah jugak sebab bersuamikan Ekwan yang juga kaki jalan, maka jaranglah propsal aku bab jalan-jalan tengok tempat orang ni ditolak. Apporved je selalu. Adakalanya, dia yang keluarkan kertas kerja. Memang super seronoklah aku. Sementara anak sorang ni lah nak merasa buat ni semua. Kang anak dah 2,3 orang, mesti fikir banyak kali nak berjalan-jalan ni. Mengangkut sorang ni pun adakalanya letih, kalau 2,3 setahun sekali je lah ye anak-anak.

Apa keutamaan aku erk??

Makan?? Tak jugak. Baju? Kasut?? Gadget?? Tak juga

Aku ni bukan jenis taksub kat satu benda kot. Aku taksub kat banyak benda. Hahaha!! Lagi tak senonoh. Semua benda aku nak. Semua teringin. Tapi aku lebih buat benda/sesuatu yang menghiburkan hati aku anak beranak. Sama-sama merasa kesan dia. Lagi-lagi bila perlu mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar peruntukannya.

Pangkor!!! Nantikan kedatangan kami ye hujung minggu ni!!



13 June 2012

Anak perempuan saya

Bila ada anak perempuan, kejadian macam ni memang wajib kot.

habis blusher ibu dia balun. nasib baik silky girl je. kalau tak jangan harap aku  nak bagi dia pegang

hahaha.. pakai blusher sampai ke dahi

Beg mekap silalah jangan letak sesuka hati. Kalau tak, kalau berlaku kemusnahan jangan nak mengamuk. Sendiri yang bagi peluang. Tapi memang super payah la nak menconteng muka sekarang ni. Budak ni pantang nampak ibu pegang beg mekap, dia yang dah sibuk lebih. Minta bedak, mintak lipstick. Bagi je lah. Pastu bila nampak ibu dia ni pegang eyeliner, nak jugak. Bagi je lah. Aku buat2 lah calit eyeliner tu kat kening dia.. Pastu berlari carik abah, nak tunjuk muka.

Tapi aku sebenarnya risau gak nak calit bedak kat muka dia. Takut menjejaskan kulit licin, mulus dia tu. Risau kang tak pasal-pasal muka dia jadik entah pape. 

Nampak gaya, gi Mydin kang kenalah belikan compact powder baby johnson untuk anak dara sorang ni.


12 June 2012

Isya dah 2 tahun

Sabtu, 9 Jun 2012 ada 2 jemputan untuk dipenuhi. Setelah 2 minggu berturut-turut tak dapat menghadirkan diri bagi segala undangan sebab komitmen bersama keluarga. Hujung minggu ni aku berusaha untuk penuhi segala undangan yang ada. Kenduri kawin officemate kat Ampang dan 1 lagi birthday Putry Elly Marisya.Aku karang laporan untuk majlis genapnya 2 tahun anak kesayangan Puan Zaleha ni dulu ye walaupun aku gi kenduri kawin dulu, pastu baru ke majlis Puan Elly dan En Bebel ini.

Majlis di Lestari Perdana 8, Sri Kembangan tapi bila Ekwan tanya 'kat mana birthday tu?' Aku jawab 'Puncak Jalil' Hahaha.. ikut suka hati aku je kan. Tapi bagi aku, kawasan LP tu memang macam dalam ruang lingkup Puncak Jalil je lagi. Berjiran je. Dan sebab kononnya cukup mahir dengan kawasan Lestari Perdana tu, sebab dulu setahun lebih gak duduk kat Puncak Jalil, aku tak berasa la nak gunakan khidmat free googlemaps. Akibatnya.. merasa berpusing-pusing kat Lestari Perdana tu.

Alhamdullilah, berjaya jugak sampai. Pastu macam lagi seronok sebab kek belum dipotong. Wahh!! Best..best, datang lambat pun tak terlepas lagi kemuncak majlis.

Eisya teruja tengok kek Upin Ipin. tak menyabar mintak kek, tapi bila dapat bukan makan sangat pun. ibu gak kena perabihkan

makan time!!!

Aku dah kenyang dah sebenarnya bila sampai ke rumah Elly sebab dah balun nasi kenduri kawin. Sebab masa sampai kat kenduri tadi memang perut lapar maksima. Tapi bila tengok ada laksa sarawak, manakan mungkin aku nak tengok je. Dengan kek pelangi nyer. Memang makin buncit lah jawabnya. Tapi takpe, achik redha, laki achik je yang macam nak pitam.

bersama birthday girl. dress sgt lawa. achik suka. kaler merah lak tu. achik berkenan

cuba membuat birthday girl ketawa tapi usaha adalah gagal. dah lah anak dara baju bintik-bintik tu buat tak layan je ibu ajak bergambar dengan birthday girl

Suka aku tengok Isya petang tu, ceria je dia. Tak merengek. Pastu macam pandai je melayan tetamu. Datang kat orang pastu senyum. Wahh, seronok la kalau birthday girl sporting macam ni. Senang mak ayah nak layan tetamu. 

-ni je kot gambar bersama Elly yang macam elok sikit, yg lain semua entah pape-

Terima kasih Elly atas undangan. Dan terima kasih juga sebab sudi terima bala tentera aku petang tu. Sorry lah tak maklumkan awal-awal aku nak datang bersama extra jemputan. Maafkan saya ye. Jangan serik ye jemput kami lagi tahun depan.

Sekian laporan dari saya.

*sorry Isya, aunty tak sempat nak carik hadiah

Nak mengarang

Woe wee!!! Lama sungguh tak cipta karangan baru. Sibuknya la diri ini. Selalu ada lah jugak masa kat opis nak dimanfaatkan untuk mengarang, Tapi seminggu ni memang tak menang tangan langsung. Balik rumah lagi jangan lah harap. Banyak benda nak tulis. Banyak benda nak dilaporkan, tapi tak sempat.

Takpe, malam ni aku cuba luangkan sedikit masa.

Macam sangat tak seronok bila bukak blog, asyik hadap entry yang sama je. Kalau aku sendiri ada rasa tak best, orang lain lagi lah kan.

*dia punya beriya mcm orang kesah sangat dia tak update blog

08 June 2012

Penghibur Setia

sebahagian anak sedara dan sepupu-sepupu kecil. memang gamat lah rumah kalau adanya derang ni semua. tapi tu yang buat meriah tu. Eisya memang tak heran dah kat ibu dengan abah kalau ramai abang ngan kakak melayan dia. Biasalah, budak paling muda katakan.

Nanti bila cucu mak ayah aku pun dah seramai ni, mesti Eisya tak kebosanan time balik JB. Takde lah asyik hadap cat dalam sangkar je kejenya nanti.

*tgk Eisya kegirangan bermain ngan sepupu, buat aku rasa nak bagi dia adik sekarang jugak.. tapi..tapi *aduhhh, byk sgt tapinya* 

06 June 2012

Tolong Pilih

Sama tak?? Sama tak??

Aku nak submit gambar ni untuk Peraduan Look A Like Secret Recipe ni. Puas aku pilih gambar. Eisya tak memberi kerjasama langsung time ni. Selalu rajin pulak dia tiru gaya ibu dia ni. Ibu nganga mulut, dia nganga. Ibu bulatkan mata, dia pun jegilkan biji mata. Tapi masa ni, dia tak peduli langsung. Dari banyak-banyak shoot, yang ini yang macam paling memenuhi kriteria.

Tolong pilih, nak submit yang mana. Nak hantar print ni.

Pilihan 1

Pilihan 2. Ekwan suruh hantar yang ni. Dia kata kami anak beranak ceria. Tapi aku tak rasa ekspresi muka kami sama berbanding yang pilihan di atas. Amacam? Pendapat anda?

ke yang ni je? yang ni mcm sweet, tapi tak nampak muka. 

Mohon bagi pandangan masing-masing. Tolong aku buat pilihan. Borang dah isi, tinggal nak gi print gambar dan hantar borang ke kedai je ni. Bila banyak mata yang menilai, senang sikit nak buat keputusan. Harap mata aku sorang, aku submit gambar paling atas.

Sila mengundi di ruang komentar. TQ

Cat garang dalam rumah

budak garang mcm cat

Dia garang macam cat sebab sekarang dia memang berperangai suka mengigit orang. Tak puas hati sikit gigit, marah gigit. Tak dapat buat rampasan harta secara aman, dia transform jadik cat dan terkam. Dah lama pun buat perangai mengigit ni sebenarnya, tapi baru-baru ni betul-betul menganas.

Lengan ngan peha ibu dah jadi tempat terkaman hakiki. Ada masa merasa jugak kena tonjol kepala dia ni. Sape suruh tiba-tiba datang, pastu mengigit. 

Ingatkan nak main cium-cium, rupanya dia nak main gigit-gigit.

*hari tu masa kat kampung dia jadik mangsa gigitan kucing. menangis sampai hilang suara. tapi 2 jam lepas tu dia gi bergurau senda semula dengan kucing tu. tak reti serik.

05 June 2012

Bawal

Kalau dulu kemaruk kumpul shawl, masuk jalan TAR tengok shawl bergantungan melambai-lambai, design lawa-lawa.. Macam orang kena rasuk je terus membelek. Pastu mesti beli, paling-paling pun sehelai. Lagi-lagi time tu baru bertudung, lagilah kemaruk nak banyakkan koleksi. Nak pastikan semua kaler ada dalam drawer. Ekwan tengok geleng kepala. Sekarang merasa la pulak dia hadap tudung bawal aku di serata tempat. Sekali beli berhelai-helai. Benda murah. Sehelai RM3.80. Tak ke harus aku sekali beli sampai 3,4 helai. Tu belum lagi bila ada yang mengajak beli 1 kodi terus. 

Merasa aku stok tudung melambak-lambak. Tapi boleh lagi tu rasa 'nak pakai tudung mana ni??Tapi statement dalam hati je lah. Kang kalau terkeluar dari mulut, mahu kena sekeh ngan laki achik tu.




Nasib baik tudung-tudung ni senang nak digayakan. Mendengar kata. Bagus. Tu yang aku suka. Yelah, achik ni manalah pandai nak pakai tudung-tudung lembek gini. Bila tudung ni senang nak diurus, memang mahu aku ulang-alik Jalan TAR ni kang.

Ada yang nak pesan???

*segala gambar harus bersama budak kecik sorang ni.

04 June 2012

Singapore: Merlion & Esplanade Park

Merlion Park adalah destinasi wajib kalau ke Singapore ye. Selagi tak sampai jangan balik. Objektif aku ke Singapore ni, selain beli fridge magnet, adalah gi amik gambar berlatar belakangkan singa berbadan duyung yang memancutkan air dari mulutnya tu. Aktiviti wajib buat ni, kalau tak nanti balik JB mesti terngigau-ngigau.
Seperti yang diberitahu dalam mostly semua blog, dari Raffles Place silalah susuri Sungai Singapura untuk ke Merlion Park. Silalah patuh. Kalau tak nanti sesat.

Sungai dia lawa. Tapi Sungai Melaka pun lawa jugak *Malaysia tetap di hati*


berhenti menikmati permandangan

sungai melaka pun ada river cruise gini. bot kat Melaka lagi best 

biasalah. aksi begini hanya berani dilakukan di tempat orang

Nak ke Merlion Park sebenarnya jalan je straight ikut tepi sungai ni. Tapi entah kenapa, boleh lak Ekwan ngan ayah aku patah balik ajak seberang sungai ni. Beriya tak nak dengar cakap aku. Memang lah jalan depan tu macam sempit je, nampak macam takde jalan. Tapi memang itulah jalan dia sebenarnya. Aku siap dah tanya awek tourist guide dalam pondok putih tu pun derang tak nak caya. Memikirkan mungkin jalan dia sama je, cuma at opposite way, aku turutkan je lah.

Dan akhirnya sampai ke Esplanade Park

ini adalah wajib.

Alang-alang dah sampai jalan lah jap sekitar Esplanade ni. Amik gambar sambil merehatkan kaki. Time ni masing-masing memang dah letih. Yang tak letih Eisya je sorang. Dia super seronok tengok kawasan luas gini. Dapat je turun dari stroller, punyalah pantas dia berlari. Ibu dia ni gak yang keletihan nak mengejar. Sudahnya, larilah awak sesuka hati. Ibu tengok dari jauh je.

berlari sambil kepit botol. ingat ni acara sukaneka ke Cik Cha weh?

alang-alang dah sampai.

Mula-mula macam nak lepak lama sikit kat sini, nak masuk Esplanade tu. Nak tunggu malam, nak tgk kawasan ni waktu malam. Tengok gambar kat Google macam sangat menarik. Tapi mengenangkan nak berkejar-kejar ke station bas, terus 'dah jom.. gerak..gerak' Nasib baik time ni ada Singapore Arts Festival, so melambak la orang mengedar brochure. Adalah tempat nak bertanya arah mana nak tuju. 

Atas tunjuk ajar yang sahih dan dipercayai, akhirnya singa berbadan duyung ada depan mata.


jumpa pun akhirnya. tengok bangunan belakang tu, semua tinggi-tinggi, rapat-rapat pulak tu, memang penggunaan tanah ditahap maksima

apa lagi.. kami kan pelancong.. hahahahaha

okay, En Ekwan sila masuk dalam gambar. sian dia, asyik amik gambar je.
*ini wajib print gantung kat rumah mak ayah. alah Cha x tgk kamera, sibuk tgk fish la pulak*

Manusia memang super ramai la kat sini. Macam-macam bangsa ada. Memang ni lokasi wajib datang lah kalau melawat Singapore. 1 group balik, segerombolan lagi tiba. 

sebelum membawa diri pulang ke negara asal, bagilah peluang pakcik ni bergambar puas-puas. 

Ingat nak ke Marina Bay kat belakang tu. Nak naik 'bot' atas hotel tu, nak amik gambar. Tapi serius, letih bebenor dah masa ni. Nak jalan balik pun macam tak mampu je rasa. Ayah aku nak amik teksi je dah nak ke bus station. Tapi teksi macam takde pulak. Maka, jalan je lah kaki ke MRT Station.