28 June 2012

Pangkor Island: Part 1

Ini kali ke-2 aku ke Pulau Pangkor. Pertama kali dulu bersama rakan-rakan meraikan selesainya bergelumang hidup demi sekeping diploma. Kumpul duit, tiap hari masuk RM1 dalam tabung demi nak bergembira dengan rakan-rakan. Giler kesian. Dah nama pun student, mana ada duit kan. Mak ayah pun bukan orang berada. Harapkan PTPTN je lah.

Kali ni kali ke-2 kembali ke Pulau Pangkor. Kali ni pergi ditanggung sepenuhnya oleh suami. Ya Allah, seronoknya ada suami. Terus rasa suami yang dimiliki adalah suami terbaik dalam dunia.

Pergi 2 hari je. Hujung minggu sesaje. Bertolak Sabtu pagi, petang Ahad balik. Mula-mula macam tak nak join, yelah tengah bulan kot. Seorang RM200, 2 orang dah RM400. Belum masuk belanja makan, shopping semua. Tapi bila dah Ekwan kata 'jomlah, cukup je duit sampai hujung bulan' Aku apa lagi, terus kemas beg lah. Eh tak sebenarnya, aku mana reti kemas beg awal sekarang ni. Esok nak pergi, malam ni baru aku sumbat baju dalam beg.

Actually kami join Family Day Alumni Tunas Mekar UiTM. Event geng-geng Ekwan, aku pun kenal fews people je. Tapi boleh je masuk. Kata sama-sama student UiTM kan..

Bertolak naik bas UiTM. Rasa sgt nostalgia kau, sayang tak sempat nak bergambar dengan bas. Hahaha.. tapi giler slow bergerak dengan bas. Rasa jauh bebenor KL dengan Lumut. Dah la pakcik driver bas ni boleh pulak layan sentimental ikut jalan biasa, tak naik highway. Penat okay, nasib baik Eisya tak meragam kalau tak memang haru lah hidup aku.

budak ni, semua benda dia nak jakun. 

giler letih layan bus yang bergerak pada speed 80km/h, rasa nak je suruh laki aku gi take over steering tu

akhirnya. setelah 5 jam duduk dalam bas. tapi ni baru sampai jeti je, nak kena naik feri ke pulau lak. 
panjangnya la perjalanan aku kali ni. rasa sgt letih.

Urusetia mengedar tiket feri. Tiket feri adlah RM10 2 hala, giler murah. Sila simpan separuh tiket. Kalau hilang, silalah beli yang lain

orang ada anak kecik, kalau travel memang gini lah gayanya. lagi-lagi orang yang tak paham-paham erti 'travel lite' macam achik ni walau suami achik dah spund 80 kali. achik tetap percaya konsep 'biar terlebih jangan terkurang'

Serius. Perjalanan ke Pulau Pangkor ini adalah yang paling memenatkan. Rasa sangat lama. Memang failed la  travel by bus ni. Lain kali bawak kereta sendiri je lah. KL-Lumut tak jauh mana pun. Naik bas sampai 5 jam. Hadeeiihhh..letih weh.. Dan mungkin juga sebab travel in large group kan, bergerak tu lambat sikit. Tapi seronok dia part lain.

tunggu feri pulak. 1st feri tak muat nak lepaskan kami semua seramai 50 orang ni naik serentak. 


layankan Eisya yang kononnya tengah tepon opah di kampung nak bagitau dia nak gi mandi laut sementara tunngu van nak ke hotel. dengar je van dah sampai, terus aku angkut Eisya tuju van. Beg laki aku uruskan, achik dah letih. ngan lapar lagi. 

Kami duduk hotel budget je. Bayar RM200 untuk segala-galanya, silalah jangan expect lelebih kan. Puas hati je lah dengan apa yang disediakan. Penat urusetia bertungkus-lumus prepare semua ni. Jangan banyak komplen. Banyak sangat bunyi, sila jadik urusetia. Anyway, tempat penginapan adalah Suria Beach Resort, kat Teluk Nipah. Okaylah, bukan nak duduk dalam bilik sangat pun. Bagi insan-insan yang memang selalunya mencari hotel budget bila berjalan macam aku ngan Ekwan, kami no hal. Tapi yang agak rasa nyampah sebab dia takde kettle, camne aku nak masak air panas. Kalau takde anak, wa tarak hal. Terpaksa laki aku berulang mintak air panas kat dapur dia.

sampai akhirnya. tak sabar nak makan. lapar..lapar..

Sedapnya dapat makan ikan fresh. Dah lah memang tengah lapar, terus rasa sedap berganda-ganda. Lepas isi perut masuk bilik. Lepas asar kena berkumpul tepi pantai, ada sukaneka. Hooray!!! Tapi dah achik ada Eisya, memang jadik tukang amik gambar je lah jawabnya.

baju tema. termasuk dalam pakej. achik suka design dia. 

terus amik gambar family. sebab Eisya tak berbaju dia dikepit di tengah-tengah 


jom kita ke pantai!!

Drai hotel nak ke pantai dekat je. Tak sampai 2 minit jalan kaki. Kedai pun banyak, dekat je. Lupa abwak ubat gigi, beli kat kedai runcit depan hotel. Harga pun sama je. Takde pertambahan harga. Memang aku suka lah kan. Jangan lah sebab kawasan perlancongan je, semua nak mahal. Nasib baik Pangkor tak macam tu. Terus rasa 'seronoknya jalan dalam Malaysia' 

Eisya dan abahnya

ingatkan dah lambat, tapi belum mula pun lagi. bagus. Eisya sampai-sampai je suruh bukak selipar dia.

 lepas tu join abang dia ni main belon pasir. suka dia ada orang nak melayan

Seronok tengok orang ber'sukaneka. Tapi nak join tak mampu. Anak achik dok ngekor je. Camne nak main. Tengok je lah jawabnya, sudahnya achik bawak anak mandi laut. Dah lah dia sibuk 'abu..jom..' tak pun 'jom abu' sambil dok tarik tangan achik. Sebelum dia gi masuk laut tu sendiri, baik lah bawak dia berendam.


nak join!!!

orang bersukan kat atas, kami berdua berendam 

Ombak dia sangat kuat, dah lah dalam. Tak berani achik nak main jauh-jauh. Duduk tepi je lah. Tapi Eisya over, sibuk ajak ke depan sikit. Dia pun tak puas kot sebab asyik kena hempas ngan ombak berpasir je. Tapi maaflah ye, ibu tak berani. Sila tunggu abah anda. Sukaneka tamat dlaam pukul 7pm. Bila semua dah turun mandi laut, dah ramai ada dalam laut. Ekwan pun ada sama, berani lah aku bawak Eisya ke depan sikit. Bgai dia berendam puas-puas. Seronok bukan main budak tu.


Tak puas mandi laut sebenar, tapi dah malam. Azan pun dah berkumandang. Janganlah over sangat mandi laut tu. Marilah pulang sembahyang maghrib, malam kang ada BBQ.


8 comments:

  1. bestnya dapat jalan2 kat tepi pantai..tapi bila dah ada anak ni aku prefer swimming pool saje...huhu

    ReplyDelete
  2. gaya tido dlm bas tu mmg nampak sgt kamu bengang/boring hahahaha. haihhh dh tgk entry pangkor org laaagi la rasa terkilan sbb xdpt nk pegi pangkor next week.alasan nya baby iskandar kecik lg dan perlu dipantangkan daripada pulau.sabau yun sabau sampai masanya akan ku tuntut holiday pangkor dan langkawi kt bapak bdk2 nih

    ReplyDelete
  3. kami ni memang hantu air
    laut, sungai, waterfall, kolam renang semua kami balun
    dan haruslah laut lg geram

    tuntut yun tuntut..
    alah, self retreat

    ReplyDelete
  4. best la ada baby yang tak takutkan pantai...anak saya nampak ombak dah terjerit-jerit dah...ermmm payah.




    bajukurung budak (english cotton)
    www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ayoyoy..ni letih nk tunggu part 2, 3 dan seterus nyer...wakakaakak

    ReplyDelete
  6. yeii kami pon seangkatan ngan korang dayu.. hantu air

    ReplyDelete
  7. aaa Bestnye! Kos satu family berapa ni dayu?

    ReplyDelete
  8. kos sefamily adalah rm600 gak kot, yg wajib bayar rm400. snorkeling rm70 2 orang. shopping baju, FM, beli jajan Cha.. ngan shopping ikan kering semua..

    tapi memang puas hati

    ReplyDelete