29 November 2008

hari membayar hutang sedunia

Hari ini adalah hari membayar hutang sedunia *sedihnya tgk duit dlm akaun menyusut secara drastik*
Pagi-pagi lagi dah ke management office apartment untuk menyelesaikan bil-bil yang tertunggak. Owner dah telefon marah2, sebab notis dah sampai kat umah dia. Bukan kitaorg sengaja tak nak byr, tapi selalu takde masa.

Dan lepas tu, En. Ekwan call ajak teman dia gi Klang, bayar advance payment untuk EG *EG adalah bf Vito*
Hajat hati malas, sebab nak masak nasi lemak dan kemas rumah, tapi uncit beriya gak suruh ikut. Banyak manja itu manusia tau. Maka, masak secara pantas dan terus bersiap. Uncit tu kalau dia yang ajak keluar, cepat je muncul nye.

my very 1st nasi lemak *kekekeekek*

Terus ke Tasik Titiwangsa. Nak makan dulu, lapar dah wehh, tengahari dah time tu. Ekwan seperti biasa makan dengan penuh selera, bila dah abis licin dia keje kan, baru bagi komen membina. Sambal tumis ikan bilis dia kata pass, nasi je terlebih santan, lembik skit.
-komen2 pun abis licin nasi satu tupperware dia balun-

Kemudian terus ke Klang, setel payment EG terus carik CIMB nak, withdraw duit nak bayar Vito *nape ko mintak duit byk sgt Vito wehhhh??* Pastu gi Maybank lak, bayar duit umah...
Balik umah je terus log-in Maybank2U, bayar hutang kad kredit dan bil Maxis.. *aiyaaahh!!! separuh duit gaji bayar hutang saja!!!*

Dan malam ni, baru lepas masak nasi lemak, 2nd around untuk En Ekwan *ceh...komen2 pun request gak lagi* Dan perut ku kini dipenuhi ubi rebus yang amat nikmat!!

-dan uncit ekwan di bekalkan dgn ubi untuk digoreng-

dia kata saya dah gemuk tapi asyik suruh saya masak

Ye..misi nak suruh jarum weight scale bergerak ke kiri adalah GAGAL!!!
-isskkk..ada bape bulan je ni-

Tapi En Ekwan juga adakalanya tak membantu *nak gak salahkan dia* Bila balik keje, selalu ajak teman dia makan dulu. Tengok dia makan, mesti kacau2..pastu rasa lapar akan dtg melanda secara mendadak.. Last2 order lak untuk diri sendiri

Dan esok dia suruh masak nasi lemak...
Kita ni masak selalu terbanyak, pastu harus la rasa sayang kalau tak makan. Arrgghh!!!
Dia ajak jogging pagi sok, tapi ni dah kul 2 pagi pun depan V30 camne nak bgn pagi esok, aerobik sendiri dah lah *semoga akan rajin* Pilates pun mcm menarik

-seksa yg amat nak kurus ni siot-

26 November 2008

Hari ni Dayu Kat Penang

*huhu...buat naya je out-station, site meeting semua ni tau, keje nya makan je. Jahanam diet aku, sia2 bertarung, tak makan nasik semua, sampai sini, abis semua kita tibai. Dah lauk mcm2 kan depan mata...pe lagi..dah lah smua org kata sedap, kena lah cuba kan*

Pagi tadi, lepas makan secara tamak kat hotel, terus gerak ke Sik. Janji ngan kontraktor kul 1, tapi kami yang kena tggu depa, amat tak senonoh!!
Kitaorg dah siap sembahyang, makan semua pun tak muncul2 lagi. Tak beretika sungguh kontraktor ni. Dah lah kita ni dtg nak T&C (penyerahan projek oleh kontraktor kepada client), boleh derang buat lengah2 *tak approve V.O tu kang*

Sementara menunggu tu, borak lah kami *kali ni out-station bersama sorang TA sorang QS, smua laki, dayu sorang pompuan, tapi memang seronok sebab masing2 ada perangai tersendiri*

'agak2 kau agak bape sewa umah teres tu dayu?' -abang man driver
'hmmm... 150 kot' -dayu
'aku rasa lagi murah, kat Alor Star tadi pun 150, Sik ni lagi lah' -abang man
'tak habis duit gaji aku duduk sini' -azhar TA

Huhu..kos sara hidup mmg murah lah kat sini. Makan 4 orang, termasuk air baru RM18, lauk punyalah melambak..*kat KL jangan harap*
Memang boleh jimat lah kalau dok kat daerah2 mcm ni, tapi kos jadik bertambah lah kalau nak balik JB/KL..dan duduk lah terceruk, semua jauh...
-dah pencen balik duduk kg lah-

Kul 2.30pm baru pakcik kontraktor tu muncul. Terus lah kami check bangunan yang akan jadik pejabat cawangan PPSPPA kat Sik, Kedah tu. QS terus gi nego harga V.O ngan kontraktor.
Ada lah sikit defect, tapi minor je. Keje2 touch-up je *bagus!! walau kelas F boleh buat keje molek mcm ni*

Kita ni dah siap dah check semua, tapi still tak dapat finalize harga kerja-kerja tambahan tu. QS ni masih lagi berdebat ngan sub-kon pakcik ni *aiiiyaaa!! manyak leceh owwhhh*
So keje kami pe lagi: Bergambar lah..

bukti saya di tapak projek ye *muka penat dah ni*
-gambar lain dlm kamera lah, takde cable-

4 jam ko nego harga!!! Giler la, tu pun ada yang tak diputuskan lagi. Berkira sangat kontraktor ni. Dia mintak sampai 10K++, kita approve 5k je..tu yang dok keje berdebat je
*seb baik experienced QS, so dah biasa dah mcm ni, rileks je lah dia, kita yg penat tengok dia*

Kul 6 lebih baru keluar dari site, terus menuju ke Penang. Bestnya!! Kali pertama jejak Penang, tapi dah malam, tak larat nak jalan2 *esok la lepas site meeting*
Azhar bawak makan ikan bakar kat tepi laut *sedapnya!!! dan hancur lebur diet ku!!*

-penat badan, tapi siap sedia lah balik opis jumaat ni..pecah paler otak-


Keputusan Yang amat di Nanti

Malam tengah menuggu nak gi makan malam, saja lah check laman web SPA. Pastu click la kat link untuk keputusan temuduga tu, keputusan untuk jawatan Jurutera (Awam) J41 dah ada.
Pastu try lah check...
*syukur alhamdullilah*

keputusan yang dinanti akhirnya mucul juga

Hampir 2 tahun bekerja sebagai engineer kontrak, puas dah rasa dibuli, OT tak boleh claim, banyak kemudahan2 lain dikecualikan. Tapi syukur tu tetap ada, kerana jawatan kontrak itu jugak lah diri ni tak memegang langsung gelaran penganggur lepas grade Dec 2006 dulu *syukur*
Dan peluang ini amat akan dimanfaat kan. Saya nak masuk design team please..
Jangan lah post saya ke mana2 state or district, nak duduk kat HQ.. tolong lah ye.. *kena guna segala network yg ada ni*
-cepat lah antar surat lapor diri..tapi pape pun 1hb Disember 2008 ni, surat resign akan tetap dihantar ke PPSPPA, notis sebulan, kalau JKR suruh masuk mid Dec, kena lah mintak tangguh-

25 November 2008

saya di kuala perlis..

Siot je..maxis broadband tak berfungsi di dalam bilik. Nasib baik lobby ada free wireless, boleh berinternet sebentar. Nak check email dr kontraktor ni, nak antar email smua, kalau takde internet susah lah *alasan kena kukuh ok sebelum nak merungut mcm org tak bersyukur*

-and ekwan was in Maran, ada kematian-

Kali ni out-station agak rileks, sebab tak kuasa nak bertungkus lumus, keje siang malam, terkejar-kejar sana sini mcm org giler... Keje ikut kemampuan, hari ni gi site meeting kat Kangar je, abis dr sana terus singgah jap ke Padang Besar *huhu..bestnya perabis duit kat sana*
-favor guest items kat sana mmg menarik dan amat affordable-

*bilik hotel ni pun mcm best je, harga murah je tapi more better than hotel kat kuala terengganu aritu*

Esok pagi akan ke Sik, T&C then ke Alor Star, jumpa orang majlis jap. Pastu ke Penang lak. Mungkin tido kat sana *saya tak pernah smpai Penang* Esok paginya baru site meeting kat Penang, pastu gerak balik KL.

-dalam-dalam tertekan keje kat sini, ada gak bestnya..sebab keje kat sini lah saya dapat tawaf satu malaysia. Terengganu, Kelantan abis dah dijajah, kali ni Utara lak. Esok2 ke Pahang lak-

24 November 2008

ni pembulian ke apa ni namanya??

Uiihhhh!!! Penat ke Terengganu & Kelantan last 2 week masih lagi terasa, belum lak tambah dengan penat ke Bera menghadiri kenduri kawin sepupu, 2 hari kami atas jalan je *penat nya rasa badan*

Ekwan siap msg 'sedapnya dapat tido atas katil sendiri. 2 hari tido tak proper'

Kesian uncit saya, dari JB ke Bera, pastu sambung lak ke Maran. Dia drive sorang. Lesen Cik Dayu dah tamat tempoh rupanya. Maka, tak dibenarkan la memandu. Nak tak nak, en Ekwan sorang la bawak kete. Kita ni jadik peneman je lah. Nak tido, langsung tak dibenarkan. Kalau terlena pun, 5 minit je dia bagi,pastu dia kejut suruh teman semula.
Ngantuk sgt tau, bayangkan lah sendiri, kul 2 am sampai JB. kul 6 pagi dah gerak ke Pahang, pastu singgah Maran, kul 9 malam gerak JB semula..penat tak penatnya badan saya. Uncit Ekwan mesti lagi penat

Tapi hari ni, saya lagi penat jadiknya bila dapat call dari TA. Ada peralihan kuasa, perubahan skop keje mendadak kat bahagian Teknikal PPSPPA *rasa nak ngamuk tapi tahan je, tak lama dah kat sini*

Kini, segala urusan ubahsuai pejabat dibawah tanggungjawab Cik Dayu, dibantu 2 TA dan QS. Giler lah!! Ada lebih kurang 20+ pejabat in renovation progress.. Tetiba kena amik projek orang, sedangkan dah nak siap, bagi je lah current engineer tu settle smpai siap *susah kalau org penting kan diri sendiri ni*

Dan tadi, baru je dapat call
' dayu, esok hang kena pi Kangar, Perlis ngan Sik sekali '

Aduhaiii!! 3 hari ke utara lak. Site meeting ngan T&C sekali. Giler lah!! Kontraktor serah projek kat aku!! Aku kena terima projek!! Saya kini adalah wakil S.O*dulu ada J44, skrg dayu sorang*
Tekanan siot!! Tanggungjawab besar sgt ni...*gaji ciput*

Rasa tak sabar nak letak jawatan. Tak kira, 1hb Dec ni antar resign letter. Lantak lah..tak tahan dah keje mcm ni...*ada boss keje nak lepas tgn je, baik aku jadik boss, gaji kita share sama2*

-JKR & SPA cepat lah antar surat suruh lapor diri-

21 November 2008

nak balik JB

Ye, balik untuk menjadi driver kepada mak dan ayah.

Esok subuh2 *ohhh matilah kami = dayu + ekwan* akan ke Temerloh. Kenduri kawin sepupu cik dayu *kenalah rajin attend kenduri sedara mara kan, kang derang boikot kenduri kita, tak ke naya tu namanya* En Ekwan telah diminta menjadi penunjuk arah secara rela. Sebarang rundingan adalah ditolak mentah2.
-boleh singgah Maran jap..-

Maka, malam ni kami akan menaiki bas Tranasional ke JB. Tiket bas bila nak turun harga balik, minyak dah turun, tak kan tiket nak remain je?? *banyak ok naik, 30% tau*

-okay lah, nak packed bag-

20 November 2008

saya sayang kawan saya yg sorang ni

Mmmuuaahhhh!!! Luv you Umi!!

Bersusah payah search kan design baju nikah untuk kawan dia ni. Dah ala-ala image consultants je gayanya. Dulukan keje kat Karangkraf, cover events untuk Nona lak tu.. so biasalah bab2 ni kan.


sila lah klik untuk image lebih besar ye

Siap bagi tips lagi Umi ni,

... no need to have heavy beaded or too much embroidery untuk busana nikah..LESS IS MORE...Put more lime light to your accesories and veil..in other words TAMPILKAN KEMEWAHAN DAN KILAUAN PADA AKSESORI MU ITU...lagi...


Nah!!! Lihatlah busana di atas kan...hanya menggunakan kain kosong Off white tapi boleh tampil menarik bukan!!!

-kuar lah ayat2 magazine dia tu-


Umi cadangkan design paling kiri 2nd row, rasa tak nak buat lengan cekak hotdog tu, nak cekak bawah je..
But
LESS IS MORE!!! Jimat pun jimat, tak yah beli kain mahal2 sampai juling bijik mata kan. Tapi ni kain jenis pe erk?? Ke tanya umi balik ni..


tadi saya ketakutan, kini saya tersenyum kegirangan

*ye.. dari tadi dayu tersenyum saja*

Dia kegembiraan kini, dia dah boleh tersenyum girang. Boleh merancang masa depan dengan lebih teratur, kerana sudah ada sedikit jaminan.

Tak perlu lagi risau akan dibuang kerja bila tiada lagi peruntukan. Ohhh!!! Saya amat gembira kini!!! Syukurnya saya.. *terasa mahu telefon mak saya sekarang jugak*

senyuman kegembiraan terpancar jelas di muka dayu
*kalau boss saya mengamuk bagai pun hari ni, saya akan tetap senyum*

Saya tahu, ini semua berkat doa yang tak pernah putus dari mak saya *juga kamu2 semua*
Dan mungkin ini juga namanya rezeki orang nak mendirikan masjid..*alhamdullilah* Last month peluang itu tiba buat ekwan, namun terpaksa ditolak setelah beberapa pertimbangan diambil kira, kini giliran dayu pula.

Maka, betul lah kan org kata, org nak kawin ni, murah rezeki. Allah permudahkan segala urusan kita

-tak sabarnya nak tggu surat rasmi sampai-

saya takut

Result JKR dah keluar.. Aziah dah check.. Dia dah berjaya mendapat jawatan tetap itu!!!

Takut nak check!!! Takut tak dapat, kalau tak dapat mmg frust lah. Ada balik umah je kang.
Takut lah!!

19 November 2008

semuanya di luar perancangan kita

Pagi ni, tengah bersiap nak gi keje, dapat sms. Jarang org antar sms pagi2 ni. Bila cek, dari Nadia, yang baru je kawin ahad lepas.

'dayu, adik aku Jai dah meninggal'

Terkejut yang amat membaca msg tu. Terus teringat Jai, dulu kalau every time dtg umah Nadia, selalu Jai ngan Poji mesti suka ngusik, kata akak dia takde semua. Tak nak bukak kan pintu lah..

Dalam hati dah berkata, mesti accident ni. Sebab Jai memang suka main motor. Tapi reply msg tanya semua. Tak berani nak call, tak tahu camne nak ckp nanti. Mesti Nadia tengah sedih sekarang. Dan tak dapat bayangkan mcm ne perasaan derang sekeluarga..

Baru je Ahad lepas happy2 buat kenduri kawin, hari ni nak buat kenduri arwah pulak..
Dah lah Sabtu ni kenduri sebelah lelaki... Tak terbayangkan situasi derang sekarang...

Semua berlaku di luar jangkauan kita, semua boleh jadik tiba-tiba. Owwhhh..bagaimana agaknya kalau kejadian ni terjadi sebelum majlis besar Nadia??

Adakah majlis yang dah dirancang berbulan-bulan lamanya itu akan diteruskan??

18 November 2008

kamu memasak??

Petang semalam, on the way balik Ekwan texted me.

'uncit, camne nak masak nasi lemak??' -adoi haii, melekat panggilan uncit tu tau nanti

Macam tak caya je dia msg tanya camne nak masak nasi lemak. Nak masak ke dia?? Nak buat nasi lemak lak tu. Maka, reply lah msg dia ngan resepi nasi lemak sekali.

'sambal dia camne yang?' -en ekwan

Ni memang betul ke dia nak masak ni. Layan kan je lah. Taip lah cara nak buat sambal tumis dengan gigihnya untuk en ekwan tu.
-semoga menjadi la nasi lemak kamu ye uncit-

17 November 2008

apasal kain tu mahal sgt??

Itu lah yang Ekwan dok tanya je lepas kitaorg kuar dr Maya Silk kat Semua House semalam.

'nape yang kat kedai depan tu murah je, yg tu baru 2m beratus-ratus harga dia?? yang kat Euro Moda tu siap ngan baju orang lagi, tak lak mahal gitu sekali'
-ekwan sambil buat muka tak puas hati.

Puas lah kita ni terangkan pe beza kain-kain tu. Yang tu Heavy beaded Chiffon, yang tu silk chiffon, yang tu chiffon biasa. Bead tak banyak, sulam je memang lah murah. Yang tu french lace, yang lagi satu tu keras skit, tu sbb dia murah *terang macam pakar je gayanya*

Sian uncit saya tu. Tu baru ikut teman survey je, blum nak beli terus. Agaknya kalau dia tengok akak tu dah potong kain tu, pastu tunang dia ni buat muka paling comel tiba-tiba, mau agaknya dia pitam *hahahahah*
-tapi hakikatnya, saya tak kejam gitu gaya lah..-

gmbar takde kaitan *mcm suka ngan gmbar ni* time tggu uncit lepas siap urusan bank kat klang. sedang mencuba pakai kamera itu

Tapi chiffon tu mmg amat mengoda. Dah lah derang dah bagi diskaun kaw-kaw nyer, dapat kurang sampai 2-3 ratus. Issskk...geram tau!! Tapi kena tetapkan hati, lebih sgt lari budgetnya. Kalau dapat kain tu, mmg sengih sampai telinga lah dayu *ada sape2 nak sponsor??*

16 November 2008

ngee..ngee..

Hari tu, masa kat Kelantan *huhu, penat sgt smpai lupa nak note it down here* tengah-tengah sedap baring nak tertido, mak call.

'long, confirm eh wedding theme biru' -mak
'ha'ah..confirm, nak baby blue. Nape mak?' -along itu adalah dayu
'ni mak ngan ayah nak gi umah aunty jun, nak bagi deposit, tu nak confirm kan color. makcik tu tanya, dia nak beli kain semua' -mak

Huhu..ibu ku itu mmg semangat terlebih nak kawin kan anak pompuan dia ni.

'tapi pelamin along nak putih' -dayu
'putih semua ke?' -mak
'a'ah..tabir semua putih' -dayu
'bunga-bunga dia pun nak putih gak ke?' -mak
'cream kot, bunga pahar pun kita buat putih atau cream nak mak' -dayu

Dan conversation itu berterusan hingga berminit-minit lamanya. BIncang itu, bincang ini. Pasal tukang masak, nak lauk apa semua. Tapi yang tu, biar mak ngan ayah lah buat keputusan, kita bagi duit je..
Ye..mak pesan suruh carik set pinggan untuk meja pengantin. Sewa je boleh tak?? Tapi beli pun bagus gak, bleh angkut terus bawak umah baru nanti kan.

-
kena balik JB ni, confirm kan design baju. kalau bridal tu tak leh buat, kena start carik bridal baru ni..bridal hunting lagi la jawabnya-
leceh lah keje KL, nak kawin kat JB..

frust pun ye gak

Hari ni kawan baik saya sejak kecik, kawan sekelas dari darjah 1 KAWIN!!! Tapi tak dapat datang majlis dia. Majlis kat JB... waarrgghhh!!! mmg ada rasa terkilan.. kawan rapat tu!!!

Tapi takpelah, boleh gi Haidir's side next week. Nasib baik, 2-2 pengantin kawan kita. Tapi rasa tetap tak dpt dtg gak sebab 22hb sepupu kawin kat Temerloh. Balik JB pun sebab nak kena drive untuk mak ngan ayah. Mungkin dapat jumpa dan borak2 je ngan pengantin baru tu.. *oohhh..frust nyer saya*

Mmg rancang nak balik, biar pun kepenatan lepas ronda east coast tak hilang lagi. Tapi en ekwan kata tak boleh balik, kena gi Klang, ada urusan ngan bank. Maka, nak tak nak kena lah batalkan niat tu..
-seb baik urusan kat bank tu selesai dgn jayanya, kalau tak harus dayu meroyan-

Petang semalam singgah jap JalanTAR, saje survey kain baju nikah. Huhu..semua gedung buat promotion kaw-kaw nyer. Tapi semalam sempat masuk 2 kedai je. Euro Moda punya chiffon best+cantik+lawa, harga pun okay lah. 4.5m beaded chiffon + 4m satin lace + kain baju melayu = less than rm500. Chiffon pun banyak pilihan.

Kalau tak nak amik pakej pun boleh gak, 1m chiffon rm88, satin lace 1m = rm19.60. *sekarang ni tengok lace semua mcm tak lawa je*

Singgah jap kat MayaSilk, promote dalam Majalah Penagantin tak ingat2, tapi bila pergi sales girl dia boleh lak blur2. Mana kain semua dia tak tau. Bila dah jumpa, semua kain dah abis. Chaaaiitt!! Kalau gitu, baik tak yah buat promotion, buat rugi je byr kat magazine tu *hangin lak tiba2, sebenarnya dah jatuh ati kat chiffon euro moda tu*

Tapi nak gi tengok kat Semua House dulu. Officemate beli kat situ, jahit pun kat sana. Huhu..upah jahit beaded chiffon lagi mahal ye dari lace.

14 November 2008

hari saya mcm best sikit lah

-heheheh..baru je balik dari minum petang bersama en kontraktor yang ensem di secret recipe, sukanya saya.. *gatalnya ko dayu, kan dah tumbuh jerawat tepi hidung*-
Dan sesungguhnya, encik uncit saya tau saya sedang memuji keenseman kontarktor tu, dan dia geleng kepala je. Alah saja-saja je..buat cuci mata kan...

Dan yang best, dia bagi kamera projek yang best. Canggih sungguh.. Touch screen, boleh edit gambar terus dari kamera, tak yah nak photoshop2 lagi.
Tapi sayang, itu adalah kamera projek ye, untuk kegunaan projek, bukan hak peribadi *owwwhhh, alangkah best kalau jadik milik dayu kamera tu*

tak jadik hak milik mutlak, bergambar jadik lah
*tapi saya nak pinjam jap, saja nak test guna, kang bawak gi site, tak lah jakun*

Mereka juga adalah kontraktor2 muda, so mcm senang lah sikit dr segi komunikasi, senang nak bercakap..*selalu asyik berurusan ngan pakcik2 je*
Dan encik managing director itu jugak adalah seorang yang humble..*sukanya saya*

-tadi masa dia dtg, semua dok sibuk nak tengok gerangan encik kontraktor itu, nasib baik dia tak perasan-
hari ni dia pakai kasual je, makin lah nmpak ensem..

saya penat

Badan saya penat.. Otak penat.. Mata penat, rasa nak katup

Tapi saya tetap di sini, pukul 8 pagi mengadap V30 buat report, walau malam td sampai pukul 10.
-owwhhh, saya rasa terseksa yang amat!!! ada keje kosong tak??-

Keje macam ni mampu buat orang jadik giler!! Arahan datang tak kira masa, tak tengok keadaan, tak pikir langsung kemampuan kita. Tahunya, keje jalan. Yang penting, pe yang diminta ada atas meja.

Saya bukan robot..
Badan saya ada limitnya...
Tapi selagi mampu, saya turutkan je lah.

12 November 2008

saya nak tido

Baru je sampai bilik hotel..
Dari pagi sampai ke malam berkeje.. nasib baik bawak kete office, ada driver semua. Tak lah penat sangat, kalau tak..mmg pancit lah..

Hari ni pun 4 opis kami balun, dari Kemaman ke Dungun. Pastu ke Kuala Terengganu, malam sambung lak ke Kuala Berang..tak ke keje mcm org giler tu namanya??
*ekwan siap cakap, pe kejadahnya keje malam2, esok tak boleh ke?? tapi nak buat camne, saya hanya menurut perintah*

Dan esok, pagi2 nak gerak ke Besut, pastu Kota Bahru, kemudian Keterh dan terus ke Gua Musang. Dan habis je discussion ngan kontraktor kat site, terus shoot balik KL.
Sian pakcik driver..tapi nak buat camne, dah keje kan...

*nak tido lah saya, esok nak bgn awal, nak singgah Payang jap. itu tetap gak kena buat walaupun packed camne pun schedule kami...heheeheheh*
Cemut: tak sempat lah nak singgah...jadual keje full
dan kepada semua yang lain: terima kasih atas keprihatinan anda, doakan saya selamat sampai semula ke KL ye

-huhu..kontraktor Kota Bahru tu ensem, muda lagi, anak dato you-

10 November 2008

i'm off to Terengganu + Kelantan

Saya akan ke Terengganu & Kelantan esok. Sampai Khamis. Tapi saya akan tetap berusaha update, sbb V30 akan dibawah bersama untuk buat report *gigih kan saya*

i'm blogging form east coast

uncit saya..uncit saya

Pagi-pagi lagi dah buat call yang boleh buat org geleng kepala.

Dah lah tadi, pagi2 lagi dah kena kejar ngan en boss. Dia lak boleh buat call yang ala-ala manja gitu.
*tersenyum lah dayu kejap*

'yang, mana stokin orang??' - en ekwan

Adoii hai..kita ni belum lagi jadik isteri awak weiii. Ada ke tanya mana stokin. Alahai, manjanya kamu en ekwan.

09 November 2008

terimala je lah

Ini lah gayanya kalau bekerja dgn kontraktor2 dari Kelantan.. bukan pe..
Bila Jumaat derang cuti, kita kerja.. Ahad lak kita cuti tapi derang keje...

Maka, dah tak pasal2, pagi2 ahad di kala Dayu sedang nenyak membuai mimpi, tgh sedap2 peluk bantal..telefon menjerit-jerit. Arrgghhh!!! Nak tak nak angkat je lah, control skit suara, jgn dengar sgt mcm baru bangun tido...

Isskkk..telefon tanya mcm2 lak tu, nak kita ni buat keputusan time tu gak..
Dah lah reference smua kat opis..

'kita pakai system centrex ye telefon tu cik idayu' -en kontraktor
'satu line bape ringgit?? murah lagi ke dari key phone?' -dayu

Nak tak, pe yang dia kata kita ni main caya je lah. Mana nak ingat semua tu. Maka, ye kan je lah. Nasib baik pe yang dia cadangkan tu mmg dah pernah discuss dulu. Kira buat keputusan adalah panduan sikit.

Tapi next call ni mmg menyeksakan. Dah lah ingat boleh tido lena lepas ni. Kena gak kacau lagi.

'cik idayu white horse tak boleh supply lah tiles tu, saya guna yg lain ye'
'brand pe?? kaler pe?' -dayu

Dia bagitau lah supplier mana semua, harga smua kan, tapi camne nak suruh kita kata 'ya'. Tak tengok sample smua. Last2 ayat senang nak end call *nk sambung tido*

'sure ke white horse tak boleh supply?? kontraktor kat gua musang bleh dpt, tak kan en kat kota bahru tak dapat?' -dayu

Dan en kontraktor pun kuar lah ayat2 berjanji akan cuba dapat kan. Pepandai lah kamu ye. Klau nak guna brand lain, sila antar sample kat saya dulu *saya nak tido ni*

-wiken ni mmg tak nenyak, sabtu kena kacau ngan org insuran pagi2. nasib baik tak kena maki, tapi cakap lah ko sorang kat situ. Angkat phone, cakap hello, dia kata dia dari MBF, terus letak phone tepi, tarik comforter, tutup mata semula. *hahahaahah padan muka, kacau lagi aku tido*

sampai ptg ni pun call lagi, nak confirm kan item2 dlm BQ, aiyyaaa mu ingat kawe bawak balik umah ke dokumen tu?? esok la ye, kita discuss...

08 November 2008

saya berangan lagi

Waktu-waktu malam begini, time semua org dah nenyak tido *pastu uncit juga dah lena*

Melihat gambar kawan-kawan di hari perkahwinan mereka yang diupload secara meriah di frenster, MySpace dan juga facebook membuat saya tersenyum lagi.
Mula lah terfikir macam-macam. Start lah merancang macam-macam.. nak gini lah, nak gitu lah. *Owhhh kuatnya kamu berangan dayu*

-saya nak outdoor photoshoot ngan baju nikah yang berwarna putih, nak shoot di kala nak senja, gmbar akan jadik sgt lawa-
tapi kena pastikan pengantin nya lawa gak lah kan, so sila kurus kan badan anda ye

Outdoor di rumah tinggal yang dah buruk trend eh skrg?? tapi dayu mcm tak suka
Tak rasa mcm scary ke??
Apa kata kita main kejar-kejar kat tepi laut *Lido kan ada kat JB tu*
Kat rumah limas Danga Bay pun kan seronok..boleh amik pose ala-ala hindustan -kekekeek- *danga bay management minta pape fees tak kalau kita nak mengedik kat situ erk??*

Saya dah dapat kan job untuk en photographer, takde pape ke En. Amrul??
Bagi lah printed 8R tu 2,3 keping lebih.. :)

-nak pakai beaded lace ke chiffon erk nikah??-

u make me smile dear

Sukanya tengah-tengah malam ni.. Umi had upload the pictures at her frenster.
Ohhh Raiyan, kamu benar-benar buat aunty tersenyum riang tau.. *kamu comel sgt*

meh raiyan kita berendam sama-sama..raiyan main kat baby pool ni eh

lorrr, takut air rupanya kamu ye.. mommy kamu la ni, tak ajar kamu mandi air sejuk
baru cecah kaki air tu dah menjerit bagai..*kamu comel la bila melalak raiyan*
uncle ekwan umpan itik digi tu pun kamu tak layan ye..

07 November 2008

saya nak satu boleh ??

Tadi tengok Anugerah Skrin 2008.. Baju Nurul Syuhada yang biru tu lawa lah..
Suka sangat lah design baju tu
*skrg ni mmg fesyen lengan baju gitu eh???*
-saya mcm tak suka, tp tgk baju tu tdi terus jadik jatuh cinta-

Tapi pape pun sila kuruskan badan anda dulu ye sebelum berangan nak sarung baju-baju yang begitu *owwwhhh...seksanya rasa*

Pastikan ianya berjaya

Ada beberapa bulan je lagi ni..

Dah seminggu menahan diri dari makan sesuka hati... Konfrantasi terhadap nasi telah dilancarkan secara besar-besaran *takmo kawan ngan dia*

Argghh!! Tapi nape jarum weight scale tu tetap gak kat situ *nyampah nye!!!* Mungkin kena tukar ke digital lah, baru lah kalau ilang 50gram pun nmpak perbezaan dia kan..

06 November 2008

sila abaikan segala kecelaruan di sini

Blog ini dalam proses bersalin kulit..
Maka, sila lah abaikan segala benda yang tunggang langgang di sini di kala anda menyinggah.

Amat pening ok, nak study html code tu..
*saya yg amatur*

-semoga semua akan kembali normal segera, mata sendiri pun dah tak tahan ok-
*ni tgh geran ni,abis semua link hilang*

edited:
ini saja lah yang saya mampu buat setakat ini. isskk,camne nak adjust size image kat title tu hah?? puas sudah saya tukar padding dia, namun gitu gak gmbar dia..
takpe, esok kita godek lagi html code itu ye *bangga lak sebab bleh buat smua ni*
skrg tengah nak masuk kan balik semua link-link yang telah lenyap itu *benci tau* itu semua reference saya untuk hal-hal berkaitan perkahwinan tau..*dah kena carik smula*

05 November 2008

Tiba-tiba saya terfikir...

Terfikir apa?? Terpikir, camne kalau tiba-tiba ex-bf kita satu office ngan kita?? Lagi parah kalau satu department?? *tapi dayu tak pernah ada ex-bf yang berpotensi nak sama2 duduk kat engineering/technical department..oleh itu selamat*

Tapi kalau satu office pun dah cukup naya dah rasanya. Lagi-lagi kalau ada kisah2 silam yang kita tak nak org lain tahu. Dah lah dulu break cara tak baik kan, harus la nanti dia jaja mcm2 citer.. tak ke naya tu??

Gossip kat office ni dasyat tau penangan dia. Boleh buat org sampai resign smua.

Apa nak buat kalau tiba2 one day terserempak nganex-bf kat office, sama2 dalam bilik meeting?? Duduk depan kita lak tu?? *ohhhh..jauh kan kejadian itu dari diriku ini* Tak ingin bertemu mereka-mereka itu lagi.

-ni semua gara2 teringat yang si dia itu bakal grade, opis ni lak tgh carik ramai IT officer,iskk..jangan lah smpai apa yg difikir ni jadik kenyataan-

Hutang Tag Pertama

Adik kita yang bakal jadik tutor di UTM ni telah menge'tagged' akak nya ini. Maka dengan ini, saya melaksanakan tugas ini dgn penuh dedikasinya.

*tarik nafas panjang-panjang sbb soalan dia banyak*

1. Bekas kekasih saya adalah : Dia..Dia..dan Dia *mana bleh bgtau, rahsia ni*

2. Saya sedang mendengar: Bunyi air roomate mandi

3. Mungkin saya patut: berhenti keje dan berehat di rumah *in your dream lah*

4. Saya suka: Kucing, Benda Free tapi best, Jalan-jalan, Shopping tapi org bayar *dayu suka benda free*

5. Sahabat-sahabat baik saya : semua comel-comel belaka

6. Saya tak paham: nape saya perlu keje untuk dapat duit. tak keje tak boleh ke??

7. Saya kehilangan: masa untuk bergembira sesuka ati arini

8. Ramai yang berkata: 'dayu. kawin tema kaler pe???' -terus mood kawin membuak-buak-

9. L.O.V.E adalah : berkorban apa saja

10. Saya akan cuba: kurus sebelum naik pelamin *ni wajib ni beb*

11. Makna SELAMANYA adalah : kekal sampai bila-bila

12. Handphone saya : biasa je, asal bleh sms, mms, video call cukup lah, tapi kalau dpt HTC lagi bagus *encik kontraktor tak nak bagi satu ke?? kekekekeek*

13. Bila saya bangun tido : rasa tak nak bangun, nak tido lagi

14. Saya paling meluat bila : bagi arahan last minit, belajar jgn jadik lalang boleh tak??

15. Umur yang paling happening: time sekolah menengah, time start gedik2 nak bercinta *bengong tul*

Dah cukup..malas nak buat lagi. Panjang sgt lah, bagi sikit2 dah la. Ni abis semua rahsia dia nak tau. Mana boleh..tak best lah kalau smua org tau.
Berahsia kan best...baru lah rasa mcm VIP, semua org tertanya-tanya *sudah la ko dayu*

hari yang padat

Hari yang amat padat. Tak sempat nak berehat *ni curik2 je ni*

Tapi tengahari tadi dapat lunch ngan uncit saya, kami gi pejabat pos Bangsar, claim rebate minyak. Post office Bangsar tak ramai orang.. 5 minit je dah selesai * i like*

-nak sambung keje..banyak ni-

04 November 2008

Lagi kisah bergambar S&B

Baru je dapat email dari Salwa. Dapat lah gambar from her camera. So tengah tunggu umi punya je. And gambar kat pool semua ada dlm kamera umi.

tengok raiyan tu, menjeling semacam

dayu tengah memilih nak telan cupcake yg mana dulu

ni ko mmg betul2 rajin membantu ke lakonan semata ni wak?

mmg berbakat en ekwan ni..*saya suka*

03 November 2008

Bersama S&B

Monthly gathering kami yang menyeronokkan.
Sesi makan-makan yang amat memenuhkan perut *failed diet aku*
Sesi yang penuh dgn gossip-gossip hangat di pasaran *sesi ni paling seronok wehh*
Dan kali ni aktiviti bermain air juga berjaya dilaksanakan..
*Pn Umi dan Pn Salwa, sila email gmbar tersebut segera kepada saya ya*

Mr. Raiyan Raessh yang sentiasa mencuri perhatian

Faiz's Cupcakes By Salwa

sesi makan kali ke-2 as Umi's Nasi Lemak arrived

Raiyan and his Uncle Ahmad

sian puan salwa, tak sempat nak terjun pool sebab asyik kena kemas meja je
kawan-kawan tau nye makan + selerak kan meja

sesi melayan the babies..seronok mak bapak korang, nak makan semua ada je org nak jaga anak. tengok la nanti kalau dah ramai, tergolek-golek lah depan tv

bestnya peluk raiyan..

rumah mereka lah yang telah kami terjah
*next gathering, kumpul umah korang lagi eh..umah korang best*

02 November 2008

Owwhhh...

Hari ni 1 Nov 2008..
Maknanya sudah 5 bulan kami bergelar tunangan *terasa sweet*

*lagi 7 bulan boleh kawin*