29 November 2009

camne rasa baby gerak??

Bulan 12 nanti, kandungan saya adalah berusia 5 bulan. Dan mengikut fakta, sepatutnya dalam tempoh ni dah boleh rasa baby gerak kan. Sekurang-kurangnya pun sedikit tendangan lembut baby kan. Dan kini, saya asyik tertanya-tanya camne rasanya tendangan baby tu?? Camne rasa baby gerak2 dalam perut ni. Kang sebenarnya lain, tapi ingatkan tu baby nyer movement.

Kalau dulu, posisi paling selesa masa tido adalah mengiring ke sebelah kanan. Sampai sakit2 tulang bontot aku tampung berat badan sendiri. Nak ngiring sebelah kiri macam tak best. Ada rasa tak sedap kat perut. Tapi skrg ni, tak kira kiri ke kanan ke, smua adalah tidak boleh. Ada rasa.. rasa camne  erk?? Tak reri nak describe. Nak kata angin..tak kan lah ada sepanjang masa. Maka, tido terlentang je lah. Mati lah kalau kena tido macam ni sampai bulan 4 taun depan.

Duduk pun kena bersandar, kalau tak.. siap sedia lah sakit pinggang segala. Kalau bersila pun.. jgn la lama2. Kalau tak,bantuan suami adalah diperlukan untuk bangun. Bunyinya macam dah sarat je kan. Hakikatnya, perut pun masih segan2 lagi nak tersembul, lagi2 kalau pakai baju longgar. Kalau streachable materials, nampaklah sikit.

*baju kurung mulai tidak boleh disarung. okay, masa untuk melabur membeli pakaian sewaktu mengandung. tapi saya adalah berminat dgn baju2 yang saya akan masih boleh sarung walaupun selepas menjadi ibu nanti. maxi dress adalah pilihan utama. nasib baik saya adalah tinggi. sesuai la gak nak sarung maxi dress.

28 November 2009

ko apsal nak emo dayu??

Dulu pernah aku kata kat En Ekwan betapa kuatnya pengaruh tv kat dia bila dia beriya-iya nak botakkan rambut dia macam Michael Scofield Prison Breaks tu. Issskkk, tak berkenan sungguh dia botak. Tak suka lah. Dulu pernah sekali dia buat. Uiiihhh, punyalah aku berharap rambut dia akan cepat tumbuh. I suka lelaki kegemaran i yang berambut lurus, lembut, kilat bersinar tu. Rambut dah lawa,lagi sibuk nak botak. Baru sekali lah dia berjaya membotakkan kepala dia. Kalau ikutkan dah berkali-kali gak dia mintak nak botak. Puaslah aku goda suami sendiri. Yelah, yang nak mengadap dia tiap hari kan, isteri dia ni. Kena lah bagi permandangan yang indah2 kan. Kang i nyampah kang, tak pasal2 dapat dosa free tau.

Tapi bila difikir-fikir semula, rasa aku lagi emotional kot. Lagi kuat terpengaruh dengan tv. Pantang tengok citer2 melayu yang emo kat tv. Mula la, tanpa diminta buat ulasan rasa hati kat watak2 dalam citer tu. Lagi2 bila watak tu macam menyakitkan hati. Nak tak nak kena lah suami aku layan je bebelan isteri dia ni.

Ni hah.. tengok citer Korban Kasih Marlisa kat Tv3 ni. Hangin aku tgk watak Adam ni. Ikut rasa hati mau je aku gi lepuk2 muka dia. Bengong. Dah ada bini, sesuka hati ko je buat mcm tu. Kalau dah memang tak nak, nape ko setuju kawin ngan dia. Seksa dia macam tu. Memang la mak ko yang suruh. Tapi kalau ko cakap nasib yang akan dia terima kalau ko setuju kawin, ko agak mak pak perempuan tu bagi ke ko kawin ngan anak dia?? Kalau aku lah jadik mak dia, tak hingin aku menantu macam ko. Tak menguntungkan langsung.

Dan, ohhh perempuan sekalian.. mengapa?? Memag adakah perempuan yang masih boleh berdiam diri walau dianiaya suami begini?? Bukan lah aku nak cakap besar ke apa, nasib kita sendiri pun tak pastikan. Iye, bersabar tu jalan terbaik. Berharap suatu hari nanti dia akan berubah. Tapi yakin kah dia akan berubah. Kalau selamanya macam tu. Kalau jadik makin teruk?? Tak ke seksa diri namanya tu.

Entah lah.. tapi buat sekelian kalinya. Aku sentiasa ingatkan diri sendiri. Tolong jangan perbodohkan diri. Tolong jadik bijak. Jangan biarkan nasib diri terabai. Kita sentiasa ada pilihan. Mementingkan diri bagi aku tak salah. Ohhh, mungkin aku bukan lah orang yang ibarat lilin. Sanggup diri terbakar, asal org lain hidup dalam terang. Aku rasa, dalam apa keadaan, dulu kan diri kita dan keluarga. Yang lain-lain, kemudian boleh fikir.. Peduli lah orang nak kata pentingkan diri ke apa ke.. Takde yang lebih penting dari kebahagiaan sendiri beb..

Sebab tu aku emo sepanjang tengok Nur Kasih. Seb baik dah habis, kalau tak.. setiap Jumaat emosi aku tak stabil *mahal siot dvd nur kasih, amik kesempatan sungguh*

*mengapa Tiz Zaqiyah sentiasa diberi watak2 isteri teraniaya ni?? suami harus kah bernama Adam??

kelakar lah suami saya ni

Bila tiba-tiba kaki cramp, tengah2 malam lak tu, sakit sungguh.. Tak sangka suami saya boleh terjaga. Sangat rasa bersalah buat dia bangun. Dah lah tido lewat sebab main game kat fb. Tak cukup tido pakcik tu jadiknya. Nasib baik tak lama cramp tu. Urut2 skit. Hilang rasa sakit dia.

Suami yang tolong urutkan, mestilah cepat hilang rasa sakit kan.

Tapi bila dia bangun pagi tu, teman isteri dia ni goreng mee kat dapur. Dia kata 'ayang ni, buat orang terkejut je tau' Bila tanya kenapa, dia jawab 'ingatkan nak terberanak dah' Tergelak besar aku tau. Kelakar la suami saya. Baru je nak masuk 5 bulan sayang weh, tak kan nak terberanak dah.

Rasanya lawak dia ni akan buat aku tersengih, sekurang2 seminggu. Mesti susah nak lupa lah.

26 November 2009

dah nak 6 bulan kitaorg kawin

Office sunyi siot pagi ni. Aku dah lah terlambat 13min pagi ni. Bila masuk, tengok smua partition kosong. Pintu bilik smua tertutup. Ingat smua berkumpul kat pantri, isi perut. Tapi kosong gak. Tak kan smua cuti kot.. Bila call smua gi breakfast kat luar rupanya. Mentang2 bos ramai takde. Lepas bebas korang eh..

Pagi tadi tertido tahap maksima. Tak sedar langsung alarm bunyi. Punyalah kusyuk tido. Boleh tersedar tadi pun sebab kucing kat luar tu dah bising kelaparan. Selalu pukul 6 pagi dia dah dpt makan. Tadi pukul 7 pun takde org bukak pintu bagi dia masuk. Harus lah dia memekak. Punyalah dia terjerit-jerit mintak makan. Terkebil-kebil bijik mata aku bila bangun tengok dah cerah. Dengan baju tak gosok lagi, kelam kabut aku kejut laki bangun.

Cuma gara-gara aktiviti malam td. Tu yang kami laki bini tidur tak ingat dunia.

Minggu lepas suami saya tiba-tiba kata 'yang, jom makan seafood' Huhu, lately ni, sejak bini dia dah masuk 2nd trimester, dia lak yang terlebih mengidam. 3 minggu lepas tiba2 tgh golek2 tgk tv dia mintak buatkan pulut kuning. Dan sebagai bini yg prihatin, berusaha la aku buat pulut kuning, ngan kari ayam sudah. Dia mintak rendang daging, terpaksa aku buat tak layan sbb malas. Kari pun syiok pe makan ngan pulut.

Maka, untuk menunjukkan keprihatinan yang berterusan dan berpanjangan. Pastu ikan dan ayam dalam fridge pun dah habis, memang sesuai lah kalau malam ni kita gi makan kat luar kan. Asyik makan kat umah pun, boleh jadik bosan gak kan. Sekali-sekala kena jugak bagi suami makan masakan org lain. Bagi dia rindu kat masakan kita. Tapi kena la pastikan kita masak lagi sedap kan.. kang sendiri yang haru..

Google punya google, Bagan Lalang menjadi pilihan. Tu lah yang paling dekat. Dekat tak dekat lah, satu jam jugak nak sampai. Tu ngan bantuan GPS tu, kalau main redah je, mau sempat kitaorg kebulur dlm kete dulu. Area Sepang tu mana lah familiar. Dan kedai yang menjadi pilihan adalah H.M Seri Bagan. Ni pun sbb ramai yang recommend kat google tu. Dan sebab suami saya asyik kata 'kedai dia tepi laut ke yang??' Punya yakin aku jawab 'a'ah' Pastu kelibut gi tgk dlm googlemaps, nasib baik mmg tepi laut. Apalah yang laki aku semangat sgt nk tgk laut. Takpe.. kita layankan aje tempias sindrom ibu mengandung dia tu.

kami berdua je habis kan smua ni. aku rasa org kat meja sebelah mesti kagum tengok kebolehan makan kitaorg. tak padan kecik. kecik ke?? siapa yang kecik dayu weh?? iye..iye, bukan saya. yang kecik adalah suami saya, tp perut dia besar.

suami saya kena paksa habiskan ketam. peerrghhh, dia punya pedas tahap kuar air hidung lah, tp sedap punya pasal *dan akan tetap kena bayar* Perabis kan je lah

19 weeks.. sbb baju tu kain dia strechable, dan saya adalah dalam posisi duduk, agak jelas sikit lah perut tu. tu pun sebab lepas makan 1 ekor ketam, setengah jenahak 600gm dan suku pinggan lala masak sos tiram *muka disimbah dgn cahaya flash secara berlebihan*

Saya kata kat suami saya 'yang, ni kira celebrate 6 bulan kita kawin lah ni ye??' Dia angguk je. Bila tanya next month punya camne dia kata 'mana ada org celeb setiap bulan la, anniversary tu maksudnya annually lah' Chhaiit... tak kira, tak kira. Dah banyak benda yang dijanjikan telah dipostponed. Semua akan dituntut. Tak kira. Saya masih cergas. Setakat snorkelling tu.. wa no hal.

25 November 2009

sambal belacan = pembuka selera

Ikutkan hati dan keinginan nak berblogging, nak buat entry ni malam semalam. Tapi boleh pulak semalam En Ekwan tiba-tiba berebut komputer. Isskk..isskkk.. nyesal pulak aku pengaruh dia suruh join FB. Muncung je lah aku lepas ni. Jangan nanti dia ketagih sudah.. kang tak pasal-pasal dia ajak bela beruk lagi sekor.

Ok, topik asal, kita kembali. Saya nak cerita hal makanan sebenarnya. Sebab rasa macam dah lama takde gambar makanan kat sini. Nak jamu makan betul2, takde kesempatan. Jamu dengan gambar pun jadik lah kan. Tapi kang kalau ada org terliur, susah pulak. Tak pasal-pasal aku rasa bersalah. Nasib baik bukan bulan puasa. Erkk eleh dayu, ko nak letak gambar pe je pun yang sampai org nak terliur bagai. Tapi ada benda, kita tgk biasa, tp kat setengah org.. 'ohhh..lamanya tak makan'


Heheheh.. Ikan Cencaru masak kicap. Santapan di malam hari yang paling ringkas dan pantas untuk disediakan. Sedap pun sedap. Lagi-lagi bila dah lama tak buat kan. Kalau selalu sgt, mmg confirm muak. Buat lah special mana pun. Harus tak laku.

Dan paling nikmat, ulam-ulaman ngan sambal belacan tu. Bekalan dari mak mertua dan kakak ipar sebelum derang terbang hari tu. Peerrgghhh!!! Biar pedas sampai kuar-kuar air hidung, tp cicah tetap beringat. Dan secara tidak langsung itulah punca 'Program Kawalan Makan' aku failed 2 hari ni. Nasi memang pantang kalau tak bertambah. Punyalah banyak derang bagi, rasanya malam ni pun sayur adalah ulam. Tapi kesian kat suami saya, dia mana makan ulam, sambal belacan ni. Macam gedik lak rasa. Nak masak sayur lain untuk dia, harus aku malas kan.. dah lah tekak mmg selera tahap maksima kat ulam2 tu. Dah lah macam-macam jenis ada.. selera terus ke tahap maksima infiniti siot.

Aarrgghh!! dah tak pasal-pasal tengahari ni terasa nak makan ikan bakar cicah air asam ngan sambal kicap.. Siot lah, next week check-up bape kilo agaknya naik.

24 November 2009

menamakan anak bukan mcm nama kan anak kucing

Bila orang tanya 'apa nama anak dayu?' Aku memang akan jawab 'entah,takde nama lagi ni' Dan terus minta org yang bertanya tu tolong pikirkan nama apa nak bagi kat anak aku nanti.

Tapi serius beb, buat masa sekarang ni. Dalam usia kandungan nak masuk 5 bulan minggu depan dan dalam keadaan perut yang masih macam segan-segan itik nak terbonjol *kecuali aku pakai baju yang bersaiz S* masih tiada nama yang dipilih untuk diberi kepada 'dia'. Serius.. bila bincang hal ni dengan daddy 'dia' Boleh lak daddy dia keje gelak je bila mummy bagi cadangan nama. Semua dia tak berkenan, tapi bila suruh dia yang bagi nama. Lagi entah pape je nama dia bagi. Kuat merepek tau laki i ni.

Nama budak2 sekarang ni, dah lah glamer2. Kreatif sungguh mak bapak sekarang. Macam2 nama, smua sedap2 je dengar. Kena kat orang macam aku, ko bagi nama anak sedap2, aku panggil entah pape. Tapi jangan risau, mestilah dipanggil dengan nama yang kedengaran comel dan paling cute untuk seorang baby. Baby kan comel,kena lah panggil ngan nama2 comel. Nama sedap yang mak pak dia bagi tu boleh guna masa nak ngorat kat FB bila dah akil baligh.

Masih relevan kah Facebook di zaman anak2 kita nanti?? Ke derang punya social networking akan lebih maju dari kita??

Dan terus mahukan nama yang simple bagi anak saya. Juga yang comel. Itu harus.

bila tengok gambar ni, tergelak kejap

*jantina masih belum diketahui, mood nak memilih nama pun tak berapa mari

23 November 2009

i manja terlebih??

Aku rasa aku boleh dikategorikan sebagai 'Isteri Manja Terlebih' yang secara langsung dengan sendirinya mensahkan dan memperakui gelaran yang suami saya bagi. Kalau ikutkan, dari zaman bujang dia dah bagi title tu. Tapi dulu punyalah beriya nafikan. Tak setuju langsung tiap kali dia komen kata 'issskkk, manja terlebih la awak ni'

Tapi bila dah hidup berdua ni, lagi terasa betapa bergantung harapnya kat dia. Alah, suami sendiri pun kan, tak susahkan dia. Ngan sape lagi, ye dok??

Lagi-lagi sekarang ni, gi keje sekali, balik keje pun dia dtg kutip dulu. Maka, bila sekali-sekala kena gi keje sendiri, rasa macam 'alah, malasnye nak gi keje' Nak je join dia duduk kat rumah. Nak gi kedai ke, Giant ke, mesti nak gi ngan dia gak. Sedangkan boleh je gi sendiri. Tapi nak gak dia ada. Gedik kan.. Dan sekarang, sangat malas memandu. Tugas tu smua diserahkan kepada En Ekwan. Kadang2 lah bila dia dah tak larat sgt, bila dia sendiri yang request suruh drive. Baru lah bertukar tempat duduk. Tu pun buat cubaan mengelak lagi *heehehe*

*arini dia agak tidak sehat, siapa agaknya lagi manja??

padat!!! *tiru gaya fazura sebut 'panas' dalam pisau cukur'

Saya bekerja ye hari ni, walaupun kehidupan 3 hari sebelum ni adalah sgt padat. Masa habis dalam kete je. Laki saya lagi penat. Dan sekarang dia sedang nenyak tido lagi agaknya. Saya janji nak bagi full body massage, tp saya sendiri dah lembik satu badan. Maka tawaran adalah ditarik balik.

KL - JB - MARAN - KL - dan akhirnya pulang ke rumah sendiri.

Kete adalah bekerja keras. Tapi apa dia kesah, asal isi minyak penuh tank, gerak lah dia. Ko sedia je duit. Pasni dia merengek mintak gi jumpa doktor lak. Jangan buat2 tak dengar sudah lah. Ohhh, itu saya serahkan kepada suami saya.

Pulang ke JB sebab mahu menghadiri hari agung sepupu. Rasa macam tak best kalau tak hadir sebab dulu masa saya kawin, dia siap sponsor cupcake hantaran. Buatkan kek kawin dengan bersungguh-sungguh, bagi special price lagi. Maka, berusaha juga meluangkan masa untuk hadir. Tapi ralat tu tetap ada, sebab boleh dtg nikah je. Maka, nak mengedik bersama sepupu2 lain di pelamin adalah tidak akan dapat. Lagipun, mesti makcik2 aku terjerit2 nanti 'weehhh, awak tu mak buyung, mana boleh join anak2 dara tu' *pasrah* Tapi perut i slim lagi lah, tak nampak macam pregnant pun tau. Boleh tak nak jawab gini?? Boleh, lepas tu kena sekeh. Sanggup??

but.. see.. see.. macam org mengandung ke?? tidak kan?? ohh, suami saya sudah mengantuk, asyik tanya 'bila nak balik ni yang?? org ngantuk dah ni'

Makcik saya juga marah. Dia kata 'ni apsal tak pakai baju mengandung lagi ni??' Selamba aku jawab 'baju kurung muat lagi ni' Tak pasal2 kena bebel. Iye..iye, nati ajak suami saya gi beli. Biar 'dia' dapat space yang cukup untuk membesar. Hah..makcik i ada pesanan untuk semua wanita mengandung. Sibuk dia suruh aku duduk tepi dinding time nikah tu. Orang ramai kan, penuh rumah. Dia kata 'waktu2 gini, jgn bagi org langgar punggung awak' Bila tanya nape, dia tak sempat nak jawab, sbb sibuk kat dapur. Maka, berada di pihak yang serba tak tahu. Akur jelah.

laili adalah sgt cantik *biasa2 pun comel, inikan pulak time jadik pengantin*
sekeping je lah dulu, nak upload yang lain cable hp tak bawak, nak email smua, bankrupt la gua.

Gigih dia ni tau. Habis je last paper, trus berdesup balik JB pikir hal kawin lak. Kalau aku lah mmg tak pikir exam dah, harus jahanam CGPA semester tu. Tapi malam tu bila jumpa dia dalam bilik pengantin sambil belek hantaran, dia kata 'kak, memang hancur la smua paper, lepas smua kira baik' Hahahahah, harus!! Otak ni kalau dah pikir hal kawin,mmg full concentration kat situ je. Hal lain nak masuk campur, mmg susah. Setuju??

Hari Sabtu rancangnya nak gerak awal ke Pahang, tp kami suami balun tido sampai tengahari. Heheheh..maka, pukul 2 lah baru bergerak ke Pahang. Dan dengan pemanduan berhemah suami saya pukul 6.30 kami dah sampai. Terima lah bebelan pakcik-pakcik. 4 jam je JB-Pahang. Tak ke itu di luar kenormalan. Dengan hujannya. Geleng kepala je org tua smua. Tu pun laki aku dah bising 'bila nak sampai ni??' Nasib baik ada bini kat sebelah, slow la skit dia bawak. Kalau dia sorang ...huhu, tak terbayang laju mana agaknya kete tu.

Ok,sudah lapar. Mah turun gi beli makanan. Kalau tak nanti kena beratur panjang. Tak sanggup.

*tulang temulang adalah berkelakuan baik. dia tak buat perangai. maka rajinkan lah diri meneguk susu 'high calsium, low fat' tu ye dayu. gi tambah stok segera.

20 November 2009

gatal tak kena tempat

Ok, bagi sape yg masuk blog ni dr petang semalam, sambung ke malam, dan hingga ke pagi ni. Korang akan rasa, eehhh?? nape lain lak layout ni?? Tadi lain, sekarang lain. Iye, itulah akibat tergatal tangan petang semalam. Konon dah muak ngan layout lama yang dh pakai berbulan2. Konon nak tukar lain, hah!! sekali amik ko... iye, dpt layout baru. Tapi habis ilang smua link2.

Rasa nak nangis. Tapi sebab takde guna. Meraung dalam hati sudah..

Maka, kawan-kawan sekalian. Sila la tinggalkan jejak di ruangan komen ye. Nanti saya kumpul smula link2 kamu. Kalau takde link kamu smua,mana saya nak merayau nanti. Saya juga akan berusaha segigih boleh, akan merayap ke rumah rakan2 yang linknya masih terpapar dan cilok link kawan2 lain.

Sumpah lepas ni aku tak gatal tangan lagi. Kalau nak tukar sgt pun, godek2 coding je. Takde nye aku nak carik template free dan ganti gitu je. Aku menyesal ni. Sungguh!!!

Dah.. arini nak balik JB. 3 hari lah blog ni tak beroperasi.

19 November 2009

entry terkunci

Kan org selalu kata 'syurga di bawah tapak kaki ibu' Tapi kita orang perempuan ni, lagi2 bila dah kawin, bila saksi kata 'sah' bila air mata mula merah, habis mekap dok keje air mata. Automatik syurga kita kat bawah telapak kaki suami ye kawan-kawan.

Derhaka suami kamu, derhaka la kamu. Maka, berusahalah sebaik boleh agar tidak menjuruskan suami kamu ke arah penderhakaan. Waarrgghh, apa aku merapu ni petang2 ni. Ni semua gara-gara perut macam lapar,tapi malas nak turun gi carik makan. Sebab otak dah set, nak makan keow teow goreng kat Sogo.



Okay, entry gedik yang perlu di protected. Sebab bukan untuk bacaan umum. Cukup untuk bacaan peringatan diri sendiri. Tapi bagi mereka yang aku rasa layak untuk memberi pendapat, dan rasanya aku macam percaya untuk share. Sila lah menyatakan keinginan anda tu.

Sekian. Aku nak balik dah. Tapi En Ekwan kata 'kalau nak gi Sogo, gi lah. Orang lambat skit ni' Ok. Suami dah bagi keizinan. Mari kita ke Sogo. Tapi jangan buat2 lupa mintak izin sekali lagi kalau tiba2 berhasrat nak membawa keluar beg plastik Sogo tu.

saya risau lah

Nape perut ni macam kecik je ni???

Risau tau. Lagi2 kalau pagi2 baru bangun tido, rasa macam kempis je perut ni. Macam takde pape lak kat dalam. Macam buncit2 biasa je. Tak macam org mengandung 4 bulan langsung. Kalau lepas mencekik tu, ok lah skit. Kembung lah skit perut ni, kalau tak... tak feeling pregnant langsung.

Ngadu domba kat suami, dia kata 'bagus lah' Haiiyya..sayang weh, kalau perut ni mmg penuh lemak je,mmg lah harus i melompat kegirangan, ni kat dalam ni ada baby tau. Risau i tau.. cukup makan ke baby aku ni? membesar ngan sempurna ke dia?? Tak tenang tahu. Tangan asyik usap2 perut sendiri. Tak puas hati. Serius, risau tau. Iyelah, dia kat dalam. Mana kita nampak pe kan. Nasib baik laki aku ada sikit rasa prihatin, bila tgk bini dia macam resah lebih je, dia dtg pujuk 'alah, takde apa ni, lepas awak makan kang buncit la balik'

Tapi sesungguhnya,hati tak tenang. Risau jadik pape yang tak diingini. Takde ke pape cara untuk kita tau keadaan dia kat dalam tu erk??

tatap la muka pucat puan hidayu ni. skrg brg2 mekap smua entah mana duduk. malas nak layan, sampai kadang2 laki saya kata 'ni apa serabut sangat ni??' huhuhu..nasib baik dia komen je. tapi tetap terima keserabutan dan keselekehan bini dia ni.

Gambar full body takde lah. Nantilah, esok suruh suami saya amikkan gambar penuh ye. Esok mahu pulang ke JB. Sepupu saya mahu kawin. Dapat hadir dia nikah saja. Tak dpt nak bergedik-gedik amik gambar atas pelamin. Tak best je rasa, tapi sbb Sabtu nak berlari ke Pahang pulak. Pun sepupu kawin.. nasib badan lah. Pastu lari lak ke KL. Mak mertua dan kakak ipar sekeluarga mahu terbang meninggalkan Malaysia.

Harap2 tulang-temulang dalam badan akan berkelakuan baik. Semoga susu 'low fat, high calsium' tu berfungsi dengan sempurna.

18 November 2009

soalan SPM untuk smua

Selalu sangat tonton rancangan berasaskan tari menari ni, tak pasal2 rasa macam nak belajar menari gak. Macam seronok je tgk badan derang meliuk-liuk tu. Tambah lagi tgk Maya Karin menari dalam Pisau Cukur. Lagi lah bertambah gedik aku nak belajar menari. Tapi abaikan je lah. Badan yang sedang asyik mengembang ni. Takde sape rajin nak layan hasrat separa merepek aku ni.

Tak sedar badan keras nak mampos..

Ohh, ye.. ada pertanyaan nak diajukan ni. Bagi sape2 yang arif, tolonglah share maklumat dan pengetahuan bersama saya ye. Bukan tak boleh nak carik sendiri jawapan dia. Tapi macam2 jawapan yang ditemui di Google ni. Nak call tanya terus ke pihak bertanggungjawab, tak terbuat-buat lagi. Rasa nak carik sendiri dulu, kalau masih lagi tak terjawab. Baru kita rujuk kepada pakar.

Soalannya adalah : Berapa usia kandungan maksimum boleh naik kapal terbang?? Kalau International flight bape minggu?? Air Asia bape?? MAS bape?? Apa syarat2 dia??

Ok, itu je soalan nya. Sila lah bagitau saya jawapan dia eh..

14 November 2009

sudip dan pisau tu kawan baik i lah

Sudah lama rasanya tiada entry masak-masak. Tapi itu bukan maknanya i malas masak ye. Hakikatnya, i semakin rajin memasak. Tiap2 hari i masak tau *jangan buat muka tak percaya* Kat opis, tengah draft report, tgh buat drawing pun asyik terpikir-pikir 'apa aku nak masak malam ni??' Lepas tu trus tak jadik buat keje, terus meng'google resipi. Ilmu memasak i kan cetek, kenalah mencilok resipi di ruang siber. Dan bukti i semakin rajin memasak, baru 2 minggu suami i beli beras 5 kg, i dah sms dia 'yang,balik nanti beli beras ye.. dah habis' Hebat tak hebat lah i memasak.

Nak kena pantau la berat badan suami i tu*juga ukur lilit pinggang dia* I punya tak payah, tiap bulan misi kat klinik gomen tu tolong timbangkan. Dan dalam fasa sekarang ni, i tak heran kalau berat naik 2 kg sebulan. I redha..kalau kena minum air gula lagi, i siap-siap bawak tupperware buang separuh air manis giler nak mampos tu *dalam hati,mati la aku nak kurus semula nanti*

Dan hari ni, pagi2 lagi i dah bangun tau. Suami masih lena memeluk bantal. Dengan gigihnya membukak peti ais. Dan bermulalah operasi menyediakan sarapan untuk kami berdua. Issskkk, i sangat failed menyediakan makanan dalam sukatan untuk berdua. Selalunya suami i akan masuk dapur dengan reaksi 'banyaknye ayang masak' sambil buat muka *aku ke nak kena abiskan smua ni??' Dan akibatnya, menu sarapan adalah juga menu minum petang. Ucapkan tahniah atas keefisenan saya ye.

Menu di pagi Sabtu yang permai dan tenang 'sangat' dengan bunyi drilling machine adalah Macaroni Goreng. Ini adalah pertama kali mengoreng macaroni. Sungguh. Tak percaya ke?? Alah,jangan lah macam tak percaya. I ni bukan berbakat pun bab memasak ni. Walaupun hanya memasak benda simple begini. Asyik2 ulang menu yg sama. Tu pasal, sebelum suami i muak, i gigih memanfaatkan kebaikan smua org yg sudi share resipi tu.

bahan memasak. daging cincang adalah tiada dalam stok. maka kita amik daging burger, kita cincang kasik hancur sudah. Daging burger cincang pun ok lah kan. Kena bijak mempelbagaikan bahan, baru lah lagi hebat.

bahan yang pelbagai sedang dimesrakan bersama di dalam minyak *yang sengaja digunakan dlm kuantiti yg sedikit, kurangkan kolesterol la niatnya* Dan setelah hampir 30min berseorangan di dapur, terus gi kejutkan suami bangun dan menghidangkan Macaroni Goreng kepada beliau.

Dengan kuantiti yang banyak begini harus lah mengulang makan sebanyak 3,4 kali kan. Selagi tak kosong kuali tu. Nak buang sayang siot. Nak kasik kat jiran, kata duduk kat construction site,mana ada jiran. Nak bagi kat jiran yg jauh sikit mcm segan, dia buat nasi lemak. Segan macaroni i duduk sebelah nasik lemak dia nanti. Nak kasik meow makan, reti ke dia makan macaroni?? Maka sendiri perabis sudah.

Dan sekarang, kepala tengah ligat pikir pe nak masak tengahari ni erk?? Husband i kata, macaroni tu tahan sampai pukul 3 je. Lepas tu dia lapar la smula. Suruh makan macaroni lagi dia kata tak nak. Minum petang takpe. Itu maknanya, dalam erti kata lain, dia hendak makan nasi. Dan maksud tersirat dia adalah 'sila lah jgn ngelat tak nak masak tengahari ni'
Ok, masa masuk ke dapur smula. Kije housekeeping dah 80% siap. Petang kang la i sambung. Mood nak main sudip, pisau smua dah dtg balik.

Pe menu?? Kita tengok je lah nanti apa yang jadik. Asal mampu mengenyangkan perut sudah..

*ni nape ni tiba2 ber 'i pulak ni?? alah, biasalah dayu tu, ada masa dia feeling jadik omputih. pastu bertukar jadik anak jawa. lantak kan je lah dia. asal dia gembira sudah.

seksa nak telan susu

Sekarang sudah rasa akibat malas nak minum susu time pregnant. Rasa lah ko sakit2 tulang smua. Padan muka. Orang suruh minum, tak mahu. Macam2 alasan ko bagi, tak sedap lah..tekak ko tak boleh terima lah. Dah sakit ni, merengek la ko sorang. Takde sape nak layan.

Mana nak carik pil kalsium erk?? Susu ni mmg tak sesuai lah untuk saya.

Sebelum dia serang kat gigi pulak..baik aku cuba dan berusaha sungguh2 untuk minum susu. Tambah milo boleh???

*rasa mahu tukar layout, header juga sudah macam terlalu lama. tapi macam malas nak godek2 smua.amik free template sudah. harap2 tiada link yang akan hilang. kalau tak, aku stop trus dr blogging *iye lah tu*
tgk la jap lagi, rajin aku tukar

12 November 2009

baby sayang

Arini ada appointment, nak scan baby. Appt pukul 8 pagi, tp tahu pukul bape aku masuk jumpe doktor?? Pukul 10.15am ko, giler lah.. Memang betul2 menguji kesabaran guwe, nasib baik perut aku kenyang, kalau tak lagi mengelupur aku jadiknya.

Sedangkan kat dlm tu 5 minit je. Ilang ke'excitedan aku nak tgk baby.. *damn!!*

Tapi tetap suka. Dia tengah tido. Lambatnye bangun.. :) Tak dpt tgk tangan dia melambai-lambai say hye to mummy. Doktor tu cuba nak tgk jantina dia, tp mcm tak nampak. Tapi doktor tu kata 'takde pun telur terjuntai2, kemungkinan, 70% perempuan ni' Lawak siot ayat doktor tu. Pape lah doktor, tak kesah lah dia laki ke pompuan, asal dia sehat, sempurna, selamat.. tu lagi penting. Apa pun jantina dia, tetap anak kami berdua, takde bezanya. Kalau dapat hidung dan rambut mcm daddy.. mummy akan sgt suka.. Mata sila ikut mata mummy ye *mata daddy kecik sgt lah*

Alamak, doktor tu kata kan, baby macam kat bawah sgt. Dan doktor tu mcm selamba je kata 'next scan kalau dia masih kat bawah lagi, awak kena lah keluarkan dia ikut atas ni' sambil bawak cursor tu ke arah atas. Huhuhu.. issskk doktor ni, saja buat i seram tau. Tggu 2 jam, benda ni dia kasik dengar. Uiihhhh...

Ohhh baby sayang, silalah bergerak ke atas ye. Jangan la block jalan kuar tu sayang..kuar ikut tingkap tak best lah sayang,kenalah kuar ikut pintu ye..

11 November 2009

lagi sekali,tajuk adalah tidak ada

Rasa sudah lama tidak memjawab tag. Tapi pagi ni *hahaha,kantoi, pagi2 bukan trus buat keje, berfoya2 jugak yg diutamakan* bila bukak blog Khai, dia tinggalkan amanat suruh buat tag tu. Dalam keadaan yang macam sedang malas *bukan macam, mmg kenyataan* buat lah..

Dia suruh tulis bagi org baca, pe tgh buat currently... Maka, ini lah hasilnya,

1. Sedang makan kurma dan gajus *nak anak menjadi bijak kononnya..usaha beb, usaha* sambil buat surat nak antar kat JKR PD, nak gi mengukur jalan selagi larat, sebelum perut membesar tahap maksima *kesian sama saya, kuar 5 report je taun ni*
2. Sedang gelak layan lawak2 tak bermanfaat pakcik2 kat keliling ni.. giler lah mcm ni. Tak jadik keje aku, asyik gelak je *matilah, rosak minda anak aku kat dalam ni*
3. Tengah pikir, tengahari ni nak beli buah buat pencuci mulut, selalu makan buah ciku je.
4. Merancang perjalanan pada 20- 23 hb nanti, ohhh, aktiviti sangat padat. Semua macam masuk kategori wajib kena hadir.. oohh, jangan pinggang aku buat hal sudah nanti..
5. Mengira-gira baki duit yg ada.. uuiihhh, lagi 2 minggu baru gaji... aarrgghhh!!! Tapi tangan tetap ligat klik kt kedai2 alam maya, dan menempah..oohhh!!
6. Sedang menunggu 2 parcel ..hehehehe *konon kata takde duit, meh sini aku lepuk skit*

Kucing kat rumah tu sedang cirit-birit. Alah..kesian sama dia. Makan pun tak mahu, kejenye melepek tido atas sofa je. Bagi makan pun tak nak. Tapi bila laki aku balik, berdesup dia berlari depan gate sambut org tu balik. Siap meleser2 lagi. Chaaiittt.. Pastu sambung tido kat celah lengan Ekwan. Bila aku dtg dekat nak manja2 sama suami sendiri, dia bukak mata jeling tajam je kat aku. Erkkk eleh binatang ni.. ko apsal?? Ko sedar tak, aku yg jaga makan minum ko selama 3 minggu ko duduk kat umah ni. Nak carik gaduh lak ngan aku, sekeh kang..

Ekwan gelak je tgk aku jeles ngan kucing. Tapi kesian punya pasal, malam td dia dapat tido dalam umah *dalam rumah=dalam toilet* Kata tak sehat.

*aci tak kalau gi tido jap, ngantok tahap maksima siot

10 November 2009

cukup..cukup

Tolong jangan citer hal bersalin dengan aku.. jangan tambah fobia aku ye..

Takut siot!!!

Dah..dah, jangan citer lebih2 hal contraction ngan aku..

09 November 2009

kena perkukuhkan ilmu

Entah apesal ntah, boleh lak teringat kat Mee Kari Mak Chu kat kampung tu. Memang sedap. Kalau makan, malu tak malu mesti bertambah. Pak Chu lak memang tak makan lah mee kari orang lain. Nak yang bini dia masak je. Dia kata 'kalau makan yang lain, macam ada tak kena je, tak kena kat tekak' -lebih kurang gini lah statementnya.

Uiihh, tak ke best tu. Boleh masak something special untuk suami. Dan berganda dia punya best, dia nak makan yang kita masak je. Kalau suami merajuk ke apa, senang citer. Masak je favorite food dia. Kasik perut dia penuh. Mesti lepas tu dia tersengih. Hati kita pun berbunga2.

Trus otak ni ligat 'pe yang laki aku tergila2 erk makan aku masak??' Penat dah pikir, tapi rasa macam takde je. Warrrgghh!! Rasa nak lepuk diri sendiri. Ke ada sebenarnya?? Pikir lagi.. pe yang dia rajin request suruh aku masak??? Hmmm.. oohhh, ada.. buat jemput-jemput ikan bilis setiap Sabtu ngan Ahad. Dia suka breakfast simple2 je. Tu aku suka. Saya agak malas nak buat breakfast rumit2. Tapi sabtu lepas dengan gigihnya i mengoreng mee tau*chaaiitt!!! buat mee goreng pun dah masuk kategori gigih* Hahahah, siyes beb, hari minggu adalah hari untuk sedikit bermalas-malasan. So kena mulakan sengan sesuatu yang ringkas *alasan..alasan*

Ohhh, dah ingat.. dah ingat. Dia selalu suruh buat mee kari. dari zaman bujang dulu. Suka sangat makan mee kari dia ni. Kalau makan kat mana2 pun, mesti dia order mee kari. Pastu selalu tak memenuhi standard piawai dia. Ada je komennya *dia pun jatuh hati ngan mee kari Mak Chu* Dulu favorite mee kari dia adalah di Old Town White Coffee, tapi lately ni dia tak suka gi sana. Dan selalu petang2, balik keje dia akan tiba2 berbunyi 'yang, buat mee kari' Huhuhu.. yang aku tak reti buat jugak yang dia request. Cuba minta mee sup ke, tom yam ke.. senang skit dipenuhi permintaan kamu tu. Mee kari ni.. i failed skit lah. Hehehe, tak pernah cuba buat dan kata failed. Apa lah ko dayu..

Tak tahu nape malas nak cuba buat.. dia mcm complicated skit kot *alasan* Ke sebab sendiri macam tak bape suka, selera orang lain pun aku malas nak layan. Heheheh.. betapa mementingkan diri sendirinya kamu Dayu.

Tapi .. tapi.. dia dah mintak banyak kali, sampai hati ke biarkan je permintaan dia tak dilayan. Yelah..yelah, nanti kumpul balik semua resepi mee kari. Hujung minggu ni boleh cuba buat. Akan berusaha menghasilkan mee kari yang penuh dengan kasih sayang. Biar bila sampai kat tekak, terus termimpi-mimpi.

06 November 2009

minta dijauhkan lah

Menonton Nur Kasih tadi membuat aku sgt geram. Sangat geram ngan watak Sarah itu. Perempuan pemusnah kebahagiaan orang lain. Gunakan org sekeliling nak puaskan diri sendiri. Lantak lah, ko tergolek, tertonggeng ke, yang penting aku dapat apa yang aku nak. Benci siot manusia jenis gini.

Tapi tahniah kat Umi Nazira, lakonan dia sgt menjadi.

Dan bila difikir-fikir, sangat takut kalau ada manusia (atau secara tepatnya perempuan) jenis macam ni muncul dalam hidup aku. Uiiihhh, tak terbayangkan beb. Musuh dalam selimut. Depan kita nampak suci murni, kita tak sangka jahat langsung kat dia sebab kita percaya kat dia. Tak terpikir yang dia akan sanggup buat benda jahat kat kita. Tapi tanpa kita sedar, dia peralatkan kita. Dan aku paling tak rela kalau ianya melibatkan kehidupan rumahtangga aku. Ohhh, sangat mintak dijauhkan.

Mengapakah perlu wujud golongan yang sebegini??? Dan persoalannya, sampai hati eh korang buat perangai gini..cuba letak diri ko kat tempat orang yang teraniaya tu?? Sanggup?? Sangat mulia lah kalau ko boleh tutup mata je..terima segala apa yang jadik. Letak kesilapan smua kat diri sendiri. Konon apa yang terjadi, mungkin kamu puncnnya. Ye, kamu akan dtg dengan pelbagai alasan. Tapi sila lah terima kenyataan, segala alasan yang kamu bagi itu sgt tidak akan boleh diterima oleh org sekeliling.

Kenapa aku emo tiba-tiba?? Takde sebab.. cuma lately terlalu banyak tengok citer/talk show pasal kecurangan. So aku jadik macam takut. Takut nanti benda2 yang aku tgk dalam tv je selama ni, akhirnya jadik kat diri sendiri. Kalau tahu takut kena kat diri sendiri, pandai2 lah amik langkah berjaga-jaga kan. Tapi bila difikirkan unsur luaran yang mcm ni, serius.. takut sangat. Mana nak tahu kan. Benda ni dah lah susah nak dikesan, bila dah melarat baru nak tahu. Meraung la jawabnya.

Dah lah, tak mahu cakap lebih-lebih. Minta maaf kalau ada yang terasa.

*oohhh, saya rasa saya kekurangan kalsium lah..

05 November 2009

rasa nak dengar lagi

Wow.. lamanya tak update blog sendiri.

Pemalas dayu ni. Huhu.. Minta maaf, saya mmg agak pemalas. Ada je benda nak tulis, tapi bila bukak je blog sendiri, rasa malas meluap2. Balik umah lagi lah malas. Nak kena berebut broadband ngan En Ekwan lagi lah tak rajin. Maka.. tiada entry baru dari saya.

Tapi sekarang tengah teruja. Sebab td pertama kalinya dapat dengar heartbeat baby. Ohhh, Yun pun dengar sekali. Tadi kami sama -sama check-up. Maka, kegemukan ku hanya berjaya disaksikan oleh Yun. Yun.. diam-diam je tau.

Laju betul heartbeat dia..

Angin malas datang melanda. Terus rasa nak stop. Nanti lah ye saya sambung kembali.