Menonton Nur Kasih tadi membuat aku sgt geram. Sangat geram ngan watak Sarah itu. Perempuan pemusnah kebahagiaan orang lain. Gunakan org sekeliling nak puaskan diri sendiri. Lantak lah, ko tergolek, tertonggeng ke, yang penting aku dapat apa yang aku nak. Benci siot manusia jenis gini.
Tapi tahniah kat Umi Nazira, lakonan dia sgt menjadi.
Dan bila difikir-fikir, sangat takut kalau ada manusia (atau secara tepatnya perempuan) jenis macam ni muncul dalam hidup aku. Uiiihhh, tak terbayangkan beb. Musuh dalam selimut. Depan kita nampak suci murni, kita tak sangka jahat langsung kat dia sebab kita percaya kat dia. Tak terpikir yang dia akan sanggup buat benda jahat kat kita. Tapi tanpa kita sedar, dia peralatkan kita. Dan aku paling tak rela kalau ianya melibatkan kehidupan rumahtangga aku. Ohhh, sangat mintak dijauhkan.
Mengapakah perlu wujud golongan yang sebegini??? Dan persoalannya, sampai hati eh korang buat perangai gini..cuba letak diri ko kat tempat orang yang teraniaya tu?? Sanggup?? Sangat mulia lah kalau ko boleh tutup mata je..terima segala apa yang jadik. Letak kesilapan smua kat diri sendiri. Konon apa yang terjadi, mungkin kamu puncnnya. Ye, kamu akan dtg dengan pelbagai alasan. Tapi sila lah terima kenyataan, segala alasan yang kamu bagi itu sgt tidak akan boleh diterima oleh org sekeliling.
Kenapa aku emo tiba-tiba?? Takde sebab.. cuma lately terlalu banyak tengok citer/talk show pasal kecurangan. So aku jadik macam takut. Takut nanti benda2 yang aku tgk dalam tv je selama ni, akhirnya jadik kat diri sendiri. Kalau tahu takut kena kat diri sendiri, pandai2 lah amik langkah berjaga-jaga kan. Tapi bila difikirkan unsur luaran yang mcm ni, serius.. takut sangat. Mana nak tahu kan. Benda ni dah lah susah nak dikesan, bila dah melarat baru nak tahu. Meraung la jawabnya.
Dah lah, tak mahu cakap lebih-lebih. Minta maaf kalau ada yang terasa.
*oohhh, saya rasa saya kekurangan kalsium lah..
hee
ReplyDeleteaku pon geram ngnsarah dalam nur kasih
eeii,,
backstab betol
slm puan dayu
ReplyDeleteaiyak..baru mau nonton on9 nur kasih ni kt web tv3.. tgh buffer lg tu.
tp jgn risau.. last2 sarah tu sedar jugak akhirnye. nant timbul rs kesian kt nur.
eh.. tercakap sinopsis plak. maap ;p
puan dayu..yg penting diri tu ikhlas..sama2 jaga dan ikrabkan ikatan antara suami isteri..insallah...hanya allah yg tahu..selain kita hanya planing dan berusaha...
ReplyDeletemusuh dalam diam memang menakutkan..
ReplyDeleteArap2la dijauhkan..huhu
adalah 2 3 kerat sedara mara n teman rapat y laki dia wat hal time wife dia ngandung..so Dayu jgn abaikn en suami kamu yerr!!
ReplyDelete*bkn nk tkutkn Dayu*
amy pun tak paham kenapa ada jugak manusia camtuh. sanggup buat apa sahaja demi kebahagian diri dia sorang. pelik... tapi tuh lah lumrah hidup kot. apa-apa pun, biar lah kita nih berhati bersih.
ReplyDeletemanusia jd mcm tuh sbb terlalu ikut kata hati n perasaan... mereka lupe hidup ni mcm roda... satu hari kite diatas, satu hari lg kite mungkin dibwh...
ReplyDeletepandai tul si "sarah" tuh berlakon. ntahlah, slalu org macam nieh kantoi. kalau kantoi...kantoi sekantoi2nye.
ReplyDeleteemosi sungguh.hehe...memang ada orang macam ni sebab tu kena hati hati. kalau ada rasa tak puas hati sesama pasangan atau kawan, baik berdepan dan selalu bincang.
ReplyDeletep/s: tak sabar tunggu sambungan cerita ni tapi nanti dah abis pun tak best gak sebab takda cerita nak tengok dah.hehe
p/s/s: atas sebab diatas lah aku malas layan cerita bersambung ni
nauzubillah kan dayu... minta Allah jauhknla dr kita semua.. aminnn..:):)
ReplyDelete