23 November 2009

padat!!! *tiru gaya fazura sebut 'panas' dalam pisau cukur'

Saya bekerja ye hari ni, walaupun kehidupan 3 hari sebelum ni adalah sgt padat. Masa habis dalam kete je. Laki saya lagi penat. Dan sekarang dia sedang nenyak tido lagi agaknya. Saya janji nak bagi full body massage, tp saya sendiri dah lembik satu badan. Maka tawaran adalah ditarik balik.

KL - JB - MARAN - KL - dan akhirnya pulang ke rumah sendiri.

Kete adalah bekerja keras. Tapi apa dia kesah, asal isi minyak penuh tank, gerak lah dia. Ko sedia je duit. Pasni dia merengek mintak gi jumpa doktor lak. Jangan buat2 tak dengar sudah lah. Ohhh, itu saya serahkan kepada suami saya.

Pulang ke JB sebab mahu menghadiri hari agung sepupu. Rasa macam tak best kalau tak hadir sebab dulu masa saya kawin, dia siap sponsor cupcake hantaran. Buatkan kek kawin dengan bersungguh-sungguh, bagi special price lagi. Maka, berusaha juga meluangkan masa untuk hadir. Tapi ralat tu tetap ada, sebab boleh dtg nikah je. Maka, nak mengedik bersama sepupu2 lain di pelamin adalah tidak akan dapat. Lagipun, mesti makcik2 aku terjerit2 nanti 'weehhh, awak tu mak buyung, mana boleh join anak2 dara tu' *pasrah* Tapi perut i slim lagi lah, tak nampak macam pregnant pun tau. Boleh tak nak jawab gini?? Boleh, lepas tu kena sekeh. Sanggup??

but.. see.. see.. macam org mengandung ke?? tidak kan?? ohh, suami saya sudah mengantuk, asyik tanya 'bila nak balik ni yang?? org ngantuk dah ni'

Makcik saya juga marah. Dia kata 'ni apsal tak pakai baju mengandung lagi ni??' Selamba aku jawab 'baju kurung muat lagi ni' Tak pasal2 kena bebel. Iye..iye, nati ajak suami saya gi beli. Biar 'dia' dapat space yang cukup untuk membesar. Hah..makcik i ada pesanan untuk semua wanita mengandung. Sibuk dia suruh aku duduk tepi dinding time nikah tu. Orang ramai kan, penuh rumah. Dia kata 'waktu2 gini, jgn bagi org langgar punggung awak' Bila tanya nape, dia tak sempat nak jawab, sbb sibuk kat dapur. Maka, berada di pihak yang serba tak tahu. Akur jelah.

laili adalah sgt cantik *biasa2 pun comel, inikan pulak time jadik pengantin*
sekeping je lah dulu, nak upload yang lain cable hp tak bawak, nak email smua, bankrupt la gua.

Gigih dia ni tau. Habis je last paper, trus berdesup balik JB pikir hal kawin lak. Kalau aku lah mmg tak pikir exam dah, harus jahanam CGPA semester tu. Tapi malam tu bila jumpa dia dalam bilik pengantin sambil belek hantaran, dia kata 'kak, memang hancur la smua paper, lepas smua kira baik' Hahahahah, harus!! Otak ni kalau dah pikir hal kawin,mmg full concentration kat situ je. Hal lain nak masuk campur, mmg susah. Setuju??

Hari Sabtu rancangnya nak gerak awal ke Pahang, tp kami suami balun tido sampai tengahari. Heheheh..maka, pukul 2 lah baru bergerak ke Pahang. Dan dengan pemanduan berhemah suami saya pukul 6.30 kami dah sampai. Terima lah bebelan pakcik-pakcik. 4 jam je JB-Pahang. Tak ke itu di luar kenormalan. Dengan hujannya. Geleng kepala je org tua smua. Tu pun laki aku dah bising 'bila nak sampai ni??' Nasib baik ada bini kat sebelah, slow la skit dia bawak. Kalau dia sorang ...huhu, tak terbayang laju mana agaknya kete tu.

Ok,sudah lapar. Mah turun gi beli makanan. Kalau tak nanti kena beratur panjang. Tak sanggup.

*tulang temulang adalah berkelakuan baik. dia tak buat perangai. maka rajinkan lah diri meneguk susu 'high calsium, low fat' tu ye dayu. gi tambah stok segera.

11 comments:

  1. assalamualaikum.

    hi dayu.
    sy pun dilema je ni.
    supposed ni last sem.
    tp kepala asyik fikir nk buat persiapan utk engage n wedding next year, last2 thesis tak siap.
    semua paper dah settle.
    tinggal thesis je lg ni.
    ada la 50% lg.
    nak panggil mood tu susahnya.
    ya Allah.. sabar je la.
    -_-"

    ReplyDelete
  2. 1st time tgk gambar yang dayu lebih besar from partner. but healthy..takpe:)

    ReplyDelete
  3. jauhnya berjalan.... kalau amy, gerenti amy amik MC untuk hari ni. hehehe...

    ReplyDelete
  4. kiut je perot dayu.

    err.. tp en ekwan nampak makin kecik la. dia makin kurus ke, mama dayu yg makin besar neh :p

    ReplyDelete
  5. iye, itu lah paparan eksklusif yg dinanti oleh smua
    melihat dayu yg membesar bagaikan johan manakala suaminya semakin mengecil
    nyampah!!! makan byk pun gitu gak
    asal buat keje byk skit, nampak susut bdn dia..*jeles*

    ReplyDelete
  6. aisha penah dengar macam ni, kalau ibu mengandung, jangan kasi orang lalu belakang kita. kita kena duduk lekat kat dinding. bila tanya kat tukang bagitau tu kenapa, dia pon taktau. haha.

    ReplyDelete
  7. dayu!!! first time aku buat komen...aku ingat nak buat komen , kena ade blog sendiri rupa nya boleh main tulis2 je...

    heheheeh

    waaah..aku dpt menyaksikan pembesaran dayu hihi...ingt tai cntrol food...ko baru 4 months kan? mmg cmtu xyah risau dgn perut...aku dulu pun cmtu gak 5 bulan ke atas baru lah nmpak perut nye..smpai ko xkan larat bwk perut ke sana ke sini n doakan beranak cepat heheeheh...smpaikan staff skmm ingat aku cuti cmtu je sebab xtau aku pregnant pakai bj kurung kan p keja...alah xyah risau, jong lg lah
    oi...lemak perut aku ni lg bsar dr dia hehehe..comel je..xmmbesar langsung si jong tu...mcm tu jek..


    ingat tau...jaga bdn heheh jgn jd cm aku...kang nnti ko limelight ekwan plak hehehe...ekwan xmo bini dia gemuk..dia ckp kt aku masa buka puasa hr tu hehehehehh...ko br 4 bulan ni, nnti from 5 to 9 months ade potensi nk besar lagi kalo x jaga food...if ko lapar, biasakan diri makan biskut, bekal biskut kat ofis tu, mlm2 pun ble letak sebelah katil...aku buat cmtu dulu , tp alih2 telan pil perancang pas beranak mengembang mcm gajah plak!!!

    ReplyDelete
  8. ummi: amboi..1st time, punyalah panjang ko tulis ye..lepas gian apa? hehehe...
    issskk, bila ekwan kata dia tak nak bini dia gemuk?? oohhh.. aku berusaha la ni. aku sendiri tak sanggup beb nak gemuk...tidak comel dilihat gitu. Makan biskut je?? isskkk, biar betul..lapar siot, kesian baby dia lapar nanti..
    alah, ko mana ada besar mcm gajah je, saja je buat statement kejam kat diri sendiri..

    aisha: kita yang tak tau ni,ikut kan aja kata org tua

    ReplyDelete
  9. dayu aku menulis lagi...best gak ber blog ni..hehehe


    haah besar cm gajah lah dh lah aku pendek!!!!


    ye ekwan ada ckp..ko x caya tanya dia heheh

    ReplyDelete
  10. eh nape ekk takleh langgar punggung..hihi

    ReplyDelete