25 November 2009

sambal belacan = pembuka selera

Ikutkan hati dan keinginan nak berblogging, nak buat entry ni malam semalam. Tapi boleh pulak semalam En Ekwan tiba-tiba berebut komputer. Isskk..isskkk.. nyesal pulak aku pengaruh dia suruh join FB. Muncung je lah aku lepas ni. Jangan nanti dia ketagih sudah.. kang tak pasal-pasal dia ajak bela beruk lagi sekor.

Ok, topik asal, kita kembali. Saya nak cerita hal makanan sebenarnya. Sebab rasa macam dah lama takde gambar makanan kat sini. Nak jamu makan betul2, takde kesempatan. Jamu dengan gambar pun jadik lah kan. Tapi kang kalau ada org terliur, susah pulak. Tak pasal-pasal aku rasa bersalah. Nasib baik bukan bulan puasa. Erkk eleh dayu, ko nak letak gambar pe je pun yang sampai org nak terliur bagai. Tapi ada benda, kita tgk biasa, tp kat setengah org.. 'ohhh..lamanya tak makan'


Heheheh.. Ikan Cencaru masak kicap. Santapan di malam hari yang paling ringkas dan pantas untuk disediakan. Sedap pun sedap. Lagi-lagi bila dah lama tak buat kan. Kalau selalu sgt, mmg confirm muak. Buat lah special mana pun. Harus tak laku.

Dan paling nikmat, ulam-ulaman ngan sambal belacan tu. Bekalan dari mak mertua dan kakak ipar sebelum derang terbang hari tu. Peerrgghhh!!! Biar pedas sampai kuar-kuar air hidung, tp cicah tetap beringat. Dan secara tidak langsung itulah punca 'Program Kawalan Makan' aku failed 2 hari ni. Nasi memang pantang kalau tak bertambah. Punyalah banyak derang bagi, rasanya malam ni pun sayur adalah ulam. Tapi kesian kat suami saya, dia mana makan ulam, sambal belacan ni. Macam gedik lak rasa. Nak masak sayur lain untuk dia, harus aku malas kan.. dah lah tekak mmg selera tahap maksima kat ulam2 tu. Dah lah macam-macam jenis ada.. selera terus ke tahap maksima infiniti siot.

Aarrgghh!! dah tak pasal-pasal tengahari ni terasa nak makan ikan bakar cicah air asam ngan sambal kicap.. Siot lah, next week check-up bape kilo agaknya naik.

9 comments:

  1. sangat menyelerakan okk!!
    tapi...my house takde lesung lagi la. how to make sambal belacan without lesung? hari tu buat gna blender, sgt failed dan huduh. huhuhu..nak balik kg. beli belacan. kat bandar ni susah nk dpt belacan yg best kan.

    ReplyDelete
  2. belacan kg mmg terbaik la
    tu dulu gi melaka, beli bk2 buat stok..
    alah khai, pakai blender pun layan
    buat2 tak nampak je rupa dia
    asal rasa dia lengkap,jadik la

    ReplyDelete
  3. slurppp sambal belacan..sedapnyee...uu kami laki bini kena jauh2 dr sambal belacan...resdung maa...

    ReplyDelete
  4. amy tak makan ulam2 tuh. kalau sambal belacan okeyh la. tapi kalau dapat budu, gerenti makan berpingan-pingan.

    ReplyDelete
  5. hehee...suka juga...lagi la orang melaka..hehehe...kita pun pakai blender je kalau buat...tapi, kalau buat kat umah melaka..pakai lesung la..baru masyukk..hehehe...

    ReplyDelete
  6. kami mmg dua-dua ada resdung, tp saya ni degil. dulukan tekak dr hidung. biar pun tahu nanti akan ter 'sreeet2' tp makan tetap kena best..heheheeh

    sambal belacan ngan tempoyak je lah yang tekak ni boleh telan cicah2 ni
    budu tak reti la..pernah cuba masa MIL buat kan, tp mcm tak in lah..

    ReplyDelete
  7. adeh!!!lapar la tgk makanan tu dayu..
    pergh!!! sambal belacan tu..

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya..sy ni tgh diet ni..dh lama xmkn ns..hehe

    ReplyDelete
  9. wow.. peberet nih.. sambal belacan makan ngn pucuk betik.. perhh meletop.. ada pulak ikan masin.. memang berpinggan2..xmenjadi diet..

    ishk..ishk..adeh.. lapo la pulak..

    ReplyDelete