26 November 2009

dah nak 6 bulan kitaorg kawin

Office sunyi siot pagi ni. Aku dah lah terlambat 13min pagi ni. Bila masuk, tengok smua partition kosong. Pintu bilik smua tertutup. Ingat smua berkumpul kat pantri, isi perut. Tapi kosong gak. Tak kan smua cuti kot.. Bila call smua gi breakfast kat luar rupanya. Mentang2 bos ramai takde. Lepas bebas korang eh..

Pagi tadi tertido tahap maksima. Tak sedar langsung alarm bunyi. Punyalah kusyuk tido. Boleh tersedar tadi pun sebab kucing kat luar tu dah bising kelaparan. Selalu pukul 6 pagi dia dah dpt makan. Tadi pukul 7 pun takde org bukak pintu bagi dia masuk. Harus lah dia memekak. Punyalah dia terjerit-jerit mintak makan. Terkebil-kebil bijik mata aku bila bangun tengok dah cerah. Dengan baju tak gosok lagi, kelam kabut aku kejut laki bangun.

Cuma gara-gara aktiviti malam td. Tu yang kami laki bini tidur tak ingat dunia.

Minggu lepas suami saya tiba-tiba kata 'yang, jom makan seafood' Huhu, lately ni, sejak bini dia dah masuk 2nd trimester, dia lak yang terlebih mengidam. 3 minggu lepas tiba2 tgh golek2 tgk tv dia mintak buatkan pulut kuning. Dan sebagai bini yg prihatin, berusaha la aku buat pulut kuning, ngan kari ayam sudah. Dia mintak rendang daging, terpaksa aku buat tak layan sbb malas. Kari pun syiok pe makan ngan pulut.

Maka, untuk menunjukkan keprihatinan yang berterusan dan berpanjangan. Pastu ikan dan ayam dalam fridge pun dah habis, memang sesuai lah kalau malam ni kita gi makan kat luar kan. Asyik makan kat umah pun, boleh jadik bosan gak kan. Sekali-sekala kena jugak bagi suami makan masakan org lain. Bagi dia rindu kat masakan kita. Tapi kena la pastikan kita masak lagi sedap kan.. kang sendiri yang haru..

Google punya google, Bagan Lalang menjadi pilihan. Tu lah yang paling dekat. Dekat tak dekat lah, satu jam jugak nak sampai. Tu ngan bantuan GPS tu, kalau main redah je, mau sempat kitaorg kebulur dlm kete dulu. Area Sepang tu mana lah familiar. Dan kedai yang menjadi pilihan adalah H.M Seri Bagan. Ni pun sbb ramai yang recommend kat google tu. Dan sebab suami saya asyik kata 'kedai dia tepi laut ke yang??' Punya yakin aku jawab 'a'ah' Pastu kelibut gi tgk dlm googlemaps, nasib baik mmg tepi laut. Apalah yang laki aku semangat sgt nk tgk laut. Takpe.. kita layankan aje tempias sindrom ibu mengandung dia tu.

kami berdua je habis kan smua ni. aku rasa org kat meja sebelah mesti kagum tengok kebolehan makan kitaorg. tak padan kecik. kecik ke?? siapa yang kecik dayu weh?? iye..iye, bukan saya. yang kecik adalah suami saya, tp perut dia besar.

suami saya kena paksa habiskan ketam. peerrghhh, dia punya pedas tahap kuar air hidung lah, tp sedap punya pasal *dan akan tetap kena bayar* Perabis kan je lah

19 weeks.. sbb baju tu kain dia strechable, dan saya adalah dalam posisi duduk, agak jelas sikit lah perut tu. tu pun sebab lepas makan 1 ekor ketam, setengah jenahak 600gm dan suku pinggan lala masak sos tiram *muka disimbah dgn cahaya flash secara berlebihan*

Saya kata kat suami saya 'yang, ni kira celebrate 6 bulan kita kawin lah ni ye??' Dia angguk je. Bila tanya next month punya camne dia kata 'mana ada org celeb setiap bulan la, anniversary tu maksudnya annually lah' Chhaiit... tak kira, tak kira. Dah banyak benda yang dijanjikan telah dipostponed. Semua akan dituntut. Tak kira. Saya masih cergas. Setakat snorkelling tu.. wa no hal.

10 comments:

  1. Al Quds Travel Welcome You :-

    "AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Official Radio : THR Gegar FM
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun hebat untuk semua
    pakej pelancongan!!!

    ReplyDelete
  2. Fuuuuu buatnya husband chika mintak pulut kuning dengan rendang daging, abeslah! Ternganga la Chika kat kitchen. Alamatnya, pulut kuning jadik nasik goreng kuning je la...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dayu.

    happy tgk perut dayu dah besar.
    taking care ye.
    wahh.. sempat lg nk ber snorkeling ke? hihi..

    ReplyDelete
  4. hehehehe.. alah,masak2 ni bukan rumit pun sebenarnya
    smua mmg ada bakat memasak lah. rain mencuba makin menjadi2 bakat tu

    iye..perut saya selepas makan adalah akan membuncit tahap maksima
    tp bila bgn pagi dia kempis smula

    ReplyDelete
  5. wah tingin mkn seafood ke..maria dlu tingin mkn gak..tingin ketam..time tu lak ketam agak susah d cari..sib baik ayahanda tercinta usahakan cari..dpt mkn..sodap2..;)

    ReplyDelete
  6. ok tu dayu.. tak lama lagi pembesaran perut akan berlaku. sungguh pantas sekali.. tunggguuu

    ReplyDelete
  7. rasa kejap ke lambat? hehe.. and ure expecting, the best gift ever.. :)

    ReplyDelete
  8. paling kelakar setakat ini~ hahahahahaha~

    ReplyDelete
  9. dayu... sementara dalam 2nd trimester ni, gi la jalan-jalan dulu. babymoon orang kata... satgi baby dah keluar, nak jalan susah giler, sayang nak tinggalkan baby lagi.

    but do take care!

    ReplyDelete