31 December 2009

last

Malam tahun baru. Aku tertido jap petang tadi. Bangun tido, lepek2 tepi suami, sambil tgk dia main FB. Pastu bangun jap, sediakan dinner. Dah habis makan, tanya dia 'kita nak kuar ke??' Dia tanya smula, nak keluar ke?? Aku tgk dia, dia tenung aku balik. Tiada mood nak gi bersesak-sesak kali ni. Entah.. dah tua kot. Dulu muda-muda boleh lah kot.. 3 hari sebelum malam new year dah sibuk pikir nak lepak mana. Siap kalau ptg ni ada kelas, harus aku dah ponteng je. Balun tido dulu, kata malam nakterpekik terlolong macam orang jakun tgk bunga api..

Ok, sah terbukti aku dah tua...

Tak sesuai nak gi berpeluh sesak kat orang ramai-ramai tu. Tapi..tapi.. aku macam nak kuar gak. Last.. tahun depan, bila dah ada anak.. confirm dan sahih tak kan kuar nyer. So, aku rasa nak gak kuar malam ni. Nak gi mana?? Tak tahu.. aku serahkan tugas tu kat suami pujaan hati..

*jom bersiap

rajinkan diri

Hari ni ada jamuan bulanan terakhir 2009 di BKJ. Dan sempena nak smabut tahun baru, ngan gediknya kami menyediakan menu berunsurkan western. Dan aku pulak dengan bangganya gi tawarkan diri nak masak makanan utama, iaitu bolognise sphageti. Ahhh, amik ko.. sakit2 pinggang aku masak 4 bungkus sphageti..

Pukul 12.30 malam gak baru siap smua...

Dan aku trus rasa nak gi beli kuali besar, standard org masak kenduri punya. Senang aku nak buat birthday party anak aku nanti. Ngan kuali sedia ada ni. Nak tak nak, aku kena masak sos bolognise tu sebanyak 2 kali. Leceh.. ingat aku rajin nak basuh2 kuali ke hah?? Sebab dah terpaksa, kena lah gak...

nak potong segala benda ni pun aku dah mcm senak dada dah. menunduk lama sgt kot. baby dlm perut lak punyalah aktif semalam. selalu diam je dia.. potong dadu bawang sampai 10 biji yang paling aku tak larat tu.

Hasil dia?? jap lagi lah aku snap masa jamuan.. sekarang aku nak gi menyibuk kat pantri tgk derang buat salad buah ngan sandwich.. Aku nak tgk je. Sebab semalam aku masak sorang2. So arini, aku jadik food tester je..

*bila ada jamuan, mmg tak keje lah satu ari

30 December 2009

rasa hati

Adakalanya aku terfikir, dan makin menjadi-jadi sekarang ni.

Nampak macam tak patut berfikir begitu. Macam tak bersyukur pulak, tapi kita kan suka ikut rasa hati. Melebih dari akal..layankan emosi sendiri yang tak berapa stabil. Tu yang senang sangat nak menjana idea merapu tu.

Balik dari Gambang hari tu, aku dengan gumbiranya merancang percutian di tahun hadapan. Dengan rasa sedar yang diri akan melalui sesi berpantang, duduk diam-diam..tak boleh kuar umah. Tapi otak aku saja hide yang tu. Buat2 tak ingat. Saja buat-buat lupa yang nanti aku ada anak kecil yang minta perhatian 24 jam sehari. Yang tak kan membenarkan aku bergerak bebas macam sekarang. Aku ingat smua tu. Tapi dengan niatnya, buat tak tahu.

Aku nak mandi laut!! Nak snorkelling!!!

Dan aku terasa macam belum puas hidup berdua ngan Ekwan. Hidup sebagai isteri dia. Ke mana-mana hanya dengan dia. Dapat perhatian 100% dari dia. Dan aku hanya ada dia untuk diuruskan. Masih belum cukup. Tak bersedia lagi kah aku nak jadi mak orang?? Bila perasaan macam ni datang.. aku akan terfikir banyak benda. Ye, memang tak sabar nak tunggu baby ni melihat dunia. Nak tengok muka dia yang katanya macam muka daddy dia. Nak cium2 dia. Bau baby kan sgt best. Nak gomol-gomol dia. Nak pakaikan baju yang comel-comel. Nak amik gambar dia banyak-banyak. Nak buat satu album khas untuk dia. Senang kata, tak sabar nak tunggu dia lahir.

takde dah lagi nak jalan2 panjat bukit. tapi bawak anak seronok gak kan

Dalam masa yang sama aku sedar, nanti takde lagi masa aku nak gi dating, berdua-duaan ngan Ekwan. Memang aku kena lupakan keinginan nak gi snorkelling smua. Kalau nak gi hujung tahun pun, masa tu baby baru dalam 8 bulan. Kecik lagi. Buang tebiat ke nak bawak dia gi laut smua. Kalau aku buat giler pun, kat laut tu mcm ne nak snorkelling?? Nak gilir-gilir jaga dia tepi laut?? Kena beratur sorang main slides kat waterpark pun laki aku dah tak suka, inikan pulak kejar-kejar ikan dalam laut. Sah dia batalkan trus perancangan tak masuk akal aku tu. Nak mengangkut dia naik bot smua. Mahu semua org pandang aku sambil kata dalam hati 'hilang akal apa budak ni bawak anak kecik gini gi pulau??' Sebelum org ngata aku dalam diam.. baik aku terima hakikat dari awal. Cancel program tu dari awal.

tapi minah ni selamba je

Maka suami saya kata memujuk hati bini dia ni. Dia kata 'kita tak yah gi pulau lah ye. kita gi cameron je lah ye'

Dan aku juga kena bersiap sedia. Rutin kehidupan nanti akan berubah. Dah sedia ke mental dan fizikal?? Aku pun tak pasti nak kata dah ke belum. Apa yang pasti, sekarang jangan tunjuk aku baju-baju dan barang baby. Nanti aku jadik separa tak normal. Semua benda aku nak.

*sediakan juga ringgit yang banyak. demi keselesaan si kecil

29 December 2009

demi kasih ku turutkan

Aku ada sorang kawan. Dan kawan aku tu adalah seorang laki. Bila mengingatkan apa yang sedang terjadi kat diri dia skrg ni, aku macam kesian. Tapi dia macam rileks je dan terima apa yang jadik kat dia, alah dah dia gak yang buat dia jadik gitu. Maka, aku amik keputusan.. diam adalah lebih baik. Jangan masuk campur hal orang lebih-lebih. Orang tak suka.. Nanti tak pasal-pasal boleh jadik gaduh ngan kawan.

Aku kesian kat dia sebanarnya.. macam dah tak boleh pikir dah mana betul, mana salah. Dah kemaruk sangat...

Aku tak nak cakap lebih-lebih hal mempergunakan orang demi kebajikan diri sendiri. Sebab aku suka citer pisau cukur. Fazura sgt best. Lagipun takut terkena kat sape2, terasa lak hati dia. Tapi siyes beb, tak elok sebenarnya tau. Memang lah seronok. Mahu tak seronok. Ada orang tolong tanggung kehidupan. Duit sendiri buat gi shopping. Asal tak cukup, ko rengek2 sikit, buat muka sayu... ada je bantuan dihulurkan. Hati mana tak gembira..

Cuba fikir.. ko senang2 mintak 'bantuan' orang tu, diri dia macamana?? Cukup ke?? Lainlah kalau memang dia kaya-raya kan, duit memang makan tak habis. Tapi kalau diri sendiri pun cukup-cukup je sampai nak tggu next payment. Tak ke kejam namanya tu..tapi tu lah, kalau dah pihak lagi satu tu macam okay je. Takpe, demi kasih hati ku turutkan.. apa hak kita orang luar nak komen. Tuan punya badan tak merungut, kau pulak nak ngamuk2 tak puas hati. Kang ada pulak dikata 'jeles lah tu'

Tak kuasa lah aku nak jeles..aku bleh beli kete aku sendirilah, tak payah mintak orang bagi. Memang kelihatan 'oohhh, bahagianya hidup' tapi sampai bila kau nak hidup ngan duit orang?? Sampai bila orang sanggup nak tanggung hidup kau?? Tapi harapan aku hanya satu. Janganlah nanti kawan aku tu tiba-tiba saja segala jasa baik dia dilupakan sekelip mata. Tak sanggup nak lihat kejatuhan seorang kawan. Hakikatnya, segala rasa marah ni hanya dapat diluahkan dalam hati. Dikongsi sama dengan kawan lain yang memahami. Nak cakap sendiri dengan dia...tak cukup berani. Dah terbiasa agaknya, dah terdidik. Jangan masuk campur hal orang. Tegur pun beralas-alas.. jaga hati..

*harap kawan aku tak kena main

28 December 2009

main air bercampur klorin, keras jap rambut

Dan dari dulu lagi, dulu tu maknanya sebelum disahkan mengandung lagi aku sangat2 teringin nak main-main air. Nak gi air terjun asyik tertangguh je. Bila dah hujung tahun, asyik hujan. harus usul aku tu ditolak mentah2 oleh suami. Dengan keadaan mcm ni. lagi jgn harap dia nak bawak. Pastu cuba nasib lagi..ajak gi Suway Lagoon lak..pun tak termakbul..
Tapi bila Gambang Resort City dah diumumkan dibuka secara rasmi, dia kata 'kita gi Gambang je lah..nak??' Aku yang dah mmg tak tahan nak main air ni, angguk je kepala.

selamat sampai ke Bukit Gambang Resort City. excited nak main air, ngan tak mandinya, trus je gi. mentang2 umah dekat je. oohhh, ini adalah idea suami saya

Bukit Gambang Resort City kira best lah bagi aku. Tempat baru lagi kan. Dan idea waterpark ni menggunakan konsep cashless waterpark mmg bagus. So org yg dtg *atau nama lainnya pengunjung* tak perlu bawak cash. Nak beli makan, sewa tube, sewa locker smua pakai E-value yang dah reload awal2 kat sticker yang kita pakai tu. Kalau tak cukup, kat dlm tu ada tempat nak menambah nilai. Jangan risau..


duit belanja kami ada dlm sticker tag En Ekwan. Sorang RM50 cukup. Alahhh, tak habis pun. Balance boleh amik smula ye sebelum meninggalkan jejak. Ohh, makanan luar seperti biasa adalah tidak dibenarkan. Jangan lah cuba nak seludup, mmg tak berjaya. Kastam dia sangat ketat ye. Makan je nasik lemak ayam rendang RM 6.80 tu.. tapi aku berjaya bawak masuk air sebotol.. maknanya, tak cukup ketat lagi lah kan..

ramai tak ramai lah manusia ahad lepas. sesak tempat tu. nak makan pun almost setengah jam Ekwan kena beratur beli makanan. tadi org ajak makan kat luar dulu, tak nak. tu belum segala jenis slides dia, mmg beratur panjang lah..

Ohhh, bayaran masuk kini masih dalam kadar promosi, sorang RM 19.90, smpai bila tak tahu, dia tak kata. Amik lah peluang ni segera..

Kesian sama suami saya. Dia kena main sorang2. Yelah, tak berani nak amik risiko gi gedik2 menyelungsur sama. Kang jadik pape.. nyesal tak sudah kang.. Dan sebab kena main sorang2, takde kawan nak beratur, smua dia main sekali je. Ada 5 slides kat sini. Panjang2 dan mencabar lak tu. Mmg best lah aku tgk org main.

Laut buatan dia jugak sgt syiookk... dia punya ombak.. dah lah lama, pelbagai jenis lak tu. Ohhh, baby dalam perut tak duduk diam waktu mommy tgh syiok main ombak ngan daddy. Baby takut ke?? Ke sama2 seronok kena lambung ngan ombak?? Dan sungai buatan dia juga *kitaorg panggil longkang* sgt best. Dah lah panjang, penuh adventure lak tu. Tak lah rasa bosan je duduk dalam tu. 2 kali kitaorg pusing sungai tu. Teruja punya pasal..

penat layan anak bini main ombak.. suh gi main sendiri,kang mati lemas pulak

sgt syiokk main kat sini.. bila kena simbah ngan air dr mulut ikan tu. 3 kali aku tggu kat bawah tu. laki aku layan kan aje. yelah, nak main slides smua tak mampu kan..

Tempat ni tutup pukul 6. Tapi nak elak berebut bilik air. Pukul 5 kitaorg balik. Lagipun nak balik KL lagi. Tu pun semat lagi aku tido jap sebaik je masuk umah kat kampung. Kalau laki aku join sama, harus hari ni masing2 ponteng keje.

Terima kasih ye suami. Tapi saya masih ingin nak main air laut pulak.

2009...sangat bermakna

Hari ni Isnin terakhir 2009. Opis macam kosong je. Ramai yang sedang dalam proses menghabiskan cuti. Aku yang cuti dah habis ni, kena lah gigih bekerja lagi minggu ni. Tapi takpe, minggu ni keje 4 hari je. Seronok siot bulan 12 ni. Banyak sungguh cuti.

Hajat hati mcm nak buat entry pasal kehidupan di hari minggu yang lepas, tp postponed dulu. Baik kita review balik kehidupan sepanjang 2009 ni.

Ye, 2009 adalah tahun yang penuh dengan kegembiraan dan hoyay!!!

Awal tahun, aku dapat rezeki paling dinanti. 2 tahun jadik pegawai kontrak, akhirnya SPA bagi aku jawatan tetap. Dia punya suka mmg tak terkata lah. Punyalah berdoa setiap hari biar tak kena posting luar KL. Dan, keinginan aku termakbul jugak. Dapat lagi gi keje naik LRT, 5 stesen je dari rumah. Masuk pukul 8 pagi, 7.15 baru terkedek-kedek keluar rumah. Suka tak suka lah.. Opis lak mmg strategik betul dia punya lokasi dalam menjayakan program menghabiskan duit gaji setiap bulan *aarrgghhh!!! tapi tetap suka*

Syukur, 2009 dimulakan dengan sesuatu yang bermakna mcm ni.

Dan perancangan selama berbulan-bulan untuk the only event dalam kehidupan, alhamdullilah berjaya dilaksanakan pada pertengahan tahun. Jangan ditanya, berapa banyak dugaan perlu dihadapi. Tu tak payah kata.. smua yang dah rasa, mesti kenang sepanjang hayat. Tapi hakikatnya, takde benda paling seronok selain merancang majlis kawin sendiri. Biar penat, biar habis smua duit..tapi bila dengar saksi smua kata 'sah'.. tak terbayang perasaan dia..

nak amik gambar pose mengeletis tahap maksima macam ni pun dah tak kesah dah. laki guwe ni... apa ada hal..

hidup saya dah lengkap dengan adanya kamu. kamu tahu kan??

2009 saya menjadi semakin sempurna. Hidup pun hampir lengkap. Dah ada suami, ada keluarga sendiri. Ada rumah sendiri *tak kesah lah umah sewa pun* Boleh susun atur umah ikut rasa hati. Yang penting, dah ada housemate yang tak boleh sesuka hati nak keluar umah. Tak payah risau2 nak carik pengganti. *amin..* Secara automatik, kehidupan berubah. Tapi macam aku kata tadi, bila dah rasa sendiri, kita jadik seronok.

Walaupun tengah telan sarapan pagi, kepala dah sibuk pikir nak masak apa tengahari nanti..

sekarang gi keje ada org antar, balik keje ada org amik *walau kadang kena tggu agak lama* tak ke seronok tu namanya.

Dan hidup terasa seakan makin lengkap dan sempurna. Rezeki yang dinanti-nanti dah berjaya dimiliki. Kamu semua tahu kan apa dia.. Macam mana aku tak kata 2009 tu jadik sangat bermakna. Aku berjaya miliki semuanya dalam 2009 ni..syukur tak terhingga.

*kalau kehidupan terus dipenuhi blessing mcm 2009 ni kan bagus..

24 December 2009

mengiurkan siot!!

Makin banyak website aku jumpa. Makin tak betul aku jadiknya. Macam semua aku nak order. Semua mengiurkan. Semua comel-comel.. smua lawa je aku pandang.. Huhuhu.. nmpak gaya mmg duit bakal hilang dalam talian je ni nanti.

saya mahu yang ini!!!

oohhh!!! yang ni pun aku nak gak!!

Nak shopping baju baby!! Tak sabar. Nak mengorder di blogshop, smua untuk newborn byk dah habis.. Oohhh, sila lah re-stock tuan kedai.. Baju-baju newborn comel2 lah. Harga macam mahal pun aku buat tak nampak je. Tapi daddy dia kata 'tak best lah, tak tau material camne' Ohhhh, suami saya mmg begitu. Dia tak minat sgt beli baju online. Beli barang kete, takpe dia kata.

Suami, jom gi shopping barang baby!!!

gelak tengah malam

Malam aku macam sangat terhibur hari ini. Dah lah balik2 keje trus bantai tido secara beregu ngan suami. Sedar2 dah pukul 10 malam. Ohhh, hari ni malam Rabu. CSI Miami beb.. gosok2 mata, trus carik remote tv. Sambil tu, on laptop...buat aktiviti rutin. Check email, as hari ni sepanjang hari training dan tak berkesempatan nak menyinggah ke alam maya, melambak2 lah email dlm inbox tu.

Ohhh, banyak nya kawan aku ni tagged gambar kat FB.

Bila bukak... hahahaahh!!! Aku dah sengih kambing macam orang tak betul depan laptop. Nasib baik laki aku dah tido. Kalau tak dengan dia-dia sekali join gelak. Gambar-gambar 'dolu kala' kalau di upload di FB, mmg akan menghimpun komen yang pelbagai.

Kegemilangan zaman diploma. Zaman kegemilangan body. Selim melim. Bak kata sorang insan dalam gambar tu 'dulu suar ko size bape dayu?? 26?? 27??' Nasib baik dia paham gelora dalam hati member dia ni, kalau dia sambung next comment 'skrg ko pakai size bape??' Harus gigih aku gi carik dia, lepuk dia cukup-cukup. Giler tak meroyan aku mengenangkan smua tu.

Tengok lengan tu.. beza yg dulu dgn yg skrg?? ko nak aku ukur bape skala dia ke??

Di samping tidak perlu risau dgn perkembangan badan, waktu diploma juga macam sgt best. Belajar dengan seronok. Masih boleh main-main. Risau hanya di awal semester bila jumlah bilangan budak dlm kelas mcm makin kurang. Tapi seminggu je. Pastu hidup tetap macam biasa. Masih boleh gi minum cendol petang2. Boleh dengan selamba ponteng kelas hari Rabu semata-mata nak kejar tiket Early Bird kat JJ Bukit Raja..

Belajar zaman diploma macam takde stress. Rileks je. Tak macam masa degree. Memang rasa nak terjun menara 22 tingkat tu pun ada.

*member tu kata nak upload gmbar sengal maksima masa part 1, giler apa ntah pakai helmet terbalik masing2.. oohhh, harus aku suh dia private kan

22 December 2009

epok-epok panas..

Aku memang selalu macam ni. Kalau mood rajin tu dtg, sendiri macam tak percaya. Bila angin malas melanda.. perrgghh!!! laki aku pun geleng kepala tengok. Tapi tu lah.. smua tu dtg tiba-tiba kan..

Malam td, entah kenapa.. aku tiba-tiba rasa nak buat epok-epok sardin. Tau tak apa tu epok-epok?? Orang Johor kalau tak tahu, ngada lah tu. Saja nak kena lepuk. Ingat lagi dulu, awal-awal masuk UiTM, bila kata 'aku nak epok-epok lah' Member siap boleh tanya 'apa tu??' Orang Johor je ke panggil Karipap tu epok-epok?? Iyelah kot..

Dah berkali-kali sbenarnya rasa 'tiba-tiba' tu dtg, tapi selalu tak terlaksana. Tapi petang semalam aku nekad. Nak jugak buat malam ni. Tepung takde, segera aku minta En Ekwan gi kedai belikan. Sambil siapkan makan malam, sambil tu aku masak sardin nak buat inti. Semangat tak semangat lah aku. Macam nak tanya je kat diri sendiri 'ko apsal dayu?? hari2 keje rajin nak buat epok-epok??'

bila laki aku bawak balik tepung ni.. aku trus macam 'tepung apa ni yang??' siyes 1st time jumpa ni

Sambil duduk depan tv ngadap AXN, sambil tu lah aku mengelek tepung tu. Peerggghh!!! Habis show 2 jam tu, barulah habis tepung aku. Kira-kira dapat lah dalam 30 biji. Terus aku tanya kat En Ekwan 'yang, agak2 makcik jual kuih tu pukul bape derang mula mengelek erkk??' Rasa tiba-tiba macam tak berbaloi siot jual kuih 3 keping =rm1 bila sendiri dah rasa jerih perih membuat kuih ni. Rasa nak je jual sekeping 50 sen. Ni baru aku ngadap tepung 4 cawan.. kalau 2 kg?? Seminggu aku terbaring sakit pinggang agaknya..

hasil duduk mengelek tepung selama 2 jam. ucapkan tahniah kat dayu

So, aku dah tak yah pikir pagi2 nak makan apa. Stok makanan pagi dalam kete menuju ke tempat keje untuk seminggu dah tersedia. Kami laki bini memang perlukan makanan setiap pagi, duduk dalam kete sebelum sampai opis harus mengisi perut. Sebab masing-masing, keluar je bilik air 'awak.. orang lapar' walau pun malam td dah makan nasi siap bertambah. Ini salah satu sebab pembesaran kami agak menggalakkan.

Kaki saya sudah kembang. Dah mula membengkak.. uiihhh, kasut dah tak muat.. bila baca-baca, katanya kaki membengkak bila masuk trimester ke-3.. ni aku ni baru 23 weeks dah membengkak ni apa kes?? Dan sesungguhnya, aku macam takut tengok kaki sendiri...

saya masih dalam mood SUKA

Oohhh, hari ni macam suka lagi. Mood hari ni adalah HAPPY.. lagi2 minggu ni keje 4 hari, lagi happy lah jadiknya. Kalau sepanjang tahun mcm ni, mesti sampai umur 40 aku tetap kelihatan mcm 26 tahun. Tapi saiz badan tak pasti, adakah akan tetap sama atau mengembang rancak sejajar dengan tahap kegembiraan tuan dia. Ohhh, aku semakin suka merapau.. Maafkan lah saya..

Tapi kali ni macam suka sebab bila gi blog Fiza, dia buat shortlisted peserta conetst melaram handbag yang dia anjurkan. Itu contest pertama aku dengan yakinnya telah turut serta. Bila browse down list tu.. wahhh, tak sangkanya. Ada gak gambar aku di sana. Tak sangka.. sungguh tak sangka.. Dapat jadik shortlisted pun rasa mcm dah cukup bertuah. Macam tersenarai dalam calon-calon Anugerah Bintang Popular.. Hahahaha, ok..ok.. aku melalut lagi. Mintak maaf sekali lagi..

Saya ada training ni.. 3 hari mengukuhkan ilmu AutoCAD, dengan harapan lepas ni tak payah nak tggu darughtman lukis kan, aku boleh lukis sendiri. Personal training mcm ni mmg bagus, baru lah aku rasa kerbekesanan dia. Terima kasih ye JKR sebab hantar sediakan training2 yang begini.

Ohhh, semalam tiba-tiba suami saya kata 'yang, hari ni dah 21hb' Aku pulak yang sedang asyik main Cafe World kat FB, ngan selamba menjawab 'habis tu nape??' Tapi masih sempat berfikir, apa yang istimewanya 21.12.09 ni?? Memang belum gaji lagi, tp cara dia cakap tu mcm dia sgt suka ngan tarikh ni. Maka, confirm..dia bukan tak sabar menunggu hari gaji dan juga hari menerima bonus *aku yang tak sabar adalah* Pastu dia kata 'ayang ni, tu pun tak ingat' Okay..okay, aku tinggalkan laptop, perah otak pikir.. dan tiba-tiba dia bersuara lagi 'lagi 3 minggu birthday orang lah' Huhuhuhu.. suami saya..suami saya.. Dan aku masih saja buat malas nak layan 'habis tu ayang nak buat wishlist present lah ni??'

Dan sila lah mati akal aku memikirkan apa nak bagi kat dia nanti..

21 December 2009

*mommy suka*

Balik je dari membuat kunjungan ke Klinik Jameaton dan walau kena menunggu hampir 2 jam, rasa tidak sia-sia langsung. Kalau dok kat klinik gomen mesti aku dah mengomel tak henti-henti. Mungkin sebab menunggu kat sana En Ekwan ada sekali kan, boleh borak2, ketawa2 ngan dia. Takde lah aku bosan..

Ohh, saya kini adalah mcm sangat gembira. Tak tahu lah kenapa nak suka sgt.

Tadi buat pertama kalinya En Ekwan dapat lihat baby di dalam perut. Dapat tengok dia yang tak duduk diam. Tangan mengaru-garu kepala. Bila doktor nak tunjuk muka dia, hidung, mata smua, tiba-tiba je dia tutup muka ngan tangan. Malu ehh ngan daddy, 1st time jumpa.. tapi kejap je pun, lepas tu terlambai-lambai.. *kamu buat mommy suka sgt* Daddy pun macam sgt happy. Senyum memanjang je perhati kamu. Bila doktor kata 'tgk ni hidung dia, mancung betul' Daddy terus pandang kat mommy sambil tersengih-sengih. Iyelah, hidung ayah kamu mmg manjung, hidung mommy penyek..

Lepas ni mommy gi jalan-jalan ngan daddy, boleh shopping baju kamu ikut warna tema. Sebelum ni mommy ketap bibir je tgk baju kecik comel2 tu. As dah confirm jantina kamu.. bertambah semangat mommy nak membeli. Tak sabar pulak rasa tiba-tiba..

*perut baby mcm sgt besar, mommy makan byk sgt ke?? tp doktor kata berat kamu normal..

berat baby 625gm, berat mak dia??

Cuti 3 hari buat aku jadi malas nak bangun pagi ni. Aarrgghh!! Rasa nak tido lagi. Tak cukup tido..

Aktiviti cuti sangat padat. Kenduri kawin, kawan tunang. Semua masuk kategori wajib menghadirkan diri. Maka, bergegas lah aku. Terpaksa meninggalkan mak sekejap di rumah. Nak bawak sama pun, boring pulak dia nanti. Dia pun tak nak ikut.. Aku balik, bersih rumput2 depan rumah dia tebas, dapur, peti ais smua siap dia basuh. Huhuhu.. terima kasih ye mak. Buat susah2 je. Kasut CnK sepasang cukup ye mak..

Dalam banyak-banyak kenduri pegi minggu ni, aku macam suka bila gi kenduri kawin kawan sekolah En Ekwan. Tengok dia jumpa kawan-kawan lama. Tengok bila kawan-kawan dia kata 'wehh, apsal ko dah gemuk??' Hahahahah.. laki aku terpaksa akur bahawa dia sudah buncit. Sila jangan nak nafikan. Tapi aku macam terpikir, kalau gini dah dikata gemuk, dulu2 kurus mana lah agaknya laki aku tu...

sila lah jgn cuba bandingkan pompuan baju biru tu ngan pengantin pompuan yang comel loteh tu. kang tak pasal2 dia meraung, terpekik melolong...

17 December 2009

dayu, gi sapu bedak...

*saya adalah dalam mood busy, punyalah ramai org call mintak report ni. satu hari aku ngadap, tp tak siap2 gak.. ginilah jadiknya kalau ada 'org' kuarkan statement ikut suka mulut dia je. cubalah jadik 'org' yang kalau kuar statement tu nampak macam berilmu di dada skit. jangan main sebut je. buat susah hidup org lain je tau*

Tapi aku macam dah bosan. Report pun boleh kira 90% siaplah. Pengarah pun takde. Sape nak approved kerja aku. Drawing pun dalam proses menuju ke meja aku. Maka, aku rasa nak rehatkan otak aku dari benda2 teknikal ni. Penat dah dia... bagi hiburan sikit. Tapi kan, mana ada sikit lah, kalau dah mula memang susah lah nak stop.

Hari ni 17hb.. Hoyay!! Gaji beb.. gaji awal ni mmg mcm seronok, tp sendiri kena berwaspada lah. Kawal perbelanjaan anda secara berhemah. Jangan giler mengedik mengheret kaki ke Sogo. Itu mencari bahaya namanya. Tapi.. tapi.. moisturiser smua dah habis ni. Dah 3 hari gi keje muka sesuci embun pagi ni. Muka paling pucat aku bagi smua org tatap. Biar smua penat suruh aku gi tampal bedak, sapu gloss.

Uiiihhh.. buruk benor ke muka aku?? Laki aku pagi-pagi gi keje diam je. Ke dia saja diam, nak jaga hati bini dia yang adakalanya tak stabil ni?? Arrgghh.. ada aku kesah?? Tak peduli apa dah.. asal aku berani kuar umah dengan muka yang org kata mcm tak siap.. lantak lah.


muka paling fresh hari ni. maksudnya baru sahaja dicaptured. opis sejuk arini. org sikit agaknya. tu yang aku rasa mcm separa beku. nasib baik cardigan ni mmg sentiasa ada.

*rasa nak cash out nuffnang lah.. beli barang baby.. -mcm byk pun-

14 December 2009

suami saya.. suami saya

Tag..tag.. tak sedar lah nama ada dlm list org yang bertanggungjawab menjawab tag. Tu yang agak lewat nak menyediakan senarai jawapan. Takpe..takpe, janji aku buat gak kan Pid. Nasib baik koleksi soklan tag ni mcm menarik lah untuk dijawab. Dalam kadar segera gak lah aku usaha selesaikan.

Nape panggil dia tag hah?? Bagi nama lain lah.. Soalan Mengorek Rahsia ke.. Lagi sesuai pe..

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana
Kali pertama bertemu adalah di dalam kelas, masa 1st day kat UiTM Sek 17, Shah Alam

2. Love at first sight?
Tidak sama sekali sebab masa tu aku macam berkenan kat budak lain. Tapi sebab nak tolong kawan dia ngorat kawan aku, kitaorg yang melekat. Teman org dating, tp kitaorg yg dating lebih-lebih.

3. Who is he when the first time u met him?
Sape dia?? Dia adalah budak kurus kering, ngan sweater kelabu dia.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Hahahahaa!! Bukan dia yang ajak kuar dulu, tapi adalah saya *sengih* Menggunakan alasan nak gi photostat nota di sek 2. Malas nak naik bas.. maka minta bantuan dia. Dia ngan rajin + baik hati, layan je kerenah budak pompuan ni. Tapi pastu kena belanja dia makan. Nasi goreng RM2 kat Sek 2 sudah.

5. First place dating di?
Tapi kalau yang kira betul2 1st date ... Ulu Yam kot, main jirus2 air.. uiihhh...

6. How he proposed?
Camne erk?? Entah... mcm tiba2 je kitaorg nak tunang. Bagitau mak ayah .. dapat tarikh, dan bertunag la kami. Setahun kemudian.. kawin *yeay!!! penat siot bercinta bertahun-tahun*

*masih sedang asyik bercinta*

7. Special date with your hubby?
Sah menjadi pasangan kekasih *uuwweekksss* : 7 Ogos 2002
Ikat janji (Bertunang) : 1 Jun 2008
Di ijabkabulkan : 31 Mei 2009

Tarikh yang pertama itu sudah boleh diabaikan. Macam dah tak valid. Kita beri perhatian pada yang ke-3 saja. Itu sudah memadai. Lepas ni ingat tarikh birthday anak je lah pulak.

8. Changes that he asked you to do?
Takde. Cuma dia selalu pesan 'jangan kuat membebel' dan 'awak jangan membesar sgt2 awak'

9. What is about him that you love so much?
Dia macam sgt faham + tahan dengan perangai aku yang adakalanya mengada tak kena tempat dan macam tak reti nak survive sendiri kalau dia takde.. Senang kata, rasanya tak kan ada orang lain yang boleh layan aku mcm mane dia buat. Terima kasih En suami..

10. What is about him that u wish he would change?
Hmmm...takde pape rasanya. Cukuplah dengan apa yang dia miliki skrg. Aku tak nak jadik tamak. Mana mungkin aku boleh dpt smua yang aku idamkan dari seorang lelaki.

11. You will lose your mind n crack your head when he?
Dulu-dulu zaman kat UiTM, roomate aku yang sorang tu dah biasa lah tengok aku dengan muka monyok, berkerut2 tahan marah sebab dh dekat sejam tggu dia tak sampai-sampai. Beriya aku bersiap nak kuar dating, dia gi balun tido. Call tak angkat2...
Tapi sejak kawin masalah ketidaktepatan masa dia sudah dapat diatasi. Sebab skrg dah ada banyak kaedah yang aku boleh gunakan nak pastikan dia bangun tinggalkan katil.

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Bila dia dengan sendirinya tanpa disuruh akan mengemas meja, clearkan sinki.. terus nampak dia macam sgt seksi dan mengoda...

13. complete below sentences ....
My love towards my hubby is as big as... Lori Balak.. hahahaahh!! Biar sama ngan size aku skrg.

13 December 2009

Foto Chinta Suci = Ekspresi Cinta

Banyaknya contest sekarang ni. Bagus sungguh. Meriah dunia blogging sekarang ni. Kalau macam takde idea nak update apa. Kau join je lah mana-mana contest yang bersesuaian. Saja suka-suka kan. Tapi kalau menang lagi syiok.. alah, kalau dah join tu, mesti terselit gak at least 10% keinginan nak menang kan.. sape tak suka wehh, hadiah pun menarik..

Aku macam minat nak join contest anjuran En FirdHaikal ni. Foto Chinta Suci... Uiihhh, nama contest pun sgt sweet. Cinta memang lah suci kan. Lagi2 yang dah sah halal, dah bersatu. Dah diikat dengan janji sehidup semati *amin* Sama-sama lah kita jaga kesucian cinta. Jangan buat benda bodoh yang mencela cinta. Kalau sanggup merana. Silakan..

Oohhh, aku merapu.. *dayu,sila kembali ke tajuk utama please..*

Syarat penyertaan adalah, anda mestilah sedang dilamun cinta. Ohhh, i'm always in love.. Cinta setiap saat.. oohhh, mood cinta di mana-mana. Bercinta adalah tidak pernah memenatkan. Mengembira dan menyehatkan adalah.. Cinta adalah vitamin terbaik!! Maka, saya lepas kelayakan pertama.

Kemudian anda dikehendaki memuatnaik gambar yang bertemakan 'Ekspresi Cinta' Encik penganjur sgt bermurah hati. Kau upload lah bape banyak pun, nanti dia pilih yang terbaik. Tapi paling penting, kat gambar tu kena ada 3 perkataan, 3 je eh, jangan lebih. Nanti disqualified. Dan perkataan tu harus mengekspresikan rasa cinta kita dan pasangan.


Maka, setelah mengeledah hardisk.. Gambar ni telah menjadi pilihan. Okay.. pinjam anak orang dalam gambar tu. Sebab anak sendiri adalah masih tiada. Masih sedang menumpang di dalam perut. Doakan dia sehat sejahtera dan membesar dengan sempurna *amin* Iye, aku adalah mengambil kesempatan meminta doa kamu semua. Niat awal nak upload gambar muka suci sejurus sah dinikahkan. Tapi rasa macam, cukup2 lah menayang gambar nikah. Sebelum orang muak *tapi aku akan suka sepanjang zaman* baik pilih yang lain. Dan ini menjadi pilihan. Kenapa pilih gambar ni??

Sebab, saya dambakan kehidupan yang begini nanti. Hidup bahagia bersama suami dan anak-anak. Hidup penuh dengan riang dan senyum. Ada masalah, sama-sama kita carik penyelesaian dengan penuh kewibawaan. Jangan gelabah ayam. Takde problem tak boleh selesaikan. Barulah terpelihara Kesucian Cinta tu. Dulu kan dah janji nak sehidup semati.

Maka, selesailah penyertaan saya. Dan sila layan kan saje penyataan yang terlampau panjang untuk contest ini. Sekian, terima kasih.

keje 5 hari seminggu adalah lagi best dr buat keje rumah pada hujung minggu

Selama ini selalu mengidam dan teringin, selalu kata kat suami 'yang, bestnya kan kalau tak yah keje' Selalu bera ngan, tak payah bangun pagi2.. duduk je kat rumah.

Tapi semalam dengan segera meminda keinginan. Membuat keje rumah adalah 5 kali ganda penat dari duduk kat opis mengadap komputer. Walaupun boleh bangun sedikit lambat, tp celik je bijik mata. Otak macam dah auto set, terus tersusun jadual keje. Lepas satu, satu datang. Keje kat umah macam tak reti abis. Kalau kat opis, boleh gak ngular2 jap. Perrgghh!!! Lepas satu, satu kena buat. Memang boleh kalau tak nak buat, tp kalau dah diri sendiri macam tak keruan kalau tak buat.. Harus selagi tak selesai, selagi tu kau tak duduk diam.

Dan entah apa kena entah, minggu ni terlebih rajin. Habis satu rumah aku mop. Basuh bilik air, vacuum karpet. Kemas stor. Siap mengemas, terus masak untuk tengahari sebab macam dah lapar. Sedangkan dah makan cucur udang pagi tadi sebelum bertukar menjadi bibik. Ohhh, tenaga digunakan habis-habisan. Siap masak, mandikan kucing pulak.. Apasal rajin sgt pun tak tahu..

Bila malam, bila baring.. amik kau, punyalah susah nak bangun semula.

apsal entah binatang tu macam manja semacam je mlm td. ada lah tu nak membodek tu. mesti nak minta makan lagi. makan tak reti cukup dia ni.

*malam td perut mcm membesar sgt luar biasa. sampai suami saya kata 'nape awak besar sgt malam ni??' Huhu.. baju tu yang kecik sikit kot. tu yang isteri u ni nmpak mcm lori balak malam tadi.

11 December 2009

i join contest -sila percaya

Hari ni dah 11hb.. Fiza kata tarikh tutup 11.12.09.. Maka, pagi 11/12 adalah masih belum tutup lah kan.. 11/12 akan tamat pada jam 12.00 tengah malam nanti kan.. Maka, aku pun redha je lah, menjoinkan diri dalam contest ni.. Melaram ngan Handbag katanya...

Aku bukanlah jenis pompuan yang tiap bulan mesti ada handbag baru *walaupun ikut nafsu, memang mahu* Bergambar ngan handbag pun tak selalu. Kalau ada pun kebetulan kot sebab mmg tengah pegang handbag. Tu yang macam lembab sikit nak submit entry contest ni. Puas i geledah hard disk carik gambar u.. Nasib baik ada yang sesuai, kalau tak.. i undur diri lah awal-awal..

Ni adalah handbag hantaran.. Masa nak beli puas buat muka paling comel kat Sogo tu ngan En Ekwan. Sebab mmg dah melebihi peruntukan yang diluluskan. Tapi hati dah berkenan beb, kau tunjuk yang lain tetap aku kata nak yang ni jugak. Dan gambar ni diambil sendiri oleh En Ekwan semasa sesi mengedik bersama kawan-kawan di Tasik Shah Alam. Walaupun tahu dia nak amik gambr kete dia sebenarnya, sebagai isteri aku senyum je lah.

Tiba-tiba aku rasa nak cancel gambar kat atas, submit gambar lain, tp masih ngan handbag yg sama. Kata guwe tak banyak handbag...

tetap dicapture oleh suami. sbb aksi begini hanya akan dilakukan di depan beliau. dpn org lain i malu lah

Ok... To fiza, harap2 penyertaan ku ini diterima dan qualified walaupun gedik upload sampai 2 keping gambar. Ikut kamu lah nak amik kira yang mana satu. Kita sebagai peserta redha je.

Sekian, Terima kasih.
*boleh submit dah.. kira halal lah*

10 December 2009

membesar bagaikan juara

Aku kini adalah makhluk paling besar agaknya. Ngan pertambahan berat badan yang membuak-buak. Ohhh... weight scale kat umah tu pun dah tak baper betul rasanya. Beriya aku confident je naik penimbang kat klinik tu. Konon takde penambahan berat lah. Konon berjaya maintain. Walau dalam hati sendiri macam tak percaya. Iyelah, makanan yg masuk dlm perut sama banyak je. Tak kan tak bertambah pulak lemak dlm badan. Hah.. sekali amik kau.. 2kg sebulan.

Kalau sepatutnya, 9 bulan boleh tambah berat 10-12kg je.. apa kes ngan aku yang baru 5 bulan ni dah dpt 6kg, boleh ke lagi 4 bulan tu tambah 4kg++ je..


smua baby-t sila masuk kotak. kita kongsi t-shirt ye sayang.. ke u nak melabur belikan i t-shirt baru?? yang tu i mcm lagi suka je..

Kadar perkembangan perut seakan meningkat dengan pantas. Makin bulat. Dan makin susah lah aku nak tido. Nak mengiring tak boleh. Terlentang je lah. Tak nikmatnya tido sekarang ni. Bila mengiring, macam2 rasa dtg dr dalam perut tu. Tak selesa, sebab mcm geli. Baby tak suka mummy dia mengiring.. rasa mcm kena tindih ke sayang??

Tapi sekarang, tengah goreng ikan kat dapur pun dia mengeliat2. Ohhh.. geli lah sayang..

Bila nurse tanya 'dah rasa baby gerak??' Aku kata 'entah, saya tak pasti, tp rasa dia tendang2 takde lagi rasanya' Serius, aku sendiri ternanti-nanti camne rasanya baby menendang dr dalam perut tu. Dan siap2 lah nak kena cucuk nanti.

* Sebab tu gak aku tak jadik nak potong rambut pendek, sebab nanti akan kelihatan lagi macam buah mempelam muka aku tu.

09 December 2009

terima kasih *ok, tajuk macam tak sesuai*

Melihat gambar-gambar kawin kawan yang diupload secara meriah di FB, buat aku tersenyum sorang2 depan screen komputer. Alhamdullilah.. Dan yang buat aku gembira, mostly smua akhirnya bersatu dengan cinta pertama mereka. Cinta yang ditemui masa zaman susah senang bergelar student. Cinta zaman diploma. Sebab tak kuat terima dugaan, ada yang terputus kasih.

Tapi kalau dah memang jodoh kan, tetap bersatu.


Cinta pertama beb.. susah nak dilupakan. Lagi-lagi kalau dia tetap menjadi yang terbaik, walau ada pengganti. Dia jadik penanda aras bagi segala segi. Memang susah nak bina hubungan baru. Mungkin sebab tu, ada yang sanggup membujang ke tua bila cinta pertama tu gagal. Chemistry cinta pertama sukar digambarkan beb.. Dan tak mustahil kan, ada org yang boleh terjebak dalam isu skandal walaupun dah sah jadik milik org lain bila cinta pertama datang menegur kembali. Tambah pulak kalau ada problem dengan hubungan yang dah pasti halal tu.


Aku bersyukur sangat. Sebab akhirnya kami berdua sah disatukan. Aku ingat wish sorang member, dia sms lepas hari nikah 'bersatu jugak korang berdua' Sebab dia antara org yang saksikan perjalanan hubungan kitaorg. Dari zaman hingusan di UiTM, zaman giler dating siang malam, zaman kitaorg terpaksa berjauhan. Zaman tak tentu hala. Dan bila kitaorg kembali bersama, dia pesan 'kawin cepat2 weh'


Sesungguhnya, aku sayang sangat hubungan ni. Sedaya upaya aku akan usaha jaga hubungan ni. Gangguan luar adalah sangat minta dijauhkan. Dan paling penting, aku akan amat tidak boleh terima kecurangan. Aku tak rela ditipu. Kalau betul dah tak mahu, dah jemu.. tolong jangan tipu aku. Terus-terang.. sakit kena tipu,lagi perit rasanya dari orang tak mahu.

Dan aku paling tak boleh terima bila lelaki mahupun perempuan tu amik keputusan nak berkahwin dengan someone, sebab tuntutan sekeliling semata. Bila umur agak dah lanjut, kawan2 lain dah beranak 2, tapi kau bujang lagi. Pastu dah tak larat nak jawab pertanyaan yang satu tu. Bila mak ayah cadangkan seseorang, kau main setuju je. Tak sepenuh hati kau berjanji nak sehidup semati. Bila tiba2 nanti, muncul orang yang kau dambakan, yang kau rasa lebih sesuai untuk bersama.. pelbagai alasan kau cipta, biar konon tak salah kalau ko beralih arah.

Walau apa alasan kau bagi.. It's still NO for me.. Minta maaf..

Dia milik saya, jangan sape berani kacau..

*kalau ada masalah, bawak lah berbincang. jangan luahkan kat org lain. tu mengundang bala namanya. dah lah confirm2 dpt dosa citer hal umah tangga kat org luar.. salah citer, binasa jadiknya

07 December 2009

binatang peliharaan

Aku rasa.. aku rasa.. aku telah memanjakan kucing sekor ni secara berlebihan. Suami juga. Dia terlibat sama dalam pencurahan kasih yang mcm melampau ni.

Takpe..takpe.. demi engkau Meow..

Sebab dah bela kan,kena lah bela betul2. Kang tiba2 ada org mengadu aku aniaya kucing ni. Tak ke glamer tak pasal2 masuk 999 *apsal sampai nak masuk 999 lak dayu weh???* Dulu masa baru dok sini, pernah gak terniat nak ngadu org belakang umah ni aniaya anjing dia. Yelah, mana tak simpati aku dibuatnya. Kesian anjing tu duduk kat belakang umah, ngan sejuk ujan lagi. Siap aku boleh nampak anjing tu mengigil. Tak ke kesian?? Rasa nak je gi antar kain selubung anjing tu. 10min gak la aku tercegat tepi grill pintu belakang tu ngadap anjing tu mengigil sekor-sekor.. pastu suami seret masuk.. aku rasa kalau dibiarkan,mmg aku nekad gi antar kain selubung anjing tu.

Tapi aku nak ngadu kat sape pun tak tahu sebenarnya..

Dan demi kasih kat binatang peliharaan ni. Walaupun dia kadang2 buat perangai separa giler, lagi2 lepas kekenyangan. Dia tetap dilayan persis raja. Kalau balik umah dia takde, mula lah aku tak duduk diam. Sikit2 jenguk luar, pastu panggil2 dia. Bila dia dah balik, kejap je pun aku usap2, sebab dia berlagak. Dia nak manja2 ngan Ekwan je. Ngan org yg bagi dia makan ni, dia buat muka sombong. Gay kucing aku ni.

sediakan tempat dia nak menajamkan kuku. dan buat2 tak nampak je ngan sofa yang dah separuh jahanam dia kerjakan. dalam hujan aku laki bini singgah 2,3 kedai mencari benda ni.

Bila gi Giant, dalam list masuk gak barang2 keperluan dia. Aku takde anak lagi, aku ingat la lagi meow, nanti kalau dh ada anak sendiri, susu pampers dia duduk kat 1st row list tu. Barang2 keperluan ko, jatuh last sekali. Siap sedialah ye. Baik ko jangan sombong sangat sekarang ni.

stok makanan untuk sebulan. pasir tempat nak melepas hajat. banyak untung lah ko meow. makan tanggung, berak pun tanggung. siap semangat aku beli kan collar tag. tp ko tak nak pakai ye.. abis sape nak pakai ni?? tak kan nak sedekah kat anjing umah sebelah lak??

ni lokasi kegemaran. jangan sape berani kacau.
eleh.. selagi kami tak masuk beradu, dpt lah kau feeling maharaja meow. cukup masa, tido luar gak. nasib baik, kalu hari ujan, dpt lah ko tido dalam bilik air.

*sgt suka tengok dia lepas mandi. mcm ayam kena celur je..

senang je kan sebenarnya

Masuk je opis, siapkan slide presentation. Entah nape rajin terlebih pagi ni. Hahaha, sebab aku mahu bermalas-malasan dan bermain2 sebentar lagi. Huhuhu.. tak bermanfaaat budak ni. Isskk, saya tidak buruk perangai lah. Saya siapkan cepat2, sbb bos lata mahu tengok hari ni. Maka, jgn lah buat perangai. Siapkan lah segera.

Tapi sebab bakat multi-tasking semulajadi dalam badan. Masih sempat ber'bloghopping. Dan jumpe satu entry macam best ni kat blog Pja. Kalau diikutkan, mmg smua dlm list tu mmg kebanyakan isteri dah buat kat suami masing2. Tu lah kan, sebenarnya senang2 je kita org pompuan ni dpt pahala berganda-ganda. Tapi tulah, nak memastikan ikhlas tak ikhlas, tu yang payah tu. Takpe.. usaha selagi boleh kan.

1. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. - maka lepas ni kalau pagi2 bila dia mintak picit belakang sambil mata masih terkatup, peluk tuala tu, aku cubalah picit seikhlas boleh.. selagi dia tak suruh stop, jgn stop. walaupun dalam hati nak je heret dia masuk bilik air cepat2, byk lagi benda lain nak buat weehh...

2. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka - makin rajin la aku buat kan toast untuk dia pagi2.. ngadap kuali smua.. ikhlas paling penting, nanti aku makan sama gak

3. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya - ya allah, tak sangka sebegini besar ganjarannya, basuh baju je pun.. pakai mesin sama gak lah kan. Kalau tercangkung2 memberus, lagi lah kan.. tapi mesin sudah, stokin basuh sendiri ye, tak pun buat lah perangai 'pakai buang' tu. Ingat stokin murah ke hah??

4. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah - kenyang hingga perut makin mengembang.. huhuhu.. selagi terdaya, walau penat2 ditambah rasa malas yg membuak-buak, masuk gak dapur.. demi perut suami.. smua ku layan..

Hari ni dia M.C, sampai opis selsema menjadi-jadi katanya. Bila gi klinik dpt lak MC, kegembiraan dia. Sebelum balik, sempat minta broadband. Iyelah, bagi lah.. dari dia kebosanan jap lagi kat umah. Kang dia meroyan, tak pasal2 gi beli PS2.. aku mengamuk pun takde guna. Baik berkorban tak boleh ber'FB kat opis arini..

*sudah pukul 12.30, makan time...

04 December 2009

kad kawin DIY yang superb!!

Sudah agak lambat sebenarnya. Dah 3 minggu derang kawin. Rasa macam sgt lambat kalau nak buat review. Tapi... suka hati den lah.. Lagipun kalau buat entry yang ni, ada lah gambar.. kalau buat entry rapikan, tak berseri lak entry tak bergambar. Dan jadik makin excited nak buat entry ni sebab nak tayangkan kegigihan sepupuku itu meng DIY kad kawin. Dia kata 'inspired by dayu wedding!!' Bangga i jap u.. dalam sibuk2 ngadap final exam, sempat lagi budak ni DIY kad kawin. Dah lah superb!! Kagum aku ngan kaum keluarga sendiri.

kita tayang rupa luaran dulu


rupa dalaman pula

sgt lawa lah!! merah +hitam+cream = sgt kelihatan eksklusif la.
kos keseluruhan masih belum sempat interview pengantin sbb dia sgt busy dan mcm kesian. majlis abis ari ahad, isnin trus gi hospital bekerja *aritu sempat borak, post-mortem majlis dia.. tapi hal2 costing tidak dpt dibincangkan* Mungkin kosnya tidak akan semurah kad budget dayu, tp rasanya kalau tempah kat kedai.. mau mengigil gak kuar duit bayar kad yg sebegini. Kalau buat sendiri, paling tidak, dpt jimat 30%. tp siap sedialah kacip fatimah 3,4 tin ye.

Cupcakes pun buat sendiri. Yang ni, memang wajib. Kata tauke cupcake. Tapi paling tak tahan waktu malam nikah tu. Masuk je bilik, dia tayang tangan 'akak, tengok lah ni' Huhuhu.. alahai.. tangan pengantin melecur kena oven gara-gara bakar kek kawin sendiri. Gigih kan dia...

cupcake untuk semua tetamu. mintak maaf lah,isi dia dah lama masuk dlm perut. kalau rasa nak tgk lebih byk design cupcakes, gi lah tgk kat blog derang.

issskkk.. suka tgk gambar ni. terpancar kegembiraan kat muka masing2. paling best tayang sijil nikah sementara tu. nape la dulu tak terpikir nak amik satu pose ni erk..

03 December 2009

entry penting sebelum masuk meeting

Saya sudah buat keputusana. Rambut akan dipotong.

Rimas. Tak larat dah nak mengurus rambut sendiri. Dia harus dipotong. Biar pendek. Tapi jangan pendek sangat sampai menyerlahkan ketembaman muka sendiri. Maka Sabtu ni, sebelum suami menghantar Vito ke klinik, minta dia drop ke mana2 kedai rambut. Ohh, nak mengunting rambut, kena kasik laki yang gunting. Pompuan gunting selalu je tak menjadi mcm yang diharapkan.

Kena selit sikit peruntukan untuk memberi rawatan kepada rambut ni.

*balik dr dengar kursus, kena attend meeting lak. bila lah agaknya aku boleh bersenang lenang kat umah tiap ari kan??