09 December 2009

terima kasih *ok, tajuk macam tak sesuai*

Melihat gambar-gambar kawin kawan yang diupload secara meriah di FB, buat aku tersenyum sorang2 depan screen komputer. Alhamdullilah.. Dan yang buat aku gembira, mostly smua akhirnya bersatu dengan cinta pertama mereka. Cinta yang ditemui masa zaman susah senang bergelar student. Cinta zaman diploma. Sebab tak kuat terima dugaan, ada yang terputus kasih.

Tapi kalau dah memang jodoh kan, tetap bersatu.


Cinta pertama beb.. susah nak dilupakan. Lagi-lagi kalau dia tetap menjadi yang terbaik, walau ada pengganti. Dia jadik penanda aras bagi segala segi. Memang susah nak bina hubungan baru. Mungkin sebab tu, ada yang sanggup membujang ke tua bila cinta pertama tu gagal. Chemistry cinta pertama sukar digambarkan beb.. Dan tak mustahil kan, ada org yang boleh terjebak dalam isu skandal walaupun dah sah jadik milik org lain bila cinta pertama datang menegur kembali. Tambah pulak kalau ada problem dengan hubungan yang dah pasti halal tu.


Aku bersyukur sangat. Sebab akhirnya kami berdua sah disatukan. Aku ingat wish sorang member, dia sms lepas hari nikah 'bersatu jugak korang berdua' Sebab dia antara org yang saksikan perjalanan hubungan kitaorg. Dari zaman hingusan di UiTM, zaman giler dating siang malam, zaman kitaorg terpaksa berjauhan. Zaman tak tentu hala. Dan bila kitaorg kembali bersama, dia pesan 'kawin cepat2 weh'


Sesungguhnya, aku sayang sangat hubungan ni. Sedaya upaya aku akan usaha jaga hubungan ni. Gangguan luar adalah sangat minta dijauhkan. Dan paling penting, aku akan amat tidak boleh terima kecurangan. Aku tak rela ditipu. Kalau betul dah tak mahu, dah jemu.. tolong jangan tipu aku. Terus-terang.. sakit kena tipu,lagi perit rasanya dari orang tak mahu.

Dan aku paling tak boleh terima bila lelaki mahupun perempuan tu amik keputusan nak berkahwin dengan someone, sebab tuntutan sekeliling semata. Bila umur agak dah lanjut, kawan2 lain dah beranak 2, tapi kau bujang lagi. Pastu dah tak larat nak jawab pertanyaan yang satu tu. Bila mak ayah cadangkan seseorang, kau main setuju je. Tak sepenuh hati kau berjanji nak sehidup semati. Bila tiba2 nanti, muncul orang yang kau dambakan, yang kau rasa lebih sesuai untuk bersama.. pelbagai alasan kau cipta, biar konon tak salah kalau ko beralih arah.

Walau apa alasan kau bagi.. It's still NO for me.. Minta maaf..

Dia milik saya, jangan sape berani kacau..

*kalau ada masalah, bawak lah berbincang. jangan luahkan kat org lain. tu mengundang bala namanya. dah lah confirm2 dpt dosa citer hal umah tangga kat org luar.. salah citer, binasa jadiknya

14 comments:

  1. tersenyum baca posting nieh. teringat posting2 dayu zaman bercinta dan bertunang dulu:)

    ReplyDelete
  2. betol.

    kalu tak mahu atau sudah berkalih hati,terus terang saja. jangan ditipu..

    ReplyDelete
  3. ouh, sy jugak xrela pn dayu klu di 2kan!!!lebih rela klu berterus-terang dr ditipu hidup2..

    sy doakan sy dan dayu serta isteri2 yg solehah dimuka bumi ini dijauhkan dr dugaan2 ini..amin..

    ReplyDelete
  4. semoga berbahagia selamanya dayu :)

    saya 13.12 ni 1st anniversary.. thanks God too I found him :)

    ReplyDelete
  5. hai tAk merasa la akak nak berposing mcm nie kan.. zaman 2001 dulu tak de :(

    ReplyDelete
  6. tiada siapa yg akan amik hubby dayu, insyaAllah selagi kasih korg berdua kuat bersatu dan selalu la berdoa dia milikmu hingga ke syurga

    ReplyDelete
  7. wah, siap ada benchmark lagi tu.hehe...

    ReplyDelete
  8. rasanya tak kan ada sape yang rela ditipu,lagi2 oleh org yang paling dipercayai kan'org yang kita dah serahkan jiwa raga
    sakit nya tak terhingga..
    biar tak rasa lagi, tp dpt bayangkan

    melihat keadaan sekeliling..hati jadi sedikit gusar
    dugaan boleh dtg tak kira masa kan
    usaha kita sgt penting

    jgn lah kita2 smua terima nasib begini kan

    ReplyDelete
  9. saya pulak tak suka cinta pertama saya... lain roang, lain pulak konflik dia kan dayu?

    ReplyDelete
  10. nauzubillah kan dayu...

    moga kita smuer kekal bahagia hingga ke akhirnya.. aminnn...:):)

    ReplyDelete
  11. adeh... entri ni buat amy teringat kat seseorang. betul lah dayu, cinta pertama tuh susah kita nak lupakan. dan dia jadi penanda aras untuk segalanya. sebab tuh sampai skang ni asyik duk banding2 pastuh sampa ke sudah tak jumpa2. now, dah jumpa kot. kot lah.. tapi kena berusaha dan tawakal jugak. :)

    btw, amy doakan dayu and hubby bahagia hingga ke akhir hayat.. amin...

    ReplyDelete
  12. wah.. syahdunya..

    muahh3...(tetiba kiss, tu tanda terharu)

    ReplyDelete
  13. alin suke larr tang pic cium dahi tuhh..trcenyum sendiri ku teringat saat ituuu..

    ReplyDelete
  14. kakak,ada sorg kawan yonna, mmg selalu problem dgn suami dia. dia takde tempat nak story, dia selalu je cite kt yonna.dia nak cerita kat mak dia, of course lah tak bolehkan. nnt mak dia mesti ckp "dah ko yang pilih laki tu*

    padahal,disebalik kehidupan dia,yonna je tau mcm mana dia tanggung derita. tak sampai 3 bulan pun diorang kawen dah mcm2 jadi. dlm hal ni,yonna rasa dia mmg perlukan some1 utk bercerita.

    tp setiap kali yonna dengar,setiap kali tu lah yonna rasa bersalah. sebab hal dalam2 rumahtangga ni mmg tak patut diceritakan pada org luar lg2 yang membuka aib suami. and setiap kali tu lah yonna suruh dia bincang elok2 dengan suami dia. walau suami dia ada aib mcm mna sekali pun, dia ttp suami kawan yonna tu. tp tgk mcm xde jln penyelesaian ja. grr

    errr mcm buat entry pulak :p ampun kakak :D

    semoga akak dengan uncet akak kekal bahagia sampai bila2. dengan anak yang ramai,dengan rezeki yg melimpah ruah. aminnnn :)

    ReplyDelete