28 December 2009

main air bercampur klorin, keras jap rambut

Dan dari dulu lagi, dulu tu maknanya sebelum disahkan mengandung lagi aku sangat2 teringin nak main-main air. Nak gi air terjun asyik tertangguh je. Bila dah hujung tahun, asyik hujan. harus usul aku tu ditolak mentah2 oleh suami. Dengan keadaan mcm ni. lagi jgn harap dia nak bawak. Pastu cuba nasib lagi..ajak gi Suway Lagoon lak..pun tak termakbul..
Tapi bila Gambang Resort City dah diumumkan dibuka secara rasmi, dia kata 'kita gi Gambang je lah..nak??' Aku yang dah mmg tak tahan nak main air ni, angguk je kepala.

selamat sampai ke Bukit Gambang Resort City. excited nak main air, ngan tak mandinya, trus je gi. mentang2 umah dekat je. oohhh, ini adalah idea suami saya

Bukit Gambang Resort City kira best lah bagi aku. Tempat baru lagi kan. Dan idea waterpark ni menggunakan konsep cashless waterpark mmg bagus. So org yg dtg *atau nama lainnya pengunjung* tak perlu bawak cash. Nak beli makan, sewa tube, sewa locker smua pakai E-value yang dah reload awal2 kat sticker yang kita pakai tu. Kalau tak cukup, kat dlm tu ada tempat nak menambah nilai. Jangan risau..


duit belanja kami ada dlm sticker tag En Ekwan. Sorang RM50 cukup. Alahhh, tak habis pun. Balance boleh amik smula ye sebelum meninggalkan jejak. Ohh, makanan luar seperti biasa adalah tidak dibenarkan. Jangan lah cuba nak seludup, mmg tak berjaya. Kastam dia sangat ketat ye. Makan je nasik lemak ayam rendang RM 6.80 tu.. tapi aku berjaya bawak masuk air sebotol.. maknanya, tak cukup ketat lagi lah kan..

ramai tak ramai lah manusia ahad lepas. sesak tempat tu. nak makan pun almost setengah jam Ekwan kena beratur beli makanan. tadi org ajak makan kat luar dulu, tak nak. tu belum segala jenis slides dia, mmg beratur panjang lah..

Ohhh, bayaran masuk kini masih dalam kadar promosi, sorang RM 19.90, smpai bila tak tahu, dia tak kata. Amik lah peluang ni segera..

Kesian sama suami saya. Dia kena main sorang2. Yelah, tak berani nak amik risiko gi gedik2 menyelungsur sama. Kang jadik pape.. nyesal tak sudah kang.. Dan sebab kena main sorang2, takde kawan nak beratur, smua dia main sekali je. Ada 5 slides kat sini. Panjang2 dan mencabar lak tu. Mmg best lah aku tgk org main.

Laut buatan dia jugak sgt syiookk... dia punya ombak.. dah lah lama, pelbagai jenis lak tu. Ohhh, baby dalam perut tak duduk diam waktu mommy tgh syiok main ombak ngan daddy. Baby takut ke?? Ke sama2 seronok kena lambung ngan ombak?? Dan sungai buatan dia juga *kitaorg panggil longkang* sgt best. Dah lah panjang, penuh adventure lak tu. Tak lah rasa bosan je duduk dalam tu. 2 kali kitaorg pusing sungai tu. Teruja punya pasal..

penat layan anak bini main ombak.. suh gi main sendiri,kang mati lemas pulak

sgt syiokk main kat sini.. bila kena simbah ngan air dr mulut ikan tu. 3 kali aku tggu kat bawah tu. laki aku layan kan aje. yelah, nak main slides smua tak mampu kan..

Tempat ni tutup pukul 6. Tapi nak elak berebut bilik air. Pukul 5 kitaorg balik. Lagipun nak balik KL lagi. Tu pun semat lagi aku tido jap sebaik je masuk umah kat kampung. Kalau laki aku join sama, harus hari ni masing2 ponteng keje.

Terima kasih ye suami. Tapi saya masih ingin nak main air laut pulak.

12 comments:

  1. assalamualaikum dayu.

    wahh. seronoknya main-main air.
    dah dua kali ni terbaca review tempat ni. menarik perhatian ni.
    wink..wink.

    ReplyDelete
  2. wah best best..elly raya cina ni balik kluang..nak ajak abg bebel p mersing la mandi laut

    ReplyDelete
  3. ramainye umat manusia kat situ..cuti school la katakan

    ReplyDelete
  4. gila ramai org..mmg dari aritu laie nak try pegi bukit gambang tp dah preggy kan..hehe tp dayu belasah je dlm keadaan camni..i likeee

    ReplyDelete
  5. heheeheh
    tu lah pasal,bila kata kat makcik2 nak gi gambang
    smua mcm 'isskkk, awak mcm ni pun nak gi gak ke??'
    oohhh, saya adalah antara perempuan engandung yg degil
    smua benda aku main bantai je
    pastu baru nak risau2..

    tp siyes..mmg asal nak buat selagi mcm tak bahaya, main buat je
    sbb nanti lepas beranak
    lagi byk benda yg mmg harus patuh

    gambang waterpark ni best
    gi lah sementara masih murah ni kan
    gi time wiken biasa
    tak lah penuh sgt

    ReplyDelete
  6. waah xsabar nk pegi..org kuantan ni pun xjejak lg kt ctu pdhal dekat jerk

    ReplyDelete
  7. eiii macam best le pulak! Gambang ni kat mana ek? tak penah ku dengar! huhuhu...

    anyway nice blog and congratulations on your pregnancy!

    ReplyDelete
  8. wah senang eh..terus reload ...;)

    dayu..hati hati dalam pool tu.licin

    ReplyDelete
  9. bukit gambang resort city???kat area mana ni?dulu aku penah menetap 2 tahun kat jalan gambang tu.hehee

    ReplyDelete
  10. besnyeeeeeeee!!

    pasni, kalo drive balik kl nak singgah aa. hee

    ReplyDelete
  11. hehe..teringin main air xperlagik..
    alin dulu time pregnant teringin sgt nak g ZOO!! Ape kesss??
    cornfirm la smua org melarang keras tkt terkenan..

    so, skrg baby da 10 bln alin plan minggu nie nak bwk bby g ZOO MELAKA...

    ReplyDelete