30 December 2009

rasa hati

Adakalanya aku terfikir, dan makin menjadi-jadi sekarang ni.

Nampak macam tak patut berfikir begitu. Macam tak bersyukur pulak, tapi kita kan suka ikut rasa hati. Melebih dari akal..layankan emosi sendiri yang tak berapa stabil. Tu yang senang sangat nak menjana idea merapu tu.

Balik dari Gambang hari tu, aku dengan gumbiranya merancang percutian di tahun hadapan. Dengan rasa sedar yang diri akan melalui sesi berpantang, duduk diam-diam..tak boleh kuar umah. Tapi otak aku saja hide yang tu. Buat2 tak ingat. Saja buat-buat lupa yang nanti aku ada anak kecil yang minta perhatian 24 jam sehari. Yang tak kan membenarkan aku bergerak bebas macam sekarang. Aku ingat smua tu. Tapi dengan niatnya, buat tak tahu.

Aku nak mandi laut!! Nak snorkelling!!!

Dan aku terasa macam belum puas hidup berdua ngan Ekwan. Hidup sebagai isteri dia. Ke mana-mana hanya dengan dia. Dapat perhatian 100% dari dia. Dan aku hanya ada dia untuk diuruskan. Masih belum cukup. Tak bersedia lagi kah aku nak jadi mak orang?? Bila perasaan macam ni datang.. aku akan terfikir banyak benda. Ye, memang tak sabar nak tunggu baby ni melihat dunia. Nak tengok muka dia yang katanya macam muka daddy dia. Nak cium2 dia. Bau baby kan sgt best. Nak gomol-gomol dia. Nak pakaikan baju yang comel-comel. Nak amik gambar dia banyak-banyak. Nak buat satu album khas untuk dia. Senang kata, tak sabar nak tunggu dia lahir.

takde dah lagi nak jalan2 panjat bukit. tapi bawak anak seronok gak kan

Dalam masa yang sama aku sedar, nanti takde lagi masa aku nak gi dating, berdua-duaan ngan Ekwan. Memang aku kena lupakan keinginan nak gi snorkelling smua. Kalau nak gi hujung tahun pun, masa tu baby baru dalam 8 bulan. Kecik lagi. Buang tebiat ke nak bawak dia gi laut smua. Kalau aku buat giler pun, kat laut tu mcm ne nak snorkelling?? Nak gilir-gilir jaga dia tepi laut?? Kena beratur sorang main slides kat waterpark pun laki aku dah tak suka, inikan pulak kejar-kejar ikan dalam laut. Sah dia batalkan trus perancangan tak masuk akal aku tu. Nak mengangkut dia naik bot smua. Mahu semua org pandang aku sambil kata dalam hati 'hilang akal apa budak ni bawak anak kecik gini gi pulau??' Sebelum org ngata aku dalam diam.. baik aku terima hakikat dari awal. Cancel program tu dari awal.

tapi minah ni selamba je

Maka suami saya kata memujuk hati bini dia ni. Dia kata 'kita tak yah gi pulau lah ye. kita gi cameron je lah ye'

Dan aku juga kena bersiap sedia. Rutin kehidupan nanti akan berubah. Dah sedia ke mental dan fizikal?? Aku pun tak pasti nak kata dah ke belum. Apa yang pasti, sekarang jangan tunjuk aku baju-baju dan barang baby. Nanti aku jadik separa tak normal. Semua benda aku nak.

*sediakan juga ringgit yang banyak. demi keselesaan si kecil

15 comments:

  1. Mat saleh kan, anak dia baru lahir pon dia selamba je lepas masuk air. Siap ada swimming class for baby (bukan baby besarrrr) baby yang ala-ala newborn tu. Tapi baby naturally mmg boleh swim. Kita yang tua-tua ni je payah nak belajar swim (like me) hehe.

    Tapi ni bukan entry pasal kelas swim baby kan? ngahahahaha.

    ReplyDelete
  2. xpe la dayu.. nnt thn dpn kite gi bandung k.. shopping baju baby n baju mak baby byk2... hehehehe

    ReplyDelete
  3. semestinya Dayu boleh!!!
    (~^)
    hehe...

    ReplyDelete
  4. dah ada anak suasana berbaza tp kalu bercuti dgn baby pun best dayu

    ReplyDelete
  5. well,dayu.. setiap yg berlaku ada hikmahnya.. if da ditakdirkan kau ada anak awal,means that it is the best for u..so,u should be thankful.

    same goes to me..since kami belum dikurniakan anak, i believed this is the best for me for now..

    ReplyDelete
  6. hehhe baby pompuan ker ni??nk pkai baju comel2..btul la dayu, nnt dh ade ank, terbatas ckit tp masih blh g jalan2..g la sabah..yana plk kene amik pluang tgh berdua ni btul2 utk jalan2 ngn suami

    ReplyDelete
  7. dayu, kalo nak g pegi skang, boleh lagi nak snorkelling2 ni, macam fashya pon pegi aritu xtahan duduk kat pulau 2, panas giler sampai burn muka... Suami kate nak g lagi, nak bawak baby, tp xmasuk akalla.....menyeksakan baby je nti..huhu

    kadang-kadang fashya pon rase cam dayu jugak, dahla jauh dgn suami, kurg dapat perhatian, nti dah ade baby, perhatian tu mesti tertumpu kat baby pulak, tp fashya sentiasa yakin, Allah bagi baby awal sebab Dia tau keupayaan kita nak hadapi semua ni..mesti bersebab.

    so dayu...chayok2!!

    ReplyDelete
  8. ye daya..mmg jauh beza skang dgn ada bb nt..lbh lg..TIDUR tak pernah cukup...sila bersedia yer..ngeh ngeh ngeh!!

    ReplyDelete
  9. ada baby nanti semuanya akan berbeza dayu ;)

    ReplyDelete
  10. Dayu..dulu aku fikir cam ko..owh nak saat2 berdua2an camne lps ade baby..

    tapi skang ni, kalo kuar x bw Afieq aku rs kosong..rs cam tertinggal barang..hahaha..br g deting 2 org tgk wayang 2 jam dh rindu anak..

    ReplyDelete
  11. erm... amy tak tahu nak komen apa. sebabnya i've never been on your shoes. ada anak, ada baiknya jugak. tak dek anak lagi pun ada baiknya jugak dari segi lain la. tapi, just think that apa yg ditakdirkan itu adalah yg terbaik untuk dayu.

    amy nih tengah tak dek perasaan pun tengok barang baby lagi. tunggu heri ada anak baru amy excited kot.. ngehngehngeh....

    ReplyDelete
  12. kan..kan..mmg kalau dah ada anak nanti, kehidupan kita suami isteri mesti totally change kan
    ngan nak urus umah
    urus suami, jaga anak... perrgghhh, kena bersedia dr sekarang, biar nanti tak terkejut..

    insya allah..smua bila tiba masanya nanti, aku mmg dh bersedia sepenuhnya

    ReplyDelete
  13. Samalah kita. Macam-macam fikir.

    Ni sekarang dok fikir nak pakai skinny jeans pulak.

    Mothers-to-be zaman ni semakin buang tebiat agaknya. Dah nak ada baby pun masih berangan nak hidup single, buat macam-macam! Hahah. ;) Takpe, single ke, jadi mak orang ke, kita tetap sama. Buat saja apa yang nak buat. Biar apa orang kata.

    Kita jadi mak yang rock! Redah je! Hidup Dayu! :D

    ReplyDelete
  14. insyallah dayu...naluri keibuan tu dah ade...auto kt bleh menerima utk berkorban dan berkhidmat sebagi isteri dan juga ibu...

    ReplyDelete
  15. dayu,check my blog.. i upload 1 gambar pulau perhentian..serious,air dia sgt bestttt..SnB should go there..let's organize.!!

    ReplyDelete