28 December 2009

2009...sangat bermakna

Hari ni Isnin terakhir 2009. Opis macam kosong je. Ramai yang sedang dalam proses menghabiskan cuti. Aku yang cuti dah habis ni, kena lah gigih bekerja lagi minggu ni. Tapi takpe, minggu ni keje 4 hari je. Seronok siot bulan 12 ni. Banyak sungguh cuti.

Hajat hati mcm nak buat entry pasal kehidupan di hari minggu yang lepas, tp postponed dulu. Baik kita review balik kehidupan sepanjang 2009 ni.

Ye, 2009 adalah tahun yang penuh dengan kegembiraan dan hoyay!!!

Awal tahun, aku dapat rezeki paling dinanti. 2 tahun jadik pegawai kontrak, akhirnya SPA bagi aku jawatan tetap. Dia punya suka mmg tak terkata lah. Punyalah berdoa setiap hari biar tak kena posting luar KL. Dan, keinginan aku termakbul jugak. Dapat lagi gi keje naik LRT, 5 stesen je dari rumah. Masuk pukul 8 pagi, 7.15 baru terkedek-kedek keluar rumah. Suka tak suka lah.. Opis lak mmg strategik betul dia punya lokasi dalam menjayakan program menghabiskan duit gaji setiap bulan *aarrgghhh!!! tapi tetap suka*

Syukur, 2009 dimulakan dengan sesuatu yang bermakna mcm ni.

Dan perancangan selama berbulan-bulan untuk the only event dalam kehidupan, alhamdullilah berjaya dilaksanakan pada pertengahan tahun. Jangan ditanya, berapa banyak dugaan perlu dihadapi. Tu tak payah kata.. smua yang dah rasa, mesti kenang sepanjang hayat. Tapi hakikatnya, takde benda paling seronok selain merancang majlis kawin sendiri. Biar penat, biar habis smua duit..tapi bila dengar saksi smua kata 'sah'.. tak terbayang perasaan dia..

nak amik gambar pose mengeletis tahap maksima macam ni pun dah tak kesah dah. laki guwe ni... apa ada hal..

hidup saya dah lengkap dengan adanya kamu. kamu tahu kan??

2009 saya menjadi semakin sempurna. Hidup pun hampir lengkap. Dah ada suami, ada keluarga sendiri. Ada rumah sendiri *tak kesah lah umah sewa pun* Boleh susun atur umah ikut rasa hati. Yang penting, dah ada housemate yang tak boleh sesuka hati nak keluar umah. Tak payah risau2 nak carik pengganti. *amin..* Secara automatik, kehidupan berubah. Tapi macam aku kata tadi, bila dah rasa sendiri, kita jadik seronok.

Walaupun tengah telan sarapan pagi, kepala dah sibuk pikir nak masak apa tengahari nanti..

sekarang gi keje ada org antar, balik keje ada org amik *walau kadang kena tggu agak lama* tak ke seronok tu namanya.

Dan hidup terasa seakan makin lengkap dan sempurna. Rezeki yang dinanti-nanti dah berjaya dimiliki. Kamu semua tahu kan apa dia.. Macam mana aku tak kata 2009 tu jadik sangat bermakna. Aku berjaya miliki semuanya dalam 2009 ni..syukur tak terhingga.

*kalau kehidupan terus dipenuhi blessing mcm 2009 ni kan bagus..

12 comments:

  1. seronok baca entri awak... mcm x sabar nk kawin plak..eheheheh

    semoga berbahgia k...

    ReplyDelete
  2. waa dayu sgt bahagia..semoga 2010 ni bg dayu lebih byk hoyay lagi

    ReplyDelete
  3. smoga akak tros bahagiaa :)
    sweet laah .

    ReplyDelete
  4. smoga akak tros bahagiaa :)
    sweet laah .

    ReplyDelete
  5. riena: mahu rasa yg sama..segera2 kan lah, mmg bahagia tahap maksima..percaya lah

    yun: pe lagi..gi buat satu entry mcm ni

    nica: alhamdullilah.. bahagia masih lagi milik kita hingga kini. harap akan trus berkekalan

    ReplyDelete
  6. happy ending until the last breath...;)

    ReplyDelete
  7. sekejap je masa berlalu dah nak masuk thn baru kan? dayu pun dah preg rasanya ari tu sibuk nurul baca entri dayu dgn persiapan perkahwinan :)

    ReplyDelete
  8. amy doakan moga tahun-tahun yang mendatang pun dayu bahagia seperti 2009. mana tahu, rezeki melimpah ruah ke kan tahun-tahun berikutnya nanti. ;)

    ReplyDelete
  9. tahun yang aku takkan lupa sampai bila bila. penuh warna warni kehidupan berumahtangga.huhuhu

    ReplyDelete