29 December 2009

demi kasih ku turutkan

Aku ada sorang kawan. Dan kawan aku tu adalah seorang laki. Bila mengingatkan apa yang sedang terjadi kat diri dia skrg ni, aku macam kesian. Tapi dia macam rileks je dan terima apa yang jadik kat dia, alah dah dia gak yang buat dia jadik gitu. Maka, aku amik keputusan.. diam adalah lebih baik. Jangan masuk campur hal orang lebih-lebih. Orang tak suka.. Nanti tak pasal-pasal boleh jadik gaduh ngan kawan.

Aku kesian kat dia sebanarnya.. macam dah tak boleh pikir dah mana betul, mana salah. Dah kemaruk sangat...

Aku tak nak cakap lebih-lebih hal mempergunakan orang demi kebajikan diri sendiri. Sebab aku suka citer pisau cukur. Fazura sgt best. Lagipun takut terkena kat sape2, terasa lak hati dia. Tapi siyes beb, tak elok sebenarnya tau. Memang lah seronok. Mahu tak seronok. Ada orang tolong tanggung kehidupan. Duit sendiri buat gi shopping. Asal tak cukup, ko rengek2 sikit, buat muka sayu... ada je bantuan dihulurkan. Hati mana tak gembira..

Cuba fikir.. ko senang2 mintak 'bantuan' orang tu, diri dia macamana?? Cukup ke?? Lainlah kalau memang dia kaya-raya kan, duit memang makan tak habis. Tapi kalau diri sendiri pun cukup-cukup je sampai nak tggu next payment. Tak ke kejam namanya tu..tapi tu lah, kalau dah pihak lagi satu tu macam okay je. Takpe, demi kasih hati ku turutkan.. apa hak kita orang luar nak komen. Tuan punya badan tak merungut, kau pulak nak ngamuk2 tak puas hati. Kang ada pulak dikata 'jeles lah tu'

Tak kuasa lah aku nak jeles..aku bleh beli kete aku sendirilah, tak payah mintak orang bagi. Memang kelihatan 'oohhh, bahagianya hidup' tapi sampai bila kau nak hidup ngan duit orang?? Sampai bila orang sanggup nak tanggung hidup kau?? Tapi harapan aku hanya satu. Janganlah nanti kawan aku tu tiba-tiba saja segala jasa baik dia dilupakan sekelip mata. Tak sanggup nak lihat kejatuhan seorang kawan. Hakikatnya, segala rasa marah ni hanya dapat diluahkan dalam hati. Dikongsi sama dengan kawan lain yang memahami. Nak cakap sendiri dengan dia...tak cukup berani. Dah terbiasa agaknya, dah terdidik. Jangan masuk campur hal orang. Tegur pun beralas-alas.. jaga hati..

*harap kawan aku tak kena main

5 comments:

  1. tak nak terhutang budi, takut apa2 jadi semua dimintak balik!

    ReplyDelete
  2. susah lah kan kalau sanggup berabis macam tuh sekali. alhamdulillah, amy nih jenis tak suka nak meminta-minta. even nak mintak tolong ke situ ke sini pun, amy tak harapkan orang. ini kan pula nak mintak belikan itu-ini.

    hope kawan dayu end up with that girl. kesian lah kan sebabnya dah banyak berabis..

    ReplyDelete
  3. zmn skang ni mmg byk kes2 mcm kwn dayu nih.. xtaw la salah sape kn.. yg meminta or yg memberi.. 2 2 pn contribute kt masalah ni kot.. nway, hope kwn dayu dpt bertindak bijak~ bukan utk org lain tp diri die sendiri.. aja! aja!

    ReplyDelete
  4. ikut hati nak je kata 'jgn jadik bodoh boleh??'
    tapi fikir hati kawan, terus diam
    biar lah dia sedar sendiri nanti
    dia tak rasa rugi lagi
    dah serik annti.. stop lah menabur duit free tu

    ReplyDelete
  5. isk.. x suka perempuan yg suka meminta2 ms berkapel.. br bercinta, x sure lg nk kawen, dh pandai nak itu ini... kalo syg pun biarlah berpada kn? nk nasihat kang takut hilang kwn.. xpe la dayu, die dh besar leh pk sendiri

    ReplyDelete